Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

23
Disediakan oleh PROF. MADYA DR. PATMAWATI IBRAHIM PROF. MADYA SR. DR WAN ZAHARI WAN YUSOF DR. MAIMUNAH ALI DR. ABD RAHMAN AHMAD FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) [email protected] PERANAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM MENANGANI CABARAN GLOBALISASI EKONOMI Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Transcript of Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

Page 1: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

Disediakan oleh

PROF. MADYA DR. PATMAWATI IBRAHIM

PROF. MADYA SR. DR WAN ZAHARI WAN YUSOF

DR. MAIMUNAH ALI

DR. ABD RAHMAN AHMAD

FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

[email protected]

PERANAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM MENANGANI

CABARAN GLOBALISASI EKONOMI

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Page 2: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

KANDUNGAN

1. KONSEP GLOBALISASI2. MATLAMAT GLOBALISASI3. KONSEP DAN CIRI-CIRI GLOBALISASI

EKONOMI4. KEPENTINGAN GLOBALISASI EKONOMI5. KESAN GLOBALISASI EKONOMI6. BAGAIMANA ASWJ MENANGANI KESAN

GLOBALISASI EKONOMI- 7. KESIMPULAN

Page 3: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

KONSEP GLOBALISASI Takrif Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud

"fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.”

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat." [2]

Page 4: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

KONSEP GLOBALISASIglobalisasi merupakan satu proses yang

berlaku secara semula jadi kesan daripada perubahan global. Cth:apabila komputer dan rangkaian Internet diperkenalkan sesebuah negara dihubungkan tanpa batas sempadan geografi lagi.

hubungan sosial, ekonomi dan politik di seluruh dunia yang menghubungkan kawasan yang jauh dalam apa cara keadaan dan peristiwa.

Page 5: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

MATLAMAT GLOBALISASI

1. menggalakkan kesaksamaan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara.

2. menggalakkan pengeluaran produk dan perkhidmatan hasil daripada kerjasama di peringkat global.

3. kerjasama dalam bidang pendidikan.

Page 6: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

KONSEP DAN CIRI-CIRI GLOBALISASI EKONOMI

Globalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan ekonomi antara Negara di dunia yang semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat mudah pantas dan rapat. -

Dikenali sebagai dunia tanpa sempadan - pertukaran maklumat dan komunikasi berlaku dengan mudah dan berkesan.

Melibatkan 2 perkara : i) Liberalisasi ekonomi – dasar pasaran bebasii) Deregulasi ekonomi - Menghapuskan dasar perlindungan yang diamalkan oleh sebuah negara

Page 7: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

KONSEP DAN CIRI-CIRI GLOBALISASI EKONOMI (samb.)

ciri dan sifat utama globalisasi ekonomi ialah persaingan.

Bagi negara yang mahu terus maju maka ia harus bergiat aktif  dengan melibatkan diri dalam keseluruhan ekonmi antarabangsa.

Globalisasi ekonomi menjadikan  persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran, pengurusan, teknologi dan modal insan turut menjadi global.

faktor-faktor pengeluaran bergerak mudah merentasi sempadan geo-politik negara lantas sempadan pasaran dan ekonomi dunia menjadi semakin mengecil

Page 8: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

KEPENTINGAN GLOBALISASI EKONOMI

meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya hubungan antara pelaku ekonomi di pelbagai negara.

- didorong oleh dasar domestik dan antarabangsa sesebuah negara yang membuka pintu perdagangan kepada negara luar. meningkatkan jaringan hubungan perdagangan dan

pelaburan kewangan antarabangsa - perkembangan teknologi dan peluang ekonomi yang wujud dalam sesebuah negara.

Meningkatkan elemen-elemen kreativiti dan inovasi yang tinggi - globalisasi ekonomi menuntut kita melakukan perubahan

berubah dari masa ke semasa. Negara perlu memiliki kelebihan bersaing (competitive edge) dalam pasaran antarabangsa bagi memastikan negara mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat.

Meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan  ekonomi negara.

Page 9: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

Hakikatnya..

Tiada mana-mana negara pun yang mampu mengasingkan diri daripada globalisasi ekonomi. Justeru, rangka pembangunan ekonomi nasional mestilah  terus bersifat  dinamik, kreatif  dan inovatif bagi memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif  sifatnya.

Page 10: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

KESAN GLOBALISASI EKONOMI

(1) Kesan positif : i. Perdagangan bebasii. Perluasan pasaraniii. Pemindahan teknologiiv. Aliran buruhv. Menggalakkan persainganvi. Peningkatan kualiti produkvii. Menambah Keupayaan Modal Dalam

Negara

Page 11: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

KESAN GLOBALISASI EKONOMI

(2) Kesan negatifi. Penjajahan Baru Ekonomiii. Penguasaan ekonomi Negara oleh syarikat-syarikat

MNC.iii. Terdedah kepada masalah kegawatan ekonomi.iv. Kesukaran mengawal aliran modal asingv. Tekanan Ekonomi dan Bebanan Kepada Golongan /

negara2 Miskinvi. Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan

budaya tempatan.vii. Ancaman kepada pengusaha2 tempatan, khususnya

SMEviii. Sistem kewangan dan perbankan berasaskan riba

Page 12: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

ISU YANG TIMBUL DARI KESAN GLOBALISASI EKONOMI

  1) Dunia bukan Islam menguasai sistem kewangan dan perdagangan dunia – berleluasanya sistem riba.    - kemampuan teknologi.     - pengurusan maklumat sistem - kekuatan ketenteraan    - sistem telekomunikasi dan media massa2) Keraguan dalam melaksanakan sistem ekonomi Islam dalam kalangan umat Islam sendiri.3) Perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Page 13: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

BAGAIMANA ASWJ MENANGANI KESAN GLOBALISASI EKONOMI

Page 14: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Page 15: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

Definisi Manhaj Menurut Istilah :

• Kaedah-kaedah dan ketentuan-ketentuan yang digunakan bagi setiap pembelajaran ilmiyyah.

Definisi Manhaj Menurut Bahasa:

• Jalan yang jelas dan terang. Allah Ta’ala berfirman :

ا CهAاج? عAة? وAمEن Cر Eش CمM Aا مEنك Cن MلQ جAعAل Eك ل

Maksudnya : Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.

Page 16: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

• Berjalan di atas prinsip-prinsip yang jelas dan kukuh baik dari I’tiqad, amal mahupun kelakuannya.

MANHAJ AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

• Prinsip pertama yang menjadi asas ialah beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya,beriman kepada Rasul-rasul-Nya, beriman kepada Hari Akhir dan beriman Taqdir baik dan buruknya

Page 17: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

PANDANGAN ISLAM TERHADAP GLOBALISASI

Pertama: Globalisasi hanya baru dari sudut istilah, tidak dari sudut maksudnya. Ini kerana pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai medium sudah berlaku di antara manusia sejak sejarah mula dicatit. Bahkan antara tujuan Allah Subhanahu wa Ta‘ala mencipta manusia adalah untuk mereka saling “berglobalisasi” sepertimana firman-Nya:

AدC ن Eع CمM مAك AرC كA أ YنE إ فMوا AارAعA Eت ل AلE Aائ وAقAب ?ا عMوب Mش CمM Aاك Cن عAل AجAو Aى Mنث وAأ hرA ذAك CنEم CمM Aاك AقCن ل Aخ Yا Eن إ MاسY الن nهAا ي

A Aاأ ي pيرE ب Aخ pيمE عAل AهY الل YنE إ CمM CقAاك Aت أ EهY .الل

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Page 18: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

PANDANGAN TERHADAP GLOBALISASI

Kedua: Globalisasi tidak seluruhnya membawa manfaat dan tidak seluruhnya membawa mudarat. Ia bercampur aduk antara manfaat dan mudarat, antara positif dan negatif.

Ketiga: Walaupun globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan dan perkongsian antara negara, realiti menunjukkan bahawa ia tidak wujud dalam bentuk dua hala yang adil. Sebaliknya, ada negara yang bersifat “mengglobalisasi” dan ada negara yang bersifat “diglobalisasi”.

---------------------------------*mengglobalisasi: negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun “

diglobalisasi : negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama dari negara yang “mengglobalisasi” tanpa menilai sama ada ia membawa manfaat atau mudarat.

Page 19: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

PANDANGAN TERHADAP GLOBALISASI

Seorang tokoh Islam, Dr. Yusufal-Qaradawi berpendapat:

"Adapun globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam."

Page 20: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

MENANGANI KESAN GLOBALISASI EKONOMI

Penyelesaian melalui pelaksanaan sistem ekonomi Islam yang berasaskan kesaksamaan (equity) dan keadilan (justice) untuk semua berteraskan al-Quran dan as-sunnah.

1) Penegasan konsep Islamic rationality (akal + garis panduan shariah) 2) Pengamalan sistem ekonomi Islam berkaitan suruhan / galakan dan larangan dalam bermuamalat

Suruhan – wajib, sunat, harus larangan – haram, makruh

3) 3 Prinsip keadilan dalam sistem ekonomi Islam : i. Keadilan dalam pengeluaranii. Keadilan dalam penggunaan,iii. Keadilan dan kebajikan dalam agihan – functional dan transfer

payment

Page 21: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

3) Pelaksanaan 3 prinsip dalam makroekonomi Islami) Prinsip 1 : Takaful atau ta'awun: saling bantu

membantu.Ii) Prinsip 2 : Keseimbangan fundamental atau

asas ekonomi.iii) Prinsip 3 : Hisbah – timbang tara yg boleh

mengawal ekploitasi pembekal ke atas pasaran.

MENANGANI KESAN GLOBALISASI EKONOMI

Page 22: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

KESIMPULAN

SISTEM EKONOMI ISLAM PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MENGATASI CABARAN GLOBALISASI. Apa yang perlu dilakukan: 1. Mempromosi dan mengetengahkan

sistem ekonomi Islam,2. Mendidik masyarakat tentang sistem

ekonomi Islam, dan,3. Melaksanakan sistem ekonomi Islam

dalam masyarakat.

Page 23: Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi

TERIMA KASIH