ASWAJA

19
PENDAHULUAN Dewasa ini, di antara perkara-perkara yang telah memperlihatkan kerapuhan di kalangan umat Islam adalah fenomena perpecahan yang bersifat dalaman yang telah melanda umat Islam bukan hanya di Malaysia, bahkan ia turut berlaku di negara-negara Islam yang lain. Hal ini adalah disebabkan kesemua golongan yang melatari perpecahan tersebut masing- masing berusaha di samping tegar dalam mempertahankan pendapat masing-masing walaupun hakikatnya pendapat yang dipegang oleh sesetengah golongan tersebut jelas menyongsang kebenaran yang zahir terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kekeliruan yang melanda sesetengah umat Islam dalam mempernamakan atau melabelkan beberapa golongan tertentu yang pada hakikatnya adalah terkeluar dari pentakrifan sebenar Ahli Sunnah wal Jama’ah telah menghasilkan bunga-bunga perpecahan dan perseteruan yang pastinya akan memberi impak negatif terhadap kesatuan ummah khususnya di Malaysia. Dalam kaitan ini, kewujudan aliran arus perdana dalam mendepani beberapa permasalahan di bidang akidah yang telah ditonjolkan oleh puak-puak yang selainnya telah berjaya membuktikan bahawa aliran tersebut merupakan suatu aliran yang benar sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Rasulullah sallahu `alaih wasallam di dalam hadis baginda sekaligus telah menafikan dakwaan sesetengah puak yang telah mendakwa bahawa merekalah golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah di dalam hadis tersebut.

description

pegangan Aqidah

Transcript of ASWAJA

PENDAHULUANDewasa ini, di antara perkara-perkara yang telah memperlihatkan kerapuhan di kalangan umat Islam adalah fenomena perpecahan yang bersifat dalaman yang telah melanda umat Islam bukan hanya diMalaysia, bahkan ia turut berlaku di negara-negara Islam yang lain. Hal ini adalah disebabkan kesemua golongan yang melatari perpecahan tersebut masing-masing berusaha di samping tegar dalam mempertahankan pendapat masing-masing walaupun hakikatnya pendapat yang dipegang oleh sesetengah golongan tersebut jelas menyongsang kebenaran yang zahir terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah.Kekeliruan yang melanda sesetengah umat Islam dalam mempernamakan atau melabelkan beberapa golongan tertentu yang pada hakikatnya adalah terkeluar dari pentakrifan sebenar Ahli Sunnah wal Jamaah telah menghasilkan bunga-bunga perpecahan dan perseteruan yang pastinya akan memberi impak negatif terhadap kesatuan ummah khususnya di Malaysia. Dalam kaitan ini, kewujudan aliran arus perdana dalam mendepani beberapa permasalahan di bidang akidah yang telah ditonjolkan oleh puak-puak yang selainnya telah berjaya membuktikan bahawa aliran tersebut merupakan suatu aliran yang benar sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Rasulullah sallahu `alaih wasallam di dalam hadis baginda sekaligus telah menafkan dakwaan sesetengah puak yang telah mendakwa bahawa merekalah golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah di dalam hadis tersebut. Justeru, dalam melihat fenomena ini, beberapa hujah ilmiah telah diketengahkan sebagai menzahirkan dikotomi antara aliran yang dikenali sebagai al-Sawad al-`Azam dengan aliran jadi-jadian yang selain daripadanya. Beberapa orientasi pemikiran yang merupakan paradigma khusus aliran ini turut diketengahkan demi memberi pencerahan dan penjelasan konkrit terhadap polemik yang melatari identifkasi sebenar aliran arus perdana ini berbanding aliran-aliran yang bersifat paradoksial yang lain. Jika kebenaran itu ditentukan dengan dakwaan semata-mata, maka semua pihak dapat mengaku dan mendakwa bahawa merekalah golongan yang benar walaupun jelas kesesatan yang bibawa oleh mereka sebagaimana Firman Allah Taala didalam Surah Al Baqarah ayat 113 : 113. dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama Yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama Yang benar)"; padahal mereka membaca Kitab suci masing-masing (Taurat dan Injil). demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) Yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti Yang dikatakan oleh mereka itu. maka Allah akanmenghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa Yang mereka berselisihan padanya.Jika ditelusuri akan ayat ini, maka kita akan dapati bahawa kedua-dua golongan Yahudi dan Nasrani mendakwa diri mereka benar dan mengkhabarkan kesesatan golongan yang lain padahal terang lagi bersuluh kesesatan kedua mereka itu. Begitulah juga semua golonganlain yang terpesong daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah masing-masing mendakwa kebenaran pihak mereka. Maka, seogia kita menilik dengan teliti bagi memastikan kita tidak terpedaya dengandakwaan-dakwaan dan dakyah golongan yang sesat dan menetapkankita didalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.1.0 DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAHDari sudut bahasa, perkataan Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata:Pertama, perkataan ahli yang bererti keluarga, pengikut atau golongan.Kedua, perkataan sunnah. Dari sudut literal, perkataan sunnah mempunyai pengertian al-Thariqah (jalan atau perilaku), baik jalan danperilaku tersebut benar atau tidak. Manakala dari sudut terminologi, sunnah mengandung erti; jalan yang ditempuh oleh Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu. Kiyai Haji Hasyim al-Asy`ari mengatakan:":

! " # $% &' () ! *+, &- . ! /0 "# 1 / 2 ' 3 45 3 ( 6 78 /0 "# !+ 9 0: & / / 0 $;< * " =*+& 8 3 45 7 * 3 " 6".Terjemahan:"As-Sunnah seperti yang telah dikatakan oleh Abu al-Baqa di dalam kitab al-Kulliyyat, karangannya, secara literalnya adalah jalan, meskipun (jalan tersebut) tidak diredhai. Manakala al-Sunnah menurutistilah syara` adalah; nama bagi jalan dan perilaku yang diredhai di dalam agama yang ditempuhi oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau orang-orang yang dapat menjadi teladan dalam beragama seperti para sahabat radiyallahu`anhum, berdasarkan sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam, Ikutilah sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin sesudahku".Ketiga, perkataan jamaah. Secara terminologi, perkataan jama`ah membawa maksud; majoriti kaum Muslimin (al-Sawad al-A`zam), dengan erti bahawa Ahli Sunnah wal Jama`ah adalah sebuah aliran yang diikuti oleh majoriti kaum Muslimin, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Abdary (1328-1429 H/1910-2008 M), berikut ini:" (5 " # 9 ' 0=: "# 7 :% / &- . 1 0- > 6 7 ? 1 *+, @1 ' A ' : ... B C D+ 1 E D= C ".Terjemahan:"Hendaklah diketahui bahawa Ahli Sunnah wal Jamaahadalah majoritiumat Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mereka adalah para sahabat dan golongan yang mengikuti mereka dalam perinsip-perinsipakidahSedangkan jama`ah adalah majoriti terbesar (al-Sawad al-A`zam) [daripada kaum muslimin]".Pengertian perkataan jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin) dilihat berdasarkan atas hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:" :, C " =' A F ( 3 45 3 ( 6 G : ( * 3 " 6 HI /& J K' / , B > D+& 8:# #L=M ='6 NO# I L4 P =E ".Terjemahan:"Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. [Oleh sebab itu,] apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti".Pengertian bahawa jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaumMuslimin) juga adalah seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:" :, Q LM F / R S ) / 7 @, C T LU 3 45 3 ( 6 () () DI: + /& /7V6 / A 8 7 D A O# E WX > "

- . * @:".Terjemahan:"Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal, berbuat baik kepada penguasa [pemerintah] dan selalu mengikuti (beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka akan selalu mengikuti mereka".Hadis ini memberikan pengertian bahawa orang yang selalu mengikut golongan majoriti kaum Muslimin dalam urusan akidah dan amal soleh, maka keberkatan doa mereka akan selalu mengikuti dan melindunginya daripada sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Manakala bagi mereka yang keluar daripada golongan majoriti kaum Muslimin, maka mereka tidak akan memperoleh barakah doa mereka,sehingga mereka tidak akan terpelihara daripada terjebak dengan sifatdengki dan kesesatan dalam beragama. Hadis tersebut secara tidak langsung mendorong kita agar selalu menjaga kebersamaan dengan majoriti kaum Muslimin.Kedua, hadis di atas juga memberikan pengertian bahawa golongan yang terselamat adalah golongan majoriti. Pengertian ini adalah sesuai dengan mazhab Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah kerana jika dilihat dari sudut waqi` dan realiti sejak zaman berzaman, prinsip-prinsip ajaran kedua-dua aliran ini telahpun diikuti oleh majoriti kaum Muslimin di dunia dari dahulu sehingga kini. Di samping itu, hadis tersebut juga merupakan dalil keharusan mengikuti mazhab Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah kerana mengikuti kedua-dua aliran ini bererti mengikuti golongan majoriti kaum Muslimin. Jika distatistikkan golongan Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah mencecah ratusan juta umat Islam diseluruh dunia setiap kurun, dan jika dihimpunkan berkurun-kurun umat Islam dari golongan tersebut maka terang lagi bersuluh kebenaran golongan ini. Manakala mereka yang berlepas diridaripada mazhab Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah bererti telah keluardaripada golongan majoriti kaum Muslimin.)) : A M 3 45 3 ( 6 (& A D ULY A @1 ' $CR 1 @Z #'.(( / & &' [ #- H N \ ? 6 ! I * V 2*: A 7 K / ] U 7 K / ] U " K )2 ! + .Terjemahan:Dan yang paling afdhal dalam kalangan mereka [Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah] tersebut adalah mereka yang merupakan ahli kurun yang ketiga hijrah iaitu mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis baginda sallallahu`alaihi wasallam: ((Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian mereka yang datang selepas kurunku, kemudian mereka yang datang selepas mereka yang mengikut kurunku)). Satu kurun bermaksud seratus tahun sepertimana yang telah ditarjihkan defnisi tersebut oleh al-Hafz Abu al-Qasim bin `Asakir dan cendekiawan yang selain daripada beliau.Pada hakikatnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan diteruskan oleh para sahabatnya tentang aqidah tersebut telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi masih belum tersusun secara sistematik. Maka pada zaman yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini di susun dengan cara yang sistematik oleh dua orang ulama yang mahir dalam bidang Usuluddin yang besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar mudah difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam di zamanya dan zaman selepas mereka, maka penyebutan Ahli Sunnah wal Jamaahselalu dikaitkan dengan kedua-dua ulama ini.2.0 CIRI-CIRI DAN PRINSIP AHLI SUNNAH WAL JAMAAHOrang awam yang tiada ilmu akan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan dan hujjah-hujjah batil mereka yang sesat. Kesesatan ini disemarakkan lagi dengan terbitnya golongan pelajar-pelajar muda berkelulusan agama. Dengan hanya membekalkan ilmu syari'ah atau beberapa hadis yang mereka pelajari di bilik-bilik kuliah, mereka cuba mencabar ilmu ulama-ulama Mu'tabarah yang terdahulu. Jadi bagaimanakah cara untuk menyelamatkan iman dari fahaman sesat yang lain? Kita perlu mentelaah secara saksama iman daripada perkataan-perkataan ulama Muatbarah yang diakui oleh seluruh umatIslam seperti Imam Jailani, Syeikh Ibnu Ataillah, Imam Ghazali, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafe, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lainnya.Telah beriktifak jumhur Ahli Sunnah wal Jamaah pada menetapkan ciri-ciri dan prinsip Ahli Sunnah. Maka telah sesatlah bagi sesiapa sahaja atau golongan yang menyalahi ciri-ciri dan prinsip tersebut. Ciri-ciri dan prinsip tersebut adalah sebagaimana yang dinukilkan olehAbdul Qahir bin Thahir bin Muhammad Al-Baghdadi Al-Tamimi di dalam kitab Al-Farqu baina Al-Firaq pada fasal yang ketiga:1. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat di atas ketetapan beberapa hakikat dan ilmu bersalahan dengan golongan al-Sufastaiyyah (V + #+,).2. Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah merupakan Tuhan yang esa, tidak ada sekutu bagiNya bersalahan dengan golongan al-Tanawiyyahdari kalangan Majusi.3. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa seluruh alam adalah baharu dan sesungguhnya ia merupakan perkara selain Allah dan sifat-sifatNya bersalahan dengan golongan falsafah dan Bathiniyyah dan golongan yang sama dengan mereka itu iaitu yang terdiri daripada golongan yang beritiqad dengan wahdatul wujud yang manaia telah disepakati oleh seluruh umat Islam berhubung kesesatan pengikut-pengikutnya sepertimana yang dinaskan berhubung perkara tersebut oleh para Imam Ahli Sunnah yang terdiri dalam kalangan para suf seperti Imam Junaid Al Baghdady dan As Sayyid Ahmad Ar-Rifaie.4. Ahli Sunnah wal Jamaah menyepakati bahawa Allah-lah Pencipta segala sesuatu, Allah yang menciptakan para hambaNya dan perbuatan-perbuatan mereka, bersalahan dengan golongan Mutazilah.5. Ahli Sunnah wal Jamaah menyepakati bahawa tidak ada permulaan bagi kewujudan Allah. Allah Maha suci dari ukuran, batas akhir dan jisim serta sifat-sifat jisim, berbeza dengan golongan Karramiyyah.6. Mereka bersepakat bahawa Allah tidak meliputi oleh tempat dan tidak berlalu masa keatasNya bersalahan dengan dakwaan sebahagian golongan al-Karramiyyah bahawasanya Allah bersentuhan dengan ArasyNya..7. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa Allah tidak berhajat kepada makhluk-makhlukNya. Dia sama sekali tidak mengambil manfaat untuk diriNya daripada makhluk-makhlukNya dan tidak juga memerlukan mereka untuk menolak kemudaratan daripada menimpa diriNya bersalahan dengan golongan Majusi.8. Mereka bersepakat bahawa ilmu Allah Taala, KekuasaanNya, hidupNya, kehendakNya, pendengaranNya, penglihatanNya, dan pekataNya merupakan sifat-sifat bagiNya yang azali dan abadi bersalahan dengan golongan Muktazilah yang menafkan sifat-sifat Allah.9. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa kalam Allah azza wa Jalla adalah sifat Allah yang azali, bukan makhluk dan tidak diciptakandan bukan baharu, berbeza dengan perkataan Qadariyyah yang mendakwa bahawa Allah menciptakan kalam-Nya pada jism (benda) tertentu, dan bersalahan juga dengan perkataan golongan Karramiyyah bahawa kalam Allah baharu (muncul) pada dzat-Nya.10. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa Allah mengutuskan para Rasul kepada para hamba-Nya, bersalahan dengan golongan Barahimah. Rasul pertama adalah Adam dan rasul terakhir adalah Muhammad shalawat dan salam Allah semoga tercurahkan kepada mereka semua.11. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa para Nabi lebih mulia dari para wali, bersalahan dengan pendapat suatu golongan yang mengganggap di antara para wali ada yang lebih mulia dari para Nabi.12. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa Abu Bakr adalah khalifah yang sah setelah kewafatan Rasulullah.13. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa Iman tidak akan lenyap dengan sebab suatu dosa yang tidak sampai ke tahap kufur. Barangsiapa yang dosanya tidak sampai ke tahap kufur maka dia masih lagi merupakan seorang yang beriman sekalipun dia merupakan seorang fasiq disebabkan maksiat yang dilakukannya bersalahan dengan golongan Khawarij.14. Ahli Sunnah tidak saling mengkafrkan di antara mereka, dan tidakwujud perselisihan di antara mereka yang mewajibkan suatu golonganberlepas diri dan perselisihan yang mewajibkan berlakunya pengkafran ke atas suatu pihak yang lain. (Abd Qohir bin Thohir Al Baghdady, 1037M, 429H)3.0 GOLONGAN DAN METODOLOGI BERFIKIR AHLI SUNNAH WALJAMAAHJika dilihat realiti ummah masa kini pelbagai golongan dan pihak mengaku dan mendakwa sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah, persoalannya siapakah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar?. Sebagaimana yang diijmakkan dan digariskan oleh para ulama yang terdahulu seperti Imam Abu Mansur Al Baghdadi di dalam kitabnya AlFarqu baina Firaq maka kita akan dapati dengan jelas bahawa Ahli Sunnah wal Jamaah itu jatuh kepada Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah.Telah dinukilkan di dalam kitab Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-Mukhtar oleh Syeikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn `Abidin al-Hanaf (W 1252 H)0 ^ > 1 E *+, @1 'Terjemahan:" Ahli Sunnah wal Jamaahdan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-Maturidi)Mengapakah Ahli Sunnah wal Jamaah itu dinisbahkan kepada golongan Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah? Ini adalah disebabkan hanya golongan inilah yang bertepatan dengan ciri-ciri dan prinsip-prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana yang disepakati para ulama dan tidak yang lain. Maka disebabkan itu jugalah Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah sering kali disebut-sebutkan dan dikaitkan dengan isu perbahasan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.Berkata Sayyid Murtadha al Zabidi di dalam kitabnya Ittihaf Saadah al-Muttaqin syarah bagi kitab Ihya `Ulumiddin karangan al-Imam Al-Ghazali."0 ^ > 7& D# E *+, @1 ' _ ` ' NF".Terjemahan:"Apabila disebut Ahli Sunnah wal Jama`ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah (fahaman atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh Abu al-Hassan Asy`ari dan Abu al-Mansur Al- Maturidi)".Imam Sayyid Murtadha al Zabidi adalah merupakan seorang ulama yang masyhur dengan keilmuan sehingga digelarkan gelaran Imam, AlHafdz dan Khotimul Lughawiyyin (penutup segala ahli bahasa) yang menggambarkan betapa mahirnya beliau dalam ilmu bahasa sehinggadigelarkan dengan gelaran tersebut.Oleh itu, kita perlu mengenali siapakah pelopor Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah supaya kita benar-benar mengetahui tentang Ahli Sunnah wal Jamaah. Pertama sekali, penulis ingin menyatakan serbasedikit mengenai biodata Imam Abu al-Hassan al-Ashari. Beliau adalah Abu al-Hassan Ali b. Ismail b. Abi Bisyr Ishaq b. Salim b. Ismail b. Abd Allah b. Musa b. Bilal b. Burdah Amir b. Abi Musa al-Asyari yang merupakan salah seorang dari sahabat Rasulullah. Beliau dilahirkan di Basrah pada tahun 260H dan wafat pada tahun 324H.Al-Asyari merupakan seorang yang bermanhaj sunni lahir dari rumah yang mengamalkan sunnah. Pada permulaan hayatnya, beliau telah mempelajari mazhab Muktazilah daripada Abu Ali al Jubbai. Walau bagaimanapun, dengan hati yang suci dan akalnya yang cerdik beliau telah mengetahui situasi yang sebenar. Beliau telah melihat jurang yang luas antara Ahli Sunnah dan golongan Muktazilah. Beliau telah mengumumkan perpisahan beliau meninggalkan golongan Muktazilahdan kembalinya beliau ke dalam kerangka sunnah kekita beliau berusia 40 tahun. Beliau juga telah mengambil jalan tengah di antara al-tashbih dan al-tatil (iaitu mazhab Muktazilah). Tindakan tersebut telah pun diterima pakai secara meluas dalam golongan manusia.Para pengikutnya begitu ramai, mereka berpegang teguh dengan mazhabnya dan menelusuri manhajnya. Antara golongan ulama yang ada dalam mazhabnya ialah seperti al-Qadi Abu Bakar al-Baqillani, Ibn Furak, Abu al-Qasim al-Qusyairy dan ramai lagi dalam kalangan para ulama yang lain.Manakala, pelopor Al-Maturidiyyah ialah al-Imam Abu Mansur al-Maturidi, beliau adalah Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al-Hanafy al-Mutakallim. Beliau merupakan Imam yang mulia, menolongagama dan meneguhkan pegangan Ahli Sunnah. Beliau mengalahkanMuktazilah dalam siri-siri perdebatan bersama mereka.Beliau telah wafat pada tahun 333H setelah kewafatan Imam Abi Al-Hassan Al-Asyariy dalam tempoh yang pendek dan kuburnya terletak di Samarqand di mana ia didapati sebaris dengan kubur al-Hafz Quthb ad-Din Abd al-Karim bin al-Munayyir al-Halabiy al-Hanafy.Di dalam kitab berjudul al-Fawaid al-Bahiyyah f Tarajum al-Hanafyyah karangan al-Allamah Muhammad Abd al-Hay al-Laknawi al-Hindi, beliau berkata: Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Abu Mansur al-Maturidi yang merupakan Imam Mutakallimin dan pembenar aqidah orang Islam telah menulis karangan-karangan yang agung dan beliau telah melakukan penolakan terhadap pembohonganyang terbit daripada dakwaan-dakwaan yang beraqidah sesat.Apakah cara metodologi berifkir Ahli Sunnah wal Jamaah? Di dalam risalah Aqidah Mursyidah, kata Syeikh Fakhruddin bin Asakir:"_ "Sejarah mencatatkan bahawa dalam kalangan umat Islam semenjak abad permulaan, terutama pada zaman Khalifah Sayyiduna Ali ibn AbiThalib, hingga sekarang ini terdapat banyak golongan (frqah) dalam masalah akidah. Fahaman akidah di antara satu sama lain mempunyai perbezaan bahkan saling bertentangan. Ini adalah fakta yang tidak dapat kita nafkan kerana Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri menyatakannya sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bahawa umat baginda akan berpecah kepada 73 golongan. Semua ini adalah dengan kehendak Allah dan ia mempunyai berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya, walaupunkita tidak mengetahui secara pasti akan hikmah-hikmah tersebut.Namun demikian, Rasulullah juga telah menjelaskan jalan yang selamat yang harus kita ikuti agar tidak terjerumus di dalam lembah kesesatan dan kekufuran. Kunci keselamatan tersebut adalah dengan mengikuti apa yang telah dipegangi oleh Ahli Sunnah wal Jamaah kerana ia adalah keyakinan yang telah dipegang teguh oleh majoriti umat Islam. Kerana Allah sendiri telah menjanjikan kepada Nabi bahawa umatnya ini tidak akan sesat selama mana mereka berpegang teguh terhadap apa yang disepakati oleh Ahli Sunnah wal Jamaah. Allah tidak akan mengumpulkan mereka semua di dalam kesesatan kerana kesesatan.5.0 RUJUKAN[1] Al-Quran Al Kareem[2] Abd Qohir Al Baghdady (1987), Al Farq baina Al-Firaq, Beirut Lubnan: Dar al-Kutb Al-Ilmiah.[3] Ahlu As-Sunnah wal-Jamaah, Wilayah Persekutuan: Assolahiyyah Global Sdn Bhd, (2013).(tanpa nama)[4] Aqidah Al-Sultan Al-Mujahid Al-Faqih Salahuddin Al-Ayyubi, Mohd Sobri Ellias : Assolahiyyah Global Sdn Bhd, (2011)