Azura Mohd Noor & Ram Al Jaffri Saad
-
Upload
idmac2015 -
Category
Presentations & Public Speaking
-
view
473 -
download
6
Transcript of Azura Mohd Noor & Ram Al Jaffri Saad
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 361
EJEN DAN IMPAK PERUBAHAN DALAM PENGURUSAN WANG ZAKAT
Azura Mohd. Noor1
Ram Al Jaffri Saad2
Pusat Pengajian Perakaunan
Universiti Utara Malaysia,
Kedah Darul Aman
0125590362/049882746
No.Faks: 049882526
Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk membincangkan berkenaan perkembangan pengurusan
dana zakat yang dilakukan oleh institusi zakat bermula daripada zaman awal Islam
sehingga pada masa kini. Perbincangan dibuat berdasarkan analisa kandungan ke
atas dapatan kajian-kajian lepas berkenaan ejen dan impak perubahan dalam sistem
pengurusan dana zakat. Ejen perubahan yang telah dikenalpasti adalah
perkembangan teknologi dan sosiologi, kaedah-kaedah kutipan dana zakat, dan
perluasan jenis-jenis harta yang dizakat. Oleh itu, ejen perubahan tersebut boleh
dijadikan peluang oleh sesebuah pihak berkuasa zakat dalam penambahbaikan
sistem kutipan dan agihan sedia ada serta berinovasi dalam penyediaan kemudahan
pembayaran yang mampu menarik pembayar zakat yang berpotensi. Makalah ini
menyumbang kepada penambahan bahan rujukan dalam bidang zakat dan boleh
dijadikan input oleh institusi zakat untuk membuat beberapa penambahbaikan dalam
tadbir urusnya.
Kata Kunci: Pengurusan zakat, ejen perubahan, impak perubahan,
penambahbaikan sistem zakat.
1 Pensyarah Universiti Teknologi MARA (Perlis) dan Calon PhD Pusat Pengajian Perakaunan,
Universiti Utara Malaysia, Kedah Darul Aman, [email protected]. 2 Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perakaunan, Universiti Utara Malaysia, Kedah Darul Aman,
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 362
PENGENALAN
Zakat dan Asnaf
Zakat merupakan perkongsian, pembelaan, pengagihan, pengembangan dan
percambahan. Falsafah zakat mengintegrasikan dua keperluan, iaitu keperluan
menunaikan kewajipan dan keperluan memperolehi hak yang telah ditentukan
(Hamizul, 2011; Mujaini, 2012). Menurut Al-Qaradhawi (1969), zakat merupakan
satu daripada rukun Islam yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan apabila telah cukup
syarat-syaratnya. Zakat disyariatkan oleh Allah SWT untuk menyucikan harta dan
diri seseorang Muslim. Zakat merupakan satu instrumen penting di dalam sistem
sosio-ekonomi sesebuah negara Islam. Selain merupakan satu ibadah, zakat juga
merupakan tanggungjawab sosial, hak orang-orang fakir dan miskin serta obligasi
cukai kewangan Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk
mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.” (al-Taubah, 9:103)
Sesuatu harta yang dimiliki oleh manusia adalah bukan harta yang hakiki. Ia
merupakan amanah daripada Allah SWT. Oleh itu, sebagai pemegang amanah, zakat
wajib dilaksanakan apabila seseorang Islam itu memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan (Sanep, Hairunnizam & Adnan, 2006). Zakat yang dikutip diagihkan
kepada lapan kategori asnaf sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang
miskin, pengurus zakat (amil), muallaf yang dipujuk hati mereka,
untuk memerdekakan hamba,orang-orang yang berhutang, orang-
orang berjuang di jalan Allah, orang-orang yang sedang dalam
perjalanan, sebagai ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (al-Taubah, 9:60)
Hikmah Zakat
Kekayaan umat Islam dapat dikesan melalui zakat. Semakin tinggi jumlah zakat
yang berjaya dikutip bermaksud umat Islam pada masa itu memiliki harta kekayaan
melebihi jumlah minima pengenaan zakat (Hamizul, 2011). Melalui zakat, kekayaan
seseorang pembayar zakat mampu disebarkan secara sistematik untuk
memakmurkan orang-orang yang hidup di sekelilingnya secara khasnya dan
masyarakat umumnya.
Allah SWT berfirman sebagai menceritakan kisah Musa a.s. bersama kaumnya di
dalam Surah al-A’raf, ayat 156 yang bermaksud:
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 363
"AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan
rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya
(kehidupan yang baik) bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang
memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat
Kami.”(al-A’raf, 7:156)
Zakat membawa hikmah kepada setiap pihak yang terlibat dengan proses kutipan
dan agihan zakat itu sendiri. Jadual 1 menunjukkan hikmah-hikmah zakat kepada
pembayar zakat (muzakki), penerima zakat (mustahik), harta yang dizakat dan
hikmah kepada pembangunan ummah keseluruhannya.
Jadual 1: Hikmah Zakat kepada Muzakki, Mustahik, Harta dan Ummah
Perkara Hikmah Zakat
Pembayar Zakat
(Muzakki)
1. Zakat dapat menyuburkan sifat ihsan dalam diri mereka.
2. Zakat dapat menyingkirkan sifat kedekut dan bakhil kepada harta
dan bersyukur ke atas rezeki yang diperolehi.
3. Zakat melenturkan diri agar taat kepada peraturan dan hukum
Allah SWT.
4. Zakat membersihkan harta kerana 2.5% atau 5% atau 20%
daripada harta itu adalah milik asnaf.
5. Zakat menjadi pelindung kepada harta daripada kerosakan dan
kebinasaan.
Penerima Zakat
(Mustahik)
1. Zakat menjadi payung kepada mereka dalam memenuhi
keperluan hidup.
2. Zakat menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa
kejahatan manusia yang suka mengambil kesempatan.
3. Zakat menyuburkan rasa mahabbah mereka kepada orang kaya
dan menghilangkan rasa dengki golongan miskin kepada si kaya.
4. Zakat juga menjadi medan melunakkan hati asnaf agar tunduk
kepada Allah SWT.
Harta 1. Zakat menyucikan harta dan menggalakkan pencarian rezeki yang
halal.
2. Zakat menyuburkan harta di mana walaupun zakat dikeluarkan
namun pahala yang diperolehi bertambah. Keberkatan kepada
rezeki.
3. Zakat juga menyuburkan harta di mana fakir miskin yang berjaya
memperolehinya mengembangkan harta tersebut melalui
perniagaan atau melalui anak-anak yang maju dari segi pelajaran.
Ummah 1. Zakat adalah jambatan di antara golongan kaya dan asnaf yang
memerlukan.
2. Zakat menjadi pemangkin ekonomi umat Islam.
3. Zakat menjadi dana kepada pembangunan negara.
4. Zakat menyuburkan ukhuwah dan semangat kekitaan di antara
sesama umat Islam.
5. Zakat membantu kegiatan pendidikan dan dakwah dalam
masyarakat.
6. Zakat mampu menjadi senjata menangkis serangan musuh-musuh
Islam, khususnya dalam mempersiapkan kekuatan pendidikan,
teknologi dan persenjataan.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 364
Sumber: Hamizul Abdul Hamid (2011). Zakat Terapi Kekayaan, 103-105; dan laman
sesawang Pusat Zakat Pahang.
SEJARAH AWAL ISLAM
Pensyariatan kefarduan zakat berlaku sebelum pensyariatan kefarduan puasa di bulan
Ramadhan. Zakat yang mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah ini merupakan satu
daripada sumber pendapatan negara dan dijana demi pembangunan Negara Madinah
dan rakyatnya. Jadi, pada tahun kedua Hijrah, hukum berkaitan zakat ditetapkan
qadarnya dari setiap jenis harta dan diterangkan secara terperinci (Hamizul, 2011;
Anwar, 2014).
Ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah telah menegaskan bahawa zakat itu
wajib dalam bentuk perintah yang tegas dan arahan pelaksanaan yang jelas. Sebagai
contoh, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu
maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu
menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta
tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika
mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang
serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu).
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-
Taubah, 9:5)
Pengurusan dan pentadbiran zakat pada zaman Rasulullah SAW dikendalikan oleh
Baginda sendiri dalam kapasitinya sebagai utusan Allah SWT dan sebagai Ketua
Negara. Apabila jumlah umat Islam dan wilayah Islam semakin bertambah ,
Rasulullah SAW telah melantik para pemungut zakat (amil) untuk bertugas di
beberapa wilayah Islam untuk menyebarkan dakwah zakat dan mengutip serta
mengagih zakat. Amil zakat yang dibentuk oleh Baginda dapat dibahagi kepada dua
kategori, iaitu pertama, amil yang bertugas sebagai Gabenor atau pemerintah
wilayah dan pada masa yang sama bertanggungjawab melakukan pungutan zakat.
Kedua, amil yang hanya bertugas untuk mengumpulkan zakat dan mengagihkannya
(Anwar, 2014).
PENTADBIRAN ZAKAT DI MALAYSIA
Semenjak dijajah oleh pihak British sehinggalah Malaysia memperoleh kemerdekaan
pada 1957, pihak British telah mengasingkan antara aspek pentadbiran negara dan
hal ehwal agama Islam. Pentadbiran negara telah diambil alih oleh pihak British,
manakala soal agama Islam diletakkan terus di bawah kuasa para sultan dan raja.
Selepas kemerdekaan sehingga kini, soal pentadbiran agama Islam dan adat istiadat
Melayu terus berada di bawah kekuasaan para sultan melalui Majlis Agama Islam
Negeri (MAIN) (Hairunnizam & Sanep, 2014; Hamizul, 2011).
Menurut Anwar (2014), pentadbiran ialah satu proses yang memusatkan kepada
identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-
sumber, sama ada berupa tenaga manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 365
bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Carta 1
memperlihatkan struktur carta pentadbiran zakat di Malaysia yang meliputi tiga
belas negeri dan satu wilayah persekutuan. Terdapat tiga kategori pembahagian
mengikut negeri iaitu kategori pertama yang terdiri daripada negeri Perlis, Johor,
Terengganu, Kedah, Perak dan Kelantan. Institusi baitulmal di negeri-negeri kategori
pertama ini memainkan peranan sepenuhnya untuk aktiviti kutipan dan agihan zakat
tanpa menswastakan institusi zakat masing-masing.
Rajah 1: Pentadbiran Zakat di Malaysia
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
PERDANA MENTERI
JABATAN
PERDANA
MENTERI
(Menteri di Jabatan
Perdana Menteri)
MAJLIS HAL
EHWAL AGAMA
ISLAM
(Dipengerusikan: YAB
Perdana Menteri)
JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN
ISLAM
(Dipengerusikan: YAB
Timb.Perdana Menteri)
Jabatan
Kemajuan
Islam
Malaysia
(JAKIM)
Majlis
Agama
Islam
Negeri
(MAIN)
Jabatan
Wakaf,
Zakat &
Haji
(JAWHAR
)
Lembaga
Tabung
Haji
Pihak
Berkuasa
Zakat
Negeri
Majlis
Agama Islam
Negeri
(Wakaf)
Perlis, Johor,
Terengganu, Kedah,
Perak, Kelantan,
Wilayah Persekutuan,
Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang
Selangor, Pulau
Pinang, Sarawak,
Sabah
Bahagian Baitulmal Bahagian
Baitulmal
Pejabat Zakat
Korporat
Pejabat Zakat
Korporat
Agihan Agihan Agihan Kutipan Kutipan Kutipan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 366
Sumber: Laporan Zakat PPZ-MAIWP Tahun 2014: 72
Sementara itu, kategori kedua yang terdiri daripada Wilayah Persekutuan, Melaka,
Negeri Sembilan dan Pahang pula telah menswastakan aktiviti kutipan zakat kepada
Pejabat Zakat Korporat. Namun, aktiviti pengagihan zakat masih diletakkan di
bawah institusi Baitulmal. Kategori ketiga yang terdiri daripada negeri Selangor,
Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah pula telah diswastakan sepenuhnya kedua-dua
aktiviti kutipan dan agihan zakat kepada Pejabat Zakat Korporat masing-masing.
Perbincangan seterusnya akan mengupas impak perubahan yang dibawa oleh proses
penswastaan di dalam pentadbiran dan pengurusan zakat. Ulasan dilakukan terhadap
bagaimana penswastaan ini telah mewujudkan perubahan yang positif dalam
perkembangan sistem pentadbiran dan pengurusan zakat di Malaysia.
EVOLUSI PENGURUSAN ZAKAT - PENSWASTAAN
Pengurusan organisasi merujuk kepada proses merancang, mengorganisasi
memimpin dan memantau segala aktiviti anggota-anggota dalam sesebuah organisasi
dengan menggunakan segala sumber organisasi yang ada bagi mencapai objektif
organisasi yang ditetapkan (Anwar, 2014). Organisasi yang tersusun biasanya
dicapai apabila organisasi tersebut bijak dalam mengurus struktur organisasinya
supaya selaras dan selari dengan fungsi-fungsi pengurusan yang sesuai dalam
membangunkan sumber dan aset organisasi ke arah produk dan perkhidmatan yang
berkualiti. Ini juga diaplikasikan kepada pengurusan zakat.
Sebagai organisasi perkhidmatan awam, institusi zakat memainkan peranan penting
untuk memberi khidmat yang terbaik. Ramai pihak inginkan proses kutipan dan
agihan zakat yang lebih cekap di Malaysia. Atas dasar tersebut, penswastaan institusi
zakat telah dilaksanakan (Norazlina & Abdul Rahim, 2012). Kouser et al. (2012) di
dalam nukilan Ridzwan, Riyad dan Wardah (2016) mengatakan bahawa penswastaan
dijangka akan mewujudkan kecekapan syarikat-syarikat kerajaan, menggalakkan
pelaburan asing, meningkatkan pendapatan dan infrastruktur, dan meningkatkan
program kebajikan dan keadilan sosial
Program penswastaan dalam mengutip dan mengagihkan zakat telah dilaksanakan di
beberapa negeri sebagai suatu usaha untuk menambah jumlah kutipan zakat. Pusat
Pungutan Zakat (PPZ) dan Pusat Zakat Selangor (PZS sekarang dikenali sebagai
LZS – Lembaga Zakat Selangor) misalnya telah ditubuhkan sebagai satu institusi
untuk mengutip zakat (Sanep et al., 2006). Lahirnya pusat-pusat zakat ini telah
membuka era baru dalam pengurusan zakat di negara ini yang mana proses kutipan
dan proses agihan (bagi sesetengah negeri) menjadi lebih cekap.
Penswastaan atau pengkorporatan institusi zakat menjadi satu daripada cabaran
utama bagi pertubuhan agama yang bukan berorientasikan keuntungan (Nor
Shahrina, Abd Halim, Zunaidah & Azhana, 2013). Malahan, hasil keupayaan dan
kebolehan pengurusan zakat mula menjadi lebih jelas melalui syarikat-syarikat dan
perusahaan-perusahaan yang ditubuhkan khas di bawah pengawasan majlis hal ehwal
agama negeri berbanding dengan apa yang dipanggil "Beit El Mal" atau "Jabatan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 367
Zakat" dalam mengumpul dan mengagihkan zakat (Mohamed Zamerey, 2005).
Menurut Mohamed Zamerey (2005) lagi, pengumpulan zakat di Selangor
menunjukkan peningkatan yang tinggi dan ketara. Oleh itu ini merupakan petunjuk
bahawa langkah penswastaan institusi zakat secara komersil dan profesional
menampakkan kejayaan.
Jadual 2: Penswastaan Institusi Zakat
NEGERI Tahun
Penswastaan
Pejabat Zakat
Korporat
Baitulmal
Agihan Kutipan Agihan Kutipan
Perlis - √ √ Johor - √ √ Terengganu - √ √ Kedah - √ √ Perak - √ √ Kelantan - √ √ Wilayah
Persekutuan
1990 √ √
Melaka 1996 √ √
Negeri Sembilan 1998 √ √
Pahang 1995 √ √
Selangor 1994 √ √
Pulau Pinang 1995 √ √
Sarawak 2001 √ √
Sabah 2007 √ √
Sumber: Adaptasi daripada Laporan Zakat PPZ-MAIWP Tahun 2014
Jadual 2 menunjukkan maklumat mengenai penswastaan institusi zakat. Berdasarakn
jadual tersebut, setakat ini terdapat lapan institusi zakat mengambil peluang
penambahbaikan melalui penswastaan iaitu dimulakan dengan Pusat Pungutan Zakat
(PPZ) di Wilayah Persekutuan pada 1990, diikuti oleh Lembaga Zakat Selangor
(LZS) yang dulu dikenali sebagai Pusat Zakat Selangor (PZS) pada 1994, Pusat
Kutipan Zakat (PKZ) di Pahang dan Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang
masing-masing pada 1995, Pusat Zakat Melaka (PZM) pada 1996, Pusat Zakat
Negeri Sembilan (PZNS) pada 1998, Tabung Baitulmal Sarawak pada 2001 dan
akhirnya Pusat Zakat Sabah pada 2007 (Hamizul, 2011; Norazlina & Abdul Rahim,
2012; Mohamad Idham, Roaimah, Maymunah, Afzan Sahilla & Mohd Adnan,
2013). Enam negeri yang masih tidak menswastakan institusi zakat mereka ialah
Perlis, Johor, Terengganu, Kedah, Perak dan Kelantan.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menswastakan bahagian
kutipan zakatnya kepada pihak korporat. Ia kemudiannya telah muncul sebagai satu
daripada pusat zakat yang paling sistematik. HartaSuci Sdn Bhd merupakan
organisasi korporat yang diamanahkan untuk mengurus pusat pungutan zakat
MAIWP (PPZ-MAIWP). Aktiviti utama syarikat ini ialah menjalankan aktiviti
dakwah dan promosi ke arah meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kewajipan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 368
berzakat, mengutip zakat bagi pihak MAIWP dan menguruskan PPZ-MAIWP
(Muhsin, 2014; Laporan Zakat PPZ-MAIWP, 2014).
Jadual 3 menunjukkan tren peningkatan bagi kutipan zakat setiap tahun untuk setiap
negeri. Berdasarkan jadual tersebut dapat disimpulkan bahawa hasil usaha institusi
zakat untuk menarik para pembayar menunaikan zakat telah memberi kesan yang
positif. Ini dapat dilihat apabila jumlah pembayar dan jumlah kutipan meningkat dari
setahun ke setahun. Usaha penswastaan tersebut serta kempen kesedaran yang
berterusan ternyata telah dapat menambah jumlah kutipan zakat. Walaupun
peningkatan tersebut bukanlah semata-mata berpunca daripada penswastaan atau
kesedaran tetapi ternyata ia telah menunjukkan satu kesan yang positif (Sanep &
Hairunnizam, 2005a; Hamizul, 2011).
Sementara itu, Jadual 4 menunjukkan jumlah agihan zakat negeri-negeri. Jadual
tersebut turut menunjukkan tren peningkatan dalam pengagihan zakat kepada asnaf.
Selangor mengalami peningkatan agihan yang tinggi dalam tahun 2014 iaitu
RM595,745,640.00 berbanding cuma RM330,364,503.00 dalam tahun 2010. Ini
turut dapat dilihat pada peningkatan jumlah agihan oleh semua negeri-negeri di
Malaysia. Jumlah agihan yang meningkat mewakili tren yang positif di mana lebih
banyak golongan asnaf yang terbela nasib mereka dan menerima hak mereka melalui
zakat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 369
Jadual 3: Statistik Kutipan Zakat Mengikut Negeri di Malaysia Tahun 2010 - 2014
Negeri/Tahun 2010 2011 2012 2013 2014
RM RM RM RM RM
Perlis* 38,091,506.00 61,367,147.00 78,912,426.00 - -
Johor* 122,336,032.00 137,469,741.18 171,939,397.69 199,328,056.19 211,218,871.25
Terengganu* 76,447,878.23 88,274,932.37 107,080,441.25 120,881,661.74 120,120,120.62
Kedah* 76,947, 139.51 106,084,292.22 106,471,950.65 - 128,939,859.94
Perak* 69,639,500.87 86,113,585.24 99,577,582.60 - -
Kelantan* 70,373,328.79 94,083,475.87 113,163,004.70 - -
Wilayah
Persekutuan#
282,676,073.93 348,882,925.85 410,411,327.58 492,402,029.53 540,795,062.34
Melaka# 34,011,770.13 37,930,757.61 43,980,976.99 53,106,623.54 58,280,964.15
Negeri Sembilan# 50,201,121.23 57,917,702.28 65,352,483.87 - 88,200,428.43
Pahang# 80,874,869.71 88,592,218.43 102,875,834.89 115,826,642.24 109,325,106.94
Selangor~ 336,934,522.00 394,103,904.00 451,325,027.00 517,305,275.00 582,120,552.00
Pulau Pinang~ 53,239,132.91 62,281,170.88 76,501,447.71 84,981,280.27 87,935,987.80
Sarawak~ 39,143,055.60 44,128,087.93 46,342,106.00 69,462,067.00 67,319,511.00
Sabah~ 32,856,749.96 33,891,152.97 48,929,401.12 49,211,488.48 52,829,145.28
Jumlah 1,363,772,680.87 1,641,119,093.83 1,922,863,408.05 1,885,466,601.00 1,958,885,181.32
Nota:
* Tiada penswastaan
# Penswastaan – Kutipan sahaja
~ Penswastaan – Kutipan dan Agihan
Sumber: Laporan Zakat PPZ – MAIWP 2014
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 370
Jadual 4: Statistik Agihan Zakat Mengikut Negeri di Malaysia Tahun 2010 – 2014
Negeri/Tahun 2010 2011 2012 2013 2014
RM RM RM RM RM
Perlis* 30,730,256.00 43,447,071.00 - - -
Johor* 110,308,433.78 156,931,330.15 143,346,570.76 159,545,424.47 195,921,140.25
Terengganu* 61,744,662.19 65,480,546.76 84,518,495.97 67,405,128.05 67,405,128.05
Kedah* 66,061,795.27 79,801,298.57 92,415,153.38 95,990,835.03 106,148,030.10
Perak* 66,793,034.00 75,783,396.40 82,683,568.86 - -
Kelantan* 63,909,066.60 80,046,658.37 100,850,645.16 - -
Wilayah Persekutuan# 200,541,409.45 246,706,683.00 271,967,597.00 328,394,455.00 -
Melaka# 31,392,558.73 34,145,735.20 49,040,873.87 - 57,200,588.16
Negeri Sembilan# 51,740,272.62 59,316,197.23 61,462,602.85 76,833,689.98 97,785,893.00
Pahang# 58,604,106.00 58,307,886.14 68,436,025.34 - 109,052,421.09
Selangor~ 330,364,503.00 373,465,626.00 401,717,682.00 463,472,826.00 595,745,640.00
Pulau Pinang~ 54,352,513.03 55,468,037.43 68,671,396.46 71,562,194.42 80,098,947.00
Sarawak~ 23,922,812.06 27,057,710.59 36,471,610.00 34,917,166.00 39,431,698.00
Sabah~ 26,021,789.24 32,390,043.48 36,654,371.08 48,481,454.69 64,959,240.44
Jumlah 1,176,487,211.95 1,388,348,220.32 1,498,236,592.73 1,346,603,174.64 1,356,548,138.93
Nota:
* Tiada penswastaan
# Penswastaan – Kutipan sahaja
~ Penswastaan – Kutipan dan Agihan
Sumber: Laporan Zakat PPZ – MAIWP 2014
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 371
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI - INOVASI KAEDAH KUTIPAN
Pada zaman awal Islam dan tahun 80-an, kutipan zakat secara tradisi dilakukan
melalui amil. Apabila amil dan pembayar zakat bertemu secara bersemuka, maka
pembayar zakat akan menyerahkan jumlah zakat yang ingin dikeluarkan. Namun,
perkembangan teknologi semakin pesat dan Islam sentiasa memudahkan umatnya
terutama dalam melaksanakan kewajipan mereka seperti berzakat. Skim potongan
gaji memungkinkan seseorang itu berzakat dengan lebih mudah. Malahan
perkhidmatan atas talian seperti pembankan internet, kaunter pos, kaunter bank,
perbankan telefon, khidmat pesanan ringkas serta kaunter pusat zakat yang ada di
pelbagai tempat tumpuan awam diadakan, bertujuan hanya untuk membantu umat
Islam berzakat dengan lebih mudah dan sekaligus berupaya meningkatkan lagi
kutipan zakat saban tahun (Muhsin, 2014).
Strategi kutipan yang inovatif seperti perbankan internet, pembayaran melalui
khidmat pesanan ringkas (sms), melalui e-pay dan skim potongan gaji telah
diperkenal dan dilaksana oleh institusi zakat di setiap negeri untuk memastikan
jumlah kutipan meningkat setiap tahun (Hamizul, 2012). Mohd Faisol (2013) telah
menyenaraikan beberapa kaedah kutipan zakat yang digunapakai oleh institusi-
institusi zakat di seluruh negara. Jadual 5 menunjukkan kemudahan kutipan zakat
mengikut negeri. Berdasarkan jadual tersebut, antara kaedah yang digunakan dalam
kutipan zakat ialah skim potongan gaji, perbankan internet, kaunter pos, kaunter
bank, kad kredit, kaunter pusat zakat, perbankan telefon, khidmat pesanan ringkas,
mesin pindah wang dan pembayaran melalui cek/wang pos/draf bank/kiriman wang.
Beberapa jenis kaedah seperti pembayaran melalui kad kredit akan dibincangkan
dengan lebih mendalam.
Jadual 6 menunjukkan pencapaian hasil kutipan daripada pelbagai kaedah yang
digunapakai di PPZ-MAIWP untuk tahun 2013 dan 2014. Kaedah kutipan yang
paling digemari oleh pembayar zakat ialah skim potongan gaji, diikuti oleh
pembayaran melalui kaunter PPZ-MAIWP. Menurut laporan zakat PPZ-MAIWP
2013, dua kaedah kutipan yang baru diperkenalkan dalam tahun 2013 ialah
pembayaran zakat melalui MYEG dan i-Zakat. Jika dilihat menerusi Jadual 6, kedua-
kedua kaedah ini mendapat sambutan yang menggalakkan. I-Zakat merupakan
aplikasi telefon yang digunapakai dalam android dan ios dan dibangunkan bersama
syarikat Adamant Sdn Bhd.
Salah satu inovasi kaedah kutipan zakat ialah melalui pembayaran kad kredit.
Pengurus Kanan Unit Khidmat Kaunter PPZ-MAIWP, Mohd Hakemal (Bernama,
03/01/2014) telah mengesahkan bahawa kaedah pembayaran zakat melalui kad kredit
adalah dibenarkan. Namun, beliau menegaskan bahawa hanya kad kredit daripada
perbankan Islam sahaja dibenarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan
bagi tujuan pembayaran zakat. Penetapan syarat ini ialah bagi mengelak unsur riba.
Oleh itu, antara kad kredit perbankan Islam yang dibenarkan ialah bank Islam, Al-
Ikhwan Maybank, Bank Simpanan Nasional Al-Aiman, CIMB Islamic, At-Taslif
Ambank Group, RHB Islamic, HSBC Amanah, i-Bank Rakyat dan Al Rajhi bank.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 372
Jadual 5: Kemudahan Kutipan Zakat mengikut negeri bagi tahun 2015
Negeri SPG PI KP KB KK KPZ PT SMS ATM Pelbagai
Perlis (MAIPS) * * * n/a n/a * n/a * n/a n/a
Johor (MAIJ) * * * * X * X X X *
Terengganu
(MAIDAM)
* * * * * * X * X *
Kedah (JAIK) * * * * * * X * X *
Perak (MAIAMP) * * * * * * X X X X
Kelantan (MAIK) * * * * X * X * X *
Wilayah
Persekutuan (PPZ-
MAIWP)
* * * X * * X X X X
Melaka (PZM) * * * X * * X * * X
Negeri Sembilan
(PZNS)
* * * * * * X * * *
Pahang (PKZ) * * * * * * X * * X
Selangor (LZS) * * * * * * * * * *
Pulau Pinang
(PUZPP)
* * * * X * X X X X
Sarawak * * * * X * X X * X
Sabah (PZS) * * * X X * X * X X
NOTA:
* - Menggunakan kaedah tersebut KP - Kaunter pos PT - Perbankan telefon
n/a – maklumat tidak diperolehi KB – Kaunter bank SMS – Khidmat pesanan ringkas
SPG – Skim potongan gaji KK – Kad kredit ATM – Mesin pindah
PI – Perbankan internet KPZ – Kaunter pusat zakat Pelbagai – Cek/Wang pos/ Draf bank/ Kiriman
wang
Sumber: Mohd Faisol, 2013; Azura, 2014; Laporan Zakat PPZ-MAIWP Tahun 2014 dan Laman sesawang institusi zakat negeri di Malaysia,
2015.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 373
Jadual 6: Pencapaian Kutipan PPZ-MAIWP bagi tahun 2013 dan 2014
SALURAN KUTIPAN (RM) BIL.PEMBAYAR
2013 2014 2013 2014
Potongan Gaji (Skim Thohir) 270,411,539.59 312,828,297.19 83,918 93,733
Kaunter PPZ-MAIWP 116,884,706.49 125,003,640.57 32,378 33,842
Kaunter Majlis 69,036,701.91 58,696,308.33 62 136
Kaunter Bank* 14,008,636.57 16,743,625.56 11.516 13,161
Portal PPZ 5,873,545.67 8,476,197.15 5,669 7,145
Kirim POS 4,149,074.90 2,682,080.62 461 372
Agen Kutipan 2,645,670.72 6,945,514.29 212 222
Kaunter Pejabat POS 1,060,613.56 939,677.55 1,272 1,067
Akaun Khas 245,706.88 230,225.89 7 8
MYEG 156,957.45 231,091.42 179 331
Kios 89,744.00 84,955.00 118 102
Postdated Cek 57,771.79 35,030.75 12 11
Mesin Deposir Cek 11,360.00 0.00 6 0.00
Kad debit 0.00 0.00 0.00 0.00
Kad Kredit 0.00 0..00 0.00 0..00
MAMPU 0.00 0.00 0..00 0.00
i-Zakat 0.00 18,288.02 0.00 67
JUMLAH 484,632,029.34 532,915, 662.34 135,830 150,130
Nota:
i. Terdapat pembayar membayar zakat di saluran-saluran kutipan yang berlainan dalam setahun
ii. *Kaunter bank termasuk pembayaran melalui Perbankan Internet, Mesin ATM dan Perbankan Telefon.
Sumber: Laporan Zakat PPZ-MAIWP 2014: 43.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 374
Menurut Mohd Hakemal lagi, kutipan kaunter bagi pembayaran zakat melalui kad
kredit dari bulan Januari hingga November 2013 ialah RM1.4 juta dengan jumlah
pembayar seramai 487 orang di kawasan Wilayah Persekutuan. Ini membuktikan
bahawa Islam adalah agama yang meraikan perubahan selaras dengan perkembangan
sektor kewangan serta kepelbagaian jenis transaksi masa kini daripada bentuk tunai
kepada talian. Malahan, kaedah ini turut menjamin keselamatan pembayar zakat
tanpa perlunya membawa wang tunai ke kaunter zakat.
PELUASAN SUMBER HARTA BARU YANG DIZAKAT
Zakat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah
merupakan zakat badan yang wajib dikeluarkan oleh semua umat Islam yang hidup
di bulan Ramadan dan kewajipan membayar zakat fitrah ini dapat menyucikan
amalan individu pada bulan Ramadan (Mohd Yahya, Fidlizan & Mohamad Ali
Roshidi, 2013). Zakat harta pula adalah zakat yang dikenakan ke atas harta atau
kekayaan yang dimiliki oleh orang Islam yang memenuhi syarat-syarat wajib
berzakat (Husein Sahata, 2005).
Selain melaksanakan penswastaan institusi zakat dan mempelbagaikan kaedah
kutipan zakat untuk meningkatkan kutipan zakat, suatu langkah penting yang boleh
diambil adalah dengan memperluaskan sumber zakat, iaitu mengenakan zakat kepada
harta yang diikhtilaf (Sanep & Hairunnizam, 2005b).
Secara umumnya di zaman Rasulullah SAW, zakat telah dikenakan ke atas lapan
jenis harta iaitu unta, lembu, kambing, gandum, bijirin, kurma, perak dan emas.
(Musa, Arifin & Abdullah, 2007). Namun pada zaman ini, pelbagai jenis harta yang
berdaya-maju dan berupaya berkembang telah menghasilkan pendapatan yang
lumayan. Harta ini tidak terhad kepada emas, perak dan wang, pertanian, ternakan,
perniagaan serta galian sahaja seperti yang ada pada zaman permulaan Islam seperti
pendapatan dari hasil sewa, pendapatan penggajian, pendapatan profesional seperti
pendapatan doktor, arkitek dan peguam serta pendapatan dari surat-surat berharga
seperti saham dan bon (Noor Aini, 2006).
Sanep dan Hairunnizam (2005b) mengatakan bahawa jika difikirkan secara logik,
sekiranya pesawah padi perlu membayar zakat mengapa tidak dengan pemilik bidang
pertanian yang lain seperti ladang getah dan ladang kelapa sawit sedangkan mereka
juga memperolehi hasil yang lumayan? Hasil tersebut diperoleh dari pekerjaan
mereka dan perlu dikenakan zakat.
Jadual 7 di bawah dibangunkan daripada hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh
Sanep dan Hairunnizam (2005b). Jadual ini menyenaraikan 4 jenis sumber harta baru
yang boleh dizakat seperti yang dicadang oleh pengkaji.
Hasil kajian Sanep dan Hairunnizam (2005b) juga mendapati secara umumnya
52.9% rakyat Malaysia bersetuju jika zakat dikenakan ke atas harta yang diikhtilaf
wajib zakat. Selain itu, peratus persetujuan bagi zakat pendapatan hasil pertanian
ialah 53.8% dan hasil galian ialah 73.2%. Peratusan bersetuju dengan pendapatan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 375
ialah 42.7% berbanding tidak setuju hanya 15.5%. Senario yang sama bagi hasil
ternakan iaitu 41.9% bersetuju berbanding cuma 15.2% tidak bersetuju.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 376
Jadual 7: Cadangan Sumber Baru Zakat Harta (Harta Diikhtilaf)
Sumber Kategori ‘Illah Syarat Kadar
1. Perolehan, Pendapatan Bebas, dan Professional
Pendapatan/ Perolehan a) Pekerjaan – gaji, upah Kekayaan
(emas, perak, wang)
Nisab dan Haul 2.5%
b) Perolehan Bebas – royalti, saham, bon,
honorarium
Kekayaan al-nama’
(pertanian)
Nisab sahaja 5% - 10%
c) Lain-lain – mas kahwin, hadiah Kekayaan
(emas, perak, wang)
Nisab sahaja 2.5%
2. Hasil Tanaman
Hasil Tahan Lama a) Pokok jangka panjang – Kopi, Koko Tahan lama / Kekayaan Nisab dan Haul 2.5%
b) Pokok jangka pendek – Bawang,
Kunyit, Halia, Kacang tanah
Tahan lama / Kekayaan Nisab tanpa Haul 2.5%
Hasil Tidak Tahan Lama a) Pokok jangka panjang – Kelapa sawit,
getah, dusun
Kekayaan Nisab dan Haul 2.5%
b) Pokok jangka pendek – Tomato, sayur-
sayuran.
Kekayaan Nisab tanpa Haul 2.5%
3. Hasil Ternakan
Hasil ternakan kecuali
an’am (unta, lembu dan
kambing)
a) Jangka panjang – Telur, susu Kekayaan/perniagaan (emas,
perak, wang)
Nisab dan Haul 2.5%
b) Jangka pendek – ayam daging, ikan
ternak, puyuh
Kekayaan/perniagaan (emas,
perak, wang)
Nisab tanpa Haul 2.5%
c) Ternakan lain – madu, telur penyu Kekayaan
(hasil pertanian)
Nisab tanpa Haul 5% atau 10%
4. Hasil Galian
Hasil bumi a) Boleh lebur – Timah, besi, tembaga Boleh lebur Nisab sahaja 20%
b) Tidak boleh dilebur – Permata, zamrud,
berlian, belerang, raksa, minyak
Kekayaan Nisab dan Haul 2.5%
Sumber: Sanep & Hairunnizam (2005b). Jurnal Syariah, 13(1), 149 – 162.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 377
Pada 22 Jun 1997, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan bahawa
zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib ke atas seseorang Islam yang layak. Oleh
itu, ada MAIN telah mengetengahkan kepentingan zakat pendapatan sama ada penggajian
atau pendapatan bebas untuk wajib dipatuhi oleh seseorang individu Muslim. Misalannya,
menurut Majlis Agama Islam Kelantan, harta-harta pendapatan yang diperoleh dari usaha
sama ada berbentuk gaji, elaun, ganjaran, pampasan atau pendapatan pindahan atau yang
diperoleh melalui kerjaya yang bercorak profesional, kepakaran atau kemahiran diri adalah
diwajibkan zakat apabila cukup nisabnya (Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, 12
September 1999). Majlis Agama Islam Johor turut sama menwajibkan gaji dan pendapatan
dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya (Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Johor,
17 April 2000). Selain itu, Majlis Agama Islam Negeri Perak juga berpendapat zakat wajib
dikenakan ke atas pendapatan (al-Mal al-Mustafad) (Jawatankuasa Syariah Negeri Perak,
1990).
Perkembangan Islam serta perubahan masyarakat yang berlaku membawa kepada kehendak
masyarakat ke arah pengurusan dan pentadbiran zakat yang lebih mantap dan cekap. Semasa
pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin, pengurusan dan pentadbiran zakat melalui ijtihad begitu
ketara supaya umat Islam tidak ketinggalan atau terabai daripada mengerjakan kewajipan
berzakat. Misalannya dalam era pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah
berijtihad mengenakan zakat ke atas kuda kerana kuda pada zamannya merupakan barang
komersil sedangkan pada zaman Rasulullah SAW kuda adalah harta yang tidak dikenakan
zakat kerana hanyalah alat untuk pertanian dan pengangkutan(Musa, Arifin & Abdullah,
2007).
Menurut Musa et al. (2007) ijtihad yang telah dibuat di zaman Khulafa’ al-Rashidin boleh
dirumuskan seperti berikut:
1. Pemerintah boleh menggunakan kuasa bagi menentukan zakat dibayar oleh semua
pihak yang telah cukup syarat sekalipun terpaksa mengisytiharkan perang terhadap
mereka;
2. Pemerintah boleh mengkaji semula hukum-hukum yang telah ditetapkan sebelumnya
dan mengubah hukum berkenaan bersesuaian situasi semasa;
3. Pemerintah boleh memperluaskan sumber zakat dengan mengenakan zakat ke atas
sesuatu harta yang baru.
Pada zaman ini, pelbagai sumber baru zakat harta sudah diterima pakai oleh pembayar zakat
dan institusi zakat. Misalannya, di Wilayah Persekutuan pelbagai jenis zakat seperti zakat
pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat saham, zakat kwsp, zakat emas,
zakat perak, zakat tanaman, qadha zakat dan beberapa jenis kutipan lain yang diwajibkan dan
disunatkan kepada umat Islam seperti fidyah, sedekah dan sebagainya.(Muhsin, 2014)
Bagi mengenakan zakat ke atas harta, terdapat 5 pra-syarat yang perlu dipatuhi iaitu (1)
Pembayar zakat mempunyai milikan sepenuhnya ke atas harta tersebut; (2) harta tersebut
harta yang berdaya-maju dan boleh berkembang dengan berupaya menjana pendapatan
daripada harta tersebut; (3) nilai harta mestilah melebihi nilai nisab (nisab adalah nilai
kekayaan minimum yang dikenakan zakat); (4) kekayaan atau nilai harta yang ada melebihi
daripada keperluan asas; dan (5) harta tersebut mestilah kepunyaan pembayar zakat pada
tahun dizakat iaitu cukup haul (Asmah, Muslimah, Huzaimah & Nafisiah, 2013).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 378
Institusi zakat mesti bersedia untuk menjadi lebih fleksibel kerana pada zaman ini hasil
pendapatan boleh diperolehi daripada pelbagai jenis pekerjaan. Institusi zakat perlu
melaksanakan penambahbaikan yang berterusan ke atas kecekapan perkhidmatan,
profesionalisme sumber manusia yang ada serta menjalankan promosi yang lebih agresif
untuk mewar-warkan kepada segenap lapisan masyarakat tentang kewajipan ibadah zakat.
PENUTUP
Institusi-institusi zakat sentiasa melalui proses penambahbaikan dari semasa ke sesama.
Penambahbaikan tersebut mencakupi semua aspek seperti melaksanakan proses penswastaan
yang mampu memperbaiki mutu kerja institusi zakat. Usaha tersebut juga dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dari segi kutipan dan pengagihan dana zakat.
Dari aspek pembayar zakat pula, institusi zakat berusaha untuk menambahbaik kemudahan
pembayaran zakat supaya tidak membebankan pembayar zakat untuk berzakat.
Perkembangan teknologi telah banyak digunapakai untuk kemudahan semua pihak yang
terlibat dengan kutipan dan pengagihan zakat. Dengan adanya kemudahan ini, tiada lagi
sebab pembayar zakat liat untuk menunaikan tanggungjawab berzakat mereka.
Peningkatan kutipan setiap tahun di semua negeri perlu disusuli dengan pengagihan yang
cekap untuk memaksimumkan manfaat wang zakat yang diperoleh daripada pembayar-
pembayar zakat. Ini dibuat agar setiap asnaf tidak tertinggal untuk menikmati hak-hak
mereka. Pengurusan zakat yang profesional dan cekap mampu menjadikan zakat sebagai
instrumen kemakmuran yang hakiki kepada negara dan umat Islam keseluruhannya.
Kefakiran dan kemiskinan akan dapat ditangani dengan bijaksana, malahan ekonomi negara
mampu dipertingkatkan melalui kutipan dan agihan zakat yang sistematik dan berkesan.
RUJUKAN
Al Qaradhawi, Y. (1969) Fiqh al Zakah: A comparative study of zakah, regulations and
philosophy in the light of Qur’an and Sunnah. Volume I. Diambil dari
http://monzer.kahf.com/books/english/fiqhalzakah_vol1.pdf.
Anwar Muhammadali. (2014). Undang-Undang Pentadbiran Zakat Pada Zaman Awal Islam.
Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014),
1-2 December 2014, Kuala Lumpur, Malaysia, 124-139.
Mohamad Idham Md Razak, Roaimah Omar, Maymunah Ismail, Afzan Sahilla Amir
Hamzah, & Mohd Adnan. (2015). Kepatuhan Pembayaran Zakat: Peranan Ekonomi
Politik Islam. The 8th ISDEV International Islamic Development Management
Conference (IDMAC2014), 9-10 Disember 2014, USM Pulau Pinang.
Hairunnizam Wahid, & Sanep Ahmad. (2014). Faktor Mempengaruhi Tahap Keyakinan
Agihan Zakat: Kajian Terhadap Masyarakat Islam di Selangor. Jurnal Ekonomi
Malaysia, Vol.48(2), 41 – 50.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, & Radiah Abdul Kader. (2012). Cadangan
Penyetempatan Pengagihan Zakat di Malaysia: Adakah Amil Sudah Bersedia? Jurnal
Ekonomi Malaysia, 46(2), 17-27
Hamizul Abdul Hamid. (2012). Esklusif Zakat. Selangor: Galeri Ilmu Sdn Bhd.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 379
Hamizul Abdul Hamid. (2011). Zakat Terapi Kekayaan. Selangor: Grup Buku Karangkraf
Sdn Bhd.
Husein Sahata. (2005). Kaedah Agihan Zakat Harta: Pengertian, Sistem dan Agihannya.
Terj. Hamid Fahmy Zarkasyi dan Harun Ar-Rashid Tuskan. Kuala Lumpur: : Pustaka
Al-Shafa.
Laporan Zakat PPZ-MAIWP. (2013).
Laporan Zakat PPZ-MAIWP. (2014).
Mohamad Idham Md Razak, Roaimah Omar, Maymunah Ismail, Afzan Sahilla Amir
Hamzah, & Mohd Adnan Hashim. (2013). Overview of Zakat Collection in Malaysia:
Regional Analysis. American International Journal of Contemporary Reserch,
Vol.3(8), 140-148.
Mohamed Zamerey Abdul Razak Al-Dawood. (2005). The Role of Zakat in Risk
Management for the Poor: The Experience of Selangor Zakat Centre. Diambil dari
http://www.takaful.coop/images/stories/ICMIF_Series_of_Articles_No._2.
_The_Role_of_Zakat_in_Risk_Management_for_the_poor.pdf
Mohd Faisol Ibrahim. (2013). Analisa Ketidakselarasan Metodologi Bayaran dan Kutipan
Zakat Harta oleh Institusi-institusi Zakat di Malaysia. Prosiding The 5th
Islamic
Economics System Conference (iECONS2013), dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan
Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 4-5 September 2013, 165-
176.
Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, & Mohamad Ali Roshidi Ahmad. (2013).
Kepatuhan Membayar Zakat : Analisis Kutipan dan Ketirisan Zakat Fitrah di Selangor.
Jurnal Syariah, Jil.21(2), 191–206.
Muhsin Nor Paizin. (2014). Amalan Dakwah Zakat Di Wilayah Persekutuan Malaysia: Satu
Pemerhatian. Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic
Civilization, iCasic2014 (e-ISBN978967-11768-4-9),45, Kuala Lumpur: MALAYSIA.
Mujaini Tarimin. (2012). Zakat Al Mal Al Mustafad Amalan Dan Pengalaman Di Malaysia.
Malaysia : Pusat Pungutan Zakat.
Musa Ahmad, Arifin Md.Salleh & Abdullah Said. (2007). Penerokaan Sumber Baru Zakat di
Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR, Vol.1(1), 73 – 82.
Noor Aini Ali. (2006). Analisis Perakaunan Zakat Di Malaysia. Jurnal Syariah, Vol.14(2),
35-47.
Norazlina Abd.Wahab, & Abdul Rahim Abdul Rahman. (2012). Productivity growth of zakat
institutions in Malaysia: An application of data envelopment analysis. Studies in
Economics and Finance, Vol.29(3), 197-210.
Nor Shahrina Mohd Rafien, Abd Halim Mohd Noor, Zunaidah Ab Hasan & Azhana Othman.
(2013). Not-for-profit Religious Organization in Malaysia: A Case on Zakat Institution.
Chapter in Book: 'Islamic Philanthropy For Ummah Excellence", 239-249, Institut
Kajian Zakat (IKaZ). Diambil dari http://versys.uitm.edu.my/
prisma/view/viewPdf.php?pid=36191
Portal Rasmi Fatwa Malaysia. http://www.e-fatwa.gov.my/
Ridzwan Bakar, Riyad Neman Darwazeh, & Wardah Sakinah. (2016). “Privatization effects
on Zakat and dividend: Empirical evidence from Malaysia and Jordan”, Journal of
Entrepreneurship, Business and Economics, Vol. 4(1), 1–21.1.
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2005a). Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya
terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal. Jurnal Ekonomi Malaysia, 39, 53
– 69.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 380
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2005b). Sumber Zakat: Perluasan Terhadap Harta
yang Diikhtilaf. Jurnal Syariah, 13(1), 135 – 162.
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan institusi zakat
dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di Malaysia. International Journal of
Management Studies (IJMS), 13(2), 175-196.
http://www.aynorablogs.com/2013/04/cara-mudah-bayar-bil-di-pejabat-pos.html#ixzz3
qIgsdf3H. Diambil pada 1 November 2015.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/keharusan-membayar-zakat-melalui-kad-
kreditbank-islam-dan-kewajipan-qadha-zakat. Diambil pada 1 November 2015.
http://theskop.com/2014/07/bayar-zakat-guna-telefon-pintar-atau-tablet-sahaja/ Diambil pada
1 November 2015.
http://www.zakatpahang.my/v2/
Kad kredit kaedah terbaharu bayar zakat. (Bernama, 03/10/2014)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140103/ba_02/Kad-kredit-kaedah-
terbaharu-bayar-zakat#ixzz3qJWjk3SB. Diambil pada 1 November 2015.