awan 3110
-
Upload
putera-firdaus -
Category
Documents
-
view
65 -
download
3
description
Transcript of awan 3110
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
AWAN DAN CUACA
Awan merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter 0.02 mm – 0.06 mm serta
terapung di udara. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang
menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik
air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat,
dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu
peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. Namun jika titik-titik
air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu.
Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang
terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang
menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan. Berikut
merupakan peringkat awan dan jenis awan:
Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan stratus
Awan peringkat pertengahan : Altokumulus
Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus
1
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
BAHAN DAN RADAS:
Kamera
PROSEDUR:
1. Lokasi untuk memerhati awan dilakukan agar tempat yang diperhatikan adalah
sesuai dan tidak dihalang oleh bangunan dan pokok tinggi.
2. Pemerhatian awan dilakukan selama empat belas hari atau selama dua minggu.
3. Masa pemerhatian awan adalah tetap dan kedudukan lokasi gambar juga adalah
tetap selama tempoh pemerhatian dijalankan.
4. Data dan analisis serta rekod pemerhatian dicatat.
2
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
Bil Gambar Hari Masa Penerangan
1.
11/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Kumulus
• Ciri- ciri
Awan kumulus berada pada ketinggian
antara 1,500 kaki dan 3,500 kaki di atas
tanah, dan boleh berlaku pada bila-bila
masa tahun. Awan kumulus ini rata dan
nipis. Awan-awan ini adalah terlalu nipis
untuk menghasilkan hujan, kilat, atau
semburan air.
2.
12/07/2013 10.00
AM
Nama awan
Kumulus
• Ciri- ciri
Awan kumulus berada pada ketinggian
antara 1,500 kaki dan 3,500 kaki di atas
tanah, dan boleh berlaku pada bila-bila
masa tahun. Awan kumulus ini rata dan
nipis. Awan-awan ini adalah terlalu nipis
untuk menghasilkan hujan, kilat, atau
semburan air.
3
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
3.
13/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Kumulus
• Ciri- ciri
Awan kumulus berada pada ketinggian
antara 1,500 kaki dan 3,500 kaki di atas
tanah, dan boleh berlaku pada bila-bila
masa tahun. Awan kumulus ini rata dan
nipis. Awan-awan ini adalah terlalu nipis
untuk menghasilkan hujan, kilat, atau
semburan air.
4.
14/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Kumulonimbus
• Ciri- ciri
Sejenis awan yang tinggi, padat, dan
terlibat dalam ribut petir dan cuaca sejuk
dan lembap lain. Cumulonimbus
{kumulonimbus) berasal daripada bahasa
Latin: Cumulus "mengumpulkan" dan
nimbus "hujan". Awan kumulonimbus
terbentuk daripada awan kumulus.
4
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
5.
15/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Kumulus
• Ciri- ciri
Awan kumulus berada pada ketinggian
antara 1,500 kaki dan 3,500 kaki di atas
tanah, dan boleh berlaku pada bila-bila
masa tahun. Awan kumulus ini rata dan
nipis. Awan ini menjulang tinggi dan
dipanggil awan kumulus yang menjulang
(towering cummulus cloud)
6.
16/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Kumulus
• Ciri- ciri
Awan kumulus berada pada ketinggian
antara 1,500 kaki dan 3,500 kaki di atas
tanah, dan boleh berlaku pada bila-bila
masa tahun. Awan kumulus ini rata dan
nipis. Awan-awan ini adalah terlalu nipis
untuk menghasilkan hujan, kilat, atau
semburan air.
5
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
7.
17/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Stratokumulus
• Ciri- ciri
Awan ini adalah awan rendah, berkepul
kepul dan berwarna kelabu. Kebanyakkan
dalam barisan dengan langit biru kelihatan
antara awan-awan itu. hujan jarang berlaku
bagaimana pun ia boleh merubah kepada
awan nimbostratus
8.
18/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Stratokumulus
• Ciri- ciri
Awan ini adalah awan rendah, berkepul
kepul dan berwarna kelabu. Kebanyakkan
dalam barisan dengan langit biru kelihatan
antara awan-awan itu. hujan jarang berlaku
bagaimana pun ia boleh merubah kepada
awan nimbostratus
6
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
9.
19/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Altokumulus
• Ciri- ciri
Awan ini kecil-kecil tetapi banyak, biasanya
berbentuk seperti bola yang tebal atau
bergulung-gulung melingkar seperti
makaroni, berwarna putih atau abu-abu.
10.
20/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Altokumulus
• Ciri- ciri
Awan peringkat pertengahan yang terdiri
daripada titisan air dan kelihatan seperti
kelompok kepulan kelabu. jika melihat
awan ini pada pagi yang panas, bersedia
untuk melihat ribut petir pada waktu
petang.
7
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
11.
21/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Sirus
• Ciri- ciri
Awan ini halus, struktur berserat, tampak
seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai
pita yang melengkung, berwarna putih,
tidak menimbulkan hujan.
12.
22/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Cirrostratus
• Ciri- ciri
Awan cirrostratus adalah nipis. Ia seperti
lapisan yang menutupi seluruh langit. awan
ini datang dalam tempoh 12-24 jam
sebelum hujan dan ribut salji.
8
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
13.
23/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Cirrocummulus
• Ciri- ciri
Awan ini kelihatan kepulan kepulan bulat. riak-riak kecil pada awan kelihatan seperti sisik ikan. Ia biasanya menunjukkan cuaca yang baik tetapi suhu agak sejuk. Dalam kawasan tropika ia boleh menunjukkanribut kencang akan berlaku
14.
24/07/2013 10.00
AM
• Nama awan
Stratus
• Ciri- ciri
Awan ini adalah awan yang berwarna
seakan kelabu dan sekata dan selalunya
menutupi permukaan langit. Ia mirip kabus
yang tidak mencecah bumi. Kabus yag
nipis atau hujan renyai-renyai kadang
kadang gugur dari awan ini.
9
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
ANALISIS DATA PEMERHATIAN
BIL JENIS AWAN KUMPULAN AWAN
PERINGKAT RENDAH PERINGKAT PERTENGAHAN PERINGKAT TINGGI
1. Kumulus /
2. Kumulus /
3. Kumulus /
4. kumunolimbus /
5. Kumulus /
6. Kumulus /
7. Stratokumulus /
8. Stratokumulus /
9. Altokumulus /
10. Altokumulus /
11. Sirrus /
12. Cirrostratus /
13. Cirrocummulus /
14. Stratus /
Jumlah 9 2 3
10
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
PERBINCANGAN:
Berdasarkan kepada jadual kekerapan jenis awan pada jadual dan carta palang di atas,
terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat pada kekerapan jenis awan yang kelihatan. Jenis
awan Kumulus mencatatkan kekerapan paling tinggi sebanyak 36% sebanyak 5 kali
pemerhatian. Awan Kumulus ini ialah jenis awan yang berada di peringkat tinggi yang sedang
dalam peringkat menaik ataupun Awan Tegak. Awan cumulus ini merupakan awan yang
berkepul-kepul warna putih kapas. Awan ini menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan
baik.
Awan stratokumulus dan awan altokumulus pula dilihat sebagai awan yang
berada pada kekerapan kedua tertinggi iaitu sebanyak 29% dengan 2 kali pemerhatian.
Awan ini adalah awan rendah, berkepul kepul dan berwarna kelabu. Kebanyakkan
dalam barisan dengan langit biru kelihatan antara awan-awan itu. hujan jarang berlaku
bagaimana pun ia boleh merubah kepada awan nimbostratus. Awan altokumulus pula
kecil-kecil tetapi banyak, biasanya berbentuk seperti bola yang tebal atau bergulung-
gulung melingkar seperti makaroni, berwarna putih atau abu-abu.
11
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
Awan kumunolimbus pula mempunyai jumlah kekerapan sebanyak 7 % daripada
jumlah kekerapan kemunculannya pada hari-hari kajian dijalankan dengan pemerhatian
sebanyak 1 kali. Awan kumunolimbus ialah sejenis awan yang tinggi, padat, dan terlibat
dalam ribut petir dan cuaca sejuk dan lembap lain. Cumulonimbus {kumulonimbus)
berasal daripada bahasa Latin: Cumulus "mengumpulkan" dan nimbus "hujan". Awan
kumulonimbus terbentuk daripada awan kumulus..
Awan sirus hanya mencatat kekerapan sebanyak 7% sahaja sepanjang tempoh
pemerhatian dengan pemerhatian sebanyak sekali sahaja dalam tempoh dua minggu.
Awan sirus ini merupakan awan pada peringkat tinggi. Awan cirrostratus,
cirrocummulus dan stratus masing-masing mencatatkan kekerapan sebanyak 7%
Berdasarkan hasil pemerhatian kami, kebanyakan awan yang muncul ketika
waktu pemerhatian kami ialah awan yang menunjukkan cuaca yang baik dan cerah. Ini
terbukti kerana kekerapan jenis awan cumulus iaitu awan yang menunjukkan cuaca
cerah dapat dilihat sepanjang pemerhatian kami. Di antara hari awan kumulus ini dapat
diperhatikan jenis awan seperti awan nimbostratus dan awan altostratus. Jenis awan
nimbostratus memberi petanda hujan akan turun manakala awan altostratus
menunjukkan bahawa hujan telah turun dan cuaca mulai cerah.
Ini menunjukkan bahawa pada bulan Julai ini cuaca di negeri Kedah ini
mengalami musim hujan yang tidak sekata. Dalam seminggu hujan pasti akan turun,
namun kuantiti hujan tidak sebanyak ketika musim hujan pada penghujun tahun.
Apabila kami merujuk pada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai ramalan kaji cuaca
di Kedah ini, hampir kesemua ramalan cuaca itu tepat pada hari tertentu.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa awan sangat membantu manusia
untuk meramal dan mengenal pasti cuaca persekitaran kita. Penyataan ini juga
disokong melalui pembacaan di Majalah Estidotmy yang mengatakan bahawa sistem
ramalan kaji cuaca di Malaysia ini boleh dipercayai 80%-90% kebenarannya.
12
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
Berdasarkan amali ini, kami telah dapat mengenal pasti kepentingannya dalam
kehidupan seharian kita. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia dapat
meramal keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang. Apabila pihak
berkenaan dapat membuat ramalan cuaca, mereka akan bertanggungjawab untuk
menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya, melalui maklumat itu,
manusia dapat merancang aktiviti kehidupan seharian agar factor cuaca tidak menjadi
penghalang untuk meneruskan aktiviti. Ramalan cuaca bukan sahaja penting kepada
masyarakat di sesebuah tempat, tetapi juga memberi kemudahan kepada sektor
penerbangan, industry cari gali, perkapalan, ketenteraan termasuk marin dan tentera
udara. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak berwajib dapat mengeluarkan
amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat sekiranya bencana alam seperti
banjir kilat dijangka akan berlaku.
Secara keseluruhannya, apa yang kami dapati hasil daripada pemerhatian ini
menunjukkan pembentukan awan merupakan antara faktor yang mempengaruhi cuaca selain
daripada suhu, kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.
13
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
Kesimpulan :
Hipotesis diterima. Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran. Kesimpulannya,
pembentukan awan dan pengenalpastian jenis awan merupakan salah satu factor utama yang
diambil kira untuk membuat ramalan cuaca.
Cadangan Penambahbaikan :
Setelah selesai menjalani amali ini, kami ingin mencadangkan agar dapat menjalankan amali
lain yang berkaitan dengan factor yang diambil kira untuk membuat ramalan cuaca. Contohnya,
factor kelajuan angin turut termasuk dalam ramalan cuaca. Mungkin kami, guru pelatih boleh
didedahkan dengan anemometer yang sememangnya digunakan untuk mengukur kelajuan dan
arah angin di atas permukaan bumi.
Selain itu, mungkin pembelajaran akan lebih menarik jika guru pelatih dapat mempelajari
kaedah manual yang ringkas untuk meramal cuaca selain daripada membuat pemerhatian
terhadap awan. Peralatan asas untuk meramal cuaca seperti tolok hujan, perakam sinaran
matahari dan tangki sejatan boleh dipelajari untuk mendalami ilmu ramalan kaji cuaca ini.
14
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
JURNAL REFLEKSI
Assalamualaikum wbt .
Pertamanya, saya ingin memanjatkan jutaan rasa syukur ke hadrat Ilahi untuk
segala-galanya. Bagi semester kali ini, SCE 3110 Bumi dan Angkasa telah menjadi
salah satu subjek major yang dibimbing oleh seorang pensyarah iaitu Pn Badariah.
Subjek ini adalah salah satu subjek Sains yang berkaitan dengan kajian bumi dan
angkasa.
Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk
menyiapkan kerja kursus yang memerlukan beberapa tajuk pengetahuan pedagogi isi
kandungan (PPIK) dan 3 laporan praktikal. Antara tajuk PPIK ialah 1) Mengenal Pasti
batuan. 2) Awan dan Cuaca dan 3)Laporan Bentuk Muka Bumi Setempat.
Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek ini.
Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana saya perlu mendapatkan sebanyak
mana maklumat berkenaan tajuk-tajuk dalam subjek ini. Kemudian, bagi peringkat
kedua, iaitu peringkat penguasaan ilmu. Peringkat ini adalah ketika menjalani amali
secara berkumpulan. Pemerhatian, mengumpul maklumat dan merekodkan
pemerhatian dilakukan sewaktu peringkat ini. Manakala bagi peringkat ketiga iaitu
peringkat pemindahan ilmu, bagaimana saya dan ahli kumpulan berbincang,
menganalisis dan membuat keputusan bagi menghasilkan pengurusan grafik berkaitan
tajuk PPIK, laporan PPIK dan laporan praktikal secara individu.
Tugasan PPIK memerlukan saya membuat amali dan menjawab soalan yang
berbentuk pedagogi. Setiap tajuk juga memerlukan maklumat yang telah di proses
dalam bentuk pengurusan grafik.
Bagi tugasan PPIK yang pertama iaitu mengenal pasti batuan. Saya menjawab
soalan yang diberi berdasarkan pengetahuan sedia ada dan hasil analisis daripada
maklumat yang telah dikumpulkan. Daripada tajuk ini, saya telah mempelajari tentang
jenis-jenis batuan yang terdapat di bumi kita. Aktiviti pemerhatian dijalankan supaya
15
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
pemerolehan ilmu itu lebih berkesan dan akan diingati. Selain itu, kaedah pelaksanaan
amali ini boleh memberi idea kepada saya untuk menjalankan aktiviti ini disekolah nanti.
Tajuk kedua iaitu awan dan cuaca memberikan pengetahuan yang mendalam
berkenaan dengan jenis-jenis awan dan ciri-cirinya. Rekabentuk eksperimen itu
dijalankan secara visual dan perbincangan berikutan ketiadaan bahan untuk membuat
perbandingan mengenai jenis-jenis awan secara terperinci. Namun begitu, melalui
perbincangan, idea dan gambaran rekabentuk amali itu diperoleh. Oleh itu,
pembelajaran secara berkumpulan adalah salah satu stail pembelajaran yang
berkesan.
PPIK terakhir iaitu laporan bentuk muka bumi setempat adalah kesinambungan
daripada tajuk sebelum ini. Bagi tugasan melaksanakan amali Sains, kami menjalankan
tugasan secara koperatif. Perbincangan dalam menganalisis data dijalankan bagi
membolehkan kami bertukar-tukar pandangan dan menerima pandangan rakan-rakan
yang lain. Namun begitu bagi tugasan menulis laporan , saya laksanakan secara
individu. Sepanjang amali yang ketiga kami mendapat pelbagai pengalaman dan
pengetahuan yang berguna antaranya bentuk muka bumi kawasan kajian, jenis-jenis
hidupan, keadaan sosio ekonomi masyarakat setempat dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, saya
dapati bahawa kelamahan dalam pengurusan masa memberi impak yang besar dalam
menghasilkan tugasan yang bermutu. Selain itu, kekurangan berinteraksi dengan orang
yang pakar seperti pensyarah pebimbing juga antara satu faktor, banyak keputusan
dibuat dalam keadaan yang masih ragu-ragu. Oleh itu, saya perlu lebih rajin untuk
berjumpa dengan pensyarah bagi membolehkan saya dibimbing dengan baik dalam
melaksanakan tugasan projek ini.
Selain itu bagi membendung masalah ini sentiasa berlaku, motivasi dalam diri
dan keyakinan terhadap diri sendiri dalam membuat tugasan awal adalah penting dan
perlu dilakukan. Pengurusan masa yang effisen boleh dibuat dengan menyediakan
jadual waktu belajar dalam buku rancangan peribadi. Sikap yang negatif seperti suka
16
MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011 SCE 3110
bertanggung hendaklah diperbaiki supaya hasil yang bermutu dapat dihasilkan tanpa
berlaku tekanan. Bagi mengurangkan sikap bertanggunh, saya perlu sentiasa menulis
‘LIST-TO-DO’ supaya saya sentiasa ingat dan buat perkara mengikut keutamaanya.
Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik oleh setiap ahli kumpulan
membolehkan kami menyiapkan kesemua tugasan yang diperlukan pada masa yang
telah ditetapkan. Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya dan rakan berusaha
untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan upaya yang ada. Setiap masalah dihadapi
bersama dan sokongan serta sikap tolong-menolong adalah nilai yang membantu kami
menghasilkan tugasan ini secara optimum. Banyak pengajaran yang diperolehi dari
tugasan ini, antaranya ialah, setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan
pengurusan masa. Selain itu, pemikiran yang kreatif dan kritis dengan sikap menerima
pandangan orang lain adalah salah satu pengajaran yang dapat saya pelajari semasa
menyiapkan tugasan ini. Oleh hal yang demikian, saya cukup berharap agar tugasan ini
diterima seadanya dan semoga ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.
Sekian, Terima kasih.
SUMBER RUJUKAN:
http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.html
http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126
http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan
http://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.html
http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Awan
17