Assignment HBIS4403 Ting 6

14
SOALAN TUGASAN Perkahwinan yang dilangsungkan bukan untuk memenuhi kehendak nafsu atau menunaikan naluri seks sahaja, malah ia merupakan tanggungjawab, amanah dan ibadah mulia di sisi Allah s.w.t. Berikan pandangan anda serta huraian mengenai sejauhmanakah tanggungjawab suami terhadap isteri? Hasilkan sebuah persembahan digital yang menggunakan MS PowerPoint yang menggambarkan proses perlaksanaan istiadat pertunangan dan perkahwinan menurut Agama Islam yang berlaku dalam komuniti tempat tinggal anda. Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia. Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk 1

Transcript of Assignment HBIS4403 Ting 6

Page 1: Assignment HBIS4403 Ting 6

SOALAN TUGASAN

Perkahwinan yang dilangsungkan bukan untuk memenuhi kehendak nafsu atau menunaikan

naluri seks sahaja, malah ia merupakan tanggungjawab, amanah dan ibadah mulia di sisi Allah

s.w.t.

Berikan pandangan anda serta huraian mengenai sejauhmanakah tanggungjawab suami

terhadap isteri? Hasilkan sebuah persembahan digital yang menggunakan MS PowerPoint yang

menggambarkan proses perlaksanaan istiadat pertunangan dan perkahwinan menurut Agama

Islam yang berlaku dalam komuniti tempat tinggal anda.

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang

merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan

dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. 

Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai

khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.

Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli

keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga

mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi

meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan

di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh. Daripada Anas r.a Rasulullah

s.a.w telah bersabda bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnhaku,

maka dia bukan daripada golonganku. Allah s.w.t menjadikan manusia dengan fitrahnya yang

ingin hidup berpasangan-pasangan , berkasih sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan

syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan

perkahwinan yang sah.

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak

pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan

yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan

oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam 1

Page 2: Assignment HBIS4403 Ting 6

penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu

berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Suami menurut Kamus Dewan edisi ke empat ( muka surat 1527 ) membawa maksud

orang ( lelaki ) yang dikahwini seseorang perempuan. Suami juga dikonsepkan sebagai pasangan

hidup isteri (ayah dari anak-anak), suami mempunyai suatu tanggungjawab yang penuh dalam

suatu keluarga tersebut dan suami mempunyai peranan yang penting, dimana suami sangat

dituntut bukan hanya sebagai pencari nafkah akan tetapi suami sebagai motivator dalam berbagai

kebijakan yang akan di putuskan termasuk merencanakan keluarga ( chaniago, 2002).  

Memandangkan suami merupakan tonggak kepada sebuah perkahwinan dan

bertanggungjawab mengemudi sesebuah rumahtangga, Islam telah menggariskan ciri-ciri dan

tanggungjawab yang perlu dipandang berat oleh seseorang isteri dalam memilih calon suaminya.

Di bawah ini adalah ciri-ciri dalam pemilihan seorang suami.

1. beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t

2. bertanggungjawab terhadap semua benda

3. memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

4. berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar

5. tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya

6. rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk

kebahagiaan keluarga.

Manakala di bawah ini merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang suami yang baik iaitu :

1. Memegang dan memahami peranan sebagai ketua keluarga sebagaimana yang

dikehendaki oleh Allah SWT.

2. Menunaikan kewajipan  atau tanggungjawab sebagai suami.

3. Isteri dianggap sebagai jiwanya dalam menempuh kehidupan.

2

Page 3: Assignment HBIS4403 Ting 6

4. Cinta kasih terhadap isteri mestilah dibina dengan penuh kasih sayang, ikhlas, jujur serta

dijelmakan dalam sikap dan perbuatannya.

Setiap perkara hendaklah dibincang bersama terutama soal-soal urusan rumahtangga.

5. Jangan bertindak kasar, berilah kesempatan untuk memperbaiki kesilapan.

6. Membantu meringankan beban isteri, baik secara langsung atau tidak langsung.

7. Berlaku jujur dan ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui.

8. Memahami kedudukan isteri sebagai seorang wanita yg tidak sama tarafnya.

9. Selesaikan segala sengketa dgn bijaksana, buang nafsu amarah dengan segera, ingat

ajaran Allah dan Rasul.

10. Tidak takut menyatakan kesalahan, segera memaafkan jika terdapat kesilapan.

11. Ingatlah bahawa isteri dan anak adalah amanat Allah yang akan dipertanggungjawabkan

kelak.

12. Mempunyai prinsip bahawa perkahwinan mempunyai nilai yg mulia dan tinggi.  

13. Mempunyai akhlak yg terpuji mengikut ajaran Islam.

Tambahan daripada perkara di atas, dinyatakan juga ciri-ciri suami yang baik dari sudut Islam

yang boleh dijadikan garis panduan kepada seorang wanita di dalam mencari calon suaminya

iaitu :

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu

Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah,

yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi

barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa

3

Page 4: Assignment HBIS4403 Ting 6

mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib

dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan

mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya

dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela

melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.

Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami

yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan

mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh

akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan

isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.

Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta

dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti

suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri

lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah

sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan

kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika

menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

4

Page 5: Assignment HBIS4403 Ting 6

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya,

mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak

berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada

kesengsaraan hidup.

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri.

Suami adalah ketua keluarga. Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan

memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam

tidak menentukan kadar tertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada

pendapatan serta keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

   Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang

sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan

membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam

menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.

    Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah

merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya

bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan

disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup

bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan

bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:

1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.

2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.

3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.

5

Page 6: Assignment HBIS4403 Ting 6

Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil

mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka

dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Nabi yang lain:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah

lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)

Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan

isteri mereka.Sebagaimana firman Allah :

“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang

baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah

kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah

SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-

(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan

aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan

6

Page 7: Assignment HBIS4403 Ting 6

wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang

rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka

dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka. 

Sebagaimana firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka

yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh

teladan yang baik.

6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan

makanan mengikut kadar kemampuan suami.

   Sebagaimana firman Allah SWT :

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang

disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT

kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar

7

Page 8: Assignment HBIS4403 Ting 6

kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah

ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah

AT-Thalak 65:7)

7.   Memenuhi keperluan nafkah batin

Sebagaimana firman Allah SWT:

“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan

isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk

bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka

menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi

oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8.   Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9.   Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.

  

RUMUSAN

Seorang suami dalam sesebuah rumahtangga memainkan peranan yang sangat penting

dan utama. Ia diibaratkan seperti sebuah nakhoda yang sedang belayar di tengah lautan bergelora

dan dikelililingi oleh pelbagai kemungkinan bahaya yang tidak diduga. Di sinilah keupayaan dan

kemampuan pengemudi kapal untuk mengemudi agar nakhodanya tidak hanyut atau karam

dipukul gelombang. Oleh itu, seorang suami wajib memahami dengan mendalam akan

tanggungjawabnya agar keluarga yang dibina mendapat rahmat dan berkekalan hingga ke

8

Page 9: Assignment HBIS4403 Ting 6

akhirnya. Semoga dengan ciri-ciri yang telah digariskan di atas, akan lahirlah suami-suami

mithali yang mampu membentuk generasi akan datang sebagai generasi mukmin dan mukminah

penyambung warisan Nabi Muhammad s.a.w.

BIBILIOGRAFIAl-Quran Al-Karim

9

Page 10: Assignment HBIS4403 Ting 6

Harun Arrasyid Hj Tuskan. ( 2005 ). 45 Tugas dan Tanggungjawab Suami. Selangor:Edusystem

Sdn.Bhd.

Kamariah Hamzah. ( 2006 ) . Usik-Mengusik Membawa Bahagia. Selangor:Edusystem

Sdn.Bhd.

Nasoha Saabin. ( 2005) . Mengendalikan Hubungan Suami Isteri. Kuala Lumpur: PTS

Millenium Sdn.Bhd.

Nidzmamuddin Zakaria,Siti Fairuza Hj Asmungi, Syed Najhuddin Syed Hassan, Dr Noor

Azizi Ismail. ( 2009 ). HBIS4403 Pendidikan Islam Tingkatan 6. Selangor:Meteor Doc.

Sdn.Bhd.

Sulaiman Endut. (2001). Siri Minda Utusan,Ingin Tahu Perkahwinan. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

10

Page 11: Assignment HBIS4403 Ting 6

11

LAMPIRAN