Assinhnment bmm 3114

16
Dalam kalangan kelompok masyarakat Melayu, peribahasa bukan sesuatu yang asing.Peribahasa telah lama digunakan sejak zaman nenek moyang lagi.Peribahasa merupakan ayat atau sekumpulan kata yang tersusun dan mengandungi makna atau pengertian yang tertentu.Susunan katanya pendek tetapi menepati makna ataupun sesuatu maksud yang hendak disampai atau diluahkan oleh si penuturnya. Susunan kata yang sedap didengar , bijak serta tepat pengertiannya ini telah menjadi pengucapan banyak orang sejak turun temurun . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 :1185) peribahasa membawa maksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu , ia juga disebut sebagai bidal, pepatah atau seumpamanya.Mengikut Kamus Fajar pula, peribahasa ialah patah-patah kata , rangkai kata atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud tertentu .Menurut Kamus Besar Indonesia pula , makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat , prinsip hidup atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktif , langsung terkait budi pekerti dengan kandungan nasihat. Prinsip-prinsip hidup atau aturan tingkah laku. Za’ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu ( Za’ba 1965:165) telah mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab ianya menarik didengar , penggunaan perkataan yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Beliau juga telah menyatakan bahawa bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa. Ini kerana semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu percakapan yang bijaksana dan ringkas yang merupakan warisan dari zaman dahulu yang sentiasa meniti di mulut orang-orang dahulu hingga kini. Kadang-kadang ianya dikenali sebagai ‘’perkataan orang-orang tua sahaja “. Menurut Ghazali Dunia dalam bukunya Langgam Sastera Lama ( Kuala Lumpur ; Oxford Univversity Press, 1969 ) telah menyatakan bahawa peribahasa ialah bentuk pengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama, sebagai wakil cara berfikir bangsa kita pada zaman itu.Mohd Adnan Mohd Ariffin telah membuat kesimpulan dari pengertian yang diberikan oleh Ghazali Dunia di atas dapat diterima sebagai satu fakta , tetapi tidak semestinya ditafsirkan secara yang berlebihan sehingga mungkin ada orang yang beranggapan bahawa peribahsa hanya milik sastera lama sekaligus milik masyarakat zaman lampau sahaja. Dengan itu, kemungkinan generasi muda akan memandang remeh terhadap peribahasa dan tidak menganggapnya sebagai satu ciri kekuatan pengucapan dalam pertuturan dan penulisan.

Transcript of Assinhnment bmm 3114

Page 1: Assinhnment bmm 3114

Dalam kalangan kelompok masyarakat Melayu, peribahasa bukan sesuatu yang

asing.Peribahasa telah lama digunakan sejak zaman nenek moyang lagi.Peribahasa

merupakan ayat atau sekumpulan kata yang tersusun dan mengandungi makna atau

pengertian yang tertentu.Susunan katanya pendek tetapi menepati makna ataupun sesuatu

maksud yang hendak disampai atau diluahkan oleh si penuturnya. Susunan kata yang

sedap didengar , bijak serta tepat pengertiannya ini telah menjadi pengucapan banyak

orang sejak turun temurun .

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 :1185) peribahasa membawa maksud

ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi

pengertian yang tertentu , ia juga disebut sebagai bidal, pepatah atau

seumpamanya.Mengikut Kamus Fajar pula, peribahasa ialah patah-patah kata , rangkai kata

atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud tertentu .Menurut Kamus Besar

Indonesia pula , makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat,

yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat , prinsip hidup atau aturan tingkah laku.

Meski terkesan konstruktif , langsung terkait budi pekerti dengan kandungan nasihat.

Prinsip-prinsip hidup atau aturan tingkah laku.

Za’ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu ( Za’ba 1965:165) telah mentakrifkan

peribahasa sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat di mulut orang

ramai semenjak beberapa lama oleh sebab ianya menarik didengar , penggunaan perkataan

yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Beliau juga telah menyatakan bahawa

bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan mempunyai maksud yang sama dengan

peribahasa. Ini kerana semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu percakapan yang

bijaksana dan ringkas yang merupakan warisan dari zaman dahulu yang sentiasa meniti di

mulut orang-orang dahulu hingga kini. Kadang-kadang ianya dikenali sebagai ‘’perkataan

orang-orang tua sahaja “.

Menurut Ghazali Dunia dalam bukunya Langgam Sastera Lama ( Kuala Lumpur ;

Oxford Univversity Press, 1969 ) telah menyatakan bahawa peribahasa ialah bentuk

pengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama, sebagai wakil cara berfikir

bangsa kita pada zaman itu.Mohd Adnan Mohd Ariffin telah membuat kesimpulan dari

pengertian yang diberikan oleh Ghazali Dunia di atas dapat diterima sebagai satu fakta ,

tetapi tidak semestinya ditafsirkan secara yang berlebihan sehingga mungkin ada orang

yang beranggapan bahawa peribahsa hanya milik sastera lama sekaligus milik masyarakat

zaman lampau sahaja. Dengan itu, kemungkinan generasi muda akan memandang remeh

terhadap peribahasa dan tidak menganggapnya sebagai satu ciri kekuatan pengucapan

dalam pertuturan dan penulisan.

Page 2: Assinhnment bmm 3114

Peribahasa bukan sahaja sinonim dengan masyarakat Melayu, malah dalam bangsa

Arab juga terdapat peribahasa yang telah digunakan sejak zaman berzaman lagi. Dalam

pengertian Arab peribahasa merupakan gambaran dari nilai-nilai kebudayaan sesuatu

bangsa, yang boleh kita temui keserupan dari segi maknanya , meskipun dengan ungkapan

yang berbeza. Perbezaan tersebut disebabkan oleh faktor kebudayaan. Hal ini merupakan

bukti dari teori hubungan bahasa, bahawa makna sebuah kata terikat oleh lingkungan

budaya dan bangsa tertentu.

Peribahasa Arab yang memiliki kesamaan makna dengan peribahasa Melayu ialah

seperti contoh dibawah :

“Sebelum memanah, isi dulu anak panah “–Hal ini sama seperti ungkapan

perbahasa Melayu yang berbunyi “ Sediakan payung sebelum hujan “.Meskipun terdapat

perbezaan lafaz dan kata-kata dalam kedua peribahasa tersebut, namun , keduanya

mengandungi persamaan dari segi maksud iaitu “ Persiapkan segala sesuatu sebelum

melakukan sesuatu kerja”. Orang Arab menggunakan kata tempat anak panah dan

memanah , kerana dipengaruhi oleh budaya mereka yang memiliki tradisi berperang pada

zaman dahulu dengan menggunakan alat tersebut , sedangkan dalam peribahasa Melayu

digunakan kata hujan dan payung adalah kerana di alam Melayu sering hujan.

Kita boleh katakan bahawa peribahasa adalah gambaran watak bangsa yang

memiliki dan mengamalkannya dalam kehidupan atau cara hidup seharian.Selain itu,

peribahasa sangat penting dalam ketrampilan seseorang itu berbahasa kerana dalam

peribahasa itu banyak tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehinggakan

hubungan dua hala atau komunikasi lisan ataupun tulisan menjadi sangat berkesan.

Menurut Abdullah Hussain : 2003 ,dalam penghasilan sesuatu peribahasa terdapat

tiga sumber telah digunakan oleh masyarakat penuturnya, iaitu yang pertama melalui

pengalaman hidup seseorang khususnya masyarakat kelas biasa. Kedua, melalui

penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati daripada kitab-

kitab suci. Hasinya, peribahasa yang meniti di bibir orang Melayu bukan sekadar

mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam , malah ungkapan kalimat bahasa yang

dihasilan amat teratur, ringkas dan padat.

Ironinya di sini, walaupun terdapat banyak pengertian peribahasa yang telah

diketengahkan oleh banyak pihak , namun ianya hanya merujuk kepada satu makna sahaja

iaitu salah satu daripada warisan generasi lampau yang merupakan satu seni percakapan

yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Penggunaan peribahasa ini telah

Page 3: Assinhnment bmm 3114

menjadi salah satu daripada ragam bahasa yang terkandung di dalam pengajian Bahasa

Melayu. Namun yang sangat pasti peribahasa “ tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas”.

Peribahasa terdiri daripada pepatah, perumpamaan, simpulan bahasa dan bidalan.

1) PEPATAH

Pepatah ialah peribahasa berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya.

Pepatah juga digunakan untuk menatakan penegasan, falsafah atau pengajaran

yang hendak disampaikan. Ada juga pendapat menyatakan pepatah ialah kalimat-

kalimat yang dapat mematahkan dan mengiaskan sesuatu keadaan dalam

kehidupan masyarakat. Menutut Rubiah Aksah ( 2005 :174) pepatah ialah ungkapan

yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu.Ada juga pendapat menyatakan

pepatah lebih menitikberatkan sifat ringkasnya disampimg ketepatan perkataan dan

kenebaran pengajaran yang diungkapkan di dalamnya.Setiap patah perkataan yang

digunakan membawakan unsur pengajaran secara khusus.

Contoh pepatah :

i) Ada air adalah ikan

Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

“ Walaupun tempat itu sunyi sahaja, namaun terdapat kesan-kesan tinggalan

yang membuktikan bahawa pernah ada negeri di sini.Jadi tentulah tidak

menjadi kesalahan kalau beta katakana bahawa ada air, adalah ikan : titah

Raja Muhammad kepada pemburu yang mengiringi baginda berburu .

ii) Bagaimana acuan begitulah kuahnya

“ Bagaimana kelakuan ibu bapa begitulah kelakuan anaknya. .Seseorang

anak yang tidak mahu berbuat kerja-kerja kebajikan di kawasan penempatan

kerana ibu dan bapanya yang tidak pernah melakukan perkara tersebut. Anak

tadi mengikut perlakuan Ibu dan bapanya.

iii) Datang seperti rebut, pergi seperti semut.

“ Membawa maksud sesuatu penyakit itu cepat untuk merebak tetapi untuk

sembuh atau pulih adalah sangat lambat.Sebagai contoh penyakit yang

mudak merebak seperti taun yang menyerang penduduk di sesebuah

kawasan akan mudah merebak keseluruhan kampung dan menyerang para

Page 4: Assinhnment bmm 3114

penduduk. Akan tetapi, walaupun berbagai usaha yang dilakukan oleh pihak

berkuasa tetap sukar untuk memulihkannya dalam satu masa yang singkat.

2) BIDALAN

Menurut Kamus Dewan bidalan ialah kata-kata yang selalu disebut yang mempunyai

nasihat serta pengajaran di dalamnya , Bidalan juga merupakan satu cabang

peribahasa yang memaparkan unsur nasihat, pedoman atau pengajaran kepada

masyarakat.Bidalan mempunyai maksud yang tersirat di sebalik susunan perkataan

yang membentuknya. Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti

perumpamaan. Bidalan juga membawa makna atau maksud yang tidak sama

dengan maksud perkataan yang digunakan.Oleh itu, bidalan sering digunakan untuk

memberikan secara terus.Dalam hal ini bentuk bidalan terdiri daripada dua bahagian

, iaitu menyatakan maksud yang hendak disampaikan, diikuti dengan unsur pematah

atau pelengkap bagi maksud tersebut.

Contoh bidalan :

i) Berkata siang pandang –pandang, berkata malam dengar-dengar

Bidalan ini membawa maksud , kita hendaklah berhati-hati apabila

memperkatakan sesuatu.Ini adalah dikhuatiri akan didengar oleh pihak ketiga

yang akan menjadikan situasi bertambah buruk. Contoh , apabila ibu dan

bapa berkata tentang perilaku yang kurang elok tentang seseorang seperti

anak menantu di dalam rumah haruslah berhati-hati supaya tidak didengari

olehnya yang mana akan menyebabkan situasi menjadi kurang elok.

ii) Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

Bidalan ini membawa pengertian bahawa adalah lebih baik seseorang itu

melakukan sesuatu pekerjaan yang baik dan boleh mendatangkan rezeki

bagai menampung kehidupan sementara menunggu peluang untuk mendapat

pekerjaan yang diharapkan. Sebagai contoh yang mudah ialah seseorang

pelajar yang baru tamat persekolahan adalah lebih baik melakukan pekerjaan

sambilan untuk mendapatkan wang perbelanjaan sendiri tanpa menyusahkan

ibu bapa sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai dan yang diharapkan.

iii) Belum duduk sudah berlunjur.

Bidalan ini membawa maksud seseorang yang belum pasti mendapat

sesuatu yang diharapkan tetapi sudah begitu yakin akan memperolehinya

Page 5: Assinhnment bmm 3114

walaupun perkara atau sesuatu yang dihajatinya itu benar-benar telah

diperolehi olehnya. Sebagai contoh : Apabila seseorang berhajatkan sesuatu

telah awal-awal lagi berasa gembira kerana yakin akan memperolehinya

sedangkan realiti sebenarnya masih belum mendapat apa-apa.

iv) Genggam bara api biar sampai jadi arang

Bidalan ini membawa maksud apabila melakukan sesuatu perkerjaan yang

susah, kita mestilah bersikap sabar dan cuba menyelesaikannya dengan

sempurna dan berjaya. Contohnya , Apabila seseorang itu ingin mencapai

kejayaan yang cemerlang dalam bidang pelajaran akan tetap berusaha habis-

habisan untuk mencapai kejayaan walaupun beberapa kali mengalami

kegagalan , tidak akan berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh

sehingga akhirnya menggapai kejayaan yang diidam-idamkan.

v) Daripada cempedak baiklah nangka

Bidalan ini mempunyai maksud yang sangat menarik juga iaitu apabila kita

memerlukan sesuatu barang untuk sesuatu tujuan tetapi barang tersebut

tidak ada, dan kita menggantikannya dengan barang lain yang tidak akan

menjejaskan tujuan kita . Sebagai contoh, apabila kita ingin memasak lauk

menggunakan santan tetapi kita tidak mempunyai kelapa dan tidak

memperolehinya walaupun telah berusaha mendapatkannya. Kita boleh

menggantikannya dengan susu . Ini adalah lebih baik daripada kita langsung

tidak dapat memasak lauk tersebut.

3 ) SIMPULAN BAHASA

Abdullah Hussein menyatakan bahawa simpulan bahasa ialah perkataan atau

kelompok perkataan tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain darpada erti yang

lazim.Simpulan bahasa merupakan cabang peribahasa yang paling mudah dan

ringkas.Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan yang berbentuk

kata majmuk dan mendorong maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang

membentuk perkataan tersebut. Susunan perkataannya adalah tetap dan tidak boleh diubah

sewenang-wenangnya. Simpulan bahasa ialah perkataan yang tetap tersimpul atau terbeku

dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asal.Simpulan

bahasa terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Kata kerja, kata adjektif, kata nama

khas dan juga nilai kepercayaan.

Page 6: Assinhnment bmm 3114

1) Contoh simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata nama khas:

i) Abu Jahal

Seseorang yang suka menghalang orang lain daripada melakukan kebaikan.

Contoh ayat :-“ Kalau awak tidak mahu membantu kerja-kerja ini, janganlah kamu

menjadi Abu Jahal pula dengan menghalang orang lain daripada melakukannya”

, kata ibu kepada abang.

ii) Mat Jenin

Seseorang yang suka berangan-angan

2) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata nama am :

i) Lipas kudung

Seseorang yang melakukan kerja dengan pantas

ii) Anak buah

Membawa makdud anak saudara atau orang yang berada di bawah

pengawasan ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.

3) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata adjektif :

i) Kecil hati

Membawa maksud seseorang merajuk atau terasa hati disebabkan oleh

perbuatan orang lain.

ii) Bodoh sepat :

Membawa maksud seseorang yang Nampak seperti tidak tahu apa-apa tetapi

sebenarnya bijak dan pandai.

4) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada nilai kepercayaan:

i) Air pinang

Membawa maksud air yang dibuat daripada buah pinang untuk tujuan rawtan

tradisional.

ii) Makan bulan

Membawa maksud mengambil masa yang panjang atau berbulan-bulan.

5) Simpulan bahasa yang terbentuk daripada kata kerja :

i) Ajak-ajak ayam

Page 7: Assinhnment bmm 3114

Membawa maksud mempelawa seseorang secara sambil lewa atau tidak

bersungguh-sungguh.

ii) Pasang telinga

Membawa maksud mencuri-curi dengar perbualan orang lain.

A) Terdapat juga simpulan bahasa yang mempunyai dua makna , Contohnya :

i) Anak buah

- Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua

pejabat atau penghulu.

- Anak saudara

ii) Langgar bahasa

- Bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar

- Tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat

B) Ada juga simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama :

i) Muka talam / Muka tembok / muka tebal

Membawa maksud seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu

ii) Tua keladi / tua terkutuk / tua lengkuas

Membawa maksud seseorang yang sudah lanjut usia tetapi mempunyai

perangai yang tidak senonoh atau jahat.

3) PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik

susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan.Istilah perumpamaan digunakan

kerana sesuatu maksud itu dikaitkan atau diumpamakan dengan suatu perkara lain

yang standing. Perumpamaan dibentuk untuk membandingkan sesuatu perkara

dengan yang lain dan biasanya didahului dengan perkataan umpama, bagai, seperti,

laksana dan ibarat. Perumpamaan juga membawa maksud yang berbeza daripada

maksud asal perkataan yang digunakan dan umumnya mengandungi

pengajaran.Za’ba ( 1965:173) dalam hal ini menyatakan peribahasa yang tidak

mempunyai makna dua lapis tidaklah boleh dinamakan perumpamaan yang berasal

daripada bahasa kiasan. Perumpamaan terdiri daripad dua jenis iaitu yang

menggunakan perbandingan dan yang tidak menggunakan perbandingan.

Page 8: Assinhnment bmm 3114

Contoh perumpamaan :

i) Bagai aur dengan tebing.

Membawa pengertian satu kehidupan masyarakat yang hidup saling bantu-

membantu .

Contoh ayat – Kehidupan masyarakat Kampung Pinang saling bantu-membantu

antara satu sama lain bagai aur dengan tebing.

ii) Laksana bulan dipagar bintang’

Membawa maksud wajah seorang wanita yang sangat cantik paras rupanya.

Contoh ayat – Puteri sultan di negeri itu menjadi perbualan rakyat jelata kerana

rupa parasnya yang sangat cantik rupawan laksana bulan dipagar bintang.

iii) Seperti anjing dengan kucing

Membawa maksud suka berkelahi atau bergaduh.

Contoh ayat – Adik beradik Amir seperti anjing dengan kucing kerana mereka

sering sahaja bergaduh walaupun atas sebab yang kecil.

iv) Ibarat mendengar guruh di langit , air di tempayan dicurahkan.

Membawa pengertian melepaskan apa yang ada semata-mata hendak mengejar

keuntungan yang lebih besar, tetapi akhirnya mengalami kerugian.

Contoh ayat- Tindakan abang yang berhenti kerja sebelum ditawarkan pekerjaan

baru tidak ubah ibarat mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan.

Peribahasa bolehlah dikatakan sabagai satu cerminan perwatakan sesuatu bangsa

yang memilikinya. Di samping itu,peribahasa memainkan peranan yang penting dalam

konteks penelitian warisan bangsa dan ketrampilan pengguna bahasa itu sendiri. Dalam

peribahasa itu sendiri ada makna tersirat yang cukup mendalam dan tepat sehingga

membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan

peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang

dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa

telah digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara sesuatu

keburukan dan kebaikan serta dalam usaha kearah mencari ketetapan tatacara hidup

bermasyarakat.Sama ada relevan atau tidaknya sesuatu cabang peribahasa itu digunakan

pada masa kini adalah bertitik tolak daripada tujuan ianya digunakan oleh seseorang.Kita

boleh buktikan justifikasi pernyataan tadi berdasarkan kepada tiga aspek utama iaitu :

Page 9: Assinhnment bmm 3114

A) Aspek Ekonomi

i) Masa Itu Emas.

Peribahasa ini masih relevan dan sesuai digunakan lagi pada masa kini

kerana dalam usaha mengejar kejayaan dan kekayaan sesorang itu amat

mementingkan masa. Masa, sesuatu yang amat berharga sehinggakan

disamakan dengan emas.Maka peruibahasa “ Masa Itu emas “ atau ada juga

yang menyamakan nya dengan ‘ Masa itu lebih mahal dari permata”. Dalam

kepercayaan agama Islam juga menuntut kita menghargai masa.Jadi ,

petribahasa ini masih lagi relevan dan sesuai digunakan pada masa kini.

ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Untuk kita mendapatkan sesuatu hasil atau rezeki bagi kelangsungan hidup,

kta sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh .Setiap kejayaan yang

diharapkan bukan mudah diperolehi. Semuanya ini memerlukan ketekunan ,

kesungguhan serta kesabaran. Kita mestilah berusaha sendiri untuk

mendapatkannya tanpa ada sedikitpun rasa putus asa.Kejayaan atau hasil

atas daya usaha kita memang sentiasa ada menunggu di penghujung jalan

asalkan kita tetap berusaha bagi mendapatkannya.

iii) Rezeki secupak tidak akan jadi segantang.

Rezeki secupak di sini membawa erti pendapatan yang sangat sedikit dan

segantang pula memberi erti lebih banyak ataupun kuantiti yang jauh lebih

besar daripada secupak. Peribahasa ini tidak lagi relevan digunakan kerana

rezeki atau pendapatan yang diperolehi oleh seseorang boleh ditingkatkan

atau bertambah asalkan seseorang itu ingin berusaha. Sebagai contoh, untuk

menambah rezeki atau pendapatan tersebut , seseorang itu boleh berusaha

dengan cara melakukan pekerjaan tambahan atau pun kerja lebih masa.

Apabila kerja lebih masa , sudah pastilah akan menerima bayaran tambahan

atas kerja yang dilaukan tadi.Ini secara tidak langsung jumlah pendapatan

atau rezeki yang akan diterima meningkat dan bertambah banyak daripada

rezeki atau pendapatan yang asal.

iv) Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.

Peribahasa ini sangatlah sesuai digunakan pada masa kini apabila kita

berbicara tentang sikap menabung atau membuat simpanan wang untuk

faedah pada masa depan. Sikap berdikit-dikit membuat simpanan wang

adalah satu sikap yang baik bertujuan menabung demi keselesaan diri dan

Page 10: Assinhnment bmm 3114

juga keluarga pada masa-masa mendatang. Apabila mempunyai tabungan

atau simpanan wang akan memudahkan kita menhadapi masa-masa

kecemasan seperti ditimpa musibah atau pun memerlukan perbelanjaan yang

tidak dirancang seperti keperluan perubatan dan pendidikan untuk diri sendiri

dan keluarga. Kita tidak perlu membuat pinjaman daripada pihak-pihak lain

apabila mempunyai tabungan sendiri kesan daripada amalan kita menyimpan

wang secara sedikit-sedikit tersebut.

v) Ingat sebelum kena , jimat sebelum habis

Membawa pengertian bahawa kita sewajarnya perlu berhati-hati dalam

sesuatu perkara agar tidak menyesal di kemudian hari. Dalam soal ekonomi

contohnya, kita mestilah bijak menggunakan sesuatu sumber yang penting

dalam kehidupan seperti penggunaan air dan elektrik. Penggunaan yang

berhemat akan membolehkan sumber utama kehidupan ini dapat bertahan

untuk tempoh masa yang panjang.

Bekalan Elektrik contohnya, penggunaan yang berlebihan akan

menyebabkan kita terpaksa membayar bil bulanan yang tinggi , ini

memerlukan kita menggunakan sumber kewangan yang banyak. Selain itu,

penggunaan sumber letrik yang banyak ini akan mengakibatkan juga bekalan

menjadi semakin berkurangan dan menggagnggu proses kehidupan kita. Hal

yang sama juga berlaku dalam penggunaan air bersih. Berjimat

menggunakan air akan dapat menjimatkan bekalan air di tempat kita

seterusnya mengelakkan berlakunya krisis kekeurangan bekalan air. Jadi

peribahasa ini masih sesuai lagi pada masa kini.

2) Aspek Sosial

i) Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Pepatah ini masih sesuai digunakan pada masa kini. Membawa maksud

mementingkan diri sendiri dan tidak ada muafakat dalam kehidupan kejiranan

contohnya. Fenomena seperti ini kita dapat lihat berlaku di bandar-bandar

sama ada di petempatan taman-taman perumahan mahupun kehidupan

mewah serba moden di kondominium yang gah berdiri.

Peribahasa ini sangat sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat kita

pada masa kini.Memang tidak boleh kita nafikan, bahawa sememangnya

terdapat sesetengah masyarakat kita masa kini boleh disifatkan sebagai enau

dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri sendiri ataupun keluarga

Page 11: Assinhnment bmm 3114

dalam rumah sendiri dan bersikap lebih individualistik.Kesannya, mereka

lebih suka menyendiri dan mengabaikan semangat kejiranan di mana pada

suatu ketika dahulu, semangat ini menjadi teras dalam masyarakat kita.

Hubungan yang akrab ini bolehlah diibaratkan seperti “ cubit peha kiri, peha

kanan terasa”.Tetapi seiring dengan peredaran masa , di mana masyarakat

begitu sibuk dalam mengurus karier dan keluarga sendiri, mengakibatkan

semangat kejiranan itu semakin terhakis sedikit demi sedikit.Malah ada di

antara jiran sukar untuk bertegur sapa dan berbual mesra akibat dihambat

kesibukan urusan peribadi. Rentetan daripada itu, masyarakat kita akan

semakin hiking kemahiran berkomunikasi dan sikap ramah tamah dalam

pergaulan.Apatah lagi, teknologi moden masa kini dengan penggunaan gajet

seperti telefon pintar, faksimili dan internet menjadikan kita tidak perlu lagi

bersua muka untuk berhubung.

ii ) Bagaimana acuan , begitulah kuihnya.

Peribahasa ini membawa maksud seseorang anak itu akan mengikut sikap

dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka. Peribahasa ini tidak sesuai lagi

digunakan pada zaman serba mencabar sekarang. Berbanding zaman

dahulu, ianya bolehlah dikatakan sesuai kerana kurang atau tidak banyak

cabaran yang melanda dalam kehidupan anak-anak. Pengaruh-pengaruh

sosial yang kurang elok boleh dikatakan sangat sedikit dan anak-anak sangat

menghormati ibu bapa serta orang-orang yang lebih tua.

Berbeza dengan masa kini, disebabkan kehidupan yang serba moden serta

pergaulan anak-anak yang lebih luas dan bersikap terbuka, mengakibatkan

ada di antara mereka yang mudah terpengaruh dan mula lupa akan adat

resam serta budaya menghormati orang yang lebih tua. Pengaruh luar yang

diterima sama ada di sekolah atau pergaulan sesama rakan-rakan

mengakibatkan berlakunya perkara-perkara yang tidak baik seperti

menghisap rokok dan sebagainya. Masa kini, kita dengan mudah boleh lihat

bagaimana seorang anak menhisap rokok sedangkan bapanya bukan lah

seorang perokok.Di sini jelas sekali, sikap atau perlakuan pasangan ibu bapa

itu bukan jaminan kepada anak untuk menjadi seperti nya.Begitu juga dengan

sikap yang berbeza dengan orang tua seperti tutur kata dan penampilan

anak-anak bukan lagi cerminan acuan ibu dan bapa.

Page 12: Assinhnment bmm 3114

iii) Pipit sama pipit, enggang sama enggang

Peribahasa ini membawa pengertian bahawa tidak sama taraf atau darjat

antara golongan atasan dan bawahan. Dalam erti kata lain tidak setaraf

kedudukan golongan berada dengan golongan miskin. Situasi duduk tak

sama rendah..berdiri tak sama tinggi ini, tidak sesuai lagi pada masa kini

kerana masyarakat kita kini lebih terbuka akibat mendapat pendidikan yang

tinggi. Isu ini pada zaman dahulu menjurus kepada soal jodoh seseorang di

mana golongan yang miskin dan tidak berharta sewajarnya tidak boleh atau

patut ingin mempunyai pasangan atau berkahwin dengan golongan yang

kaya dan berharta. Isu antara dua darjat ini seringkali dipaparkan dalam

cerita-cerita bangsawan dan seolah-olah ianya adalah satu ikutan pada masa

itu. Mungkin disebabkan pengaruh cerita-cerita bangsawan yang dipentaskan

pada masa itu, menjadikan fenomena ini suatu ikutan yang mesti dituruti.oleh

masyarakat.

Akan tetapi seiring dengan peredaran masa, peribahasa ini tidak lagi sesuai

dan relevan, kerana pemikiran masyarakat yang sebegitu semakin

berkurangan. Masyarakat kini lebih terbuka dalam isu soal jodoh. Bukan lagi

meletakkan darjat dan harta sebagai syarat utama, pergaulan dalam situasi

soaial kini dimana pendidikan dan perasaan memainkan peranan yang lebih

utama dalam soal penentuan jodoh seseorang. Golongan yang tidak berharta

selama ini mempunyai harta yang lebih tinggi nilainya iaitu anak-anak yang

terpelajar menuntut di menara gading standing dengan anak-anak golongan

berdarjat dan berharta tadi. Perasaan terhadap pasngan lebih penting

berbanding soal pemilikan harta , menjadikan pasangan ini akhirnya bertaut

jodoh seterusnya menafikan isu” pipit sama pipit, enggang sama enggang.”

iv) Nasi sudah menjadi bubur.

Membawa pengertian yang sangat besar impaknya kepada kita. Nasi ialah

sejenis makanan yang dimakan oleh masyarakat Melayu khususnya,

manakala bubur pula sejenis makanan yang sesuai dimakan oleh anak-anak

kecil atau seseorang yang sakit dan dalam keadaan yang tidak sihat. Apabila

menanak nasi, terlebih meletakkan air di dalamnya, maka beras tadi akan

lembik seterusnya tidak lagi dapat menjadi nasi.Ini menggambarkan

perlakuan sosial seseorang yang seharusnya berfikir dengan bijak akan suatu

hal atau tindakan supaya tiadak akan mendatangkan kesan yang buruk

kepadanya. Peribahasa ini masih sesuai digunakan pada masa kini bagi

menjadi pedoman kepada masyarakat hari ini .

Page 13: Assinhnment bmm 3114

Tindakan yang melulu tanpa berfikir semasak-masaknya akan memberikan

impak yang tidak baik kepada sesetengah pihak. Sewajarnya kita berbincang

dengan banyak pihak dalam mengambil suatu tindakan atau keputusan

supara nanti tidak dikatakan nasi sudah menjadi bubur, tidak ada apa-apa

lagi yang boleh diubah untuk menyelamatkan keadaan.

v) Rosak badan kerana mulut.

Seseorang itu akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur

katanya. Dalam perhubungan sosial sesama rakan taulan baik di tempat kerja

ataupun tempat tinggal ,komunikasi secara terus melalui percakapan

seringkali berlaku. Kita sewajarnya menjaga tutur bicara sesama sendiri agar

setiap butir bicara tersebut tidak akan mengguris atau menyakitkan hati

rakan-rakan . Ada pepatah menyatakan, tutur kata lagi tajam daripada mata

pedang. Pepatah ini menggambarkan betapa kita harus menjaga tutur kata

sepanjang masa supaya tidak akan berlaku sesuatu yang kurang elok

disebabkan terlepas kata atau terlajak bicara .

Banyak perkara buruk bakal terjadi akibat daripada terlepas cakap ini.

Hubungan sesame rakan menjadi renggang, jiran dengan jiran bermasam

muka dan adik beradik bercakaran akibat daripada terlepas kata ini.

Peribahasa ini masih lagi sesuai dijadikan panduan oleh kita dalam konteks

hidup bermasyarakat.

3 ) Aspek Politik.

i) Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.

Dalam berpolitik seseorang seringkali berbuat janji kepada masyarakat

sekelilingnya sebelum mengecap kejayaan dalam bidang tersebut. Sebagai

contoh, seseorang yang terpilih menjadi calon bagi sesebuah kawasan dala satu

pertandingan untuk memilih pemimpin misalnya, akan cuba mempengaruhi

masyarakat setempat untuk memberikan sokongan kepadanya. Pelbagai janji

dan habuan yang baik-baik dipertaruhkan semasa sesi ucapan dan dialog.

Jadi apabila berjaya terpilih sebagi pemimpin , maka dia mestilah ingat akan

janji-janji yang telah ditabur sebelum ini dan berusaha sedaya mungkin

menunaikannya. Masyarakat yang memberikan sokongan kepadanya sebelum

ini sudah pasti akan percaya dan terus menerus memberikan sokongan

kepadanya dalam setiap situasi . Akan tetapi jika selepas mencapai kejayaan ,

Page 14: Assinhnment bmm 3114

segala janji langsung tidak ditunaikan, maka masyarakat yang memberikan

sokongan kepadanya sebelum ini akan hilang kepercayaan seterusnya beralih ke

pihak yang satu lagi bagi memohon simpati pertolongan. Hal ini bukan sahaja

merugikan diri sendiri malah akan terus menutup peluang kepadanya pada masa

akan datang.Peribahasa ini masih sesuai di amalkan dan dijadikan panduan oleh

pihak-pihak yang aktif berpolitik masa kini.

ii) Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Bahasa dan kata menggambarkan fikiran, emosi, watak dan personaliti

seseorang. Bagi seorang ahli politik, kata-kata yang dituturkan boleh menjulang

imej dan namanya, dan juga boleh menjahanamkan dirinya. Oleh itu, pemimpin

politik sewajarnya berpegang kepada peribahasa , “cakap siang pandang-

pandang, cakap malam dengar-dengar”. Sekiranya terlajak perahu dapat

diundurkan, terlajak kata buruk padahnya.Meskipun seseorang itu boleh

memaohon maaf selepas itu,namun krebiliti dan nama baiknya akan terjejas .

Dalam sebuah Negara yang pelbagai ethnik, budaya dan agama seperti

Malaysia, ahli politik perlu berhati-hati dengan kata-kata yang salah boleh

menyinggung perasaan sesuatu kaum. Lebih buruk lagi kata-kata tersebut boleh

mencetuskan perasaan permusuhan antara kaum dam agama, ketegangan serta

perpecahan dalam masyarakat.Akibat daripada pemimpin yang tidak belajar dari

mesej peribahasa ini akan menjerumuskan dirinya dalam kancah kontroversi.

iii) Harapkan pagar, pagar makan padi.

Setiap individu dalam sesebuah negara mengimpikan kemakmuran dan

kesejahteraan semenjak zaman merdeka akan berterusan. Para pemimpin

haruslah bijak mengemudi kerajaan baik dari segala aspek. Pemimpin

seharusnya bertindak sebagai pihak yang melindungi rakyat dari sebarang

angkara pihak-pihak yang mencetuskan huru-hara dalam sesebuah negara.

Pihak keselamatan contohnya, mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab

dengan jujur dan ikhlas dan tidak menindas golongan rakyat yang perlukan

perlindungan.Penyalahgunaan kuasa dalam penguatkuasaan undang-undang

haruslah diberi perhatian serius oleh pemimpin, agar rakyat tidak menganggap

pihak-pihak ini sebagai pihak yang “ harapkan pagar, pagar makan padi”.

iv) Menang sorak kampung tergadai

Peribahasa ini mengupas bagaimana seseorang pemimpin yang begitu terkenal

dan amat disengani dan dihormati akan setiap langkah dan tutur katanya di luar

kawasan nya. Akan tetapi , beliau tidak langsung mengambil berat akan

Page 15: Assinhnment bmm 3114

masyarakat yang berada di bawah tadbirannya. Banyak isu-isu luar berjaya

diselesaikannya dengan begitu gah sekali tetapi pada masa yang sama langsung

tidak memainkan peranan yang sewajarnya di kawasannya sendiri. Akibat

daripada situasi ini, pemimpin ini akan di pinggir dan diketepikan pada suatu

masa nanti. Sebagai pemimpin politik khususnya, perkara sebegini harus diberi

perhatian dan jangan nanti apabila sudah terhantuk baru nak tergadah.

Peribahasa ini masih sinonim diberikan perhatian oleh mereka yang terlibat

dalam politik untuk dijadikan sebagai panduan .

v) Bersatu teguh bercerai roboh

Peribahasa ini bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan dalam

sesebuah negara. Keutuhan sesebuah negara banyak bergantung kepada

kesepaduan dalam kalangan rakyatnya. negara yang tidak ada kesepaduan

rakyat akan mendapat kesan yang negatif dari berbagai aspek. Kehidupan

bermasyarakat dalam sebuah negara yang berbilang kaum memerlukan

penghayatan peribahasa ini sedalam-dalamnya. Rakyat perlu berpegang kepada

prinsip membina kekuatan negara melalui perpaduan antara kaum didalamnya.

Konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini penting dalam suasana

politik sesebuah negara.Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh

membela nsib rakyat dalam sesebuah negara.Perpecahan yang wujud dalam

system politik akan menggugat keamanan dan nasib seluruh rakyat tidak akan

terbela.Perpaduan juga penting untuk pembangunan demi kemakmuran rakyat

seluruh negara.

Peribahasa ini banyak membawa peringatan kepad kita semua akan peri

pentingnya perpaduan atau semangat kerjasama itu. Sikap menuding jari kepada

mana-mana pihak apabila tibul satu masalah bukanlah satu tidkan yang bijak .

KESIMPULAN.

Peribahasa Melayu merupakan satu susunan kata-kata berbahasa yang menarik ,

menarik, berlapik dan memiliki ciri-ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya.

Melalui kata-kata yang disusun seterusnya ditutur membawa maksud yang tersurat

mahupun tersirat telah dapat dijadikan pedoman dalam masyarakat . Di samping

menyerlahkan lagi nilai-nilai kesantunan dan keindahan berbahasa yang wujud dalam

budaya Melayu. Budaya yang telah diwarisi sejak turun temurun sebagi satu warisan budaya

yang sentiasa dipelihara.

Page 16: Assinhnment bmm 3114