Assignment Od

download Assignment Od

of 1

Transcript of Assignment Od

  • 8/3/2019 Assignment Od

    1/1

    PENDAHULUAN

    Menurut Sabarani Ghazali (2004) di dalam bukunya Pengembangan Organisasi,

    perubahan merupakan satu perkara yang sering dilakukan oleh kebanyakan organisasi dalam

    usaha memperbaiki pretasinya ke arah pencapaian yang lebih gemilang. Ini adalah semata-mata

    untuk berhadapan dengan suasana serta persekitaran yang begitu dinamik dan cepat berubah.

    Dalam melakukan usaha-usaha perubahan, ada ketikanya apa yang diharapkan dari perubahan

    tersebut tidak tercapai. Matlamat yang ditetapkan melencong dari sasaran. Ada ketikanya

    keadaan tidak menjadi semakin baik seperti diharapkan, malah menjadi semakin buruk dari

    keadaan sebelum perubahan. Terdapat satu punca yang menyumbang kepada keadaan ini, iaitu

    ketiadaan pengetahuan serta kemahiran dalam menguruskan perubahan.

    Menguruskan perubahan memerlukan pengetahuan serta kemahiran tertentu. Perubahan

    tidak boleh boleh sewenang-wenangnya dilakukan mengikut perasaan. Inilah yang sering berlaku

    dalam kebanyakan organisasi. Para pengurusnya melakukan perubahan tanpa mempunyai

    pengetahuan-pengetahuan asas tentangnya. Akhirnya perubahan yang diharapkan tidak berlaku.

    Oleh demikian, perubahan perlu dilakukan dengan teliti serta sistematik. Satu bidang pengurusan

    yang membantu pengurus-pengurus melakukan melakukan pengurus-pengurus melakukan

    perubahan ialah Pembangunan Organisasi atau di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai

    Organization Development atau ringkasnya disebut OD.

    Perubahan sentiasa belaku secara dalaman atau luaran. Manusia boleh berubah dari aspek

    fizikal dan mental, kematangan, kehendak, persepsi dan kepercayaan. Sekitaran berubah

    disebabkan oleh cuaca, aktiviti manusia dan kehendak alam. Manusia semakin bertambah dan

    kehendak untuk hidup semakin mendesak. Dengan