ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB)...

13

Transcript of ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB)...

Page 1: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain
Page 2: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

2

ATURCARA

PENDAFTARAN PELAJAR

AMBILAN 2019

8.30 pagi - 10.30 pagi : Pendaftaran pelajar baru

Pelajar SAHAJA yang dibenarkan masuk untuk

urusan pendaftaran

(Kaunter 1,2,3 di Dewan Razak)

(Kaunter 4 & 5 di Dewan Selera Asrama)

9.30 pagi : Taklimat Kumpulan Sokongan Ibubapa (Dewan Tun Hussein Onn) *Ibubapa SAHAJA *Pembentangan Aktiviti Kolej Sepanjang Tahun *Pelantikan AJK Baru

10.30 pagi : Rehat

10.35 pagi : Perjumpaan Bersama Pihak Pengurusan KMS (Dewan Tun Hussein Onn) *Ibubapa dan pelajar

*Bacaan Doa *Lagu Negaraku *Lagu MARA *Ucapan Aluan Wakil Pengarah

- Taklimat daripada Wakil UTM

- Sesi Q & A

2.30 petang : Majlis Tamat

Page 3: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

3

1. ATURCARA ............................................................ 2

2. SEULAS PINANG PENGARAH ......................... 4

3. CARTA ORGANISASI KOLEJ ............................ 5

4. SENARAI NAMA PENSYARAH ......................... 6

5. SOALAN - SOALAN LAZIM/ MAKLUMAT ..... 7

ISI KANDUNGAN

Page 4: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

4

Seulas Pinang Pengarah Kolej MARA Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa

dan para pelajar ambilan 2019. Selamat datang dan tahniah kepada

para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam

SPM yang lepas dan seterusnya berjaya melayakkan diri anda untuk

meneruskan pengajian dalam Asasi UTM di KMS.

Antara ribuan pelajar yang membuat permohonan, kalian

adalah antara individu yang bertuah kerana terpilih dan peluang ini sewajarnya

dihargai.

Kolej MARA Seremban merupakan salah satu daripada Institusi Pendidikan

MARA (IPMa) yang diamanahkan untuk menyediakan bakal graduan bumiputera

bertaraf tinggi. Objektif kami adalah membantu MARA melahirkan anak-anak

Melayu dan bumiputera yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa dan

mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.

Justeru, pihak kolej disamping menyediakan program akademik yang mantap turut

menyediakan program-program pembangunan diri pelajar yang akan dapat

membantu dalam pembentukan sahsiah, rohani dan jasmani.

Kejayaan seorang pelajar memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi dari 3

pihak; pelajar, pihak kolej dan juga ibu bapa. Kami percaya dengan penglibatan

dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa akan dapat membantu merealisasikan

matlamat melahirkan pelajar yang teguh jati diri dan kompetitif agar mereka dapat

mendepani setiap cabaran mendatang dalam proses mencari ilmu di peringkat yang

lebih tinggi.

Akhir kata, sesungguhnya seluruh warga kerja KMS sentiasa komited kepada usaha

untuk memastikan semua pelajar berjaya menyambung pengajian ke peringkat

ijazah dan mencapai kecemerlangan akademik yang diharapkan.

Sekian. Terima kasih

DR. SA’AIDAH BINTI ABDUL RAHMAN

Pengarah Kolej MARA Seremban

Page 5: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

5

TIMB. PENGARAH HAL EHWAL SISWA

Pn. Arfaseela Binti Hj. Amiruddin

Tel No : 012 2291895

PENGARAH

Dr. Sa’aidah Binti Abdul Rahman Tel No : 019 3643976

TIMB. PENGARAH HAL EHWAL AKADEMIK

Pn. Salina Binti Yahya Tel No : 013 8504293

KETUA JABATAN SAINS

Pn. Norkhalilie Binti Zulkifli

KETUA JABATAN MATEMATIK

Pn. Nurul Aidha Binti Mohd Tarimizi

KETUA JABATAN BAHASA

Pn. Norilyani Binti Abd. Rahman

KETUA JABATAN SAINS SOSIAL

En. Mohd Nasrizal Bin Mohd Nasir

KAUNSELOR

Pn. Junainah Binti Mahat Tel No : 012 3465732

En. Nurul Adha Bin Abdul Latif

Tel No : 012 3008461

Page 6: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

6

Senarai Nama Pensyarah

Penyelaras Program Asasi UTM:

Pn. Norkhalilie Binti Zulkifli

Jabatan Bahasa : (English Language)

1. Pn. Mazrah Binti Hamzah

2. Pn. Revathi A/P Raja Kumaran 3. Pn. Rothnamala Binti Hazim

Jabatan Matematik:

(Mathematics)

1. Pn.Norzihan Binti Hashim @ Endut 2. Pn. Wan Suhaila Binti Wan Nawang

3. Pn. Siti Faridatul Zahariyah Binti Hashim

Jabatan Sains

(Chemistry) 1. En. Azmi Bin Dollah

2. Pn. Noorlida Binti Ismail 3. Pn. Nurul Hamiza Binti Ahmad Lodfi

(Physics)

1. En. Hasram Bin Ramli 2. Pn. Haszita Binti Azim

3. Pn. Noor Aziyah Binti Azan

Jabatan Sains Sosial : (Philosophy of Science & Technology)

1.Ustaz Kamal Sharil Al-Tohamy Bin Mohd Atar 2.Ustaz Muhammad Sameer Bin Abd Wahab

3.Ustaz Mohd Hasrol Bin Harun 4.Ustazah Nor Hayati Binti Muhammad

Page 7: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

7

FAQ PROGRAM ASASI

UTM

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Program Asasi UTM - Kolej MARA

Seremban?

Program Asasi yang ditawarkan UTM adalah satu pilihan alternatif dalam saluran

pendidikan pra-universiti selain matrikulasi. Pelajar yang mengikuti program Asasi

UTM di Kolej MARA Seremban diberi pilihan untuk melanjutkan pengajian ke

peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM dalam bidang Kejuruteraan, Sains

Komputer dan Seni Reka.

2. Berapa lamakah tempoh pengajian Program Asasi UTM dijalankan di

Kolej MARA Seremban?

Tempoh minimum pengajian bagi Program Asasi yang dijalankan di Kolej MARA

Seremban adalah selama satu tahun dan sesi akademik program Asasi

dibahagikan kepada tiga semester iaitu Semester I, Semester II dan Semester III.

Page 8: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

8

Jadual Perlaksanaan Program Asasi di KMS

SEMESTER 1

Perkuliahan 16 minggu

Cuti Pertengahan Semester 1 minggu

Tempoh Ulangkaji* 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester 1 minggu

Jumlah (C) 19 minggu

Cuti akhir semester (D) 2 minggu

SEMESTER II

Perkuliahan 16 minggu

Cuti Pertengahan Semester 1 minggu

Tempoh Ulangkaji* 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester 1 minggu

Jumlah (E) 19 minggu

Cuti akhir semester (F) 2 minggu

SEMESTER III

Perkuliahan 7 minggu

Tempoh Ulangkaji* 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester 1 minggu

Jumlah (A) 9 minggu

Cuti akhir semester (B) 1 minggu

JUMLAH MINGGU PER SESI AKADEMIK (A) + (B) + (C) +(D) +(E) + (F) =

52 minggu

Page 9: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

9

3. Siapakah yang mengendalikan UTMSPACE?

UTMSPACE dikendalikan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia, UTM.

4. Apakah UTMSPACE?

UTMSPACE iaitu singkatan kepada ‘UTM School of Professional and Continuing

Education’ atau Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan adalah

sebuah entiti di bawah kendalian Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang

merangka, menguruskan dan mengimplementasi program pendidikan berterusan di

UTM. Program Asasi UTM-KMS adalah salah satu program di bawah kendalian

UTMSPACE.

5. Apakah syarat kemasukan untuk mengikuti Program Asasi UTM di Kolej

MARA Seremban?

Syarat kemasukan untuk mengikuti Program Asasi UTM-KMS adalah mendapat

sekurang-kurangnya 7A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.

6. Bilakah Program Asasi UTM dimulakan di KMS?

Ambilan pertama Program Asasi UTM di KMS adalah pada bulan Julai 2018.

7. Apakah subjek- subjek yang ditawarkan dalam program Asasi UTM?

Subjek- subjek yang ditawarkan adalah seperti Fizik, Kimia, Matematik, Bahasa

Inggeris dan beberapa lagi matapelajaran yang berkaitan dengan keperluan

pembelajaran dalam fakulti.

Page 10: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

10

Bentuk

Pertemuan

Nilai Kredit

Jumlah Jam Pertemuan Satu

Semester

Jumlah jam Belajar per

Kredit

Kuliah dan Tutorial

1 16 40

Amali 1 30 hingga 40 40

8. Bagaimanakan penilaian subjek dibuat?

Penilaian subjek berdasarkan Sistem Kredit. Setiap kursus mempunyai nilai kredit

tertentu. Nilai kredit bagi kursus yang mempunyai kredit adalah seperti dalam jadual

II.

Jadual II : Nilai Kredit

Pelajar mesti lulus semua kursus yang disyaratkan dalam kurikulum Program Asasi.

Jumlah minimum kredit lulus program ialah 50.

9. Bagaimanakah pengredan dibuat?

Prestasi pelajar dalam sesuatu kursus digambarkan melalui gred yang diperolehinya.

Hubungan antara markah, gred dan mata nilai adalah seperti dlam jadual III.

Jadual III : Hubungan antara Markah, Gred dan Mata Nilai

Markah Gred Mata Nilai Status

90-100 A+ 4.00 Cemerlang 80-89 A 4.00

75-79 A- 3.67

70-74 B+ 3.33 Kepujian 65-69 B 3.00

60-64 B- 2.67

55-59 C+ 2.33 Lulus 50-54 C 2.00

45-49 C- 1.67

40-44 D+ 1.33

35-39 D 1.00 Gagal 30-34 D- 0.67

00-29 E 0.00

Page 11: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

11

10.Bagaimanakah pencapaian pelajar dinilai?

Kedudukan Akademik

10.1 Pencapaian pelajar dinilai menggunakan dua ukuran iaitu Purata Nilai Gred

(PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

10.2 Taraf kedudukan akademik pelajar ditentukan pada akhir setiap semester

dengan menggunakan PNGK seperti dalam jadual IV.

Jadual IV : Kedudukan Akademik

11. Apakah syarat-syarat untuk pelajar mendapat perakuan lulus program?

Syarat mendapat perakuan lulus program untuk pelajar program asasi UTM adalah:

11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB)

11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan

11.3 Menepati syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam peraturan dan prosedur

universiti

11.4 Mendapat perakuan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan

(SPACE)

11.5 Mendapat kelulusan Senat universiti

12. Berapakah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang mesti dicapai oleh

pelajar untuk membolehkan mereka mendapat tajaan MARA bagi meneruskan

pengajian di UTM?

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum yang mesti dicapai oleh pelajar untuk

melayakkan mereka mendapat tajaan MARA bagi meneruskan pengajian perngkat

ijazah pertama di UTM ialah 3.00.

Taraf kedudukan PNGK

Kedudukan Baik (KB) Kedudukan Bersyarat (KS)

Kedudukan Gagal (KG) (Diberhentikan)

PNGK ≥ 2.00 1.70 ≤ PNGK < 2.00

PNGK < 1.70

Page 12: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

12

13. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lengkap tentang

program ini?

Melalui laman web https://www4.utmspace.edu.my

14. Bilakah pelajar akan menduduki peperiksaan?

Pelajar akan menduduki peperiksaan di penghujung semester. Peperiksaan

dijadualkan berlangsung selama seminggu bagi setiap semester.

15. Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran di Kolej MARA Seremban

(KMS)?

Kelas di dalam kumpulan kecil dengan maksimum 25 orang pelajar di dalam setiap

kelas. Pengajaran dijalankan secara berkumpulan, kuliah dan kelas tutorial.

16. Adakah pelajar perlu membeli buku teks?

Judul buku teks akan dimaklumkan oleh pensyarah kepada pelajar nanti. Pensyarah

akan mengaturkan samada buku teks perlu dibeli sendiri oleh pelajar di luar atau

dibeli terus daripada pembekal.

17. Adakah pelajar perlu membayar apa-apa yuran ?

Pelajar perlu menjelaskan yuran perkhidmatan koperasi dan yuran kolej. Kutipan

yuran akan digunakan untuk memberikan perkhidmatan dan menanggung

pembiayaan aktiviti pelajar sepanjang pengajian mereka di KMS. Makluman tentang

pembayaran yuran akan dimaklumkan di laman sesawang Kolej MARA Seremban

sebelum semester bermula.

18. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya ibu bapa ingin mendapatkan

maklumat lanjut tentang anak semasa di KMS?

Pengarah, Timbalan Pengarah (HEA dan HES) dan ketua fellow boleh dihubungi

melalui nombor telefon 06-7622372 atau nombor faks 06-7634891.

Page 13: ATURCARA - kmseremban.edu.my KMS 2019.pdf · 11.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kedudukan Baik (KB) 11.2 Telah lulus semua kursus yang telah ditetapkan 11.3 Menepati syarat-syarat lain

13