Autobiografi 1 - Saya Seorang Doktor

2
1.AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI Saya seorang doKtor Saya dilahirkan 44 tahun dahulu di Batu Pahat, Johor. Saya mendapat pendidikan awal di tempat kelahiran saya sehingga tamat tingkatan lima. Di kelas saya selalu menduduki tempat pertama dalam peperiksaan . Sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang doctor. Oleh sebab itulah saya memberi tumpuan kepada pelajaran yang menjurus kea rah itu seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris. Sesudah lulus dengan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya ada jalan untuk memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Perubatan. Selepas lima tahun, saya lulus dan bertugas sebagai doktor di Hospital Sungai Buluh. Saya ditugaskan untuk memeriksa pesakit luar yang datang untuk mendapatkan rawatan. Saya melayan pesakit dengan lemah lembut dan menganggap mereka seperti ahli keluarga saya sendiri. Kadang kala saya bertungkus lumus menyelamatkan pesakit yang menghidap penyakit serius. Pada waktu kecemasansaya perlu bertenang. Alhamdulillah setakat ini say dapa tmenolong ramai pesakit. Saya sangat gembira dengan kerjaya saya sebagai seorang doktor. Saya berdoa semoga saya terus sihat agar dapat terus berbakti kepada bangsa, agama dan

description

upsr

Transcript of Autobiografi 1 - Saya Seorang Doktor

Page 1: Autobiografi 1 - Saya Seorang Doktor

1. AUTOBIOGRAFI/BIOGRAFI

Saya seorang doKtor

Saya dilahirkan 44 tahun dahulu di Batu Pahat, Johor. Saya mendapat pendidikan awal di tempat kelahiran saya sehingga tamat tingkatan lima. Di kelas saya selalu menduduki tempat pertama dalam peperiksaan .

Sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang doctor. Oleh sebab itulah saya memberi tumpuan kepada pelajaran yang menjurus kea rah itu seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris. Sesudah lulus dengan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya ada jalan untuk memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Perubatan.

Selepas lima tahun, saya lulus dan bertugas sebagai doktor di Hospital Sungai Buluh. Saya ditugaskan untuk memeriksa pesakit luar yang datang untuk mendapatkan rawatan. Saya melayan pesakit dengan lemah lembut dan menganggap mereka seperti ahli keluarga saya sendiri.

Kadang kala saya bertungkus lumus menyelamatkan pesakit yang menghidap penyakit serius. Pada waktu kecemasansaya perlu bertenang. Alhamdulillah setakat ini say dapa tmenolong ramai pesakit.

Saya sangat gembira dengan kerjaya saya sebagai seorang doktor. Saya berdoa semoga saya terus sihat agar dapat terus berbakti kepada bangsa, agama dan Negara. Prinsip hidup saya ialah “ Hidup biarlah berbakti, walau tidak dipuji”

…..diubahsuai

Ayip, Khairudin. (2015). Penulisan Bahasa Malaysia. Cerdik Publication Sdn Bhd.