Assignment Hubungan Etnik

14
KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK ANTARA ETNIK DAPAT MEMBANTU KEMANTAPAN POLITIK DAN MEMPERCEPATKAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH AIR Pada asasnya, idea tentang Negara bangsa dan proses politik yang moden diperkenalkan oleh penjajah British secara berperingkat-peringkat dalam usaha menguasainya sector ekonomi. Melalui beberapa siri perjanjian dengan sultan Melayu, penjajah British telah Berjaya menguasai sama ada secara langsung atau tidak langsung proses politik dan pentadbiran di Tanah Melayu. Perubahan daripada proses dan struktur politik tradisional yang berpaksi kepada kekuasaan Sultan dalam pelbagai aspek kepada proses dan struktur politik moden dilakukan oleh penjajah British dengan melakukan pemisahan dan pembahagian kuasa. Kuasa Sultan telah dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adapt istiadat Melayu manakala urusan ekonomi, politik dan pentadbiran diambil alih oleh penjajah British. Sehubungan dengan itu, system perundangan dan jabatan pentadbiran di pelbagai peringkat telah diperkenalkan demi menjamin kelancaran pentadbiran British. Dalam era penjajahan, penglibatan rakyat tempatan dalam proses politik dan pentadbiran adalah terhad. Pada saat akhir era penjajahan, rakyat telah mula dilibatkan dalam proses politik dan pentadbiran di peringkat paling bawah, sebagai pegawai rendah. Perkembangan tersebut merupakan ekoran daripada terbukanya sistem pendidikan

Transcript of Assignment Hubungan Etnik

Page 1: Assignment Hubungan Etnik

KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK ANTARA ETNIK DAPAT

MEMBANTU KEMANTAPAN POLITIK DAN MEMPERCEPATKAN PROSES

KEMERDEKAAN TANAH AIR

Pada asasnya, idea tentang Negara bangsa dan proses politik yang

moden diperkenalkan oleh penjajah British secara berperingkat-peringkat

dalam usaha menguasainya sector ekonomi. Melalui beberapa siri perjanjian

dengan sultan Melayu, penjajah British telah Berjaya menguasai sama ada

secara langsung atau tidak langsung proses politik dan pentadbiran di Tanah

Melayu. Perubahan daripada proses dan struktur politik tradisional yang

berpaksi kepada kekuasaan Sultan dalam pelbagai aspek kepada proses dan

struktur politik moden dilakukan oleh penjajah British dengan melakukan

pemisahan dan pembahagian kuasa. Kuasa Sultan telah dibataskan kepada

hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adapt istiadat Melayu manakala

urusan ekonomi, politik dan pentadbiran diambil alih oleh penjajah British.

Sehubungan dengan itu, system perundangan dan jabatan pentadbiran di

pelbagai peringkat telah diperkenalkan demi menjamin kelancaran

pentadbiran British.

Dalam era penjajahan, penglibatan rakyat tempatan dalam proses

politik dan pentadbiran adalah terhad. Pada saat akhir era penjajahan, rakyat

telah mula dilibatkan dalam proses politik dan pentadbiran di peringkat paling

bawah, sebagai pegawai rendah. Perkembangan tersebut merupakan ekoran

daripada terbukanya sistem pendidikan Inggeris kepada anak-anak pembesar

tempatan. Demikian juga dalam era penjajahan Jepun, hanya sebilangan

kecil rakyat yang dilibatkan dalam sektor pentadbiran dan politik. Penglibatan

rakyat tempatan ke dalam proses politik secara meluas hanya dapat dilihat

dengan jelas apabila pihak British memperkenalkan Malayan Union setelah

berakhirnya penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan penyerahan Sabah dan

Sarawak kepada British untuk ditadbirkan sebagai tanah jajahan pada tahun

1946.

Namun begitu, pengalaman daripada penjajah Jepun telah mengajar

penduduk Tanah Melayu betapa pentingnya kerjasama antara golongan etnik

untuk mencapai objektif politik. Kesudian untuk bekerjasama adalah penting

bukan hanya untuk mengutarakan keperluan kaum masing-masing tetapi juga

Page 2: Assignment Hubungan Etnik

untuk saling memahami kedudukan kaum-kaum lain. Hal ini akan membuka

jalan kepada integrasi dan kompromi yang sihat serta membuka ruang untuk

kemajuan bersama. Usaha-usaha ke arah kerjasama politik telah dimulakan

sebelum zaman kemerdekaan lagi. Kerjasama antara AMCJA-PUTERA, dua

golongan kiri dalam aliran nasionalisme di Tanah Melayu yang merangkumi

kerjasama antara etnik dan kemudiannya oleh golongan nasionalis UMNO-

MCA yang seterusnya oleh MIC menunjukkan bahawa kerjasama ialah asas

dalam politik negara kita. Hanya kemahuan yang ikhlas dan keinginan untuk

saling bekerjasama yang menentukan gabungan yang didasari oleh

ketamakan dan kenaifan dalam memahami perasaan golongan lain. Hal ini

yang telah berlaku setelah kembalinya penjajah British ke Tanah Melayu yang

merancang dan melancarkan Malayan Union pada tahun 1946. Kesatuan ini

terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

Beberapa ciri penting Malayan Union adalah seperti berikut, iaitu :

i. Pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat;

ii. Raja-Raja Melayu hilang kuasa, kecuali ke atas hal berkaitan

Islam dan Adat Istiadat Melayu;

iii. Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan prinsip jus soli;

Pada dasarnya, Malayan Union merupakan suatu bentuk

pemerintahan yang berasaskan idea negara bangsa yang bersifat unitary,

memberi pengakuan kesaksamaan kepada semua penduduk sebagai rakyat

atau bangsa berdasarkan prinsip jus soli. Malayan Union telah mendapat

tentangan hebat daripada orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn bin

Jaafar. Mereka telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (

UMNO ) pada 11 Mei 1946, hasil daripada gabungan pelbagai persatuan dan

pertubuhan Melayu. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

disalurkan melalui parti ini yang juga mendapat pelbagai sokongan termasuk

daripada bekas pegawai Inggeris. Tujuan utama perjuangan UMNO adalah

untuk memelihara kepentingan orang Melayu serta mengukuhkan kuasa

politik mereka.

Pada masa yang sama, lahir dua buah parti politik lain. Pertama,

Kongres India Malaya ( Malayan Indian Congress atau MIC ) yang ditubuhkan

pada bulan Ogos 1946 dengan John Thivy sebagai Presiden. Matlamat

Page 3: Assignment Hubungan Etnik

utamanya ialah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang India di

Tanah Melayu. Kedua, Persatuan Cina Malaya ( MCA ) yang ditubuhkan pada

bulan Februari 1949 dengan Tan Cheng Lock sebagai Presiden. Tujuan

utama penubuhan MCA adalah untuk melindungi kepentingan dan kebajikan

orang Cina di Tanah Melayu. Penubuhan kedua-dua parti ini bertujuan

membuktikan kepada British bahawa orang Cina dan India bersedia

bekerjasama dengan orang Melayu untuk membentuk negara Tanah Melayu

yang bersatu.

Kerjasama etnik yang erat antara UMNO, MCA dan MIC membawa

kejayaan besar dalam proses politik awal di Persekutuan Tanah Melayu.

Misalnya seperti pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun

1952, pakatan yang diasaskan oleh UMNO dan MCA telah memenangi

sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Dalam Pilihan Raya

Persekutuan 1955, Parti Perikatan ( UMNO-MCA-MIC ) berjaya memenangi

51 daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan yang

dipertandingkan. Hal ini ialah asas yang kuat bagi Tunku Abdul Rahman yang

mengetuai UMNO dan parti Perikatan untuk menunjukkan kepada British

bahawa wujud kerjasama erat antara etnik di Tanah Melayu. Kerjasama

tersebut menunjukkan bahawa mereka sudah sedia untuk memperoleh

kemerdekaan.

Percubaan lanjut untuk memupuk kerjasama dan perpaduan etnik

telah diusahakan apabila pengasas UMNO, iaitu Dato’ Onn bin Jaafar yang

telah keluar daripada UMNO, cuba menubuhkan sebuah parti multietnik iaitu

Parti Kemerdekaan Malaya ( Independence of Malaya Party atau IMP ).

Beliau bertindak demikian setelah cadangannya untuk membuka UMNO

kepada semua rakyat Tanah Melayu ditolak oleh ahli UMNO dan juga

sebilangan rakyat termasuk anggota kumpulan etnik Melayu, Cina dan India.

PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA FORMAL

Secara umum, usaha memupuk hubungan etnik yang harmonis

memerlukan tindakan secara formal daripada pihak atas. Sewaktu Malayan

Union diperkenalkan, secara tersirat penjajah British ingin memperkenalkan

corak pemerintahan unitary yang berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak

Page 4: Assignment Hubungan Etnik

Inggeris dan rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa. Dengan kata lain,

semua kelompok etnik yang ada di Tanah Melayu cuba disatukan secara

muslihat atau secara paksa.

Dalam perjanjian Persekutuan 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah

ditubuhkan dengan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah tanah jajahan

British, iaitu Melaka dan Pulau Pinang sebagai suatu entiti politik

persekutuan. Pesuruhjaya Perundangan Persekutuan yang berkuasa

membuat undang-undang. Pada peringkat negeri terdapat peruntukan-

peruntukan yang dipanggil sebagai Senarai Negeri. Setiap negeri memiliki

udang-undang negeri yang memelihara kedudukan Raja-Raja Melayu,

kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Pada bulan Julai 1955, pilihan raya telah diadakan untuk memilih ahli

Majlis Perundangan Persekutuan Malaya. Parti Perikatan yang terdiri

daripada UMNO, MCA dan MIC telah memenangi pilihan raya tersebut

dengan mendapat 51 kerusi, manakala satu kerusi dimenangi oleh Parti Islam

Se-Malaysia ( PAS ), Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua

Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

Kemenangan parti Perikatan dalam pilihan raya 1955 telah menjadi

bukti bahawa kerjasama politik dan perkongsian kuasa antara etnik boleh

berjalan dengan baik dan kerjasama tersebut telah meningkatkan lagi usaha

menuntut kemerdekaan. Hasilnya, pada tahun 1956 satu sesi perundingan

untuk mendapatkan kemerdekaan telah diadakan di London dari 18 Januari

sehingga 8 Februari antara pemimpin parti Perikatan dengan pihak British.

Persidangan tersebut telah memutuskan bahawa Persekutuan Tanah Melayu

akan menjadi sebuah negara yang merdeka pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya Reid telah dibentuk bagi merangka satu perlembagaan

persekutuan bagi mendapatkan kemerdekaan. Antara perkara yang

dicadangkan oleh Surhanjaya Reid ialah kewarganegaraan, kedudukan Raja-

Raja Melayu, pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan pusat, dan

kedudukan istimewa orang Melayu.

Suruhanjaya Reid telah menerima memorandum Raja-Raja Melayu,

parti Perikatan, parti-parti politik lain, badan-badan bukan kerajaan dan

pertubuhan peladang serta pandangan orang ramai. Antara perkara yang

menjadi perhatian utama ialah tuntutan-tuntutan daripada orang Melayy dan

Page 5: Assignment Hubungan Etnik

bukan Melayu. Jalan penyelesaian tuntutan-tuntutan bertentangan tersebut

ialah melalui ”kontrak sosial” atau ”pakatan murni” antara orang Melayu dan

bukan Melayu. Semua pandangan itu telah diambil kira oleh Suruhanjaya

Reid dan hasilnya ialah Perlembagaan 1957 telah digubal dan Persekutuan

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dianggap

sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai antara etnik

Melayu, Cina dan India, dan berkait rapat dengan unsur-unsur tradisional

yang meliputi hal-hal berikut :

Pertama : kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu

tidak boleh dipersoalkan. Perlembagaan 1948 mengasaskan konsep

raja berperlembagaan.

Kedua : kedudukan istimewa orang Melayu ( yang meliputi

perkhidmatan awam, biasiswa, dan segala bentuk bantuan berkaitan

dengan pendidikan, permit atau lesen perniagaan ) tidak boleh

dipersoalkan;

Ketiga : hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bagi mereka yang

lahir sebelum, semasa dan selepas Persekutuan Tanah Melayu

merdeka, melalui kuat kuasa undang-undang. Hak kerakyatan juga

boleh dipohon melalui cara permohonan dan naturalisasi.

Keempat : Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain

boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan.

Kelima : bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi

bahasa-bahasa lain tidak dihalang penggunaan, pengajaran dan

pembelajarannya.

Peruntukan-peruntukan di atas memperlihatkan semangat kerjasama

dan persetujuan yang dirunding dan dimaktubkan secara sah dan bertulis

Page 6: Assignment Hubungan Etnik

sebagai asas dan dasar pelaksanaan sistem kenegaraan negara bangsa

Malaysia.

KESIMPULAN

Perkembangan politik di Malaysia mempunyai sejarah dan asal usul

tersendiri yang bertitik tolak daripada fahaman perkauman. Fenomena ini

terbentuk dalam kerangka wujudnya masyarakat majmuk di negara ini

bermula pada zaman penjajahan British. Orang Melayu membentuk UMNO

sebagai benteng bagi mengekan ancaman-ancaman terhadap hak-hak orang

Melayu yang digugat oleh perlembagaan Malayan Union yang dirancang oleh

pihak penjajah British. Penubuhan MCA pula adalah sebagai tindakbalas

kaum Cina terhadap zaman darurat untuk melindungi kepentingan serta

memberi perlindungan kepada bangsa Cina ( Ong Haak Ching, 1998 ). MCA

menghadapi saingan hebat daripada DAP yang juga majoriti penyokongnya

adalah masyarakat Cina dan merupakan parti pembangkang utama. Begitu

juga dengan MIC yang mahu memastikan mereka tidak diketepikan dalam

arus perdana negara, walaupun mereka merupakan golongan minoriti.

Kesimpulannya, tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan

kerajaan sendiri, kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik. Kerjasama

antara semua etnik utama juga penting supaya tiada kelompok dianiayai

semata-mata kerana percaturan kuasa dan politik sempit.

Page 7: Assignment Hubungan Etnik

Nama : ABD IZAM BIN SAMSUDIN

No. K/P : 670824-01-5233

No.Matrik : 1CBM1106003

PENDAHULUAN

Pengenalan dan Penerimaan Kerja Kursus

Untuk semester ketiga kelas PPG Bahasa Melayu Kumpulan 2 telah

diberikan satu tugasan projek Kerja Kursus PPG (sekolah Rendah) secara

kumpulan seramai 3 orang. Pensyarah yang mengajar kami mata pelajaran

Hubungan Etnik (WAJ 3106) Puan Bhagwant Kaur masuk ke kelas untuk

memberi sedikit taklimat berkaitan dengan kerja kursus tersebut.

Walaubagaimanapun taklimat beliau berikan amat singkat tapi kami dapat

kami fahami dengan baik.

Pemahaman Kerja Kursus

Setelah menghalusi dengan lebih terperinci kertas tugasan Kerja

Kursus tersebut, kami ditugaskan dan kehendaki untuk menghasilkan satu

penulisan esei aspek kerjasama politik dan hubungan etnik di Malaysia dari

tahun 1946 hingga 1957 berdasarkan format yang telah ditetapkan. Esei yang

disediakan hendaklah mengandungi aspek-aspek yang diminta. Terdapat

enam aspek kesemuanya. Aspek pertama yang diminta ialah

membincangkan pembangunan politik dari tahun 1946 hingga ke tahun 1957.

Seterusnya, aspek yang kedua ialah menghuraikan sejauhmana kerjasama

dan permuafakatan politik antara etnik dapat membantu kemantapan politik

dan mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Air.

Perancangan Pelan Tindakan

Selepas sahaja mendapatkan tugasan kami mengambil tindakan awal

dengan menyediakan pelan tindakan yang mengandungi maklumat mengenai

aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh dalam menyiapkan tugasan

Page 8: Assignment Hubungan Etnik

ini. Pelan tindakan ini sangat penting bagi saya agar misi penyiapan kerja

berjalan dengan mudah. Pelan ini boleh dirujuk pada borang rekod kolaborasi

kerja kursus.

Masalah

Masalah yang wujud sepanjang menghasilkan tugasan yang

diamanahkan ialah pengurusan masa yang lemah. Masa yang diberikan tidak

mencukupi untuk melengkapkan tugasan ini. Dengan kerja-kerja di pejabat

perlu disegerakan memandangkan tugas sebagai penyelia peperiksaan di

Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi memerlukan komitmen yang tinggi

kerana pengurusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM

telah merupakan bidang utama dan perlu diselesaikan segera kerana ia

merupakan isu negara. Maka, ini seolah-olah menyebabkan tempoh untuk

menyiapkan kerja kursus ini menjadi agak terlalu singkat. Begitu juga dengan

tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan pada masa yang sama.

. Selain itu, disebalik kekangan yang timbul terdapat masalah

sampingan lain yang timbul iaitu kolaborasi bersama rakan-rakan dan

pensyarah. Hal ini demikian kerana ketika membuat tugasan di rumah saya

menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bimbingan dan membuat

perbincangan dengan rakan-rakan dan pensyarah terhadap keraguan dan

kekeliruan berkaitan dengan tugasan ini. Malah saya juga tidak dapat

mengesan sebarang kesilapan dan kekurangan hasil kerja ini jika tidak

membuat perbandingan dengan hasil kerja rakan sekelas dan tidak

mendapatkan sebarang komen daripada pensyarah pembimbing.

Penyelesaian Masalah

Walaupun terdapat pelbagai masalah telah saya hadapi sepanjang

menjalankan kerja kursus ini namun ia tidak sedikit pun mematahkan

semangat saya untuk menyiapkannya..Saya dapat juga menghabiskan masa

yang singkat iaitu selama beberapa hari untuk mencari rujukan bagi tugasan

ini. Begitu juga dengan rujukan untuk tugasan KKBI dan tugasan kuliah yang

lain. Walaupun masa terlalu singkat, namun dengan adanya perancangan

Page 9: Assignment Hubungan Etnik

masa yang teratur dan teliti serta melakukannya dengan cepat akhirnya

hampir kesemua maklumat telah saya peroleh dalam jangkamasa yang

ditetapkan.

Bukan itu sahaja, kolaborasi yang pelbagai sedikit sebanyak

membantu saya untuk menghasilkan kerja kursus yang tebaik. Aspek ini

bukan sahaja dapat meleraikan sebarang masalah bahkan juga mampu

mewujudkan hubungan interaksi yang positif dengan pihak-pihak tertentu.

Kolaborasi juga turut membantu saya dalam mengenalpasti kelemahan dan

kekuatan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Adanya kolaborasi

bersama dengan pensyarah dan rakan-rakan menaikan semangat yang tak

berbelah bagi dalam menyiapkan tugasan ini pada saat-saat akhir sebelum

dihantar ia sedikit sebanyak telah membantu untuk menghasilkan tugasan ini

dengan lebih baik lagi dan tidak melencong daripada arahan tugasan.

Kolaborasi juga turut memberikan hasil kerja saya menjadi lebih berkesan

dan bermakna. Kerjasama dari rakan saya ucapkan ribuan terima kasih

kerana dari bantuan mereka lah kerja saya dapat disempurnakan.

Hasil Pembelajaran

Seperti pepatah “setiap suatu kejadian pasti ada hikmahnya”. Jadi,

walaupun terdapat pelbagai masalah telah dihadapi, tugasan ini

sememangnya telah membawa banyak kebaikan pada diri saya. Tugasan

kerja kursus ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada saya. Salah

satunya ialah saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman

saya terhadap proses kemerdekaan tanah air kita. Berdasarkan segala

maklumat yang saya peroleh dan baca, saya dapat mengimbau kembali mata

pelajaran sejarah yang telah saya pelajari semasa di sekolah menengah dulu.

Daripada hasil kerja dan pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini,

saya juga dapat meluaskan lagi pengetahuan yang ada dan dapat

mempelajari kandungan mata pelajaran ini. Tugasan ini juga menerapkan

saya begitu banyak nilai-nilai murni seperti rajin, bertoleransi, jujur,

berkerjasama dan sebagainya.

Page 10: Assignment Hubungan Etnik

Melalui tugasan ini, saya bukan sahaja sekadar mengetahui dan

mengetahui tentang motivasi pembelajaran tetapi menerusi tugasan ini juga

pelbagai kesedaran timbul dalam diri saya. Menerusi tugasan ini, saya

sebagai guru dapat menyedari kelemahan diri dan seharusnya sentiasa

berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut melalui pelbagai strategi yang

bernas dan memberangsangkan.

Selain itu, tugasan ini saya juga sedikit sebanyak mengajar saya erti

kesabaran dan iltizam yang tinggi. Dengan adanya kesabaran dan iltizam

yang tinggi, hasil kerja ini dapat juga disiapkan denga baik tanpa keadaan

yang tergopoh-gapah yang boleh mencacatkan tugasan. Bahkan ini juga

sedikit sebanyak telah menyedarkan saya untuk sentiasa bekerja dengan

konsisten dan komited serta tidak membuang masa setelah diberi sesuatu

tugasan itu.

Penutup

Konklusinya, sememangnya tugasan ini amat berguna kepada saya

sebagai ulangkaji untuk peperiksaan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi

sekaligus membantu saya untuk menjadi seseorang yang berpengetahuan

lagi komited dalam kerjaya. Selain itu, sebarang permasalahan yang timbul

sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini telah saya jadikan

iktibar agar itu menjadi aset penguat kepada diri saya untuk menyiapkan

tugasan lain pada masa akan datang.