Assignment Etika Full

download Assignment Etika Full

of 28

Transcript of Assignment Etika Full

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    1/28

    ISU DALAM TEORI,AMALAN DAN

    PENYELIDIKANSSKC 5303 : COUNSELING ETHICS AND COUNSELOR ACT

    Disediakan untuk : PN SABASIAH HUSIN

    Disediakan oleh :

    Nor Asheekin binti Ali (816932)

    Mohd Sofee bin Ismail (816931)

    Farhanis binti Akashah (816928)

    Mohamad Hapisol bin Che Pi (816929)

    Siti NurulHida binti Abdul Rahman (816818)

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    2/28

    2ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    INDEKS

    Bil Perkara m/s

    1 Isu dalam Teori Kaunseling 3

    2 Isu dalam Amalan Kaunseling 7

    3 Isu dalam Penyelidikan Kaunseling 19

    4 Kesimpulan 26

    5 Rujukan 27

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    3/28

    3ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    ISU DALAM TEORI KAUNSELING

    i. PENGENALAN

    Penggunaan teori dalam amalan kaunseling merupakan satu isu yang penting dan perludiberi perhatian oleh kaunselor. Teori yang asas membolehkan kaunselor itu berupaya meneliti

    sesuatu pengalaman kaunseling dengan lebih terperinci. Di samping itu, teori dapat mengawal

    pemikiran kaunselor dengan lebih teratur dan dapat membantunya membuat penerokaan dan

    penilaian proses kaunselingnya. Menurut Brammer dan Shostrom (1982), penggunaan teori ini

    akan dapat membantu kaunselor merancang matlamat kaunseling bagi kliennya.

    Pengukuhan dalam teori kaunseling dapat memberi peluang kepada kaunselor untuk

    memilih, membuat sintesis dan menggunakan konsep teori yang berbeza serta teknik kaunselingyang berkaitan dengan teori tersebut. Barith dan Huber 1985, berpendapat bahawa tidak ada satu

    pendekatan yang sesuai untuk semua klien dalam setiap suasana kesulitan yang dialami oleh oleh

    klien tersebut. Ini bermakna kaunselor perlulah menyesuaikan teknik tertentu daripada teori yang

    berbeza kepada satu pendekatan teori kaunseling yang spesifik.

    Pengetahuan teori kaunseling penting kerana ia menunjukkan bagaimana kaunselor

    mengkonsepsikan masalah klien berdasarkan tingkah laku yang lalu, sekarang dan akan datang

    berfungsi tanpa landasan teori bermakna mempraktikkan tanpa urutan peristiwa dan tidak

    bersandarkan kerangka kerja yang logik. Keadaan ini akan menghasilkan intervensi yang tidak

    teratur dan subjektif. Kaunselor memerlukan teori sebagai kerangka rujukan. Teori bertindak

    sebagai pemandu arah dalam proses kaunseling. Pengamalan teori dapat mengurangkan

    kerumitan situasi teraputik serta memberikan jalan untuk memahami dan mencari penyelesaian

    kepada tindak balas emosi dalam hubungan kaunselor dan klien (Lovinger 1992). Selain itu, teori

    dapat menjelaskan kemungkinan penyebab kepada mengapa klien bertingkah laku, berperasaan

    dan berfikir sebegitu. Intervensi dapat dibuat berdasarkan andaian-andaian sepereti itu.

    Ringkasnya, kaunselor harus mempunyai pengetahuan teori yang mencukupi dalam membantu

    mengurangkan penderitaan manusia.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    4/28

    4ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    ii. KOD ETIKA DAN AKTA YANG BERKAITAN

    Dalam Kod Etika Kaunselor, Bahagian C tercatat,

    C.2.a. Sempadan kompetensi

    Kaunselor hendaklah menjalankan kerja profesional mereka hanya dalam lingkungan

    sempadan kompetensi berdasarkan kepada pendidikan, latihan, pengalaman diselia,

    pentauliahan profesional serta pengalaman profesional yang bersesuaian. Kaunselor

    hendaklah memperoleh ilmu pengetahuan, kesedaran peribadi, sensitiviti dan kemahiran,

    yang berkaitan dengan perkhidmatannya melalui pelbagai klien.

    Teori merupakan alat untuk membantu melaksanakan kaunseling, di mana teori membolehkan

    kaunselor mengawal pemikirannya dengan lebih teratur serta dapat membantu mereka meneroka

    dan menilai proses kaunseling. Namun begitu, latihan kaunseling di Malaysia kurang

    menekankan aspek teori boleh menyebabkan lemahnya pengetahuan teori di kalangan kaunselor

    (Laporan Kajian Pendidikan dan Latihan Kaunselor IPTA di Malaysia, Lembaga Kaunselor

    Malaysia, 2000). Di dalam kurikulum universiti awam yang menawarkan Kursus Sarjanan Muda

    dan Sarjana, didapati hanya 3 jam kredit diperuntukkan bagi subjek teori kaunseling. Berbanding

    dengan latihan kaunselor di universiti di Amerika Syarikat, subjek teori kaunseling

    diperuntukkan 4 jam kredit dan dijalankan secara menyeluruh, intensif dan ditawarkan

    pengkhususan bagi teori.

    Kaunselor sebagai pengamal kaunseling profesional, mereka perlu mendaftar dengan

    Lembaga Kaunselor Malaysia, badan yang tertakluk di bawah Akta Kaunselor 1998 atau

    Undang-undang Malaysia Akta 580. Ini bagi memudahkan Lembaga Kaunselor Malaysia

    menyelia khidmat kaunseling yang mereka laksanakan di sekolah selain menyelia latihan serta

    menentukan kelayakan seorang guru kaunseling. Statistik Lembaga Kaunselor Malaysiamenunjukkan hanya 2,540 guru sahaja mendaftar dengan lembaga yang diletakkan di bawah

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sekiranya guru kaunseling tidak

    berdaftar dan tidak mendapat sijil amalan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia, tahap

    profesionalisme dan ketepatan kaedah kaunseling yang diberi di sekolah tidak dapat

    dipantau.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    5/28

    5ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    Menurut Lembaga Kaunselor Malaysia, untuk mendapat K.B, P.A, sesebuah IPTA atau

    pun IPTS perlu menawarkan sekurang-kurangnya 42 jam kredit dalam pengajian kaunseling.

    Sekiranya pelatih tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh LKM ini, sudah tentu mereka

    tidak layak untuk mendapat sijil tersebut. Standard yang diberikan oleh LKM adalah bagi

    menjamin pelatih menguasai teori kaunseling untuk digunakan selepas mereka memasuki alam

    kerjaya sebagai kaunselor.

    iii. CONTOH KES

    Selain dari itu, dengan pengetahuan melalui teori kaunseling, kaunselor dapat

    menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian. Sebagai

    contoh, dalam satu kes masalah tingkah laku pelajar yang mempunyai sikap yang suka membuli

    di sekolah. Setelah kaunselor membuat pemerhatian mengenai latar belakang pelajar tersebut di

    dapati bahawa kedua ibu bapa pelajar tersebut sering menggunakan kaedah hukuman kepadanya

    jika melakukan kesalahan. Justeru, melalui teori kaunseling behaviorisme yang dipelajari,

    kaunselor dapat menjelaskan bahawa tingkah laku tersebut merupakan salah satu impak negatif

    kepada tingkah laku murid tersebut hasil daripada pelaziman operan yang diamalkan oleh kedua

    ibu bapanya.

    Teori kaunseling juga dapat membantu kaunselor untuk menguasai sesuatu keadaan

    tertentu. Sebagai contoh, bagi mengatasi klien yang tidak mahu bekerjasama kaunselor boleh

    menggunakan teori pelaziman operan di mana kaunselor memberikan peneguhan positif kepada

    klien jika mengeluarkan sesuatu pendapat bagi merangsang klien supaya dapat bekerjasama

    untuk meneruskan sesi kaunseling.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    6/28

    6ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    iv. KESIMPULAN

    Di Malaysia pendekatan kaunseling adalah berasaskan amalan kaunseling dari Amerika Syarikat

    yang didapati kurang sesuai terhadap klien yang beragama islam. Menurut Hassan Langgulung

    (1990), kaunseling barat tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana didapati banyak amalan

    yang bercanggah dengan nilai dan budaya tempatan yang melibatkan soal akidah , sosial,

    hukum-hukum dan pendidikan di kalangan masyarakat islam. Tambah beliau lagi, semua

    mazhab psikologi barat sebenarnya tidak mengkaji jiwa tetapi tingkah laku. Ini disokong oleh

    Halim Othman (1986), yang mendakwa aspek kerohanian dalam teori Freud adalah suatu yang

    tidak dianggap penting.

    Namun begitu, Elias (1997), mengutarakan proses teraputik kaunseling yang dikenali

    sebagai Iman Centered Therapy ( ICT) sebagai alternatif. Beliau menyarankan kaunselor

    mempraktikkan enam langkah ini dalam sesi yang dijalankan. Kaunselor perlu mewujudkan

    hubungan, meneroka nilai yang ditetapkan oleh klien, menilai compatibility nilai, menilai

    compatibilitynilai islam, membuat keputusan dan melaksanakan tindakan dan yang akhir adalah

    menilai semula dan penamatan.

    Selain itu, Othman Mohamed (2000), memperkenalkan Teori Psikologi ad Din sebagai

    suatu usaha memenuhi unsur spirituality dalam dimensi pendekatan teori kaunseling. Beliau

    mengungkapkan teori ini bertujuan melahirkan kesedaran baru dengan menggunakan tekad dan

    akal klien bagi menjana perubahan.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    7/28

    7ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    ISU DALAM AMALAN KAUNSELING

    v. PENGENALAN

    Secara umunya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi

    membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah

    ditetapkan.Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu ethos yang

    bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan.Secara umumnya terdapat tiga ciri

    utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai

    murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010).Etika memainkan peranan penting

    dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah

    untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009).Etika dalam

    kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang

    perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap

    profesional mereka.

    Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan

    sebagai panduan dan rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan

    Kaunseling Amerika (ACA). Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan

    kaunseling yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yangbertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh

    Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Secara amnya kesemua kod etika yang digariskan

    oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai persamaan iaitu menitikberatkan

    amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien.Matlamat utama etika ini

    digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih cekap, telus,

    amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien.

    Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara

    ringkasnya etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan

    kepada empat prinsip etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada

    syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan.Prinsip kedua ialah bukan

    berbentuk kejahatan (nonmaleficence), iaitu merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    8/28

    8ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    daripada perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien.Prinsip ketiga ialah kepatuhan

    yang merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan

    klien.Seterusnya prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada tindakan kaunselor

    untuk memberikan hasil yang positif kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Huraian

    dalam perbincangan kertas kerja ini akan memfokuskan kepada rasional penekanan etika

    profesional dalam perkhidmatan kaunseling.

    Penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling

    Dalam profesion menolong, etika adalah merupakan panduan yang dapat memastikan

    tugas kaunselor dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang

    ingin dicapai.Antara tujuan utama etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatankaunseling adalah untuk menjadikan kaunselor menjadi lebih cekap dimana sebarang kesilapan

    yang dilakukan oleh kaunselor dapat diminimakan. Selain itu, etika yang ditekankan akan dapat

    meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan (Sapora Sipon, Ahmad

    Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).

    Dari segi rasionalnya, etika profesional ini dapat membantu seseorang kaunselor dapat

    menjalankan tugas dan peranan mereka dengan lebih baik. Dari sudut pandangan masyarakat,

    kaunselor dilihat sebagai seorang model sosial yang baik kerana mereka terlibat dengan

    profesion menolong, oleh itu jika berlaku perkara-perkara seperti ketidakcekapan yang dilakukan

    oleh kaunselor maka tanggapan masyarakat mungkin akan berubah terhadap kaunselor dan ahli-

    ahli profesional yang lainnya. Dalam hal ini, ketidakcekapan seorang kaunselor lazimnya akan

    digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh segelintir individu terhadap profesion kaunseling.

    Sebagai contohnya disini segilintir individu dalam masyarakat tentu akan memandang serong

    terhadap profesion seorang kaunselor apabila mereka mendengar kes-kes dimana kaunselor yang

    melanggar etika seperti melakukan aktiviti seksual dengan klien mereka atau cubaan mencabul

    kehormatan klien mereka. Kesannya masyarakat akan sentiasa memberi kritikan sehingga

    membentuk stereotaip secara keseluruhannya ke atas mereka yang berada dalam bidang

    profesion kaunseling. Oleh sebab itulah mengapa etika profesional dalam perkhidmatan

    kaunseling sangat ditekankan untuk mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    9/28

    9ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    digariskan, jika etika profesional dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan

    dapat dijalankan dengan cekap dan baik.

    Satu lagi faktor yang menyebabkan etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan

    kaunseling ialah menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion

    kaunseling, profesionalisme membantu membawa kepada nama baik (good will) kepada mereka

    yang yang mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009). Secara rasionalnya apabila

    seseorang kaunselor mempunyai nama baik maka ini tentu akan mengekalkan reputasi baik

    mereka dan boleh membawa manfaat yang lain kepada mereka. Sebagai contohnya bagi

    kaunselor profesional yang mempunyai reputasi yang baik, hal ini akan menyebabkan mereka

    mudah mendapatkan klien untuk menerima perkhidmatan kaunseling daripada mereka kerana

    klien biasanya akan lebih yakin dengan kaunselor-kaunselor yang mempunyai nama baik danrekod reputasi yang baik dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling mereka.

    Penekanan prinsip etika di dalam persetujuan termaklum (informed consent)

    Salah satu etika profesional utama yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah

    persetujuan termaklum. Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan

    perjanjian utama bagi melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum

    perkhidmatan kaunseling dijalankan. Prinsip et ika ini menekankan kepada keperluan seseorang

    kaunselor untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada klien tentang perkara-perkara

    berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling, kerahsiaan,

    limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan kaunselor dan juga klien.

    Dalam hal ini kaunselor juga seharusnya menjelaskan dengan lebih mendalam kepada klien

    terhadap perkara-perkara seperti implikasi daripada proses kaunseling, penarikan diri daripada

    terus menerima perkhidmatan, pengunaan ujian dan laporan serta jumlah bayaran bagi khidmat

    kaunseling yang dijalankan tersebut.

    Secara rasionalnya dengan adanya etika ini, klien dapat mengetahui dengan lebih

    mendalam dan dapat memberi gambaran secara kasar tentang proses-proses yang akan berlaku

    pada keseluruhan khidmat kaunseling yang diterima oleh mereka. Klien juga akan dapat menilai

    sejauhmana keberkesanan daripada khidmat kaunseling yang bakal dijalankan di samping

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    10/28

    10ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    mempunyai kebebasan untuk menarik diri jika syarat-syarat yang dijelaskan seperti mana yang

    dijelaskan oleh kaunselor tidak dipatuhi. Selain itu, melalui makluman dan penjelasan yang

    diberikan juga membantu klien untuk mengelak daripada sebarang penipuan dalam aspek-aspek

    tertentu seperti bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan, klien juga dapat mengetahui

    hak-hak mereka dalam undang-undang.Bagi kaunselor pula, perkara-perkara yang dijelaskan

    dalam etika persetujuan termaklum ini berperanan sebagai panduan kepada mereka untuk

    menjalankan perkhidmatan kaunseling secara cekap dan telus sesuai dengan prinsip profesional

    yang dipegang oleh mereka. Dengan erti kata lainnya kaunselor akan melaksanakan tugas

    berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan dan dimaklumkan kepada klien.

    Penekanan prinsip etika dalam aspek kerahsiaan.Seterusnya etika profesional yang sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling

    ialah prinsip kerahsiaan.Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh

    mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien.Kaunselor juga harus memastikan

    bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien seperti laporan, rakaman kaset dan video

    disimpan di tempat yang selamat dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh

    mendapatkan rekod maklumat tersebut (ACA, 2005).Prinsip kerahsiaan dalam etika kaunseling

    ini sangat penting dan perlu diterangkan kepada klien pada setiap sesi kaunseling yang

    dijalankan.

    Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan prinsip etika ini sangat rasional

    ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling. Salah satu di antaranya ialah untuk mengelakkan

    klien daripada menerima keaiban daripada orang lain, sebagai contohnya klien tersebut mungkin

    terlibat dengan isu-isu sensitif atau peristiwa trauma yang berlaku dalam dirinya seperti

    penderaan, menjadi mangsa rogol, masalah seksual, terlibat dengan penyalahgunaan dadah,

    mempunyai keinginan untuk membunuh diri, menyertai kumpulan haram dan sebagainya. Setiap

    klien yang menerima perkhidmatan kaunseling tidak akan dapat mengelak daripada meluahkan

    pengalaman tidak kira pahit atau pun manis terhadap kaunselor. Oleh itu prinsip kerahsiaan

    dalam bidang kaunseling ini sangat rasional ditekankan agar menjadikan klien lebih yakin,

    percaya dan berasa selamat dengan maklumat yang mereka dedahkan.klien juga dapat

    meluahkan masalah yang dihadapinya dengan rasa bebas tanpa wujud perasaan ragu-ragu.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    11/28

    11ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    Kesannya hal ini akan menyebabkan kaunselor mudah mengenalpasti masalah yang dihadapi

    oleh klien. Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai

    individu yang boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga hak dan

    kepentingan privasi klien.

    Penekanan prinsip etika dalam aspek keadilan

    Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling ialah keadilan.

    Prinsip etika ini menekankan kaunselor bersikap adil secara sama rata terhadap klien yang

    datang mendapatkan bantuan kaunseling. Mengikut etika ini, kaunselor tidak boleh

    mengamalkan atau melakukan diskriminasi terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-aspek

    seperti budaya, umur, gender, bangsa, etnik, agama, kepercayaan, ketidakupayaan fizikal dan

    mental, orientasi seksual, bahasa yang digunakan, status perkahwinan, status sosioekonomi danapa-apa sahaja yang membezakan di antara klien dengan kaunselor (NCDA, 2007). Kaunselor

    seharusnya perlu mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki oleh klien.Kaunselor haruslah

    mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif mereka terhadap sesetengah klien suapaya

    klien merasa diri mereka dihormati (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof,

    2002).

    Dalam hal ini, terdapat rasionalnya mengapa etika keadilan ini sangat ditekankan, perkara

    ini dapat membantu klien berasa selesa semasa menerima khidmat kaunseling. Bayangkan jika

    seseorang kaunselor itu menekan klien dengan isu-isu sensitif yang tidak disukainya, keadaan ini

    akan membawa kepada kesan negatif kepada klien tersebut. Keadilan dalam perkhidmatan

    kaunseling ini bukan sahaja terhad kepada isu-isu yang sensitif tetapi juga kepada pengalaman-

    pengalaman lepas yang dilalui oleh klien. Sebagai contohnya kaunselor tidak sepatutnya cuba

    menghakimi klien tentang pengalaman lepas klien yang pernah terlibat dengan masalah mendera

    anak-anaknya dengan teruk. Akibatnya apabila berlaku perkara-perkara seperti ini, persepsi

    negatif akan wujud di antara kaunselor dan juga klien, contohnya dalam situasi tadi kaunselor

    akan cenderung menilai klien sebagai seorang yang jahat kesannya klien mula hilang

    kepercayaan kepada kaunselor dan beranggapan bahawa tidak ada sesiapa lagi di dunia ini yang

    sudi memaafkan kesalahan lampaunya. Situasi-situasi seperti ini akan menjejaskan perjalanan

    kaunseling, kesannya matlamat kaunseling yang dibina tidak tercapai. Perkara ini membuktikan

    kepada kita bahawa etika keadilan dalam perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    12/28

    12ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    menjadi garis panduan kepada kaunselor agar tidak bersikap prejudis kepada klien dan melayan

    klien secara sama rata tanpa mengimbilkira perbezaan yang ada pada manusia.

    Penekanan prinsip etika dalam aspek kesejahteraan (wellness)

    Kod etika profesional juga mengariskan bahawa dalam perkhidmatan kaunseling,

    kaunselor seharusnya menjaga kesejahteraan klien yang datang mendapatkan khidmat

    kaunseling. Etika ini menekankan seseorang kaunselor perlu menggalakkan pertumbuhan dan

    perkembangan klien dengan cara memelihara minat dan kesejahteraan klien (Pack-Brown &

    Williams, 2003). Kesejahteraan klien tersebut termasuklah memberi perlindungan kepada klien

    dari segi fizikal, emosi dan juga trauma psikologikal.Selain itu, etika ini juga menggariskan

    bahawa klien tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan diri kaunselor bagi tujuan kewangan,

    emosi, seksual dan sebagainya. Seseorang kaunselor tidak boleh menyalahgunakan hasilpenilaian dan intrepretasi dalam kaunseling dan mereka juga bertanggungjawab untuk

    menghalang orang lain daripada menggunakan maklumat tersebut. Bagi menjaga perasaan klien,

    kaunselor juga perlu menghormati hak klien yang mana klien berhak untuk mengetahui

    keputusan sesi yang dijalankan, intrepretasi, kesimpulan dan cadangan-cadangan yang dibuat

    oleh kaunselor (ACA, 2005).

    Secara rasionalnya etika ini ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah agar

    memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan klien dapat dijaga sepanjang mereka menerima

    khidmat kaunseling. Bayangkanlah jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini dalam sesi

    kaunseling sehingga menyebabkan emosi dan mental klien terganggu disebabkan oleh kaunselor,

    maka perkara ini boleh menyebabkan matlamat kaunseling yang dibina di antara klien dan

    kaunselor tidak akan dapat tercapai. Matlamat utama perkhidmatan kaunseling adalah untuk

    membimbing klien dalam mencari penyelesaian masalah dan bukannya untuk lebih

    memudaratkan lagi keadaan klien dengan menyebabkan emosi dan mental mereka

    terganggu.Oleh yang demikian, etika untuk menjaga kesejahteraan klien ini sangat ditekankan

    dalam perkhidmatan kaunseling bagi mengelak kaunselor bertindak yang tidak sepatutnya

    dilakukan. Etika ini juga membantu ke arah proses menolong secara profesional dimana dengan

    adanya sikap untuk melindungi klien dan menjaga kesejahteraan mereka dari aspek fizikal,

    emosi dan juga psikologikal maka perkhidmatan kaunseling yang dijalankan akan dapat

    dilaksanakan dengan baik dan lebih berkesan.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    13/28

    13ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    Penekanan prinsip etika perhubungan kaunselor dan klien dalam kaunseling

    Satu lagi aspek yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah etika berkaitan

    dengan perhubungan kaunselor dengan klien dan juga ahli profesional yang lain. Etika

    profesional ini menggariskan bahawa seseorang kaunselor tidak boleh menjalankan

    perkhidmatan kaunseling dengan klien yang mempunyai pertalian atau hubungan tertentu dengan

    kaunselor, jika perkara itu berlaku kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada ahli

    profesional yang lain. selain itu, kaunselor juga harus mengelak hubungan hubungan dua hala

    (dual relationship) dengan klien yang boleh mempengaruhi penilaian profesional ataupun apa-

    apa yang boleh menyebabkan risiko kemudaratan kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003).

    Sebagai contohnya disini kaunselor terlibat dengan perhubungan intimasi dan seksual dengan

    klien. Dalam etika profesional seseorang kaunselor tidak boleh mengadakan sebarang interaksi

    dan hubungan peribadi dengan klien ataupun mana-mana ahli keluarga klien dalam jangka masa

    selama lima tahun selepas perkhidmatan kaunseling terakhir dilakukan. Selain itu terdapat juga

    etika lain yang melibatkan perhubungan di antara kaunselor dengan klien, antaranya ialah

    kaunselor tidak boleh terlibat dengan aktiviti yang memberi kepentingan kepada mereka seperti

    terlibat dengan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh klien.

    Dalam hal ini terdapat rasional mengapa etika ini ditekankan oleh kaunselor dalam

    perkhidmatan kaunseling. Salah satu perkara yang menyebabkan etika ini rasional ditekankan

    ialah jika klien yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling tersebut adalah merupakan

    ahli keluarga, saudara mara dan orang-orang yang dikenali seperti sahabat handai maka hal ini

    sudah tentu akan mempengaruhi pertimbangan kaunselor secara profesional ketika melakukan

    sesi kaunseling. Begitu juga halnya pertimbangan wajar sebagai seorang kaunselor juga akan

    terganggu jika mereka terlibat dengan sebarang perhubungan emosi (percintaan) dan seksual

    dengan klien, apabila keadaan seperti ini berlaku sesi kaunseling yang dijalankan cenderung

    akan berubah kepada suasana romantik yang mana ia boleh mempengaruhi pemikiran dan emosi

    kaunselor. Keadaan seperti ini boleh lari daripada prinsip profesionalisme yang dipegang oleh

    seseorang kaunselor, sebagai akibatnya perkara-perkara seperti ini boleh menjejaskan matlamat

    proses kaunseling.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    14/28

    14ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    vi. KOD ETIKA DAN AKTA YANG BERKAITAN

    PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR

    ( KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 1999

    BAHAGIAN IIKELAKUAN

    3. Tatakelakuan.

    ( 1 ) Seseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi Akta Kaunselor 1998 danmelaksanakan tugasnya dengan sewajarnya.

    ( 2 ) Dalam mempertahankan dan mengekalkan maruah, taraf dan reputasi seseorang kaunselor,

    seseorang kaunselor berdaftar hendaklah

    (a)

    sentiasa mengutamakan kepentingan kliennya dan tidak memperalatkan klien untukkepentingan dirinya sendiri;

    (b)

    menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang diperolehisemasa kaunseling sebagai rahsia melainkan, jira mengikut budi bicara kaunselor

    maklumat yang diperolehi boleh atau dianggap membahayakan klien atau orang lain dipersekitarannya;

    (c)memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya;(d)memberitahu klien tentang tanggungjawab klien dalam pembentukan diri dan tingkah

    lakunya dan kaunselor berdaftar hendaklah menghormati apa-apa keputusan yang dibuatoleh klien kemudiannya;

    (e)menjelaskan kepada klien tentang keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan

    kaunseling yang diberikan; dan(f) merujukkan kliennya kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar itu

    mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang kepakaran

    kaunselor berdaftar itu.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    15/28

    15ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    KOD ETIKA KAUNSELOR

    BAHAGIAN A

    PERHUBUNGAN MENOLONG

    A.1. Kebajikan mereka yang diberi perkhidmatan oleh kaunselor

    A.1.a Tanggungjawab utama

    Tanggungjawab utama kaunselor ialah menghormati maruah dan memupuk kebajikan klien.

    A.2. Persetujuan termaklum di dalam perhubungan kaunseling

    A.2.a. Persetujuan termaklum

    Klien mempunyai kebebasan memilih untuk memasuki atau terus berada di dalam sesuatuperhubungan kaunseling. Klien memerlukan maklumat yang cukup mengenai proses kaunseling

    dan kaunselor. Kaunselor mempunyai obligasi untuk menjelaskan secara bertulis dan lisankepada kliennya menganai hak-hak dan tanggungjawab kaunselor dan klien. Persetujuan

    termaklum merupakan sesuatu yang berlaku terus menerus di dalam proses kaunseling, dankaunselor hendaklah mendokumenkan persetujuan termaklum, sepanjang perhubungan

    kaunseling dengan cara yang sesuai.

    A.5. Peranan dan hubungan dengan klien

    A.5.a. Klien semasa

    Interaksi atau hubungan seksual atau romantik diantara kaunselor dengan klien semasa, pasanganromantik klien atau ahli keluarga klien adalah dilarang.

    BAHAGIAN B

    KERAHSIAAN, KOMUNIKASI PRIVILEJ, DAN PRIVASI

    B.1. Menghormati hak-hak klien

    B.1.a. Pertimbangan multibudaya dan kepelbagaianKaunselor perlu sedar dan peka terhadap makna kerahsiaan dan privasi mengikut budaza.

    Kaunselor hendaklah menghormati pandangan yang berbeza mengenai pendedahan maklumat.Kaunselor juga perlu mengadakan perbincangan terus menerus dengan klien mengenai

    bagaimana, bila, dan dengan siapa maklumat ini dikongsi.

    B.1.b. Menghormati privasiKaunselor perlu menghormati hak klien untuk mendapat privasi klien. Kaunselor mendapatkan

    maklumat sulit daripada klien hanya apabila ianya berfaedah lepada proses kaunseling.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    16/28

    16ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    B.1.c. Menghormati kerahsiaanKaunselor tidak boleh berkongsi maklumat rahsia tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi

    etika atau undang-undang yang mantap.

    B.1.d. Penjelasan menganai batasan

    Di peringkat awal dan sepanjang proses kaunseling, kaunselor perlu memberitahu klienmengenai batasan kerahsiaan dan mengenal pasti situasi tertentu yang diduga di mana kerahsiaanmesti didedahkan.

    BAHAGIAN C

    TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL

    C.5 Kaunselor dilarang terlibat di dalam atau membenarkan apa-apa bentuk diskriminasi

    berdasarkan umur, budaya, ketidakupayaan, etnik, ras, agama/kepercayaan, jantina, statusperkahwinan/ pasangan, bahasa pilihan, status sosioekonomi atau sebarang asas yang ditetapkan

    oleh undang-undang. Mereka juga dilarang mengamalkan diskriminasi terhadap klien, pelajar,pekerja, pekerja,individu yang diselia atau peserta yang terlibat dalam penyelidikan dengan cara

    yang memberikan impak negatif kepada individu itu.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    17/28

    17ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    vii. CONTOH KES

    Kes 1 :

    Olympia-Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang memiliki

    license of Mental Health(CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan hubungan seksual

    semasa mengendalikan kaunseling. Carbery disabitkan kesalahan pada 7 September 2005 di

    Steven County Supervisor Court dengan melakukan 3 kali perkosaan ke atas kliennya. Carbery

    didapati tidak dapat menjadi seorang kaunselor yang baik, dan beliau yang masih mempunyai

    kontrak dengan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan

    kaunseling kesihatan kepada kliennya.

    Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua orang

    klien perempuan semasa mengadakan perkihmatan kaunseling. Carbery juga didapati bersalah

    kerana cuba menakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya kejadian tersebut dilaporkan

    kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial, Carbery akan mengancam anak-anak kliennya. Carbery

    mempunyai 20 hari untuk memberikan maklum balas di atas tuduhan tersebut.

    Daripada kes tersebut, didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai seorang

    kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor 2005, batasan seksual ,

    bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan. Contohnya, kaunselor dilarang

    menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Justeru itu, gangguan seksual akan menyebabkan

    ahli-ahli kelompok tidak selamat dan kebolehpercayaannya terhadap kaunselor tergugat.

    Kes 2 :

    Seorang kaunselor pembimbing didapati bersalah kerana mengadakan seks dengan

    kliennya yang berusia 16 tahun. Jenniffer Villacrusis disabitkan kesalahan minggu lepas, kerana

    menyalahgunakan kuasanya sebagai kaunselor dan secara tidak langsung melanggar etika

    seorang kaunselor. Menurut laporan polis, beliau dan pelajar melakukan kesalahan tersebut di

    pejabatnya,Hugesville Junior High School dan di rumah kediamannya. East Lycony School

    Superintendent Dave Price, mengesahkan Villacrusis telah digantung bekerja pada hari Selasa,

    dan kes ini akan didengar pada 22 Januari di bilik mesyuarat. Ahli mesyuarat akan membuat

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    18/28

    18ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    keputusan sama ada beliau akan terus atau berhenti daripada kerjaya sebagai seorang kaunselor.

    Polis turut mengesahkan satu penyiasatan terhadap remaja tersebut terpaksa ditangguhkan kerana

    Villacrusis tidak memberikan kerjasama. Penyiasatan ini bermula minggu lepas selepas

    Villacrusis mendapatkan perkhidmatan hospital dan memberitahu kepada seorang jururawat

    bahawa dia telah dirogol dan tidak mahu membuat laporan polis.

    viii. KESIMPULAN

    Secara kesimpulannya dapatlah dijelaskan bahawa penekanan etika profesional dalam

    perkhidmatan kaunseling boleh membawa kepada manfaat penting kepada pihak-pihak yang

    terlibat dalam proses kaunseling iaitu kaunselor, klien mahupun kepada ahli-ahli profesional lainyang berada dalam bidang profesion kaunseling. Etika yang digariskan dalam kaunseling secara

    amnya bertujuan untuk memastikan perkhidmatan kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik

    seperti mana matlamat kaunseling yang sepatutnya yang ingin dicapai. Selain itu, etika

    profesional yang ditekankan juga adalah bertujuan untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan

    biasa yang dilakukan oleh kaunselor yang mana ianya boleh menggangu proses perjalanan dalam

    memberikan perkhidmatan yang dilakukan secara profesional. Oleh sebab itulah terdapat

    rasionalnya mengapa etika-etika profesional ini perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang

    terlibat dalam perkhidmatan kaunseling.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    19/28

    19ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    ISU DALAM PENYELIDIKAN KAUNSELING

    i. PENGENALAN

    Bidang penyelidikan merupakan satu bidang yang semakin diperlukan pada masa

    sekarang. Hal ini kerana pada masa sekarang keperluan ini sangat diperlukan bagi

    mempertingkatkan lagi profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan bidang kaunseling.Pada

    zaman yang semakin mencabar segala perkara atau pendekatan terapi yang ingin dilaksanakan

    perlulah mempunyai bukti yang sah dan dapat diperjelaskan secara empirikal.Sebagai

    contoh,dalam perkhidmatan menyediakan kesihatan mental yang baik terhadap masyarakat

    perlulah mempunyai maklumat yang spesifik mengenai rawatan yang disediakan dan bukan

    hanya mengeluarkan data yang menunjukan bahawa sesuatu rawatan tersebut sangat

    berkesan.Oleh itu,mereka yang bekerja dalam bidang pendidikan dan agensi yang terlibat dengan

    komuniti masyarakat bertanggungjawab bagi menghasilkan kajian-kajian yang dapat dijadikan

    sebagai panduan kepada pengkaji-pengkaji yang lain.Selain itu,melalui penyelidikan juga secara

    tidak langsung kaunselor akan dapat mempelajari sesuatu ilmu dalam perspektif yang lebih

    meluas,tanggunjawab kaunselor untuk memastikan bahawa segala teknik atau pendekatan yang

    dibawa terhadap klien tidak disalahgunakan oleh kaunselor ,membangunkan idea dan pendekatan

    yang baru, penggunaan kaunseling dalam bidang yang baru contohnya seperti kes yang

    melibatkan bencana alam dan trauma dan juga berupaya untuk meningkatkan pembangunan

    professional kaunselor.

    Menurut McLeod,1994,penyelidikan adalah satu proses yang sistematik dan memerlukan

    siasatan yang rapi seterusnya membawa kepada cadangan atau kesimpulan yang sah untuk

    disampaikan kepada orang lain yang berminat.

    Terdapat beberapa isu-isu yang sering berlaku dalam penyelidikan iaitu berkaitan dengan

    persetujuan termaklum, penipuan dalam penyelidikan yang melibatkan psikologikal, using

    placebos, withholding treatment, research wi th training danpersonal - growth group, and

    cultural diversity in research.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    20/28

    20ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    ii. KOD ETIKA DAN AKTA YANG BERKAITAN

    Bahagian G : Penyelidikan dan penerbitan

    G.2. Hak-hak peserta penyelidikan

    G.2.a. Persetujuan termaklum dalam penyelidikan

    a) Individu berhak memberi persetujuan untuk menjadi peserta penyelidikan. Dalam mendapatkan

    persetujuan itu kaunselor hendaklah mengguna bahasa yang:

    b) Menerangkan tujuan dan prosedur yang perlu diikuti dengan tepat;

    c) Mengenal pasti sebarang prosedur yang berbentuk eksperimen atau yang belum dicuba dengan

    meluas;

    d)

    Menghuraikan apa-apa ketidakselesaan dan risiko yang terlibat;

    e) Menghuraikan apa-apa faedah atau perubahan pada diri individu atau organisasi yang

    dijangkakan;

    f) Mendedahkan prosedur alternatif yang sesuai yang akan memberi kebaikan kepada peserta;

    g) Sedia menjawab apa-apa pertanyaan berkaitan dengan prosedur;

    h) Menjelaskan apa-apa batasan tentang kerahsiaan;

    i) Menjelaskan format penerbitan dapatan penyelidikan dan bakal pembaca yang disasarkan; dan

    j) Memaklumkan peserta yang mereka bebas untuk menarik balik persetujuan dan tidak meneruskan

    penyertaan mereka di dalam projek pada bila-bila masa tanpa penalti.

    G.2.e. Kerahsiaan maklumat

    Maklumat yang diperoleh mengenai peserta penyelidikan sewaktu menjalankan kajian adalah rahsia.

    Sekiranya wujud kemungkinan orang lain mempunyai akses kepada maklumat tersebut, amalan etika

    penyelidikan memerlukan kemungkinan tersebut serta rancangan untuk melindungi kerahsiaan dijelaskan

    kepada peserta sebagai sebahagian daripada prosedur untuk mendapatkan persetujuan termaklum.

    Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seksyen 49, Bahagian II (7) : Ujian Kaunseling dan

    Psikologi

    (2) Seseorang kaunselor berdaftar yang memberikan khidmat ujian hendaklah memberi

    penerangan yang lengkap kepada klien mengenai ujian yang akan dijalankan ke atasnya supaya

    keputusan ujian itu dapat difahami dan diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    21/28

    21ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    iii. CONTOH KES

    Kes 1

    Kes yang berkaitan dengan Hannah: Isu Persetujuan Termaklum

    (Informed Consent)

    Hannah telah merekabentuk satu prosedur kajian untuk menilai hasil dan proses rawatan

    daripada programnya.Beliau sangat yakin bahawa bagi memastikan bahawa data yang

    diperolehi adalah sah,beliau tidak melakukan prosedur yang berkaitan dengan

    pemberitahuan persetujuan klien.Hal ini kerana Hannah tidak mahu mempengaruhi

    kliennya atau menyebabkan kajian yang dijalankan akan menjadi bias. Hannah

    merasakan bahawa apa yang dilakukannya adalah suatu perkara yang sah kerana ianya

    tidak melibatkan kesan yang negatif terhadap klien atau subjek kajiannya.

    Komen berdasarkan kepada kes Hannah:

    1)

    Tidak membuat pemberitahuan persetujuan bersama kliennya dan menyebabkan kliennya

    tidak mengetahui bahawa Hannah sedang menjalankan aktiviti penyelidikan yang

    menggunakan pendekatan teraputik dalam kajiannya.

    2) Hannah perlu membuat pemberitahuan persetujuan kerana kajian yang dijalankan oleh

    Hannah adalah melibatkan emosi klien yang mana kliennya mempunyai hak untuk

    mengetahui prosedur yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Hannah dan

    kesan-kesan yang akan diterima oleh mereka.

    3)

    Subjek kajian Hannah juga mempunyai hak iaitu sama ada bersetuju atau menolak untukmenjadi subjek kajian dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Hannah.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    22/28

    22ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    Kes 2

    Kes yang berkaitan dengan Hope : Isu yang melibatkan Withholding T reatment

    Hope bekerja dengan kumpulan individu yang telah didiagnoskan mengalami depressive

    psychotic di sebuah hospital.Hope mempunyai minat yang mendalam untuk melakukan

    satu pencegahan yang teraputik terhadap klien yang mengalami kemurungan.Dalam

    kajian yang dilakukannya beliau telah membuat kombinasi antara terapi dan juga

    prosedur penyelidikan. Secara spesifiknya, Hope menggunakan pendekatan tingkahlaku

    dan kognitif.Beliau mempunyai rekabentuk kajian yang spesifik terhadap teknik rawatan

    yang bersesuaian berdasarkan kepada kelompok pesakit yang tertentu, dan beliau juga

    sangat berhati-hati dalam pengawasan untuk melihat perkembangan program rawatan

    tersebut. Hope percaya nilai melalui pendekatan tingkahlaku kognitif terhadap pesakit

    kemurungan dan beliau juga sangat menjaga mengenai professional dan tanggungjawab

    etika untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan strategi dalam rawatannya. Bagi

    membolehkan beliau mengetahui prosedur rawatan berupaya membawa perubahan dalam

    tingkahlaku pesakit, beliau perlu mempunyai kumpulan pesakit yang tidak menerima

    rawatan untuk membuat perbandingan. Apabila beliau dicabar mengenai etika dalam

    bentuk rawatan yang dilakukannya beliau menyatakan bahawa apa yang dilakukan

    olehnya mengikut prosedur dalam penyelidikan.

    Kes yang telah diubahsuai : Placebo Control s.

    Melalui rawatan yang menggunakan kaedah placebo controls, kumpulan ini tidak

    menerima rawatan, namun diyakinkan oleh pengkaji bahawa mereka adalah kumpulan

    yang menerima rawatan.Melalui kaedah ini hasil yang diperolehi lebih cepat dan

    memberi manfaat kepada klien.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    23/28

    23ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    Komen berdasarkan kepada kes Hope:

    Pertimbangan istimewa Kaunseli ng berkaitan Etika dan penyeli dikan rawatan.

    1) Rekabentuk eksperimental iaitu Withholding treatmentdanplacebo controls:

    Rawatan eksperimen adalah sesuatu yang tidak beretika namun begitu ianya

    memberi manfaat kepada pesakit. Walaupun kaedah rawatan ini tidak dapat

    dijamin keberkesanannya namun ianya boleh membantu dalam penghasilan

    sesuatu keadah baru untuk pencegahan.

    2) Kesan terhadap rawatan tersebut:

    Pengkaji hendaklah menjelaskan kepada peserta mengenai kesan rawatan

    tersebut. Hal ini bagi memastikan bahawa tidak berlaku sesuatu yang boleh

    memudaratkan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam penyelidikan

    ini.Bagi mereka yang mengambil bahagian dalam penyelidikan ini hendaklah

    dijelaskan dengan terang dan nyata berkaitan dengan persetujuan termaklum.

    3)

    Menjamin kerahsiaan maklumat klien dan melindungi hak dan privasi serta maruahklien.Pengkaji hendaklah memastikan bahawa segala maklumat atau data yang diperolehi

    semasa melakukan kajian disimpan dengan rapi dan tidak mudah untuk diperolehi oleh

    orang lain yang tidak berkenaan.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    24/28

    24ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    iv. IMPLICATION IN PRACTICESPERANAN KAUNSELOR

    Bagi memastikan bahawa kaunselor dapat melaksanakan penyelidikan yang mematuhi Etika

    Kaunselor dan Juga Akta Kaunselor (580),maka langkah-langkah atau strategi bagi menangani

    isu-isu tersebut haruslah dipatuhi.Antara strategi yang boleh diambil oleh kaunselor adalah:

    1) Merekabentuk penyelidikan yang bersesuaian.

    Hal ini bermaksud kaunselor perlulah memastikan bahawa apakah rekebantuk kajian yang paling

    sesuai dilaksanakan bagi membolehkan pengkaji atau penyelidik memperolehi maklumat atau

    data yang tepat mengenai sesuatu permasalahan yang wujud.Kaunselor juga perlu mengetahui

    adakah kajian yang ingin dilaksanakan itu dalam bentuk kualitatif ataupun kuantitatif.Hal ini

    bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dilakukan oleh kaunselor atau ahli terapis tidak akan

    memberikan kemudharatan kepada klien atau peserta kajian.

    2) Persetujuan Termaklum

    Dalam strategi yang kedua ini adalah sangat penting kepada kaunselor untuk membuat

    persetujuan termaklum bersama dengan peserta kajian.Menurut Lindsey,1984 Although

    informed consent is a powerful tool that researchers can employ in coping with a wide array of

    ethical problem, the concept of informed consent is itself by no mean straightforward.Hal ini

    bermaksud bahawa dalam persetujuan termaklum kaunselor haruslah memberitahu 3 kriteria ini

    iaitu: berkelayakan,menyediakan maklumat yang mencukupi dan penyertaan secara sukarela.

    3) Menjamin kerahsiaan

    Kaunselor hendaklah memastikan kerahsiaan yang melibatkan maklumat peribadi klien tidak

    dapat diperolehi oleh mana-mana pihak yang tidak mempunyai perkaitan di dalam penyelidikanyang dijalankan.Antara perkara yang sangat dititiberatkan dalam kerahsiaan adalah berkaitan

    dengan identiti klien atau peserta kajian seperti nama,alamat dan juga pekerjaan. Hal ini bagi

    melindungi maruah dan privasi klien terpelihara.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    25/28

    25ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    v. KESIMPULAN

    Kesimpulannya,terdapat 4 persoalan yang perlu di pertimbangkan oleh individu atau

    pengkaji yang terlibat dalam penyelidikan kaunseling bagi memastikan pengkaji berupaya

    menangani isu etika yang mungkin akan timbul iaitu:

    1) Apakah perkara yang boleh memudharatkan kepada peserta kajian dan sesiapa yang

    terlibat dalam aktiviti kajian tersebut?

    2) Apakah prosedur yang perlu dipatuhi oleh pengkaji bagi mengurangkan

    kemudharatan dan tindakbalas yang sesuai terhadap emosi yang dihadapi oleh peserta

    dalam kajian tersebut.

    3) Bagaimana kerahsiaan dan maklumat yang diperolehi semasa kajian adalah selamat

    dan tidak diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

    4) Apakah implikasi moral secara umumnya terhadap kajian tersebut,terutamanya yang

    berkaitan dengan cara maklumat yang diperolehi digunakan?

    Semua persoalan yang disebutkan diatas adalah sangat penting dan telah disebutkann di

    dalam Etika Kaunselor 1998 dalam bahagian penyelidikan.Oleh itu,bagi individu atau agensi

    yang terlibat dalam bidang penyelidikan yang terikat dengan Akta Kaunselor 1998 (580) dan

    tertakluk kepada Kod Etika Kaunselor Lembaga Kauselor (Malaysia) haruslah memastikan

    bahawa perkara-perkara tersebut diperhalusi dengan sebaik mungkin semasa menjalankan

    aktiviti penyelidikan.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    26/28

    26ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    RUMUSAN

    Perbincangan dalam tugasan ini telah memberi kefahaman menyeluruh tentang aspek

    terminology dalam perkhidmatan kaunseling professional. Meskipun ringkas, kupasan sejarah

    profesion kaunseling di Malaysia yang merangkumi aspek dasar dan polisi kerajaan,

    perkhidmatan dan pengamalan serta pendidikan dan latihan kaunselor telah menyedarkan kita

    betapa perlunya usaha-usaha berterusan dalam membangunkan profesion kaunseling di Malaysia

    agar sejajar dengan taraf dan standard di persada antarabangsa. Justeru, semua pihak iaitu

    pembuat polisi dasar kerajaan, ahli akademik, pengamal, penyelidik dan pelajar kaunseling perlu

    berganding bahu dan bekerjasama dalam membangunkan profesion kaunseling di Malaysia.

  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    27/28

    27ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN

    RUJUKAN

    American Counseling Association (ACA).(2005). ACA Code of Ethics. Diterima pada

    Februari 2011, daripadahttp://www.counseling.org.pdf

    Corey. G. Corey.M.S.,and Callanan,P. (2003).Issue & Ethics in the Helping Profession, 6th

    Edition Monterey: California.Brooks/Cole Publishing Company.

    Fisher, C. B. (2003).Decoding Ethics Code. Utd. States: Sage Publications, Inc.

    Francis, R. D. (2009).Ethics for Psychologists. (2nd ed). United Kingdom: BPS Blackwell.

    McLeod,J,McLeod, (1994).Doing Counselling Research, 1th Edition: SAGE Publications Ltd.

    National Career Development Association (NCDA).(2007). Code of Ethics. Diterima pada

    Februari 2011, daripadahttp://www.ncda.org/pdf/EthicalStandards.pdf

    Pack-Brown, S. P., & Williams, C. B. (2003).Ethics in a Multicultural Context.Utd. States: Sage

    Publications, Inc

    Professional Counselling. (2010). Etika Kaunseling: Kepentingan dan Pengunaannya. Diterima

    padaFebruari 2011, daripadahttp://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdf

    Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof.(2002). Kaunseling Individu. Petaling

    Jaya: Prentice Hall.

    Welfel,E.Reynolds,. (2002) Ethics in Counseling and Psychotherapy,2 th Edition: Wadsworth

    Group.Brooks/Cole Thomson Learning

    http://www.counseling.org.pdf/http://www.counseling.org.pdf/http://www.counseling.org.pdf/http://www.ncda.org/pdf/EthicalStandards.pdfhttp://www.ncda.org/pdf/EthicalStandards.pdfhttp://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdfhttp://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdfhttp://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdfhttp://www.ncda.org/pdf/EthicalStandards.pdfhttp://www.counseling.org.pdf/
  • 7/24/2019 Assignment Etika Full

    28/28

    28ISU DALAM TEORI, AMALAN DAN PENYELIDIKAN