Assigntmen Titas

6
Tamadun dari segi semantik mempunyai pelbagai makna atau definisi yang merujuk kepada peradaban dunia. Perkataan tamadun ini dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab. Menurut Kamus Dewan, peradaban merujuk kepada, keadaan serta tongkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat serta keadaan di mana masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan (material) serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) dan keadaan pemikiran (budaya dan moral yang halus) dalam sesebuah masyarakat 1 . Pengertian sesebuah tamadun ini dapat dibahagikan kepada dua pandangan iaitu dari segi pandangan ahli sarjana Islam dan ahli sarjana Barat. Kedua-dua pandangan sarjana ini amat penting dalam mentakrifkan definisi tamadun tersebut. Selain itu, pengertian tamadun berdasarkan etimologi dapat dikemukan secara tidak langsung dalam menekan dua aspek yang penting dalam memberi takrif tamadun yang lengkap.Pengtakrifan tamadun yang lengkap mestilah mempunyai dua elemen yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan kemajuan perbandaran atau penempatan. Dalam pada itu, perkataan tamadun juga dapat dirujuk melalui perkataan Inggeris seperti civilization yang lahir daripada perkataan Latin iaitu civitas, civilis, dan civilitas. Seterusnya,I stilah-istilah ini merujuk kepada undang-undang untuk warganegara Rom, undang-undang persendirian (private) dan undang-undang awam (civil law) ditentukan oleh undang- undang warga Negara (fellow citizen) dan rakan sekampung (countryman) 1 Kamus Dewan (Edisi Keempat), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.

description

tamadun islam

Transcript of Assigntmen Titas

Page 1: Assigntmen Titas

Tamadun dari segi semantik mempunyai pelbagai makna atau definisi yang

merujuk kepada peradaban dunia. Perkataan tamadun ini dari sudut etimologi

berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab. Menurut Kamus Dewan,

peradaban merujuk kepada, keadaan serta tongkat kemajuan pada kehidupan

jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat serta keadaan di mana

masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan

kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain)

negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan

(material) serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain)

budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) dan

keadaan pemikiran (budaya dan moral yang halus) dalam sesebuah masyarakat1.

Pengertian sesebuah tamadun ini dapat dibahagikan kepada dua pandangan iaitu

dari segi pandangan ahli sarjana Islam dan ahli sarjana Barat. Kedua-dua

pandangan sarjana ini amat penting dalam mentakrifkan definisi tamadun tersebut.

Selain itu, pengertian tamadun berdasarkan etimologi dapat dikemukan secara

tidak langsung dalam menekan dua aspek yang penting dalam memberi takrif

tamadun yang lengkap.Pengtakrifan tamadun yang lengkap mestilah mempunyai

dua elemen yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan

kemajuan perbandaran atau penempatan.

Dalam pada itu, perkataan tamadun juga dapat dirujuk melalui perkataan Inggeris

seperti civilization yang lahir daripada perkataan Latin iaitu civitas, civilis, dan

civilitas. Seterusnya,I stilah-istilah ini merujuk kepada undang-undang untuk

warganegara Rom, undang-undang persendirian (private) dan undang-undang

awam (civil law) ditentukan oleh undang-undang warga Negara (fellow citizen) dan

rakan sekampung (countryman) yang mempunyai ikatan kerana dikaitkan dengan

Negara bangsa (state) warganegara universal (whole world) atau cosmopolitan dan

sesebuah komuniti yang mempunyai organisasi tersusun2 manakala perkataan

tamadun melalui perkataan Arab pula dirujuk seperti maddana dan menggunakan

perkataan bahasa Arab lain seperti hadarah (perbuatan penduduk di bandar dan

1 Kamus Dewan (Edisi Keempat), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.2 Oxford Latin Dictionary. New York : Oxford University Press. 1983.

Page 2: Assigntmen Titas

perilaku kehidupan yang tinggi). Sementara itu, dalam bahasa Greek tamadun

disebut sebagai keimelion yang bermaksud khazanah atau harta yang disimpan.

Sementara itu, terdapat sarjana-sarjana Islam dan sarjana-sarjana Barat yang turut

mendefinisikan tamadun mengikut perspektif mereka yang tersendiri. Antara tokoh

sarjana Islam yang terkenal dalam mentakrif atau mendefinisikan tamadun ialah

Ibnu Khaldun, Jurji Zaidan, Jurji Zaidan dan Syed Muhammad Naquib al-Attas

manakala tokoh sarjana Barat pula terdiri daripada Arnold Toyn, A.S. Hornby dan

E.C. Parnwell serta E.B. Taylor . Tokoh-tokoh ini merupakan perintis kepada sarjana-

sarjana selepas mereka dalam mengkaji idea pemikiran berkaitan tamadun.

KONSEP TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam didirikan bersumberkan kepada sumber wahyu iaitu al-Quran dan

al-Sunnah dan ianya didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri

mereka sebagai Muslim. Hal ini demikian bermakna tamadun Islam tidak didirikan

atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan

semata mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab,

Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling lengkap

melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur

penyatuan iaitu konsep tauhid yang menyakini serta mengesakan Allah s.w.t atau

dalam kata lain menyembah Allah s.w.t. dengan beribadat kepadaNya.Selain itu,

menyakini melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Tamadun Islam tidak pernah mengetepikan hak-hak bangsa atau agama lain

sebaliknya tetap mengambil kira akan hak-hak mereka selagi mereka tidak

menimbulkan ancaman atau bahaya yang boleh menjejaskan kesucian tamadun

Islam dan agama Islam itu sendiri. Jadi jelaslah di sini, bahawa tamadun Islam boleh

menjamin akan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan semua ummat yang

bernaung di bawahnya kerana Islam merupakan agama yang syumul tanpa

menindas dan mengancam golongan yang selain Islam. Tamadun Islam berbeza

daripada tamadun-tamadun lain di dunia ini kerana ianya merupakan tamadun yang

mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan sedangkan tamadun-

tamadun lain selain daripada tamadun Islam hanya lebih bersifat kebudayaan yang

mana ianya mempunyai jangka hayat yang pendek serta sentiasa mengalami

perubahan dan pembaharuan kerana biasanya dimonopoli oleh golongan-golongan

Page 3: Assigntmen Titas

tertentu yang cuba menampilkan kebudayaan mereka sendiri yang akhirnya akan

ditolak oleh golongan lain atau generasi yang berikutnya3.

TAMADUN ISLAM

Di dalam tamadun Islam terdapat beberapa istilah dalam bahasa Arab digunakan

yang membawa maksud yang sama. Antaranya ‘umran, hadarah dan maddana.

Tokoh sarjana Islam seperti Ibnu Khaldun adalah antara sarjana Islam yang

pertama membahaskan konsep ketamadunan di dalam buku karya beliau yang

terkenal iaitu Muqaddimah. Beliau menggunakan istilah ‘hadarah’ yang merujuk

kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Beliau juga

menggunakan istilah ‘umran’ yang bermaksud pembangunan 4.Selain itu, dalam

kamus Mu’jam al-Wasit, perkataan ‘madaniyah’ adalah mempunyai maksud yang

sama dengan hadarah dan ‘umran iaitu suatu kemajuan dan kemakmuran hidup

yang dicapai oleh penduduk bandar. Jurji Zaidan, penulis Arab beragama Kristian

telah mempopularkan istilah ‘tamaddun’ yang turut diguna pakai dalam bahasa

Melayu. Muhammad ‘Abduh dan Muhammad Farid Wajdi pada tahun 1967 dengan

memperkenalkan istilah ‘al-madaniyyah’ yang membawa pengertian pembinaan

kota dan tempat tinggal menetap.

Dalam bahasa Melayu, istilah ‘tamadun’ paling popular digunakan dalam

masyarakat Melayu untuk menceritakan mengenai kebudayaan, kemajuan,

pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa.

Perkataan ‘tamadun’ berakar kata daripada perkataan Arab iaitu madana, madinah,

madaniyyah yang bermaksud masyarakat bandar yang terbina melalui proses

urbanisasi manakala menurut Kamus Dewan pada tahun 1993 pula mendefinisikan

tamadun sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan

pada taraf kemajuan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya dan politik)

yang tinggi atau peradaban serta budaya atau cara hidup manusia (negara,

kawasan dan sesuatu zaman) tertentu dan keadaan pemikiran (budaya dan moral)

yang halus. Abu Bakar Hamzah pada tahun 1972 menjelaskan tamadun lahir secara

3 Che Haslinda Abdullah, 2013. PEMBINAAN TAMADUN ISLAM SESEIMBANG MELALUI PSIKOLOGI ISLAM. Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 199-213.4 Ibn Khaldun, Abd.Rahman Ibn Khaldun. 1960. Muqaddimah Ibnu Khaldun, Dar al- Kutub al-Arabiyah, Qahirah, hlm. 17

Page 4: Assigntmen Titas

serentak, seiring dan sejajar dengan perkembangan kehidupan manusia dari

semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan. Selain dari perkataan

tamadun, ada juga dalam kalangan para sarjana Islam Malaysia menggunakan

perkataan peradaban bagi menggambarkan istilah tamadun. Hal ini dapat dilihat

daripada perbincangan yang dibuat oleh Muhammad Uthman El-Muhammady pada

tahun 1976 dan juga Ismail Hamid pada tahun 1983 yang berpendapat bahawa

peradaban ialah pencapaian manusia dalam kedua-dua bidang iaitu kerohanian dan

kebendaan. Tamadun dalam bahasa Melayu dapat disimpulkan sebagai pencapaian

insan dalam segenap aspek kehidupan sama ada dari aspek pemikiran, kerohanian

atau kebendaan oleh Mustafa Hj.Daud pada tahun 19985.

TAMADUN BARAT

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pandangan atau pendapat yang tersendiri

untuk memberi gambaran mengenai tahap kegemilangan peradaban dan tahap

kemajuan hidup yang dicapai oleh tamadun mereka. Bagi menjelaskan penyataan

ini,terdapat beberapa tokoh sarjana Barat yang terkenal telah memberikan

pandangan atau pendapat mereka yang tersendiri dalam berbicara mengenai

tamadun Barat.

Perkataan “civilization” mula diperkenalkan di Perancis pada abad ke-18 Masihi.

Perkataan ini dibentuk daripada perkataan “civilized” dan “to civilize” yang

digunakan pada awal abad ke-16 Masihi. Pada tahun 1732, istilah “civilization”

hanya diguna pakai bagi merujuk kepada proses perundangan yang mengubah

perbicaraan jenayah kepada perbicaraan sivil. Pada tahun 1772, istilah “civilization”

telah digunakan di England bagi menerangkan perkembangan sesebuah

masyarakat yang mencapai suatu tahap dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.

Penggunaan istilah ini telah meluas ke seluruh Eropah. Justeru, jelas didapati

bahawa konsep tamadun lahir di Eropah pada abad ke-19 Masihi. Perkataan

“Civilization” diambil daripada bahasa Latin iaitu “city” atau “civitas”.

Terdapat beberapa orang sarjana Barat telah mengemukakan pandangan atau

pendapat yang membicarakan mengenai istilah tamadun. Antara sarjana Barat

yang terkenal yang telah mengemukakan pandangan atau pendapat iaitu Arnold

Toynbee yang menjelaskan bahawa tamadun ialah sejenis kebudayaan yang

5 Che Haslinda Abdullah, 2013. PEMBINAAN TAMADUN ISLAM SESEIMBANG MELALUI PSIKOLOGI ISLAM. Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 199-213.

Page 5: Assigntmen Titas

berkembang di kota.Selain itu, menurut beliau lagi tamadun ialah satu gaya

kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan,

agama dan moral. Seterusnya, A.S. Hornby dan E.C. Parnwell dalam buku karya

mereka yang berjudul ‘The Progressive English Dictionary’ menyatakan bahawa

tamadun bermaksud peningkatan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran

kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya. Ahli

antropologi Barat yang terkemuka iaitu E.B. Taylor pula menyamakan istilah

tamadun dengan budaya sebagai suatu yang merangkumi aspek keilmuan

kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan

yang dihasilkan oleh sesebuah masyarakat6.

6 Che Haslinda Abdullah, 2013. PEMBINAAN TAMADUN ISLAM SESEIMBANG MELALUI PSIKOLOGI ISLAM. Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 199-213.