assigment.docx

15
PENGENALAN Undang-undang islam juga dikenali sebagai undang-undang syariah. Undang- undang islam merangkumi seluruh aspek kehidupan seorang manusia yang mempunyai dua istilah iaitu syariah islam dan Hukum fikah islam. Undang-undang ini telah disampaikan oleh Allah melalui Nabi Muhammad kepada umat manusia sekelian alam. Undang-undang islam ialah undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad sebagai dasarnya.Oleh kerana ayat-ayat Al-Quran itu pada kebiasaannya member erti yang terlalu umum dan menyeluruh, maka suatu tafsiran yang terperinci perlu dibuat untuk memahami ayat-ayat berkenaan. Apabila sesuatu penafsiran dibuat oleh ahli-ahli yang pakar yang merupakan penghasilan sesuatu hukum cabang daripada suatu ayat yang umum itu maka perkara itu (Dato’ Dr Haron din,2007). Kenyataan ini telah dijelaskan di dalam surah Al-jasiyah ayat 18 yang bermaksud “pada kesudahannya kami jadikan engkau(wahai Muhammad) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap daripada hukum-hukum agama ; maka turulah jalan

Transcript of assigment.docx

Page 1: assigment.docx

PENGENALAN

Undang-undang islam juga dikenali sebagai undang-

undang syariah. Undang-undang islam merangkumi seluruh aspek kehidupan

seorang manusia yang mempunyai dua istilah iaitu syariah islam dan Hukum fikah

islam. Undang-undang ini telah disampaikan oleh Allah melalui Nabi Muhammad

kepada umat manusia sekelian alam.

Undang-undang islam ialah undang-undang yang telah

ditetapkan oleh Allah dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad

sebagai dasarnya.Oleh kerana ayat-ayat Al-Quran itu pada kebiasaannya member

erti yang terlalu umum dan menyeluruh, maka suatu tafsiran yang terperinci perlu

dibuat untuk memahami ayat-ayat berkenaan. Apabila sesuatu penafsiran dibuat

oleh ahli-ahli yang pakar yang merupakan penghasilan sesuatu hukum cabang

daripada suatu ayat yang umum itu maka perkara itu (Dato’ Dr Haron din,2007).

Kenyataan ini telah dijelaskan di dalam surah Al-jasiyah ayat 18 yang bermaksud

“pada kesudahannya kami jadikan engkau(wahai Muhammad) menjalankan satu

jalan yang cukup lengkap daripada hukum-hukum agama ; maka turulah jalan itu

dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui

(perkara yang benar) (Al-Jasiyah,ayat18).

Seterusnya , menurut kenyataan Muhammad Al-Buraey dalam

buku yang bertajuk pembangunan pentadbiran menurut perspektif islam ialah

hukumtuhan ataupun syariah adalah inti kepada islam. Syariah mengandungi

hukum-hukum awam dan persendirian yang digunakan oleh semua umat islam dan

bukan islam di dalam sesebuah Negara islam (Muhammad Al-Buraey,1992,).

Page 2: assigment.docx

Sejarah undang-undang islam di Malaysia

Pelajaran sejarah diajar kepada murid-murid sejak di bangku

sekolah rendah lagi bagi melahirkan warganegara yang cintakan negara, berjiwa

patriotik dan bersatu hati. Ia juga bertujuan untuk membentuk individu yang

bersyukur terhadap nikmat kemerdekaan dan kebebasan yang diraih selepas

tamatnya fasa perjuangan yang menuntut pengorbanan darah dan air mata.

Namun malangnya selepas 53 tahun kemerdekaan, dan

selepas 47 tahun Persekutuan Tanah Melayu diberi nama sebagai Malaysia, agama

Islam sebagai agama Persekutuan masih tidak menerima pentafsiran yang

sewajarnya. Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa situasi yang malang ini

antaranya adalah disebabkan rakyat Malaysia tidak memahami, malah mungkin juga

sebenarnya tidak mengetahui langsung tentang latar belakang atau sejarah Undang-

undang Islam di Tanah Melayu/Malaysia.

Undang-undang islam di Malaysia terbahagi kepada tiga fasa

iaitu:-

Fasa 1: Sebelum penjajahan

Sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu, undang-undang

Islam telah pun diterima dalam istiadat atau adat masyarakat tempatan. Adat

adat tesebut ialah adat temunggung dan adat perpatih. Oleh kerana itu, dapat

disimpulkan bahawa undang-undang islam telah dilaksanakan ketika itu dan

telah diubahsuai oleh adat melayu. Jesteru itu, undang-undang Islam ialah

undang-undang yang khusus dicipta Allah tanpa boleh dipengaruhi oleh mana-

mana unsur yang bertentangan dengannya samaada daripada adat Melayu dan

sebagainya. Islam mula bertapak di rantau nusantara pada abad 13 dan tiba

Page 3: assigment.docx

Melaka lewat satu kurun kemudian. Pada zaman pemerintahan Melaka, undang-

undang islam telah diperkenalkan dan dikenali sebagai undang-undang Melaka

atau Hukum Kanun Melaka. Walaupun ia banyak merujuk kepada undang-

undang adat dan bukannya semuanya Islam,namun ia sudah cukup untuk

membuktikan undang-undang Islam berada di tahap tertinggi . Selain itu,

undang-undang terdiri daripada Undang-undang Melaka Asal, Undang-undang

Laut, Undang-undang Keluarga dan Undang-undang Jual Beli juga mempunyai

perundangan islam ketika itu.

Kenyataan di atas dapat disokong dengan artikel dari surat

khabar Berita Harian yang menyatakan Undang-undang awal di Tanah Melayu

menitikberatkan undang-undang Islam. Ini dapat dilihat umpamanya di dalam

Undang-Undang 99 Perak dan Kanun Melaka kebanyakan undang-undangnya

adalah berteraskan Islam. Apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu, mereka

mengetahui dan menyedari undang-undang Islam adalah undang-undang yang

diterima pakai dan dilaksanakan di sini. Jika kita merujuk kepada kes yang

diputuskan di mahkamah, hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu ketika itu

tidak menafikan kedudukan undang-undang asal yang dilaksanakan(Zainul Rijal Abu

Bakar,2010,june14)

Fasa Kedua: Semasa pejajahan

Pada fasa kedua ini menunjukkan kedatangan penjajah

barat ke tanah melayu dan cuba mengambil alih system pemerintahan tanah

melayu. Namun apa yang dilihat menunjukkan bahawa Inggeris walaupun dalam

pelbagai faktor dengan Raja-raja Melayu jelas menyatakan bahawa Raja-raja

Melayu bersetuju menerima semua nasihat Inggeris kecuali dalam hal ehwal

mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sejarah juga telah membuktikan

Page 4: assigment.docx

Perjanjian Pangkor 1874 merupakan titik permulaan penasihat British di Tanah

Melayu secara rasmi. Pihak Inggeris memperkenalkan sistem penasihat British atau

Residen dan meyebabkan pengaruh undang-undang Inggeris mula menular selepas

melalui perjanjian dengan Sultan atau Raja di negeri Tanah Melayu. Semua urusan

pentadbiran telah dicampuri oleh penasihat Inggeris kecuali dalam urusan agama

Islam dan adat Melayu. Skop undang-undang Islam telah disempitkan sehingga

agama Islam hanya diterima pakai dan tertumpu dalam hal-hal berkaitan

kekeluargaan yang melibatkan persoalan prosedur dan pentadbiran sahaja.

Walaubagaimanapun, secara langsung atau tidak langsung hal ehwal agama juga

telah banyak berlaku campur tangan inggeris.Seterusnya sebelum mencapai

kemerdekaan pada tanggal 31 ogos 1957 pihak inggeris telah menubuhkan

Suruhanjaya Reid bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya Reid

telah menyebab setiap negeri mempunyai enekment syarak masing-masing.

Fasa ketiga: Selepas penjajahan (Kemerdekaan)

Selepas penjajahan inggeris iaitu pada era kemerdekaan terdapat

tiga institusi yang terlibat dalam perlaksanaan perundangan Islam iaitu Majlis Agama

Islam, Mufti, dan Mahkamah Syariah.Peranan bagi majlis agama islam ialah

bertujuan untuk membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam

semua perkara yang berhubung dengan hal ehwal Islam dan adat Melayu

amnya.Peranan bagi muti pula ialah membantu dan menasihat DYMM Sultan

dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.Manakala mahkamah syariah

berperanan institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke

atas orang islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa

yang diperuntukkan untuknya.

Page 5: assigment.docx

Kesimpulan kesan daripada pengaruh Inggeris dalam

pentadbiran hal ehwal Islam ini dan juga daripada kes-kes yang diputuskan yang

melibatkan soal adat Melayu dan hukum syarak telah mempengaruhi peruntukan

Perlembagaan Persekutuan yang digubal kemudiannya dan juga memberi kesan

kepada perkembangan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.Kebanyakkan

penghakiman yang dibuat hanya mengambil prosedur dan jika keterangan benar

barulah dirujuk kepada hukum syarak atau perundangan islam.

Kedudukan undang-undang islam di Malaysia

Sistem kehakiman negara Malaysia terbahagi kepada dua iaitu

perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah ini diberi pengiktirafan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai

manifestasi keistimewaan Islam sebagai agama bagi Persekutuan mengikut Artikel

3(1) Perlembagaan

Perkara 3(1) perlembagaan persekutuan menetapkan bahawa

islam adalah merupakan agama rasmi bagi persektuan.Namun perlembagaan

persekutuan tidak menetapkan bahawa undang-undang islam akan mejadi undang-

undang Negara (Mahmud A.othman,1998).

Disini telah jelas kedudukan undang-undang islam di Negara Malaysia.

Walaupun digelar sebagai Negara islam namun masih mempunyai kekangan untuk

melaksanakan undang-undang islam sebagai undang-undang utama Negara. Akan

tetapi pada tahun 1988 mahkamah sivil telah dipisahkan dengan mahkamah syariah.

Seterusnya dapat dijelaskan lagi dengan keyataan Profesor Ahmad

Ibrahim iaitu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ini telah memberi kuasa

yang lebih luas dan memberi lebih kebebasan kepada Mahkamah Syariah dan

adalah diharapkan kuasa-kuasa ini dijalankan dengan sempurna dan berlandaskan

ajaran-ajaran al-Quran.( Ahmad Ibrahim, 1989).

Page 6: assigment.docx

Bidang kuasa mahkamah syariah di Malaysia.

Mahkamah syariah mempunyai pelbagai bidang kuasa

berdasarkan kepada urusan berkaitan mahkamah syariah adalah di bawah bidang

kuasa kerajaan-kerajaan negeri meliputi jenayah dan sivil (Ahmad Mohamed

Ibrahim,1997).

Penubuhan dan perjalanan sisitem perundangan islam

adalah tertakluk kepada enakmen pentadbiran mahkamah syariah bagi setiap

negeri. Mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa jenayah di bawah kesalahan

melibatkan aspek tertentu sahaja. Undang-undang islam dapat dilaksanakan tetapi

bidang kuasanya masih sempit iaitu hanya tertakluk kepada kuasa yang diberi oleh

undang-undang persekutuan.

1. Bidang kuasa jenayah

Mahkamah syariah hanya diberi kuasa dalam bidang jenayah

tertentu sahaja. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta

Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (pindaan1984).Antara bidang

jenayah tersebut melibatkan seks yang dilarang seperti khalwat,zina,meminum

minuman keras ajaran sesat,tidak membayar zakat dan fitrah,tidak berpuasa di

bulan ramadhan. Hukuman yang boleh dijatuhkan mahkamah syariah ialah

maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum tiga tahun ataupun

sebatan enam kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.

Kesalahan dan hukuman tersebut termasuk dalam takzir yang ditentukan oleh islam

dalam masalah jenayah tetapi ia digubal agar bersesuaian dengan keadaan

Page 7: assigment.docx

semasa. Ini jelas menunjukkan betapa sempitnya bidang kuasa jenayah yang

diselenggara oleh mahkamah syariah.

2. Bidang kuasa harta pusaka

Pengurusan harta pusaka di Malaysia agak mengelirukan

dan agak sukar kerana terdapat empat jabatan atau institusi yang mempunyai

kuasa ke atas isu berkaitan pengurusan pusaka. Jabatan dan institusi itu ialah

Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan

Amanah Raya Berhad. Urusan menguruskan harta pusaka akan menjadi lebih

rumit jika tersilap memilih salah satu institusi bagi menguruskan harta pusaka.

Seterusnya, bagi kes kematian orang Islam, apabila

permohonan dibuat di Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi dan

sebahagian Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka, Sijil Faraid diperlukan

untuk dilampirkan bersama. Bagi mendapatkan Sijil Faraid, waris-waris perlu

memohon di Mahkamah Syariah. Permohonan tersebut didengar dalam satu

perbicaraan bagi menentukan hak yang layak diwarisi oleh waris-waris. Keputusan

Mahkamah Syariah dikeluarkan dalam bentuk ‘Sijil Faraid’. Amanah Raya Berhad,

Unit Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi setelah permohonan diproses waris-waris

akan dipanggil untuk pembahagian samada mengikut faraid, pakatan atau takharuj

dengan mengambil kira semua perkara lain yang berkaitan. Untuk meyelesaikan

pusaka orang Islam terpaksa menghadiri dua perbicaraan berbanding pusaka bukan

Islam .

Selain itu , Mahkamah Syariah terpaksa berkongsi kuasa

dengan Pejabat Pusaka Kecil. Dengan ini, jelaslah kuasa memperakui seseorang itu

Page 8: assigment.docx

adalah waris dan bahagian faraid mereka bukan hanya hak Mahkamah Syariah.

Kuasa yang sama dimiliki juga Pejabat Pusaka Kecil oleh Akta Harta Pusaka Kecil

(Pembahagian) 1955 . Pejabat Pusaka Kecil mempunyai berkuasa untuk

mengeluarkan surat kuasa tadbir atau perintah pembahagian yang mana tidak

dimiliki Mahkamah Syariah. Ini sering kali mejadi persoalan kerana pada hakikat

mahkamah syariah lebih tinggi bidang kuasanya daripada pejabat pusaka kecil.

Amanah Raya Berhad juga mempunyai kuasa mengeluarkan surat kuasa tadbir ke

atas harta pusaka tetapi Amanah Raya Berhad tidak mempunyai kuasa

mengesahkan seseorang itu ahli waris dan bahagian faraid mereka.

Berdasar kenyataan diatas dapat disimpulkan bahawa

inilah hakikat yang perlu diketahui oleh masyarat islam hari ini. Ketika mana

dijanjikan agama islam sebagai agama rasmi sedangkan pengurusan harta pusaka

masih mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

3. Undang–undang keluarga islam

Mahkamah syariah juga bertanggungjawab terhadap

undang-undang keluarga islam. Undang –undang keluarga islam pada dasarnya

digubal mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai pertunangan, perkahwinan,

pendaftaran perkahwinan, pembubaran perkahwinan, nafkah, penjagaan anak,

faraid dan warisan dan banyak lagi. Antara contoh bagi undang-undang keluarga

islam ialah sebelum melasungkan akad nikah pasangan pengantin perlu mengikuti

kursus perkhawinan. Selain itu, undang-undang keluarga islam digubal bagi

menjaga hak asasi keluarga islam dan melindungi dari sebarang kezaliman seperti

pemberian nafkah. Selain itu, Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Idi

negeri-negeri memperuntukkan bahawa seorang lelaki hanya layak untuk berkahwin

Page 9: assigment.docx

apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke

atas. Walaubagaimanapun lelaki dan perempuan yang dibawah umur dibenarkan

untuk berkahwin dalam undang-undang yang sama tetapi dengan mendapat

kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Dengan ini dapat dilihat bahawa

mahkamah syariah mempunyai kuasa untuk membenar seseorang itu berkahwin

walaupun masih di bawah umar.

Selain itu mahkamah syariah juga berperanan dalam

menguruskan isu poligami.Poligami adalah harus iaitu dibolehkan tetapi hukum

tersebut boleh bertukar menjadi sunat, makruh atau haram mengikut sesuatu

keadaan. Di Malaysia undang-undang untuk berpologami ini sedikit istimewa kerana

setiap negeri mempunyai undang-undang yang berbeza. Contoh yang dapat dilihat

disini ialah di Pulau Pinang yang melaksanakan peruntukan mengenai izin atau tidak

daripada isteri ada terkandung dalam Seksyen 23 Akta 303, Pulau Pinang 1985. Ini

dengan jelas menunjukkan ketidak seragaman sistem undang-undang islam di

Malaysia kerana kuasa undang-undang islam dibahagi mengikut negeri masing-

masing.

4.Undang-undang muamalah

Undang-undang muamalah digunakan di Malaysia

merujuk kepada kewujudan kontrak-kontrak yang ditawarkan melalui system

perbankkan islam. Bentuk-bentuk kontrak yang ditawarkan ialah

mudharabah,musyawarah,wadiah,bai’ bi-thaman ‘ajil dan sebagainya. Bank islam

Malaysia sendiri telah menjamin institusi tersebut akan membuat urusniaga

berlandaskan muamalah islam. Selain daripada perbankan islam, turut juga

Page 10: assigment.docx

diwujudkan skim insuran yang menurut hukum syarak dan telah menjadi pilihan

kepada umat islam dalam pembelian skim insuran. Selain itu, “sistem takaful” iaitu

skim berasaska persaudaraan atau saling bantu menbantu yang megikut hukum

syarak.

Pada kesimpulannya walaupun terdapat bidang-bidang

yang diuruskan oleh mahkamah syariah.Namun skop undang-undang tersebut

masih sempit ,tidak seperti di Negara timur tengah yang mana menggunakan secara

keseluruhannya undang-undang islam bermula dari isu yang kecil hinggalah isu

yang besar.

Page 11: assigment.docx