istimewa. ATIYYAH MOHD SAID sedia Permintaan bagi khidmat ...
Azizan sedia bantu isu tanah - nre.gov.my di Akhbar/Azizan sedia ba… · (swapping) dengan pihak...
Transcript of Azizan sedia bantu isu tanah - nre.gov.my di Akhbar/Azizan sedia ba… · (swapping) dengan pihak...
Azizan sedia bantu isu tanah
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri memberi jaminan akan membantu permohonan Lembaga
Pengelola Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa berhubung isu pengambilan
tanah berstatus rizab Melayu, bersebelahan sekolah itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri akan membincangkan
perkara itu dalam mesyuarat Exco untuk memudahkan proses pertukaran status tanah
(swapping) dengan pihak terbabit termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat
Tanah dan Galian (PTG).
“Sebelum ini lembaga pengelola sudah menyatakan hasratnya dan saya tiada halangan kerana
sekolah berdepan dengan pelbagai masalah jika gagal mendapatkan tapak itu termasuk untuk
membina dewan sekolah dan elak banjir kilat,” katanya.
Menurutnya, memandangkan permohonan tanah berkenaan adalah untuk menaik taraf
kemudahan asas di sekolah itu dan bukannya untuk tujuan komersil, Kerajaan Negeri bersedia
membantu sekolah memiliki tanah seluas 1.6 hektar itu.
“Kita prihatin dengan masalah mereka kerana sekolah itu mempunyai pelajar bijak tetapi
kemudahan asas amat mengecewakan. Malah dewan sedia ada hanya mampu menampung
sekitar 300 orang sedangkan pelajar mencecah 2,400 orang,” katanya.
Azizan berkata, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan isu pendidikan di negeri ini tanpa mengira
kaum, kerana mahu melahirkan generasi Kedah yang bijak dan berakhlak.
“Kita harus galakkan pelajar dan golongan remaja fokus dalam aktiviti ko-kurikulum supaya
cemerlang. Tidak mustahil jika digilap bakat mereka, kelak mereka akan mengharumkan nama
negeri dan negara,” katanya.
Sebelum itu, Azizan menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Pengerusi Lembaga
Pengelola SMJK Keat Hwa, Datuk Teoh Boon Beng untuk menampung kos pasukan
pancaragam sekolah mengadakan persembahan di „World Shanghai Music Festival‟ April depan.
Tajuk : Azizan sedia bantu isu tanah
Tarikh : 10 Februari 2011
Sumber : Sinar Harian
KERATAN AKHBAR ONLINE
“Pasukan pancaragam ini mengharumkan nama negara, khususnya Kedah apabila mewakili
Malaysia dalam persembahan itu. Saya bangga dengan pencapaian ini dan mereka berhak
mendapat persekitaran sekolah yang lebih baik atas usaha itu,” katanya.
Pengetua SMJK Keat Hwa, Yeoh Chin Seang berkata, 82 ahli pancaragam itu dijemput
mengadakan persembahan di China selepas muncul juara peringkat kebangsaan dalam
pertandingan pancaragam tahun lalu