SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

32
TUTORIAL 8 SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA – KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

Transcript of SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

Page 1: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

TUTORIAL 8SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA – KESAN RUMAH

HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

Page 2: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

1 (a) Bezakan konsep Kesan Rumah Hijau dengan Penipisan Lapisan Ozon? (4)

Kesan Rumah Hijau• proses fizikal yang melibatkan peningkatan suhu di permukaan

bumi akibat pemerangkapan bahangan bumi oleh gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida yang bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi.

Penipisan Lapisan Ozon• Proses pemusnahan lapisan ozon apabila ikatan kovalen tiga atom

oksigen (03) yang membentuk lapisan ozon diputuskan oleh gas kloroflourokarbon (CFCs). la berlaku di lapisan stratosfera.

Page 3: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

1 (b) Bagaimanakah kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon boleh meningkatkan suhu? (4)

Fenomena kesan rumah hijau• menyebabkan bahangan bumi terperangkap apabila gas-gas rumah hijau

menghalang pembebasan bahangan bumi pads waktu malam. Kesan pemerangkapan bahangan bumi ini menyebabkan tenaga haba berkitar dalam ruang udara yang sama yang menyebabkan suhu sekitar meningkat. Pada Skala yang lebih besar suhu dunia pula turut meningkat.

Penipisan lapisan ozon• membolehkan bahangan matahari menembusi ruang atmosfera dengan

kadar yang tinggi disebabkan oleh fungsi ozon untuk menapis, menyerak, menyerap dan memantul bahangan matahari semakin berkurangan. Lebihan tenaga matahari akan masuk ke atmosfera bumi yang menyebabkan suhu dunia akan meningkat.

Page 4: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

1 (c) Bagaimanakah fenomena penipisan lapisan ozon terjadi secara berterusan?(4)

Penipisan lapisan ozon dilakukan oleh gas kloroflorokarbon (CFC) dan Halon hasil aktiviti manusia. Molekul CFC akan terurai setelah terkena atau bertindakbalas dengan sinaran matahari (UV), lalu menghasilkan atom klorin yang bebas (CI).Atom klorin yang bebas bertindak memutuskan ikatan kovalen ozon (03) menjadi klorin oksida (CIO) dan oksigen (02). Apabila terkena sinaran UV matahari, ikatan molekul klorin oksida (CIO) terputus kembali dan menghasilkan atom klorin yang bebas semula (CI).

Page 5: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

1 (c) Bagaimanakah fenomena penipisan lapisan ozon terjadi secara berterusan?(4)

Atom klorin yang bebas ini akan bertindakbalas pula dengan molekul ozon yang lain dan seterusnya menjadi klorin oksida (CIO) dan oksigen (02). Proses ini berterusan rterusan berlaku dikenali sebagai rantaian tindakbalas yang menyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.

Akibatnya, ozon yang nipis tidak mampu lagi untuk menapis, menyerap,menyerak dan memantul bahangan matahari daripada terus tiba ke permukaan bumi.

Page 6: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

1 (d) Mengapakah lapisan ozon sangat penting kepada manusia?

(4)

Lapisan Ozon berfungsi untuk melindungi manusia daripada sinar lembayung/ bahangan matahari dengan kadar yang tinggi kerana ozon menjalankan fungsinya untuk menapis, menyerap, menyerak dan memantulkan bahangan matahari daripada terus tiba ke permukaan bumi.

Page 7: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

1 (e) Bagaimanakah gas-gas rumah hijau berfungsi meningkatkan suhu dalam bandar?

(4)

Gas-gas rumah hijau yang terkumpul dalam ruang udara bandar bertindak lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi. Bahangan bumi terperangkap dan tidak dapat dibebaskan ke angkasa pads waktu malam.

Apabila bahangan bumi tidak dapat dibebaskan ke angkasa maka, tenaga haba akan berkitar di ruang atmosfera Bandar. IN akan meningkatkan suhu di pusat Bandar dan semakin berkurangan menghala ke pinggir Bandar. Fenomena ini dinamakan sebagai pulau haba bandar.

Page 8: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

1 (f) Jelaskan pengaruh fizikal terhadap kejadian kesannya rumah hijau dan penipisan lapisan ozon?

(4)

Letusan Gunung Berapi. Ini akan membebaskan debu dan gas sulfur yang akan membentuk gas rumah hijau (sulfur dioksida). Di samping itu kebakaran hutanakibat cuaca panas EI-Nino juga membebaskan gas rumah hijau khususnya karbon dioksida. Kedua-dua jenis gas ini mampu memerangkap bahangan bumi.

Pereputan bahan organik secara semulajadi seperti dikawasan paya/ wet land. Pereputan ini akan membebaskan gas metana yang boleh menipiskan lapisan ozon apabila tiba di statosfera.

Page 9: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

2 (a) Bagaimanakah aktiviti domestik boleh mempengaruhi fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

(4)

Aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan di tapak pelupusan sampah juga boleh membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida. Di samping itu is juga boleh membebaskan gas CFCs terutama sekali pembakaran plastik dan polistren.

Penggunaan alat penyemburan/ aerosol dan alat pemadam api membebaskan CFCs dan halon terutama apabila bahan-bahan tersebut sudah tamat jangka hayatnya dan dilupuskan secara pembakaran. Ini akan menambahkan CFCs dalam stratosfera yang boleh menipiskan lagi lapisan ozon.

Page 10: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

2 (b) Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi hijau?

(3)

Teknologi hijau ialah teknologi yang mesra alam, bersih dan berisiko, rendah. Contohnya teknologi hibrid, teknologi solar (sistem hibrid suria) tenaga ombak, tenaga dari kincir angin dan biomass. Selain itu teknologi insenerator yang menggunakan sisa pepejal sebagai sumber tenaga baru.

Page 11: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

2 (c) Cadangkan tiga langkah bukan perundangan untuk mengurangkan fenomena kesan rumah hijau?

(6)

Menggalakkan kecekapan penggunaan tenaga (energy efficiency) di sektor perindustrian, bangunan bangunan dan juga sektor pengangkutan. Misalnya menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam seperti KOMUTER, LRT dan ERL, penggunaan petrol tanpa plumbum dll.

Penghijauan persekitaran seperti penanaman semula hutan, menanam pokok-pokok peneduh dalam bandar dll amalan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan secara lestari bagi memastikan kawasan hutan ini terus kekal menjadi penyerap atau sink kepada gas rumah hijau iaitu karbon dioksida.

Mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menjalankan aktiviti kitar semula, amalan tebang reput dalam pertanian disamping penggunaan produk yang mesra alam.

Page 12: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

2 (d) Bagaimanakah masyarakat bandar boleh mengurangkan kejadian kesan rumah hijau? (4)

Masyarakat bandar perlu banyak menggunakan teknologi hijau yang bersifat mesra alam, bersih dan berisiko rendah seperti penggunaan kenderaan hibrid dan tenaga solar dalam aktiviti harian mereka.

Masyarakat bandar perlu mengamalkan kecekapan penggunaan tenaga (energy efficiency) di sektor perindustrian, bang una n-bangunan dan juga sektor pengangkutan. Misalnya menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam seperti KOMUTER, LRT dan ERL, penggunaan petrol tanpa plumbum dll.

Menjayakan kempen penjimatan tenaga seperti kempen earth hours, kempen kitar semula dalam pengurusan sisa pepejal, yang sentiasa menggunakan prinsip 3R, iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guns semula) dan Recycle (Kitar semula). Di samping kempen penghijauan persekitaran dengan menanam pokok-pokok peneduh dalam bandar.

Page 13: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

2 (e) Nilaikan keberkesanan kerjasama antarabangsa dalam konteks mengurangkan fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. (4)

Kerjasama antarabangsa berlangsung menerusi persidangan, perjanjian dan protokol untuk dipatuhi bersama oleh semua negara yang terlibat. Misalnya Protokol Montreal dan Kyoto. Namun begitu perjanjian ini tidak dipatuhi sepenuhnya terutama sekali oleh negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat. Ini kerana kepentingan nasional mendahului kepentingan antarabangsa. Kesannya gas-gas rumah hijau dan CFCs sentiasa bertambah Saban tahun.

Page 14: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (a) Bezakan proses kejadian penipisan lapisan oson dengan kesan rumah hijau.

(6)A9PEK PERSEZAAN KESAN RUMAH HIJAU PENIPISAN LAPISAN OZONSumber Gas rumah hijau seperti karbon

dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, gas metana dll.

Gas Kloroflorokarbon (CFC) dan gas Halon yang memutuskan ikatan ozon (03).

Proses kejadianGas-gas rumah hijau yang berkumpuldi troposfera bertindak sebagai lutsinar (membenarkan)bahangan matahari masuk pada waktu siang tetapi legap (menghalang) bahangan bumi ke luar pada waktu malam.

Sinaran UV matahari memutuskan ikatan molekul gas CFC menjadi atom klorin. Atom klorin yang bebas akan bertindak memutuskan pula ikatan kovalen ozon (03)menyebabkan lapisan ozon menjadi nipis. -

Page 15: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (b) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon.

(6)

1. Aktiviti industry pencuci atau pelarut.• Banyak membebaskan -gas Kloroflorokarbon (CFCs) dan halons

yang mampu memutuskan ikatan kovalen gas ozon seterusnya menipiskan lapisan ozon.

• CFCs dalambentuk cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dan grin dalam peralatan elektronik, elektrik, mikrocip dalam computer dan pelbagai jenis logam.

• CFCs dalam bentuk gas pula pula digunakan sebagai pencuci peralatan perubatan.

Page 16: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (b) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon.

(6)

2. Aktiviti Domestik.• Aktiviti pembakaran terbuka dilakukan di tapak

pelupusan sampah yang juga membebaskan gas CFCs , terutama sekali pembakaran plastik dan polistren.

• Penggunaan alat penyemburan aerosol dan alat pemadam api membebaskan CFC dan halon menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Page 17: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (b) Bagaimanakah aktiviti manusia telah menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon.

(6)

3. Ujian nuclear di kutub/ benua antartika.• Ujian peluru berpandu menyebabkan kebocoran

lapisan ozon.• Jet supersonic yang melalui lapisan stratosfera juga

boleh merosakkan lapisan ozon.• Kesannya bahangan matahari menerobosi lapisan

atmosfera dengan mudah. dan suhu bumi meningkat.

Page 18: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (c) Bincangkan kesan penipisan ozon terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

(12)

1. Pencairan litupan ais kutub dan ais pergunungan.• Penipisan lapisan ozon menyebabkan pemanasan global.

Akibat pemanasan global litupan ais di kedua-dua kutub sedang mengalami pencairan. Mengikut IPPC ais di kutub (Artik) akan mencair sehingga 60% menjelang tahun 2050. Selain itu Bongkah ais di benua Antartika juga mencair pada Skala yang besar dan runtuh serta tenggelam ke dalam lautan.

• Litupan ais pergunungan seperti di banjaran ALPS, Himalaya, Rockey dan Andes juga mencair yang meningkatkan kadar hakisan glasier dan fenomena salji runtuh.

Page 19: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (c) Bincangkan kesan penipisan ozon terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

(12)

2. Peningkatan Aras Laut.• Kesan yang paling dibimbangkan akibat pencairan ais kutub ialah

kenaikan aras laut yang akan menenggelamkan daratan dan meningkatkan kadar hakisan ombak di pinggir pantai.

• Negara-negara yang rendah seperti Belanda dan Bangladesh serta negara-negara kepulauan mungkin lenyap dari peta dunia.

• Sebagai contoh, aras laut kini dijangka meningkat 15 cm pada tahun 2050 dan 34 cm pada tahun 2100.

• Para saintis meramalkanjika kadar kenaikan aras laut kini berterusan ia boleh meneggelamkan kira-kira 2,000 bush pulau di Indonesia menjelang tahun 2030.

Page 20: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (c) Bincangkan kesan penipisan ozon terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

(12)

3. Kemusnahan Ekosistem.• Peningkatan aras laut akibat penipisan lapisan ozon akan

menggelamkan kawasan hutan paya dan merosakkan ekosistem akuatik (laut, muara, paya bakau, tanah bencah) dan lain-lain.

• Pemanasan global juga menyebabkan kebakaran hutan dan merosakkan ekologi hutan – rantaian makanan, habitat, kepelbagaian spesis dll.

• Disamping memusnahkan terumbu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan.

Page 21: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (c) Bincangkan kesan penipisan ozon terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

(12)

4. Gangguan kesihatan/penyakit kepada manusia.• Kerosakan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana pancaran UV

yang mempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan:• Penyakit barah kulit seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom

mengalami mutase yang menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur.• penyakit mata Seperti katarak dan buta akibat terlalu lama terdedah kepada

sinaran UV.• Melemahkan sistem imunisasi badan. menyebabkan seseorang itu menjadi lemah

dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.• Memusnahkan asid-asid nukleik (RNA dan DNA) dan protein yang merupakan

molekul asas kepada semua benda hidup akibat terdedah kepada sinar UV yang berterusan.

Page 22: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (c) Bincangkan kesan penipisan ozon terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

(12)

5. Kesan negative kepada sector pertanian.• Radiasi UV yang berlebihan menjejaskan produktiviti

pertanian kerana ia mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan dan menjejaskan proses fotosintesis.

• Contohnya kajian yang dijalankan oleh ahli botani dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu (UV) yang berlebihan.

Page 23: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (c) Bincangkan kesan penipisan ozon terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

(12)

6. Kesan negatif ke atas sector perikanan.• Sinar UV yang berlebihan boleh mematikan

mikroorganisma di dalam air seperti plankton dan zoo plankton.

• Kesannya sumber makanan kepada ikan akan berkurangan yang sudah tentu menjejaskan pula bekalan protein bagi manusia.

• Pendapatan nelayan akan merosot.• Selain itu sinaran UV yang bedebihan juga boleh

kerosakkan habitat ikan seperti terumbu karang.

Page 24: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

3 (c) Bincangkan kesan penipisan ozon terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.

(12)

7. Menjejaskan aktiviti social (Impak sosial)• Cuaca panas mengehadkan mobiliti/ pergerakan

penduduk.• Aktiviti riadah dan sukan terjejas.• Resiko rebakan penyakit seperti deman panas/

stroke haba.• Menjejaskan interaksi sosial.

Page 25: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

4 (a) Sejauh manakah faktor fizikal mempengaruhi kejadian penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau.

(13)

Faktor Fizikal:• Letusan Gunung Berapi. Membebaskan debu dan gas

sulfur yang akan membentuk gas rumah hijau (sulfur dioksida)

• Kebakaran hutan akibat cuaca panas seperti El-Nino membebaskan gas karbon dioksida (gas rumah hijau) dan asap.

• Pereputan bahan organik secara semulajadi seperti kawasan paya/ wet land membebaskan gas metana yang boleh menipiskan lapisan ozon apabila tiba di statosfera.

Page 26: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

4 (a) Sejauh manakah faktor fizikal mempengaruhi kejadian penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau.

(13)

Faktor-Faktor Lain (Faktor Manusia):• Aktiviti industri/ kilang. Penggunaan bahan api fosil (petroleum dan

gas asli) dalam industry perkilangan banyak membebaskan "gas-gas rumah hijau" yang mampu memerangkap bahangan bumi (bahangan terestrial). Juga industri CFCs dalam bentuk cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dan gris dalam peralatan elektronik, elektrik, mikrocip dalam komputer dan pelbagai jenis logam.

• Aktiviti penyahutanan. Penebangan hutan yang berleluasa turut menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera. Hutan gagal berfungsi untuk menyimpan karbon bumi sebaliknya terkumpul di dalam atmosfera.

Page 27: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

4 (a) Sejauh manakah faktor fizikal mempengaruhi kejadian penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau.

(13)

Faktor-Faktor Lain (Faktor Manusia):• Aktiviti Domestik. Aktiviti pembakaran terbuka dilakukan

di tapak pelupusan sampah yang juga membebaskan gas –gas rumah hijau dan gas CFCs terutama sekali pembakaran plastik dan polistren. Penggunaan alat penyemburan aerosol dan alat pemadam api membebaskan CFCs dan halon – menyebabkan penipisan lapisan ozon.

• Aktiviti pertanian. Kegiatan pertanian dan penternakan membebaskan gas metana dan nitrogen oksida yang juga menjadi sebahagian daripada gas rumah hijau.

Page 28: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

4 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kejadian kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.(12)

1. Langkah Perundangan• Kerjasama Antara Bangsa melalui:• Protokol Montreal : laitu satu ketetapan standard antarabangsa bagi mengurangkan

pengeluaran gas kloroflorokarbon yang dikenalpasti menyebabkan penipisan lapisan ozon.

• Protokol Kyoto: Satu persetujuan sejagat untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah hijau yang lain atau negara-negara terlibat bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas. Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 °C dan 0.28 °C setahun sehingga tahun 2050, jika semua negara mematuhinya.

• Persidangan Perubahan lklim Dunia, di Copenhagen, Denmark, Disember 2009. Komitmen negara kaya dan negara membangun berhubung had pelepasan gas karbon dioksida. Selain itu bantuan dana di kalangan negara maju terhadap negara membangun dalam mengurangkan pembebasan CO2 bagi memastikan kenaikan suhu dunia tidak melebihi 2°C.

Page 29: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

4 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kejadian kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.(12)

2. Langkah Bukan Perundangan (Amalan Pengurusan Strategik)• Mengupayakan teknologi dan tenaga hijau (RE- renewable

energy). Antaranya seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar (system hibridsuria) tenaga ombak, tenaga dari kincir angin dan biomass.

• Menggalakkan kecekapan penggunaan tenaga (energy efficiency) di sektor perindustrian, bangunan-bangunan dan juga sektor pengangkutan. Misalnya menggalakkan penggunaan system pengangkutan awam seperti KOMUTER, LRT dan ERL, penggunaan petrol tanpa plumbum dll.

Page 30: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

4 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kejadian kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.(12)

2. Langkah Bukan Perundangan (Amalan Pengurusan Strategik)• Melindungi kawasan hutan melalui pengurusan hutan secara

lestari bagi memastikan kawasan hutan ini terus kekal menjadi penyerap atau sink kepada gas rumah hijau iaitu karbon dioksida. Umpamanya mewartakan hutan simpan kekal dan projek perladangan hutan/tanam semula hutan. Amalan pembangunan lestari.

• Mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menjalankan aktiviti kitar semula, amalan tebang reput dalam pertanian disamping penggunaan produk yang mesra alam.

Page 31: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

4 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kejadian kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.(12)

3. Langkah Bukan Perundangan: (Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alain Sekitar)• Menjayakan Kempen Kesedaran:• Kempen Earth Hour. Tujuan utama ‘Earth Hour‘ ialah bagi

menyampaikan keprihatinan penduduk dunia mengenai perlunya satu tindakan proaktif bagi menangani isu pemanasan Global

• Kempen Mengamalkan kitar semula. Dalam pengurusan sisa pepejal, sentiasa menggunakan prinsip 3R, iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula). Kempen menggunakan banyak produk yang mesra alam.

• Kempen penghijauan persekitaran dengan cara menanam pokok‑pokok dipersekitaran rumah atau di taman-taman perumahan.

Page 32: SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

4 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kejadian kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.(12)

3. Langkah Bukan Perundangan: (Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alain Sekitar)• Pendidikan Alam Sekitar• Pendidikan alam sekitar menjadi wadah utama untuk

menanamkan nilai-nilai murni ini terutamanya melalui matapelajaran Geografi di peringkat sekolah menengah dan universiti. Di samping itu agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) juga pedu berkerjasama mendidik masyarakat menghargai alam sekitar.