assingment psv

18
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN SENI VISUAL PENGENALAN Berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, penguasaan ilmu dalam Pendidikan Seni Visual oleh individu akan dapat menggarap potensinya dan membentuk insan seimbang. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Disamping itu juga diharapkan mata pelajaran ini akan dapat melengkapkan keilmuan dan kemahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi dan juga kepada alam kehidupan selepas persekolahan. Setiap individu dianugerahkan pelbagai kecerdasan seperti kecerdasan ruang visual, kinestetik,interpersonal,intrapersonal dan naturalis. Ciri- ciri ini dapat membantu individu untuk menghasilkan sesuatu karya, berkomunikasi dan mengukuhkan koordinasi semua pancaindera secara seimbang. Menurut Gardner(1983) bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya. Kebolehan RUSLAN BIN ISMAIL 661003115005002 YUSUF LUTFI BIN ABDULLAH 680509115153002 1

Transcript of assingment psv

1

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALANBerpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, penguasaan ilmu dalam Pendidikan Seni Visual oleh individu akan dapat menggarap potensinya dan membentuk insan seimbang. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Disamping itu juga diharapkan mata pelajaran ini akan dapat melengkapkan keilmuan dan kemahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi dan juga kepada alam kehidupan selepas persekolahan.Setiap individu dianugerahkan pelbagai kecerdasan seperti kecerdasan ruang visual, kinestetik,interpersonal,intrapersonal dan naturalis. Ciri-ciri ini dapat membantu individu untuk menghasilkan sesuatu karya, berkomunikasi dan mengukuhkan koordinasi semua pancaindera secara seimbang. Menurut Gardner(1983) bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya. Kebolehan seseorang individu menyatakan idea secara visual dan melalui bahasa seni akan memastikan bahawa perkembangan kecerdasan berlaku dengan secara seimbang. Seterusnya pemahaman pembelajarannya menjadi berkesan dan bermakna. Kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual yang digubal berupaya membantu pelajar meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan melalui penekanan yang seimbang kepada beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual.1. Perkembangan Keupayaan, Bakat dan Potensi Individu Melalui Pendidikan Seni Visual1.1 Pembelajaran Masteri Dalam Pendidikan Seni

Pembelajaran Masteri merupakan pendekatan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara yang dipelajari.

Menurut Bloom 1974, pengajaran masteri adalah pendekatan pengajaran yang berasaskan andaian bahawa pelajar boleh menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan, sekiranya mereka diajar dengan jelas dan masa yang mencukupi.

Guru perlu memastikan semua murid dapat menguasai sesuatu unit pembelajaran itu sebelum ke unit yang berikutnya. Pendekatan ini dimulakan dengan menentukan Hasil Pembelajaran sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan bertujuan untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan pada aras yang sesuai.

1.1.1 Ciri-ciri Pembelajaran Masteri

Selepas dibuat penilaian, murid yang telah menguasai pengetahuan dan kemahiran akan meneruskan pembelajarannya dengan aktiviti pengayaan manakala bagi murid yang belum menguasainya akan melibatkan iri dalam aktiviti pemulihan. Ciri-ciri Pembelajaran Masteri ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1 : Ciri-ciri Pembelajaran Masteri1.1.2 Modul Pembelajaran MasteriDalam melaksanakan Pembelajaran Masteri beberapa langkah perlu diikuti. Langkah-langkah tersebut digambarkan melalui Rajah 1.2

Rajah 2.1 : Langkah-langkah Pembelajaran MasteriDalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seorang guru iaitu:a. Kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza

b. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza

c. Kemudahan yang ada

d. Masa yang diperuntukkan

Dengan mengenalpasti kebolehan, keupayaan dan potensi yang berbeza pada murid, guru dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza bagi memudahkan murid menguasai ilmu dan kemahiran yang hendak disampaikan. Melalui penguasaan tersebut, murid akan dapat memperkembangkan keupayaan, bakat dan potensi yang ada pada mereka.SENI VISUAL

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Masteri Mata Pelajaran

Pendidikan Seni VisualTahun : 5 PintarBidang : Kegiatan menggambarTajuk : Lukisan

Masa : 60 minitObjektif : i) Mengenal pasti jenis-jenis garisan

ii) Mengetahui dengan menggunakan pelbagai jenis

garisan boleh menghasilkan bentuk. iii) Menghasikan lukisan mengikut aras yang ditetapkanLangkah Pembelajaran Masteri :

a. Penentuan Hasil Pembelajaran dan menegaskan kepada murid apa yang perlu dicapai.

b. Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan mengikut aras yang sesuai dengan pencapaian murid.c. Pelajar yang mencapai objektif akan melangkah ke aktiviti berikutnya dan mereka yang tidak mencapai aras yang ditetapkan akan terlibat dalam aktiviti pemulihan.1.2 Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni VisualPenggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu

tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan. Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaanmedia secara manual dalam Pendidikan Seni Visual. Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara bijak dan terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran PendidikanSeni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa dan bila ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidian Seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.

ICT dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada mur id, guru,panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

1. Untuk menyediakan warga pendidik seni visual dalam menghadapi perkembangan ICT masa kini dan akan datang.

2. Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi salah satu jurusan yang diminati serta kompetitif .3. Sebagai satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

yang lebih mudah, pantas dan berkesan.Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Komunikasi dan Maklumat(ICT) dalam Pendidikan Seni Visual

Tahun : 5 Pintar

Bidang : Kraf Tradisional Tajuk : Batik (Corak berulang)

Pengajaran ICT boleh diterapkan di bawah tajuk ini dengan memberi penekanan kepada cara mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkara batik seperti sumber rekaan atau motif dan corak, warna yang sesuai untuk sesuatu fungsi

batik, atau pun susunan motif menjadi corak. Dengan ICT, kemudahan untuk menjalankan aktiviti rekaan juga akan menjadi mudah dengan memahami beberapa perisian dan manipulasi cara mengaplikasinya. Guru mudah membantu dan berbincang tentang prinsip rekaan yang digunakan murid.

Rekaan yang siap boleh diterjemahkan atau dipindahkan kepada cara membatik yang dipilih, sama ada teknik batik lukis atau teknik blok mengikut proses yang berkaitan1.3 Pembelajaran Secara KontekstualPembelajaran Kontekstual merupakan kaedah pembelajaran menghubungkan(menyatukan) isi kandungan(maklumat baru)dan pengalaman individu dan masyarakat dalam kehidupan harian(maklumat yang telah dipelajari). Ausubel(1963)mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi(penerimaan) untuk menyampaikan maklumat yang lengkap dan menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari. Ini akan mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran. Dalam Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran akan berlangsung apabila mereka dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan carayang bermakna kepada mereka. Semasa proses pengajarann dan pembelajaran seseorang individu itu akan berusaha menghubungkaitkan maklumat yang akan diterima dengan pengalaman sendiri atau situasi dipersekitaran yang telah dilaluinya. Aspek-aspek persekitaran yang mempunyai hubungan dengan kehidupan pelajar yang merangkumi pelbagai pengalaman mereka sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi perlu diwujudkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual untuk menggalakkan minat pelajar seterusnya mereka dapat memperkembangkan keupayaan, bakat dan potensi mereka seperti yang dihasratkan.Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam

Pendidikan Seni VisualTahun : 5 PINTARBidang : Kraf TradisionalTajuk : Anyaman(corak selang-seli)Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual diaplikasikan di dalam tajuk ini dengan memberikan tumpuan kepada:

a. pengaruh persekitaran murid (pengalaman harian) yang dihubungkaitkan dengan tajuk pembelajaran.b. Penerimaan maklumat oleh murid melalui penyusunan isi kandungan yang teratur yang telah dirancang dirancang oleh guru

c. Kemampuan murid untuk mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman mereka tentang perkara-perkara penting dalam pembelajaran.

2. Perasaan Jiwa Yang Seharusnya Dimiliki Oleh Seorang Guru Pendidikan Seni Visual Yang Seimbang

2.1 Mencintai Alam Persekitaran Berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebahagian daripada matlamatnya adalah untuk menjadikan sesorang individu itu mempunyai nilai-nilai estetika seperti menghargai dan mencintai keindahan alam persekitaran. Seorang guru Pendidikan Seni Visual yang seimbang seharusnya mempunyai cirri-ciri apresiasi seni ini dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Mencintai dan menghargai alam persekitaran bukan hanya penghargaan terhadap sesuatu karya seni dari aspek alam persekitaran sahaja tetapi merangkumi skop yang lebih luas yang melibatkan unsur-unsur afektif dari aspek adat, tradisi,ekonomi, sosial dan nilai sesebuah masyarakat. Menurut Smith(1966), pendidikan seni harus dipandang dari aspek yang lebih luas dan bukannya sekadar emningkatkan kemahiran dan teknik karya sahaja.

Apabila seorang pendidik seni itu memiliki semangat mencintai dan menghargai persekitaran maka apresiasi seni akan menjadi lebih bermakna.2.2 Penghargaan Hasil KerjaKemahiran yang akan diperolehi oleh murid dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual termasuklah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik serta menggunakan teknologi bahan dan perkakasan untuk menghasilkan sesebuah karya seni. Sebagai seorang pendidik mengapresiasi sesebuah hasil kerja yang dihasilkan oleh pelajar adalah perlu dengan menerima kekurangan, kelebihan dan kebolehan seseorang individu.

Maslow(1970) berpendapat bahawa penghargaan merupakan keperluan kepada pengiktirafan orang lain. Mereka suka dihormati dan disanjungi oleh orang lain.Segala hasil kerja atau sesuatu karya itu akan menjadi lebih bermakna sekiranya dirujukkan kepada penerimaan oleh individu lain. Pengikhtirafan dari guru dan juga rakan sebaya amat penting dalam memberikan makna diri dan kejayaan individu dalam menghasilkan karya seni. Jelasnya seseorang individu itu inginkan rasa dipunyai dan diterima.3. Matlamat Utama Kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual3.1 Membentuk Keperibadian generasi Malaysia

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun agar pelajar-pelajar dapat melibatkan diri dalam kegiatan seni yang merangkumi dua bidang utama iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai kegiatan seperti penerokaan, perkembangan idea,pembelajaran terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik yang tertentu.

Bidang-bidang kemahiran yang tersebut menjurus kepada Matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tujuannya adalah untuk membina individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam pengajaran dan pembelajaran seni Visual, tumpuan juga diberikan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar juga digalakkan bagi melihat keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan. 3.2 Kesyukuran Kepada TuhanMengikut pandangan Muslim dalam Kitab Al-Iman, apabila seseorang cendiakawan seni menemui objek di alam semulajadi, dia akan mencipta sesuatu hasil karya dan menghargai objek tersebut.

Berdasarkan pandangan Islam, Allah adalan Tuhan yang maha berkuasa, maha esa dan maha indah. Segala sesuatu kejadian di muka bumi ini adalah dengan kehendakNya. Begitu juga dengan semua nilai-nilai keindahan estetika di muka bumi ini yang dikaitkan dengan seni Visual. Oleh itu selaku insan pencinta seni, manusia perlu melahirkan kesyukuran kepada Allah demi anugerahnya itu. 3.3 Menyumbang ke Arah PembangunanElfand dan Chapman mengatakan, seni adalah untuk masyarakat kerana seni berasaskan kehendak dan perubahan ahli sesebuah masyarakat.

Di negara Malaysia kegiatan kesenian memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan industri pelancongan. Penghasilan barang-barang pembuatan dan kraf tradisional menjadi tumpuan pelancong yang datang ke negara ini. Keadaan ini secara tidak langsung memberikan impak yang positif terhadap pembangunan Negara.Kurikulum pendidikan Seni Visual di sekolah pula berupaya membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran disamping meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai keindahan persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. Ciri-ciri Kreativiti Guru Pendidikan Seni Visual yang seharusnya miliki dan diaplikasikan di dalam bidang tugasnya.

4.1 Celik Teknologi Maklumat4.2 Master Dalam Bidangnya

4.3 Bijak Memilih Kaedah dan Teknik Yang Sesuai3. Keupayaan dan pencapaian dinilai semada aktiviti pembelajaran

Penilaian

Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

Adakah murid sudah menguasai?

2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna,berkesan,menarik dan menggembirakan

6. Aktiviti pemulihan dilaksananakan bagi murid yang belum menguasai aras masteri dan pengayaan untuk murid yang mencapai aras.

5.Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetap setiap unit pembelajaran sebelum ke unit yang lain

UNIT PEMBELAJARAN 1

4. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan

Tindakan Susulan Aktiviti pengayaan

Penentuan Hasil Pembelajaran

UNIT PEMBELAJARAN 2

Pengajaran dan Pembelajaran

1. Menentukan hasil pembelajaran yang disusun mengikut hierarki

PAGE 11RUSLAN BIN ISMAIL 661003115005002

YUSUF LUTFI BIN ABDULLAH 680509115153002