Assignment Penulisan 2 Karangan Berformat
-
Upload
apiez-nawi -
Category
Documents
-
view
215 -
download
15
description
Transcript of Assignment Penulisan 2 Karangan Berformat
PENGENALAN
Bagi tugasan ini, saya dikehendaki oleh pensyarah bagi membuat ulasan
terhadap karangan berformat rasmi yang ditulis oleh pelajar sekolah rendah iaitu pelajar
tahap 2. Dalam tugasan ini, saya telah memilih sebuah karangan berformat rasmi yang
telah dituliskan oleh seorang pelajar tahun 5 di sekolah saya mengajar. Format yang
saya pilih itu adalah berbentuk laporan. Karangan jenis laporan ditulis biasanya untuk
melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku. Biasanya penulis
mengandaikan dirinya sebagai pengerusi , setiausaha , bendahari serta jawatankuasa
ahli persatuan. Sebagai orang yang menulis laporan kita hendaklah benar- benar
mengetahui perkara atau peristiwa yang hendak kita laporkan. Selain itu juga kita
mestilah memikirkan persoalan – persoalan seperti apa,bila, di mana dan mengapa.
Format untuk sesuatu penulisan laporan biasanya terbahagi kepada tajuk laporan, isi
laporan, pengakuan pelapor, tarikh, tandatangan penulis laporan ataupun pelapor dan
juga nama penuh pelapor.
Di dalam setiap penulisan terlebih dahulu kita mestilah mengemukakan
1
pendahuluan ataupun pengenalan. Untuk kita menulis pengenalan kita hendaklah
memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk di mana apa yang ingin kita perkenalkan
itu mungkin tidak diketahui atau difahami oleh pembaca-pembaca yang lain.
Pengenalan yang baik biasanya yang berbentuk ringkas , menarik minat pembaca
sertaDapat meninggalkan kesan positif yang mendalam kepada pembaca. Oleh itu, kita
mestilah memastikan bahawa penggunaan tatabahasa atau ejaan tidak mempunyai
kesalahan. Isi hendaklah padat dan ringkas, setiap perenggan mestilah mempunyai
sekurang- kurangnya empat isi.
Pada pemerhatian saya, pengenalan yang dihasilkan oleh murid ini
adalah baik kerana dalam pengenalan yang dihasilkannya ia mempunyai tajuk sebagai
asas penulisan yang berjudul “Laporan Kempen Alam Bersih Hidup Sihat Kampung
pisang . Pada tajuk tersebut menggambarkan bahawa perkara atau peristiwa betul-
betul dijalankan serta ia mempunyai nama tempat iaitu ‘Kampung Pisang” sebagai bukti
ia dijalankan. Pada pengenalan tersebut juga ada dituliskan tarikh dan hari peristiwa
tersebut berlaku . Pada tajuk yang ditulis oleh penulis, beliau menggunakan huruf besar
bagi permulaan perkataan didalam tajuk dan tajuk tersebut digaris dengan baik.
Menurut Amir Hamzah (2010) , apabila seseorang penulis yang ingin menulis laporan ia
2
mestilah mempunyai penggunaan huruf besar pada setiap perkataan di awal huruf
dalam tajuk laporan dan pada tajuk laporan tersebut mestilah digariskan bagi
menandakan bahawa ia adalah tajuk laporan.
Isi laporan yang dihasilkan oleh penulis juga kelihatan baik kerana ia
mempunyai pendahuluan dan penutup yang baik. Pendahuluan yang dihasilkan oleh
murid tersebut dapat menarik minat pembaca untuk membaca hasil tulisannya. Penutup
yang dihasilkan oleh murid ini juga pada pandangan saya dapat memberi kepuasan
terhadap pembaca. Karangan yang dihasilkannya bagi setiap perenggan mempunyai
isi yang padat. Ayat yang ditulis bagi setiap perenggannya pula tidaklah terlalu panjang
serta meleret- leret. Mengikut Amir Hamzah lagi, sesuatu laporan juga hendaklah
mempunyai isi yang mengandungi pendahuluan dan juga penutup sepertimana
karangan- karangan biasa yang lain. Menurut tokoh tersebut ianya bertujuan bagi
melengkapkan sesuatu karangan yang berformatkan laporan.
3
IDEA ( KETEPATAN DAN KEMATANGAN)
Menurut Roselan Baki (2011) , penulisan yang baik akan berupaya menampilkan
penemuan yang baharu, serta memberikan pemikiran serta perspektif baharu terhadap
kajian yang sedia ada serta dapat memberi kebijaksanaan dan kebestarian kepada
para pembaca. Secara umumya, jika diteliti kepada hasil penulisan murid tersebut
didapati bahawa ia memperlihatkan mutu yang boleh dikatakan dalam kategori yang
sederhana tetapi mempunyai idea-idea yang bernas. Biarpun analisis yang
dikemukakan dalam penulisan ini menepati skop kajian atau objektif yang ditetapkan.
Persembahan yang dihasilkan oleh murid tersebut dari segi perkembangan ilmu agak
memuaskan kerana murid tersebut adalah dalam kalangan murid kelas teratas di
sekolah. Penulis juga pada pendapat saya, menunjukkan kemampuan penulisan yang
boleh diyakini. Hujahan yang dikemukakan oleh penulis jika dilihat di sini mempunyai
perkembangan mengikut apa yang dihujahkan sama ada penyampaiannya dalam
bentuk deduktif dan induktif.
Dari segi kematangan idea pula murid tersebut menunjukkan keupayaannya
dalam mengemukakan hujah dengan tesusun serta dikemukakan lagi dengan bukti-
bukti dan contoh- contoh yang bersesuaian dengan tema dan tajuk karangan yang
ditulis. Idea- idea yang diberikan oleh penulis juga kelihatan baru dan segar dan tiada
4
peniruan daripada hasil individu- individu yang lain. Idea yang ditunjukkan juga
memberikan perspektif yang baru di mana ia boleh memberikan impak yang
memberansangkan dalam sesuatu penulisan. Murid ini juga kelihatan kritis dan kreatif
dalam menyumbangkan idea kepada setiap perenggan yang ditulis.
5
TATABAHASA
Isu kesalahan penggunaan tatabahasa seringkali menjadi satu masalah
kepada majoriti murid khasnya kepada murid sederhana atau pertengahan. Ini kerana
kebanyakan rakyat di negara kita walaupun mengamalkan sikap membaca tetapi
majoriti golongan remaja amnya suka membaca majalah – majalah serta buku- buku
yang mempunyai unsur- unsur hiburan semata-mata daripada membaca bahan yang
mengandungi unsur-unsur ilmiah seperti URTV, Mangga, Hai, Remaja dan sebagainya
daripada mereka yang membaca majalah ilmiah seperti Dewan Masyarakat, Didik, Al-
Islam. Pengaruh daripada majalah-majalah hiburan tersebut boleh membawa kepada
kurangya kemahiran tatabahasa kepada murid-murid atau pelajar-pelajar sekolah
menengah amnya dan ini akan menyebabkan banyak berlaku kesalahan tatabahasa di
dalam penggunaan ayat terutamanya dalam aktiviti penulisan para pelajar tersebut. Di
samping itu juga, kecanggihan teknologi pada hari ini juga menjadi faktor penyebab
kurangya kemahiran tatabahasa di kalangan rakyat di negara kita iaitu melalui
penggunaan SMS (Sistem Pesanan Ringkas) melalui penggunaan teknologi seperti
telefon bimbit yang menjadi kemudahan kepada setiap manusia tidak kira tua atau
muda pada zaman ini.
6
Kesalahan-kesalahan tatabahasa ini lazimnya akan menjejaskan markah di
dalam ujian atau peperiksaan jika ia terjadi dengan terlalu kerap. Antara kesalahan-
kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid yang diulas oleh saya ini ialah
seperti:
1. Kesalahan ejaan ;
Ayatnya yang berbunyi “Selain itu, kempen ini juga bertujuaan untuk memupuk
semangat kerjasama” (Perenggan kedua, baris tiga). Sepatutnya murid menulis ayat
“Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama”…..
2. Kesalahan kata bilangan tak tentu;
Ayat yang ditulis “ Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang
kempen itu”…. (Perenggan keempat baris pertama). Ayat yang sepatutnya perlu ditulis
ialah “ Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen itu…
3. Kesalahan penggunaan kata kerja yang berulang dan kesalahan kata sendi;
Ayat yang ditulis “ Selain itu, ada juga aktiviti-aktiviti yang lain seperti membersihkan
kawasan tanah perkuburan, membersihkan kawasan surau dan sebagainya…
(Perenggan keempat baris keempat dan kelima). Sepatutnya murid tersebut hendaklah
7
menulis ayat yang berbunyi “ Selain itu, terdapat juga aktiviti – aktiviti lain seperti
membersihkan kawasan tanah perkuburan dan surau…..
4. Kesalahan perkataan pada penanda wacana
Ayatnya ialah “ Setalah melakukan kempen tersebut, kawasan kampung kelihatan
bersih dan ceria”…….
Di sini murid tersebut perlu menggunakan ayat ini iaitu “ Setelah melakukan kempen
tersebut, kawasan kampung itu kelihatan bersih dan ceria. ..”
8
WACANA
Bahasa adalah alat perhubungan yang paling efektif. Bahasa juga
menggambarkan status seseorang . Penggunaan kata yang sempurna dan tuntas baik
secara lisan mahu pun tulisan menjadikan bahasa itu semakin gramatis dan difahami.
Penggunaan kata dan wacana dalam ayat yang dituturkan menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa yang lengkap setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang
melampaui sebaris ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan
dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan
(2007), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu
kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Manakala menurut pendapat
Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas
ayat. Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian
Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa
yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
9
ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan
hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi,
wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.
Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu ‘wocono’ atau ‘woco’ yang
membawa maksud baca. Terdapat dua jenis wacana di dalam unit bahasa iaitu wacana
lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan
melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti
aktiviti perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya.
Wacana jenis ini melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya
dalam menyampaikan sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada
tulisan dan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang
berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung . Contoh wacana tulisan
adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel dan lain-lain lagi.
Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan
yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan
seseorang semasa menulis atau berucap dan ia amat penting dalam sesuatu teks
10
kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara
sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. Dalam lain perkataan,
penanda wacana ini digunakan untuk:
i) menyambung ayat dengan ayat;
ii) menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain; dan
iii) melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis
dan bermakna.
Raminah Hj Sabran (1985) melalui bukunya Kajian Bahasa untuk Pelatih
Maktab Perguruan telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan
meluas sebagai panduan kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa
seluruh negara. Nik Safiah Karim (2009) di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ada
menyebut tentang fungsi penanda wacana ini. Pendapat beliau turut dikongsi bersama
oleh Samsu Yaakob (2009) di dalam bukunya yang berjudul Senarai Semak Sistem
Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu. Menurut mereka ini, di dalam bahasa Melayu,
terdapat lima jenis utama penandaan wacana seperti:
11
i) Penanda Penghubung;
ii) Penanda rujukan;
iii) Penanda penggantian;
iv) Penanda leksikal; dan
v) Penanda elipsis atau pengguguran.
Bagi meningkatkan mutu penulisan di kalangan pelajar, mereka
seharusnya tahu menggunakan wacana yang sesuai dan pelajar juga perlulah tahu
akan fungsi wacana yang digunakan. Terdapat empat fungsi utama di dalam penanda
wacana iaitu:
a). Penghubung tambahan;
b). Penghubung tentangan atau sebaliknya;
c). Penghubung musabab atau sebab; dan
d). Penghubung tempoh masa atau ketika.
12
Dalam penulisan murid ini, terdapat beberapa penanda wacana yang digunakan
antaranya ialah seperti selain itu….., terdapat pelbagai…… dan beberapa penanda
wacana lagi. Walaubagaimanapun, kelemahan murid tersebut dalam aspek penanda
wacana ini ialah terlalu kerap dia menggunakan penanda wacana yang sama contoh
yang paling ketara sekali ialah dia menggunakan penanda wacana selain itu….dengan
beberapa kali. Sepatutnya dia perlu menggunakan penanda wacana pada tempat yang
sesuai dan tidak perlu mengulang penanda wacana yang sama kecuali jika perlu.Faktor
yang menyebabkan kurangnya kemahiran dalam penggunaan penanda wacana ini
ialah adalah kurangnya penggayaan dalam tatabahasa dalam diri murid tersebut.
13
MEKANIS
Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai
kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah
menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran membaca.
Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan
mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek
psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan
pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu,
topik ini akan menjelaskan konsep, jenis dan pendekatan dan teknik dalam kemahiran
menulis.
Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang
disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang
bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana-
wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara
mekanis; iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai
14
pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti
mengarang, yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif.
PERINGKAT MENULIS
Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis; iaitu:
(a) Peringkat pramenulis
Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk
membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat.
Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti- aktiviti pergerakan tangan dan mata,
supaya pelajar boleh mengkoordinasi kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis.
Antara latihan-latihan yang boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran ini ialah:
(i) Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan
putus-putus.
(ii) Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.
(iii) Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan
sebaliknya.
(iv) Latihan membentuk garisan lurus.
15
(v) Latihan membentuk corak: lurus, bulatan, persegi dan sebagainya.
(vi) Latihan melukis gambar yang ada garis lurus, lengkong, bulat, dan
sebagainya.
(b) Peringkat mekanis
Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya
ialahperingkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih membentuk
lambang-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, pelajar
akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat.
Secara umumnya, latihan- latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah:
(i) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.
(ii) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.
(iii) Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.
16
(c) Peringkat pelahiran
Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk
huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu
untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar
sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan
yang diberikan. Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat
ini ialah:
(i) Mengisi silang kata.
(ii) Mengisi tempat kosong dalam ayat.
(iii) Melengkapkan ayat.
(iv) Melengkapkan petikan atau cerita.
(v) Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan-gambar.
(vi) Menulis jawapan kefahaman.
(vii) Menulis rencana daripada bahan rangsangan.
(viii) Menulis karangan.
17
KESIMPULAN
Sebagai seorang penulis kita perlulah berhati- hati semasa kita menulis
karangan yang hendak ditulis. Di sini murid perlu memperbanyakkan bahan bacaan
yang berbentuk ilmiah di samping mempelajari ilmu penggunaan tatabahasa yang betul
dari guru yang lebih pakar dalam tatabahasa. Elakkan daripada banyak membaca
buku-buku atau majalah yang tidak memberi faedah kepada kita terutamanya yang
berbentuk hiburan dan humor. Penulisan yang berbentuk seperti laporan memerlukan
kemahiran yang tidaklah terlalu tinggi tetapi perlu dipelajari serta ia memerlukan murid
mengimaginasi atau membayangkan sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan
pengalaman hidup atau aktiviti-aktiviti yang memberi faedah sama ada kepada
seseorang individu ataupun kepada sesebuah masyarakat atau komuniti. Selain itu, ia
juga menitikberatkan akan kepentingan masa dan hari bagi sesuatu peristiwa atau
aktiviti yang dijalankan. Murid juga perlu mengetahui format untuk mengahsilkan
karangan ini.
18
RUJUKAN
1. Khairuddin Ayip (2013); Penulisan Bahasa Melayu UPSR, Cerdik Publication Sdn
Bhd.
2. http://bahasamelayuuniversiti.blogspot.com/
3. Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Penguasaan kemahiran menulis.
Kuala Lumpur.
4. Institut Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
19
20