Audio-Pengenalan.doc

download Audio-Pengenalan.doc

of 19

description

Pengenalan, format audio, jenis-jenis audio, langkah-langkah penghasilan audio (menjurus kepada PSV)

Transcript of Audio-Pengenalan.doc

PENGENALANAudio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu interaksi antara komputer dengan pengguna. Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang boleh digunakan dalam sesebuah aplikasi multimedia. Seperti juga elemen multimedia yang lain, audio mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menarik tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, audio berkaitan dengan bunyi atau pendengaran, yang mana ianya merupakan salah satu daripada satu bahasa perhubungan melalui saluran pendengaran. Selain itu, ia juga berkaitan dengan bunyi atau penghasilan semula bunyi.

Bunyi adalah gelombang yang dihasilkan oleh getaran molekul-molekul dalam medium seperti udara. Gelombang bunyi juga disebut sebagai gelombang mekanikal. Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai sebagai amplitud dan diukur dalam unit decibels (dB). Reka letak audio merupakan ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletakkan dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik. Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada pada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) sebagai pengadun audio (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.1.0 Fungsi Audio

Audio berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Misalnya, dalam penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Audio juga dapat membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan. Melalui penggunaan audio mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Hal ini kerana, ia dapat menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :a) HiperAudioDimainkan secara berulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio.

b) MP3Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEGuntuk enkod dan dekod muzik yang dirakam.Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil. Pemain MP3 untuk memainkan fail MP3.

c) Audio Cakera Padat.CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100 sampels per saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk lagu yang dirakam dan berkualiti.

d) Audio Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi menerangkan tentang amplitude, frekuensi dan kandungan yang harmoni.Format fail audio ialah wave.

e) MidiKemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan dalam chip sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk mengubah suai muzik menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi. Kebaikan Midi ialah mempunyai fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang bermutu serta mudah untuk melakukan ubahsuai fail. Kelemahan Midi pula tidak boleh digunakan untuk memainkan dialog perbualan.2.0 Format Fail Audio

Dalam aspek format pengfailan, audio digital bergantung kepada platform yang hendak digunakan. Terdapat pelbagai format fail untuk mengkodkan fail data. Terdapat 2 kategori fail bagi audio digital iaitu fail audio bunyi dan MIDI (Musical Instrument Digital interface). Fail audio boleh dimampatkan untuk mengurangkan ruang storan kerana ia mempunyai beberapa format tertentu bergantung kepada system pengendalian (OS) yang digunakan. Contoh format fail yang dimainkan di komputer iaitu .wav dan .aiff. Fail jenis .wav merupakan fail bunyi piawai bagi Microsoft. Ia boleh dijanakan di komputer desktop dengan menggunakan kad bunyi dan perisian penyuntingan bunyi seperti Sound Edit 16. Fail jenis .aiff pula merupakan versi Macintosh bagi fail .wav. Ia boleh dimainkan pada Macintosh dan komputer peribadi.

MIDI merupakan skim pengkodan untuk merekodkan dan memainkan alat muzik pada komputer. Ia pada asalnya merupakan piawai untuk menukarkan maklumat antara music synthesizer. MIDI synthesizer selalunya dibekalkan pada semua sound card di komputer.

2.1 Prinsip pembinaan bahan audioTerdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.Kita perlu membuat penilaian atau keputusan yang tepat tentang bahan audio yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas pemilihan bahan audio perlulah memenuhi kriteria berikut :i. Kandungan maklumat

Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan

ii. Carrier / kandungan

mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita) dari karya (work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang dimasukkan secara bersama di dalamnya) bagi memastikan kelangsungan hayat kandungannya dan kehilangan maklumat yang paling minimum.iii. Nilai estetika kandungannya

Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat penggunaiv. Kualiti

Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.v. Kelangsungan hayat

Bahan yang dibina mampu bertahan lama dan mudah dipelihara agar dapat diakses dalam jangka masa panjang.vi. Pendokumentasian

Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audio video.3.0

4.0 DOKUMEN STANDARD KOKORIKULUM STANDARD PENGJARRAN (DSKP)

TAHUN 1

BIDANG 1: MENGGAMBAR

(LUKISAN Tema : Alam Semula Jadi)

Menghasilkan gambar menggunakan media kering dengan teknik lukisan yang menekankan aspek garisan.

1.1 Persepsi Estetik

Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.

1.1.1 Unsur seni

1.1.1.1 Garisan selari (olahan garisan yang menghasilkan rupa)

1.1.1.2 Rupa organik dan geometri (dihasilkan daripada garisan)

1.1.1.3 Warna primer (biru, kuning dan merah)

1.1.2 Prinsip rekaan

1.1.2.1 Imbangan ruang

1.1.2.2 Kepelbagaian garisan

1.2 Aplikasi Seni

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

1.2.1.1 Media kering kering atas kering (pensel dan pensel warna)

1.2.1.2 Bahan kertas lukisan

1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya

1.2.2.1 Teknik lukisan

1.3 Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, warna, jalinan dan rupa) dalam penghasilan karya

1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

1.4 Apresiasi Seni

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan

1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan

1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

5.0 SKRIP PENGHASILAN AUDIO

PELAKON / PENYAMPAIDIALOG/TEKSMUZIKKESAN BUNYI

Penyampai (Pembaca)Pada suatu hari, ada seekor semut sedang berjalan-jalan mencari makanan di pinggir sungai seperti biasa. Dia berjalan dengan riang tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya. Tiba-tiba, ia terjatuh ke dalam sungai.Minus One Lagu Hijau Zainal Abidin

Semut Aarrgghhhh!Bunyi percikan air

Penyampai (pembaca)Arus sungai yang deras menyebabkan semut itu tenggelam timbul di permukaan air dan kelelahan kerana berusaha untuk menyelamatkan diri tapi tidak berhasil. Air mengalir deras

Semut Tolong! Tolong!Bunyi air berkocak

Penyampai (pembaca)Seekor burung merpati yang kebetulan bertenggek di sebatang ranting pokok yang melintang di atas sungai melihat semut yang hampir tenggelam dan merasa simpati.Bunyi hutan

Burung MerpatiEh, eh. Ada seekor semut yang tenggelam. Kasihannya dia. Aku mesti menolongnya.Bunyi hutan

Penyampai (pembaca) Burung merpati memetik sehelai daun dan menjatuhkannya berhampiran semut. Semut merayap naik ke atas daun dan akhirnya berhasil menyelamatkan dirinya dengan bantuan daun tersebut. Semut berjaya mendarat di tepi sungai.Bunyi hutan

Penyampai

(pembaca)Apabila selamat tiba di daratan, semut terlihat ada seorang pemburu sedang membidik burung merpati itu dari kejauhan.Derap kasut pemburu

Semut Nampaknya burung merpati dalam bahaya. Aku harus melakukan sesuatu.Bunyi mendebarkan

Penyampain

(pembaca) Semut menghampiri pemburu kemudian menggigit kaki si pemburu sehingga pemburu merasa kesakitan menyebabkan tembakannya tersasar.Bunyi mendebarkan

Pemburu Aduhhh! Sakitnyaa!!Bunyi tembakan

Penyampai

(pembaca) Mendengar jeritan si pemburu yang kesakitan digigit oleh semut, burung merpati baru tersedar kewujudan si pemburu sehingga burung merpati pun terbang untuk membebaskan diri. Burung merpati berjumpa dengan semut untuk mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawanya.Burung berserakan

Burung Merpati Terima kasih, semut. Kamu adalah semut yang pintar dan baik hati.Bunyi hutan

Semut Sama-sama, merpati. Aku juga ingin mengucapkan terim kasih atas pertolongan yang engkau lakukan.Sahabat - Pitahati

WATAK-WATAK :

a) Pembaca

b) Semut

c) Burung Merpati

d) Pemburu

*Arahan kepada murid : Lukiskan situasi gambaran anda berdasarkan cerita yang disampaikan sebentar tadi di atas sehelai kertas lukisan yang telah disediakan.

6.0 APLIKASI PENGGUNAAN AUDIO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Menurut Norasiah Abdullah (2011), peralatan audio merupakan media pengajaran bunyi yang digunakan sebagai bahan dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Perlatan audio merupakan satu komunikasi sehala. Hal ini kerana, apabila sesuatu audio dipasang, pendengar atau audiens hanya perlu mendengar dengan teliti tanpa perlu memberi respons. Menurut Noriati A.Rashid (2012), media audio dikatakan dapat meransang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Walaubagaimanapun, penggunaan media audio yang berkesan memerlukan kefahaman tentang proses pendengaran serta bergantung pada pemilihan bahan berdasarkan objektif pengajaran. Oleh yang demikian, seorang guru harus bijak memilih bahan yang akan didengarkan pada murid supaya murid faham dan jelas lantas mencapai objektif yang ingin dicapai.

Audio yang akan dipasang akan meransang murid untuk lebih peka pada pendengaran. Hal ini akan membuatkan murid akan memberi tumpuan yang lebih tanpa melakukan aktiviti yang lain kerana sebarang aktiviti lain yang dilakukan pada ketika itu akan menyebabkan murid akan terlepas bahagian-bahagian audio yang penting. Audio yang dihasilkan harus menarik dan kreatif. Ianya bertujuan menarik perhatian murid supaya murid dapat memberikan tumpuan yang lebih.

LANGKAH 1 Guru memperkenalkan kaedah atau teknik pengajaran yang baru iaitu bersumberkan audio. Hal ini menjadi suatu tarikan pada murid kerana kaedah ini berbeza dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain kerana murid tidak perlu memberi respons pada audio sebaliknya hanya perlu mendengar dengan teliti.

LANGKAH 2 Guru memastikan persekitaran luar dan dalam kelas senyap supaya ianya tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini perlu dititikberatkan supaya guru tidak perlu memainkan audio tersebut berulang kembali. Sebolehnya, guru hanya perlu memainkan hanya dua sesi audio tersebut. sesi pertama sebagai pendedahan dan pengenalan kepada pelajar manakala sesi kedua adalah sebagai pemerolehan maklumat oleh murid. Pada sesi kedua, murid akan cuba untuk mengingat setiap butir penceritaan.

LANGKAH 3 Guru memilih murid secara rawak bertanyakan pada murid beberapa soalan supaya murid mengingati kembali setiap butir penceritaan.

Antara contoh soalan yang ditanyakan:

Soalan 1 : Berdasarkan audio yang anda dengar sebentar tadi, nyatakan berapa jenis haiwan yang ada dalam penceritaan tersebut?

Soalan 2 : Nyatakan ringkasan atau sinopsis semula cerita tersebut.

Soalan 3 : Apakah pengajaran dan nilai murni yang diperoleh daripada jalan cerita tersebut.

LANGKAH 4 Guru memberi arahan yang jelas pada murid. Lukiskan situasi gambaran anda berdasarkan cerita yang disampaikan sebentar tadi di atas sehelai kertas lukisan yang telah disediakan.

LANGKAH 5 Guru mengingatkan kembali watak yang ada supaya murid tidak tersasar dari jalan penceritaan tersebut.

LANGKAH 6 Guru membetulkan kesalahan murid dari segi penghasilan lukisan seperti dari aspek garisan dan rupa.

LANGKAH 7 Guru memastikan murid menyiapkan tugasan yang diberikan.

Rajah 1 : Langkah-langkah pengajaran bersumberkan audio.

7.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AUDIO

BILJENIS AUDIOJUSTIFIKASI

1Minus One Lagu Hijau Zainal Abidin Melambangkan suasana dan persekitaran yang mendamaikan.

Membuatkan mood dan perasaan murid untuk berasa lebih santai.

Memberikan kesedaran pada murid supaya menjaga dan menghargai alam.

2Bunyi percikan air Melambangkan situasi semasa semut jatuh ke dalam sungai.

Bunyi ini membolehkan murid untuk membayangkan situasi tersebut tanpa melalui penglihatan secara visual.

3Air mengalir deras Menunjukkan suasana yang kecoh semasa semut sedang lemas.

Aliran air deras ini menimbulkan perasaan cemas dan gelisah pada pendengar.

4Bunyi air berkocak Bunyi yang terhasil daripada pergerakan semut membuatkan pendengar merasakan seperti berada dalam situasi semut tersebut.

5Bunyi hutan Menimbulkan perasaan tenang dan suasana damai di dalam hutan.

6Derap kasut pemburu Menunjukkan detik cemas apabila si pemburu ingin memburu burung merpati.

7Bunyi mendebarkan Apabila bunyi mendebarkan ini dimainkan, pendengar juga akan tertunggu-tunggu detik selepasnya sama ada berakhir dengan kesudahan yang gembira atau menyedihkan.

8Bunyi tembakan Bunyi tembakan ini akan membuatkan pendengar terkejut dan ianya merupakan klimaks pada jalan penceritaan ini.

9Burung berserakan Menunjukkan suasana yang kecoh selespas terdengar bunyi tembakan. Bunyi ini membuatkan pendengar tertanya-tanya tentang keadaan burung merpati sama ada masih hidup atau tidak.

10Bunyi hutan Bunyi hutan yang tenang melambangkan suasana kedamaian dan merupakan peleraian pada jalan penceritaan ini.

11Sahabat - Pitahati Lagu ini menerapkan tentang nilai murni iaitu hubungan persahabatan yang tidak ternilai tanpa mengira perbezaan yang wujud sama dari segi jantina, kaum dan agama.

KESIMPULAN

Dalam aktiviti pembelajaran, media boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang boleh membawa maklumat dan pengetahuan dalam interaksi yang berlangsung antara pendidik dengan murid. Pelbagai media dapat dibahagikan menjadi tiga, berdasarkan sifatnya, keupayaan jangkauannya, dan berdasarkan cara atau teknik pengajarannya. Fungsi pengajaran media pembelajaran dalam proses belajar, dapat membangkitkan keinginan dan minat yang baru, membangkitkan motivasi dan rangsangan kegiatan belajar, bahkan membawa pengaruh-pengaruh psikologi terhadap murid. Penggunaan media pembelajaran akan sangat membantu keberkesanan proses pembelajaran dan penyampaian mesej dan isi pelajaran pada masa itu.

Media audio visual terdiri daripada audio visual diam, iaitu media yang memaparkan suara dan gambar diam seperti filem bingkai suara ( sound gambar ), filem rangkai suara. Audio visual gerak, iaitu media yang boleh memaparkan unsur suara dan gambar yang bergerak. . Media ini mempunyai kemampuan yang lebih, kerana media ini bergantung kepada dua indera sekaligus, iaitu deria pendengaran dan deria penglihatan. Dengan media tersebut diharapkan dapat membangkitkan motivasai dalam belajar dan menjelaskan konsep yang ingin disampaikan.REFLEKSI MUHAMMAD ASSRI BIN SHAMSUDDIN (941009-07-5485)Saya Muhammad Assri bin Shamsuddin pada mulanya amat risau ketika mula mendapat tugasan ini kerana masih kurang faham dengan tajuk tugasan yang diberikan. Setelah diberi penerangan oleh pensyarah, barulah saya memahami tentang tugasan ini.

Daripada tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai maklumat mengenai cara-cara untuk menghasilkan audio yang baik. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan proses pengahsilan audio. Langkah-langkah ini perlu diikuti supaya audio yang diahasilkan berkualiti. Selain itu, saya juga mempelajari tentang cara-cara untuk merekod audi yang baik. Semasa melakukan proses merekod audio, saya harus memastikan bahawa keadaan sekeliling dalam keadaan sunyi supaya suara yang saya akan rekod kedengaran jelas tanpa ada gangguan. Kesabaran merupakan kunci utama dalam penghasilan kerja kursus penghasilan audio ini kerana setiap yang dihasilkan tidak semestinya menjadi seperti yang diinginkan. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan kadang kala harus mengulangi proses merekod kerana terdapat gangguan atau kesilapan kecil. Oleh yang demikian, melalui pengalaman menghasilkan kerja kursus ini, saya belajar untuk lebih bersedia daripada pelbagai perkara.

Tidak dinafikan, semasa penghasilan audio ini, terdapat banyak kekurangan yang perlu saya hadapi seperti kekuranggan kelengkapan alat untuk merekod dan aplikasi yang bersesuaian untuk menghasilkan audio yang baik. Oleh yang demikian, saya menggunakan alternatif dengan merekod suara menggunakan komputer riba dan menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma di internet. Selain itu, aplikasi yang digunakan juga memerlukan kemahiran yang tinggi. Justeru, saya meminta bantuan rakan yang mahir untuk mengajar saya menggunakan aplikasi tersebut.

Kemahiran saya dalam mencari maklumat semakin meningkat semenjak melakukan tugasan ini. Hal ini kerana saya harus merujuk maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, buku dan sebagainya. Saya juga sering ke perpustakaan untuk memperoleh buku-buku yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini.

Di samping itu, kemahiran komunikasi saya bersama orang sekeliling saya semakin bertambah semenjak melakukan tugasan ini kerana tugasan ini memerlukan saya untuk berkomunikasi dengan ramai pihak termasuklah pensyarah, rakan-rakan, staf perpustakaan, pekerja kedai peralatan dan sebagainya.

Seterusnya, malalui tugasan yang saya lakukan ini, kematangan saya dari segi pemikiran, peribadi dan sahsiah semakin bertambah. Hal ini kerana, tugasan yang diberikan ini mengajar saya erti kesabaran, tidak mudah putus asa dan terus berusaha.

Kesimpulannya, tugasan yang diberikan ini banyak memberi manfaat dalam kehidupan seharian saya dan sebagai persediaan supaya terus berusaha menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran.REFLEKSI INDIVIDU AINAA NAWWARA BT KAMARUDIN (940203-01-6062)Dalam penghasilan audio secara berkumpulan ini, saya dapati terdapat kekurangan serta kelebihan yang mampu di atasi oleh semua pihak di dalam kumpulan saya ini. di awal penghasilan audio ini saya tidak begitu yakin untuk melakukan rakaman suara kerana rasa gementar dan berfikir sukar untuk melakonkan watak-watak seperti seekor semut, burung merpati dan pemburu yang mana pada saya memerlukan kemahiran komunikasi yang baik untuk melakonkan watak-watak tersebut. hal ini kerana, melalui audio, kita hanya mendengar percakapan sambil mengimaginasikan keadaan atau situasi yang digambarkan di dalam audio tersebut. Sekiranya, jalan penceritaan tidak dijalankan dengan sebaiknya, maka gambaran yang terhasil tidak akan terlaksana dengan berkesan.

Semasa melaksanakan rakaman suara, cabaran dan rintangan yang dihadapi adalah suasana persekitaran yang kerap bising dan hingar-bingar dengan jiran-jiran dan persekitaran lalu lintas sekitar kawasan penginapan saya. Walaupun menghadapi masalah seperti ini, tetapi saya masih mampu lagi merakam suara dan suasana latar dapat di atasi kerana suara yang dihasilkan dapat menyembunyikan keadaan di persekitaran. Apabila digabungkan dengan suasana latar sebenar (keadaan di dalam hutan, bunyi-bunyian hutan seperti kicauan burung, cengkerik dan sebagainya dapat mengatasi masalah ini dan menghasilkan sebuah bunyi yang baik.

Selain itu, masalah seterusnya adalah penggunaan perisian audacity yang pertama kali digunakan mengakibatkan saya serta ahli kumpulan yang lain agak lambat untuk cekap dan mahir dalam penggunaannya berbanding perisian yang lain. Hal ini kerana, selama ini, saya hanya menggunakan moviemaker untuk mengubah atau memotong lagu-lagu atau suara yang diperlukan. Di dalam kerja kursus ini pula memerlukan saya menggunakan audacity memberikan saya satu ilmu baharu tentang penggunaannya. Serta saya dapat mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran ketika saya di sekolah kelak.

Kelebihan yang saya dapati di dalam penghasilan audio ini adalah, dengan menggunakan suara sahaja kita dapat menggambarkan sesuatu suasana. Hal ini seragam dengan Pendidikan Seni Visual yang memerlukan kreativiti dan imaginasi dalam menghasilkan sesuatu produk atau karya. Melalui imaginasi dan kreativiti dapat menjadikan seseorang guru atau murid itu lebih berfikir dan menghasilkan idea baru yang bernas dan segar untuk dikongsikan kepada orang lain.

Di dalam penggunaan audio di dalam Pendidikan Seni Visual dapat merangsang pemikiran murid-murid dalam menjana pemikiran luar kotak. Hal ini kerana, melalui pandangan saya, penggunaan audio secara penceritaan akan menjadikan mereka (murid) fokus terhadap jalan cerita yang diperdengarkan, seterusnya akan merangsang kotak pemikirannya yang secara tidak langsung akan menjadikan mereka berfikir untuk mencakna jalan cerita tersebut. Maka, pencapaian guru dalam merangsang pemikiran luar kotak murid dapat dilaksanakan.

8.0 RUJUKAN

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan (2012), Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Edisi Kemas Kini.

Norasiah Abdullah, Rosmah Ahmad Zain, Mazilah Abdullah, (2011), Teknologi maklumat dan Komunikasi, Penerbitan Multimedia.