Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

15
Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Transcript of Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Page 1: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Atur Cara Kehakiman &

Istilah Mahkamah

Page 2: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Istilah KehakimanAFIDAVIT

• Kenyataan bertulis seorang tentang pengakuan dalam sesuatu kes.

ALIBI

• Menunjukkan bahawa seseorang tertuduh tidak ada di tempat kejadian semasa kejadian itu berlaku.

BAIL• Wang jaminan yang membolehkan seseorang bebas sehingga berbicaraan kes tertuduh dipanggil semula

pada tarikh yang ditetapkan.

BAILIF

• Seseorang yang ditugaskan menyampaikan wrif atau saman oleh pejabat pendaftaran mahkamah

BONA FIDE

• Tiada niat buruk

CERTIORARI

• Memohon kebenaran mahkamah tinggi untuk mengabaikan keputusan mahkamah rendah

HINA MAHKAMAH

• Mengingkari arahan hakim atau keputusan mahkamah

DE FACTO

• Aspek fakta atau logik

PETISYEN

• Membuat rayuan bertulis tentang sesuatu perkara di mahkamah.

Page 3: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

DEFENDAN

• Seorang yang hadapi tuduhan

EX PARTE

• Pemohonan oleh plaintif mendengar kes tanpa pandangan defendan

HABEAS CORPUS

• Arahan mahkamah supaya seseorang dalam tahanan datang dalam perbicaraan kes

MANDATORI

• Hukuman wajib atau tidak boleh bertolak ansur. Memohon mengurangkan hukuman yang diberikan oleh mahkamah.

MITIGASI

• Memohon untuk mengurangkan hukuman yang diputuskan oleh mahkamah.

MUTATIS MUTANDIS

• Melakukan perubahan bagi keadaan yang baru bagi sesuatu kes.

PLAINTIF

• Orang yang menuduh

PRIMA FACIE

• Kes yang menunjukkan terdapatnya bukt i yang kukuh terhadap ter tuduh.

Page 4: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

SAMAN• Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa polis atau

mahkamah untuk menghadirkan diri dalam prosiding yang ditetapkan.

SAPINA

• Arahan mahkamah meminta defenden hadir ke mahkamah untuk menghadapi prosiding

ULTRA VIRUS

• Tindakan melampau batas undang-undang

SINE DINE

• Penangguhan sesuatu kes hingga satu tarikh yang belum ditetapkan

VOID

• Dibatalkan kerana tidak sah atau palsu

WARAN

• Dokumen yang memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang bagi tujuan membawanya ke mahkamah.

WRIT

• Dokumen atau surat perintah atas nama YDPA.

INJUKSI

• Perintah mahkamah supaya seorang berhenti melakukan sesuatu gangguan atau tindakan bagi kangka masa yang ditetapkan.

Page 5: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Atur cara (prociding) mahkamah

• Seorang tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah dengan pemberian:

• Saman – dokumen yang mempunyai kandungan kesalahan dan meminta tertuduh hadir ke mahkamah pada masa dan tarikh yang ditetapkan.

• Penangkapan tanpa waran_ cara pihak polis menangkap seseorang yang dianggap mengancam keselamatan awam dan negara seperti mengamuk, berhimpun secara haram, merusuh, menghantar SMS fi tnah atau lucah, cetak rompak dan pemalsuan mata wang

• Waran- dokoumen yang memberikan kuasa kepada pihakpolis oleh mahkamah untuk menangkap seseorang atau menggeledah premis bagi mencari bukti

• Prosiding mahkamah dibahagikan kepada atur cara (prosiding)kes\sivil dan atur cara (prosiding) kes jenayah.

Page 6: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Atur cara (prosiding) sivil

Kes sivil bermula apabila terdapat kes yang dikemukakan oleh seseorang yang tidak dapat menyelesaikan masalah tentang:

• Perebutan harta• Perkahwinan, pertunangan, penceraian• Hal berkaitan anak• Fitnah• Tidak menepati janji • Pencerobohan• Kecuaian

Page 7: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Pihak yang mengemukakan kes dikenali sebgai plaintif dan pihak yang dituduh dikenali sebagai defendan sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.

Kes yang dikemukakan akan didaftarkan di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah.

Writ dikeluarkan oleh Hakim Besar Mahkamah untuk meminta defendan menghadirkan diri ke mahkamah.

Writ panggilan dilakukan oleh peguam bela sama ada menghantar melalui pos atau orang perseorangan atau melalui akhbar jika tidak dapat dihubungi.Perbicaraan boleh dijalankan tanpa kehadiran defendan walaupun sudah diberitahu tetapi defendan harus menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

Pihak defendan boleh melawan writ tersebut dengan meminta untuk dibicarakan menggunakan peguam yang dilantiknya.

Sekiranya plaintif gagal mengesan defendan dan peguam belanya, pihakplaintif boleh memohon kepada mahkamah untuk menampalkan writ di tempat diiklankan dalam akhbar tempatan.

Pihak defendan juga boleh menuntut balasan sekiranya beliau yakin mempunyai bukti kukuh untuk menyangkal tuduhan.

Page 8: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Proses semasa perbicaraan• Apabila hakim masuk ke dalam mahkamah,

hadirin, plaintif, dan defendan perlu berdiri sebagai menghormati hakim.

• Pihak pendakwa, plaintif, peguam plaintif atau pemohon menyatakan kedudukan mereka dalam perbicaraan kes sivil tersebut. Watikah pertuduhan akan dibaca oleh peguam cara.

• Pihak defendan, iaitu peguam defendan menyatakan pendirian mereka sebagai peguam bela terhadap tuduhan kesyang dibicarakan. Watikah pembelaan akan dibaca oleh peguam bela.

• Hakim akan memastikan pihak yang tertuduh memahami pertuduhan yang dibuat

• Hakim akan bertanya kepada tertuduh sama ada mengakui pertuduhan yang dinyatakan atau ingin dibicarakan.

• Jika tertuduh mahu dibicarakan, perbicaraan dimulakan dengan memanggil saksi jika ada dan diambil keterangan oleh peguam kedua-dua belah pihak di hadapan hakim. Prosiding dilakukan berterusan antara kedua-dua belah peguam dengan memberi penjelasan masing-masing.

• Perbicaraan akan mengambil masa beberapa minggu, bulan atau tahun untuk selesai.

• Peguam bela dan pihak pendakwa menggulung hujah masing-masing.

Page 9: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Seterusnya mahkamah boleh memberi

keputusan yang berikut:

Mengkehendaki pihak yang menuntut (plaintif) membayar

kos perbicaraan sekiranya gagal dalam perbicaraan

Bagi kes yang menuntut bayaran ganti rugi atau saran,

orang yang bersalah perlu menanggung bayaran ganti rugi

atau saraan tersebut

Bagi kes yang menuntut harta pusaka, anak atu penceraian,

mahkamah akan membuat pengisytiharan atau perintah

tentang keputusannya

Page 10: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Proses Selepas Penghakiman.• Sekiranya defendan atau plaintif tidak

berpuas hati dengan keputusan mahkamah, rayuan boleh dibuat di Mahkamah Rayuan dalam tempoh 14 hari.

• Perbicaraan rayuan dibuat berdasarkan bukti yang dikumpulkan oleh mahkamah sebelumnya atau mempunyai prima facie.

• Jika plaintif atau defendan masih tidak berpuas hati dengan keputusan, rayuan boleh dibuat di Mahkamah Persekutuan.

• Keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

• Kos perbicaraan akan ditanggung oleh pihak yang didapati bersalah.

Page 11: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

ATUR CARA (PROSIDING )JENAYAH

Prosedur Jenayah Ringan.• Jenayah ringan ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang seperti mencuri

atau mengugut secara lisan.• Mangsa membuat laporan polis.• Pihak polis yang menerima laporan akan melakukan penyiasatan.• Pihak polis memperolehi waran tangkap terhadap tertuduh yang didapati

bersalah.• Tertuduh yang ditangkap perlu ddiberitahu sebab-sebab dia ditangkap.• Tertuduh akan ditahan untuk siasatan bagi tempoh 24 jam dan dibenarkan

berunding dengan peguam bela.• Walau bagaimanapun, penyiasat boleh mendapatkan kebenaran mahkamah

untuk melanjutkan tempoh siasatan.• Tertuduh dibenarkan ikat jamin/ diberi amaran berasaskan siasatan.• Tertuduh akan dibawa ke mahkamah jika kes tidak dapat diselesaikan.

Prosedur Jenayah Berat• Jenayah berat ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang seperti membunuh, mencederakan orang atau mengancam keselamatan negara.

• Mangsa membuat laporan polis.• Polis menyiasat dengan menahan suspek. Suspek harus diberitahu sebab

ditangkap dan mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyiasat suspek dalam tempoh 14 hari.

• Bagi kes di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerajaan berkuasa menahan seseorang selama dua tahun.

• Tertuduh akan ditahan untuk siasatan dan dibenarkan berunding dengan peguam bela.

• Penyiasat boleh memohon lanjutan tempoh daripada mahkamah jika perlu.• Polis mendapatkan waran untuk menangkap atau menggeledah rumah atau

premis bagi mendapatkan buktu yang kukuh.• Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.• Tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah oleh pendakwa raya sebagai plaintif.• Jurubahasa digunakan bagi memudahkan perbicaraan terhadap tertuduh yang

tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Page 12: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Proses semasa perbicaraan.

• Apabila hakim masuk ke dalam mahkamah, hadirin, plaintif, dan defendan perlu berdiri sebagai menghormati hakim.

• Pihak pendakwa raya atau pemohon menyatakan kedudukan mereka dalam perbicaraan kes jenayah tersebut sebagai plaintif. Watikah pertuduhan akan dibaca oleh pendakwa raya.

• Pihak defendan, iaitu peguam defendan menyatakan pendirian mereka sebagai peguam bela dan defendan terhadap tuduhan kes yang dibicarakan. Watikah pembelaan akan dibaca oleh peguam bela.

• Hakim akan memastikan pihak yang tertuduh memahami pertuduhan yang dibuat• Hakim akan bertanya kepada tertuduh sama ada mengakui pertuduhan yang dinyatakan atau ingin

dibicarakan.• Jika tertuduh mahu dibicarakan, perbicaraan dimulakan dengan memanggil saksi jika ada dan diambil

keterangan oleh peguam kedua-dua belah pihak di hadapan hakim. Prosiding dilakukan berterusan antara kedua-dua belah peguam dengan memberi penjelasan masing-masing.

• Perbicaraan akan mengambil masa beberapa minggu, bulan atau tahun untuk selesai.• Peguam bela dan pihak pendakwa menggulung hujah masing-masing.

Page 13: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Keputusan dijatuhkan sama ada:

• Dipenjarakan• Didenda bergantung kepada berat • Disebat kesalahan yang dilakukan.• Hukuman gantung sampai mati. • Jika hukuman mati dikenakan, tertuduh tidak akan menerima

sebatan atau denda sebelum tiba tarikh hukuman mati.

Page 14: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah

Proses Selepas Penghakiman

• Jika defendan atau plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tersebut, rayuan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari.

• Perbicaraan rayuan dibuat berdasarkan bukti yang dikumpulkan oleh mahkamah sebelumnya atau mempunyai prima facie.

• Jika plaintif atau defendan masih tidak berpuas hati dengan keputusan, rayuan boleh dibuat di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

• Keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.• Kos perbicaraan akan ditanggung oleh pihak yang didapati bersalah.

Page 15: Atur Cara Kehakiman & Istilah Mahkamah