Assignment Pendidikan Islam

12
1.0 Pengenalan Agama Islam telah menggalakkan perkahwinan dengan meletakkan satu sistem dan peraturan yang kuat dan utuh bagi memelihara kesejahteraan masyarakat, kebahagiaan keluarga, memelihara akhlak dan mengekalkan generasi umat manusia di alam ini. Oleh itu agama Islam telah menentukan garis panduan dan peraturan yang lengkap dalam memilih bakal suami atau isteri untuk di jadikan pasangan hidup masing-masing. Perkahwinan adalah suatu perkara yang amat indah dan diimpikan oleh setiap orang. Islam amat menggalakkan umatnya bernikah atau disebut sebagai berkahwin. Pernikahan atau perkahwinan ini amat dituntut oleh Islam, ianya dilambangkan sebagai sebahagian tuntutan yang perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan hidup bagi individu, keluarga , mahupun masyarakat. Dalam Al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang pernikahan. Begitu juga dengan hadis Rasulullah SAW. Baginda sering menasihatkan pemuda-pemuda supaya menyegerakan perkahwinan. Ini kerana perkahwinan itu membawa berbagai-bagai hikmah dan kebaikan. Antara hikmah perkahwinan adalah sebagai tempat untuk melepaskan syahwat di tempat yang halal. Manusia yang tidak dapat mengendalikan nafsu syahwatnya akan sangat mudah terjebak pada ajakan syahwat terlarang. Pintu perkahwinan (pernikahan) adalah cara yang tepat dalam mewadahi ‘aspirasi’ naluri normal seorang manusia. Selain itu pernikahan juga dituntut bagi menjamin akhlak terpuji, memotivasikan semangat beribadah, membangunkan rumahtangga islamik, dan untuk mendapatkan zuriat penyambung

description

2

Transcript of Assignment Pendidikan Islam

1.0 PengenalanAgama Islam telah menggalakkan perkahwinan dengan meletakkan satu sistem dan peraturan yang kuat dan utuh bagi memelihara kesejahteraan masyarakat, kebahagiaan keluarga, memelihara akhlak dan mengekalkan generasi umat manusia di alam ini. Oleh itu agama Islam telah menentukan garis panduan dan peraturan yang lengkap dalam memilih bakal suami atau isteri untuk di jadikan pasangan hidup masing-masing.Perkahwinan adalah suatu perkara yang amat indah dan diimpikan oleh setiap orang. Islam amat menggalakkan umatnya bernikah atau disebut sebagai berkahwin. Pernikahan atau perkahwinan ini amat dituntut oleh Islam, ianya dilambangkan sebagai sebahagian tuntutan yang perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan hidup bagi individu, keluarga , mahupun masyarakat. Dalam Al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang pernikahan.Begitu juga dengan hadis Rasulullah SAW. Baginda sering menasihatkan pemuda-pemuda supaya menyegerakan perkahwinan. Ini kerana perkahwinan itu membawa berbagai-bagai hikmah dan kebaikan. Antara hikmah perkahwinan adalah sebagai tempat untuk melepaskan syahwat di tempat yang halal. Manusia yang tidak dapat mengendalikan nafsu syahwatnya akan sangat mudah terjebak pada ajakan syahwat terlarang. Pintu perkahwinan (pernikahan) adalah cara yang tepat dalam mewadahi aspirasi naluri normal seorang manusia.Selain itu pernikahan juga dituntut bagi menjamin akhlak terpuji, memotivasikan semangat beribadah, membangunkan rumahtangga islamik, dan untuk mendapatkan zuriat penyambung keturunan. Islam melihat perkahwinan ini sebagai suatu perkara yang penting dan perlu disegerakan.

2.0 Konsep Perkahwinan Dalam Islam

Perkahwinan merupakan satu kontrak yang menghalalkan perhubungan dan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bergelar suami dan isteri. Pertunangan seorang lelaki dengan seorang perempuan juga akan berakhir dengan berlakunya akad perkahwinan dan kedua-dua pihak mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing dalam sebuah rumahtangga dan keluarga.Selain itu juga perkahwinan merupakan salah satu naluri manusia, kerana dengan adanya perkahwinan, tumbuh rasa saling memberi, memiliki dan saling membantu, sehingga wujud keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah merupakan suatu model keluarga yang diimpikan oleh setiap individu. Perkahwinan juga merupakan kehidupan bersama dalam suatu ikatan yang diatur dalam peraturan perundangan dengan tujuan untuk membentuk keluarga yang bahagia, seperti yang termaktub dalam Fasal 1 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1974.

2.1 Takrif perkahwinan dan pensyariatan

Perkataan nikah atau kahwin dari segi syarak bermaksud satu akad atau perjanjian yang menghalalkan hubungan kelamin di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan mengikut cara dan syarat tertentu dalam bentuk yang kekal. Perkataan nikah dipakai bagi dua maksud iaitu dengan maksud akad dan kedua dengan maksud persetubuhan atau al-watu. Secara amnya al-Quran menggunakan perkataan al-nikah dengan maksud akad dan bukan maksud persetubuhan. Umpamanya firman Allah : Surah al-Ahzab 33: 49, Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah Yang kamu boleh hitungkan masanya. oleh itu, berilah "Mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka Dengan cara Yang sebaik-baiknya. Perkahwinan dalam Islam disyariatkan berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menggalakkan umat manusia supaya berkahwin. Antaranya : Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. ( Surah Annisa : 3 )

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui. ( Surah An-Nuur: ayat 32 ).

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan adalah menyusun dan menyatukan pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya dapat mewujudkan suasana mahabbah dan kasih sayang dalam kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi dan betul di dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan, pastinya kepincangan akan berlaku. Oleh kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu akan menghadapi krisis dan pergolakkan dalam rumahtangga.

2.2 Konsep Perkahwinan Menurut Islam

1. Iman Dan TaqwaIman dan taqwa adalah dua komponen utama yang sangat penting untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ia menentukan hala tuju dalam kehidupan istitusi keluarga kita. Islam menekankan soal akidah sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran tentang kisah Luqman. (al-Luqman31:13)

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar "

2. Al-mawaddah wa al-RahmahSuami isteri hendaklah berkasih saying dan saling hormat-menghormati bagi memastikan kebahagiaan rumahtangga.

3. Husn al-muasyarahPergaulan yang baik di antara suami isteri juga merupakan asas penting kepada pembentukan keluarga dalam Islam. Antara perkara yang termasuk dalam pergaulan yang baik ini ialah cinta-mencintai, kasih mengasihi, berbudi bahasa dan bersopan santun. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam firmannya : Dan bergaullah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa Yang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu) . ( Surah Annisa : 19 )

Sesungguhnya tiada yang lebih berharga bagi seseorang isteri melainkan mendapat layanan yang baik daripada suami. Hal ini dijelaskan oleh hadith Rasulullah S.A.W.

Ertinya: Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan mukmin yang paling lemah lembut terhadap isterinya.)Hadith Riwayat Tirmidhi)

4. Hubungan suami isteri mesti dalam batas likungan syarak, tidak menjatuhkan nama baik Islam atau perkara-perkara yang diharamkan Allah. Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

Ertinya: Tidak seorang pun yang patuh menurut kehendak kehendak perempuan melainkan Allah campakkan beliau ke dalam neraka.

Sabda Rasulullah lagi :

Ertinya: Seseorang itu tidak akan menemui Allah dengan dosa yang lebih besar dari dosa kejahilan isterinya.

5. Tanggungjawab bersama mendidik anakHakikatnya, kejayaan sesebuah perkahwinan, kejayaan memilih isteri (wanita) solehah dan kejayaan mencanai suami isteri dalam acuan Islam merupakan usaha-usaha yang banyak membantu mendidik anak-anak dengan tarbiah Islamiah yang diharapkan. Kegagalan dalam membina perkahwinan menurut cara Islam dan tersalah memilih wanita sebagai isteri adalah penyebab keruntuhan dan menjadi ancaman berlakunya keburukan yang menguasai keluarga keseluruhannya. Sebarang pergolakan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri secara langsung akan mempengaruhi pendidikan dan emosi anak-anak seterusnya akan menimbulkan sifat-sifat yang luar biasa dikalangan anak-anak. Hasil yang diharapkan dari terbinanya sebuah rumahtangga ialah untuk mewujudkan satu generasi yang soleh sebagaiman yang dinyatakan dalam firman Allah:al-Furqan 25:74 Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa .

2.3 Hikmah Perkahwinan

Diantara hikmah pensyariatan perkahwinan diantaranya ialah sebagai memenuhi fitrah kejadian manusia yang memerlukan kepada satu sama lain terutamanya antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Naluri seks adalah naluri yang paling kuat dan keras yang selamanya menuntut adanya jalan keluar. Dan kawin adalah jalan alami dan biologis yang paling baik dan sesuai untuk menyalurkan dan memuaskan naluriah seks ini.Dari abu Hurairah : pernah Nabi saw bersabda: " Sesungguhnya perempuan itu menghadap dengan rupa setan dan membelakangi dengan rupa setan pula. Jika seseorang diantaramu tertarik kepada seorang perempuan, hendaklan ia datangi istrinya, agar nafsunya bisa tersalurkan. " (HR. Muslim , Abu Daud dan Turmudzi ).Selain itu, hikmah perkahwinan ialah dapat mengembangkan masyarakat Islam dengan keturunan dan zuriat yang baik-baik atau melahirkan zuriat. Ia juga dapat mewujudkan ketenangan dan keteguhan jiwa seseorang melalui perkahwinan Hikmah perkahwinan juga dapat menjaga akhlak seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan seperti perbuatan zina dan seumpamanya dan dapat menjaga manusia dengan cara paling selamat melalui perkahwinan dan menghindarkan manusia daripada keburukan dan kemusnahan. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berdua-duaan), sebab syaitan menemaninya. Janganlah salah seorang di antara kita berkhalwat, kecuali wanita itu disertai mahramnya."(HR : Bukhari & Muslim dari Abdullah Ibnu Abbas r.a.).Selain daripada itu, hikmah perkahwinan dapat memperluaskan hubungan kekeluargaan di antara keluarga suami dan keluarga isteri dan melahirkan semangat tolong menolong di antara ahli-ahli keluarga. Sebagaiaman sabda Rasulullah : " kawinlah dengan perempuan pecinta lagi bisa banyak anak, agar nanti aku dapat membanggakan jumlahnya yang banyak di hadapan para nabi pada hari kiamat nanti. "2.4 Petua Membahagiakan Rumah TanggaMengekalkan rumah tangga tidak semudah mendirikannya. Saban tahun ribuan pasangan yang mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Lantaran ketiadaan persefahaman lagi dalam melayari bahtera perkahwinan. Kenapa ini harus terjadi ? Lumrahnya sebuah perkahwinan tidak lekang daripada diuji dengan pelbagai ujan. kadang-kadang ujian yang tidak dapat diatasi akan mengakibatkan keretakan rumah tangga.Untuk itu seorang isteri perlu mengambil pendekatan terbaik untuk memastikan cinta suami sentiasa mekar untuk diri mereka. Agar cinta yang kian hambar di antara mereka bersemi kembali.Maka dengan itu cara-cara untuk membahagiakan rumahtangga ialah dengan mengucapkan ungkapan cinta iaitu tunjukkanlah cinta anda secara lisan atau kata-kata yang manis. Selalulah katakan kepada pasangan anda kata-kata cinta dan sayang. Apabila kita mengucapkan kata-kata yang menunjukkan perhatian dan cinta, bererti memelihara dan menguatkan rasa cinta. Di samping itu, pujilah pasangan kerana dengan pujian akan dapat menambah rasa cinta di dalam hati.Menunjukkan sikap saling mencintai merupakan cara yang dapat membahagiakan rumahtangga iaitu tunjukkanlah tingkah laku yang membuktikan rasa cinta. Selalulah bergandingan tangan, membelai dan berpelukan. Bermesra dan bergurau sendalah antara suami isteri. Penting juga bagi suami isteri bersentuh-sentuhan dengan lembut pada tangan pasangannya bagi membuktikan kasih sayang.Disamping itu cara untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga ialah saling memberikan penghargaan iaitu berbicaralah tentang perkara-perkara yang disukai, nikmati dan hargai. Berikanlah pujian dan penghargaan apabila pasangan telah melakukan sesuatu yang menyenangkan hati.Berusaha membahagi masa dan rasa dan jika suami atau isteri berada dalam sesuatu situasi, cubalah membahagikan rasa mengikut rasa pasangannya. Jika suami sedang gembira, maka tunjukkan rasa gembira, jika sedang berduka, tunjukan rasa simpati dan sebagainya. Bahagikan masa bercuti hanya berdua sahaja seperti anda berbulan madu dahulu. Ini penting kerana akan merapatkan lagi hubungan suami isteri seperti baru berkahwin.Selain dari itu, setiap pasangan perlu saling memberikan motivasi secara emosional Hiburkanlah pasangan dan korbankanlah apa saja untuk pasangan. Hargailah maruah pasangan dan perhatikan perasaan dan berikan semangat dan dorongan kepadanya.Memberikan hadiah akan mempereratkan kasih sayang dan terasa dihargai. Walaupun hadiah itu tidak mahal, tetapi jika diberi akan menggembirakan hati pasangan hidup kita. Walaupun perkara ini dianggap kecil bagi sesetengah orang tetapi jika selalu diberi perhatian akan meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati pasangan kita. Tidak semestinya hadiah diberikan pada hari-hari tertentu seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan tetapi berilah jika ada kemampuan pada hari-hari biasa.Selain itu, menerima kelemahan pasangan kita kerana tidak ada orang yang sempurna. Berbincanglah dengan baik dengan tidak menyakiti perasaan hati pasangan dan bersikap terbukalah dalam menerima hakikat diri masing-masing.Kadangkala di antara kita tidak ikhlas dalam memberikan sesuatu. Oleh itu, hendaklah memiliki sifat ikhlas dan hilangkan kecurigaan antara satu sama lain. Berusahalah untuk memberi yang terbaik untuk pasangan anda. Bagi isteri berusahalah untuk melayan suami dengan baik, dan bagi suami pula berusahalah untuk menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab.Di samping mengusahakan dari sudut zahir untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Kita harus tidak melupakan usaha kita dari sudut rohani seperti sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. agar rumah tangga kita sentiasa bahagia. Amalkan juga ibadat-ibadat yang lain seperti berzikir, membaca al-Quran, solat malam, solat hajat, solat berjemaah bersama, puasa sunat dan sebagainya juga merupakan antara amalan penting untuk melahirkan rumah tangga yang bahagia. Apa bila kita mengutamakan keredhaan Allah s.w.t sudah semestinya Allah s.w.t akan memberikan kita keredhaan, kebahagiaan, keselesaan dan kesejahteraan yang tidak ternilai daripada-Nya.

RUJUKAN

1) http://taman-insan-bertaubat.blogspot.com/2012/02/pernikahan-dalil-dari-al-quran-al-hadis.html2) http://kitabonline-munakahat.blogspot.com/2012/06/memahami-konsep-perkahwinan-dan.html3) http://ppismp205.blogspot.com/2012/03/konsep-perkahwinan-dalam-islam.html4) http://risha4ever-shida.blogspot.com/2010/12/petua-membahagiakan-rumah-tangga-yang.html5) http://www.penerbit.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=67:jurnal-islam-dan-masyarakat-kontemporari-keluaran-khas&catid=40&Itemid=1426) http://cikhafizahnurani.blogspot.com/2013/05/ulasan-jurnal-amalan-kaunseling.html