Assignment Analisis Kewangan
-
Upload
azilawati77 -
Category
Documents
-
view
1.232 -
download
42
description
Transcript of Assignment Analisis Kewangan
PENGENALAN
Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-
kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang
lain. Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan
jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang
perseorangan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan
dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai
penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:
1. Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan
kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu
masa.
2. Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau "P&L"), ia
melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan.
Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.
3. Penyata untung tertahan: Menerangkan perubahan dalam untung tertahan
syarikat pada sepanjang tempoh pelaporan.
4. Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya
kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.
Bagi perbadanan besar, penyata-penyata itu sering sangat kompleks dan boleh
merangkumi nota penyata kewangan, serta perbincangan dan analisis pengurusan
yang meluas. Nota itu biasanya menghuraikan setiap item dalam kunci kira-kira,
penyata pendapatan, dan penyataan aliran tunai dengan lebih terperinci. Ia dianggap
sebagai sebahagian penyata kewangan yang penting.
Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan
pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut. Pengguna-
pengguna penyata kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran
syarikat.
Pengguna Dalaman
Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan penyata
kewangan untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi setiap jabatan atau
perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini penting untuk tujuan perancangan
dan pengawalan.
Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan firma. Prestasi
syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja tentang kadar pembayaran
gaji dan imbuhan adakah selari dengan pencapaian syarikat bagi sesuatu tempoh
masa. Maklumat ini akan digunakan dalam proses perundingan atau tuntutan bayaran
gaji.
Pengguna Luaran
Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat kewangan sesebuah
firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang debentur, bakal pelabur, syarikat
kewangan ,pemiutang mahupun pesaing berminat untuk meneliti prestasi kewangan
syarikat.
Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat untuk
mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran dividen atau
perkembangan perniagaan.
Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan kebolehan syarikat
untuk membayar faedah dan kemampuan syarikat membayar balik debentur.
Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang ingin
membuat pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh memberi pulangan
pelaburan yang tinggi.
Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa mengikuti
perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai kedudukan syarikat
tersebut sama ada mampu membayar balik pinjaman atau untuk meluluskan
pinjaman baru.
Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal kerja syarikat,
adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan sentiasa
menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk membuat perbandingan
dengan prestasi mereka.
Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai
kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa,
prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan. Oleh kerana itulah, laporan penyata
kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang
telah ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian
Accounting Standards Board (MASB). FRS telah menetapkan maklumat-maklumat
minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan sesebuah syarikat.
Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah :
1. penyata pendapatan
2. kunci kira-kira
3. penyata aliran tunai
4. nota kepada penyata kewangan
5. kaedah perakaunan yang digunakan
6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat
7. laporan juruaudit
8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan
KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN
Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah
Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.
ANALISIS PERBANDINGAN
Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu :
1. Asas Intera Syarikat - data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan dengan
item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan.
2. Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan
syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan
syarikat subsidari dalam satu syarikat induk atau syarikat yang sama industrinya
tetapi secara individu.
3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana
syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding
dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik.
Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.
Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan
dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif. Bermaksud , setiap item
dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan
bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.
Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan data-data
laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas
perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003
dibandingkan dengan peratus tahun 2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan.
PENGENALAN ANALISIS KEWANGAN
Dalam bidang kewangan, analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh
digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi
dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan. Sebagai contoh, nisbah
semasa syarikat membolehkan penganalisis menentukan sama ada sesebuah syarikat
itu berupaya membayar obligasi jangka pendeknya apabila ia matang.
Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa di
atas yang membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat, namun ia boleh
member makna sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atas nisbah-nisbah
ini. Antara teknik perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis arah aliran dan
analisis keratin rentas.
JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN
Nisbah Kecairan (Mudah Tunai)
Menilai kemampuan firma membayar liability jangka pendek dengan aset mudah
tunai. Ia membolehkan penganalisis mengukur keupayaan satusatu syarikat membayar
liability semasa apabila ia matang. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah
nisbah semasa dan nisbah cepat. Daripada segi prinsip, syarikat yang mempunyai
nisbah lebih daripada 1.00 disifatkan sebagai berkemampuan memenuhi tanggungan
atau liability semasanya.
Nisbah Semasa
Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka
pendek.
Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti
semasa.
Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik
hutang jangka pendek.
Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah
semasa firma melebihi 1.
Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk
menjelaskan tuntutan semasanya.
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Nisbah Semasa = Aset Semasa = 816762 = 2.40 kali Liabiliti Semasa 340416
Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut
mempunyai aset semasa 2.40 kali ganda daripada libiliti semasa. Ini bermakna
syarikat menyediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki
bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.
Nisbah Cepat
Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk
menampung liabiliti semasa.
Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian
nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori
merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap, dan
pembelian secara kredit. Oleh itu ianya mengambil masa untuk mendapatkan
tunai.
Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabiliti Semasa
Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Nisbah Cepat = Aset Semasa – Inventori = (816762 – 583908) = 0.68 kali Liabiliti Semasa 340416
Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada 1 yang
membawa maksud jumlah asset yang boleh ditunaikan adalah kurang daripada
liability semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap RM 1 lbiliti yang
dituntut.
Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik.
Nisbah Pengurusan Aset (Aktiviti)
Boleh digunakan bagi mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam
mengurus aset syarikat. Secara amnya, pengurusan yang berkesan dan cekap
menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset
yang dimiliki.
Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan nisbah pengurusan aset ialah:
Pusing ganti aset tetap
Pusing ganti jumlah aset
Pusing ganti inventori
Tempoh pungutan purata
Pusing Ganti Aset Tetap
Nisbah Cepat = Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa
Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah syarikat
menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan.
Contoh:
Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 270900 = 7.51 kali Jumlah Aset Tetap 360510
Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti asset tetap
sebanyak 7.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi
sebanyak RM 7.51 jualan dapat dijanakan.
Pusing Ganti Jumlah Aset
Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana
hasil jualan.
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih = 2709000 = 2.29 kali Jualan Aset 1182000
Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset Tetap
Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset
Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan
sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang dilaburkan
dalam asetnya menghasilkan RM 2.84
Pusing Ganti Inventori
Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih
tinggi, lebih baik, kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan.
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan = 1625400 = 2.78 kali Inventori 583908
Berdasarkan kepada pengiraan diatas, syarikat tersebut mempunyai nisbah pusing
ganti inventori yang tinggi. Nisbah yang tinggi disebabkan penjualan produk syarikat
yang laris atau syarikat tidak menyimpan banyak inventori yang daripada segi
menyimpan. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2.78 kali. Dengan kata
lain, stok dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual.
Tempoh Kutipan Purata
Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia
menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan
atau akaun belum terima. Kebiasaannya nisbah tempoh kutipan purata yang rendah
dianggap baik kerana ini menunjukkan syarikat berjaya mengutip semula akaun-
akaun belum terima dalam jangka masa yang pendek.
Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima = 111108 = 14.97 hari Purata Jualan Sehari 7421.918
Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut mngambil masa selama
14.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima.
Syarikat ini perlu menjelaskan liability syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.
Nisbah Leveraj
Memberi gambaran keupayaan sesebuah syarikat dalam memenuhi obligasinya
kepada mereka yang member pinjaman. Selain itu, nisbah ini juga mengukur
keberkesanan pihak pengurusan menguruskan modal pinjaman syarikat.
Ia wujud apabila sesebuah syarikat menggunakan hutang atau pinjaman sebagai
salah satu sumber pembiayaannya. Tetapi, semakin banyak hutang, semakin tinggi
risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjaman terutamanya sewaktu
kegawatan ekonomi.
Nisbah Hutang
Nisbah ini mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang. Komponen
hutang terdiri daripada segala liabiliti semasa dan hutang jangka panjang.
Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima Purata Jualan Sehari
Nisbah ini juga dikenali sebagai hutang kepada jumlah asset yang memberitahu
berapa peratus modal hutang yang digunakan bagi membiayai jumlah aset syarikat.
Jumlah aset merangkumi jumlah asset semasa dan jumlah aset tetap.
Secara praktikalnya, semakin tinggi peratus modal hutang, maka semakin besar
syarikat dibebani oleh belanja kewangan. Dengan kata lain, lebih rendah nisbah ini,
lebih baik kepada pemiutang syarikat kerana mereka akan menerima lebih
perlindungan jika berlakunya pelaburan syarikat.
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Nisbah Hutang = Jumlah Hutang = 612276 = 51.80% Jumlah Aset 1182000
Berdasarkan pengiraan di atas didapati bhawa nisbah syarikat tersebut adalah
51.80 %
Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 51.80 sen.
Nisbah Hutang / EkuitiNisbah ini membolehkan penganalisis mengukur nisbah pembiayaan yang dating
daripada hutang dan ekuiti. Nisbah yang rendah menjamin lebih perlindungan
kepada pemiutang.
Nisbah ini juga menjelaskan menjelaskan kedudukan modal hutang dan ekuiti.
Kebiasaannya, nisbah yang melebihi 1.00 dianggap berisiko tinggi kepada pelabur
kerana syarikat berhutang terlalu besar.
Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset
Nisbah yang rendah menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik
syarikat.
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti = 612276 = 1.07 Jumlah Ekuiti 569714
Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut
adalah 1.07 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak
berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan olehpara pemegang
saham.
Nisbah Keberuntungan
Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma
dalam menjana keuntungan. Terdapat tiga jenis nisbah keberuntungan iaitu:
Nisbah margin untung bersih
Nisbah pulangan atas aset
Nisbah pulangan atas ekuiti
Secara ringkasnya, semakin tinggi pulangan yang diperoleh bererti semakin berupaya
syarikat membuat keuntungan.
Nisbah Margin Untung Bersih
Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih
yang diperolehi bagi setiap jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan
Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti
setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini mengukur keupayaan
syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang
mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat.
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 116487 = 4.30% Jualan 2709000
Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak
semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan perkataan lain,
daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 4.30
sen
Secara ringkasnya terdapat beberapa factor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu faktor:
Harga Kos Jualan
Nisbah Pulangan atas Aset (ROA)
Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar keuntungan
daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Selain itu menunjukkan
kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi nisbah, semakin baik
kerana menunjukkan keuntungan.
Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan
Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih = 116487 = 9.86% Jumlah Aset 1182000
Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada
penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9.86%
Nisbah Pulangan Ekuiti
Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana
keuntungan pemegangsaham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah
pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana
keuntungan cukup supaya diagih-agihkan di antara mereka.
Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah:
Keuntungan tertahan
Saham keutamaan
Saham biasa
Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada
keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham.
Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan
pengembangan syarikat.
Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti
Contoh:
Rujuk Lampiran 1
Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = 116487 = 20.45% Jumlah Ekuiti 569724
Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah
20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak
RM 20.45.
Analisis Du Pont
Antara aspek-aspek yang member kesan ke atas nisbah pulangan ekuiti mengikut
analisis Du Pont ialah:
Pengawalan perbelanjaan syarikat
Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengawal perbelanjaan syarikat,
nisbah margin untung bersih akan digunakan sebagai proksi.
Pengurusan aset-aset syarikat
Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan asset bagi menjana
jualan, nisbah pusing ganti jumlah asset akan digunakan sebagai proksi.
Pengurusan laveraj hutang syarikat
Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan leveraj syarikat,
nisbah pengganda ekuiti akan digunakan sebagai proksi.
Hubungan nisbah-nisbah ini dengan nisbah pulangan ekuiti boleh diringkaskan dengan
persamaan berikut:
Nisbah pulangan ekuiti = nisbah margin untung bersih x nisbah pusing ganti jumlah
asset x nisbah pengganda ekuiti
Nisbah Pulangan Ekuiti = Pendapatan Bersih x Jumlah Jualan x Jumlah Aset Jumlah Jualan Jumlah Aset Ekuiti