Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

19
7110171254500 01 1 1. PENGENALAN Kajian ini dibuat bagi menganaliskan kepentingan analisis keperluan latihan bagi syarikat yang dipilih iaitu Dutch Lady Milk Industries Berhad. Dengan melaksanakan analisis keperluan latihan, syarikat yang terpilih dapat memperolehi dan memperbaiki kemahiran, pengetahuan dan tingkah laku yang diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi kerja. Walaupun latihan mempunyai pelbagai bentuk, namun matlamatnya adalah sama iaitu untuk meningkatkan kebolehan melakukan tugas dan memperbaiki prestasi. Oleh yang demikian, sesebuah syarikat atau organisasi perlu merekabentuk latihan yang mantap agar matlamat dan objektifnya dapat dicapai dengan sebaiknya. 1.1. DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD Dutch Lady Milk Industries Berhad yang juga dikenali sebagai Dutch Lady Malaysia telah ditubuhkan di negara ini pada tahun 1963. Syarikat ini adalah merupakan syarikat usahasama diantara pemilik utama iaitu Royal Friesland Compina NV iaitu sebuah syarikat multi nasional Belanda dan Permodalan Nasional Berhad yang merupakan pemegang saham kedua terbesar. Ibu pejabat Dutch Lady Malaysia beroperasi di Jalan 13/6, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Syarikat ini menjalankan aktiviti-aktiviti utama seperti mengilangkan dan memasarkan produk tenusu serta jus buah-buahan yang berkualiti tinggi bagi pasaran tempatan dan juga untuk dieksport ke luar negara. 1.1.1. Aktiviti Perniagaan Syarikat Dutch Lady Malaysia Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah seperti rumusan bayi, Susu tepung, Susu pekat manis, Susu untuk membesar, Susu UHT, Susu Kultur, Yoghurt dan minuman jus-

description

leeza

Transcript of Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

Page 1: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

1

1. PENGENALAN

Kajian ini dibuat bagi menganaliskan kepentingan analisis keperluan latihan bagi syarikat

yang dipilih iaitu Dutch Lady Milk Industries Berhad. Dengan melaksanakan analisis keperluan

latihan, syarikat yang terpilih dapat memperolehi dan memperbaiki kemahiran, pengetahuan dan

tingkah laku yang diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi kerja. Walaupun latihan

mempunyai pelbagai bentuk, namun matlamatnya adalah sama iaitu untuk meningkatkan

kebolehan melakukan tugas dan memperbaiki prestasi. Oleh yang demikian, sesebuah syarikat

atau organisasi perlu merekabentuk latihan yang mantap agar matlamat dan objektifnya dapat

dicapai dengan sebaiknya.

1.1. DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD

Dutch Lady Milk Industries Berhad yang juga dikenali sebagai Dutch Lady Malaysia

telah ditubuhkan di negara ini pada tahun 1963. Syarikat ini adalah merupakan syarikat

usahasama diantara pemilik utama iaitu Royal Friesland Compina NV iaitu sebuah syarikat multi

nasional Belanda dan Permodalan Nasional Berhad yang merupakan pemegang saham kedua

terbesar. Ibu pejabat Dutch Lady Malaysia beroperasi di Jalan 13/6, 46200 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan. Syarikat ini menjalankan aktiviti-aktiviti utama seperti mengilangkan dan

memasarkan produk tenusu serta jus buah-buahan yang berkualiti tinggi bagi pasaran tempatan

dan juga untuk dieksport ke luar negara.

1.1.1. Aktiviti Perniagaan Syarikat Dutch Lady Malaysia

Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah seperti rumusan bayi,

Susu tepung, Susu pekat manis, Susu untuk membesar, Susu UHT, Susu Kultur, Yoghurt dan

minuman jus-jus buah-buahan yang dilabelkan dibawa jenama seperti Dutch Lady, Friscolac,

Frisco, Completa, Omega dan Joy. Rajah1.0. menunjukkan beberapa jenis produk yang

dikeluarkan oleh Syarikat Dutch Lady Malaysia untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Rajah 1.0. : Jenis-jenis produk Tenusu dan Buah-buahan

JENIS-JENIS PRODUK

DUTCH LADY MALAYSIA

ProdukDutch Lady JOY Completa Frisolac

Page 2: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

2

1.1.2. Misi dan Visi syarikat

Misi syarikat dibentuk sebagai identiti dan kebanggaan yang menunjukkan ke arah mana

sesebuah syarikat tersebut itu menuju. Dutch Lady Malaysia berpegang kepada Misi syarikatnya

iaitu ingin membantu kehidupan rakyat Malaysia untuk maju kehadapan dengan produk tenusu

yang boleh dipercayai. Syarikat ini juga mempunyai wawasan untuk menjadi sebuah syarikat

tenusu terbaik di Malaysia melalui produk-produk dan perkhidmatan cemerlang kepada para

pengguna, pelanggan perdagangan, pemegang saham dan pekerja. Di dalam lapuran kewangan

bagi tahun 2012, syarikat Dutch Lady Malaysia telah mencapai keuntungan sebanyak RM 123.38

juta dan semenjak beroperasi, beberapa pencapaian dan kejayaan telah di capai oleh syarikat ini

seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.0.

NPC Productivity Award 2004 Memegang anugerah Produktiviti bagi tahun 2004

“ The Reader’s Digest Superbrands

Gold Award “

Diberikan penganugerahan ini kerana jenama

Dutch Lady adalah paling digemari oleh

para pengguna Asia berdasarkan 41 kategori produk

Sijil Pengiktirafan HALAL Produk Dutch Lady mempunyai tanda “ halal “ daripada

bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam

(JAKIM)

Pengiktirafan ISO dan OHSAS Syarikat Dutch Lady memperolehi Sijil Pengiktirafan di

bawah piawaian ISO 9001:2000, ISO 14001:2004 dan

OHSAS 18001:1999 sebagai usaha memperbaiki dan

menjaga kualiti produk

Rajah 2.0. : Pencapaian dan Kejayaan Dutch Lady Malaysia

1.1.3. Jumlah Pekerja syarikat di Malaysia

Pencapaian dan kejayaan yang dicapai oleh Dutch Lady Malaysia adalah hasil daripada

usaha dan kegigihan yang ditunjukkan oleh seramai 640 orang jumlah pekerja syarikat tersebut

yang mana terbahagi kepada beberapa bahagian seperti bahagian kewangan, bahagian operasi

pengeluaran, bahagian pembangunan sumber manusia, bahagian jualan dan pemasaran. Fokus

syarikat ini adalah terletak kepada bahagian sumber manusia dan bahagian operasi

pengeluarannya dan ini dilakukan dengan memberi komitmen dan memastikan keperluan latihan

disediakan sebagai usaha untuk membantu pekerja-pekerja mereka agar terus maju, menyediakan

suasana kerja yang harmoni, memastikan rakan sekerja diantara mereka mudah berinteraksi,

memberi inisiatif pekerja untuk ingin belajar dan lebih produktif.

Page 3: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

3

2. PERINGKAT ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN DI DALAM PEMBANGUNAN

SUMBER MANUSIA

Analisis keperluan latihan dijalankan oleh organisasi pada (3) tiga peringkat yang mana

ianya melibatkan 3 bentuk analisis iaitu analisis organisasi, analisis kerja dan analisis individu.

Kaedah analisi adalah merupakan satu proses untuk mengenalpasti kakitangan atau pekerja yang

memerlukan latihan dan bidang latihan yang diperlukan. Disamping itu juga, organisasi dapat

mengenalpasti perbezaan yang wujud diantara tahap prestasi kerja semasa dan tahap prestasi yang

telah ditetapkan.

Rajah 1 : Peringkat Analisis

2.1. Analisis Organisasi

Analisis organisasi melibatkan penilaian atau pemeriksaan terhadap persekitaran dalaman

dan luaran sesebuah organisasi melalui visi, misi, matlamat jangka panjang dan juga matlamat

jangka pendek yang telah ditetapkan. Persekitaran dalaman dan luaran ini merupakan faktor

penting di dalam menentukan sama ada sesuatu program latihan perlu dijalankan atau sebaliknya

dan ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti samada organisasi telah mencapai matlamat

dan objektifnya. Ini adalah kerana kedua-dua faktor tersebut dapat mempengaruhi pengurus

organisasi bagi mereka bentuk pekerja, menyelia dan membuat keputusan (Mumtaz Begam,

2002).

A NALISIS KERJA

Untuk mengenal pasti jenis dan tahap kemahiran pengetahuan kerja, sikap dan keupayaan bekerja

ANALISIS ORGANISASI

Untuk menentukan sama ada organisasi telah mencapai objektifnya

ANALISIS INDIVIDU

Untuk menentukan sama ada pekerja memerlukan latihan kecekapan ataupun sebaliknya

TIGAPERINGKAT

ANALISIS

Page 4: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

4

Di dalam peringkat analisis ini, pengambilan maklumat boleh diperolehi melalui

kenyataan misi dan visi organisasi, indeks pengurusan sumber manusia, inventori kemahiran,

indeks iklim dan indeks kecekapan organisasi. Sumber maklumat yang telah diperolehi dapat

mengenal pasti keperluan latihan dan masalah atau kekurangan yang terdapat di dalam organisasi

tersebut. Tujuan analisis organisasi ini dijalankan adalah untuk menentukan sejauh mana sesuatu

latihan harus dikendalikan dan boleh dikendalikan di dalam sesebuah organisasi seperti

PERKESO.

2.2. Analisis Kerja

Di dalam peringkat analisis kerja ataupun juga dikenali sebagai analisis operasi, hasil

kerja yang diharapkan oleh organisasi bagi setiap jenis pekerjaan perlu dikenal pasti dan

ditetapkan. Analisis ini merupakan satu bentuk kutipan data yang sistematik mengenai sesuatu

kerja atau kumpulan kerja untuk menentukan apakah kaedah pengajaran yang sesuai diajar

kepada pekerja untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang. Penilaian yang dilakukan di dalam

peringkat analisis kerja adalah berpandukan kepada deskripsi dan spesifikasi kerja bagi mengenal

pasti aktiviti-aktiviti bagi sesuatu kerja serta tahap kecekapan yang diperlukan untuk

melaksanakan kerja tersebut. Terdapat lima langkah utama di dalam perlaksanaan analisis kerja

iaitu seperti berikut : -

i. Menyenaraikan huraian dan tanggungjawab kerja daripada organisasi yang mana

kita akan menyeneraikan kesemua aktiviti atau langkah yang diambil untuk

menyempurnakan sesuatu tugas.

ii. Mengenalpasti tugas yang terlibat semasa menjalankan kerja dalam program

latihan. Ini melibatkan mengenalpasti jenis dan tahap pengeluaran, kemahiran

serta keupayaan.

iii. Mengenalpasti pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan sikap yang diperlukan

untuk menjalankan sesuatu tugas melalui spesipikasi kerja.

iv. Membentuk objektif latihan dengan mengenalpasti tugas dan kecekapan yang

perlu diserapkan ke dalam program latihan untuk sesuatu kerja. Ini melibatkan

penilaian terhadap tahap kesukaran, kepentingan dan tempoh waktu yang perlu

untuk melaksanakan kerja tersebut.

v. Mereka-bentuk program latihan dengan menyusun keperluan latihan mengikut

keutamaannya.

Page 5: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

5

2.3. Analisis Individu

Peringkat ketiga di dalam analisis keperluan latihan adalah analisis individu yang mana

ianya digunakan untuk menentukan keperluan latihan bagi seseorang pekerja bagi meningkatkan

prestasi kerja. Analisis ini sesuai dijalankan oleh pekerja yang bertugas sebagai Penyelia atau

Pengurus yang mempunyai peluang untuk memerhati atau memantau pencapaian pekerja

dibawah arahannya. Adalah penting bagi sesebuah organisasi mengenal pasti pekerja manakah

yang mempunyai jurang atau kekurangan prestasi dengan membuat pembandingan prestasi kerja

semasa dengan prestasi kerja yang telah ditetapkan. Jika terdapat jurang prestasi, maka organisasi

tersebut perlu menyediakan latihan yang sesuai yang dapat membantu pekerja untuk mengatasi

masalah jurang prestasi. Menurut Mumtaz Begam (2002) terdapat dua langkah penting di dalam

analisis individu iaitu seperti berikut :-

Penilaian prestasi - penilaian teknik latihan yang digunakan oleh Jurulatih dan

mengukur kecekapan pekerja melaksanakan kerja mereka.

Diagnosis - Sekiranya prestasi pekerja didapati lebih rendah daripada piawai yang telah

ditetapkan, ini bermakna diagnosis perlu dilakukan. Diagnosis adalah merupakan proses

bagi menentukan kemahiran khusus dan pengetahuan yang perlu dibangunkan secara

terperenci sekiranya pekerja ingin mempertingkatkan prestasi kerja mereka.

3. KAEDAH-KAEDAH ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN

Di dalam analisis keperluan latihan terdapat 4 (empat) kaedah yang sering digunakan

apabila menjalankan analisis iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen.

Setiap kaedah yang digunakan mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri, oleh yang

demikian untuk mendapatkan hasil analisis yang baik, penggunaan lebih daripada satu kaedah

adalah digalakkan. Di bab seterusnya akan menerangkan dengan lebih teliti kaedah-kaedah ini

berserta dengan penerangan mengenai kebaikan dan keburukan masing-masing.

3.1. Soal selidik

Kaedah soal selidik adalah satu kaedah yang murah dan sesuai digunakan untuk

mengumpul data yang melibatkan lebih ramai orang di dalam masa yang singkat. Melalui kaedah

ini, data-data yang dikumpul mudah untuk diringkaskan. Walau-bagaimanapun penggunaan

kaedah ini selalunya akan memakan masa yang lama kerana responnya sukar untuk dikawal dan

soalan yang diberi terlalu banyak dan panjang. Ini memerlukan masa yang lama untuk

melengkapkannya serta boleh menimbulkan rasa bosan.

Page 6: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

6

Selain itu, penggunaan kaedah ini juga sukar untuk mendapatkan maklumat yang lebih atau

terperinci kerana maklumat yang diberikan oleh responden hanya berkaitan dengan soalan yang

ditanya di dalam borang kaji selidik tersebut.

3.2. Temuduga

Temuduga atau temubual adalah merupakan kaedah sama ada melalui telefon atau secara

bersemuka. Kebaikan mengunakan kaedah temuduga ianya dapat mengumpul maklumat dengan

lebih terperinci mengenai keperluan latihan dan dapat menerokai isu-isu yang diluar jangkaan.

Melalui kaedah ini, soalan-soalan yang ditanya boleh diubahsuai mengikut situasi dan ianya

sesuai digunakan untuk mengetahui punca sesuatu masalah dan cara-cara untuk mengatasinya.

Namun begitu, kaedah ini memakan masa yang panjang terutamanya apabila melibatkan

responden yang ramai. Maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini juga sukar untuk dianalis

dan selain itu memerlukan pekerja yang berkemahiran untuk mengendalikan temuduga. Dari segi

masa dan waktu, ianya sukar untuk dijadualkan kerana perjalanan waktu kerja bagi mereka yang

terlibat di dalam sessi temuduga. Kaedah ini juga boleh menyebabkan berlakunya gangguan

waktu kerja kerana terpaksa berhenti untuk meluangkan masa untuk ditemuduga.

3.3. Pemerhatian

Kaedah pemerhatiaan merupakan satu kaedah yang baik untuk mendapatkan maklumat

yang lebih tepat mengenai sesuatu kerja yang melibatkan aktiviti fizikal seperti pekerjaan sebagai

operator mesin dan catatan dibuat berdasarkan persekitaran kerja mereka yang terlibat. Ianya

juga dapat mengurangkan gangguan di tempat kerja. Namun begitu kaedah ini kurang sesuai bagi

kerja-kerja yang melibatkan aktiviti mental seperti kerja sebagai penulis iklan dan aktiviti-aktiviti

kerja yang dilakukan sekali sekala sahaja. Kaedah ini juga mengambil masa yang agak panjang

dan perlu dikendalikan oleh seseorang yang mahir bagi memastikan tidak ada aspek penting yang

ditinggalkan. Memandangkan kaedah dijalankan secara pemerhatian, maka ini juga akan

memberi kesan terhadap tingkah laku pekerja yang diperhatikan samada ianya dilakukan secara

jujur ataupun hanya sekadar lakunan semata-mata.

3.4. Penelitian dokumen

Kaedah penelitian dokumen melibatkan penggunaan dokumentasi seperti manual teknikal,

prosedur kerja, undang-undang dan tatacara. Kaedah ini dapat memberikan sumber maklumat

yang baik dan tepat untuk memahami peraturan dan latar belakang sesuatu kerja. Namun begitu,

terdapat juga keburukan mengunakan kaedah penelitian dokumen yang mana dokumen yang

disimpan di dalam sistem atau fail organisasi telah lapuk dan tidak sesuai digunakan.

Page 7: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

7

Selain itu, dokumen yang mengandungi maklumat yang terlalu teknikal, kemungkinan sukar

untuk difahami maksudnya.

3.5. Kumpulan Fokus

Selain daripada kaedah-kaedah yang diterangkan seperti di atas, kumpulan fokus juga

boleh digunakan sebagai kaedah untuk mengumpul data maklumat. Kaedah kumpulan fokus ini

sesuai digunakan untuk menganalisis isu-isu yang kompleks dan kontrovasi yang tidak dapat

dikaji secara perseorangan. Diantara kelemahan penggunaan kaedah ini adalah ianya banyak

menggunakan masa dan kedudukan ahli-ahli kumpulan yang berlainan status akan menghadkan

penyertaan.

4. PENILAIAN BAGI PERINGKAT DAN KAEDAH ANALISIS KEPERLUAN

LATIHAN DI DALAM ORGANISASI DUTCH LADY MILK INDUSTRIES

MALAYSIA BERHAD

4.1. Peringkat Analisis

4.1.1. Analisis Organisasi

Tujuan utama analisis organisasi dijalankan adalah untuk menentukan mana-mana

bahagian di dalam organisasi yang memerlukan latihan. Analisis ini melibatkan penelitian

terhadap misi dan visi organisasi, sumber dan budaya organisasi dan hubungan organisasi dengan

alam persekitaran luaran. Misi dan visi syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah untuk

membantu kehidupan rakyat Malaysia agar terus maju kehadapan dengan produk tenusu yang

dipercayai dan berwawasan untuk menjadi sebuah syarikat tenusu terbaik di Malaysia. Oleh yang

demikian, untuk mencapai visi tersebut, syarikat Dutch Lady perlu membuat analisis mengenai

tugas atau peranan kerja yang harus diberikan perhatian bagi mendapatkan keperluan latihan

dengan mengambil kira objektif perancangan jangka panjang syarikat tersebut. Sebagai contoh

sekiranya syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad mempunyai strategi untuk mengeluarkan

produk baru iaitu makanan bijiran berasaskan kacang soya dalam tempoh jangkaan masa 3 tahun,

maka pihak pengurusan syarikat ini perlu mengkaji atau mengenalpasti kemahiran yang

diperlukan oleh pekerja yang terlibat di dalam proses pengeluaran produk tersebut. Dengan

mengambil kira faktor-faktor seperti objektif organisasi, teknologi terbaru, faktor ekonomi,

teknik kemahiran dan kecekapan, syarikat ini sudah tentunya dapat merangka keperluan latihan

yang bersesuaian dan berkesan terhadap pekerja-pekerja mereka.

Page 8: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

8

4.1.2. Analisis Kerja

Tujuan analisis kerja dibuat adalah untuk menentukan komponen-komponen khusus dan

mengenal pasti tugas-tugas yang sebenar bagi sesuatu pekerjaan. Terdapat dua pendekatan yang

boleh dilakukan di dalam analisis kerja iaitu pendekatan berorientasikan pekerja dan pendekatan

berorientasikan tugas. Pendekatan berorientasikan pekerja memberikan tumpuan kepada

kemahiran, pengetahuan dan kebolehan, manakala pendekatan yang kedua menekankan

mengenai penghuraian aktiviti-aktiviti sesuatu pekerjaan. Di peringkat analisis kerja, syarikat

Dutch Lady mengunakan kedua-dua pendekatan ini untuk menilai keperluan latihan yang

diperlukan bagi jawatan atau kemahiran baru dan sedia ada di dalam organisasi mereka. Melalui

bahagian pembangunan sumber manusia di syarikat ini, mereka akan menganalisis deskripsi dan

spesifikasi kerja untuk mengenal pasti tugas dan kecekapan yang diperlukan. Prosedur kerja juga

direkodkan bagi mengenal pasti sebarang kekurangan atau kesilapan yang wujud dan setiap

kelemahan ini akan diberikan perhatian untuk mendapatkan latihan yang sesuai.

4.1.3. Analisis Individu

Di dalam peringkat analisis individu, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh sesebuah

organisasi ialah membuat penilaian prestasi terhadap pekerja-pekerja mereka. Bagi syarikat

Dutch Lady Milk Industries Berhad, penilaian prestasi bagi pekerja-pekerja mereka dikendalikan

oleh ketua-ketua bahagian berdasarkan ukuran piawaian (standard) dengan merancang kerja

tahunan dan menetapkan sasaran yang perlu dicapai. Penilaian prestasi ini dibuat sebanyak dua

kali iaitu di pertengahan tahun dan akhir tahun. Keadaan ini akan membolehkan pekerja-pekerja

untuk memperbaiki prestasi mereka sebelum penghujung tahun. Sekiranya hasil penilaian prestasi

seseorang pekerja itu tidak memuaskan, maka tindakan akan diambil oleh pihak pengurusan

untuk menentukan kandungan latihan, iaitu jenis kemahiran dan pengetahuan yang perlu diajar

agar prestasi pekerja tersebut dapat dipertingkatkan dan diperbaiki.

4.2. Kaedah Analisis

4.2.1. Kaedah Penelitian Dokumen

Salah satu kaedah yang digunakan oleh syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad bagi

mengumpul maklumat data berkaitan persepsi pekerja-pekerja mereka terhadap keperluan latihan

adalah melalui penelitian dokumen. Langkah pertama yang diambil oleh syarikat dalam prosedur

ini adalah dengan membuat penelitian dokumen bagi matlamat dan objektif serta perancangan

perniagaan syarikat tersebut. Memandangkan syarikat Dutch Lady mempunyai matlamat dan

objektif untuk menjadi sebuah syarikat tenusu yang terbaik di Malaysia maka syarikat ini perlu

mendapatkan maklumat daripada inventori sumber manusia untuk menentukan kekurangan

Page 9: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

9

pekerja yang perlu diisi akibat perletakan jawatan, persaraan dan lain-lain. Kekosongan jawatan

yang wujud di dalam syarikat ini akan menentukan tahap kecekapan yang diperlukan bagi

mencapai produktivi syarikat. Penelitian dokumen iventori kemahiran juga perlu dilakukan untuk

menunjukkan bilangan pekerja di dalam jawatan tertentu, kemahiran yang diperlukan serta

latihan yang telah dan perlu diberikan. Untuk mengenal pasti masalah-masalah seperti kadar

pengeluaran, produktiviti, kemalangan dan aduan pelanggan, syarikat Dutch Lady akan merujuk

kepada Indeks situasi organisasi syarikat yang telah direkodkan. Masalah-masalah yang wujud di

dalam syarikat ini akan digunakan sebagai maklumat untuk menentukan keperluan latihan

terhadap pekerja mereka.

Pada pendapat saya, kaedah ini sesuai digunakan di peringkat analisis organisasi kerana

ianya berdasarkan kepada matlamat dan perancangan syarikat, namun begitu ianya kurang

memberi kesan untuk mencapai objektif keperluan latihan kerana kadangkala maklumat yang

terkandung di dalam sistem adalah tidak lengkap dan telah lapuk. Selain itu, untuk mendapatkan

maklumat yang tidak terkandung di dalam sistem ianya akan memakan masa yang panjang dan

syarikat Dutch Lady terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi sekiranya ingin berbuat demikian.

4.2.2. Kaedah Soal selidik

Di dalam proses pengumpulan data melalui kaedah soal selidik, borang soal selidik perlu

dirangka menggunakan satu set item berbentuk tertutup yang dibahagikan kepada tiga bahagian

seperti berikut :-

Latar belakang responden - memberi tumpuan kepada latar belakang responden yang

terdiri daripada pengalaman bekerja dan umur.

Keperluan latihan - bahagian ini terdiri daripada 12 item yang bertujuan untuk

mendapatkan penilaian pekerja terhadap keperluan latihan atau pembangunan

profesionalime.

Maklum balas responden terhadap keperluan latihan mengikut peratusan atau skala.

Sebagai contoh, temuduga yang dijalankan di syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad

dengan jumlah pekerja seramai 640 orang yang menggunakan saiz sampel sebanyak 200 orang

pekerja yang dipilih. Sampel yang dipilih ini adalah terdiri daripada 20 orang pekerja yang

mewakili setiap bahagian di syarikat tersebut. Kaedah ini sesuai digunakan di dalam peringkat

analisis kerja kerana maklumat yang diperolehi adalah daripada deskripsi, spesifikasi kerja dan

sampling kerja yang mana boleh ianya boleh digunakan sebagai bahan ukuran.

Page 10: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

10

4.2.3. Kaedah Temuduga atau temubual

Kaedah temuduga atau temubual adalah kaedah yang dilaksanakan di dalam bentuk

temuduga berstruktur yang direka mengikut keperluan. Sebagai contoh, sekiranya syarikat Dutch

Lady bercadang untuk mendapatkan maklumat keperluan latihan, maka pihak pengurusan akan

mengeluarkan arahan kepada bahagian pembangunan sumber manusia untuk menyediakan satu

panduan berstruktur bagi mengendalikan temuduga tersebut. Panduan temuduga ini akan

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu merangkumi latar belakang responden dan panduan

soalan yang berkaitan pelbagai aspek keperluan latihan. Beberapa orang pekerja yang mewakili

setiap bahagian terdiri daripada pengurus, penyelia dan pekerja bawahan akan dipilih sebagai

responden. Kaedah temuduga digunakan oleh syarikat ini kerana maklumat yang diterima secara

adalah langsung dan sesuai untuk memperolehi maklumat berkenaan fakta, kepercayaan,

perasaan, kehendak dan sebagainya tentang persepsi keperluan latihan. Kaedah ini sangat

praktikal digunakan untuk mendapat maklumat yang tepat daripada kumpulan yang kecil.

4.2.4. Kaedah Pemerhatian

Melalui kaedah pemerhatian bagi mengumpul maklumat keperluan latihan, pekerja yang

diberikan tugas sebagai penyelidik akan mengamati tingkah laku responden yang bertugas di

tempat dan bahagian yang sama. Setiap tingkah laku kerja ketika menjalankan tugas akan dicatat

dan direkodkan. Sebagai contoh, syarikat Dutch Lady menjalankan kaedah pemerhatian ke atas

pekerjanya yang bertugas sebagai operator mesin di bahagian operasi pengeluaran. Mereka

menggunakan kaedah pemerhatian turut serta kerana pekerja yang ditugaskan sebagai penyelidik

bertugas di tempat yang sama dengan responden yang telah dipilih. Setiap maklumat yang

diperolehi daripada pemerhatian ini mempunyai nilai yang tinggi dan boleh dipercayai sekiranya

dilakukan dengan objektif yang betul. Walau-bagaimanapun, kaedah ini tidak sesuai digunakan

bagi kerja-kerja di dalam pejabat yang melibatkan aktiviti-aktiviti mental seperti kerja penulisan

iklan di bahagian pemasaran. Di samping itu, kaedah ini mengambil masa yang panjang untuk

dikendalikan dan menelan kos perbelanjaan yang agak tinggi.

Page 11: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

11

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kepada tinjauan dan informasi yang diperolehi daripada penolong pengurus

di syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad yang beroperasi di cawangan Kota Kinabalu,

disini saya ingin memberikan tiga cadangan penambaikan atau rekomendasi bagi

mempertingkatkan keperluan latihan di syarikat tersebut. Cadangan-cadangan berikut boleh

dijadikan sebagai panduan untuk mengurus analisis keperluan latihan: -

5.1. Pemerhatian berterusan

Pemerhatian atau pengawasan aktiviti perlu dilakukan secara berterusan dan bukan hanya

dilakukan apabila syarikat tersebut ingin membuat persediaan analisis keperluan latihan. Syarikat

Dutch Lady memerlukan seseorang yang ditugaskan untuk mendapatkan informasi mengenai isu-

isu semasa yang berlaku di semua bahagian di dalam syarikat tersebut. Untuk mendapatkan

gambaran yang lebih luas maka perlulah mengetahui data-data penting yang berkaitan dengan

syarikat, contohnya matlamat dan obkejtif jangka panjang, serta harus menyesuaikan diri

mengenai tatacara interaksi diantara bahagian. Perhubungan diantara semua bahagian hendaklah

diperkembangkan di beberapa peringkat, agar sikap dan pendapat setiap pekerja dapat diketahui.

Syarikat Dutch Lady juga perlu sentiasa mengikut perkembangan terkini mengenai polisi, piawai

dan “trend”. Dengan mengetahui lebih banyak maklumat mengenai syarikat dan kedudukannya di

dalam pasaran, maka lebih ekeftif program latihan yang akan dilaksanakan.

5.2. Penyiasatan

Analisis keperluan latihan dapat diperbaiki dengan melakukan penyiasatan apabila pihak

pengurusan bercadang untuk mengendalikan sesuatu program latihan. Dengan menggunakan data

yang diperolehi semasa di peringkat pemerhatian, kita harus menyiasat dengan lebih lanjut

mengenai isu pemasalahaan untuk mengesahkan bahawa latihan adalah merupakan satu jalan

penyelesaian. Sebagai contoh, Produktiviti di bahagian operasi pengeluaran syarikat Dutch Lady

telah menurun semenjak 3 bulan yang lalu, berdasarkan kepada pemerhatian, masalah ini timbul

disebabkan pekerja-pekerja yang bertugas sebagai mesin operator gagal mengendalikan mesin

dengan baik, oleh yang demikian pihak syarikat perlu melakukan penyiasatan samada latihan

kemahiran mesin perlu diberikan kepada pekerja yang terlibat ataupun syarikat perlu menambah

lebih banyak pekerja mahir di bahagian operasi agar masalah ini tidak akan berulang semula.

5.3. Penganalisian Data

Untuk mencapai keputusan yang baik di dalam analisis keperluan latihan, langkah yang

paling penting ialah proses menganalis data-data yang telah dikumpulkan melalui kaedah-kaedah

yang digunakan oleh syarikat ini. Analisis adalah merupakan satu proses untuk memahami data,

mengenal pasti bahagian yang relevan, membuat kesimpulan dan seterusnya menyediakan

Page 12: Assignment - Pembangunan Sumber Manusia

711017125450001

12

lapuran mengenai penemuan penyelesaian. Butir-butir seperti jenis latihan dan bagaimana latihan

tersebut akan dilaksanakan perlu dimasukkan ke dalam lapuran tersebut. Membuat analisis

keperluan latihan adalah kritikal kepada kejayaan sesuatu program latihan. Oleh yang demikian,

penganalisis data perlu memastikan setiap data yang diperolehi adalah tepat dan menepati

objektif program latihan tersebut.

6. KESIMPULAN