Assignment Sejarahrumpun

download Assignment Sejarahrumpun

of 32

Transcript of Assignment Sejarahrumpun

PENDAHULUAN

Hasil kajian ahli linguistik sejarah dan perbandingan, ahli arkeologi dan ahli antropologi dan penyelidik-penyelidik dari barat menunjukkan bahasa Melayu telah wujud pada awal abad Masihi. Bahasa Melayu dalam tahap bahasa Melayu kuno telah memperlihatkan fungsi dan bentuknya yang jelas kerana adanya nukilan bahasa tersebut pada prasastiprasasti yang ditemukan di pelbagai tempat seperti di Champa, di Sumatera, di Jawa, dan di Kalimantan. Dalam tahap klasik pula, bahasa Melayu mencapai tahap kegemilangan sesudah masuknya Islam di rantau ini. Bahasa Melayu memperolehi bentuknya yang jelas, khususnya dengan wujudnya tradisi persuratan dalam pelbagai ranah seperti agama, undang-undang, historiografi, ketatanegaraan, diplomasi, persenjataan, perubatan dan sebagainya. Konsep dan bentuk bahasa Melayu baku yang diwarisi oleh penuturnya dalam zaman moden telah sebenarnya terbentuk dalam zaman klasik. Tahap awal bahasa Melayu moden digerhanai oleh penjajah yang mengurangkan peranan bahasa tersebut dalam ranah-ranah utama kehidupan tetapi segera bersinar semula apabila kemerdekaan diperoleh. Berlangsung usaha perancangan bahasa untuk menjadikan bahasa itu sebagai bahasa utama dalam segenap ranah kehidupan, seperti pentadbiran, pendidikan, kehakiman, media, dan sebagainya. Dalam konteks Malaysia, tempoh kira-kira setegah abad perancangan bahasa Melayu berlangsung, bahasa tersebut telah membuktikan kemampuannya sebagai bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggidengan bahasa-bahasa moden yang lain.

1

SEJARAH PENYELIDIKAN BARAT TENTANG BAHASA DAN BAHASA MELAYU

Dalam pengkajian tentang bahasa Melayu ini, telah banyak muncul tokoh-tokoh yang berasal dari Barat sebagai pengkajinya. Antaranya seperti C.A Mees, C. De Houtman, John Crawfurd, Frank Swettenham, Harry Judge, Sir Henry Yule, R.J Wilkinson, Sir R.O Winstedt, William Edward Maxwell, dan Hugh Clifford.

1.

C.A MEES

C.A Mees merupakan seorang warga Belanda yang mula dikenali pada tahun 1935 apabila beliau terlibat dalam kajian tentang bahasa-bahasa di Asia Tenggara. Beliau merupakan seorang tokoh pengkaji bahasa Melayu. Beliau pernah mengembara dan menetap di British, Belanda, Jerman dan ke nusantara seterusnya. Beliau juga bayak menghasilkan buku-buku tentang bahasa Melayu, yang kemudiannya diguna pakai oleh kerajaan tertentu. Ini jelas apabila buku Salasilah Kutai terbitan Bahagian Humas Pemerintah Daerah Tingkat II Kutai (1979) yang naskhahnya berasal dari buku De Kroniex van Koetei karangan M.A Mees (1935). Manakala buku yang membincangkan tentang bahasa Melayu ialah buku Tatabahasa Indonesia .

2

SUMBANGAN C.A MEES

Dr. C.A Mees telah menulis buku Tatabahasa Indonesia ( G. Kolff & Co. Bandung, 1953 ). Dalam tulisannya, beliau membuat pelbagai gantian, dan misalan yang menyebabkan bahasa Indonesia menjadi lebih luwes, dan kurang kaku. Buku-buku karangan C. A Mees juga diguna pakai oleh kerajaan tertentu. Ini jelas apabila buku Salasilah Kutai terbitan Bahagian Humas Pemerintah Daerah Tingkat II Kutai (1979) yang naskhahnya berasal dari buku De Kroniex van Koetei karangan M.A Mees (1935). Sementara itu juga, buku C.A Mees sendiri bersumberkan naskhah kuno dalam tulisan huruf Arab karya Tuan Chatib Muhammad Tahir pada 21 Zulhijjah 1285 Hijriah. C. A Mees juga merupakan salah seorang ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu selain daripada Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Madong Lubis, Sutan Muhammad Zain, Sultan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Zaaba, dan lain-lain . Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia, misalnya dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya. Antara sumbangan lain C. A Mees ialah konsep yang dikemukakannya seperti pengenalan hukum bunyi, pengkajian mengenai sesebuah kerajaan dan makhluk seperti manusia yang terdapat di Asia Tenggara, menghasilkan buku tentang bahasa Melayu, mengelaskan bahasa Melayu ke dalam rumpun-rumpun tertentu dan menyatakan bahasa-

3

bahasa Astronesia banyak persamaan. Beliau banyak membawa idea-idea dan konsepkonsep baru dalam kemajuan bahasa Melayu.

2.

C. DE HOUTMAN

C. de Houtman atau nama penuhnya ialah Cornelis de Houtman telah dilahirkan di Gouda, Belanda pada 2 April 1565. Beliau adalah seorang penjelajah berbangsa Dutch. Pada 1592, Cornelis de Houtman dihantar oleh para pedagang Amsterdam ke Lisboa untuk mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai Kepulauan Rempah-Rempah. Pada 2 April 1595, angkatan empat buah kapal yang diketuai oleh de Houtman telah berlepas dari Amsterdam. Mereka belayar ke negeri-negeri sebelah timur hingga sampai ke kota Bantam, Jawa pada tahun 1596. Sebelum kedatangan Belanda ke Indonesia, orang-orang Portugis terlebih dahulu telah datang dan memonopoli perdagangan rempah di sana. Maka, dengan kedatangan de Houtman ini, adalah kemenangan simbiosis orang Belanda kerana mereka berjaya bertapak di sana. Menurut Linehen, Cornelius de Houtman belayar ke alam Melayu pada 23 Mac 1598, diiringi oleh adiknya Frederick de Houtman dengan dua buah kapal mereka. Mereka tiba di Pulau Weh, sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan Acheh pada 1599. Semasa dalam pelayarannya ini, kekasaran yang dilakukan oleh orang Belanda telah menimbulkan kemarahan dan salah faham kerajaan Bantam yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Bantam III iaitu Pengeran Muhammad. Akibat berkonflik dengan baginda ini, de Houtman telah ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh. Namun begitu, dengan bantuan para pedagang Belanda, beliau telah berjaya diselamatkan.

4

SUMBANGAN DE HOUTMAN

De Houtman merupakan seorang pencinta bahasa dan telah mendapat ruang untuk mendalami bahasa Melayu semasa beliau menjalankan tugasnya di Kepulauan Tanah Melayu. Beliau perlu belajar menggunakan bahasa Melayu semasa menjalankan urusannya dengan para pedagang di rantau ini. Cornelius de Houtman telah ditugaskan oleh Kerajaan Belanda untuk membuat laporan tentang hasil kajiannya untuk mengadakan perniagaan di sini. Antara tugas dan kecintaan de Houtman terhadap bahasa Melayu telah mendorong beliau menghasilkan catatan-catatannya dalam bahasa Melayu. Di akhir laporannya kepada Kerajaan Belanda, beliau telah memperturunkan senarai perkataan Melayu. Perkataan Melayu ini dicatatkannya semasa singgah di Pelabuhan Bantam. Oleh kerana Cornelius de Houtman bukanlah seorang ahli bahasa, maka perkataan yang ditulisnya sebagaimana pemahaman ahli pelayaran Belanda menurut sistem linguistik Belanda. Senarai kosa kata bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Houtman adalah percubaan awal unttuk merumikan bahasa Melayu. Melaluinya, proses perumian yang dilakukan itu adalah berdasarkan sepenuhnya dari sebutan lisan bahasa Melayu. Houtman telah membuat padanan sebutan lisan bahasa Melayu dengan abjad rumi. Pengamatan dilakukan aspek perbualan secara langsung ataupun ucapan-ucapan lisan dalam bahasa Melayu.Senarai kosa kata ini adalah antara catatan-catatan pertama berbahasa Melayu yang dimasukkan ke dalam sistem tulisan Barat iaitu Rumi/Latin.

5

Andainya diamati, tahap awal perumian ini dilakukan adalah sebagai langkah awal mempelajari bahasa Melayu bagi pedagang-pedagang Eropah. Ia bukan pula bertujuan untuk menukarkan sistem tulisan Jawi yang digunapakai pada ketika itu. Perumian secara khususnya berlaku pada abad ke-19. Usaha yang paling dilihat ketara ialah apabila William Marsden melakukan usaha terawalnya melalui bukunya A Grammar of Malayan Language dan A Dictionary of London pada 1812. Langkah beliau seterusnya disusuli pula oleh Padri C. H. Thomsen dengan bukunya A Vocabulary of The English and Malayan Languages Containing About 2000 Words yang telah diterbitkan pada 1820. John Crawford pula meneruskan usahanya pada tahun 1848. Namun pada tahun 1878, Governor General Lord Carnavorn telah mengeluarkan surat amaran kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu supaya menubuhkan satu sistem Rumi secara baku untuk mengeja nama-nama orang dan tempat di negeri-negeri tersebut. Maka, sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk satu sistem perumian dan ejaan bagi nama-nama yang berkenaan telah disyorkan. Tidak lama selepas itu, satu lagi jawatankuasa telah dibentuk oleh Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipengerusikan oleh R.J Wilkinson. Hasilnya, sebuah buku panduan ejaan Rumi bahasa Melayu yang bertajuk Romanised Malay Spelling telah dihasilkan. Ejaan ini juga dikenali sebagai Ejaan Wilkinson dan telah diguna pakai sebagai panduan penyediaan buku teks di sekolah di zaman penjajahan Inggeris. Jelas di sini bahawa catatan Cornelius de Houtman telah memberi impak yang besar kepada kita pada hari ini. Perbendaharaan kata Houtman telah melakar sejarahnya yang tersendiri. Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa perbendaharan kata

6

Cornelius de Houtman dapat dijadikan bukti yang memperkukuhkan kenyataan tentang kewujudan satu sistem unsur bunyi Melayu abad ke-16 yang menyamai sistem fonologi bahasa Melayu Moden.

3.

JOHN CRAWFURD

John Crawfurd dilahirkan di Pulau Islay, Scotland pada 13 Ogos 1783. Pada asalnya, beliau merupakan seorang doctor perubatan di Scotland. Beliau juga turut berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan penulisan. Beliau juga merupakan seorang residen Tanah Melayu. Beliau telah mempelajari bahasa dan budaya bahasa Melayu sewaktu beliau berada di Tanah Melayu. Pada 1811, beliau menemani Sir Stamford Raffles iaitu pengasas Singapura yang pertama ke Lord Minto bagi ekspedisi ketenteraan di Jawa dari Belanda. Pada November 1811, John Crawfurd telah menjadi Residen di Mahkamah Melaka. Sewaktu menjadi Residen, beliau sangat berminat dalam bidang penulisan dan bahasa. Sebagai seorang Residen, Crawfurd telah meneruskan pengajiannya dalam mendalami bahasa Jawa bagi tujuan memupuk hubungan yang baik dengan para pembesar Jawa dan juga para sasterawan. Crawfurd kemudiannya dihantar ke Bali dan Sulawesi untuk misi diplomatik. Pada 1816, setelah Jawa kembali ditawan oleh Belanda, Crawfurd kembali ke England dan kembali menulis. Beliau telah menerbitkan tiga jilid History of the Indian Archipelago pada tahun 1820. Pada 1828 dan 1829 pula beliau telah menerbitkan jurnal yang ditulis berdasarkan pengalaman beliau sewaktu menjadi utusan misi ke Burma. Terbukti dokumentasi tersebut bermanafaat dan menjadi garis panduan untuk masa akan

7

datang dan sumber berguna untuk para sarjana.Hampir 140 tahun kemudian, jurnal ini dicetak semula oleh Oxford Universiti Press. Sisa hidupnya hanyalah dikhaskan untuk menulis buku dan juga makalah tentang Timur. Akhirnya, John Crawfurd telah meninggal dunia pada 11 Mei 1868 pada usia 85 6ahun di South Kensington, London. Sewaktu meninggal dunia, beliau masih lagi menjadi residen Inggeris kedua Singapura.

SUMBANGAN JOHN CRAWFURD

John Crawfurd turut meneruskan kajian yang telah dijalankan oleh William Marsden dalam bukunya A Grammar and Dictionary Of Malay Language, with a Pleminary Dissertation (1852) pada bahagian tatabahasa.Beliau menyatakan bahawa perbezaan dalam bahagian ucapan adalah tidak senyata dan sejelas bahasa Eropah. Selain itu, John Crawfurd juga menulis sebuah buku yang berjudul On Malayan and Polynesian Language and Races. Dalam buku ini, beliau merumuskan bahawa kedua-dua bahasa Melayu dan Polinesia adalah tidak sekeluarga. Pada 1848, beliau membuat kajian tentang perbandingan bahasa di kawasan Nusantara iaitu bahasa Polinesia seperti bahasa Jawa, Sumatera, dan Kalimantan. Beliau menerbitkan bukunya yang berjudul A Grammar and Dictionary of the Malay Language dan bukunya ini terdapat empat jilid. Dalam bukunya yang pertama, beliau membincangkan sejarah bahasa Melayu dan bahasa Jawa. Karya John Crawfurd yang seterusnya ialah On the Origin and History ot Written Language (1806). Melalui buku ini, beliau membincangkan tenttang persoalan mengenai

8

asal-usul dan perkembangan bahasa. Seterusnya, beliau juga menghasilkan kamus dan juga buku-buku nahu bahasa Melayu. Dalam buku beliau A Grammar and Dictionary of the Malay Language mengkhususkan tentang nahu yang dimulakan dengan abjad jawi dan cara-cara penyebutan perkataan. Penggolongan perkataan yang merangkumi kata nama, kata adjektif, kata ganti nama, dan kata kerja turut dibincangkan dalam buku tersebut. Perbincangan tentang binaan ayat juga turut dimuatkan dalam buku beliau. Karya yang dihasilkan oleh John Crawfurd jelas memberikan sumbangan yang besar dalam asas pembinaan kamus dan nahu sama ada bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Malah, buku yang dihasilkan oleh beliau merupakan salah satu buku tatabahas terawal yang lengkap. Salah satu sumbangan penting Crawfurd ialah sistem ejaan rumi Crawfurd. Dalam tahun 1848, beliau berusaha merumikan tulisan jawi dan telah

disiarkan dalam Journal of Indian Archipelago dan Easten India. Usaha beliau dalam penyelidikan tentang asal-usul bahasa Melayu merupakan satu usaha yang telah meninggalkan kesan yang mendalam. Penulisan Crawfurd mengenai nahu bahasa Melayu juga telah meletakkan nama beliau sebaris dengan namanama ahli bahasa yang lain. Malah, hasil-hasil karya beliau terus dimanafaatkan sehingga sekarang dan untuk generasi akan datang.

4.

FRANK SWETTENHAM

Frank Swettenham atau nama sebenarnya Frank Athelstane Swetttenham adalah salah seorang pegawai kolonial British yang terkenal pada zaman penjajahan British di Tanah

9

Melayu. Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1850 di Belper, Derbyshire, England. Menjelang usia 20 tahun, beliau dihantar ke Singapura bagi mengikuti latihan sebagai pelatih pegawai kolonial. Semasa inilah, beliau bergaul dengan masyarakat yang majoritinya berbangsa Melayu. Hal ini menyebabkan beliau telah mempelajari bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan masyarakat ketika itu. Beliau mula bertugas di Province Wellesley dan Pulau Pinang sebagai pegawai tanah, Jaksa Pendamai, Majisteret, dan Pesuruhjaya Mahkamah dari tahun 1872-1874. Pada bulan Januari, Jun, dan Julai 1874, beliau telah mengetuai satu misi khas ke Perak atas permintaan Sir Andrew Clarke. Pada Ogos 1874, beliau sekali lagi dihantar ke Langat, Selangor oleh Sir Andrew Clarke untuk mendapatkan sokongan moral membanteras kegiatan pemberontakan ketika itu. Selepas kejayaan beliau di Langat, beliau dilantik sebagai pembantu residen Selangor, pada Disember 1874. Pada November 1875, beliau ditugaskan ke Perak sebagai Timbalan Pesuruhjaya. Pada 1876-1881, beliau telah menjawat jawatan sebagai Setiatsaha Pembantu Kolonial. Beliau mula memegang jawatan sebagai Residen British di Selangor pada 1884 hingga 1886. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Residen negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1901-1904. Justeru, dilihat dari perjalanan hidupnya sebagai pegawai kolonial British yang berkhidmat lebih kurang 33 tahun di Tanah Melayu dan bergaul dengan masyarakat Melayu ketika itu, sememangnya beliau banyak memahami dan mempelajari tentang orang-orang Melayu.

10

SUMBANGAN FRANK SWETTENHAM

Kebolehan dan kemampuan Frank Swettenham menguasai bahasa Melayu sememangnya tidak dinafikan. Keupayaan menguasai bahasa Melayu setelah belajar dengan bimbingan Munshi Mohd. Said dalam masa 15 bulan mampu membantunya mencapai kelulusan dalam peperiksaan jurubahasa ketika itu. Kebolehan beliau mula terserlah apabila beliau mengetuai misi ke Pangkor, pada Januari, Jun, dan Julai 1874. Sumbangan pertama beliau dalam penulisan bahasa Melayu adalah menterjemah Perjanjian Pangkor 1874 dengan bantuan Munshi Mohd. Said. Beliau juga dikatakan telah menulis manuskrip tentang Hikayat Hang Tuah. Namun begitu, penulisannya tentang bahasa Melayu adalah menghasilkan Daftar Kata Bahasa Melayu-Inggeris dan Bahasa Inggeris-Melayu. Hasil kajian beliau tentang bahasa Melayu telah membantu perkembangan bahasa Melayu yang lebih tersusun dan mempunyai sistem yang lebih mantap. Sistem-sistem yang diperkenalkan oleh beliau itu akhirnya dikenali sebagai Sistem Ejaan Swettenham (1881). Penghasilan daftar kata tersebut banyak membantu perkembangan bahasa Melayu ketika itu kerana ia menggunakan bahasa Melayu (Tanah Melayu) berbanding Kamus Marsdens yang popular ketika itu yang meggunakan bahasa Melayu Sumatera. Di dalam daftar kata tersebut, Swettenham telah memuatkan beberapa huraian berkaitan sistem ejaannya. Antaranya kandungan daftar kata tersebut ialah sistem vokal, diftong, konsonan, terjemahan, huruf-huruf jawi Melayu, pertukaran unit sukatan dan ukuran, daftar kata, dan perbualan harian Inggeris-Melayu. Penghasilan daftar kata ini

11

membuktikan bahawa Swettenham sememangnya banyak mendampingi masyarakat Melayu ketika itu. Dalam daftar kata Inggeris-Melayu, beliau telah menyenaraikan lebih kurang 5500 perkataan Inggeris di samping beberapa bahagian perbualan harian dalam keduadua bahasa. Apa yang menarik ialah daftar ini, bukan sahaja memuatkan terjemahan dalam ejaan rumi bahasa Melayu, malah turut dimuatkan terjemahan dalam ejaan Jawi.

5.

HARRY JUDGE

Dr. Harry Judge ialah seorang ahli majlis pengkaji yang senior di Jabatan Pendidikan di Universiti Oxford dan merupakan ahli kehormat di Kolej Brasenose, United Kingdom. Beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah bagi Jabatan Pendidikan bermula dari tahun 1973-1988. Sebelum itu, beliau adalah pengetua Banbury School di Oxfordshire. Pada ketika itu beliau adalah ahli Komiti James (sejak 1972) iaitu usaha dalam pembaharuan pendidikan. Beliau seorang pakar dalam bidang sejarah dan mendapat ijazah di London di dalam jurusan sejaarah awal Perancis. Skop kajian bagi Dr. Harry Judge ialah kajian tentang perbandingan dalam polisi pendidikan dan juga di dalam sejarah pendidikan British. Pada sekitar 1982, beliau telah menerbitkan artikel untuk Yayasan Ford yang bertajuk American Graduate Schools of Education : A View From Abroad. Dua tahun kemudian, Penerbitan Universiti Oxford telah menerbikan jurnal beliau tentang A Generation of Schooling : English Secondary Schools Since 1992. Beliau juga telah berkhidmat sebagai professor jemputan di sesetengah universiti di Amerika dan untuk

12

lima tahun pertamanya selepas bersara dari Universiti Oxford, beliau sangat mencintai kerjayanya sebagai tenaga pengajar di Michigan State University dalam bidang perbandingan pendidikan. Beliau juga telah menerbitkan banyak artikel dan menyumbangkan hasil kerja dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

SUMBANGAN HARRY JUDGE

Harry Judge telah membuat kajian yang meluas tentang tentang sumber dan komentari. Beliau juga telaah menghabiskan selama empat tahun membuat lawatan di sekolah dan menjalankan temubual bagi melengkapkan penyelidikannya. Beliau juga berjaya dalam menghasilkan buku yang mana mengandungi jumlah maklumat yang besar mengenai pengajaran penting kepada penggubal polisi pendidikan masa kini. Antara hasil karya beliau yang terkenal ialah buku yang bertajuk World History From Earliest Times to 1800. Buku ini mengisahkan tentang pengetahuan awal yang menjurus kepada sejarah dunia iaitu bermula sejak kewujudan manusia hingga masa kini. Selain itu, buku ini menjawab persoalan kepada sesiapa yang memerlukan informasi yang spesifik tentang sejarah.. Buku ini turut menerangkan tentang peradaban, zaman Mesir Purba, sejarah Bible, penerangan tentang empayar Rom, dan Yunani. Seterusnya tentang sejarah Eropah yang meliputi Zaman Kegelapan hingga Zaman Kebangkitan dan turut disentuh juga zaman Perindustrian moden. Tambahan pula, ensiklopedia ini turut memberi penjelasan mengenai pembinaan sejarah Negara Amerika, Jepun, China, Afrika, India serta Asia.

13

Hasil karya beliau yang kedua ialah buku bertajuk People and Cultures. Melalui buku ini, dapat diulaskan bahawa buku ini berkisar tentang isu yang berkaitan dengan hubungan masa kini dan dan masa dan informasi tentang bagaimana dan cara hidup manusia. Hasil karya beliau yang ketiga ialah The University and the Teachers . Buku ini berkisar tentang tanggungjawab dan amanah sesebuah universiti dalam pendidikan dan persediaan profesional bagi guru-guru. Selain hasil karya yang disebutkan tadi, terdapat banyak lagi hasil karya beliau yang telah diterbitkan. Hasil penulisan beliau banyak membantu masyarakat dalam menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang berkaitan dengan budaya, masyarakat, politik, dan pendidikan.

SUMBANGAN HARRY JUDGE DARI SEGI PANDANGANNYA

Sumbangan lain yang disumbangkan oleh Harry Judge ialah beliau turut mengemukakan pandangan atau pendapat beliau dalam pertumbuhan bahasa Melayu. Menurut Harry Judge, bahasa Melayu telah wujud sejak abad kedua Masihi. Buktinya iialah kewujudan Kerajaan Melayu Champa yang terletak di Vietnam Tengah. Secara logiknya, kerajaan ini wujud kerana ada bangsa menetap di kawasan ini. Terdapat prasasti yang ditemui bertarikh pada abad ke-4 Masihi, menggunakan bahasa Melayu Kuno Champa. Sumber ini ditemui di Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam Selatan. Berdasarkan bahan bukti yang ditemukan, dapat dikatakan bahawa pendiri kerajaan Melayu Champa ialah bangsa Melayu, iaitu Melayu Champa dan begitu juga bahasanya.

14

Selain itu, beliau mengatakan bahasa Melayu pula mendapat pengaruh luar sejak abad ke-4 Masihi seperti pengaruh bahasa Sanskrit yang terdapat pada tinggalan Kerajaan Melayu Kutai di Kalimantan Timur yang bertarikh 400 Masihi dan Kerajaan Tarumanegara di Jawa Barat pada 450 Masihi. Kewujudan bahasa Melayu pada abad ke7 mempunyai banyak buktinya seperti pada prasasti-prasasti zaman Sriwijaya, Sailendra, Sanjaya, dan Malayu. Pada abad ke-10 dan ke-11 pula, baru muncul kedatangan Islam seperti pada prasasti di Langgar, Kedah (290 Hijrah), Brunei (440 H/1048 M), Leran, Surabaya (475 H/1082 M), dan Pekan, Pahang (419 H). Kemudian, dating pula bangsa-bangsa Barat dengan dimulakan dari jatuhnya Kota Melaka (1511 M), kemudian Maluka, Sunda Kelapa, Manila, dan lain-lain. Pengaruh Barat baru mula mengental dalam abad ke-19 dan abad ke-20. Namun pada pertengahan abad ke-20, dunia Melayu mula menjadi negara bebas dan merdeka. Bagi membahagikan zaman-zaman bahasa Melayu, beliau lebih cenderung menggunakan bahan-bahan bukti serta ciri-ciri tertentu bagi mengkategorilan zaman-zamannya. Menurut Harry Judge, bagi menentukan zaman-zaman bahasa Melayu, bahasa Melayunya itu perlu dilihat dari beberapa sudut. Terdapat tujuh kriteria yang menentukan zaman-zaman bahasa Melayu. Pertama dapat dilihat dari sudu kandungan bahasa Melayu itu sendiri seperti kosa katanya, tatabahasanya termasuk fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Kedua, dari sudut ungkapan-ungkapan, dan istilah-istilah yang dipakai dalam satu-satu bidang seperi bidang-bidang pentadbiran, agama, budaya, dan lain-lain. Ketiga, dari hasil-hasil karya sastera, sama ada wujud unsur-unsur luar, atau pengaruh lain dalam bentuk terjemahan, tiruan, saduran daripada hasil-hasil karya tersebut atau yang lain-lain. Keempat, tulisan-tulisan atau aksara-aksara dan jenis-jenisnya yang

15

dipakai oleh bahasa yang berkenaan, adakah tulisan itu kepunyaan mereka sendiri yang asal atau pinjaman daripada luar. Kelima, dari sudut pengaruh pemikiran, falsafah, dan perkembangan intelektualnya dalam tamadun bangsa yang berkenaan. Keenam, dari sudut pengaruh penggunaan teknologi yang datang daripada sesuatu bangsa lain yang wujud dalam budaya, tamadun dan bahasa bangsa yang berkenaan. Seterusnya, Harry Judge membahagikan zaman-zaman yang terdapat semasa pertumbuhan bahasa Melayu kepada lima zaman sahaja, iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu Kuno, zaman bahasa Melayu Klasik, zaman bahasa Melayu pramoden dan zaman bahasa Melayu Moden. Harry Judge merupakan seorang individu yang penuh dengan keunggulan di dalam setiap bidang yang diceburinya. Beliau juga seorang pakar sejarah, penulis buku ensiklopedia yang hebat terutama dalam mengupas sejarah dunia, penulis artikel dan jurnal, seorang pendidik, seorang tenaga pengajar yang berkaliber. Selain itu, beliau juga seorang penggubal polisi yang penuh dengan idea dan cadangan demi anak bangsanya sendiri. Terlalu banyak sumbangan beliau dalam pendidikan dan persejarahan. Seorang insan yang tidak pernah mengenal erti jemu dan sentiasa tampil dengan idea-idea baharu dengan penuh ilmiah dan keintelektualan. Nama beliau begitu sinonom dengan nama Oxford kerana masa dan tenaga serta hasi-hasil karyanya telah diterbitkan di tempat tersebut. Kini, artikel, jurnal-jurnal, buku-buku karya beliau menjadi rujukan di seluruh pelusuk dunia terutama di universiti-universiti terkemuka.

16

6.

SIR HENRY YULE

Sir Henry Yule merupakan anak kelahiran dari Inveresk, Scotland. Bapanya, Major William Yule merupakan seorang yang berpendidikan tinggi, dan beliau juga adalah seorang tokoh penterjemah yang hebat lagi disegani ramai. Sir Henry Yule mewarisi sifat bapanya yang tidak pernah kenal erti putus asa dan senantiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sehingga ke peringkat tertinggi. Sir Henry Yule mendapat pendidikan awal di Edinburgh, kemudian menyambung pengajian beliau di Addiscombe, Chatam dan seterusnya di Bengal Engineers pada tahun 1840. Beliau telah melibatkan diri di dalam kedua-dua peperangan Sikh kerana minat dan beliau juga memiliki kekuatan semangat yang jitu untuk menyertai peperangan tersebut. Pada 1862, beliau bersara di semasa memegang gelaran sebagai seorang pesara berpangkat kolonel. Sir Henry Yule juga pernah menyandang jawatan sebagai presiden di Haklyut Society. Beliau pernah menerima sebuah pingat emas daripada Royal Geografical Society kerana kebolehan dan kebijaksanaan beliau dalam menghasilkan banyak sumbangan terhadap masyarakat dan negara.

SUMBANGAN SIR HENRY YULE

Terdapat pelbagai sumbangan yang telah beliau curahkan sepanjang penglibatannya dari pelbagai sudut. Antara sumbangannya yang berjaya ditonjolkan adalah seperti dalam penghasilan karyanya menerusi hasil penulisan beliau yang sangat diminati. Oleh itu, hasil penulisan beliau telah diambil sebagai salah satu contoh hasil penulisan terbaik

17

suatu masa dahulu. Hasil penulisan beliau, Narrative Mission telah digunakan sebagai salah satu rujukan khas oleh Mahkamah Ana pada 1858. Selain itu, beliau telah berjaya menerbitkan buku yang berjudul Cathay, dan Way Thither, pada tahun 1866. Semasa beliau bersara, beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Book of Marco. Sepanjang kerjayanya sebagai penulis, beliau juga pernah dibawa keluar oleh sebuah agensi yang bertujuan untuk kerjasama beliau dengan Dr. Arthur C Burnell dalam menghasilkan Hobson-Jonson pada 1886. Misi utama beliau yang menjadi tunjang kekuatannya dalah untuk menerbitkan sebuah kamus yang berkenaan tentang ungkapan-ungkapan yang berbentuk kolokial Anglo-Indian Inggeris. Pada 1863, beliau pernah menyunting Mirabilia sebagai penghurai kepada Jourdanus dan The Diary William Hedges. Suntingan tersebut turut mengandungi sebuah biografi pertama terhadap seorang yang berpengaruh iaitu Gabenor Pitt yang merupakan datuk kepada William Pitt yang berjudul Earl of Chatham . Bukan itu sahaja, Sir Henry Yule juga merupakan penyumbang kepada penciptaan sebuah kamus Oxford Inggeris dan merupakan penasihat dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan Oriental. Banyak lagi hasil karya beliau yang telah banyak memberi manafaat kepada masyarakat seperti The Book of Ser Marco Polo, The Venetian Concerning the Kingdom and Marvels of the East, The Complete Yule-Cordier Edition, dan sebagainya.

7.

R. J. WILKINSON

R. J. Wilkinson tiba di Tanah Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai pegawai pentadbiran colonial. Beliau didorong oleh Sir William Maxwell, gabenor negeri

18

Selangor untuk menulis buku mengenai ilmu ghaib. R.J Wilkinson telah menjadi setiausaha Strait Branch of the Royal Asiatic Society. Pada tahun 1895 M, R. J Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut Haru Aminurrashid, kamus ini sangat berguna dan semangat mendalam penyiasatan bahasa Melayunya. Tidak lama selepas itu, R.J Wilkinson menyusun kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang dierbitkan pada 1902. Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak itu terkenallah Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat dalam kamus tersebut. Semasa berada di Dinding, Perak, Wilkinson berpeluang memperbaiki seluruh leksikon tentang flora dan fauna. Beliau telah mendapat kehormatan dengan namanya diberikan kepada sejenis tupai tupai ferruginea Wilkinson. Pada tahun 1903, beliau telah dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch, yang memberi kesempatan kepada beliau unuk menerbitkan buku bertajuk Papers on Malay Subjects, dan menyelesaikan hampir keseluruhan draf kamusnya. Jawatan-jawatan selanjutnya yang dipegang beliau ialah di Sierra Leone pada tahun 1915, kemudian di Smyne pada 1922.

SUMBANGAN R.J WILKINSON

i)

A Malay English Dictionary ( romanised )

Kamus dwibahasa yang paling penting kerana keluasan isi kandungannya dan mutu keterangan yang terperinci dan tidak terdapat dalam kamus lain ialah A Malay English

19

Dictionary ( romanised ) yang disusun oleh R.J Wilkinson pada tahun 1901. Ia merupakan kamus dwibahasa yang terawal pada awal abad ke-20 dengan tiga bahagian iaitu bahagian I, II, dan III. Kata masukan kamus ini ditulis dalam ejaan jawi dengan aturan huruf rumi serta keterangan data dalam bahasa Inggeris. Beliau telah melakukan tiga kali semakan iaitu : a) b) Edisi A Malay English Dictionary I II dalam ejaan Rumi pada tahun 1932. Edisi A Malay English Dictionary dalam ejaan Rumi dengan tempelan ejaan jawi pada 1959. c) Pengemaskinian A Malay English Dictionary dalam ejaan Rumi sepenuhnya pada tahun 1959. Kamus setebal 1300 halaman ini merupakan karya leksikografi yang paling terperinci tentang bahasa Melayu hingga sekarang. Kamus ini telah diulang cetak oleh Penerbit Macmillan di London pada tahun 1959.

ii)

English Malay Dictionary

English Malay Dictionary ialah kamus dwibahasa Inggeris-Melayu setebal 152 halaman yang disusun oleh Sir Richard Winsted dari Universiti of London. Kamus ini disusun berdasarkan hasil yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dalam Kamus Malay English, dengan persetujuan penyusunnya sendiri.. R.J Wilkinson telah menyerahkan semua bahan yang belum diterbitkan lagi yang dikumpulkan selama 10 tahun sebelumnya untuk dimasukkan ke dalam kamus ini. Sir Richard Winstedt telah menambah beberapa ratus perkataan baharu, memperluaskan

20

makna sebanyak mungkin dan memberi takrifan dengan lebih terperinci bagi setiap kata masukan.

iii)

Kamus Jawi Melayu - Inggeris

Kamus ini disusun oleh R.J Wilkinson ketika beliau berkhidmat sebagai pegawai Inggeris di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Kamus Melayu Tulisan Jawi ini telah disusun oleh Wilkinson dalam tahun 1902 dan diterbitkan pada tahun 1903. Huruf Arab dengan huruf Jawi Melayu digunakan dalam kamus ini. Huruf-huruf yang digunakan oleh Wilkinson sama dengan huruf-huruf Jawi yang digunakan pada masa sekarang kecuali huruf yang baru dicipta dalam Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu. Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayudimulakan apabila Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J Wilkinson, nazir sekolah-sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenali sebagai Ejaan Wilkinson itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk laporan. Ejaan Wilkinson telah menjadi Ejaan Sekolah yang telah digunakan di sekolah umum. Peranan yang dilakukan oleh R.J Wilkinson dalam sistem ejaan Rumi, sistem ejaan Jawi, dan dalam penyusunan kamus merupakan sumbangan yang besar dalam perkembangan bahasa Melayu khususnya bahasa yang digunakan dalam buku-buku eks dalam sistem pendidikan awal abad ke-20. Usaha beliau kemudiannya telah disambung oleh pengkaji Barat yang lain. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson telah menjadi rujukan

21

kepada Ejaan Rumi Zaaba yang digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di Malaya sehingga ke tahun-tahun 50-an.

8.

R.O WINSTEDT

Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di kota Oxford, England. Ayah beliau berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat

pendidikan di Magdalen College School dan di New College, Oxford. Pada 1902, beliau telah dihantar untuk berkhidmat di Perak pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson, Winstedt akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk mempelajari sistem matrilenial. Dalam 1913, beliau elah dilantik menjadi Pegawai Daerah Kuala Pilah, dan pada 1916, beliau berkhidmat di jabatan pendidikan. Pada 1920-an, Winstedt menerima DLittnya daripada Oxford. Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden pertama, di Raffles College Singapura, pada tahun 1921 hingga 1931. Beliau juga berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923, bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan ahli anggota Majlis Perundangan, Negeri-negeri Selat, 1924 hingga 1931, dan sebagai anggota FMS Federal Council, 1927 hingga 1931. Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu, beliau telah dilantik sebagai pensyarah, pembaca, dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran pada 1939 hingga 1959. Pada 1938, beliau dilantik sebagai presiden

22

Association o British sehingga 1939. Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah Jajahan Mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939. Beliau juga pernah dilantik sebagai presiden di Royal Asiatic Society pada tahun 1947. Beliau juga turut berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Instituut Voor Taal Landen Volkenkunde. Beliau meninggal dunia pada 2 Jun 1966.

SUMBANGAN R.O WINSTEDT

R.O Winstedt telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul Colloquial ( Malay : A Simple Grammar with Consorvations ) dan sebuah kamus yang dianggap sangatt penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of Colloquial Malay English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Beliau juga banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20, Winstedt telah menghasiklan buku tatabahasa Melayu yang berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Pada 1958, beliau menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary diikuti dengan Kamus Bahasa Melayu pada 1960. Beliau turut memainkan peranan pening dalam pendidikan orang Melayu. Atas cadangan beliau, Sultan Idris Training College telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997, kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

23

Beliau kemudiannya menjawat jawatan sebagai penasihat di Pejabat Karang Mengarang Maktab Perguruan Sultan Idris, yang ditubuhkan pada 1924. Antara tahun 1924 hingga 1957, Pejabat Karang Mengarang di bawah nasihat R.O Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah Malay School Series. Beliau juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai kesusaseraan Melayu sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pegawai British di Tanah Melayu. Atas galakan R.J Wilkinson, Winstedt telah berjaya menghasilkan esei berjudul The Literature of Malay Folklore. Beginning : Fables, Farcial Tales, Romance. Pada tahun 1908, beliau menerbitkan Father Civet diikuti dengan Musang Berjanggut. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-puluh zaman telah dihidupkan kembali oleh R.O Winstedt dalam bahasa yang sesuai dengan zaman itu. Pada tahun 1910 Winstedt telah merumikan Hikayat Seri Rama dan setahun selepas itu, beliau menghasilkan esei yang bertajuk Awang Sulung Merah Muda, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang penglipurlara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul Hikayat Anggun Che Tunggal yang dihasilkan pada 1914. Pada 1919, beliau menghasilkan esei berjudul Misa Melayu, diikuti oleh Shaman, Saiva and Sufi. A Study of the evolution of Malay magic pada 1925. Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak terhenti di sini sahaja, pada 1949 beliau menghasilkan A Panji From Kelantan dan Malay Annals Again, Goa and the King of Singapore. Pada 1961, beliau telah menghasilkan Modern Malay Poetry.

24

9.

WILLIAM EDWARD MAXWELL

William Edward Maxwell atau dikenali juga sebagai W.E. Maxwell merupakan seorang pegawai British yang popular di Tanah Melayu. Beliau diberi gelaran sir sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Tanah Melayu. Beliau dilahirkan pada 1845 di Singapura. Bapa beliau ialah P. B. Maxwell, seorang pegawai British yang berkhidmat dengan Syarikat India Timur. Sir William Maxwell telah dilantik menjadi Leftenan Gabenor ddi Melaka pada 1870. Pada 1 Julai 1881, beliau menjadi Residen Inggeris di Larut, Perak. Bukit Larut yang juga dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah mengambil sempena nama keluarga beliau. Pada tahun 1887-1889 pula, beliau menjadi Residen Kaunselor di Pulau Pinang. Dari tahun 18892 hingga 1896 pula, beliau menjadi Residen British di Selangor. Pada 30.08.1893 hingga 01.02.1894, beliau turut dilantik sebagai Pegawai British di Tanah Jajahan Inggeris di Singapura. Sir William Maxwell meninggal dunia pada 1896 akibat demam di laut. Pada masa itu, beliau berusia 51 tahun.

SUMBANGAN W. E. MAXWELL

Sir William Edward Maxwell adalah seorang penulis yang berbakat. Pada tahun 1881, beliau telah menyiapkan hasil kerjanya yang terkenal iaitu Buku Tatabahasa Bahasa Melayu berjudul A Manual of Malay Language With an Introductary Sketchof Sanskrit in

25

Malay. Karya beliau ini merupakan buku tatabahasa bahasa Melayu yang pertama diterbitkan. Edisi pertama buku ini diterbitkan pada 1882. Buku ini pada dasarnya ditulis oleh Sir William Maxwell bertujuan untuk

menyediakan satu bahan rujukan kepada pegawai-pegawai British yang bertugas di Tanah Melayu pada zaman kolonial. Walau apapun tujuan penulisannya, buku ini ternyata telah membantu perkembangan bahasa Melayu pada masa itu. Kaum pendatang dan penjajah dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan masyarakat Melayu pada zaman kolonial. Buku ini juga menjadi sumber rujukan kepada para pelajar dan pengkaji-pengkaji bahasa khususnya pengkaji bahasa Melayu untuk membina buku tatabahasa Melayu dengan lebih sempurna dan kemas.

10.

HUGH CLIFFORD

Sir Hugh Clifford dilahirkan pada 5 Mac 1866 di Ugbrooke Park Devon, London. Pada tahun 1887, beliau pada ketika itu berusia 17 tahun telah mengembara ke Tanah Melayu. Tugasnya yang pertama di British Malaya ialah sebagai setiausaha kepada Residen Perak, Sir Hugh Low. Setelah lancar berbahasa Melayu, Clifford telah dilantik sebagai pemungut hasil tanah di Kuala Kangsar pada bulan Mac 1885 Apabila British mencampuri urusan di Pahang, Clifford telah dihantar sebagai wakil British di Pekan tanpa mempunyai kuasa yang luas. Clifford

dipertanggungjawabkan untuk mendesak Sultan mewujudkan sistem residen di Pahang. Pada tahun 1895, Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai

Superintendent di Ulu Pahang di bawah pengawasan residen Inggeris pertama di Pahang

26

iaitu J.P Rodger. Clifford telah menamatkan tugasnya pada ttahun 1929 sebagai Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya kerana masalah kesihatan. Beliau meninggal dunia pada 18.12.1941 di saat-saat Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun.

SUMBANGAN HUGH CLIFFORD

Sumbangan yang paling besar Hugh Clifford tterhadap perkembangan bahasa Melayu ialah beliau dan Frank Swettenham telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang

berjudul A Dictionary of The Malay Language pada 1894. Kamus tersebut telah disusun dari huruf A hingga G setebal 509 halaman. Beliau juga telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel dan cerita-cerita mengenai masyarakat Melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut ditulis berdasarkan pemerhatiannya semasa menjalankan tugas di anah Melayu.

KESIMPULAN

Setelah berbagai kajian dibuat tentang bahasa Melayu, dan tokoh-tokoh barat yang terlibat dengannya, jelas menunjukkan kedatangan mereka ke Tanah Melayu banyak memberi kebaikan dan faedah terhadap perkembangan bahasa Melayu ini. Pengkaji-pengkaji barat begitu banyak memainkan peranan dalam mengkaji asalusul bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka. Di atas kajian mereka, kita pada hari ini dapat mengetahui asal-usul bahasa Melayu, persamaan bahasa Melayu dengan bahasa lain dan sebagainya. Sebilangan masyarakat kita tahu

27

bahawa pengkaji barat mempelajari dan mengkaji bahasa Melayu bukanlah bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu, tetapi tujuan utama mereka adalah untuk memudahkan dalam campur tangan mereka dalam setiap aspek masyarakat

Melayu.Penguasaan tersebut telah membawa banyak keuntungan kepada mereka termasuklah menguasai penadbiran Tanah Melayu. Kedatangan mereka walaupun tidak diundang tetapi banyak memberi nilai yang positif dalam perkembangan bahasa Melayu. Salah satu kesankajian pengkaji Barat terhadap bahasa Melayu ialah dapat dilihat melalui hasil kajian Hugh Clifford. Hasil usahaa beliau dalam menghasilkan kamus Melayu Inggeris telah memudahkan kita menafsirkan sesuatu perkataan. Demikian juga dengan hasil kajian R.J Wilkinson yang telah menerbitkan kamus dwibahasa A Malay English Dictionary setebal 1300 halaman yang hingga sekarang masih digunakan sebagai bahan rujukan oleh para pelajar universiti-universiti terkemuka. Peranan yang dilakukan oleh R.J Wilkinson dalam sistem ejaan Rumi, sistem ejaan Jawi, dan dalam penyusunan kamus merupakan sumbangan yang besar dalam perkembangan bahasa Melayu khususnya bahasa yang digunakan dalam buku-buku eks dalam sistem pendidikan awal abad ke-20. Usaha beliau kemudiannya telah disambung oleh pengkaji Barat yang lain. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson telah menjadi rujukan kepada Ejaan Rumi Zaaba yang digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di Malaya sehingga ke tahun-tahun 50-an. Senarai kosa kata bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Houtman adalah percubaan awal unttuk merumikan bahasa Melayu. Melaluinya, proses perumian yang dilakukan itu adalah berdasarkan sepenuhnya dari sebutan lisan bahasa Melayu. Houtman telah

28

membuat padanan sebutan lisan bahasa Melayu dengan abjad rumi. Pengamatan dilakukan aspek perbualan secara langsung ataupun ucapan-ucapan lisan dalam bahasa Melayu.Senarai kosa kata ini adalah antara catatan-catatan pertama berbahasa Melayu yang dimasukkan ke dalam sistem tulisan Barat iaitu Rumi/Latin. Andainya diamati, tahap awal perumian ini dilakukan adalah sebagai langkah awal mempelajari bahasa Melayu bagi pedagang-pedagang Eropah. Ia bukan pula bertujuan untuk menukarkan sistem tulisan Jawi yang digunapakai pada ketika itu. Perumian secara khususnya berlaku pada abad ke-19. Usaha yang paling dilihat ketara ialah apabila William Marsden melakukan usaha terawalnya melalui bukunya A Grammar of Malayan Language dan A Dictionary of London pada 1812. Langkah beliau seterusnya disusuli pula oleh Padri C. H. Thomsen dengan bukunya A Vocabulary of The English and Malayan Languages Containing About 2000 Words yang telah diterbitkan pada 1820. John Crawfurd pula meneruskan usahanya pada tahun 1848. Karya yang dihasilkan oleh John Crawfurd jelas memberikan sumbangan yang besar dalam asas pembinaan kamus dan nahu sama ada bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Malah, buku yang dihasilkan oleh beliau merupakan salah satu buku tatabahasa terawal yang lengkap. Salah satu sumbangan penting Crawfurd ialah sistem Ejaan Rumi Crawfurd. Dalam tahun 1848, beliau berusaha merumikan tulisan jawi dan telah

disiarkan dalam Journal of Indian Archipelago dan Easten India. Usaha beliau dalam penyelidikan tentang asal-usul bahasa Melayu merupakan satu usaha yang telah meninggalkan kesan yang mendalam. Penulisan Crawfurd mengenai nahu bahasa Melayu juga telah meletakkan nama beliau sebaris dengan nama-

29

nama ahli bahasa yang lain. Malah, hasil-hasil karya beliau terus dimanafaatkan sehingga sekarang dan untuk generasi akan datang. Hasil kajian Frank Swettenham pula tentang bahasa Melayu telah membantu perkembangan bahasa Melayu yang lebih tersusun dan mempunyai sistem yang lebih mantap. Sistem-sistem yang diperkenalkan oleh beliau itu akhirnya dikenali sebagai Sistem Ejaan Swettenham (1881). Penghasilan daftar kata tersebut banyak membantu perkembangan bahasa Melayu ketika itu kerana ia menggunakan bahasa Melayu (Tanah Melayu) berbanding Kamus Marsdens yang popular ketika itu yang meggunakan bahasa Melayu Sumatera. Di dalam daftar kata tersebut, Swettenham telah memuatkan beberapa huraian berkaitan sistem ejaannya. Antaranya kandungan daftar kata tersebut ialah sistem vokal, diftong, konsonan, terjemahan, huruf-huruf jawi Melayu, pertukaran unit sukatan dan ukuran, daftar kata, dan perbualan harian Inggeris-Melayu. Penghasilan daftar kata ini membuktikan bahawa Swettenham sememangnya banyak mendampingi masyarakat Melayu ketika itu. Dalam daftar kata Inggeris-Melayu, beliau telah menyenaraikan lebih kurang 5500 perkataan Inggeris di samping beberapa bahagian perbualan harian dalam keduadua bahasa. Apa yang menarik ialah daftar ini, bukan sahaja memuatkan terjemahan dalam ejaan rumi bahasa Melayu, malah turut dimuatkan terjemahan dalam ejaan Jawi. Sir Harry Judge menghasillkan buku bertajuk People and Cultures. Melalui buku ini, dapat diulaskan bahawa buku ini berkisar tentang isu yang berkaitan dengan hubungan masa kini dan dan masa dan informasi tentang bagaimana dan cara hidup manusia. Hasil karya beliau yang ketiga ialah The University and the Teachers . Buku ini

30

berkisar tentang tanggungjawab dan amanah sesebuah universiti dalam pendidikan dan persediaan profesional bagi guru-guru. Selain hasil karya yang disebutkan tadi, terdapat banyak lagi hasil karya beliau yang telah diterbitkan. Hasil penulisan beliau banyak membantu masyarakat dalam menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang berkaitan dengan budaya, masyarakat, politik, dan pendidikan.

PENUTUP

Berdasarkan segala yang telah dibincangkan tentang tokoh-tokoh penyelidik dari barat tentang perkembangan bahasa Melayu ini, jelaslah bahawa bahasa Melayu ini telah lama berkembang dan mengalami proses evolusi sehingga terhasilnya bahasa Melayu Moden yang digunakan pada masa kini. Bahasa adalah jiwa bangsa. Tanpa bahasa yang sempurna, maka robohlah tamadun bangsa manusia. Bahasa Melayu yang lebih dikenali sebagai lingua franca telah memperkasakan kedudukannya di rantau ini sejak berabad yang lampau. Para penuturnya yang satu ketika dahulu hanyalah di kalangan penduduk pribuminya sahaja telah berkembang hingga menjadi bahasa serumpun di kepulauan Melayu. Setelah kedatangan pedagang-pedagang dari barat yang mana tujuan asalnya hanyalah untuk mencari tempat berdagang, telah berminat untuk menuturkannya. Maka, bahasa Melayu telah maju setapak lagi dengan berkembang kepada penutur barat. Perkembangan bahasa Melayu melalui perkamusan telah dimulakan oleh orangorang Barat seperti orang Itali, Belanda, dan Inggeris. Kejayaan mereka dalam mengumpulkan kosa kata Melayu yang diberi huraian dan penjelasan menurut bahasa

31

ibunda masing-masing kemudian disusun dan diterbitkan dalam bentuk buku. Kamuskamus tersebut menjadi sumber rujukan utama kepada orang-orang barat yang ingin mempelajari bahasa Melayu. Secara tidak langsung, sumber rujukan ini dapat dimanafaatkan dalam urusan pemelajaran di sekolah-sekolah tinggi dan universiti yang ada menawarkan kursus pengajian bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara.

32