Ayam Pedaging - Bab 2 New

72
Penternakan ayam pedaging

description

bgfr

Transcript of Ayam Pedaging - Bab 2 New

  • Penternakan ayam pedaging

  • PENDAHULUANPengeluaran daging ayam negara telah mencapai tahap saradiri sejak tahun 1983.

    Ternakan ayam pedaging secara kecil-kecilan sebenarnya telah lama diusahakan oleh penduduk negara ini.

    Pembangunan pesat serta teknologi yang berkembang meningkatkan sistem pengeluaran secara komersial

  • PENGGUNAAN DAGING AYAM TEMPATAN

    Malaysia antara negara mencatatkan penggunaan daging ayam per kapita yang tinggi di dunia(33.63kg - 2004)

    Daging ayam masih sumber protein yang murah

    Tiada halangan dari segi keagamaan mahupun pemakanan

    Restoran francais meningkatkan lagi promosi - KFC, McDonald, Nandos

    Malaysia-hub halal juga meningkatkan penggunaan daging ayam

  • INTEGRASI INDUSTRI AYAM PEDAGING.Pengilangan makanan/ Pusat pengeluaran makananSyarikat pembekal vaksin dan ubat-ubatanKedai makanan segeraKedai ayam proses dan jualan langsungPasaran eksportPemprosesanProduk hiliranLadang induk pembiakLadang PembiakPusat pengeramanPusat penetasanPengeluaran anak ayamPenternak kontrak/ Pusat pemeliharaan ayam pedagingPusat Pemprosesan ayam

  • BAKA AYAM PEDAGINGBaka yang dibiakkan khusus untuk menghasilkan daging dengan cepat

    Peringkat awal- Rhode Island Red, New Hampshire dan Austrolope menjadi pilihan

    Diimport dari luar dan dikacukkan dengan baka tempatan

  • Rhode Island Red

  • New Hampshire

  • Australope

  • Perubahan bermula pada 1960-an

    Pengimportan baka ayam tertumpu kepada baka ayam komersial berbulu putih prestasi lebih baik dari segi tumbesaran dan kecekapan kadar pernukaran makanan selain mudah diproses

  • BAKA AYAM BERBULU PUTIHArbor AcresAvianCobbRossHubbard

  • SUMBER ANAK AYAMMalaysia sudah mampu mengeluarkan 60-70% anak ayam pedaging ke pasaran tempatan dan selebihnya diimport dari negara bebas penyakit tertentu

    Sehingga 2006, terdapat 29 buah syarikat integrator dan bukan integrator ayam pedaging baka dan mengeluarkan anak ayam pedaging antara 1.35 ke 110 juta setahun

  • MUTU ANAK AYAMCiri-ciri yang bermutu : Berat sekurang-kurangnya 35 g dan saiz seragamMata bulat dan bersinarKelihatan sihat dan cergasBulu kering dan kembangPusat keringDubur bersihTidak cacat

  • FAEDAH ANAK AYAM BERMUTUKetahanan penyakit yang baikPenukaran makanan yang baikTumbesaran yang baik dan boleh dijual dengan cepatKos pengeluaran rendahKadar keseragaman yang tinggiBentuk badan mengikut kehendak pasaran

  • PENGURUSAN LADANG Ciri-ciri pengurusan ladang yang baik:-

    0.2-0.5 km dari kawasan perbandaran/perumahan/perlancongan/ kemudahan awam

    Kemudahan komunikasi

    Sistem saliran air yang baik

    Ventilasi yang baik- lebih 0.5 km dari ladang unggas lain

    Paksi panjang reban menghala ke arah timur/barat

    Kebersihan reban

    Pengurusan ternakan (all-in-all-out)

    Pemakanan

    Merekod (keseragaman, kematian, penghasilan)

    Biosekuriti (halang kemasukan mikroorganisma, patogen, pemangsa lain)

  • Pokok dan rumput ditepi dan di sekeliling reban menahan cahaya matahari yg terik

  • SISTEM PEMELIHARAAN3 sistem ternakan utama:-

    Intensif (kwsn tertutup, pergerakan yg minimum, penjagaan rapi, kurang pekerja)

    Semi intensif (kwsn dipagar, berbumbung, penjagaan makan dan minum)

    Ekstensif (sistem terbuka, integrasi dgn tanaman ladang)

  • SISTEM PEMELIHARAAN (SAMB)Dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa

    Dua pilihan sistem lantai1) sistem lantai sarap2) sistem lantai tinggi

    Keluasan lantai dari 0.8 ke 1.0 kaki persegi seekor** keluasan lantai lebih besar jika sistem reban terbuka iaitu 1.0-1.2 kaki persegi seekor untuk mengurangkan kesesakan dan panas

  • SISTEM SARAPLantai diperbuat daripada simen

    Dilitupi dengan sarap kayu (ketaman kayu) atau jerami padi

    Sarap diiisikan setebal 8-10 cm dari lantai

  • SISTEM LANTAI TINGGITinggi lantai lebih kurang 2.0 m dari paras tanah

    Diperbuat dari kayu berketam berukuran 2.5cm x 2.5cm

    Jarak antara dua kayu- 2.5 cm**terlalu kecil menyebabkan najis terkumpulpunca penyakit**terlalu lebar menyebabkan kaki ayam tercedera akibat tersangkut

  • SISTEM LANTAI TINGGI

  • JENIS REBANDua jenis reban:-1) reban terbuka-dinding terbuka, dibuat dari dawai punai atau jaring

    2) reban tertutup- reban ditutup sepanjang masa- bidai dibuka bila perlu- suhu persekitaran dalam reban terkawal- udara masuk dan keluar dikawal oleh kipas- dua kawalan-evaporative cooling system dan tunnel ventilation

  • reban terbukareban tertutup

  • REKABENTUK REBANCiri utama untuk menentukan rekabentuk reban ayam:Tahan lama dan kos yang ekonomikMudah diselenggaraKos penyelenggaraan yang ekonomikPengawalan haiwan pemangsa yang berkesanVentilasi dalam reban yang optimum dan selesa

  • UKURAN REBANLebar (5.5 12.2 m) bergantung kepada saiz reban yang hendak dibina

    Panjang- bergantung jumlah ayam yang hendak dipelihara

    Keluasan lantai antara 7-10 ekor untuk tiap-tiap 1 meter persegi.

  • Contoh pengiraan :

    -> untuk pelihara 1000 ekor ayam pedaging dengan 10ekor/meter persegi

    Jumlah luas lantai yang diperlukan = 1000/10= 100meter persegiLebar reban yang dipilih= 7 meterOleh itu panjang reban= 100/7= 14.3 meter

    Jadi reban yang akan dibina adalah 7 m x 14.3 m

  • REKABENTUK DAN BAHAN BUMBUNG/ATAPRekabentuk bumbung berperanan penting dalam memastikan peredaran udara antara reban dan persekitaran

    Gunakan bahan yang dapat mengurangkan bahang panas, tahan lama dan kos yang berpatutan

    Aluminium sangat sesuai di negara ini.**atap zink menyebabkan panas yang keterlaluan di musim panas

  • REKABENTUK BUMBUNG REBAN AYAMBertingkat atau dua lapisDua cerun atau tebar layarPisang sesikat atau layarGanding

  • PERINGKAT PEMELIHARAANDua peringkat1)peringkat perindukan2) peringkat pembesaran

  • PERINGKAT PERINDUKAN (1 14 hari)Reban dan peralatan hendaklah dibersihkan dengan disinfektan sebelum kumpulan anak ayam untuk perindukan dimasukkan

    Sediakan ruang perindukan1)-kepungan kadboard/papan lapis/kawat jaring halus2)-alaskan lantai dengan sarap dari ketaman kayu3)-sediakan satu bekas larutan disinfektan untuk pembasmian kuman kasutsebelum masuk ke reban

  • Alat pemanas/hoover disediakan untuk membekalkan haba** suhu 20C-30C diperlukan selama 24 jam pada minggu pertama kemudian masa dikurangkan sedikit demi sedikit

    Bekas makanan dan minuman juga hendaklah diatur secara berselang seli**supaya semua anak ayam berpeluang mendapat makanan dan minuman

  • PERSEDIAAN PENERIMAAN ANAK AYAM 1) nyalakan alat pemanas /hoover- sekurang-kurangnya 12 jam sebelum anak ayam tiba

    2) isikan minuman- pastikan sumber air bersih dan boleh ditambah sedikit vitamin untuk mengurangkan stress anak ayamUmur 1- 7 hariUmur 7 hari dan ke atas

  • MEMERIKSA ANAK AYAMUtk memastikan keseluruhan anak ayam berada dalam keadaan baik dari segi kualiti dan kuantiti.

  • Taburan anak ayam di bawah alat pemanasAlat pemanasAnak ayam

  • Taburan anak ayam di bawah alat pemanas

  • Makanan perlu diberikan secara kerap iaitu minimum 5 kali sehari.

  • Singkirkan (cull) anak ayam yang lemah/sakit kerana menambahkan kos

    Lupuskan anak ayam yang mati

    Buka kepungan setelah cukup 2 minggu dan ayam bebas dalam reban

  • PERINGKAT PEMBESARAN (15 42 hari)Anak ayam mula membesar dgn cepat.

    Pengawalan daripada jangkitan dan terjadinya penyakit sangat penting

    Kematian pada peringkat ini sangat merugikan kerana kos makanan yang dimakan akan mengurangkan keuntungan

  • Pilihan jenis tempat makanan ayam sewaktu peringkat pembesaran** paras bekas makanan perlu disesuaikan dengan ketinggian ayam.**pastikan apabila ayam berdiri, hujung bekas makanan sama dengan paras belakang ayam

  • Menukar makanan pemula kepada makanan penggemuk atau Broiler grower secara beransur-ansur atau mengikut nisbah yang disyorkan.

    Makanan pemula blh dilanjutkan sehingga minggu ke 4.

    Bekas makanan dan minuman yg boleh digantung mula digunakan.

    Mengawasi penyakit berjangkit atau penyakit yg disebabkan oleh suntikan drpd terjadi atau merebak

  • Air minum hendaklah dirawat dengan klorin

    pH air antara 6.5-8.0

    Pemberian vaksin diberikan sebagai langkah pencegahan

    Umur( hari )Jenis vaksinCara pemberian1-3Ranikhet F (Sampar)Ocular/intranasal7IBOcular/intranasal14IBDAir minuman18Ranikhet F (Sampar)Air minuman

  • Cara pemberian vaksinIntraocular - Blh dilakukan dgn menitiskann vaksin ke dlm mataCara intranasal dilakukan dgn cara menitiskan vaksin ke dalam hidung ayam.

  • Dilakukan dgn cara menyuntik vaksin di bwh kulit leher ayamDilakukan dgn memasukkan vaksin ke dalam mulut ayamDilakukan dgn menyuntik bahagian dada ayamOralIntramuscularSubcutaneous

  • Ayam pedaging yang sihat serta bermutu mempunyai ketahanan melawan penyakit yang baik.

    Program kesihatan ternakan merangkumi semua aspek kebersihan ladang seperti pengurusan pembersihan reban dan peralatan.

    Memberhentikan pemberian makanan yg mengandungi bahan tambahan seminggu sebelum ayam dijual dan bertukar makanan tanpa bahan tambahan.

    Jika ubat-ubatan digunakan spt antibiotik, hentikan pemberiannya pada masa yg sama.

  • PEMAKANAN AYAM PEDAGINGMakanan Permulaan Ayam Pedaging (Broiler starter feed)bermula umur sehari hingga 3 mingguMash(dedak) atau crumble (butiran)

    Makanan Penamat Ayam Pedaging (Broiler finisher feed)bermula umur 3 minggu hingga dipasarkan (6 minggu)bentuk pellet

  • FAEDAH MAKANAN PELLETAyam makan lebih banyak memenuhi keperluan nutrisi ayam

    Meningkatkan penghadaman makananpellet meningkatkan ketahanan kandungan karbohidrat

    Mengurangkan pembaziran makanan

    Meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada berat badan

  • PENILAIAN PRESTASI AYAM PEDAGINGBerdasarkan:- 1) berat hidup sewaktu dipasarkan2) kadar pertukaran makanan sepanjang pemeliharaan pada hari dipasarkan3) umur untuk mencapai sasaran berat untuk dipasarkan

  • MENGUKUR PRODUKTIVITI LADANGPenukaran makanan( Feed Conversion Ratio@FCR )- angka penunjuk kecekapan penggunaan makanan dengan sasaran berat badan ayam Penukaran makanan = Jumlah makanan Jumlah berat badan

  • Contoh kiraan:

    Jumlah makanan : 3675 kgJumlah berat badan ayam hidup : 1750kg

    Penukaran makanan( FCR ):36751750:2.1 **Lebih rendah hasilnya, lebih baik penukarannya dan lebih tinggi pulangan pendapatan /keuntungan

  • FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR PERTUKARAN MAKANANPenakaian/kematianPenyakit dan rawatanWaktu pemberian makananpencahayaanHubungan sosialPengurusan ladangUmur ayamKualiti makanan

  • AIR MINUMANAnggaran 70% badan ayam adalah air

    Air penting untuk proses metabolisme dalam badan dan mengawal suhu badan

    Air minuman mestilah bersih dan cukup

    Pengambilan air bergantung kepada suhu sekitar- suhu 21C- (2 liter air/kg makanan)- suhu 32C (3.5 - 4.0 liter air/kg makanan)

    Ayam minum lebih banyak jika kandungan makanan tinggi dengan : tenaga/protein/garam/kalsium

  • PENYEMBELIHAN AYAM PEDAGINGPemberian makanan dihentikan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditangkap untuk sembelihan/jualan

    ** jangan lebih 12 jam sebelum sembelihakan menyebabkan pengecutan otot-otot (shrinkage of edible tissue)

    Ayam pedaging biasanya ditangkap pada malam hari atau awal pagi lebih sejuk dan kurang stress

  • PENYEMBELIHAN AYAM PEDAGINGAyam dibawa di dalam raga( crates) dan dipindahkan ke rumah sembelihan dengan lori

    Raga tersebut diperbuat daripada bahan sintetik, boleh digunakan semula setelah dibasuh bersih dengan pembasmi kuman

  • PROSES PENYEMBELIHANshacklingkillingscaldingHead & feet removalDefeathering Chilling Evisceration

  • PENYEMBELIHANAyam-ayam dikeluarkan dari raga (crates) dan kaki digantung pada besi-besi penggantung (shackles) sebelum dibawa ke bilik sembelihan

    Stunning- proses kejutan elektrik sederhana untuk menjadikan ayam pengsan sebelum disembelih boleh mengurangkan stress ketika proses sembelihan

  • shackling

  • PENYEMBELIHANUrat merih diputuskan

    Jika proses stunning dilakukan dengan betul, ayam akan mati dalam masa 90 hingga 120 saat selepas diputuskan urat merihnya

    Pastikan darah mengalir sepenuhnya dan ayam telah mati dan tidak bernafas sebelum ke proses rendaman air panas

  • RENDAMAN AIR PANASTujuan utama : melonggarkan bulu-bulu pada badan ayam dan memudahkan ianya dicabut (plucking)

    Jangka masa rendaman :1) suhu 50C 150 saat ATAU2) suhu 53C-55C 1-2 minit3) suhu 59C 45-90 saat4) suhu >60C bergantung suhu air dan keadaan ayam

  • scalding

  • Pembersihan bulu ayam (defeathering)Ayam dimasukkan dalam mesin pembersihan bulu

  • Pengasingan kepala dan kaki ayamMesin automatik akan memotong bahagian kepala ayam dan kaki serta esofagus ( salur makan) dan trakea

  • PENGASINGAN ORGAN DALAMAN (EVISCERATION)Mesin automatik akan mengeluarkan bahagian organ dalaman ayam seperti jantung, paru-paru, pedal ( gizzard) dan hati

  • PROSES PENYEJUKAN KARKAS AYAMKarkas disejukkan ( chilling) pada suhu 4-7C

    3 kaedah penyejukan1) penyejukan udara- menggunakan udara sejuk untuk menjadikan daging ayam kekal segar2) penyejukan semburan untuk penghasilan produk ayam beku ( frozen )3) penyejukan rendaman- cara lama dan masih digunakan.

  • PROSES MENGGRED, BUNGKUS DAN LABELKarkas ayam digredkan mengikut berat bersihAda dalam bentuk bulat atau potongan kecilDibungkus dalam bungkusan sejuk beku atau bungkusan bervakumProses penghantaran dilakukan dengan menggunakan trak berhawa dingin

  • Naget ayamBebola ayamBurger ayamPaha ayamSosej ayamFrankfurter ayamDllPRODUK AYAM PEDAGING

  • MENGUKUR PRODUKTIVITI LADANGPemantauan Prestasi Ayam- Berat badan- Pengambilan makanan- Penukaran Makanan

  • MENGUKUR PRODUKTIVITI LADANGRekod ladang:-- rekod tarikh anak ayam sampai- bilangan anak ayam diterima- sumber/ baka anak ayam- kematian / singkiran harian ( cull )- pemberian vaksin- pemberian /jenis/sumber makanan harian- penggunaan air/ elektrik

  • DAYA MAJU PROJEKSebelum memulakan perusahaan, penternak perlu menganalisa aliran tunai perniagaan untuk mengetahui prospek perusahaan

    Dua kategori dayamaju1) dayamaju teknikal- eg: kadar kematian/ jumlah stok/jumlah pengeluaran/kadar FCR2) dayamaju kewangan eg: aliran tunai/tempoh pulangan balik modal/kadar pulangan dalaman/penyata pendapatan/ analisis margin kasar

  • ********************************************************************