Assignment Agame

24
AA203 – SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK: PENGHASILAN DAN PEGGUNAAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN TELAH MEMBERI BANYAK KEMUDAHAN KEPADA MANUSIA. SEBALIKNYA PENGABAIAN NILAI ETIKA TELAH MENIMBULKAN KESAN NEGATIF.BINCANGKAN TENTANG TEKNOLOGI DI ATAS DARI SUDUT PRINSIP SYARIAH PERANAN SYARIAH KESAN-KESAN PENGAHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN SECARA BERETIKA KESAN-KESAN PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN NAMA PENSYARAH: EN ABDUL HADI B. ABU BAKAR PN ROSMAWATI BINTI RAZAK PROGRAM: KEJURUTERAAN MEKANIKAL LOJI (DJL2) SESI: DISEMBER 2012 NAMA NO.MATRIK MUHAMMAD RAZIQ ASHRAF BIN MOHD 10DJL12F1025

description

selamat meniru

Transcript of Assignment Agame

Page 1: Assignment Agame

AA203 – SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK: PENGHASILAN DAN PEGGUNAAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN TELAH MEMBERI BANYAK KEMUDAHAN KEPADA MANUSIA. SEBALIKNYA PENGABAIAN NILAI ETIKA TELAH MENIMBULKAN KESAN NEGATIF.BINCANGKAN TENTANG TEKNOLOGI DI ATAS DARI SUDUT

PRINSIP SYARIAH PERANAN SYARIAH KESAN-KESAN PENGAHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI

PERSENJATAAN SECARA BERETIKA KESAN-KESAN PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN

PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN

NAMA PENSYARAH: EN ABDUL HADI B. ABU BAKAR

PN ROSMAWATI BINTI RAZAK

PROGRAM: KEJURUTERAAN MEKANIKAL LOJI (DJL2)

SESI: DISEMBER 2012

NAMA NO.MATRIKMUHAMMAD RAZIQ ASHRAF BIN MOHD

RASMAN10DJL12F1025

MUHAMAD NADZRIN BIN MUHAMMAD NIZAR

10DJL12F1002

MOHAMMAD HAKIMI BIN MAHAZER 10DJL12F1011M.FAIZ AZIZI BIN ABU HASSAN 10DJL12F1006

Page 2: Assignment Agame

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURATPENGHARGAANPENDAHULUANISI – ISI PERBINCANGAN

PRINSIP SYARIAH PERANAN SYARIAH KESAN-KESAN PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN

TEKNOLOGI PERSENJATAAN SECACA BERETIKA KESAN-KESAN PENGABAIAN ETIKA TERHADAP

PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN

RUMUSANRUJUKAN

Page 3: Assignment Agame

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,bersyukur ke hadrat ilahi diatas pengurniaan dan ruang pada kumpulan kami untuk menyelesaikan satu tugasan yang agak mencabar dalam menghasilkan satu kertas kerja yang bertajuk berkaitan teknologi persenjataan.

Terima kasih di ucapkan kerana telah memberi waktu untuk menyelesaikan kertas kerja ini dan peringanan ini amatlah bermakna untuk kumpulan kami.

Tajuk yang diberikan amatlah mencabar untuk kumpulan kami selesaikan kerana terdapat banyak percanggahan di tajuk ini.tapi dengan izinnya kertas kerja ini telah pun siap hasil kerjasama dari semua ahli kumpulan.

Page 4: Assignment Agame

PENDAHULUAN

Sejak zaman Nabi Nuh as, kira-kira tahun 5000 SM, hingga tahun 1400 M, persenjataan tentera di dunia hanya didominasi oleh pedang, panah, tombak, kuda dan senjata-senjata tradisional lainnya, namun tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kaum Muslimlah yang menjadi pelopor kepada persenjataan modern.

Jika kita baca buku-buku teks di sekolah, para pejuang kita digambarkan kononnya berperang dengan penjajah hanya dengan penggunaan senjata tajam seperti pedang, panah, keris, atau bambu runcing, namun hakikatnya ia tidaklah se'kuno' begitu. Pada awal kedatangan Penjajah Belanda ( VOC ) iaitu sekitar abad ke-16, Belanda juga masih menggunakan tombak, pedang, panah dan hanya sebahagian saja yang memakai senapang dan menggunakan meriam. Kesultanan Demak dan Aceh ketika itu sudah pun menggunakan meriam, bahkan Kesultanan Demak pernah mendatangkan pakar meriam dari negara Cina yang beragama Islam (Zaman Dinasti Ming, politik dan ekonomi Cina dikuasai kaum Muslim), yang disuruh membangunkan persenjataan artileri seperti meriam.

Kaum muslim pada masa Khalifah Islam sudah menciptakan pelbagai persenjataaan moden pada zamannya dan hasil dari pemikiran cemerlang yang melangkaui pemikiran manusia pada zamannya.

Ibnu Firnas the First Flying Man

Sekitar tahun 990 M, Ibnu Firnas seorang ilmuwan dari Andalusia (Sepanyol) memimpikan bagaimana mungkin suatu ketika manusia mampu terbang bebas di angkasa seperti burung. Ibnu Firnas sebenarnya terinspirasi daripada kejadian Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW.

Page 5: Assignment Agame

Ibnu Firnas bagaimanapun terfikir adalah mustahil untuk manusia biasa mampu menunggang Bouraq, yakni kenderaan Nabi Muhammad SAW ketika Isra’ Mi’ raj.

Rancangan alat terbang Ibn Firnas

Ibnu Firnas ( Armen Firman ), mula meneliti gerak aerodinamika, fisikal udara dan anatomi burung serta kelelawar. Hinggalah pada suatu ketika, beliau berjaya mencipta sebuah 'alat terbang' seperti sayap kelawar. Ciptaan Ibnu Firnas ini melalui tempoh percubaan apabbila beliau menaiki menara Masjid Cordoba, sambil disaksikan oleh ribuan orang yang berada dibawahnya, Setelah melakukan terjunan beliau kemudiannya melayang terbang sejauh kira-kira 3 KM (jarak ini paling maksimum) dan telah mendarat dengan selamat. Ribuan orang yang menyaksikan kejadian itu, bertepuk tangan atas kejayaan ciptaannya. lain pula jadinya kepada masyarakat Eropah, yang ketika itu sedang di era kegelapan, heboh sendiri kerana menganggap Ibnu Firnas melakukan sihir yang mereka saja belum pernah melihatnya.Alat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudiannya telah menginspirasikan Wright Brothers untuk mencipta pesawat terbang pada awal abad 20.

Basilica Canon the First Ottoman's Great Bombard

Replika great bombard dan proyektilnya

Rasulullah SAW pernah mengirim surat kepada Raja Heraklius agar Heraklius memeluk Islam atau paling tidak, tunduk pada agama Islam jika benar sekalipun Heraklius tidak mahu

Page 6: Assignment Agame

memeluk agama Islam. Namun Raja Heraklius menolak nasihat Rasulullah SAW itu kerana meremehkan kekuatan kaum muslim yang hanya seluas kota Madinah saja, sedangkan Heraklius adalah penjajah hampir seluruh benua Eropah dan sebahagian Asia Barat serta pesisir utara Afrika.

Wilayah jajahan Roma/Rumiyah

Nabi Muhammad SAW ketika menggali Parit Khandaq bersabda :

“...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."Hadis riwayat Imam Ahmad

Sisa benteng Konstantinopel

825 tahun kemudian iaitu tahun 1452 M, seorang Khalifah Muda bernama Sultan Muhammad Al Fatih dari empayar kekhalifahan Turki Uthmaniyah, telah mencipta sebuah penemuan yang menggoncang dunia iaitu berupa meriam pengebom gergasi yang baginda sendiri telah namakan dalam Bahasa Turki, Qanun Bassilick atauBassilica Canon dalam Bahasa Inggeris (The Great Bombard) yang akan digunakan bagi menembusi tembok pertahanan Constantinopel yang selama 1100 tahun tidak tidak berjaya ditembusi oleh pelbagai macam senjata. Meriam tersebut mampu melepaskan tembakan bola besi padat seberat 700 kg dengan jarak tembakannya adalah 1,6 km.

Page 7: Assignment Agame

The Great Bombard Muhammad Al Fatih, di moncongya tertulis sepotong ayat (doa) kepada Allah SWT agar membukakan pintu kota Constantinopel untuknya dan membukakan pintuhati warganya untuk memeluk serta menerima ajaran Islam

Akhirnya atas pertolongan Allah SWT, pada 29 Mei 1453 kota yang telah dijanjikan kepada kaum muslim iaitu, Constantinopel telah berjaya ditakluki dan menjadi ibu kota negara Khalifah Islam selama 500 tahun. Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada Islam Bol yang bermaksud Bandar Islam dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Uthmaniyah selepas Bursa dan Edirne.

Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M. Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.

Janissary the First Rifle Troops

Janissari atau Yeniceri adalah pasukan elit yang dibentuk oleh Sultan Murad II, ayah kepada Muhammad Al Fatih, yang kemudian direformasi oleh Muhammad Al Fatih dengan memberikan sentuhan 'keagamaan' kepada pasukan elit ini, dan prestasi ibadah dari pasukan ini ; tidak pernah meninggalkan Solat Tahajjud dan Rawatib. Serta prestasi ketenteraannya adalah sebagai An Ni’mal Jaizu atau seistimewa-istimewa pasukan kerana berjaya menakluki kota Constantinople.

Page 8: Assignment Agame

Janissary Pasukan Muhammad Al Fatih

Sekitar abad ke-15, seluruh pasukan Janissary sudah dibekalkan senapang sebagai senjata utama dan menjadi pasukan tentera Eropah pertama yang menggunakan senapang, ketika negara Eropah yang lain masih menggunakan tombak dan panah sebagai senjata utama.

Janissary yang memakai senapan

Bunyi senapang Janissari adalah yang paling kuat dan merupakan senapang yang paling 'mematikan' kerana jarak tembaknya yang unggul jika dibandingkan dengan senapang Eropah lainnya. Hinggakan, pasukan tentera Muslim ini sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam. Pasukan ini juga membantu Aceh mengusir Portugis di selat Melaka. Mental pasukan ini yang tertanam pada Panglima Polim dan Cut Nyak Dien, sehingga menjadi momok menakutkan Belanda.

Abus Gun, the First Mortar

Lukisan tentera Janissary Abus

Page 9: Assignment Agame

Kenalkah anda pada roket panggul yang digunakan oleh pasukan Hamas dan Mujahiddin Afghanistan yang menjadi momok menakutkan tank-tank canggih Israel dan NATO?, ya itu adalah RPG 7 buatan Rusia, yang dengan mudah boleh didapati di 'black market'.

Seorang pejuang Afghanistan menggunakan RPG 7

Tapi tahukah bahawa RPG 7 buatan Rusia atau Bazooka buatan Amerika adalah sebuah senjata yang telah dinspirasikan daripada senjata Abus buatan negara Khalifah Islam. Senjata ini adalah meriam dalam ukuran kecil sehingga mampu digunakan oleh pasukan Infantri negara Islam ketika itu. Abus juga sangat ditakuti tentera-tentera penjajah ketika itu.

Negara Islam adalah negara yang pertama kali menggunakan pesawat tempur dan artileri anti serangan udara.

Tentera Islam menggunakan Belon Pengebom ketika perang dunia pertama

Ketika Amerika Syarikat mencipta pesawat tempur untuk pertama kalinya, Khialiah Islam ketika itu segera mengirimkan orang-orang terpilih untuk mempelajarinya dan mengendalikannya. Lima tahun kemudian, negara Khalifah Islam berjaya mencipta sendiri

Page 10: Assignment Agame

beberapa buah belon udara pengebom dan mempunyai puluhan pesawat tempur yang digunakan ketika perang dunia pertama menentang Itali.

Negara Khalifah Islam juga adalah yang pertama kali menggunakan artileri anti serangan udara dalam perang dan berjaya menjatuhkan beberapa buah belon pengebom milik Itali dan beberapa buah lagi pesawat tempurnya di Ethiopia.

Page 11: Assignment Agame

PRINSIP SYARIAH

Teknologi persenjataan bukanlah hanya boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh setiap Negara-negara islam tapi untuk kendalikan teknologi ini Negara-negara islam haruslah faham tentang kaedah yang betul menggunakan teknologi ini mengikut prinsip syariah yang betul.

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik 'Muslim' mahupun 'non Muslim'.Syariat Islam juga berisi problem solving (penyelesaian masalah) seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:Pada keseluruhannya Kamijadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (Al-Jathiah: 18)

• Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama• Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia• Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal• Menjamin kehormatan dan maruah diri• Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta

Syariah merangkumi ibadah dan muamalah. Ibadah ialah peraturan-peraturan untuk melakukan peribadatan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ia juga meliputi perilaku melaksanakan kebaikan kepada sesama manusia dan alam. Muamalah pula ialah peraturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek akhlak, politik, ekonomi dan kemasyarakatan

Page 12: Assignment Agame

Dua hadith besar yang menjadi prinsip dalam Islam

األول الحديث

س�ول� ق�ال� �ه� ر� �ه� ص�ل�ى الل �ه� الل �ي �م� ع�ل ل و�س� :

�ا في أح�د�ث� م�ن�"ـ �س� م�ا ه�ذ�ا أم�ر�ن �ي �ه� ل د, ف�ه�و� م�ن ـ "ر�

“Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan kami perkara yang tidak ada asalnya, maka hal itu akan tertolak.”

ومسلم البخاري رواه .

�س� ع�م�ال6 ع�م�ل� م�ن� " لمسلم رواية وفي �ي �ه� ل �ي �ا ع�ل م�رن� د, ف�ه�و� أ ـ "ر�

“Barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang tidak sesuai dengan perintah kami, maka amalan itu tertolak.”

Page 13: Assignment Agame

PERANAN SYARIAH

Melaksanakan syariah secara beransur-ansur bukan sahaja memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui aspek syariah yang patut dititikberatkan. Tujuan utama syariah Islam adalah untuk menimbulkan motiyasi bagi melaksanakan proses pengislaman dan menambahkan manfaat kepada setiap ahli masyarakat.

Antara peranan syariah ialah untuk menjaga empat perkara asas yang menjadi tunjang bagi kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia iaitu :-

1. Memelihara Agama

Peranan utama syariah Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta perlaksanaannya. Sebarang eleman yang boleh menggugat kesucian Islam hendaklah dicegah sebelum ianya berlaku. Andaikata sudah berlaku, maka hukuman sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariah Islam akan mengambil kira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. Syariah Islam menetap sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuteraan hendaklah memberikan kebaikan untuk memelihara agama. Sebarang penyelidikan dan kemajuan dari sudut sains teknologi yang dilakukan oleh manusia akan membawa kepada satu kesimpulan iaitu kewujudan Sunnatullah ( The Law Of Nature ). Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah SWT dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Menjaga agama merupakan perkara paling utama bagi setiap individu. Justeru itu, syariah Islam menetapkan hukuman bunuh terhadap orang murtad serta kewajipan berjihad memerangi kafir harbi yang menceroboh.

2. Memelihara Maruah Syariah islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan

perkara penting dalam kehidupan manusia. Segala kajian yang melibatkan

sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambil kira kepentingan

maruah umat. Tindakan yang membalangkan maruah boleh mengundang

kerosakan dan kemusnahan yang besar. Atas nama pembangunan atau

pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah

manusia atau maruah agama kerosakan dan kefasadan yang melanda alam

Page 14: Assignment Agame

ini adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para saintis,teknokrat dan

jurutera terhadap nilai maruah manusia. Lantaran itu, hukum-hakam dalam

syariat islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan

dan menghancurkan maruah seseorang.

3. Memelihara Nyawa Nyawa manusia milik mutlak Allah yang wajib dihargai dan disyukuri.

Sebarang tindakan membunuh, sama ada diri sendiri atau orang ain adalah haram kecuali membunuh atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas.

Syariat islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hukum dalam islam mengambil kira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh atau merosakkan dri manusia.

4. Memelihara Harta

Syariat islam tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpuan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir dan menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat kepada asnaf-asnafnya bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan dari sudut hartanya.

Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkataNya. Pencaian harta hemdaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang sabit kesalahan mencuri dan takzir menunjukkan syariat islam memandang serius jenayah ini. Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.

Page 15: Assignment Agame

KESAN-KESAN PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN

Kemajuan sains membolehkan manusia memanfaatkan kelebihan penghasilan teknologi persenjataan sebagai contoh, tenaga nuklear. Penggunaan teknologi senjata ini banyak membantu manusia dalam pelbagai bidang. Tenaga nuklear biasanya dikiatkan dengan senjata moden yang digunakan sebagai alat pemusnah alam yang dapat membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi, perkembangan positif yang telah dicapai dalam dunia sains hari ini menunjukkan tenaga nuklear juga berperanan dalam pembangunan sesebuah negara. Namun demikian, penghasilan & penggunaan teknologi senjata juga mendatangkan kesan negatif.

Antara kebaikan tenaga nuklear ialah :-

1) Tenaga nuklear penting dalam bidang perubatan

- alat pengimbas CAT & laser digunakan untuk membuat diagnosis penyakit

- Kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser

- Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak

- Pensterian alatan perubatan lebih sempurna

- Hal ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia

2) Tenaga nuklear penting dalam bidang pertanian

- Tenaga ini digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan-tumbuhan

- Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak serangga

- Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal

- Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik

- Sinaran nuklear dapat mengubah tanaman

3) Tenaga nuklear juga penting dalam sektor perindustrian

- Teknologi nuklear mengesan kebocoran paip bawah tanah

- Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan.

- Alat komunikasi canggih seperti satelit dan Internet turut memerlukan teknologi ini

Page 16: Assignment Agame

4) Tenaga nuklear merupakan tenaga alternatif yang baik

- Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum

- Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas

- Di negara maju, tenaga nuklear digunakan dengan meluas

- Industri berat dapat dijalankan

Page 17: Assignment Agame

KESAN-KESAN PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERSEJATAAN (TENAGA NUKLEAR)

Antara kesan-kesannya ialah :-

1) Bahan radioaktif daripada tenaga nuklear mengancam kesihatan manusia

- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif

- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi

- Hal ini membahayakan nyawa manusia

- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik

- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai

2) Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear

- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuklear

- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia

- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi

- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup

- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi

Page 18: Assignment Agame

Antara kesan pengabaian etika dalam penggunaan teknologi persenjataan terhadap manusia (tenaga nuklear)

Page 19: Assignment Agame

Rumusan

Daripada huraian yang dinyatakan dapat dirumuskan bahawa prinsip syariah sangat penting dalam penghasilan dan penggunaaan teknologi persenjataan. Ini demikian kerana, apabila mengabaikan prinsip syariah ia akan memberikan banyak kesan negatif.

Prinsip syariah adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik 'Muslim' mahupun 'non Muslim'.Syariat Islam juga berisi problem solving (penyelesaian masalah) seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Pada keseluruhannya Kamijadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)” (Al-Jathiah: 18)

Prinsip syariah perlu diikuti adalah supaya 4 perkara asas yang menjadi tunjang bagi kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia dapat dipelihara. 4 perkara asas tersebut ialah

• Agama

• Maruah

• Nyawa

• Harta

Pengabaian 4 perkara asas dalam penghasilan dan penggunaaan teknologi persenjataan akan mendatangkan banyak kesan negatif kepada manusia.

Akhir sekali binalah senjata sebagai sesuatu yang membantu ke arah tujuannya dan janganlah pula dijadikan sebagai sesuatu yang membawa kepada akibat kesukaran yang lebih berat dari apa yang sedia dialami. Ini juga bertepatan dengan sabda Baginda SAW:

“ والضرار الضرر ”

Bermaksud: Tidak mudarat dan tidak dimudaratkan.

Page 20: Assignment Agame

RUJUKAN

http://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-3-syariah-dalam-kehidupan-muslim.html

http://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.html

http://haikalhamid93.blogspot.com/2012/11/ulama-nahu.html

NORIAH BINTI NAWI,NORHAYATI BT MOHAMMAD,NORSIDAH BINTI CHE DIN,SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM