assignment lateral

7
8/7/2019 assignment lateral http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 1/7 Pengenalan Konsep berfikir di kalangan para tokoh berbeza-beza di antara satu sama lain. Menurut Edward de Bono, berfikir secara lateral adalah satu pendekatan yang bersifat tidak berterus terang (indirect) dan terlaksana dalam bentuk kreatif. Ianya bermotifkan ke arah penyelesaian masalah. Pergerakannya ialah secara kewarasan berfikir tetapi ianya tidak berlaku peringkat demi peringkat secara logik. Penekanan utama berfikir secara lateral ini ialah menilai kebenaran kepada satu-satu kenyataan dan mengesan kesilapan- kesilapan yang terdapat didalamnya. Seseorang yang mengguna kaedah berfikir secara lateral, pemikirannya akan bergerak dari idea yang sudah diketahuinya kepada idea-idea baru yang beliau cipta sendiri.. Pemikiran lateral lebih menarik sebab ia adalah pengajaran berfikir yang cukup sistematik, tersusun dan mendalam. Sebab kedua, pemikiran lateral bertolak daripada pemahaman asas terhadap fungsi kedua-dua belah otak - kanan dan kiri. Pemikran lateral sentiasa berkait rapat dengan kreativiti. Kreativiti adalah suatu aset yang amat penting dalam mencari sesuatu idea. Pemikiran lateral sangat menitik berat tentang fasa pertama dalam berfikir iaitu penggunaan konsep dan percubaan kepada sesuatu situasi. Ia juga menitik berat tentang ’melarikan diri’ daripada idea yang lama kepada sesuatu yang baru. Pemikran lateral ini sentiasa memastikan penggunaan maklumat yang tiba di otak secara 100%. Pada zaman ini, pamikiran secara lateral ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang sebagai contoh bidang pendidikan dan perusahaan. Ia juga boleh digunapakai untuk mengembangkan stail berfikir secara lateral ini sebagai satu bonus atau kelebihan dalam pendidikan konvensional. Kreativiti yang ditonjolkan dalam pemikiran lateral adalah salah satu kelebihan dalam pelbagai bidang dan menjadikan membawa kesan dan pulangan yang memuaskan. Patterning system “Patterning system” ialah satu sistem yang digunakan oleh minda untuk menyusun segala maklumat secara automatik. Sistem ini mempunyai ruang

Transcript of assignment lateral

Page 1: assignment lateral

8/7/2019 assignment lateral

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 1/7

Pengenalan

Konsep berfikir di kalangan para tokoh berbeza-beza di antara satu sama

lain. Menurut Edward de Bono, berfikir secara lateral adalah satu pendekatan

yang bersifat tidak berterus terang (indirect) dan terlaksana dalam bentuk

kreatif. Ianya bermotifkan ke arah penyelesaian masalah. Pergerakannya

ialah secara kewarasan berfikir tetapi ianya tidak berlaku peringkat demi

peringkat secara logik. Penekanan utama berfikir secara lateral ini ialah

menilai kebenaran kepada satu-satu kenyataan dan mengesan kesilapan-

kesilapan yang terdapat didalamnya. Seseorang yang mengguna kaedah

berfikir secara lateral, pemikirannya akan bergerak dari idea yang sudah

diketahuinya kepada idea-idea baru yang beliau cipta sendiri.. Pemikiran

lateral lebih menarik sebab ia adalah pengajaran berfikir yang cukup

sistematik, tersusun dan mendalam. Sebab kedua, pemikiran lateral bertolak

daripada pemahaman asas terhadap fungsi kedua-dua belah otak - kanan

dan kiri. Pemikran lateral sentiasa berkait rapat dengan kreativiti. Kreativiti

adalah suatu aset yang amat penting dalam mencari sesuatu idea. Pemikiran

lateral sangat menitik berat tentang fasa pertama dalam berfikir iaitu

penggunaan konsep dan percubaan kepada sesuatu situasi. Ia juga menitik

berat tentang ’melarikan diri’ daripada idea yang lama kepada sesuatu yang

baru. Pemikran lateral ini sentiasa memastikan penggunaan maklumat yang

tiba di otak secara 100%. Pada zaman ini, pamikiran secara lateral ini boleh

diaplikasikan dalam pelbagai bidang sebagai contoh bidang pendidikan dan

perusahaan. Ia juga boleh digunapakai untuk mengembangkan stail berfikir

secara lateral ini sebagai satu bonus atau kelebihan dalam pendidikan

konvensional. Kreativiti yang ditonjolkan dalam pemikiran lateral adalah

salah satu kelebihan dalam pelbagai bidang dan menjadikan membawa

kesan dan pulangan yang memuaskan.

Patterning system

“Patterning system” ialah satu sistem yang digunakan oleh minda untuk

menyusun segala maklumat secara automatik. Sistem ini mempunyai ruang

Page 2: assignment lateral

8/7/2019 assignment lateral

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 2/7

Page 3: assignment lateral

8/7/2019 assignment lateral

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 3/7

Prinsip asas pemikiran lateral

Konsep dalam pemikiran lateral boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

1) latar belakang

Pemikiran secara lateral wujud dari cara minda bertindak sebagai “patterning

system” yang memerlukan ketidaksinambungan untuk mengubah sesuatu

bentuk informasi kepada sesuatu yang terkini.

2) proses

Pemikiran lateral sangat menitik berat kepada perubahan yang berlaku iaitu

melepaskan diri dari idea yang lama dan generasi baru. Pemikiran lateral

melibatkan dua proses asas iaitu pelepasan diri (escape) dan provokasi.

3) metodologi

Cara atau stail yang digunakan dalam proses pemikiran secara lateral

melibatkan tiga iaitu:

-tabiat atau perangai

-teknik dan skil

-penggunaan perkataan pengantar

Pengunaan cara-cara ini membolehkan berfikir secara lateral lebih berkesan

dan sistematik.

Teknik Kreativiti Dan Mencari Idea

Teknik 1: Mengenal pasti idea terkini

Sebelum bertukar daripada idea lama dan mencipta idea baru, mengenal

pasti idea yang akan digunapakai adalah amat penting. Apabila sesuatu idea

telah dikenalpasti, pertukaran idea adalah lebih mudah. Beberapa cara untuk

mengenalpasti idea baru ialah:

Page 4: assignment lateral

8/7/2019 assignment lateral

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 4/7

Page 5: assignment lateral

8/7/2019 assignment lateral

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 5/7

Teknik 4: Teknik Ketidaksinambungan

Menurut Edward de Bono, ketidaksinambungan dapat dicapai melalui

pengaruh luar. Antara pengaruh luar yang dimaksudkan ialah pendedahan

luar dan menterbalikkan masalah. Pengaruh luar dapat dilihat sebagai antarasatu teknik yang boleh dipercayai dan diyakini dalam penggunaan pemikran

lateral.

Teknik 5: Ketidaksinambungan yang teratur

Teknik ini dapat dicapai menggunakan persamaan dalam mana-mana idea

sebelumnya dan penggunaan perkataan secara rawak. Ini juga merupakan

salah satu cara dalam mencari sesebuah idea walaubagaimanapun ianya

lebih terancang dan teratur. Ia juga boleh dikategorikan sebagai pengaruh

luar tetapi kerap digunakan dalam perancangan jangka panjang.

Kepentingan ”Brainstorming” dalam mencari idea

Kaedah ”brainstorming” sebelum mencari idea adalah penting dan sering

diaplikasikan untuk mencapai matlamat dalam mencari idea dengan cepat.

Berikut meprupakan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan

sewaktu ”brainstorming”:

1. masa

2. selang masa pemanasan (warm-up period)

3. bilangan orang yang terlibat

4. komitmen atau tabiat orang yang terlibat

5. pencatat maklumat

6. pengerusi majlis

7. kesalahan biasa (common errors)

keberkesanan ”brainstorming” akan lebih berjaya jika disusuli dengan

kesinambungan idea (follow up) dan seterusnya sesi evaluasi.

Page 6: assignment lateral

8/7/2019 assignment lateral

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 6/7

Tokoh-tokoh dalam bidang psikologi

Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry

- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakanbahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir

secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang

tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik,

analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala

bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif,

sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan

imaginasi. Kesimpulannya, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir

secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah

dikembangkan.

Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner

- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam

fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

i. Kecerdasan linguistik

ii. Kecerdasan logical-matematik

iii. Kecerdasan visual-Spatial

iv. Kecerdasan muzik

v. Kecerdasan tubuh kinestetik

vi. Kecerdasan interpersonal

vii. Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat

diajar di sekolah-sekolah.

Page 7: assignment lateral

8/7/2019 assignment lateral

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-lateral 7/7

Kesimpulan

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau

ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusandan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan

metakognisi terhadap proses yang dialami. Berfikir secara lateral merupakan

satu cara berfikir yang boleh diaplikasikan untuk menghasilkan idea-idea

yang hebat dan dapat digunakan kepada pelbagai bidang. Kemahiran berfikir

secara lateral menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea,

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada

bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Ia juga menerokai dan mencari

makna , pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

Rujukan

Jamhari., R. 2009. Kemahiran Berfikir . Di akses pada 27 September

2009 di http://en.wordpress.com .

Nik Ahmad., N.Y. 2009. No One Education ”Berfikir Secara Lateral” . Di

akses pada 27 September 2009 di http://nikahmadnikyaacob.blogspot.com .