ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG...

6
1 ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD 1.0 Tajuk dan mula berkuatkuasa 1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan Kumpulan Wang Kebajikan Am - Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad. 1.2 Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil Koperasi 9(3) dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 2.0 Tujuan Tujuan Kumpulan Wang Kebajikan Am diwujudkan ialah untuk :- 2.1 Memberi sumbangan kewangan jika berlaku kematian atau sakit kronik yang berpanjangan kepada anggota dan tanggungannya bagi meringankan beban yang dipikul oleh anggota atau warisnya; 2.2 Memberi sumbangan kewangan kepada anggota yang telah ditimpa kemalangan diri dan kemusnahan rumah kediaman; 2.3 Memberi sumbangan kewangan kepada anggota yang menunaikan fardhu haji; 2.4 Memberi sumbangan kewangan kepada anggota yang menunaikan umrah; 2.5 Memberi sumbangan kewangan kepada badan-badan lain yang difikirkan munasabah. 2.6 Memberi anugerah kepada anggota setia. 3.0 Sumber Kewangan Punca kewangan bagi Kumpulan Wang Kebajikan Am adalah diperolehi daripada :- 3.1 Caruman bulanan anggota seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung; 3.2 Sumbangan sebanyak tidak lebih 10% daripada untung bersih teraudit Koperasi setiap tahun sebagaimana Undang-undang Kecil 65(2)(d); 3.3 Derma-derma atau sumbangan-sumbangan daripada pihak-pihak lain. 4.0 Keanggotaan 4.1 Semua anggota Koperasi ini dengan sendirinya menjadi ahli Kumpulan Wang ini;

Transcript of ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG...

Page 1: ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/44047-aturan-kumpulanwang... · 1 aturan-aturan bagi kumpulan wang kebajikan am koperasi perkhidmatan pendidikan

1

ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

1.0 Tajuk dan mula berkuatkuasa

1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan Kumpulan Wang

Kebajikan Am - Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur

Berhad.

1.2 Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil Koperasi 9(3) dan

dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

2.0 Tujuan

Tujuan Kumpulan Wang Kebajikan Am diwujudkan ialah untuk :-

2.1 Memberi sumbangan kewangan jika berlaku kematian atau sakit kronik

yang berpanjangan kepada anggota dan tanggungannya bagi meringankan

beban yang dipikul oleh anggota atau warisnya;

2.2 Memberi sumbangan kewangan kepada anggota yang telah ditimpa kemalangan diri dan

kemusnahan rumah kediaman;

2.3 Memberi sumbangan kewangan kepada anggota yang menunaikan fardhu

haji;

2.4 Memberi sumbangan kewangan kepada anggota yang menunaikan umrah; 2.5 Memberi

sumbangan kewangan kepada badan-badan lain yang difikirkan munasabah.

2.6 Memberi anugerah kepada anggota setia.

3.0 Sumber Kewangan

Punca kewangan bagi Kumpulan Wang Kebajikan Am adalah diperolehi daripada

:-

3.1 Caruman bulanan anggota seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung;

3.2 Sumbangan sebanyak tidak lebih 10% daripada untung bersih teraudit Koperasi

setiap tahun sebagaimana Undang-undang Kecil 65(2)(d);

3.3 Derma-derma atau sumbangan-sumbangan daripada pihak-pihak lain.

4.0 Keanggotaan

4.1 Semua anggota Koperasi ini dengan sendirinya menjadi ahli Kumpulan

Wang ini;

Page 2: ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/44047-aturan-kumpulanwang... · 1 aturan-aturan bagi kumpulan wang kebajikan am koperasi perkhidmatan pendidikan

2

4.2 Seseorang anggota yang berhenti dari Koperasi ini dengan sendirinya terhenti

daripada menjadi anggota Kumpulan Wang ini dan tidak berhak mendapat

apa-apa pulangan dan kemudahan;

5.0 Pentadbiran Kumpulan Wang

5.1 Kumpulan Wang Kebajikan ini hendaklah ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa

Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 44(2)(w);

5.2 Jumlah anggota Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai tidak kurang daripada

empat orang;

5.3 Jawatankuasa Kecil ini hendaklah menyerahkan pada tiap-tiap tahun penyata

mengenai Kumpulan Wang Kebajikan kepada Lembaga bersamasama

dengan penyata akaun yang telah diaudit untuk makluman anggotaanggota

Koperasi.

6.0 Tahun Kewangan

Tahun kewangan bagi Kumpulan Wang Kebajikan ini hendaklah bermula pada 1 Januari dan

berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

7.0 Pelaburan

7.1 Lembaga dari masa ke semasa dan apabila difikirkan sesuai boleh melaburkan

semua atau sebahagian daripada wang yang asal di dalam Kumpulan Wang

ini kepada badan atau pertubuhan atau apa-apa bentuk yang berjamin

mengikut syarat-syarat di dalam Akta Koperasi;

7.2 Faedah-faedah atau hasil-hasil yang diperolehi daripada pelaburan tersebut

hendaklah dikreditkan ke Kumpulan Wang ini.

8.0 Kelayakan Anggota Untuk Memohon

Anggota yang telah memenuhi syarat mengikut Undang-undang Kecil 10 adalah

layak mengemukakan permohonan untuk mendapat bantuan.

9.0 Jenis-jenis Bantuan

9.1 Sumbangan Kematian

Pemberian maksimun bantuan kewangan kepada yang terlibat :-

9.1.1 Anggota-anggota yang telah menjadi ahli :-

(a) melebihi 20 tahun - RM3,000.00

(b) 10 hingga 20 tahun - RM2,500.00

Page 3: ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/44047-aturan-kumpulanwang... · 1 aturan-aturan bagi kumpulan wang kebajikan am koperasi perkhidmatan pendidikan

3

9.5.1 Kelayakan diberi kepada anggota yang telah menjadi anggota selama

20 tahun tanpa putus dengan had umur minima anggota 45 tahun

semasa membuat permohonan (layak sekali sahaja).

(c) bawah 10 tahun - RM2,000.00

9.1.2 Suami/Isteri - RM1,000.00

9.1.3 Anak Tanggungan/Anak Angkat yang berdaftar

(di bawah 21 tahun) - RM750.00

9.1.4 Ibu/Bapa - RM500.00

9.1.5 Permohonan ini hendaklah disertakan sijil kematian yang disahkan

dan dikemukakan ke pejabat koperasi dalam tempoh satu tahun dari

tarikh kematian.

9.2 Sakit Kronik Yang Kekal

Pemberian maksimum bantuan kewangan kepada yang terlibat sekali sahaja

:-

9.2.1 Anggota - RM1,000.00

9.2.2 Suami/Isteri - RM750.00

9.2.3 Anak Tanggungan/Anak Angkat yang berdaftar

(di bawah 21 tahun) - RM500.00

9.2.4 Permohonan hendaklah disertakan dengan surat doktor pakar

kerajaan/swasta.

9.3 Bantuan Kerana Kemusnahan Rumah Kediaman

Pemberian maksimum bantuan kewangan kerana rumah kediaman anggota

terlibat dengan kemusnahan seperti di bawah :-

9.3.1 Kemusnahan penuh - RM3,000.00

9.3.2 Permohonan hendaklah disertakan salinan laporan polis *.

* Tertakluk kepada hasil siasatan.

9.4 Sumbangan Kerana Menunaikan Fardhu Haji

9.4.1 Sumbangan bagi anggota yang menunaikan Fardhu Haji sebanyak

RM750.00 (layak sekali sahaja).

9.4.2 Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran dan

jadual penerbangan semasa musim haji.

9.5 Sumbangan Kerana Menunaikan Umrah

Page 4: ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/44047-aturan-kumpulanwang... · 1 aturan-aturan bagi kumpulan wang kebajikan am koperasi perkhidmatan pendidikan

4

Jumlah modal yuran dan modal syer mestilah minima RM3,000.00 pada

tarikh permohonan dibuat.

9.5.2 Sumbangan @RM2,000.00 seorang diperuntukan kepada 15 orang

anggota setiap tahun berjumlah sebanyak RM30,000.00 (tertakluk

kepada kedudukan kewangan semasa).

9.5.3 6 orang dipilih berdasarkan senioriti keanggotaan dan 9 orang

berdasarkan permohonan terawal.

9.5.4 Anggota yang telah mendapat tawaran tetapi memohon untuk

menangguhkan Umrah, akan diberi keutamaan pada tahun berikutnya

sahaja. Tawaran akan terbatal jika gagal berbuat demikian.

9.5.5 Permohonan adalah sah bagi tempoh 2 tahun sahaja. Jika tidak

menerima tawaran, hendaklah memohon semula.

9.5.6 Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember setiap tahun.

9.5.7 Permohonan yang terpilih akan dimaklumkan pada bulan Februari

setiap tahun.

9.5.8 Pemohon yang terpilih hendaklah mengurus sendiri pemergiannya ke

Tanah Suci.

9.5.9 Keputusan Lembaga adalah muktamad.

9.6 Sumbangan Kerana Masuk Wad

Pemberian ini tidak termasuk kes bersalin dan kes-kes yang berkaitan

dengannya.

9.6.1 Sumbangan bagi anggota yang terlibat ialah sebanyak RM200.00.

(Bayaran sekali sahaja dalam setahun).

9.6.2 Permohonan hendaklah disertakan dengan ”Discharge Note” atau

pengesahan dari majikan.

9.7 Lain-lain Bantuan

9.7.1 Sumbangan aktiviti agama Islam.

Sumbangan sebanyak RM50.00 (minimum), selebihnya

dipertimbangkan oleh Lembaga Koperasi.

9.7.2 Sebarang bantuan difikirkan sesuai diputuskan oleh Lembaga.

Page 5: ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/44047-aturan-kumpulanwang... · 1 aturan-aturan bagi kumpulan wang kebajikan am koperasi perkhidmatan pendidikan

5

10. Anugerah Kepada Anggota Setia (A.A.S)

10.1 Telah menjadi anggota koperasi untuk tempoh tidak kurang 35 tahun.

10.2 Tidak putus keanggotaan dalam tempoh tersebut.

10.3 Mempunyai modal syer dan modal yuran tidak kurang RM5,000.00.

10.4 Tiada hutang tertunggak sepanjang menjadi anggota yang berlaku

dengan sengaja.

10.5 Imbuhan penghargaan ini hanya layak diterima sekali sahaja.

10.6 Bentuk anugerah akan diputuskan oleh Lembaga dari masa ke semasa bergantung

kepada keupayaan kewangan.

11. Borang Permohonan

11.1 Permohonan untuk mendapat bantuan Kumpulan Wang ini hendaklah dibuat

dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Koperasi.

11.2 Borang permohonan yang tidak lengkap atau tiada dokumen sokongan akan ditolak.

11.3 Borang permohonan yang diterima akan didaftar dan dikategorikan mengikut jenisnya.

11.4 Permohonan hendaklah berdasarkan kes semasa.

12. Pelbagai

12.1 Jika kedudukan Kumpulan Wang ini mengalami kesukaran dari segi kewangan, maka

Lembaga yang bertanggungjawab hendaklah menggantung akan aktivitinya

sehingga kewangan itu dapat dipulihkan semula;

12.2 Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah diaudit bersama dengan lain-lain akaun

Koperasi.

12.3 Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung, laporan mengenai

aktiviti-aktiviti Kumpulan Wang ini serta cadangan-cadangan memajukannya;

12.4 Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas aturan ini atau timbul apa-apa

perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada

Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengikut Undang-undang Kecil 80.

Page 6: ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/44047-aturan-kumpulanwang... · 1 aturan-aturan bagi kumpulan wang kebajikan am koperasi perkhidmatan pendidikan

6

13. Perlaksanaan

Perlaksanaan Aturan-aturan ini berkuatkuasa mulai pada 01.07.2013.

PENYAKIT KRONIK

01. Serangan Sakit Jantung 21. Penyakit Hati Yang Kronik

02. Strok (Angin Ahmar) 22. Jangkitan HIV daripada Pemindahan Darah

03. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari 23. Ensefalitis

04. Kanser 24. Anemia Aplastik

05. Kegagalan Buah Pinggang 25. Kecederaan Kepala Akibat Kemalangan yang

06. Hepatitis Fulminan Menyebabkan Trauma Kepala Yang Utama

07. Pemindahan Organ Utama 26. Penyakit Parkinson

08. Kelumpuhan (Paraplegia, Tetraplegia) 27. Poliomeilitis

09. Skelerosis Berganda 28. Tumor Otak Benigna

10. Hipertensi Pulmonari 29. Penyakit Paru-paru yang Kronik

11. Buta 30. Koma

12. Pembedahan Injap Jantung 31. Pembedahan Otak

13. Kelecuran Api yang Teruk 32. Meningitis Bakteria

14. Pembedahan Aorta 33. Penyakit-penyakit Koronari Serius yang lain

15. Hilang Suara 34. Sindrom Apalik

16. Penyakit Alzheimer 35. Jangkita HIV yang diperolehi melalui Pekerjaan

17. Disrtofi Otot 36. AIDS peringkat lewat

18. Pekak 37. Lain-lain penyakit kronik yang disahkan oleh doktor

19. Penyakit Terminal pakar

20. Penyakit Neoron Motor