Assing PBL

25
AKTIVITI BERMAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN Oleh Puan Aggria Sekolah Kebangsaan Lubok Pelaie, Sungai Pasai, Sibu A. REFLEKSI Daripada apa yang telah dibaca mengenai artikel yang diberikan, secara keseluruhannya, artikel ini banyak menceritakan bagaimana kaedah mengajar melalui cara bermain dapat diaplikasikan sepanjang P&P dijalankan dalam membantu proses pembelajaran menjadi lebih efektif. Sebagai seorang guru, saya perlu berperanan sebagai pengamal reflektif bagi membuat pengubahsuaian kaedah agar bersesuaian dengan keadaan murid. Saya telah belajar cara untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran murid-murid dengan lebih kreatif lagi. Artikel bermain sambil belajar dirasakan satu cabang cara dalam usaha membantu meningkatkan minat, penglibatan dan pencapaian murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran apa sekalipun. Melalui artikel ini, saya belajar untuk menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan. Selain itu, saya akan cuba menerapkan unsur permainan dalam sesi pengajaran terutamanya dalam langkah aplikasi bagi ‘Model 5 Fasa Needham’. Disamping itu, saya perlu merancang permainan yang bersesuaian dengan peruntukan masa.

description

assingment

Transcript of Assing PBL

Page 1: Assing PBL

AKTIVITI BERMAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

KESIHATAN

Oleh

Puan Aggria

Sekolah Kebangsaan Lubok Pelaie, Sungai Pasai, Sibu

A. REFLEKSI

Daripada apa yang telah dibaca mengenai artikel yang diberikan, secara keseluruhannya,

artikel ini banyak menceritakan bagaimana kaedah mengajar melalui cara bermain dapat

diaplikasikan sepanjang P&P dijalankan dalam membantu proses pembelajaran menjadi lebih

efektif. Sebagai seorang guru, saya perlu berperanan sebagai pengamal reflektif bagi

membuat pengubahsuaian kaedah agar bersesuaian dengan keadaan murid. Saya telah belajar

cara untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran murid-murid dengan lebih kreatif

lagi.

Artikel bermain sambil belajar dirasakan satu cabang cara dalam usaha membantu

meningkatkan minat, penglibatan dan pencapaian murid dalam proses pembelajaran mata

pelajaran apa sekalipun. Melalui artikel ini, saya belajar untuk menguasai kemahiran

komunikasi yang berkesan. Selain itu, saya akan cuba menerapkan unsur permainan dalam

sesi pengajaran terutamanya dalam langkah aplikasi bagi ‘Model 5 Fasa Needham’.

Disamping itu, saya perlu merancang permainan yang bersesuaian dengan peruntukan masa.

Page 2: Assing PBL

Sebagai cadangan penambahbaikan, mungkin saya boleh merancang aktiviti permainan di

luar bilik darjah agar murid membuat penerokaan terhadap alam sekitar dan membekalkan

ruang yang mencukupi untuk bergerak demi keselamatan. Saya boleh menerapkan sorakan

kumpulan dalam permainan bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan ahli kumpulan,

sekaligus meningkatkan penglibatan murid. Saya ingin melanjutkan kajian bagi mengkaji

kesan penggunaan kaedah bermain sambil belajar ke atas kawalan tingkah laku murid.

Pengubahsuaian kaedah dilakukan mengikut tahap dan kesesuaian murid.

B. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

1.0 Pengenalan

Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui

pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan. Pembelajaran secara tradisional

seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar adalah pembelajaran yang pasif. Mereka

menghabiskan kebanyakan masa persekolahannya dalam suasana pembelajaran yang pasif

dengan menghafal semua maklumat yang disampaikan oleh guru secara syarahan tanpa ada

penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati

fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru

(Elizabeth et al., 2002).

Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu pengajaran di pusat-pusat

persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga

merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Sekaligus ianya boleh

dianggap sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti pengajaran dapat digunakan

dengan lebih berkesan, guru-guru juga perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam

pengajaran:

Page 3: Assing PBL

Salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan Pembelajaran

Berasaskan Masalah atau dikenali sebagai ”Problem Based Learning” dan singkatan yang

sering digunakan adalah PBL. PBL lebih sinonim penggunaannya memandangkan para

akademik telah maklum ia merujuk pada Pembelajaran Berasaskan Masalah atau ”Problem

Based Learning”. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan

pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan

diberikan oleh guru kepada pelajar.

Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu

agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan

dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada. Pembelajaran berasaskan masalah adalah

disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan

pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. Pembelajaran

berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah

sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan peggunaan akal dan fikiran yang

kritikal dan sepenuhnya, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi

keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan

dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam

menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

Rajah 1 : Proses pembelajaran PBL

Page 4: Assing PBL

2.0 Bermain

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan

kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga

kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan

bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main

merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan

sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja

kanak-kanak.

Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain

adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid

belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Permainan

merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang

optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting

menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang

memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah

hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan

sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-

kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.

Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi

kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan

tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya

komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak.

Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main

Page 5: Assing PBL

menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing

(Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang

kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang

berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman

negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut.

Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan

sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat

memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.

Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat

membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).

Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka

sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala

peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak

melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian

dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).

Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan

kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan

lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-

kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-

kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan

kegembiraan dan keseronokan.

Sebenarnya permainan ini telah wujud sejak zaman purba. Kajian-kajian yang dibuat di

negara barat telah menunjukkan bahawa bahan permainan dalam bilik darjah boleh

meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sambil meningkatkan pencapaian mereka

dalam mata pelajaran lain. Dengan kata lain, semasa mereka bermain, konsep-konsep

pembelajaran dapat diserapkan tanpa mereka sedari dalam suasana yang gembira dan tanpa

tekanan. Dengan belajar melalui bermain murid-murid tidak akan cepat bosan mempelajari

sesuatu malah dapat meningkatkan lagi minat belajar.

Page 6: Assing PBL

3.0 Aplikasi aktiviti bermain dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, ada sesetengah tajuk boleh digunapakai untuk

mengisi masa lapang murid-murid berdasarkan kepada kurikulum. Dalam konteks pendidikan

di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang

bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti:

i.main yang terancang

ii. main yang berstruktur

iii. main yang fleksibel

iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif

Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan

perkara penting dalam merealisasikan objektif pengajaran tercapai dalam Pendidikan

Kesihatan, disamping membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna

tanpa perancangan yang teratur.

Terdapat banyak lagi kepentingan main. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai

alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang

penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan

pembelajaran optima kepada kanak-kanak

4.0 Contoh Rancangan Pengajaran Harian mengaplikasikan aktiviti bermain.

Berikut adalah salah satu rancangan pengajaran harian yang telah digunakan semasa

pengajaran dengan mengaplikasikan cara bermain.Semasa proses P&P, murid akan

diperlihatkan dengan tayangan video berkaitan dengan kesan negatif penyalahgunaan bahan,

seperti rokok, alkohol dan dadah. Kemudian, murid akan ditunjukkan 3 jenis gambar

penyalahgunaan bahan, cikgu bertanya soalan berdasarkan video. Seterusnya, murid

dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid membuat lembaran kerja di dalam

kumpulan. Setiap kumpulan membincangkan jawapan dalam lembaran kerja. Murid akan

bermain kotak beracun di mana kumpulan yang kena akan menghantar seorang wakil untuk

memadankan jawapan dalam slaid.

Contoh rancangan mengajar adalah seperti berikut,

Page 7: Assing PBL

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan Kelas : Tahun 2

Hari / Tarikh : Khamis

Masa : 1 jam

Tema : Modul 1 (Kesihatan Fizikal)

Tajuk : Penyalahgunaan Bahan

SK : 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran

menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga, dan masyarakat.

SP : 1.4.1Mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok, dadah dan alkohol.

1.4.2 Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil dadah dan alkohol terhadap

kesihatan diri serta orang lain.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

1. Menyatakan secara lisan dengan betul tentang sesuatu perkara yang boleh mendatangkan

kesan yang buruk kepada diri sendiri.

2. Memahami dan dapat menerapkan apa yang dipelajari dalam kehidupan harian.

Media Pembelajaran

( slaid, video dan lembaran kerja)

EMK: Teknologi Maklumat dan Teknologi

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat iklan dan gambar di dalam media.

Nilai Murni : Kasih Sayang, bersyukur

INDIKATOR AMALAN AKTIVITI CATATAN

Fasa Persediaan (F1)

1. Memahami dengan cara

melihat keseluruhan video

yang ditayangkan.

Set Induksi

Murid ditunjukkan gambar berkaitan

kesan penyalahgunaan bahan terhadap

Page 8: Assing PBL

2. Pemerhatian secara

terperinci berkenaan salah

guna bahan (DADAH).

manusia.

Permainan bola beracun, siapa yang

pegang bola akan ditanya berkaitan

gambar.

Tayangan video berkaitan dengan

kesan negatif penyalahgunaan bahan –

rokok, alkohol dan dadah

Lampiran

Fasa Imaginasi (F2)

1. Mencari hubungkait,

gabung jalinan atau

maklumat yang berkaitan.

Langkah 1

Tunjukkan 3 jenis gambar

penyalahgunaan bahan.

cikgu menanyakan soalan berdasarkan

video.

Murid diminta berbincang dan cuba

mengambil bahagian di dalam sesi

soal jawab dengan cara bermain ( Pak

Ali Berkata).

Siapa yang salah buat perlu menjawab

soalan yang ditanya.

Lampiran

Fasa Perkembangan (F3)

1. Penerangan dan

pengkosian idea dan

pendapat tentang tajuk.

Langkah 2

Murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan.

lembaran kerja diagihkan kepada

setiap kumpulan.s

setiap kumpulan membincangkan

jawapan dalam lembaran kerja

Bimbingan diberikan sepanjang

tempoh pengajaran.

Lampiran

Fasa Tindakan (F4)

1. Peka dan prihatin dengan

pengajaran yang diajar.

Langkah 3

Murid berbincang di dalam kumpulan

kesan dan contoh penyalahgunaan

bahan seperti yang telah diajar.

Page 9: Assing PBL

Menamakan bahan-bahan yang

disalahgunakan.

Bersyukur kepada Tuhan kerana kita

sihat dan tidak terlibat dengan

penyalahgunaan bahan.

Setiap kumpulan menghantar seorang

wakil untuk memadankan jawapan

dalam slaid. (TMK)

Penutup

Menyanyikan lagu Hitam Putih Kehidupan

Lampiran

Lampiran

Refleksi / Impak :____________________________________________________________

Peringkat 1: Topik Pengenalan

Daripada pengalaman saya dalam bidang mengajar, didapati bahawa kebanyakan murid

berprestasi rendah dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Hal ini menyebabkan murid

kurang berminat dan berkelakuan pasif semasa P&P. Dengan itu, pelbagai strategi telah

dijalankan bagi set induksi agar dapat menarik minat murid. Hasilnya, agak

memberangsangkan kerana murid menunggu kedatangan waktu PK dan secara tidak langsung

telah meningkatkan minat dan motivasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Dalam tempoh mengajar, strategi yang sama digunakan kepada murid sebelum strategi PBL

dilaksanakan. Namun, melalui pemerhatian saya, strategi itu semakin kurang berkesan. Selain

itu, murid-murid masih kurang menguasai atau mengaplikasikan konsep Pendidikan

Kesihatan yang dipelajari setelah melalui aktiviti berkumpulan yang berbentuk “hands-on”.

Ini dapat dikesan melalui hasil lembaran kerja murid.

Ini dapat dibuktikan melalui lembaran kerja yang menunjukkan murid sukar untuk

menguasai, mengingat, dan mengaplikasikan konsep Pendidikan Kesihatan yang telah

dipelajari. Saya telah menjalankan tinjauan awal terhadap peserta kajian saya melalui teknik

pengumpulan data dan pemerhatian serta analisis dokumen. Jadual 1, dan 2 menunjukkan

analisis respon peserta terhadap item yang terdapat dalam borang soal selidik.

Page 10: Assing PBL

Respons Murid Kekerapan Peratusan

Ya 6 37.5

Tidak 10 62.5

Jadual 1 Minat Murid Untuk Mempelajari Pendidikan Kesihatan

Respons Murid Kekerapan Peratusan

Tidak faham apa yang guru ajar dalam kelas 1 10.0

Membosankan 1 10.0

Tidak suka membuat kerja/ tugasan/ latihan Sains 0 0

Keputusan PK lemah 1 10.0

Tidak suka cara guru mengajar 2 20.0

Tidak Berminat dengan mata pelajaran 5 50.0

Lain-Lain 0 0

Jadual 2 Faktor Yang Menyebabkan Murid Tidak Berminat Pendidikan Kesihatan

Analisis data Jadual 1.0 dan 2.0 menunjukkan 50 % peserta kajian tidak berminat untuk

mempelajari Pendidikan Kesihatan, di mana tidak minat kepada mata pelajaran menjadi

faktor utamanya. Selain itu, faktor guru juga banyak mempengaruhi minat murid terhadap

pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan murid lebih suka belajar mata pelajaran

Pendidikan Kesihatan yang di dalamnya ada berbentuk permainan. Oleh sebab itulah kajian

mengenai masalah ini dilakukan, ianya bertujuan :

Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran ini melalui kaedah bermain sambil

belajar.

Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran ini melalui kaedah

bermain sambil belajar.

Meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran ini melalui kaedah bermain

sambil belajar.

Peringkat 2 : Pernyataan Masalah

Kini telah banyak bukti yang menyatakan bahawa permasalahan dalam dunia yang nyata dan

aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar lebih bernilai daripada pembelajaran

tradisional yang lebih berpusatkan guru. Matlamat pembelajaran berdasarkan masalah

menyediakan pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat dengan melibatkan mereka dengan

Page 11: Assing PBL

aktiviti pembelajaran kerana pelajar bertanggungjawab untuk mendapatkan fakta dan konsep

(Newman, 2003).

Di sekolah ini masih lagi menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah pembelajaran

berdasarkan syarahan. Kaedah pembelajaran berdasarkan syarahan amat pasif, tiada

penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati

fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru. Guru

tidak berusaha untuk menggalakkan pelajar berbincang sesama mereka, malah guru lebih

tergesa-gesa memberikan maklumat demi maklumat melalui syarahan.

Secara amnya hanya sedikit sahaja penekanan tentang menganalisis maklumat secara kritis,

pembelajaran secara kendiri atau menyelesaikan masalah dilakukan oleh pelajar dalam

pembelajarannya (Elizabeth et al., 2002). Mengikut Dochy et al. (2003) pelajar yang

mengikuti pembelajaran secara tradisional tidak dapat mengekalkan ingatan fakta dalam masa

yang lama, amat pasif kerana tiada interaksi dengan teman-teman dalam kumpulan untuk

berbincang mengenai pelajaran dan pemikiran tidak kritis kerana semua fakta diberi oleh

guru.

Dalam kajian ini, dikenalpasti bahawa kebanyakan murid dalam kelas mempunyai

pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Murid kelihatan kurang berminat semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Kesihatan. Selain itu, mereka juga kurang melibatkan diri sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini menjejaskan pencapaian objektif pengajaran dan hasil pembelajaran

yang telah ditetapkan.Mengikut maklumat yang terdapat pada rekod akademik pelajar,

didapati pencapaian akademik juga tidak memuaskan. Peratus kelulusan dalam peperiksaan

akhir setiap semester tidak mencapai piawai yang telah ditetapkan iaitu 85.

Peringkat 3 : Hipotesis

Kajian ini penting supaya dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah berikut:

Adakah kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan minat murid dalam

mempelajari mata pelajaran Pendidikan Kesihatan?

Adakah kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan penglibatan murid dalam

mempelajari mata pelajaran Pendidikan Kesihatan?

Page 12: Assing PBL

Adakah kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan pencapaian murid dalam

pembelajaran mata pelajaran ini?

Persoalan kajian 1 hingga 3 dijawab melalui pengujian hipotesis berikut :

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah pembelajaran

berdasarkan masalah dengan peningkatan minat murid terhadap mata pelajaran ini.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah pembelajaran

berdasarkan masalah dengan penglibatan murid di dalam mata pelajaran ini.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan secara keseluruhan

kaedah pembelajaran dengan peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran ini.

Peringkat 4 : Penyelidikan

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di Sibu dan melibatkan semua murid

daripada kelas Tahun 5 dan 6. Kedua-dua kelas digabungkan kerana mempunyai bilangan

murid yang kurang iaitu 16 orang murid, di mana 4 orang murid perempuan dan 12 orang

murid lelaki. Kebanyakan murid dalam Kelas terdiri daripada golongan yang mempunyai

keputusan yang sederhana. Menurut Roberts dan Schumm (1971) melalui Nur Fatin (2012),

permainan merupakan sumber pengayaan yang boleh mempercepatkan kadar pembelajaran

murid sederhana sambil mendalami pengalaman murid yang cerdas.

Temu Bual

Saya menjalankan temu bual terhadap beberapa peserta kajian yang terdiri daripada golongan

cemerlang, baik, sederhana dan lemah untuk mengumpul data mengenai minat dan tahap

pencapaian peserta kajian terhadap pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Dalam kajian, saya

menggunakan temu bual jenis berstruktur yang menerapkan soalan tertutup dan terbuka

dalam pembinaan soalan untuk tujuan temu bual. Saya telah mengendalikan sesi temu bual

dalam dua fasa, iaitu sebelum dan selepas penggunaan kaedah bermain sambil belajar dalam

pembelajaran Sains. Hal ini adalah untuk membolehkan saya membuat perbandingan minat

dan tahap pencapaian murid terhadap pembelajaran Sains dalam dua fasa tersebut.

Page 13: Assing PBL

Pemerhatian

Saya menggunakan nota lapangan yang disokong oleh gambar untuk mengumpul data

mengenai minat peserta kajian terhadap pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Saya juga

menggunakan borang senarai semak, dan gambar untuk mengumpulkan data pemerhatian

mengenai penglibatan murid tanpa dan dengan menggunakan kaedah bermain sambil belajar.

Gambar diambil sebagai bahan sokongan kepada data borang senarai semak.

Ujian / Lembaran Kerja

Ujian pra dan pos atau lembaran kerja diberikan kepada pelajar sebelum dan selepas

menggunakan kaedah bermain sambil belajar. Kertas ujian yang disediakan mengandungi

soalan yang menguji tahap kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Maka,

topik yang saya fokuskan dalam kajian ini adalah topik ‘Penyalahhgunaan Bahan’ bagi ke

dua-dua tahun yang merangkumi soalan objektif dan soalan struktur.

Analisis Kandungan

Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data kualitatif dan kuantitatif, seperti data

temu bual, nota lapangan dan gambar. Bagi langkah analisis kandungan data temu bual secara

kualitatif dan kuantitatif, saya memberi tumpuan kepada maklumat penting dalam transkrip

temu bual. Kemudian, maklumat penting dikategorikan bagi membentuk tema untuk

menjawab soalan kajian. Selepas itu, saya menyusun data. Penentuan isu berasaskan

persoalan kajian dilakukan dan seterusnya diikuti dengan aktiviti kajian susulan untuk

membuat penambahbaikan tindakan intervensi yang dijalankan. Langkah sama digunakan

untuk membuat analisis kandungan nota lapangan secara kualitatif.

Peringkat 5 : Membentangkan Keputusan

Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas

hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan

penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga

membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji

sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

Mengenai analisis data bagi temu bual, minat murid dalam mata pelajaran ini berjaya

ditingkatkan selepas menggunakan kaedah bermain sambil belajar. Saya mendapati bahawa

terdapatnya murid yang berminat dan tidak berminat dalam mata pelajaran ini sebelum

Page 14: Assing PBL

menggunakan kaedah bermain sambil belajar. Murid yang berminat dalam mata pelajaran

Pendidikan Kesihatan berkait rapat dengan penguasaan murid serta strategi pengajaran dan

pembelajaran. Mereka yang tidak berminat pula berkait rapat dengan ingatan dan penguasaan

murid yang lemah serta faktor murid sendiri yang tidak suka membuat aktiviti. Selepas

menggunakan kaedah bermain sambil belajar, saya mendapati semua peserta kajian dalam

temu bual menjadi berminat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Minat murid

meningkat bergantung kepada aktiviti permainan berbentuk kumpulan dan juga aktiviti

‘hands-on’ seperti pembuatan model. Peningkatan dari segi ingatan dan penguasaan murid

dalam konsep Sains juga menyebabkan murid lebih berminat dalam pembelajaran mata

pelajaran Sains.

Daripada analisis data lapangan, ia jelas menunjukkan minat murid berjaya ditingkatkan

melalui kaedah bermain sambil belajar. Sepanjang proses permainan, murid kelihatan

gembira dan seronok. Selain itu, mereka juga kelihatan bersemangat dan menunjukkan daya

usaha dalam permainan. Keberkesanan kaedah bermain sambil belajar juga membantu

meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran Sains. Ini adalah selaras dengan

dapatan kajian lepas daripada Nur Hidayah Ibrahim et al. (2010) bahawa penglibatan murid

meningkat semasa pelaksanaan permainan berbentuk kaedah simulasi berbanding semasa

pelaksanaan kaedah tradisional. Selain itu, kajian lepas daripada Siti Hajar (1996), juga

mendapati bahawa permainan boleh meningkatkan penyertaan murid sehingga membantu

mereka untuk memahami pelajaran. Sehubungan itu, apabila permainan dijalankan, murid

kelihatan aktif dalam kumpulan dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini

menunjukkan penglibatan murid yang aktif dalam proses pembelajaran Sains.

ujian pra; 75.8ujian pos; 98.5

Rajah 1

Page 15: Assing PBL

Terdapat peningkatan peratus min keputusan ujian pos (98.5%) berbanding ujian pra (75.8%),

iaitu meningkat sebanyak 22.7%. Ini telah menunjukkan keberkesanan kaedah bermain

sambil belajar dalam meningkatkan pencapaian murid dalam proses pembelajaran Sains.

Selain itu, saya juga menjalankan temu bual terhadap lapan orang murid yang terdiri daripada

golongan cemerlang, baik, sederhana dan lemah bagi mengkaji kesan penggunaan kaedah

bermain sambil belajar dalam meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran Sains

5.0 Penilaian dan Maklum balas

Secara amnya, kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara pelajar

menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan

dan mendidik bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam

menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Kaedah

PBL ini juga boleh dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk

melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi,

mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan berkemahiran membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri yang perlu ada

dalam diri seseorang pemimpin yang disenangi dan disukai oleh pengikut-pengikutnya. Oleh

hal yang demikian, orang-orang yang dipimpin akan lebih menghormati dan berasa selamat

di bawah jagaannya.

Proses pembelajaran dan pengajaran secara PBL adalah lebih realistik di dalam dunia

pendidikan di mana pelajar dapat bekerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah

yang diberi, pelajar dapat memperkembangkan pemikiran mereka kearah pemikiran yang

lebih kreatif dan kritis juga kompleksiti masalah mendorong proses pembelajaran. Tiada lagi

suapan daripada pengajar dan ini mendorong semangat dan motivasi pelajar untuk terus

berjaya di dalam bidang mereka.

Malahan, dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk lebih berjaya di

dalam pembelajaran mereka. Di samping membantu pelajar untuk lebih berusaha di dalam

pembelajaran, proses kendiri untuk Berjaya juga tinggi dan tidak lagi hanya bergantung

kepada guru semata-mata. Bukan itu sahaja, proses pembelajaran sebegini sesuai juga

diimplimentasikan kepada pelajar yang dewasa dan matang.

Page 16: Assing PBL

Bibliografi

Mok Son Sang (2006). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran: Mutimedia-ES

Resources Sdn Bhd

Onn-Seng Tan, Ph.D. (2003) Problem-based Learning Usinf Problems to Power Learning in

the 21th century:Thomson Asia Pte Ltd

Maggi Savin-Baden and Claire Howell Major (2004) Foundations of Problem-based Learning

: Society for Research into Hagher Education & Open University Press

Dr. Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester

1): Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Husin Jusoh (2007) Psikologi Pendidikan dalam PTV:

Penerbit UTHM

Nor Ratna Masrom. (2005) Kertas Kerja Perbentangan “Problem Solving Skill in ICT and

Multimedia Application”.

Ramaiah A. L. (1999). ”Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini. Kuala Lumpur: IBSB

Buku Sdn. Bhd.

Saifullizam Puteh. (2006). “Pengurusan Kokurikulum”. Johor: Kolej Universiti Teknologi

Tun Hussien Onn Malaysia (KUiTTHO).

Smith, S. (1997). “ Solve That Problem: Readymade Tools for Continuous Improvement”.

London: Kogen Page Limiten.

Suhaimi Makminin (2005). Kertas Kerja Pembentangan “Pembelajaran berasaskan Masalah

dalam Kursus Kimia Diploma: Pengelaman Pertama di KUiTTHO”.

Tse, W.L. & Chan. W. L.(2003) “Application of Problem-Based Learning in an Engineering

Course Department of Electrical Engineering, Hong Kong Polytechnic University”. Hong

Kong: Int. J. Engng Ed. Vol. 19, No. 5, pp. 747-753.

Widad Othman, et al. (2003). “EDUE 2015: Perancangan Kurikulum Pendidikan Teknik dan

Vokasional”. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.