A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

download A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

of 54

Transcript of A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    1/54

    1

    KURSUS HSR 3033 ASIA TENGGARA ABAD KE 19

    PENSYARAH : DR. AHMAD ZAINUDIN BIN HUSIN

    TAJUK TUGASAN : N0.7

    Perubahan politik di Asia Tenggara adalah antara kesan-kesan penjajahan yang paling ketara

    di Asia Tenggara. Jelaskan perubahan-perubahan sistem politik yang dialami oleh negara-

    negara di Asia Tenggara dan setakat manakah ia diterima oleh penduduk-penduduk di

    negara-negara di rantau berkenaan.

    NAMA AHLI KUMPULAN

    NAMA NO.MATRIK

    WAN NORAZILA BINTI WAN ISMAIL D20101037589

    SITI UMIAH BINTI ABDULLAH D20101037727

    NOOR HIDAYAH BINTI YUSOFF D20101037667

    TUAN SHAHERRA BINTI KU MOHAMED D20092036902

    NURUL IFFAH BINTI MOHD NASIR D20092036890

    JABATAN SEJARAH

    FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    2/54

    2

    PENGENALAN

    Penjajahan sesebuah kuasa besar ke atas kawasan-kawasan yang lebih kecil atau lemah

    adalah bukan perkara asing, dan telah tercatat dalam sejarah manusia sejak berabad tahun

    yang lalu. Malah penjajahan masih lagi berlaku terhadap negara-negara yang belum merdeka.

    Penjajahan yang dilakukan boleh melalui pelbagai betuk dan cara antara penjajahan secara

    terus atau lansung dan penjajahan secara tersembunyi atau tidak lansung. Biasanya

    penjajahan yang dilakukan ke atas negara-negara yang lemah adalah disebabkan kepentingan

    politik, ekonomi, dan sosial penjajah. Negara atau wilayah yang menjadi sasaran golongan

    penjajah biasanya kaya dengan sumber alam yang mampu memberikan sejuta kepuasan yang

    dapat membantu dalam menstabilkan kekuasaan penjajah di mata dunia. Menurut kamus

    Dewan edisi ketiga perubahan bemaksud pertukaran, peralihan, dan hal yang berubah

    manakala politik bermaksud proses pembentukan atau pembahagian kekuasaan dalam

    masyarakat melalui proses pembuatan keputusan dalam sesebuah negara. Setelah

    digabungkan kedua-dua maksud perkataan Perubahan dan Politik, perubahan politik boleh

    dirumuskan sebagai pertukaran atau peralihan prosese pembentukan kuasa sesuatu kerajaan

    daripada sesuatu yang lama kepada sesuatu yang baru.

    Penjajahan berasal daripada perkataan jajah yang bermaksud pergi dari suatu

    tempat ke tempat yang lain untuk menjelajah, menakluk, dan memerintah sesuatu daerah.

    Perkataan jajah membawa maksd tawan, rampas, mengeksporasi sesebuah negara untuk

    kepentingan tertentu. Menurut Ensiklopedia Malaysiana, penjajahan adalah perlakuan untuk

    mendapatkan wilayah sama ada melalui paksaan atau secara aman. Dengan kata lain,

    penjajahan ini juga boleh disebut sebagai penaklukan atau imperialisme. Asia Tenggara

    (Southeast Asia) adalah negara-negara yang terdapat di Asia Tenggara (AT) iaitu disebelah

    Selatan Dataran negara China dan Timur India yang kebanyakanya beriklim khatulistiwa dan

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    3/54

    3

    monsoon tropika. Negara-negara AT pada masa kini melibatkan sepuluh buah iaitu Malaysia,

    Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Vietnam, Kemboja, Laos, dan Burma atau Myammar.

    Secara keseluruhannya negara-negara ini meliputi kawasan seluas hamper satu setengah juta

    batu persegi yang terdiri daripada gugusan pulau-pulau Indonesia dan 7000 buah pulau di

    Filipina dan Borneo.

    Kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia Tenggara pada abad ke-15 adalah untuk

    menjalankan kegiatan perdagangan. Antara kuasa Barat yang paling awal tiba di Asia

    Tenggara ialah Portugis, British, Belanda, dan Perancis. Setelah berlakunya revolusi

    perindustrian di Eropah pada abad ke-19 memaksa kuasa-kuasa Eropah untuk mendapatkan

    tanan jajahan yang baru bagi menampung keperluan industri mereka. Untuk menguasai

    ekonomi sebuah negara yang bakal dijajah mereka terpaksa mencampuri urusan pentadbiran

    tempatan melalui muslihat dan tektik keji. Akhirnya disebabkan kebodohan dan ketamakkan

    pihak pentadbiran tempatan akhirnya dengan sekelip mata kuasa barat menakluki negara

    tersebut. Setelah berjaya mendapatkan tanah jajahan mereka melaksanakan perubahan politik

    yang drastik daripada corak pentadbiran tradisionalistik Melayu kepada rasional perundangan

    Barat.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    4/54

    4

    TANAH MELAYU

    Disediakan Oleh

    Wan Norazila BT Wan Ismail (D20101037589)

    Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, sistem politik masyarakat Melayu adalah

    bersifat tradisional. Sistem politik yang diamalkan pada abad ke-19 adalah adaptasi daripada

    sistem politik Kerajaan Kasultanan Melayu Melaka. Profesor Wang Gung Wu dan

    O.W.Wolters, menyatakan semua peristiwa dan pengalaman politik yang dilalui oleh

    Parameswara memberi pendekatan dan visi sejarah yang lebih luas dalam konteks

    perkembangan sejarah dan politik Melayu. Mereka mendakwa bahawa Parameswara

    merupakan tokoh politik Melayu yang amat bermakna, malah ketokohan dan kebolehannya

    tidak ada tolak bandingnya di Nusantara.1

    Sistem pentadbiran berkembang selaras dengan

    perkembangan dan kekompleksan kerajaan daripada sebuah perkampungan nelayan yang

    didiami oleh orang laut sehinggalah menjadi sebuah kerajaan yang maju. Landasan

    berkerajaan inilah hadir apabila raja yang berdaulat dan berkuasa memerintah secara

    karismatik dan mendapat kepercayaan yang utuh daripada rakyatnya. Dipersekiranya pula

    terdapat golongan pembesar yang berwibawa yang membantu untuk menjalankan

    pentadbiran kerajaan.

    Negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British mempunyai institusi pemerintahan

    yang sistematik. Unit politik Melayu yang terbesar sekali adalah Negeri yang dikuasai oleh

    Sultan. Sultan yang memerintah adalah betul-betul dari keturunan Raja dan biasanya negeri

    ditubuhkan di lembangan sungai kerana fungsi sungai dalam perkembangan perhubungan dan

    perdagangan. Kuasa kerajaan adalah terletak pada raja dan raja memerintah secara mutlak.

    Raja dibantu oleh golongan pembesar yang terdiri daripada golongan bangsawan yang dipilih

    1Muhammad Yusoff Hashim (1989).Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada

    Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hlm .138.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    5/54

    5

    daripada kaum kerabat dan keturunannya. Tiap-tiap negeri terdiri daripada beberapa buah

    daerah dibawah kekuasaan pembesar tempatan. Institusi pembesar memainkan peranan yang

    penting dalam kerajaan dan masyarakat. Pembesar merupakan orang paling berkuasa di

    daerah masing-masing dan kekuasaanya melebihi kuasa raja kerana pembesar merupakan

    sebuah jambatan yang menghubungkan antara raja dengan rakyat. Sejarah Melayu ada

    menyebut kalimat tentang Menteri Empat atau juga dikenali dengan nama Sistem

    Pembesar Empat Lipatan. Tome Pires menyatakan hierarki secara menurun para pembesar

    iaitu bermula Bemdara (Bendahara) atau Paduca Raja (Paduka Raja), Lasemana

    (Laksamana), Tumunguo (Temengong), dan Xabandares (syahbandar).2 Sebagai contoh di

    negeri Pahang, golongan pembesarnya memainkan peranan yang penting dalam menjalankan

    semua dasar kerajaan meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka mempunyai

    tanggungjawab yang besar untuk memastikan kestabilan kerajaan negeri Pahang. Para

    pembesar di Pahang dikenali dengan gelaran Orang Besar Berempat seperti Orang Kaya

    Indera Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Indera Segeara Temerloh, Orang Kaya Indera

    Pahlawan Chenor, dan Orang Kaya Indera Syahbandar3. Peranan utama yang dimainkan oleh

    para pembesar ini ialah memungut cukai, berkuasa dalam pelaksanaan undang-undang di

    daerah masing-masing, melaksanakan sistem kerah, memastikan wilayah pegangan berada

    dalam keadaan aman dan sejahtera dan menjadi lidah rasmi sultan untuk menyampaikan titah

    kepada rakyat jelata.4

    Tiap-tiap daerah pula terdiri daripada beberapa unit politik yang

    terkecil yang dipanggil kampung dan diketuai oleh seorang penghulu. Selepas kedatangan

    British, pembesar tidak lagi bermaharajalela dan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam

    pentadbiran tempatan. Pengenalan kepada sistem residen pada 18745

    telah meruntuhkan dan

    2Muhammad Yusoff Hashim (1989).Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada

    Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hlm .149.3Ibid.Hlm. 223.4

    Ibid. Hlm .167-196.5Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya (1982).Sejarah Malaysia.Kuala Lumpur: Macmillan Press

    Ltd.Hlm .200.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    6/54

    6

    menghancurkan kekuasaan para pembesar melayu dan menyebabkan mereka tidak puas hati

    sehingga timbulnya semangat untuk bangkit menetang.

    Menjelang abad ke-19, British telah bertapak di Semenanjung Tanah Melayu di Pulau

    Pinang, Melaka dan Singapura. Melalui Anglo-Dutch Treaty 1824 atau (Persetiaan Landon),

    yang ditandatangani pada 17 Mac antara United Kingdom dengan Kemaharajaan Bersatu

    Belanda di Landon telah membahagikan Kepulauan Melayu kepada dua bahagian iaitu di

    bawah kekuasaan Belanda dan British.6

    Tanah Melayu di bawah kekuasaan British manakala

    Indonesia di bawah Belanda7. Termeterainya perjanjian ini bermakna secara rasminya British

    mempunyai hak ke atas Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan terpenting iaitu Pulau

    Pinang, Melaka dan Singapura telah digabungkan oleh British pada 1826 yang dikenali

    sebagai Negeri-negeri Selat (NNS).8

    Pusat pentadbirannya terletak di Singapura dan dikawal

    oleh Gabenor. Tujuan utama penubuhan negeri-negeri selat ialah untuk menjimatkan kos

    pentadbiran dan menyeragamkan sistem pentadbiran dengan mengamalkan sistem

    pentadbiran yang sama dengan Eropah9. Pembentkan Negeri-negeri Selat ini, kekal di bawah

    penguasaan Inggeris di India sehinggalah tahun 1867 apabila pentadbiranya diserah kepada

    Pejabat Tanah Jajahan Inggeris.10

    British telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang

    merangkumi tiga badan utama iaitu, badan eksekutif, legislatif, dan judisiari. Pada tahun

    1831, Robert Fullertoon yang merupakan Gabenor NNS menyatakan bahawa Naning

    merupakan sebahagian daripada Melaka dan beliau cuba untuk melaksanakan Sistem

    Undang-Undang Tanah dan Kehakiman di sana serta memungut sepersepuluh hasil cukai

    6Alfred P.Rubin.(1974).The International Personality Of Malay Peninsula.Kuala Lumpur: University

    Malaya.Hlm .181.7Virginia Matheson Hooker. (2003).A Short History Of Malaysia: Linking East And West.Australia: Allen &

    Unwin.Hlm. 107.8Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya .(1982).Sejarah Malaysia.Hlm .141.

    9 Graham E. Saunders. (1978).Malaya: Perkembangan Masyarakat Majmuk: Topik-topik Dalam Sejarah

    Asia,Landon: Longman.hlm 8-1610Joginder Singh Jessy.(1978).Sejaraha Tanah Melayu 1400-1959.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

    Pustaka.Hlm .125.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    7/54

    7

    tempatan yang berhak mereka miliki setelah menandatangani perjanjian dengan Dutch East

    India Company (VOC).11

    Hal ini adalah bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dan perkara ini

    ditentang sengit oleh Penghulu tempatan iaitu Dol said. Beliau menganggap bahawa kejadian

    ini merupakan satu penghinaan kepadanya dan Naning merukan sebuah negeri yang merdeka

    dan bebas dari pengaruh mana-mana kuasa asing. Beliau telah kehilangan hak untuk

    memungut cukai yang selama ini merupakan mata pencariannya dan sumber kerajaan yang

    utama. Selain itu, dengan pengistiharan Naning sebagai salah satu wilayah naungan Melaka

    meyebabkan beliau telah kehilangan kuasa pentadbir di Naning.12

    Sebagai contoh Dol Said

    telah dihalang daripada menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di Naning oleh pihak British

    kerana segala kes jenayah yang berlaku sepatutnya di bawah kendalian pihak British. Jadi

    Dol Said tidak boleh masuk campur. Ketegangan semakin memuncak sehinggalah pada 1831

    tercetusnya Perang Naning antara Dol Said denganSyarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

    SHTI telah menghantar satu angkatan seramai 150 orang dan dua pucuk meriam. Dol Said

    telah dibantu oleh Ketua Rembau yang menyuruh menantunya menolong Syed Syaaban dan

    Berjaya untuk memenangi peperangan tersebut.13

    Kekalahan ini amat memalukan SHTI dan

    demi untuk menebus balik maruah yang tercalar siri kedua Perang Naning bermula pada

    1832. Leftenan Kolonel Herbert memimpin angkatan untuk menyerang Naning, bilangan

    tentera pada kali ini lagi ramai dan akhirnya pada 15 Jun Naning telah tewas kepada British.

    Signifikannya kekalahan Dol Said adalah disebabkan beliau tidak mendapat sokongan

    daripada pemerintah-pemerintah yang lain kerana British terlebih dahulu membeli maruah

    mereka melalui perjanjian bersama.14

    11Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. (1982).Sejarah Malaysia.Hlm. 142.

    12Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Kuala Lumpur: Persatuan

    Sejarah Malaysia.Hlm. 92.13Joginder Singh Jessy. (1978).Sejaraha Tanah Melayu 1400-1959. Hlm .114.

    14Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm .94.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    8/54

    8

    Dengan terlantiknya Sir Endrew Clarke sebagai Gabenor NNS, dasar British terhadap

    Negeri-negeri Melayu berubah sama sekali terutamanya selepas termeterainya Perjanjian

    Pangkor pada 20 Januari 1874 diantara Sultan Abdullah dengan Sir Andrew Clarke15

    dan

    sejak detik itulah mimpi ngeri masyarakat Melayu bermula. Pengenalan kepada Sistem

    Residen telah mengubah keseluruhan sistem politik tradisional Melayu. Walaupun pada

    dasarnya sistem politik Melayu masih kekal tetapi fungsinya telahpun berubah. Pada mulanya

    system residen ini dipercayai oleh raja dan pembesar kerana banyak pelajaran yang yang

    telah didapati oleh kedua-dua belah pihak. Hasil yang dicapai daripada perlaksanaan sistem

    ini ialah ia dapat menegakkan undang-undang dan pentadbiran kerajaan juga menjadi

    semakin cekap dan tersusun.16

    Negeri pertama yang menerima residen British adalah Perak

    iaitu J.WW.Birch telah dilatik. Diikuti dengan perluasan pengaruh dan perlantikan resisen

    British di Selangor dan Sungai Ujong 1874, Pahang 1888, dan Negeri Sembilan pada 1896.17

    Secara teorinya, setiap Residen mempunyai tugas untuk menasihati raja dalam urusan

    pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi, dan memperkenalkan sistem

    pungutan cukai. Namun pada hakikatnya semua itu hanyalah rekaan semata-mata kerana

    yang berkuasa dalam menjalankan pentadbiran adalah residen, raja atau sultan hanyalah

    boneka kerajaan semata-mata yang berkuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama dan

    adat sahaja. Pada mulanya, perubahan dalam sistem politk selepas kehadiran residen tidak

    memberikan apa-apa masalah. Tetapi setelah J.W.W Birch mengistiharkan rancangan-

    rancangannya iaitu akan menubuhkan pusat pemungutan cukai di yang akan diletakkan di

    bawah kawalan pegawai eropah, dan akan menyusun semula cukai-cukai18

    menyebabkan

    pagawai-pagawai tempatan mula membuka mata dan bangkit untuk melawan perkara

    15Joginder Singh Jessy. (1978).Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Hlm 18516Ibid.hlm 204

    17 Wendy Khadijah Moore. (2004).Malaysia: A Pictorial History 1400-2004.Kuala Lumpur: Editions Didier

    Millet.Hlm. 43.18Cukai termasuklah cukai pajak candu, arak, judi, permit balak, cukai perahu, senjata, padi, dan memotong

    atap.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    9/54

    9

    tersebut.19

    Hal ini demikian kerana terdapat banyak kelemahan dalam Sistem Residen yang

    Sultan dan pembesar tidak puas hati. Antara kelemahan ialah Sultan dan pembesar

    kehilangan kuasa pentadbiran, terpaksa akur kepada arahan residen, tidak terdapat

    keseragaman pebtadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Setiap

    residen menjalangkan pentadbiran mengikut acuan mereka dan sesuka hati mereka (ada yang

    malas, sombong, dan memandai-mandai), tiada pengawasan daripada Gabenor NNS, dan

    mengeksploitasi sumber di Tanah Melayu. Perkara yang paling terkesan yang menjadi api

    yang membakar semangat Sultan dan pembesar tempatan apabila J.W.W Birch mencampuri

    adat resam Melayu dengan menghapuskan Sistem Perhambaan yang dianggap kejam.

    Keadaan ini menyebabkan beliau telah dibunuh pada 2 November 1875 di Pasir Salak.20

    Tentangan yang wujud di Negeri Sembilan bukan disebabkan berlakunya konflik

    antara nilai-nilai tradisi dengan nilai-nilai baru yang dibawa oleh British. Hal ini demikian

    kerana pada masa itu British belum lagi bertapak di kawasan Tengku Antah, tetapi British

    telah menguasai kawasan di Sungai Ujong.21

    Tentangan di Negeri Sembilan (NS) berlaku

    apabila British berniat untuk menguasai NS kerana mempunyai sumber galian biji timah yang

    banyak. Residen British di Sungai Ujong iaitu, Patrick James Murray telah datang ke Terachi

    untuk membuat siasatan mengenai dakwaan Datuk Kelana yang mengatakan bahawa Terachi

    adalah miliknya sedangakan pada hakikatnya Terachi adalah milik Yamtuan Antah. Konflik

    berlaku apabila Murray telah membawa bersamanya 20 orang tentera, 30 orang polis, 7 juru

    kur dan dan seorang anggota polis ke Terachi. Keadaan ini mengambarkan bahawa British

    menganggap bahawa Terachi merupakan wilayah miliknya. Yamtuan Antah cuba meghalang

    sehingga tercetusnya perang antara keduanya. Dalam perang ini Yamtuan Antah telah kalah

    dan terpaksa mengakui ketuanan British di Sungai Ujong. Di Pahang kejadian yang hampir

    19

    Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm. 94.20Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm. 95.

    21Ibid.Hlm. 96.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    10/54

    10

    sama turut berlaku. Perlantikan JP Roger sebagai residen Pahang banyak mengundang rasa

    tidak puas hati dalam kalangan pemerintah tempatan. Pengenalan kepada peraturan-peraturan

    yang baru seperti pembentukan beberapa daerah baru yang diletakkan dibawah kuasa hakim

    dan pemungut hasil. Dengan perlatikan hakim dan pengutip hasil ini menyebabkan peranan,

    tugas dan kewibawaan pembesar Melayu tergugat. Hal yang paling bertentangan dengan

    tradisi orang Melayu iaitu, pengharaman pembawaan senjata (keris) menyebabkan mereka

    kembali bangkit untuk menentang pentadbiran British di Pahang. Penentangan ini di pimpin

    oleh Datuk Bahaman kerana British telah bertindak menyekat kekuasaannya di Semantan.

    Datuk Bahaman mendapat sokongan daripada Tok Gajah dan mat Kilau dalam melancarkan

    misi untuk menentang JP Roger tetapi mereka kalah kerana kekuatan tentera British tidak ada

    tolok bandingnya.22

    Bagi mengemaskini pentadbiran yang sedia adadan menambahkan

    kecekapan dalam pentadbiran, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan di bawah

    Perlembagaan Sistem Residen. Pada 1887, Sir Hugh Low23

    telah membentuk mesyuarat ini di

    negeri Perak pada 1878 bagi menggantikan Majlis Sultan. Anggota Ahli MMN terdiri

    daripada Sultan sebagai presiden, Residen sebagai Penasihat Sultan, Penolong Residen,

    pembesar, dan wakil kaum Cina dan wakil Inggeris. Fungsi utama ialah sebagai badan

    penasihat sultan, menggubal dan meluluskan undang-undang, menyusun pungutan cukai,

    mengurus dan menetapkan gaji pegawai-pegawai Melayu dan sebagainya. Boleh dikatakan

    kelemahan yang paling ketara melalui pelaksanaan Sistem Residen dan Penasihat British

    ialah tiada pembahagian kuasa yang sistematik dalam kalangan pemerintah yang

    menyebabkan para residen dan penasihat NNMB dan NNMTB telah melampaui batas tugas

    mereka.

    22

    Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm.97-98.23

    Joginder Singh Jessy. (1978).Sejarah Tanah Melayu1400-1959.Hlm .206.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    11/54

    11

    Menjelang tahun 1895, pentadbiran berasaskan Sistem Residen di Tanah Melayu

    dikatakan tidak lagi relevan kerana tidak memenuhi harapan kuasa penjajah dan memerlukan

    perubahan yang drastik. Cadangan rasmi pertama kepada permasalahan tersebut ialah

    mengadakan satu bentuk pentadbiran persekutuan Federated Malay States (FMS)/ Negeri-

    Negeri Melayu Bersekutu.24

    Cadangan tersebut datangnya daripada seorang pegawai di

    Jabatan Jajahan (C.O) iaitu, CP Lucas setelah berbincang dengan F.A Swwettenham. Setelah

    dilakukan penelitian secara terperinci, satu keputusan telah diambil di mana keputusan

    tersebut dikatakan sebagai salah satu sistem yang paling baik yang pernah dilaksanakan di

    Tanah Melayu. 25 Signifikannya sistem pentadbiran yang baru ini ialah ia dapat

    menyeragamkan pentadbiran diperingkat pusat dan negeri kerana negeri-negeri yang lebih

    kuat atau yang kaya akan membantu negeri-negeri yang lemah atau miskin. Sebagai

    permulaan kepada perlaksanaanya, seorang pegawai British di hantar ke negeri-negeri

    berkenaan untuk mendapatkan persetujuan daripada raja-raja dan pegawai tempatan. Secara

    praktikalnya Perjanjian Persekutuan ini mengelakkan daripada mengiktiraf kekuasaan residen

    di daerah-daerah dan memperkenalkan satu jawatan baru iaitu Residen Janeral yang

    bertanggungjawab untuk member nasihat dan bukannya memerintah. Residen Janeral yang

    pertama ialah Swettenham memandangkan beliau merupakan seorang yang berkelayakan dan

    memahami dengan baik politik masyarakat Melayu.26

    24

    Virginia Matheson Hooker. (2003). .A Short History Of Malaysia: Linking East And West.Hlm. 136.25Persatuan Sejarah Malaysia. (1979).Malaysia: Sejarah Dan Proses Pembangunan.Hlm .104.26Ibid.Hlm .107.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    12/54

    12

    INDONESIA

    Disediakan Oleh

    Noor Hidayah BT Yusoff (D20101037667)

    Kedatangan kuasa Eropah ke Indonesia terutama Belanda adalah berlatar belakangkan oleh

    keinginan perdagangan dan pemyebaran agama Kristian serta menjelajah daerah baru.

    Kekayaan hasil bumi asia tenggara terutamanya Kepulauan Melayu menjadi rebutan kepada

    kuasa-kuasa Barat khususnya Belanda dan British. Pertembungan kuasa British dan Belanda

    di Kepulauan Melayu di atasi dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

    Termeterainya perjanjian ini, maka terbentuknya dua kawasan berpengaruh iaitu Belanda

    menguasai Indonesia manakala British menguasai Tanah Melayu. Pembahagian wilayah

    kuasaan ini membolehkan Belanda meluaskan pengaruhnya di Indonesia tanpa ganguan

    daripada British.27

    Dikatakan Indonesia dijajah oleh Belanda selama kira-kira 200 tahun

    antara awal abad ke -17 hingga pertengahan abad ke-20.28

    Kemasukan pengaruh kuasa Belanda di Indonesia telah mengubah struktur politik

    tradisional masyarakat Indonesia kepada sistem politik atau pentadbiran yang baru seperti

    pengenalan sistem pentadbiran berpusat dan Dasar Liberal. Pentadbiran Belanda di Indonesia

    turut memperkenalkan undang-undang baru seperti mewujudkan sistem mahkamah.

    Mewujudkan sistem pentadbiran berpusat

    Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang

    berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan-kerajaan ini

    diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan

    tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau bupati ( di Jawa). Sehingga abad

    27Anthony Ried. (2005).Asal Mula Konflik Acheh: Dari Perebutan Pantai Timur Sumatera hingga Akhir

    Kerajaan Acheh Abad ke-19. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. Hlm. 17-18.28MC. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin.( 2010).A New History of

    Southeast Asia. New York: Palgrave Macmillan. Hlm.186.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    13/54

    13

    ke-19, sistem beraja kekal meletakkan kuasanya sebagai kuasa yang tertinggi. Ia mempunyai

    peranan penting sama ada secara fizikal atau spiritual. Raja juga berperanan menjaga

    perpaduan dan dianggap alat yang paling efektif untuk mengawal rakyat. Selain itu, raja juga

    berperanan dalam mnegukuhkan kerajaan serta memiliki keseluruhan tanah serta hasil

    kerajaan. Rja dibantu oleh pembesar yang digelar patih dan sejumlah menteri.29

    Setelah

    menguasai Indonesia, Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua bahagian iaitu

    pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor

    General, manakala pentadbiran tempatan diketuai oleh pembesar tempatan.Gabenor General

    telah melantik tiga orang Pesuruhjaya Jeneral. Manakala empat orang konsul dilantik oleh

    Gabenor General untuk membantunya dalam urusan pentadbiran yang melibatkan penasihat

    dan rujukan perundangan kepada kerajaan. Perubahan pentadbiran ini telah mengurangkan

    kuasa pembesar tempatan terutamanya raja. Selain itu pembesar juga diletakkan di bawah

    kuasaan seorang Residen dan pentadbiran Belanda turut masuk campur dalam sistem

    pewarisan tahkta raja di Indonesia.

    Perubahan dalam sistem pentadbiran yang dilakukan oleh Belanda ke atas Kepulauan

    Indonesia telah mendapat penerimaan negatif daripada masyarakat tempatan terutamanya

    golongan pembesar dan juga raja. Contohnya, Sultan Badruddin di Palembang yang

    memberontak pada 1820 kerana pembesar tempatan diletakkan di bawah sistem residen yang

    mana telah menyebabkan kuasa pempesar tempatan semakin berkurang.30

    Penentangan yang

    paling ketara yang dilakukan pembesar tempatan terhadap pentadbiran Belanda adalah

    pemberontakan yang dilakukan oleh Diponegoro atau Pangeran Anta Wiria yang tidak

    berpuas hati dalam campur tangn pihak Belanda dalam pewarisan takhta raja. Diponegoro

    adalah putera sulung Sultan Hamengkubuwono III yang memerintah Jogjakarta pada tahun

    29Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (2008). Sejarah Nasional Indonesia IV :

    Kemunculan Penjajah di Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka. Hlm.126.30M.C Ricklefs. (2008).A History of Modern Indonesia Since C. 1200 : Fourth Edition. New York: Palgrave

    Macmillan. Hlm.170.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    14/54

    14

    1810 hingga tahun 1814. Rasa tidak puas hati Diponegoro terhadap pentadbiran Belanda

    wujud apabila selepas kemangkatan ayahandanya, beliau tidak dilantik sebagai sultan

    sebaliknya pihak Belanda telah melantik adiknya Djarot yang berketurunan gahara. Namun,

    Raffles ketika itu yang memerintah Jawa dapat mententeramkan keadaan dan berjanji akan

    memberikan takhta kerajaan kepada Diponegoro setelah Djarot mangkat.

    Pada tahun 1822 Djarot telah mangkat akibat diracun, ketika itu Jawa telah diperintah

    oleh Belanda di bawah Gabenor Baron Van der Cappelan.31

    Setelah Djarot mangkat,

    Diponegoro telah menuntut janji yang telah dibuat oleh Raffles untuk melantik beliau

    menjadi sultan. Akan tetapi sebaliknya telah berlaku apabila Gabenor Baron Van der

    Cappelan telah melantik anak Djarot yang berusia dua tahun ketika iti menjadi sultan atau

    raja. Disebabkan hai ini, Diponegoro berasa sangat marah dengan pentadbiran Belanda keran

    sudah dua kali beliau telah diturunkan takhta serta keengganan Belanda untuk menunaikan

    janji yang dibuat Raffless. Pelantikan anak Djarot jelas menunjukkan bahawa Belanda cuba

    menambil kesempatan dalam pentadbiran kerana segala kuasa yang dilajankan sultan berada

    dalam penasihatan pentadbiran Belanda.

    Secara logiknya, kanak-kanak yang berusia dua tahun tidak dapat melaksanakan

    pemerintahan dengan baik. Maka kesempatan inilah yang akan digunakan Belanda untuk

    menguasai pemerintahan Jawa secara keseluruhannya. Rasa tidak puas hati Diponegoro

    terhadap pentadbiran Belanda serta campur tangan Belanda dalam pewarisan takhta

    ditunjukkan melalaui pemberontakan yang mencetuskan Perang Jawa pada tahun 1825

    hingga 1830.32

    Namun, peperangan itu telah dimenangi oleh Belanda yang telah

    menyebabkan Belanda mengambil langkah merampas beberapa wilayah di Pulau Jawa bagi

    31M.C Ricklefs. (2008).A History of Modern Indonesia Since C. 1200 : Fourth Edition. New York: Palgrave

    Macmillan. Hlm.140.32Norman G.Owen. (2005). The Emergence of Modern Southeast Asia: A New History. Honolulu, Hawaii:

    University of Hawaii. Hlm.127.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    15/54

    15

    melemahkan kekuatan kerajaan tempatan untuk menentang pentadbiran Belanda. Antara

    wilayah tersebut ialah Banjumas, Bagalen, Madium dan Kediri. Manakala Diponegoro di

    buang ke Bangkahulu dan meninggal dunia disana.33

    Penubuhan sistem mahkamah

    Seperti Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia sebelum kedatangan kuasa Barat, sistem

    perundangan terletak pada budi bicara seorang pemerintah iaitu raja atau pembesar. Namun,

    setelah kedatangan Inggeris dan Belanda sistem mahkamah atau kehakiman telah diwujudkan

    bagi menggantikan sistem undang-undang tradisional yang bersandarkan kepada adat di

    Indonesia. Di Indonesia, sistem mahkamah moden telah bermula sejak kedatangan Hindia

    Belanda. Pada tahun 1798, Dewan Pengadilan juga dikenali sebagai Raad van Justitie (

    Council of Justice) telah menjadikan mahkamah di Batavia sebagai Mahkamah Agung

    untuk segala rayuan terhadap keputusan yang diambil oleh mahkamah-mahkamah di

    Semarang dan Surabaya. Walau bagaimanapun, Bataafse Republiek atau RepublikBatavia

    yang dikeluarkan pada tahun 1804 menetapkan bahawa susunan Kehakiman untuk penduduk

    asal akan tetap mengikut undang-undang serta adat mereka. Namun, piagam tersebut tidak

    pernah dikuatkuasakan kerana Republik Batavia telah digantikan dengan pemerintahan

    Hindia Belanda. Keputusan tersebut banyak dipengaruhi oleh tugas yang dijalankan oleh

    Herman Willem Daendel iaitu Gabenor Jeneral Hindia Belanda yang dilantik pada tahun

    1807.

    Semasa pemerintahan British pada tahun 1812, susunan kehakiman untuk penduduk

    Eropah diperluas oleh Leftenan Jeneral Stamford Raffles merangkumi penduduk asal yang

    tinggal di Batavia, Semarang dan Surabaya. Selepas kekalahan Napoleon Bonarparte dalam

    peperangan di Eropah, hampir kesemua tanah jajahan Hindia Belanda yang diambil Brtish

    33 Rosihan Anwar. (2004). Sejarah Kecil "petite histoire" Indonesia. Jakarta : Penerbit Buku Kompas. Hlm.119.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    16/54

    16

    dikembalikan semula kepada Belanda dan menetapkan bahawa undang-undang jenayah sivil

    akan digubal untuk seluruh Jawa dan Madura kecuali Jakarta, Semarang dan Surabaya serta

    daerah-daerah berjiran yang masih dikekalkan di bawah bidang kuasa Raad van Justitie

    (Council of Justice). Keadaan ini menyebabkan terdapat perbezaan dalam susunan mahkamah

    iaitu Mahkamah Hoog Gerecht Shof (Supreme Court) yang bertindak sebagai mahkamah

    rayuan untuk keputusan-keputusan Mahkamah Raad van Justitie (Council of Justice) di

    Jakarta manakala Mahkamah Raad van Justitie pula terletak di Jakarta, Semarang dan

    Surabaya. Selain itu, keadaan ini menunjukkan ada perbezaan dalam susunan kehakiman bagi

    bangsa Indonesia yang tinggal di bandar-bandar seperti Jakarta dan sekitarnya dan bangsa

    Indonesia yang tinggal di desa atau pedalam.34

    Susunan sistem kehakiman bagi bangsa

    Eropah ialah Mahkamah Hooggerechtshof (Supreme Court ) di Jakarta dan Raad van Juatitie

    ( Council of Justice) di Jakarta, Semarang dan Surabaya. Kehakiman

    Hooggerechtshof(Supreme Court) adalah kehakiman tertinggi dan kedudukannya di Jakarta

    dengan daerah kekuasaannya meliputi seluruh Indonesia memiliki kekuasaan dalam

    mengawasi kelancaran sistem kehakiman dan bertindak sebagai kehakiman rayuan terhadap

    keputusan yang dibuat oleh Raad van Justitie (Council of Justice).

    Pada tahun 1847, sistem kehakiman dimantapkan dengan sebuah Koninklijk Besluit

    (Dekri Diraja) bertarikh 16 Mei 1847 yang terkandung dalam Stb.1847 No.23 dikenali

    dengan nama Reglement op de Rechterlijke Organisatie (RO) atau Rules on Court.35

    RO yang

    dikuatkuasakan pada 1 Mei 1848 menetapkan sejumlah lembaga kehakiman untuk

    menghakimi perkara undang-undang yang terjadi antara sesama orang Eropah dan antara

    sesame orang Bumiputra. RO ini mendasari sahnya badan kehakiman berikut Districts

    Gerecht(District Court), Regentschaps Gerecht ( Regency Court), Land Raad ( Land

    34

    Muhammad Ariffin. (1978). Peradilan di Indonesia. Jakarta Pusat : Pradnya Paramita. Hlm. 50.35F. Sugeng Istanto. (1992). Perlindungan Penduduk Sipil : Dalam perlawanan Rakyat Semesta dan Hukum

    Internasional. Yogyakarta : Andi Offset. Hlm. 123-125.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    17/54

    17

    Council), Rechtbank van Omgang ( Dealing Tribunal ), Raad van Justitie ( Council of

    Justice ), dan Hooggerechtshof ( Supreme Court ).36

    Badan-badan kehakiman tersebut hanya

    akan mengadili orang-orang Bumiputra. Manakal badan yang akan mengadili perkara-perkara

    untuk orang Eropah ialah Residentie Gerecht (Residence Court ), Raad van Justitie ( Council

    of Justice ), dan Hoog Gerecht Shof ( Supreme Court ).

    Terdapat tiga mahkamah kerajaaan untuk orang Indonesia iaitu mahkamah daerah (

    kewedanaan) untuk kesalahan ringan, mahkamah daerah untuk perkara yang lebih besar dan

    Land Raad ( Land Council) untuk semua perkara jenayah dan sivil yang penting antara orang

    Indonesia dan orang yang diberi status Indonesia. Semua ketua Land Raad adalah orang ahli

    undang-undang Belanda yang berpendidikan. Ini mencerminkan pemerintahan lansung

    Belanda di Indonesia.

    Selain badan-badan kehakiman kerajaan kolonial, masih terdapat kehakiman lain

    seperti Mahkamah Swapraja yang dikendalikan oleh raja dan sultan serta pembesar. Bagi

    daerah lain yang tidak diperintah secara langsung oleh Hindia Belanda juga terdapat pelbagai

    bentuk badan penyelesaian pertikaian seperti Mahkamah Desa. Badan-badan kehakiman

    untuk Bumiputra ini didominasi dan tidak boleh dipisahkan dari pejabat-pejabat eksekutif.

    Namun, badan-badan mahkamah untuk orang-orang Eropah yang dinamakan Council of

    Justice dan Supreme Court berada di bawah pengendalian hakim-hakim yang mempunyai

    kelulusan undang-undang yang profesional dan hanya Residence Court yang berada di bawah

    pengendalian Residen. Walaupun susunan tribunal yang ditetapkan RO diubah berkali-kali,

    namun kepelbagaian badan-badan kehakiman di Hindia Belanda tetap juga berlangsung.

    36Muhammad Ariffin. (1978). Peradilan di Indonesia. Hlm. 56-58.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    18/54

    18

    Mewujudkan Dasar Liberal dalam Pentadbiran

    Dasar Liberal bukannya sistem ekonomi seperti Sistem Kultur, ianya merupakan satu dasar

    pentadbiran dan pelaksanaannya merupakan langkah kearah menghapuskan Sistem Kultur.

    Dasar Liberal bertujuan untuk memberikan peluang kepada kapitalis-kapitalis melibatkan diri

    dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah di Belanda pada

    tahun 1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur. Sejak pertengahan abad ke-

    19, fahaman liberal telah mula merebak di Eropah termasuk Belanda. Golongan liberal di

    bawah pimpinan Van Hoeval telah mengecam Sistem Kultur dan menganggapnya sebagai

    sistem perhambaan dan pemerasan. Oleh itu, mereka mendesak Belanda melaksanakan dasar

    yang lebih bertanggungjawab yang dapat meninggikan taraf ekonomi dan sosial rakyat

    Hindia Timur.37

    Van Hoeval mahukan kerajaan melaksanakan dasar ekonomi bebas yang membuka

    peluang kepada kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Golongan

    liberal menegaskan bahawa pelaksanaan dasar ini akan menguntungkan Belanda dan rakyat

    Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah Belanda pada tahun 1863, Dasar Liberal

    mula dilaksanakan di Hindia Timur. Antara tokoh golongan liberal ialah Van Hoeval, Van de

    Putte, Thorbecke dan Douwas Dekken. Dasar Liberal telah menyebabkan perkembangan

    ekonomi di seluruh Hindia Timur akibat daripada penglibatan modal kerajaan dan kapitalis.

    Perkembangan ekonomi dalam di bawah Dasar Liberal yang berlaku di seluruh Indonesia

    telah menyebabkan Belanda mulai mengambil langkah untuk mengelakkan pulau-pulau luar

    jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat lain. Belanda juga berusaha menghapuskan kegiatan-

    kegiatan seperti pelanunan, perang saudara dan kekacauan lain yang boleh mengancam

    37Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (2008). Sejarah Nasional Indonesia IV :

    Kemunculan Penjajah di Indonesia. Hlm. 346-347.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    19/54

    19

    kegiatan ekonomi dan kepentingan politik mereka di Indonesia. Akibatnya, Belanda mula

    campur tangan dalam hal ehwal pulau-pulau luar seperti Bali dan Sumatera Utara.

    Walau bagaimanapun, setelah masyarakat Indonesia menyedari bahawa Dasar Liberal

    gagal meningkatkan taraf hidup mereka, mereka mula menentang pelaksanaan Dasar Liberal

    dalam pentadbiran Belanda di Indonesia. Menurut Goertz, Dasar Liberal dalam pentadbiran

    Belanda di Indonesia merupakan satu matlamat untuk menganggut hasil Indonesia ke

    Belanda.38

    Akibatnya, Dasar Liberal bukan sahaja ditentang oleh rakyat Indonesia, tetapi juga

    orang-orang Belanda terutamanya golongan sosialis yang memperjuangkan konsep-konsep

    Hindia Timur untuk Hindia Timur. Mereka mahukan segala keuntungan di Indonesia

    dibelanjakan untuk kebajikan rakyat Indonesia. Penentangan terhadap Dasar Liberal

    bertambah selepas terbitnya risalah A Debt of Honour oleh Ven Deventer. Apabila parti

    campuran Neo Calvinist dan Katholik yang dapat sokongan sosialis memerintah di Belanda

    di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Dr. Abraham Kayper dan Menteri Tanah Jajahan,

    Alexander Idenberg, maka Dasar Liberal dihapuskan dan digantikan dengan Dasar Etika

    mulai 1901.39

    38M.C Ricklefs. ( 2008).A History of Modern Indonesia Since C. 1200 : Fourth Edition.Hlm.150-151.

    39Ryan Ver Berkmoes. (2010). Indonesia: ebook Edition. Lonely Planet. Hlm. 39.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    20/54

    20

    FILIPINA

    Disediakan Oleh

    Tuan Shaherra BT Ku Mohamed (D20092036902)

    Republik Filipina ialah sebuah gugusan pulau-pulau yang luasnya lebih kurang

    115,600 batu persegi.40

    Dalam abad ke-16 gugusan pulau ini telah mengalami perluasan

    kuasa politik dan perluasan kebudayaan Eropah di Asia Tenggara. Sepanyol merupakan

    kuasa pertama yang menjalankan perluasan kuasa di Filipina,hal ini kerana orang Sepanyol

    datang dari Timur melalui kedua-dua benua Amerika maka pada masa itu Filipina lah yang

    menjadi pintu masuk ke kawasan ini. Seterusnya jalan tersebut diikuti oleh Amerika untuk

    menjajah Filipina.41

    Di sinilah berlaku perubahan sosial-politik antara Sepanyol dan Filipina

    pada abad ke-19. Hubungan ini terjadi kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina

    pada 15665 sehingga 1898, iaitu kira-kira 2333 tahun. Nama Filipina diambil sebagai

    menghormati anak Maharaja Charles V yang bernama Philips yang bakal mewarisi takhta

    kerajaan Sepanyol.

    Proses penjajahan Sepanyol ke atas Filipina bermula sejak abad ke-16 lagi dan pada

    abad ke-17. Filipina merupakan ssbuah negara Asia Tenggara yang jati diri sosio-budayanya

    berbeza dari negara-negara keindiaan dan kecinaan di rantau Asia Tenggara. Hanya di

    Selatan kepulauan Sulu sahaja yang masih mengekalkan sosio-budaya Islam, satu

    perkembangan yang Filipina berkongsi dengan dunia Nusantara sebelum kedatangan penjajah

    Sepanyol. Sebelum kedatangan Sepanyol ke Filipina ini, orang-orang di kepulauan ini

    mempunyai identiti tersendiri berbanding bangsa-bangsa lain di kawasan Asia Tenggara yang

    40Sejarahpembukaan Filipina terjadiapabila Ferdinand Magellan mendarat di Filipina padatahun 1521.Mula-

    mulanyadiamendarat di Pulau Samar dan kemudianyaberlayarkeCebu dan Mactan di mana diaterbunuh.

    Kemudian pada tahun 1542 Raja Charles V dariSepanyolmenghantarsebuahangkatanpenjelajah di bawah Ruy

    Lopez de Vilaloboske Filipina untukmendapatkanperdagangan. Angkatannyatidakmendatangkanapa-apahasil,lalu di berinama Filipina sempenanamaanakmaharaja Charles V, Philip.41Onofre D. Corfuz. (1965).The Phillippines. New Jersey: Prentice-Hall, IncEnglewood Cliffs. Hlm. 4.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    21/54

    21

    lain. Hal ini kerana mereka tidak menerima sebarang bentuk agama sama ada agama Hindu

    atau Buddha, sebaliknya mereka berpegang teguh kepada kepercayaan animisme.

    Sejarah kedatangan Sepanyol di Filipina berdasarkan Persetiaan Saragossa

    yangtangani di antara Sepanyol dengan Portugal pada tahun 1529 iaitu menjadikan garisan

    tujuh belas darjah ke timur Pulau Maluku sebagai sempadan kawasan-kawasan pengaruh

    Sepanyol dengan Portugis. Penaklukan Filipina oleh Sepanyol dicapai tanpa pertumpahan

    darah. Salah satu sebabanya ialah Philip II tidak mahu ada pertumpahan darah berlaku dalam

    penaklukan Mexicoi dan Peru diulangi di Filipina. Sebab yang lain pula ialah kecuali dalam

    kalangan orang Moro di Mindano tidak terdapat kuasa politik sebenar-benarnya. Satu badan

    politik yang ada hanyalah yang dipanggil barangay, tetapi ini adalah satu kumpulan keluarga

    yang terkecil sahaja. Oleh itu tentangan yang terdapat hanya berlaku pada satu tempat

    sahaja42

    .

    Ada tiga tujuan yang mendorong Sepanyol bagi menjajah Filipina iaitu pertama

    untuk memperoleh bahagian dalam perdagangan rempah-rempahan dengan menyaingi

    Portugis, kedua untuk memperolehi pangkalan bagi kegitan keagamaan di negeri China dan

    Jepun serta yang ketiga ialah untuk mengkristiankan orang-orang Filipina. Namun agenda

    yang ketiga sahaja yang terlaksana. Ini kerana agenda pertama iaitu untuk menguasai

    perdagangan rempah sudah dimonopoli oleh Belanda di kepulauan rempah. Manaakla agenda

    yang kedua gagal kerana Jepun dan China sudah mmepunyai pegangan agama yang kuat.

    Tujuan utama penjajahan Sepanyol di Filipina adalah untuk menyebarkan agama Kristian.

    Dapat disahkan oleh surat wasiat terakhir Ratu Isabella (1474-1504).

    Kesan daripada penjajahan Sepanyol ke atas Filipina menyebabkan berlakunnya

    perubahan dari aspek sosial-politik masyarakat Filipina. Hal ini kerana Sepamyoltelah

    42D.G.E. Hall. (1981).Sejarah Asia Tenggara. Selangor : DewanBahasadan Pustaka.Hlm. 296-297.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    22/54

    22

    melaksanakan pelbagai dasar pemerintahannya di Filipina. Terdapat perbandingan sebelum

    dan selepas penjajahan sepanyol terutamanya dari aspek politik dan sosial.

    Kesan-kesan Politik di Filipina

    a) Pengasingan Kuasa Gereja dan Kerajaan PusatKesan yang terhasil daripada pemerintahan Sepanyol ialah pengasingan kuasa gereja

    dengan pentadbiran negara. Selepas berlakunya Revelusi Prostetant, kita dapat lihat bahawa

    pengaruh golongan agama makin berkurang. Di Filipina, golongan paderi semakin dibenci

    oleh rakyat ekoran tindakan kejam mereka terhadap rakyat Filipina seperti memeras ugut,

    merampas tanah rakyat dan memaksa rakyat melakukan tugas-tugas agama43

    . Ketidakpuasan

    terhadap golongan agama juga telah menjadi salah satu sebab kepada munculnya gerakan

    kebangsaan dalam menentang pemerintahan Sepanyol. Sikap paderi sepanyol yang gemar

    mengamalkan rasuah dan penindasan telah menaikkan lagi kemarahan rakyat Filipina.

    Kebangkitan semakin bertambah apabila terdapatnya penyatuan kuasa gereja dengan unit

    pentadbiran politik di Filipina. Gereja sebagai badan agama menduduki unit tertinggi dan

    menjadi badan undang-undang kerajaan. Golongan ini juga telah menjadi sistem kerajaan

    sehinggakan membawa fungsi yang penting sama ada dalam ekonomi dan politik. Tugas

    politik golongan ini adalah menjadi ahli dalam kerajaan provincial.44

    Situasi ini menunjukkan

    golongan agama telah mendominasi pentadbiran di Filipina.

    b) Perubahan Sistem Pentadbiran TradisionalKehilangan kebebasan kepada Sepanyol telah menyebabkan rakyat Filipina terjejas

    dari segi politik. Konsep dan pengalaman yang telah dibawa oleh Sepanyol telah

    menyebabkan Filipina terkena tempiasnya terutama dalam pentadbiran. Pembahagian kuasa

    43

    Gilbert Khoo.( 1971).Sejarah Asia Tenggara SejakTahun 1500.Kuala Lumpur: FajarBakti.Hlm.198.44Teodoro A. Agoncillodan Oscar M. Alfonso. (1967).History Of The Filipino People. Philippine: Malaya

    Books Quezon City.Hlm. 111.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    23/54

    23

    pentadbiran telah dibawa oleh Sepanyol seperti kuasa kerajaan pusat dimana untuk

    menghasilkan satu pentadbiran ayng efektif. Sepanyol perlu meletakkan semua jajahannya ke

    dalam satu pentadbiran yang sama.45

    Pengenalan kepada jawatan-jawatan seperti gabenor

    yang berperanan sebagai juru cakap Raja Sepanyol telah mengubah kuasa golongan atau

    pemerintahan tradisional sebelum ini. Jika dulu datu berperanan sebagai kuasa utama dalam

    pentadbiran, selepas kedatangan Sepanyol. Tugas datu tertakluk kepada pentadbir Sepanyol

    dan menjadi penghubung antara rakyat Filipina dengan kerajaan. Perlantikan datu-datu juga

    telah berubah iaitu jika dulu datu dilantik secara warisan. Selepas kedatangan Sepanyol

    jawatan ini terbuka kepada orang-orang yang berkebolehan.

    Kita juga dapat lihat daripada kesan penjajahan Sepanyol, satu asimilasi telah berlaku

    iaitu percampuran pentadbiran sebelum kedatangan Sepanyol dan selepas kedatangan

    Sepanyol melalui jawatan dan kedudukan datu di samping taraf politik golongan barangay

    yang mendapat tempat dalam struktur politik tempatan.46

    Selepas itu, pengaruh Selangor

    dapat dilihat melalui panggilan-panggilan dan jawatan-jawatan yang berada dalam struktur

    politik di Filipina seperti pueblo, cabeza,gobernadorcillo dan laim-lain.

    Sejak dari awal, usaha Sepanyol untuk menjajah Filipina menemui kesukaran kerana

    mereka harus menyatukan pulau-pulau yang pelbagai di Filipina ke dalam satu unit

    pentadbiran kerajaan supaya undang-undang pemerintahan Sepanyol dapat dikuatkuasakan.

    Tetapi, hanya menjelang abad ke-19, penyatuan ini lebih praktikal untuk diusahakan

    walaupun kuasanya tidaklah berjaya di beberapa kawasan seperti yang dikuasai oleh orang

    Islam Moro dan orang Filipina yang gagal ditakluk Sepanyol. Manakala orang Filipina yang

    berjasa dikristiankan Sepanyol amat kurang dibandingkan dengan orang kristian asal dari

    Filipina. Filipina telah bejaya disatukan ke dalam satu unit pentadbiran pusat yang sama dan

    45

    Gregorio F. Zaide.(1957). Phillipine Political and Cultural History: Phillipine Since Pre-Spanish TimeManila: Phillipina Education Company. Hlm.78.46Teodoro A. Agoncillodan Oscar M. Alfonso. (1967).History Of The Filipino People.Hlm. 86-87.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    24/54

    24

    teratur. Kesedaran tentang pentingnya pemerintahan telah membangkitkan semangat

    nasionalisme di kalangan rakyat Filipina. Akan tetapi, dengan tertubuhnya pemerintahan

    berpusat ini, sebenarnya telah mengekalkan keamanan di kebanyakan tempat di Filipina

    walaupun kerajaan pusat kadangkala tidak berlaku adil terutama melibatkan orang Kristian

    dan Orang Islam.

    Sistem Barangay

    Sebelum Sepanyol menguasai politik Filipina, iaitu pada permulaan abad ke-16,

    Filipina baru sahaja mencapai peringkat unit kampung iaitu barangay.

    47

    Sebenarnya

    bukannya satu masyarakat politik tetapi satu kumpulan keluarga. Barangay merupakan

    sebuah institusi politik kekeluargaan yang besar dan unit ini telah dijaga sepanjang masa

    pemerintahan Sepanyol, dari tahun 1565 sehinggalah ke akhir abad-19. Masyarakat barangay

    ini terbahagi kepada empat iaitu golongan datu, golongan maharlica (sejenis kaum

    bangsawan), golongan ini dikecualikan membayar cukai. Mereka ini berkhidmat kepada datu

    semasa peperangan. Golongan yang seterusnya ialah timagua, mereka ini ialah golongan

    orang-orang yang bebas dan berhak memiliki harta. Mereka berkhidmat kepada datu dari segi

    tenaga dan membayar cukai separuh daripada ladang mereka. Golongan yang terakhir adalah

    aliping saguiguilir, mereka ini berkhidmat kepaad tuan-tuannya seperti mengerjakan ladang-

    ladang, mengurus rumah tangga, mengayum sampan tuan-tuan mereka. Mereka menerima

    upah dalam bentuk hadiah dan ada di antara mereka diterima sebagai anggota keluarga tuan

    mereka. Golongan ini boleh dijual beli.

    47Barangayialahkapal-kapallayar yang dibawaoleh orang Melayu Filipina apabilamereka datang

    keFilipina.Masyarakatitudisebutsebagaibarangaykeranamengikutnamakapal yang membawapenghijrahan

    masuk golongan asli dari Malaysia dan Indonesia. Kapal-kapal yang dikenali sebagai

    barangay ini membawa masuk satu kumpulan keluarga yang besar iaitu terdiri daripada saudara mara di

    kedua-dua belah pihak sama ada ibu bapa si isteri,anak saudara,adik ipar si suami dan sebagainya. Rujuk

    buku Onofre D. Corpus. (1965).The Philippines. Hlm. 26-27.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    25/54

    25

    Seterusnya ada juga hamba berhutang dan tawanan perang48

    . Selepas penjajahan

    Sepanyol sistem hamba ini dilupuskan akibat kemasukan agama Kristian.49

    Ramai golongan

    hamba memeluk agama Kristian. Setiap masyarakat ini saling memerlukan antara satu sama

    lain dan penting dalam stuktur politik pada masa tersebut. Contohnya , golongan maharlica

    menjadi penasihat kepada datu jika diminta. Setiap barangay dikuasai oleh orang yang paling

    terkenal dalam sebuah kampung, biasanya dipanggil sebagai datu atau penghulu/kapten kapal

    ataupun raha. Walaupun datu bukanlah satu jawatan yang lebih kepaad politik akan tetapi ia

    penting kerana dalam struktur sosial peranan datu yang terlibat dalam peperangan. Datu

    berkewajiban melindungi orang-orang kampungnya dan menyelesaikan masalah di dalam

    kawasan beliau.

    Dalam abad ke-16, jawatan datu terbuka kepada orang yang berkebolahan dan tidak

    lagi berdasarkan keturunan. Setiap ahli daalm unit ini mesti mematuhi cara dan adat barangay

    dan mereka bersatu di bawah datu masing-masing. Mereka ini tinggal dan menetap dalam

    sesebuah kampung yang biasanya terdiri daripada 150 orang sahaja kecuali bagi mereka yang

    tinggal di bandar-bandar besar seperti di Manila dan Cebu mungkin mmepunyai seramai

    2000 orang penduduk. Barangay-barangay ini merupakan unit-unit politik dan masyarakat

    yang bersendirian dengan berdasarkan hubungan darah.

    Setiap barangay ini bebas menjalankan hubungan dengan barangay-barangay lain

    untuk membentuk persahabatan dan Bandar. Akan tetapi tiada susunan politik di antara

    barangay-barangay itu. Maknanya, tiada struktur yang jelas tentang pemerintahan pada masa

    ini. Kebanyakan barangay cenderung untuk bermusuhan kerana tiada ikatan antara barangay

    48Jose S, Arcilla. S. J. (1971).An Introduction To Philipine History. Manila : Anteneo Publications Loyala

    Height.Hlm.14.49

    Golongan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama mereka yang lebih baik berbanding hamba, di

    sini mereka memiliki harta, hidup dalam rumah sendiri dan boleh berkahwin dengan keluarga majikannya dan

    mereka ini tidak boleh dijual beli. Golonganhamba yang keduatidakmempunyai harta, merekainibekerja dirumahtuannya dan bolehdijualbeli.Ibid. Hlm. 52.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    26/54

    26

    dengan barangay yang lainnya. Kedudukan barangay-barangay yang bertaburan

    menyukarkan hubungan politik berlaku selain daripada halangan-halangan alam seperti

    kedudukan pulau-pulau yang berjauhan antara satu sama lain menyebabkan pertempatan

    mereka terpisah-pisah dan bukannya menyatukan unit tersebut. Perkara ini menjelaskan

    bahawa tiada sebarang ikatan antara barangay-barangay ini. Bahkan semasa Sepanyol sampai

    pun, mereka berpendapat agak sukar memelihara hubungan di kawasan di luar Manila dan

    Pulau Luzon.50

    Yang ada hanyalah pertukaran-pertukaran kemasyarakatan dan persetujuan

    bersama tentang memberi pertolongan dalam perkelahian-perkelahian menentang orang luar.

    Terdapat beberapa pertubuhan atau konfederasi di antara barangay-barangay yang

    membuktikan bahawa sebelum kedatangan Magellan, masyarakat Filipina sudahpun

    mempunyai cara untuk menyatukan diri dan kaum mereka ke dalam satu komuniti yang

    bersatu padu dan bersifat politik yang lebih besar daripada unit barangay itu sendiri. Ini

    merupakan satu langkah untuk membina satu bangsa Filipina yang bersatu dan mempunyai

    struktur politik yang sistematik. Pertubuhan barangay diketuai oleh seorang datu yang paling

    berpengaruh dikalangan datu-datu lain manakala yang selebihnya menjadi lesser datu dan

    menjadi pembantu kepada pemerintah, menjadi anak buah kepada datu yang berpengaruh dan

    berkuasa monarki di kalangan barangay-barangay.

    Kerajaan Berpusat

    Di bawah pentadbiran Sepanyol, telah berlaku beberapa perubahan dari segi

    pentadbiran Filipina. Sepanyol telah memperkenalkan cabecera yang kamudiannya disebut

    sebagai poblacion (bandar) dan wilayah (alcadia ataupun corregimiento atau commandanicia,

    jika gabenor wilayah-wilayah tersebut seorang pegawai tentera). Jawatan ini juga merupakan

    50Gilbert Khoo. (1971).Sejarah Asia Tenggara SejakTahun 1500.Hlm. 179.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    27/54

    27

    jawatan yang dipilih selama setahun.51

    Organisasi pembandaran merupakan satu perubahan

    yang radikal dan tegas yang telah dijalankan oleh Sepanyol daripada petempatan berselerak

    sebelum kedatangan Sepanyol.52

    Sepanyol berharap untuk menubuhkan bandar-bandar yang

    mempunyai sisrem pentadbiran keagamaan sebagai tambahan kepada sistem pentadbiran

    awam. Oleh itu, tiap bandar dibinakan sebuah gereja yang terletak di tengah-tengah bandar di

    samping bangunan seperti dewan bandaran (casa tribunal). Golongan cabeza yang tinggal di

    bandar tadi telah membentuk golongan Principalia di mana taraf mereka dipandang rendah

    oleh masyarakat penjajah. Akan tetapi, mereka tetap dipandang mulia oleh sesama

    bumiputera seperti dahulu. Walaupun begitu, tidak dinafikan terdapat daripada mereka yang

    cenderung untuk mengamalkan rasuah dan ada yang ditipu oleh golongan paderi Sepanyol,

    dibayar upah yang murah dan sebagainya. Dari segi politik, Principalia menjadi alat yang

    mengurangkan ketegangan politik dan orang tengah dalam hal kebudayaan. Secara amnya,

    Sepanyol tidak mengambil berat tentang kebajikan sosiopolitik masyarakat melainkan kepada

    sumber hasil semata-mata. Perkara ini dapat dilihat apabila mereka ditempatkan dalam

    sesuatu kawasan, ia memudahkan golongan paderi memungut cukai terhadap masyarakat

    Filipina, mereka juga memaksa penduduk membayar cukai, sekiranya tidak dibayar mereka

    dijadikan buruh paksa iaitu mengerjakan tanah-tanah yang diberikan.

    Kerajaan Bandar

    Selepas pueblo, terdapat pula cuidad (bandar raya). Akan tetapi, selepas abad ke-19,

    hanya Manila sahaja yang mencapai taraf bandar raya ataupun caidad. Unit pentadbiran yang

    paling penting ialah alcadia mayors ataupun provincial (wilayah). Pada tahun 1700, Filipina

    terbahagi kepada 12 alcaldia ataupun provincial. Pentadbiran di Sepanyol akan memberi

    51Gilbert Khoo. (1971). Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur: FajarBakti.Hlm. 190.

    52

    Sepanyolmenganggapiapentingbagimenjaminkeperluan orang Filipina dalamsatupetempatan yangsistematikdandiletakkan di DEBAJO DE LAS CAMPANAS yang bermakna di bawahnaungangereja,

    RujukbukuOnofre D. Corpus. (1965).The Philippines.Hlm. 32-33.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    28/54

    28

    arahan kepada Gabenor jeneral untuk disampaikan kepada alcadia mayors berkenaan undang-

    undang di kawasan provincial masing-masing.53

    Pihak yang berkuasa tinggi daripada alcadia mayors ialah alsalde mayor (ketua datuk

    bandar). Selain itu, terdapat juga adelantado (gabenor dan kapten-jeneral). Jawatan ini

    merupakan jawatan tertinggi sekali di kalangan pegawai-pegawai lain. Tugasnya meliputi

    semua yang berkenaan dengan tanah jajahan. Antara bidang kuasa pentadbiran adelantado

    ialah meliputi audencia iaitu mahkamah agung yang berkuasa mutlak, residencia iaitu

    mahkamah penyelidik mengenai tingkahlaku gabenor yang akan berhenti dan juga gereja

    yang berkuasa besar sama ada di Filipina dan Sepanyol. Audencia merupakan penasihat

    kepada gabenor yang merupakan pelaksana kepada undang-undang Sepanyol serta

    memerhatikan tingkahlaku gabenor dan memastikannya mentadbir secara adil dan saksama.54

    Selain itu juga, pada abad ke-19, apabila Sepanyol sendiri merasai kesan-kesan

    perubahan kerajaan, di mana tempoh masa untuk menjawat jawatan gabenor-jeneral telah

    dipendekkan iaitu purata dari 2 tahun dan 10 bulan kepada 116 pegawai Sepanyol dari 1565

    hingga 1898. Keadaan ini menyebabkan kemerosotan dalam pentadbiran. Ini dapat

    dibuktikan apabila ramai gabenor-jeneral yang baik tidak mempunyai cukup masa untuk

    menyiapkan projek dan rancangan mereka dan disebabkan masa yang singkat itu juga, ramai

    daripada mereka mengambil peluang untuk menambahkan kekayaan mereka. Contohnya,

    ketua kapal geliong yang mengambil keuntungan dari permit perkapalan yang diuruskannya.

    Pemerintahan berpusat sendiri telah mendapat tentangan rakyat Filipina, lebih-lebih lagi

    kerana kurangnya penglibatan orang-orang Filipina dalam kerajaan tersebut. Mereka hanya

    diberikan jawatan-jawatan rendah dalam kerajaan. Hal ini disebabkan kerana mereka

    dianggap sebagai immature wards iaitu seseorang yang tidak matang dimana segala

    53Gilbert Khoo. (1971). Sejarah Asia Tenggara.Hlm. 191.

    54Jose S. Aralla. S. J. (1971).An Introduction To Philippine History.Hlm. 24-25.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    29/54

    29

    kebajikan diuruskan oleh Sepanyol dan sebab seterusnya kerana terpaksa kerana sebelum ini

    mereka dinafikan hak kerana ketidaksamaan moral dan agama. Bantahan ini sememangnya

    benar pada permulaan pemerintahan Sepanyol dan semakin berkurangan pada abad ke-19.

    Selain itu juga, pihak Sepanyol telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk

    Filipina. Jawatan-jawatan rendah dalam bidang pentadbiran turut disandang oleh ketua-ketua

    orang Filipina. Ketua-ketua ini menjadi golongan bangsawan tempatan dan mereka menjadi

    golongan yang penting dalam menyalurkan tuntutan-tuntutan para pegawai Sepanyol dan

    paderi-paderi kepada masyarakat Filipina. Mereka berfungsi sebagai jurucakap bagi

    masyarakat Filipina. Maka golongan ini berfungsi sebagai ketua tempatan dalam sistem

    pemerintahan di Filipina. Penawaran terhadap peluang pekerjaan berlaku kerana adanya

    pendidikan yang diberikan oleh Sepanyol. Akan tetapi, telah berlaku juga manipulasi

    terhadap golongan paderi tempatan oleh paderi Sepanyol. Keadaan ini tidak sepatutnya

    berlaku dalam konteks sosiobudaya masyarakat yang membawa fahaman agama yang sama.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    30/54

    30

    VIETNAM

    Disediakan Oleh

    Nurul Iffah BT Mohd Nasir (D20092036890)

    Kolonialisme merujuk kepada penguasaan politik secara rasmi oleh sesebuah kuasa besar ke

    atas sesuatu wilayah lain yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial.55

    Kolonialisme

    berkait rapat dengan dasar imperialisme yang dijalankan oleh kuasa penjajah dengan tujuan

    meluaskan kuasa, pengaruh serta mendapatkan kekayaan hasil bumi kawasan yang dijajah. Di

    Vietnam, pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh Perancis sehingga mengubah hampir

    keseluruhan sistem politik dan struktur sosioekonomi. Antaranya ialah penghapusan sistem

    feudal, pengenalan ekonomi komersial dan perubahan pendidikan ala barat yang

    mementingkan bahasa Perancis dan agama Kristian. Perubahan tersebut telah membangkitkan

    semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Vietnam demi mengembalikan

    kedaulatan negara tersebut. Dasar kolonialisme yang dilaksanakan oleh Perancis sebenarnya

    memberi impak positif dan negatif kepada negara Vietnam. Walau bagaimanapun, kesan

    positif dan negatif kolonialisme ini telah bergerak seiring dalam mencetuskan semangat

    nasionalisme.

    Koloniaslisme Perancis ke atas Vietnam bermula pada 1885 telah mengubah sistem

    beraja kerajaan tersebut setelah dua abad ia diamalkan. 56 Sebelum kehadiran Perancis,

    kekuasaan maharaja Vietnam meliputi hampir keseluruhan aspek politik, sosial dan ekonomi.

    Agama Buddha turut meletakkan maharaja Vietnam sebagai suci. Unsur agama ini telah

    memperkuatkan lagi kuasa pemerintahannya. Namun begitu, selepas penjajahan Perancis ke

    55

    Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad. (1990). Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 180.56Peter N. Stearns (2006). Gender in World History. London: Routledge Tylor & Francis Group. Hlm. 1.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    31/54

    31

    atas Vietnam, sistem feudal yang diamalkan sebelum itu dihapuskan secara berperingkat-

    peringkat.

    Di Asia Tenggara sekitar abad ke-19, raja dianggap sebagai penaung kehidupan

    rakyat.57

    Segala urusan kehidupan golongan bawahan bergantung kepada pemerintah. Demi

    menjaga sensitiviti dan kesetiaan rakyat kepada raja, pihak kolonial cuba mengekalkan sistem

    ini dalam memastikan hubungan pemerintah feudal dan pihak penjajah berada dalam keadaan

    baik. Pengekalan hubungan baik tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan penentangan dan

    ancaman dalam kalangan masyarakat tempatan. Justeru, kolonial Perancis turut menggunakan

    pendekatan ini dalam memastikan masyarakat Vietnam tidak bangkit menentang kolonial.

    Dalam jangka masa pendek, sistem beraja di Vietnam mengalami perubahan yang

    agak ketara. Kesan peringkat awal, raja sebagai boneka dalam hierarki pemerintahan.

    Kolonialisme Perancis menyebabkan maharaja Vietnam hanya berkuasa pada agama dan adat

    istiadat tempatan sahaja. Manakala kekuasaan ekonomi dan sosial terletak pada bahu

    pegawai-pegawai Perancis dan tempatan yang dilantik kolonial. Hal ini jelas menunjukkan

    bahawa kesan kolonialisme Barat telah mengubah sistem kemaharajaan Vietnam.

    Kejatuhan Dinasti Nguyen dan kekalahan rejim Thuyet dalam mengusir kekuasaan

    Perancis di Vietnam telah mengubah sistem monarki Vietnam. Hal ini terbukti apabila Raja

    Dhong Khan dilantik sebagai maharaja yang baru oleh Perancis.

    58

    Dhong Khan merupakan

    ketua negara tetapi yang menjalankan segala urusan pentadbiran wilayah-wilayah penting

    Vietnam adalah wakil-wakil Perancis. Sejak 1887, Indochina diuruskan oleh seorang

    Gabenor General yang berpusat di Hanoi.59

    Di bawah Gabenor General, lima orang pegawai

    tertinggi dilantik sebagai pentadbir wilayah-wilayah Indochina. Hal ini menunjukkan bahawa

    57 David P.Chandler & David Joel Steinberg (1987). In Search of Southeast Asia. A Modern: History. Amerika

    Syarikat: University of Hawaii Press. Hlm. 79-80.58Ruhanas Harun. (1980).Nasionalisme Vietnam 1900-1945.JebatBil 10. Hlm. 215.

    59 Neil L.Jamieson (1995). Understanding Vietnam. London: University of California. Hlm. 64.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    32/54

    32

    kedatangan kolonial Perancis menghakis kekuasaan maharaja yang dahulunya berkuasa

    mutlak.

    Kelemahkan kekuasaan maharaja disebabkan oleh kolonialisme Perancis, wujud

    gerakan awal nasionalisme untuk mengembalikan sistem monarki. Gerakan ini diketuai Phan

    Boi Chau dalam mewujudkan sentimen anti-Perancis dalam kalangan masyarakat

    Vietnam.60

    Bagi memastikan kekuasaan maharaja Vietnam dipulihkan, beliau menubuhkan

    Persatuan Pemulihan (Duy Tan Hoi) di bawah kepimpinan Putera Cuong De ketika

    itu.61

    Beliau juga menggalakkan golongan muda Vietnam melarikan diri ke luar negara iaitu

    Jepun dengan menganggotai persatuan tersebut. Pergerakan secara sulit ini tidak dapat

    dikesan dengan mudah oleh pihak Perancis kerana ibu pejabatnya berada di Jepun. Tujuan

    sebenar persatuan ini ditubuhkan ialah untuk melahirkan golongan yang mentaati raja,

    mencintai negara Vietnam dan bersemangat untuk berubah dalam aspek politik, ekonomi

    mahupun sosial.

    Kolonialisme Perancis turut memberi kesan terhadap pentadbiran tradisional Vietnam

    yang dahulunya dikuasai oleh golongan mandarin. Hal ini dilihat apabila sistem tradisional

    ini digantikan dengan sistem residen. Perubahan sistem tersebut menyebabkan pihak Perancis

    membahagikan Vietnam kepada tiga bahagian iaitu Cochin China, Annam dan

    Tonkin.62

    Pembahagian tersebut memberi kelebihan kepada Perancis dalam mengawal hal

    pentadbiran dan ekonomi setiap bahagian. Setiap bahagian akan diwakili oleh seorang

    residen. Sekaligus, ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan pengurusan. Berdasarkan kepada

    pembahagian tersebut, Annam dan Tonkin diletakkan di bawah sistem residen dengan

    menjadikan Gabenor Jeneral yang berpusat di Hanoi sebagai kuasa tertinggi di Vietnam.

    60Neil L.Jamieson (1995). Understanding Vietnam. London: University of California. Hlm.57-58.61

    Ibid. Hlm. 57.62M.C. Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes , Maitrii Aung-Thwin (2010). A New History of

    Southeast Asia.. Hlm. 184.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    33/54

    33

    Walau bagaimanapun, Perancis masih mengekalkan raja dan golongan mandarindi

    Tonkin dan Annam berasaskan sistem dualisme. Melalui sistem ini, raja dan

    golonganmandarin akan melaksanakan segala urusan pentadbiran berdasarkan nasihat

    residen. Impaknya, kuasa raja dan golongan mandarin dihapuskan secara berperingkat-

    peringkat. Hal ini terbukti apabila kuasa pentadbiran wakil raja di Tonkin iaitu Kuai Luoc

    (Wizurai) dan Majlis Co-mat Vien di Annam telah diambil alih oleh kuasa residen.63

    Hal ini

    menyebabkan, segala keputusan yang dibuat oleh raja dan golongan mandarin perlu

    mendapat keizinan daripada residen.

    Pengenalan sistem residen ini berjaya mengurangkan kuasa sistem tradisional.

    Buktinya, wujud perpecahan dalam kalangan golongan mandarin kepada dua. Dua golongan

    ini adalah mereka yang menyokong kepada Perancis dan anti-Perancis.

    Golongan mandarin yang menentang kolonial Perancis telah mewujudkan gerakan anti-

    Perancis sekaligus membina semangat nasionalisme di Vietnam. Namun begitu, semangat

    nasionalisme pada ketika itu lebih bersifat kedaerahan yang memberi manfaat kepada

    golongan pemerintah dan bukannya membabitkan soal kemerdekaan. Sebagai contoh, Parti

    Perlembagaan yang ditubuhkan oleh Bui Quang Chieu pada tahun 1917.64

    Ia lebih bertujuan

    mengembalikan kekuasaan politik dan ekonomi golongan elit dan pertengahan di Cochin

    China. Begitu juga dengan parti Viet Nam Quoc Dang Dang(VNQDD) yang ditubuhkan pada

    1927 oleh Nguyen Thai Hoc yang berpusat di Hanoi.

    65

    Hal ini menyebabkan, parti-parti ini

    mengalami kegagalan dalam mewujudkan semangat nasionalisme Vietnam dalam kalangan

    masyarakat.

    63 Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Hlm. 80.64Ibid. Hlm.144.

    65Ibid. Hlm. 145.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    34/54

    34

    Semangat antiPerancis secara menyeluruh telah dipelopori oleh Ho Chi Minh yang

    merupakan golongan mandarin kelas rendah.66

    Ketika perang dunia pertama pada tahun

    1914-1918, Ho Chi Minh telah telah terdedah denganpolitical education67

    ketika berada di

    Perancis. Kesan pendedahan tersebut, pemikiran beliau telah dipengaruhi oleh aliran

    Lenin68

    dan bergiat aktif dalam arena politik di sana. Ho Chi Minh cuba mewujudkan

    semangat nasionalisme dengan menubuhkan Parti Thanh Nien di Canton pada tahun

    1925.69

    Namun, parti ini gagal kerana mendapat tekanan daripada negara China. Kegagalan

    parti ini sebenarnya telah mempercepatkan penubuhan Parti Komunis Indochina pada

    1930.70 Parti Komunis Indochina cuba menarik seberapa ramai golongan buruh dan petani

    bagi menyokong penentangan mereka melawan Perancis. Walau bagaimanapun, parti ini

    terhenti sementara pada tahun 1936 disebabkan oleh penyusunan semula gerakan tersebut

    oleh Tran Van Giau.

    Kegagalan parti-parti bersifat kedaerahan dan mengikut kelas masyarakat

    menyebabkan ideologi antarabangsa dikenali sebagai komunisme berkembang. Fahaman ini

    bukanlah dibawa oleh Perancis tetapi ia menular dalam kalangan penduduk berikutan

    kesedaran masyarakat yang ingin bersatu dari semua kelas penduduk. Pengaruh komunis

    yang berkembang di Eropah mempengaruhi pemikiran penduduk Vietnam yang dibawa ke

    sana semasa Perang Dunia Pertama oleh Perancis.71

    Kesedaran penduduk terutamanya yang

    berpendidikan mengembangkan ideologi ini lalu meresap dengan pantas ke dalam golongan

    66Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Hlm.149.67 Jonathan Leaf. (2009). The Politically Incorrect Guide to The Sixties. Washington: Regnery Publishing. Inc.

    Hlm. 176.68

    David. L.Anderson. (1946). The Colombia History of The Vietnam War. United States: Colombia University

    Press. Hlm. 18.69 Phillipe Divillers (1988). Sejarah Indo-cina Moden: Perkembangan Sosiopolitik Sehingga Abad ke-20. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 245.70Ruhanas Harun (1980).Nasionalisme Vietnam 1900-1945. Jebat. Bil 10. Hlm. 222.

    71Ibid. Hlm. 219.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    35/54

    35

    massa. Persamaan kelas dan pembebasan dari kuasa asing menjadi agenda perjuangan

    komunis menjadikan ideologi ini mudah diterima.

    Nguyen Au Quoc atau Ho Chi Minh berperanan menyebarkan pengaruh komunis

    melalui penulisan di dalam akhbar sepertiLHumaniti, La Vie Ouvriere danLe Paria dan

    penubuhan Parti Pemuda Revolusioner atau Thanh Nien.72

    Beliau berperanan besar dalam

    mengembangkan pengaruh ini sehingga berjaya menyatukan penduduk Vietnam menentang

    Perancis berbanding gerakan penyatuan oleh nasionalis bukan komunis yang terdiri daripada

    golongan atasan dan pertengahan seperti Parti Constitionaliste (Parti Perlembagaan) dan

    VNQDD atau (Parti Nasionalis Vietnam).73

    Usaha menubuhkan Parti Komunis Indochina

    pada 1930 merupakan usaha ke arah menamatkan rejim kolonial Perancis dan

    menggantikannya dengan pemerintahan komunis.

    Berdasarkan kekuatan prinsip kesamarataan yang diperjuangkan, pendukung aliran

    komunis tetap dengan prinsip mereka walaupun terpaksa mengharungi kesengsaraan

    menentang kuasa Barat. Beberapa siri penentangan dan peperangan demi memperjuangkan

    prinsip komunis dan pembebasan dari kuasa kolonial. Antaranya ialah Perang Indochina I

    (1949-1953) dan Perang Vietnam II (1960-1975).74

    Pengaruh komunis yang masuk ini

    merupakan kesan besar kepada Vietnam setelah Perancis menguasai negara tersebut.

    Fahaman ini diambil sebagai ideologi negara Vietnam dan kekal hingga ke hari ini. Kuasa

    penjajah menyuntik kesedaran orang Vietnam untuk bersatu dan ideologi komunis ini

    menjadi medium penyatuan berikutan prinsipnya yang mementingkan kebajikan rakyat.

    Berdasarkan rentetan peristiwa dan pengamatan, dapat dinyatakan bahawa ideologi

    komunis dibawa ke Vietnam sebagai agen penyatuan semua golongan. Ia secara terus

    72Ruhanas Harun (1980).Nasionalisme Vietnam 1900-1945. Jebat. Bil 10. Hlm. 219.73

    Van Dao Hoang. Terjemahan Khue Huynh. (2008). A Contemporary History of A National Struggle: 1927-1954. Pennsylvania: Rosdog Book. Hlm. 7-8.74 Geoge Donelson Moss (1998). Vietnam an American Ordeal New Jersey: Prentice Hall.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    36/54

    36

    menerus membina kekuatan orang Vietnam dalam membebaskan negara mereka dari

    penjajah. Dalam tempoh jangka panjang, melalui ketegaran fahaman ini, ia berjaya

    menyaingi pengaruh lain di Vietnam Selatan hingga terbentuk Rebublik Vietnam Sosialis

    (SRV) pada Julai 1976 di samping mengusir kuasa kolonial Perancis dan kuasa Barat lain

    dari bumi Vietnam.75

    Ia lahir kesan kolonialisme dan bertindak sebagai agen pengusir kuasa

    kolonial melalui kebijaksanaan pemimpin dan semangat menentang dari rakyat.

    75Clive J. Christie. (1996). A Modern History of Southeast Asia London. Tauris Academic Studies I.B. Tauris

    Publishers . Hlm. 22-23.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    37/54

    37

    THAILAND

    Disediakan Oleh

    Siti Umiah BT Abdullah (D20101037727)

    Negara Thailand merupakan antara negara yang diidamkan olehkuasa barat bagi

    meluaskan kuasa empayar mereka secara meluas di Asia Tenggara. Walaupun ada sesetengah

    sejarawan berpendapat bahawa Siam tidak dipernah dijajah oleh kuasa barat, namun begitu

    Siam sebenarnya menghadapi penjajahan kuasa barat secara tidak langsung.76

    Hal ini kerana

    tindakan bijak pemerintah Siam yang mengambil langkah berbaik-baik dengan kuasa Barat

    mengelakkan kuasa British campur tangan dalam politik secara langsung.Antara kuasa barat

    yang pernah ingin meluaskan kuasa imperialisme mereka ke negara Thailand adalah Amerika

    Syarikat, Perancis dan juga British.

    Raja-raja Chakri sebelum pemerintahan Raja Mongkut telah lama mengambil

    tindakan berjaga-jaga dengan kuasa barat kerana tidak mahu politik negaramereka dicemari

    oleh kuasa barat yang sedang sibuk menjalankan dasar imperialisme ke Asia

    Tenggara.Perwakilan Inggeris bernama John Crawfurd pernah mengunjungi Bangkok pada

    tahun 1822 untuk membuat perjanjian dengan kerajaan Siam.77

    Cubaan kuasa baratini gagal

    untuk melakukan rundingan dengan Raja Rama III bagi membincangkan semula perjanjian

    baru perniagaan dan persahabatan.78

    Pada masa yang sama juga kuasa barat iaitu pihak

    British menginginkanRaja Rama III membantu mereka dalam peperangan dengan Burma.79

    76Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan

    dan Asia Timur.Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 291.77

    Mayuri Ngaosivat, Pheuiphanh Ngaosyvathn. (1998).Paths to Conflagration: Fifty Years of Diplomacy and

    Warfare in Laos, Thailand, and Vietnam, 1778-1828 .United States: Cornell Southeast Asia Program

    Publication.Hlm.112.78

    Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Malaysia: Jabatan Sejarah UKM DewanBahasa Dan Pustaka Kementerian Malaysia. Hlm.173.79D. G. E. Hall. (1981).A History of South East Asia. New York: Palgrave Macmillan. Hlm. 490.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    38/54

    38

    Pemerintah yang menggantikan Raja Rama III mula melihat cubaan kuasa barat itu

    sebagai satu ancaman kepada kedaulatan negara Thailand dan mula mengambil langkah bijak

    dalam menangani kuasa barat.Raja Mongkut yang telah mengantikan Raja Rama III

    memerintah dari tahun 1851 sehingga 1868.80

    Raja Mongkut mula melihat kuasa barat sebagai

    satu ancaman politik yang sangat besar, lebih-lebih lagi setelah melihat banyak negara di

    Asia Tenggara dijajah oleh kuasa barat terutamanya oleh British.81

    Raja Mongkut mula

    mengambil langkah bijak iaitu berbaik-baik dan bertolak ansur dengan pihak kuasa barat

    yang berminat dengan Siamterutamanya British.Sehubungan itu, Raja Mongkut terpaksa

    menandatangani satu perjanjian dengan kuasa barat bagi mengelakkan kuasa-kuasa barat

    melangkah lebih jauh lagi dalam sistem politik di Siam.

    Jika dikaji dengan secara mendalam, perubahan yang berlaku dalam sistem politik

    negara Thailandhanya berlaku setelah Raja Mongkut menandatangani satu perjanjian dengan

    kuasa barat iaitu British pada tahun 1855.82

    Antara perkara utama yang dicatat dalam

    perjanjian tersebut adalah perkara berkaitan cukai import-eksport dan hak wilayah asingan

    yang akan diberikan kepada British.83

    Perjanjian tersebut dinamakan sebagai Perjanjian

    Bowring dan termenterainya perjanjian ini menandakan dasar isolasi yang diamalkan oleh

    kerajaan Siam berakhir dan ini juga membuktikan kuasa barat telah dapat menempatkan diri

    mereka di negara Thailand.84

    Raja Mongkut juga telahmemecahkan tradisi pemerintah

    sebelum ini yang mengamalkan dasar isolasi.

    80Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm. 173.

    81Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan

    dan Asia Timur.. Hlm. 291.82

    Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok.. Hlm. 176.83Keat Gin Ooi. (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1.

    United States of America: ABC-CLIO, Inc. Hlm. 249.84James C. Ingram. (1955). Economic Change in Thailand, 1850-1970. California: Stanford University Press.

    Hlm.1.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    39/54

    39

    Walaupun perjanjian tersebut merugikan Siam, Raja Mongkut berpendapat ia adalah

    lebih baik daripada pihak British menjajah kerajaannya secara langsung seperti yang berlaku

    kepadanegara jirannya.85

    Raja Mongkut mengambil langkah bijak dengan melakukan

    perubahan dalam aspek pemerintahan Siam melalui pemodenan berdasarkan negara barat

    kerana beliau mengganggap kesulitan yang dihadapi dari segi politik dan diplomatik berlaku

    disebabkan aspek pemerintahan tradisional yang dipraktikkan oleh Siam setelah sekian lama.

    Apa yang dapat dinyatakan di sini, perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Siam dengan

    kuasa barat iaitu British dianggap permulaan kepada perubahan sistem politik di Siam

    melalui pemodenan yang dilakukan oleh Raja Mongkut dan pemerintah Siam yang

    seterusnya bagi mengekalkan kemerdekaan Siam.86

    Raja Mongkut telah meminjam ramai pakar dari negara barat bagi mengajar pegawai-

    pegawainya berkaitan dengan pentadbiran negeri yang moden.Namun begitu, Raja Mongkut

    masih lagi mengekalkan institusi monarkisemasa pemerintahannya, cuma beliau tidak

    melakukan pemodenan sepenuhnya kerana tujuan utama beliau adalah untuk memberi

    gambaran kepada kuasa barat bahawa Siam juga mampu melakukan pemodenan dalam

    beberapa perkara yang dianggap mundur oleh mereka.87

    Melalui tanggapan tersebut beliau

    berharap pihak kuasa barat tidak akan mencampuri urusan politik di negara Thailand. Walau

    bagaimanapun terdapat sesetengah sistem yang tidak cekap masih dikekalkan, contohnya

    sistem Jatusadom yang masih wujud untuk mengendalikan sosiopolitik Siam.88

    Walaupun

    pembaharuan yang dilakukan oleh beliau tidak menyeluruh, beliau telah dilihat menjadi

    perintis utama kepada perubahan sistem pemerintahan di Thailand.

    85Keat Gin Ooi. (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1..

    Hlm. 249.86

    Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm. 173.87Ibid.Hlm.176.

    88Ibid.Hlm. 296.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    40/54

    40

    Selain itu, kesan daripada perjanjian dengan British melalui Perjanjian Bowring 1855

    juga memberi laluan kepada kuasa barat lain untuk menandatangani perjanjian dengan

    kerajaan Siam seperti Amerika Syarikat dan Perancis tahun 1856, Portugal tahun 1859,

    Belanda tahun 1860 dan Rusiatahun 1862 dalam meluaskan kuasa mereka di negara Thailand

    setelah selama inikerajaan Siam tegasdengan sikap tutup pintu mereka kepada kuasa

    asing.89

    Ini bermakna pihak kerajaan Siam terpaksa menukar polisi pemerintahan negara

    mereka yang selama ini mengamalkan dasar isolasi kepada dasar buka pintu kepada kuasa

    barat. Walaupun kerajaan Siam terpaksa menukar polisi pemerintahan mereka kepada dasar

    buka pintu secara terpaksa, pada masa yang sama tindakan negara Thailand ini dapat menjaga

    kedaulatan negara Thailand dan menjadikan Siam satu-satunya negara yang tidak pernah

    dijajah oleh mana-mana kuasa barat secara langsung.

    Perubahan sistem politik sepenuhnya dapat dilihat semasa pemerintahan Raja

    Chulalongkorn.90

    Pemerintahan beliau selama 37 tahun iaitu dari tahun 1873-1910 merupakan

    era keemasan negara Thailand kerana pemodenan yang dilakukan oleh beliau adalah secara

    menyeluruh termasuklah ekonomi, politik dan sosial.91

    Ramai sejarawan barat seperti Stain

    Berg, Wilson dan Tate mengatakan bahawa Raja Chulalongkorn merupakan pemerintah yang

    betanggungjawab melaksanakan pembaharuan dalam erti kata yang sebenarnya dalam

    kerajaan Siam.Namun begitu, aspek perubahan utama yang ingin dibincangkan disini ialah

    aspek perubahan politik yang telah beliau lakukan setelah menyedari kuasa barat berlumba-

    lumba untuk meluaskan dasar imperialisme mereka di Asia Tenggara.

    89Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm. 177.

    90

    Clark D. Neher. (1979). Modern Thai Politics: From Village to Nation . Cambridge: Transaction Publishers.Hlm. 61.91Ibid.Hlm. 8.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    41/54

    41

    Perubahan sistem politik yang dilaksanakan olen Raja Chulalongkorn adalah

    berasaskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh ayahandanya iaitu Raja Mongkut dengan

    tujuan mengelakkan campur tangan kuasa barat dalam sistem politik mereka bagi

    mengekalkan kemerdekaan negara Thailand.92

    Raja Chulalongkorn juga mengamalkan dasar

    buka pintu kepada kuasa barat dan telah menandatangani beberapa siri penjanjian dengan

    kuasa barat lain seperti dengan Jerman tahun 1872 dan Amerika Syarikat tahun 1893.Beliau

    telah mengambil sikap bertolak ansur dengan kuasa-kuasa barat bagi mengelakkan wujudnya

    masalah hubungan politik kerajaan Siam dengan kuasa-kuasa barat tersebut.Ini dapat dilihat

    melalui tindakan beliau menyerahkan sebahagian wilayah kekuasaannya kepada British iaitu

    Negeri-negeri Melayu Utara di Tanah Melayu pada tahun 1909.

    Pemerintahan tradisional kerajaan Siam sebenarnya dibahagikan kepada tiga iaitu

    pusat atau negeri, wilayah atau daerah dan juga kampung. Diperingkat pusat ia dikuasai oleh

    raja yang berkuasa dan dibantu oleh para pembesar.93

    Raja Chulalongkorn cuba melakukan

    perubahan dengan mengurangkan jumlah bilangan pembesarnya iaitu Khunnang. Pembesar di

    peringkat daerah atau wilayah yang dikenali sebagai Khunnang ini sangat berkuasa selepas

    raja.94

    Oleh itu, Raja Mongkut cuba melakukan perubahan ini untuk mengehadkan kuasa

    Khunnang, namun tidak berjaya kerana mendapat tentangan daripada sebilangan pembesar-

    pembesarnya.95

    Disebabkan cubaan pertamanyatidak berjaya dalam mengurangkan kuasa

    Khunnang, beliau akhirnya telah berjaya menubuhkan dua badan pentadbiran kerajaan iaitu

    Majils Privi dan Majilis Kebangsaan untuk menasihatinya dalam pentadbiran pada tahun

    92Clark D. Neher. (1979). Modern Thai Politics: From Village to Nation . Cambridge: Transaction Publishers.

    Hlm. 9.93Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm.114.94

    Ibid. Hlm: 118.95Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan

    dan Asia Timur. Hlm.296.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    42/54

    42

    1874.96

    Majlis ini Privy juga dikenali sebagai Majlis Penasihat Tertinggi Negeri dan Majlis

    Kebangsaan pula dikenali sebagai Majlis Penasihat Rendah Negeri.

    Di samping itu, Raja Chulalongkorn juga pernah menghantar anaknya iaitu Putera

    Devawongse untuk mengkaji sistem kabinet di Britain pada tahun 1887 untuk disesuaikan

    dengan dengan sistem pentadbiran di Thailand.97

    Sehubungan itu, pada 1 April 1892,Raja

    Chulalongkorn telah berjaya menggantikan struktur pentadbiran lama dan digantikan dengan

    struktur pentadbiran moden dengan mewujudkan 12 kementerian baru dalam pentadbiran

    beliau.Antara kementerian-kementerian tersebut adalah Kementerian Hal Ehwal Dalam

    Negeri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian

    Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Keadilan.98

    Tindakan mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketuai oleh Putera

    Damrong secara tidak langsung telah dapat menamatkan kuasa autonomi Khunnang sejak

    turun-temurun dan mengukuhkan kuasa Raja Chulalongkorn sendiri.99

    Raja Chulalongkorn

    telah melantik dirinya sebagai Perdana Menteri dan ahli kabinet pula terdiri daripada ahli

    keluarganya sendiri.Bagi memudahkan pentadbiran, beliau juga telah membahagikan wilayah

    kepada kawasan atau monthon yang diketuai oleh Pesuruhjaya Residen

    monthon.100

    Pemerintahan Thailand seterusnya diganti dengan Raja Vajivarudh pada 1910

    dimana beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan perlembagaan di Thailand

    oleh Raja Chulalongkorn untuk memodenkan pentadbiran namun begitu usahanya telah

    gagal.101

    96Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm.296.

    97Ibid. Hlm.297.

    98Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan

    dan Asia Timur. Hlm.297.99

    Clark D. Neher. (1979). Modern Thai Politics: From Village to Nation. Hlm. 9.100Dr. Kobkua Suwannathat. (1991). Sejarah Siam Zaman Bangkok. Hlm.297.

    101Ibid. Hlm. 297.

  • 7/31/2019 A.tenggara 19 Soalan 7(Group c)

    43/54

    43

    Walaupun Thailand tidak dijajah oleh kuasa asing secara langsung seperti yang

    berlaku dengan negara jirannyaia sebenarnya telah dijajah dari segi pengaruh politik barat.

    Hal ini kerana cubaan demi cubaan yang dilakukan oleh orang barat untuk melibatkan diri

    dalam sistem politik negara Thailand ternyata telah memaksa pemerintah Thailand

    memodenkan pentadbiran mereka agar kuasa asing tidak melihat negara mereka sebagai

    negara yang mundur.102

    Sehubungan itu, pemerintah Thailand mula menukar pendirian

    mereka selama ini yang mengamalkan dasar isolasi dengan membuka pintukepada kuasa

    barat agar dapar menjaga kedaulatan negara.Ternyata keputusan yang dibuat oleh pemerintah

    telah mendatangkan kesan positifkepada Siam apabila telah berjaya memodenkan pentabiran

    negara dan memberi sumbangan dalam pembangunan eko