Ayat Pasif

6
AYAT PASIF Konsep Pembahagian Ayat Pasif Konsep Ayat pasif ialah ayat yang asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Bangunan dicuci oleh pekerja itu. Bajunya dibasahi air hujan Buku itu kami baca.

description

ayat pasif

Transcript of Ayat Pasif

AYAT PASIFKonsep

Ayat pasif ialah ayat yang asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Bangunan dicuci oleh pekerja itu. Bajunya dibasahi air hujan Buku itu kami baca. Harta benda dimusnahkan oleh taufan.

Konsep

Pembahagian Ayat Pasif

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif Ayat jenis ini mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.Ayat Pasif

SubjekPredikat

Kata Kerja PasifOleh + FN

Keterangan

1. Akhbar itusudah dibacaoleh bapa

semalam.

2. Makanan itudimasakoleh emak

sebentar tadi.

3. Rumahnya terbinaoleh jurubina

dalam masa setahun.

Untuk ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di- seperti di atas, kata sendi nama oleh yang mengikuti kata kerja pasif itu secara langsung boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat. Contohnya :

Hal ini berbeza dengan ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ter-, iaitu kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan kerana boleh menjejaskan maksud ayat. Oleh itu, ayat yang berikut dianggap tidak gramatis :

Akhbar itu sudah dibaca bapa semalam. Makanan itu dimasak emak sebentar tadi.

Rumahnya terbina jurubina dalam masa setahun.

Ayat pasif boleh juga terbentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke--an. Dalam ayat-ayat sedemikian, bahagian oleh + frasa nama biasanya tidak diperlukan seperti contoh yang berikut :

Ayat Pasif

SubjekPredikat

1. Murid-murid itukehujanan sepanjang hari.

2. Mereka semuakegusaran.

3. Sapu tangannyabersulam dengan benang emas.

4. Kasut sekolahnyabelum berbasuh.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

Ayat pasif jenis ini menggunakan kata ganti nama diri seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda, kami dan kita yang diikuti secara langsung oleh kata kerja dasar. Kata ganti nama diri sedemikian tidak boleh menerima kata kerja berimbuhan di- dalam ayat pasif. Contohnya :

Ayat Pasif

SubjekPredikat

Frasa Kerja Pasif dengan KGN 1 / KGN 2Keterangan

1. Bukunya sudah saya kembalikansemalam.

2. Kejayaan iniakan kita raikanbersama-sama.

3. Hutangnya belum ku jelaskansepenuhnya.

4. Barang itumesti awak pulangkankesemuanya.

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif KenaAyat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + frasa nama dalam ayat sedemikian boleh secara pilihan digugurkan seperti contoh yang berikut :

Ayat Pasif

SubjekPredikat

Kata KenaKata Kerja DasarOleh + Frasa Nama

1. Barang itukenarampasoleh kastam.

2. Pencuri itukenapukuloleh penduduk kampung.

3. Permata itukenacurioleh perompak.

4. Mereka kenamaraholeh guru.