Assignment FEQAH (2)

10
PENDAHULUAN Mengapakah manusia diciptakan? Apakah tugas manusia di dalam kehidupan ini? Inilah antara persoalan yang wajib dikemukakan oleh setiap insan kepada dirinya dan difikirkan semasak-masaknya. Setiap orang yang jahil, biar besar manapun kejahilannya, ia boleh diampun, tetapi tidak bagi manusia yang jahil tentang rahsia kewujudannya, matlamat kehidupannya serta tugas manusia dan dirinya di atas permukaan bumi. Satu keaiban besar bagi manusia yang dikurniakan akal dan kehendak untuk hidup dalam keadaan alpa, hanya makan dan mengecapi nikmat. Tidak memikirkan tempat kembali, tidak menyedari hakikat dirinya dan bentuk peranannya di dalam kehidupan ini. Antara tugas manusia sebagaimana dijelaskan oleh Allah : Maksud firman Allah: “Dan kami tidak mengutuskan seorang Rasul sebelummu wahai Muhammad melainkan kami wahyukan kepadanya, bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaku.” – (al – Anbiya’: 25) Maksud firman Allah: “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku.” – (az – Zariyat: 56)

description

ini .....

Transcript of Assignment FEQAH (2)

PENDAHULUANMengapakah manusia diciptakan? Apakah tugas manusia di dalam kehidupan ini? Inilah antara persoalan yang wajib dikemukakan oleh setiap insan kepada dirinya dan difikirkan semasak-masaknya. Setiap orang yang jahil, biar besar manapun kejahilannya, ia boleh diampun, tetapi tidak bagi manusia yang jahil tentang rahsia kewujudannya, matlamat kehidupannya serta tugas manusia dan dirinya di atas permukaan bumi.Satu keaiban besar bagi manusia yang dikurniakan akal dan kehendak untuk hidup dalam keadaan alpa, hanya makan dan mengecapi nikmat. Tidak memikirkan tempat kembali, tidak menyedari hakikat dirinya dan bentuk peranannya di dalam kehidupan ini.Antara tugas manusia sebagaimana dijelaskan oleh Allah :

Maksud firman Allah: Dan kami tidak mengutuskan seorang Rasul sebelummu wahai Muhammad melainkan kami wahyukan kepadanya, bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaku. (al Anbiya: 25)

Maksud firman Allah: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. (az Zariyat: 56)

Solat merupakan ibadah yang disyariatkan melalui nas yang qatie. Ibadat yang disyariatkan oleh Allah telah ditentukan rupa bentuk serta waktu, syarat-syarat, masa dan tempatnya. Semuanya secara prinsip adalah taabbud atau mematuhi perintah Allah dan kita tidak dituntut mencari-cari hikmah dan rahsianya sekalipun kita meyakini bahawa setiap perkara yang disyariatkan mempunyai hikmah-hikmah tertentu yang hanya diketahui oleh Allah. Kita hanya dijelaskan sebahagian darinya. Mengetahuinya adalah satu kelebihan kerana ia boleh meningkatkan lagi keyakinan kita dan boleh dijadikan satu hujah yang kukuh.SOLAT DAN SAINSAdakah pergerakkan solat atau rukun fiili ( Qiyam - berdiri tegak , Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Duduk Tahiyat Akhir) hanya sekadar pergerakkan yang dituntut tanpa ada apa-apa kebaikan kepada badan manusia ?Pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir apakah kesan pada diri kita dari segi fizikal dan mental apabila kita Qiyam (berdiri tegak), rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyyat awal dan duduk tahiyyat akhir apabila dilakukan semasa solat ?Untuk mengetahui kebaikan solat dari sudut kacamata sains, kajian saintifik seharusnya diadakan dan dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan bahawa solat sememangnya memberi manfaat dari segi fizikal dan mental kepada yang mengerjakannya.Sains adalah satu cabang ilmu yang dipelopori oleh ummat Islam terutamanya ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam Abbasiyyah yang berpusat di Kota Baghdad dengan lahirnya saintis-saintis Islam seperti Ibnu Hayyan, Al Kindi, Az Zahrawi, Ibnu Sina dan lain-lain lagi.Ketika dunia barat masih dalam kegelapan ummat Islam telah menerokai bidang sains perubatan, sains kimia, sains kejuruteraan dan sains astronomi sehingga kota Baghdad muncul sebagai kota ilmu yang dikunjungi penuntut ilmu dari timur dan barat. Jatuhnya khilafah Islamiyyah satu persatu, penjajahan, perpecahan dan kelemahan ummat serta menipisnya pegangan agama menjadikan kita semakin hari semakin ketinggalan kepada dunia barat, termasuklah dalam bidang sains sehingga jadilah sains satu khazanah bernilai yang hilang dari tangan umat Islam.Sains dapat menerangkan kepada manusia bagaimana solat dapat menyihatkan badan tetapi sains tidak dapat menjawab kenapa manusia solat. Allah yang menjadikan manusia, Allah yang mewajibkan solat, maka hanya Allah yang dapat menjawab persoalan kenapa dia berbuat demikian.

SOLAT DAN RAHSIA TAKBIRATUL IHRAMKita dapat mengetahui kebenaran sabda Rasulullah s.a.w. pada kisah awal. "Jika engkau berdiri untuk melaksanakan sembahyang maka bertakbirlah." Semasa takbir Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua tangannya ke atas hingga separas dengan bahu (HR Bukhari dari Abdullah bin Umar). Takbir ini dilakukan ketika hendak rukuk, dan ketika bangkit dari rukuk. Baginda pun mengangkat kedua tangannya semasa sujud. Apa rahsianya? Pada saat kita mengangkat tangan separas bahu, maka secara automatik kita membuka dada, memberikan aliran darah dari pembuluh yang terdapat di lengan untuk dialirkan ke bagian otak bagi mengatur keseimbangan tubuh.Menurut Dr Faridah Al-Balusyi, Ketua bidang rawatan semulajadi di Hospital Tentera di Bahrain, takbir sambil mengangkat kedua tangan sampai ke atas pada saat memulakan solat sesungguhnya merupakan pergerakan menegangkan otot dada ke atas. Oleh kerana itu, ketika seorang bertakbir dalam solat lima kali dalam sehari, otot dada, sendi bahu sehingga ke belakang serta otot kedua bahu akan menjadi kuat. Kita perlu mengetahui bahawa pakar rawatan semulajadi memperkenalkan latihan pergerakan seperti pergerakan solat kepada orang sakit untuk menguatkan untuk menguatkan dan meluruskan belakang dan ini sama dengan pergerakan takbir ketika solat. Mengangkat kedua tangan dengan sejajar pada kedua bahu, mengarahkan dua telapak tangan ke kiblat dan siku di sebelah, menjadikan dua tulang belikat yang berada di belakang kembali sejajar dan rata. Dengan cara ini, kita dapat melindungi bahu dan belakang dari bongkok. Oleh itu , dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya dengan lurus sehingga sejajar dengan bahu ketika mengangkat takbir. (Rujuk hadis ini di dalam Sohih Bukhari & Sohih Muslim bab perihal solat Nabi) Maksud mengangkat tangan dengan lurus : Kedua tangan direntangkan dan jari-jemari diluruskan. Walaupun kelihatan mudah, namun masih ramai yang kurang menitikberatkan tentang hal ini ketika mendirikan solat. Mengangkat kedua tangan dengan cara ini ketika takbir, sebenarnya amat baik untuk melatih otot dan urat jari sesuai dengan tuntutan pekerjaan seharian yang memerlukan penggunaan tangan. Sememangnya perkara ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan saiz otot-otot yang lain terdapat pada tubuh, namun mengulangi pergerakan ini berulang kali dapat melancarkan perjalanan darah pada jari-jemari tangan.SOLAT DAN RAHSIA RUKUKPotongan hadis yang seterusnya berkenaan rahsia rukuk adalah "Rukuklah dengan tenang yakni thoma'ninah." Ketika rukuk, Rasulullah s.a.w. meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut (HR Bukhari dari Sa'ad bin Abi Waqqash). Rahsia yang terdapat dalam rukuk yang dilakukan dengan tenang dapat merawat kelenturan tulang belakang yang berisi sumsum tulang belakang (sebagai pusat saraf manusia). Rukuk juga dapat memelihara kelenturan tuas sistem keringat yang terdapat di belakang pinggang, paha dan betis belakang. Rukuk didalam ibadah solat dimulai dengan takbir ( mengangkat tangan sehingga teliga atau bahu ) sambil membaca Allahuakbar diikuti dengan menundukkan badan sebanyak 90% darjah, tangan memegang lutut dan ditekankan supaya anggota belakang badan lurus. Mata pula tetap memandang ke arah tempat sujud atau pun kaki.Ketika rukuk, kepala tidak boleh berada pada paras lebih tinggi atau rendah daripada paras bahu. Pada masa yang sama, tulang belakang perlu lurus dan rata. Tangan juga perlu dijarakkan dan diletakkan di lutut.SUJUD DAN KAITAN DENGAN OTAK MANUSIASeorang pakar neurologi dari Amerika Syarikat telah memeluk Islam disebabkan beberapa penemuan yang mengagumkan dalam penyelidikannya mengenai otak manusia. Ketika melakukan kajian tentang saluran darah yang membekalkan darah kepada otak manusia, didapati beberapa saluran darah tidak mengalir darah, sedangkan fungsi saluran darah adalah untuk darah mengalir bagi membolehkan makanan dan oksigen dibekalkan kepada bahagian otak tersebut agar ia boleh berfungsi dengan normal dan sempurna. Penelitian lanjutan yang dilakukan , didapati darah tidak akan memasuki saluran darah berkenaan melainkan ketika seseorang itu sujud dalam sembahyang. Kadar aliran darah yang diperlukan hanyalah beberapa sukatan sahaja mengikut kadar sembahyang fardhu yang telah ditentukan oleh Allah. Barang siapa yang tidak mendirikan sembahyang, bererti otaknya tidak menerima bekalan darah secukupnya untuk berfungsi secara normal. Lantas menjelaskan kepada kita bahawa fitrah kejadian manusia adalah untuk menganut Islam dan sujud menyembah Allah. Makhluk Allah yang bernama manusia, tetapi tidak bersembahyang apatah lagi tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya otak mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membezakan antara yang baik dan buruk. Kadang-kadang mereka kehilangan pertimbangan untuk membuat keputusan yang normal.

SOLAT DAN KELENTURAN TULANG BELAKANGDalam satu muktamar Mukjizat Perubatan dalam Al Quranul Karim yang diadakan di Kaherah Mesir, 1405 H. Dihadiri oleh Rabitah Al-Alam Islami, Persatuan Perubatan Islam Amerika, Persatuan Perubatan Islam Kuwait dan Universiti Al Azhar sebagai tuan rumah. Dibentangkan satu kajian tentang solat tarawikh serta pengaruhnya terhadap kelenturan tulang belakang dan kemampuan kerja jantung. Penelitian ini dilakukan terhadap 60 orang lelaki dan perempuan berumur 60 tahun ke atas yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari mereka yang terus menerus melakukan solat tarawikh sepanjang ramadhan tahun 1405H dan golongan kedua terdiri dari mereka yang tidak melakukannya. Selesai Ramadhan, dilakukan ujian terhadap mereka untuk menentukan kadar kelenturan tulang belakang dalam pelbagai situasi berbeza-beza dan dilakukan ujian terhadap kemampuan kerja jantung mereka menggunakan argometer. Hasilnya, ada perbezaan besar antara orang-orang yang terus menerus mengerjakan solat tarawikh berbanding dengan orang yang tidak mengerjakannya. Manfaat dapat dirasakan dari segi kelenturan tulang belakang, pernafasan, kelenturan sendi-sendi dan kemampuan kerja jantung.SOLAT DAN KOMPOSISI BADANKajian PertamaSolat dapat mengurangkan lemak dalam badan . Rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.Perbuatan membengkokkan jari kaki ketika sujud, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.SOLAT DAN SISTEM KARDIOVASKULARKajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.

Kesimpulannya, solat merupakan satu ibadah khusus, penyembahan seorang hamba kepada Allah yang telah menciptakannya. Diperintahkan melaui nas yang qatie di dalam Al Quran. Sungguh ia satu anugerah agung dari Tuhan Rabbul Jalil yang perintahnya bersesuaian dengan fitrah kejadian dan naluri manusia. Tiada satu ruang untuk tidak mengerjakannya dengan alasan yang direka-reka kerana Allah maha mengetahui dengan apa yang diperintah dan apa yang dilarangnya.Yang pasti solat adalah ibadat fardu pertama dalam syariat semua anbia sejak Nabi pertama Adam AS sehinggalah peristiwa Israk Mikraj apabila Allah SWT memerintah solat wajib lima waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ia berkekalan sehingga hari ini yang diamalkan umat Islam di muka bumi ini.Seperti dalam ajaran Islam, solat adalah tiang agama dan tanpanya umat Islam tempang dari segi akidah tauhid sebagai pembuktian ketaatan kepada Allah. Namun, suatu yang pasti setiap umat Islam yang menunaikan solat sama ada solat wajib dan sunat, jika dilakukannya dengan penuh khusyuk, akan dapat rasai ketenangan yang sukar dicari atau dibandingkan dengan gerak kerja lain.Tidak keterlaluan jika solat sebenarnya mempunyai seni tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Pastinya ada rahsia kerana ketenangan dapat dirasai apabila kita mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk.Pergerakan solat yang kita lakukan sebenarnya membantu menjaga kesihatan kita. Selain bersukan, amalan wajib ini sebenarnya membantu melancarkan aliran darah dalam badan. Untuk sihat, kita tidak perlu bersenam dan mengeluarkan peluh. Seperti saya, solat yang menjadi tiang agama merupakan amalan sihat yang paling berkesan. Misalnya, ketika kita sujud dan rukuk, ia sebenarnya satu senaman semula jadi. Amalan ini paling mudah untuk dilakukan.