Assignment - 1malaysia

4
Konsep 1Malaysia mula diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak setelah memegang  jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 6. Bincangkan kepenting an dan fungsi dasar ini dalam usaha membina negara dalam pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial. 1Malaysia (pronounced One Malaysia in English and Satu Malaysia in Malay) is an on-going programme designed by Malaysian Prime Minister  Najib Tun Razak on September 16, 2010, calling for the cabinet, government agencies, and civil servants to more strongly emphasize ethnic harmony, national unity, and efficient governance. http://en.wikipedia.org/wiki/1Malaysia  1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh  Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri  Najib Tun Razak  pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr  Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi . [1]  Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang . [2]  Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar . [3]  Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini . [ Belia dan 1Malaysia: Antara Cabaran dan Harapan  Jurnal Malaysian Journal of Youth Studies Jun 2009: Volume 1 BELIA DAN 1MALAYSIA: ANTARA CABARAN DAN HARAPAN 

Transcript of Assignment - 1malaysia

8/3/2019 Assignment - 1malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-1malaysia 1/4

Konsep 1Malaysia mula diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak setelah memegang

 jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 6. Bincangkan kepentingan dan fungsi dasar ini dalamusaha membina negara dalam pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial.

1Malaysia (pronounced One Malaysia in English and Satu Malaysia in Malay) is an on-going programmedesigned by Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak on September 16, 2010, calling for the cabinet,

government agencies, and civil servants to more strongly emphasize ethnic harmony, national unity, and

efficient governance. http://en.wikipedia.org/wiki/1Malaysia 

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana

Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak  pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini

idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak 

mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secaraevolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia

menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara

menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yangdiperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun

Abdullah Ahmad Badawi.[1] 

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama

lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum

dipereratkan bagi jangka masa panjang.[2]

 Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan

kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaanberbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang

terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil

tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsiputama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar .[3] 

Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini .[ 

Belia dan 1Malaysia: Antara Cabarandan Harapan

 Jurnal Malaysian Journal of Youth Studies Jun 2009: Volume 1

BELIA DAN 1MALAYSIA: 

ANTARA CABARAN DAN HARAPAN 

8/3/2019 Assignment - 1malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-1malaysia 2/4

 

SHAHARUDDIN BADARUDDIN, AZMAN AYOB 

& MAZLAN CHE SOH 

ABSTRAK 

Perpaduan kaum merupakan salah satu daripada cabaran terbesar yang perlu ditangani dan diuruskan oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum. Cabaran ini ternyata amat getir apabila negara pernah mengalami peristiwa berdarah 13Mei 1969. Peristiwa ini memberi kesan yang amat ketara kepada negara dan ini dapat dilihat menerusi kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), gagasan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan di mana semua ini adalah merupakan satu manifestasi terhadap kesungguhan Kerajaan dalam 

menyuburkan perpaduan di antara kaum di negara ini. Kelihatan ia begitu signifikan apabila kita kaitkan perpaduan kaum dengan golongan belia.Golongan yang merangkumi hampir separuh daripada populasi Malaysia mempunyai pengaruh yang amat besar dalam mencorak masa depan negara.Ini dilihat amat relevan apabila Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib TunRazak memperkenalkan konsep 1Malaysia pada bulan April 2009 sebaik sahaja mengambilalih tampuk pemerintahan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.1Malaysia adalah merupakan kemuncak kepada keinginan dan hasrat beliau untuk melihat erti perpaduan dalam maksud yang sebenar dan asli. Kertas ini akan meninjau cabaran-cabaran yang dilihat merintangi usaha mencapai kejayaan konsep 1Malaysia dari perspektif belia. Selain itu juga, kertas ini akan merencanakan harapan golongan ini pada masa depan, dari sudut perpaduan kaum. Kata Kunci 

: Belia, Perpaduan Kaum, Malaysia, Cabaran, Harapan  

PENGENALAN 

Belia adalah aset negara. Siapakah yang termasuk di dalam golongan

belia? Mengikut Dasar Pembangunan Belia Negara, belia mengikut

perspektif Malaysia ditakrifkan sebagai mereka yang berumur di antara15 hingga 40 tahun (Dasar Pembangunan Belia Negara, 1997). Kohot

umur di Malaysia jauh melebar jika dibandingkan dengan tafsiranPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mentafsirkan belia

daripada mereka yang berumur 15 hingga 25 tahun (United Nations

 Educational, Scientific and Cultural Organization, 2006) dan Pertubuhan

Komanwel yang mengkategorikan belia bagi mereka yang berumurantara 15 hingga 29 tahun (Commonwealth Youth Program, Strategic

8/3/2019 Assignment - 1malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-1malaysia 3/4

Plan, 2003-2006).

Belia sebagai tiang negara. Tentu sekali kita sudah acapkali mendengar

pernyataan penuh keramat ini. Kenyataan ini ternyata amat tepat

sekiranya kita melihat kepada realiti sebenar yang membentuk demografi

penduduk Malaysia. Pada tahun 2005, seramai 11 juta atau pun 42.5%

daripada 26.13 juta penduduk terdiri daripada golongan belia. Statistik inidilihat agak berbeza pada tahun 2008 apabila di dapati jumlah penduduk 

Malaysia dari kategori belia meliputi 11.26 juta atau 40.6% berbanding27.7 juta keseluruhan penduduk Malaysia. Terkini, bagi tahun 2010,

golongan belia terus meningkat kepada 11.65 juta dengan membentuk 

40.2% daripada keseluruhan populasi Malaysia (Jabatan PerangkaanMalaysia, 2010).,br>

Satu persoalan yang amat menarik untuk ditinjau adalah bagaimanakahbelia ini perlu berhadapan dengan cabaran-cabaran yang sedang melanda

negara. Perpaduan adalah merupakan salah satu daripada cabaran yangmana suka atau tidak perlu didepani oleh seluruh rakyat Malaysia, dan initidak terkecuali bagi golongan belia. Bagi maksud tersebut, kertas ini

antara lain akan cuba untuk mengupas apakah cabaran dan rintangan

yang akan dihadapi oleh golongan belia terutama dalam usaha kerajaanuntuk memastikan keberhasilan dan kejayaan konsep 1Malaysia. Konsep

1Malaysia jelas mendokong dan selari dengan konsep yang

diperjuangkan oleh negara menerusi prinsip Rukun Negara.

Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan

kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang

lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangatperpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikapsaling mempercayai antara kaum. 1Malaysia juga akan mewujudkan

sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan

rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu “Rakyat

didahulukan, Pencapaian diutamakan” (Jabatan Penerangan Malaysia,2009).

Justeru amatlah jelas kepada kita bahawa konsep 1Malaysia sebagaimana

 penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd

Najib Tun Abdul Razak seperti dibawah membawa makna yang amat

mendalam berkait dengan erti perpaduan iaitu:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One

People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita

mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera

8/3/2019 Assignment - 1malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-1malaysia 4/4

asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberipertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu

pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak 

dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.