Assignment520 -

4
UNITED STATES SPORTS ACADEMY “America’s Sports University” One Academy Drive Daphne, AL 36526 251.626.3303 www.ussa.edu MOHD AGOS BIN HAJI MAHAT 700831106859 IDPESC 2014 – E4 ASSIGNMENT 3 CED 520 Sports First Aid Setiap sekolah akan menyediakan sesuatu fasiliti bagi kemudahan guru dan pelajar bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini bergantung kepada budget kewangan sesebuah sekolah bagi menyediakan apa jenis fasiliti yang dimahukan tersebut. Bagaimanapun, tujuan fasiliti tersebut ialah untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan sesebuah rancangan pengajaran yang dirancang. Menyebut soal fasiliti, kebiasaannya pihak sekolah terlepas pandang sesuatu yang sangat penting terutamanya mengenai kaedah penggunaan, bagaimana ianya digunakan serta ianya lebih menjurus kepada aspek keselamatan pelajar itu sendiri. Oleh kerana sekolah saya berada jauh di pedalaman ladang Negeri Pahang, fasiliti yang ada adalah hasil dari usaha guru-guru dan perkerja sekolah sendiri. Ini lebih menjimat kewangan sekolah. Oleh kerana bidang pengetahuan yang terbatas, maka fasiliti yang disediakan hanya cukup memadai sekadar boleh digunakan.

description

CED 520 Sports First Aid (1)

Transcript of Assignment520 -

Page 1: Assignment520 -

UNITED STATES SPORTS ACADEMY “America’s Sports University”

One Academy Drive Daphne, AL 36526

251.626.3303 www.ussa.edu

MOHD AGOS BIN HAJI MAHAT700831106859

IDPESC 2014 – E4

ASSIGNMENT 3CED 520 Sports First Aid

Setiap sekolah akan menyediakan sesuatu fasiliti bagi kemudahan guru dan pelajar bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini bergantung kepada budget kewangan sesebuah sekolah bagi menyediakan apa jenis fasiliti yang dimahukan tersebut. Bagaimanapun, tujuan fasiliti tersebut ialah untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan sesebuah rancangan pengajaran yang dirancang.

Menyebut soal fasiliti, kebiasaannya pihak sekolah terlepas pandang sesuatu yang sangat penting terutamanya mengenai kaedah penggunaan, bagaimana ianya digunakan serta ianya lebih menjurus kepada aspek keselamatan pelajar itu sendiri.

Oleh kerana sekolah saya berada jauh di pedalaman ladang Negeri Pahang, fasiliti yang ada adalah hasil dari usaha guru-guru dan perkerja sekolah sendiri. Ini lebih menjimat kewangan sekolah. Oleh kerana bidang pengetahuan yang terbatas, maka fasiliti yang disediakan hanya cukup memadai sekadar boleh digunakan.

Fasiliti bagi acara Lompat Jauh yang ada di sekolah saya contohnya, di bina sendiri oleh pekerja (Tukang Kebun) sekolah dimana ia mengorek tanah mengikut ukuran yang difikirkan sesuai. Tapi ianya tidak mengikut spesifikasi ukuran yang selamat. Tanah yang dikorek diisi dengan pasir halus (yang selalu digunakan untuk membina rumah). Ianya juga di bina dengan ukuran panjang yang tidak mencukupi.

Page 2: Assignment520 -

Hasil dari ini, keberkesanan penggunaannya tidak mencapai 100% Berjaya kerana pasir yang ada akan mula mengeras setelah menjangkau usia 1 tahun. Pasir tersebut juga tidak disaring sehingga terdapat ketul-ketul batu yang boleh membahayakan keselamatan pelajar. Papan lonjak nya juga diperbuat dari papan biasa. Kebiasaannya murid kampong tidak suka bersukan menggunakan kasut. Ianya bahaya kerana serpihan papan mungkin melukakan tapak kaki pelajar.

Oleh yang demikian, bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan penggunaanya, pihak saya bersama guru-guru dan pekerja sekolah, kami telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan keselamatan pelajar terutamanya bila tiba musim sukan (mahupun penggunaan harian untuk aktiviti Pendidikan Jasmani).

1. Menggemburkan pasir setiap kali ingin digunakan.2. Menyaring semula pasir-pasir tersebut semula dan membuang batu-batu kecil yang boleh

membahayakan pelajar.3. Melebarkan kawasan atau lapangan berpasir.4. Menambah pasir halus yang baharu.5. Menukar papan lonjak dengan papan yang baharu yang telah diketam dilicinkan)

permukaannya.6. Menampal kenyataan (papan tanda) cara penggunaan lapang sasar Lompat Jauh dengan betul

bagi panduan guru-guru dan pelajar. Contohnya, mesti memakai kasut.

Apapun juga fasiliti yang disediakan di sekolah, factor penggunaan yang berkesan serta cirri-ciri keselamatan adalah yang terpenting selain dari ilmu pengetahuan bagaimana langkah-langkah keselamatan itu perlu dikekalkan.

Page 3: Assignment520 -

UNITED STATES SPORTS ACADEMY “America’s Sports University”

One Academy Drive Daphne, AL 36526

251.626.3303 www.ussa.edu

MOHD AGOS BIN HAJI MAHAT700831106859

IDPESC 2014 – E4

ASSIGNMENT 4CED 520 Sports First Aid

Hasil dari penilaian terhadap fasiliti yang disebutkan dalam tugasn 3 tadi, beberapa langkah keselamatan yang lain juga turut diambil. Satu polisi keselamatan telah diuruskan oleh pihak sekolah di bawah tanggungjawab bahagian Hal Ehwal Murid bersama bahagian Kokurikulum.

Berikut adalah beberpa langkah keselamatan yg perlu dipatuhi oleh semua guru dan kakitangan sekolah serta pelajar sendiri jika berlaku kemalangan.

Bila berlaku kemalanganpada pelajar

Laporkan kepadaG.Besar / PengetuaBhgn. Kokurikulum

Guru perlu isiborang selidik.

Hubungi Ibu Bapa untuk memaklumkan keadaan

pelajar tersebut

Hubungi Guru Bertugas Mingguan untuk

mendapatkan ubat dan rawatan luar.

Hubungi Pejabat Kesihatan jika

kemalangan serius.

Tempatkan pelajar di bilik kesihatan untuk

berehat.

Dibawa ke klinik atau hospital untuk rawatan

lanjut.