Atmosfera Bumi

download Atmosfera Bumi

of 4

description

free

Transcript of Atmosfera Bumi

Atmosfera Bumi

Atmosfera Bumiialah suatu lapisangasyang melitupibumi, dikekalkan di tempatnya olehgravitibumi. Atmosfera melindungihidupan di Bumidengan menyerappancaran solarultraungu, memanaskan permukaan menerusi penahanan haba (kesan rumah hijau), dan mengurangkansuhulampau di antarasiangdanmalam(kepelbagaian suhu harian). Kajian tentang atmosfera mula-mula dilakukan untuk memecahkan masalahcuaca, fenomena pembiasan sinar matahari ketika terbit dan tenggelam, serta kerdipan bintang. Dengan peralatan yang sensitif yang dipasang di kawasan angkasa, kita dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang atmosfera serta fenomena-fenomena yang terjadi di dalamnya.Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasisinaran ultra-lembayungdarimataharidan mengurangkan suhu ekstrem di antarasiangdanmalam. 75% dari atmosfera bumi ada dalam 11 km dari permukaan tanah. Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas. Garisan Karman, pada 100 km (62 batu), sering juga digunakan sebagai sempadan antara atmosfera dan angkasa.

Lapisan AtmosferaAtmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, yang dinamai menurut fenomena yang terjadi di lapisan tersebut. Peralihan antara lapisan yang satu dengan yang lain berlaku secara bertahap. Lapisan udara ini boleh dibahagikan kepada:1. Troposfera(Troposphere) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan permukaanbumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisantropopause(antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud). Dalam lapisantropopause, suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitarhingga. Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah lapisantropopause.Lapisan ini ialah lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling ideal untuk menampung kehidupan dibumi. Di lapisan inikehidupanjuga terlindung dari pancaran radiasi yang dipancarkan olehmataharidan objek langit lain.

2. Stratosfera(stratospere) merangkumi kawasan bermula daripada lapisantroposfera(antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud) sehingga lapisanmesosfera(lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera meningkat dengan altitud disebabkan kehadiranlapisan ozonpada ketinggian 25 kilometer. Molekulozonmenyerap sinaranultra-lembayung(uv) darimataharimenyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di sempadan atasstratopause), dan pada masa yang sama melindungibumidaripada sinaran uv.

3. Mesosfera(Mesosphere) merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhuatmosferaakan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan keempattermosfera. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Kebanyakanmeteoryang sampai kebumibiasanya terbakar di lapisan ini.Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi, manakalasuhunyaberkurang dari 290 K hingga 200 K (hingga).4. Termosferaterletak di atasmesosferadan di bawaheksosfera. Lapisan ini hanya mempunyai sedikit sahaja udara. Fenomenaaurora(tirai cahaya) terhasil di sini hasil tindak balasangin suriadenganmedan magnet bumi. Di lapisan ini juga sinaran uv akan menyebabkan pengionan (lihationosfera).Lapisan termosfera bermula kira 80 km di atas permukaan bumi hingga antara 500-1000 km di mana lapisan teratasatmosfera, eksosfera bermula. Suhu di sini amat tinggi akibat sinaran matahari dan aktiviti pengionan, dan boleh mencapai hampir.

5. Eksosfera(Exosphere) adalah lapisan teratasatmosferabumi, sekaligus merupakan sempadan antara atmosfera bumi dan angkasa lepas. Lapisan ini terletak antara 500-1000 km hingga kira-kira 10,000 km dari permukaan bumi. Boleh dikatakan hampir tiada udara atau gas di lapisan ini.Satelityang mengorbitbumiterletak di sini.

Lapisan Atmosfera Bumi

Tekanan AtmosferaTekanan atmofera disebabkan olehudarayang mempunyaiberat. Ini bermakna tekanan atmosfera berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara (dan beratnya) di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa. Secara kasarnya, tekanan atmosfera jatuh kira-kira 50% pada ketinggian altitud 5 km (ataupun jumlah berat atmosfera di bawah 5 km adalah separuh daripada jumlah berat keseluruhan atmosfera). Tekanan atmosfera biasa dipermukaan lautialah sekitar 101.3 kilopascal (kPa) dan dipanggil 1 Atm.

Komposisi Atmosfera BumiAtmosfera tersusun oleh:Nitrogen()Oksigen()Argon()Air()Ozon()Karbon dioksida()