Ayat Tanya

4
Ayat Tanya Ayat Tanya Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu i) Ayat tanya tanpa kata tanya. ii) Ayat tanya dengan kata tanya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004:423) Ayat tanya digunakan untuk menanya sesuatu perkara. Terdapat ayat tanya biasa, ayat tanya sonsang, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya. Kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya adalah seperti; apa, bila, mana, siapa, bagaimana, mengapa, kenapa dan berapa. Kata Tanya Penggunaan Apa Benda, binatang Bila Masa Mana Tempat Siapa Orang Bagaimana Cara Mengapa Sebab Kenapa Sebab Berapa Bilangan Ayat Tanya Biasa Subjek di depan dan predikat di belakang. Subjek Predikat Orang itu siapa? Ayat Tanya Songsang Predikat dikedepankan, subjek dikebelakangkan. Predikat Subjek Siapakah orang itu?

description

bahan bantu balajar

Transcript of Ayat Tanya

AyatTanyaAyat TanyaMengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitui) Ayat tanya tanpa kata tanya.ii) Ayat tanya dengan kata tanya.(Nik Safiah Karim et. al: 2004:423)Ayat tanyadigunakan untuk menanya sesuatu perkara. Terdapat ayat tanya biasa, ayat tanya sonsang, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.Kata tanyayang digunakan dalam ayat tanya adalah seperti;apa, bila, mana, siapa, bagaimana, mengapa, kenapadanberapa.Kata TanyaPenggunaan

ApaBenda, binatang

BilaMasa

ManaTempat

SiapaOrang

BagaimanaCara

MengapaSebab

KenapaSebab

BerapaBilangan

Ayat Tanya BiasaSubjek di depan dan predikat di belakang.SubjekPredikat

Orang itusiapa?

Ayat Tanya SongsangPredikat dikedepankan, subjek dikebelakangkan.PredikatSubjek

Siapakahorang itu?

Ayat Tanya Dengan Kata TanyaMengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti;apa, siapa, berapa, mengapa dan bagaimana.(Nik Safiah Karim et.al: 2004: 426)1.Mengapakahkamu berdua datang lambat ke sekolah pada hari ini?2.Bilakahibu bapa kamu akan pulang dari Perak?Ayat Tanya Tanpa Kata TanyaMengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soalan (?).(Nik Safiah Karim et.al: 2004:423)1. Encik Chandran pengarah syarikat itu?Ayat tanyaAYAT tanya ialah ayat yang ditandai dengan tanda tanya (?) pada akhir ayat itu. Dalam pengucapan, ayat tanya diakhiri dengan intonasi menaik (tinggi).Ayat tanya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu (a) Ayat tanya yang disertai kata tanya, dan (b) Ayat tanya yang tidak disertai kata tanya.(a) Ayat tanya dengan kata tanyaKata tanya dalam ayat tanya jenis ini terdiri daripada kata tanya seperti apa, mana dan siapa; dan frasa kata tanya, seperti bagaimana, dari mana, dengan siapa, di mana, mengapa, dan untuk siapa. Contoh penggunaan kata tanya dan frasa kata tanya dalam ayat tanya adalah seperti yang berikut:dengan kata tanya:1. En. Sulaiman / mana?2. Benda itu / apa?3. Orang itu / siapa?dengan frasa kata tanya:4. Kamu / bagaimana?5. Mereka / dari mana?6. Puan Megawati / dengan siapa?7. Anda / di mana?8. Orang itu / mengapa?9. Hadiah itu / untuk siapa?Semua kata tanya dan frasa kata tanya yang berhuruf condong ialah predikat ayat belaka dalam susunan ayat biasa subjek mendahului predikat.(b) Ayat tanya tanpa kata tanyaAyat tanya yang bentuknya sama bentuknya dengan ayat penyata, tetapi berbeza oleh adanya tanda tanya (?) pada akhir ayat itu. Subjek ayat tetap mendahului predikat. Contoh:10. Yang itu / kereta Savvy?11. Dia / Suraj?12. Pakaian baru itu / untuk mereka?13. Zaidah / mempelajari tatabahasa?Ayat tanya yang susunan biasanya subjek predikat dapat disongsangkan. Oleh itu, ayat tanya songsang ialah ayat tanya yang predikatnya didahulukan dan subjeknya dikemudiankan. Contohnya:14. Manakah / Encik Sulaiman?15. Apakah / benda itu?16. Siapakah / orang itu?17. Dengan siapakah / Puan Megawati?18. Mengapakah / orang itu?19. Untuk siapakah / hadiah itu?Lawan ayat tanya songsang ialah ayat tanya biasa. Ayat-ayat dalam (a) dan (b) ialah contoh ayat tanya susunan biasa.(i) Ayat tanya songsang biasaAyat tanya BM dapat disertai oleh kata partikel. Partikel ialah kata yang pada umumnya terdiri daripada satu suku kata dan tidak mempunyai makna, tetapi mempunyai fungsi tertentu dalam ayat. Misalnya partikel -kah dalam ayat-ayat tanya (14) - (19).Tugas partikel -kah adalah untuk mementingkan predikat ayat tanya. Itulah sebabnya maka partikel -kah dikenal sebagai partikel pementing.Apabila predikat dipentingkan, maka letaknya mestilah di hadapan, bukan di belakang. Semua predikat ayat dalam (14) - (19) disertai oleh partikel -kah, dan letaknya di hadapan. Apabila letak predikat di hadapan dan subjeknya di belakang, maka tentulah ayat songsang.(ii) Ayat tanya songsang terbahagiAyat tanya songsang terbahagi ialah ayat songsang yang predikatnya terbahagi, iaitu satu di hadapan dan satu lagi di belakang; manakala subjeknya di tengah. Contoh:20. Bagaimanakah (Predikat) dia (Subjek) datang? (Predikat)21. Di manakah (Predikat) orang itu (Subjek) menginap? (Predikat)22. Apakah (Predikat) dokumen (Subjek) bertaraf sulit? (Predikat)23. Bagaimanakah (Predikat) konsep nilai kendiri (Subjek) diterapkan? (Predikat)Dalam bentuk ayat songsang terbahagi ini, ada dua frasa yang menjadi predikatnya. Predikat yang disertai partikel -kah didahulukan. Predikat yang tidak disertai partikel -kah dikemudiankan. Subjek terletak di tengah-tengah.Sebagai rumusan, perlu diingat bahawa apabila predikat disertai partikel -kah, maka predikat itu mestilah diletakkan di depan dan subjeknya di belakang kerana dalam bentuk ini, predikat yang dipentingkan bukan subjeknya. Maksudnya, perkara yang ditegaskan atau diutamakan yang berada dalam predikat itu diberikan perhatian. Letak atau kedudukannya tetaplah unsur predikat di hadapan, sementara subjeknya di belakang. Perhatikan bentuk baku dan tidak baku ayat tanya yang berikut ini:24 a. Pegawai itu (S) bersarakah? (P)(tidak baku kerana predikat bersarakah tidak dikedepankan)b. Bersarakah (P) pegawai itu? (S)(baku kerana mendepankan predikat yang mempunyai partikel -kah)Apabila kata tanya (apa, mengapa, siapa, bagaimana, dll.) yang menjadi predikat disertai partikel -kah, maka predikat itu mestilah dikedepankan juga. Contoh:25 a. Encik Othman (S) datang bilakah? (P)(tidak baku kerana predikat bilakah tidak dikedepankan)b. Bilakah (P) Encik Othman (S) datang? (baku kerana mendepankan predikat kata tanya (bila) berpartikel -kah)Dicatat olehcikgubmMRSMdi5:31 PG

GUD LUCK UMMI^^