Azzahra Professional

20
(NS0065047-K) [email protected] www.azzahra.professional.blogspot.com

description

contact us 0173727486

Transcript of Azzahra Professional

  • (NS0065047-K)

    [email protected]

    www.azzahra.professional.blogspot.com

  • 2

  • 3

    LATAR BELAKANG SYARIKAT

    Nama Syarikat : AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT

    SERVICES

    Alamat Syarikat : No. 122, Jalan Bukit

    Taman Pilah Perdana

    72000 Kuala Pilah

    Negeri Sembilan

    Alamat Kem : Kem Sri Raudah,

    Batu 11,

    53100 Gombak,

    Kuala Lumpur.

    Taraf Perniagaan : Bumiputera

    Pemilikan : Persendirian

    Jenis Perniagaan : Perunding Perniagaan dan Program Motivasi,

    Perunding Pendidikan dan Acara.

    Profil Syarikat :

    AZZAHRA PROFESSIONAL MANAGEMENT SERVICES adalah sebuah

    syarikat milik bumiputera sepenuhnya mempunyai penetapan visi dan misi yang jelas

    iaitu menjadi peneraju kepada Attractive and Positive Mind and Soul Theory dan

    Working Class Theory sekaligus ingin memartabatkan AKADEMI PROFESIONAL

    AZZAHRA di mata dunia ke arah destinasi kecemerlangan. Di samping itu, jalinan

    perhubungan juga merupakan faktor penting untuk merealisasikan impian bersama.

  • 4

    Komitmen dan kesungguhan dengan kerjasama KEM SRI RAUDAH, Rakan Didik

    Akhlak (RAUDAH) ditampilkan bertujuan melahirkan rakyat 1Malaysia yang berakhlak

    mulia, serta berilmu pengetahuan di samping bertanggungjawab dan mempunyai

    keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran negara.

    AZZAHRA PROFESSIONAL menawarkan khidmat latihan professional untuk

    meningkatkan kemahiran diri dan prestasi organisasi serta memanfaatkan ilmu yang

    dibekalkan dalam latihan untuk membentuk pembangunan diri, keluarga, masyarakat

    dan Negara dengan nilai-nilai murni sejagat dan nilai-nilai keislaman sejati.

    AZZAHRA PROFFESIONAL melaksanakan program pendidikan lengkap

    bersepadu membangunkan professional individu supaya dapat menjalankan amanah

    dan tanggungjawab menjadi peribadi yang kukuh, bermoral dan berakhlak mulia,

    berilmu serta kompeten.

    Pihak kami mempunyai beberapa tempat yang sesuai untuk mengadakan

    program, latihan, hari keluarga, jamuan dan mesyuarat serta tempat tempat untuk

    aktiviti lasak yang bertempat di Kem Sri Raudah, Gombak atau mana mana tempat

    yang bersesuaian dengan peruntukan perbelanjaan yang telah dipersetujui bersama.

    Kami juga mempunyai kemudahan dewan untuk berseminar bagi kapasiti 200

    orang peserta. Di samping itu, kami juga mempunyai bilik penginapan berbentuk chalet

    dan khemah bagi kapasiti 200 orang peserta selain kemudahan kemudahan lain

    seperti surau, dataran perhimpunan dan riadah, gazebo dan sebagainya.

  • 5

  • 6

    MATLAMAT ORGANISASI

    AZZAHRA PROFESSIONAL telah mengkaji kembali matlamat organisasinya

    dan mengubahsuai peranannya tanpa meninggalkan tujuan asalnya. Matlamat dan

    tujuannya hanya diungkapkan semula supaya relevan dengan keperluan semasa dan

    mampu menghadapi cabaran alaf baru. Oleh itu pihak syarikat telah memberikan

    tumpuan kepada perkara berikut:

    a. Berusaha melahirkan insan yang mempunyai jatidiri yang mampu untuk

    menguruskan kehidupan di dunia dan akhirat.

    b. Menjadi sebuah organisasi yang membantu untuk menggerakkan

    program program berbentuk kemasyarakatan berkonsepkan 1Malaysia

    baik di desa mahupun di bandar.

    c. Berusaha meletakkan AZZAHRA PROFESSIONAL sebagai platform

    untuk membaiki akhlak remaja yang kian merudum menurut ketetapan

    syariah.

    d. Bersama sama membantu pihak kerajaan menyampaikan mesej

    sebenar konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian

    diutamakan

    e. Menjadi wadah penggerak membudayakan ilmu dalam diri masyarakat

    VISI

    MENERAJUI PERINTIS CEMERLANG, GEMILANG KE ARAH KESEJAHTERAAN

    TERBILANG.

    MISI

    Berusaha melahirkan rakyat 1Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

    berakhlak mulia serta bertanggungjawab ke arah membina jatidiri yang unggul.

  • 7

    KRITERIA UTAMA KECEMERLANGAN AZZAHRA

    PROFESSIONAL

    Pembentukan sakhsiah dan jatidiri

    Membina kekuatan mental dan fizikal termasuk keyakinan diri.

    o Penetapan pemikiran ke arah penerapan dan penghayatan nilai- nilai

    positif

    o Penerapan nilai-nilai murni, sakhsiah Islamiah dan adab mulia

    (menghormati ibu dan bapa termasuk guru).

    o Menerapkan sikap menghormati ibu bapa dan guru serta sesama rakan

    sekolah yang lain.

    o Meningkatkan kesedaran kepada para peserta tentang nilai kualiti diri dan

    motivasi diri sejajar dengan keperluan semasa alam persekolahan.

    o Melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik

    tetapi merangkumi kecemerlangan dalam akhlak, budi bahasa, disiplin

    dan berdedikasi.

    o Memupuk komitmen dan rasa kebertanggungjawaban serta keyakinan

    diri pelajar.

    o Anak anda bertanggung jawab kepada ibu bapa, masyarakat dan Agama

    atas kesedaran diri sendiri untuk memenuhi kecemerlangan masa

    depannya.

    o Merangsang ke arah sikap positif dan menghindarkan gejala sosial

    secara lebih berkesan.

    o Membentuk semula sikap anak-anak anda agar berusaha gigih demi

    masa depan mereka.

    o Memartabatkan maruah Bangsa dan Agama.

    Pembentukan rohani dan keagamaan

    Penekanan kepentingan solat berjemaah dan rukun-rukunnya.

    Kesedaran tentang keagungan Allah s.w.t

    Menyemai rasa keikhlasan dalam menunaikan kewajipan terhadap Agama,

    keluarga dan masyarakat.

  • 8

    Melahirkan keinsafan dan kesedaran terhadap sesuatu kesalahan yang telah

    dilakukan.

    Penyuburan rasa kasih sayang, hormat kepada ibu bapa, guru dan orang

    lain.

    Menjadikan mereka anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t.

    Membuatkan mereka memikir dan menilai semula betapa besarnya

    pengorbanan ibu bapa.

    Pembentukan kemahiran diri, matlamat, visi dan hala tuju hidup

    Semangat dan motivasi untuk mengharungi alam persekolahan.

    Penyatuan fikiran bagi para pelajar untuk bersama di dalam melaksanakan

    aktiviti akademik dan semangat untuk belajar.

    Mengenalpasti pelajar yang bermasalah (masalah tersembunyi) dan

    membuat laporan kepada pihak sekolah sebagai langkah membantu pihak

    sekolah memberi perhatian yang lebih khusus kepada pelajar-pelajar ini.

    Mengasah kemahiran belajar.

    Mengajar strategi belajar.

    Melazim minda agar selesa untuk menerima perubahan diri yang baru.

    Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka.

    Mempertingkatkan keupayaan dan potensi pelajar di dalam memahami dan

    menghayati misi, visi, matlamat utama menjadi seorang pelajar.

    Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang

    demi masa depan yang cemerlang.

    Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri

    Anak anda mula tahu betapa dirinya selama ini begitu boros dengan

    masa. Mereka akan lebih teliti dalam merancang masa mereka nanti.

    Anak anda akan belajar bersungguh-sungguh atas kesedaran dirinya sendiri

    untuk memenuhi kecemerlangan masa depannya.

    Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mereka

    berjaya dalam pelajaran

  • 9

  • 10

    PROGRAM PEMBANGUNAN INSANIAH

    Gabungan Attractive and Positive Mind and Soul Theory dan Working

    Class Theory sebagai pemudahcara untuk pelatih mengenali dengan lebih jelas

    personaliti diri dan pembentukan sahsiah. Ianya merangkumi pembelajaran berasaskan

    keterampilan yang membolehkan seseorang individu meningkatkan pengetahuan

    akademik, kemahiran berfikir, penyelesaian masalah, kepimpinan berkualiti dan

    pengurusan masa, pengurusan stress dan sebagainya.

    AKADEMI PROFESSIONAL AZZAHRA menawarkan program motivasi ini dan

    khidmat fasilitator kepada pelajar pelajar mahupun pekerja pekerja di sekitar sektor

    awam, swasta, korporat mahupun badan bukan kerajaan (NGOs) Ia bertujuan untuk

    meningkatkan prestasi individu menerusi kaedah kaedah dan pendekatan yang

    sewajarnya bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

    mulia, bertanggungjawab dan mempunyai keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

    memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.

    Bagi menjayakan program ini, 3 kategori modul telah dikenalpasti dan disediakan

    bersepadu menepati tuntutan agama dan melalui 3 peringkat fasa bermula dari fasa I

    (mengenali), fasa II (memahami) dan fasa III (mengenalpasti dan memberi bantuan).

    Ianya terdiri daripada Modul Utama, Modul Khas dan Modul Sokongan merangkumi:

    a. Pembangunan pelajar

    b. Pembangunan remaja

    c. Pembangunan insan

    d. Keibubapaan

    e. Latihan Korporat

  • 11

    Di antara program yang dijalankan adalah seperti berikut.

    Menetapkan Matlamat

    - Definasi Matlamat

    - Penetapan Matlamat

    - Langkah-langkah penetapan matlamat

    - MBO (Management By Objective)

    - MBT (Management By Target)

    Nilai Potensi Diri

    - Siapa Saya?

    - Penilaian S.W.O.T

    - Penilaian Diri dan Analisis Diri

    - Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir dan Kalendar Islam

    - Inventori Personaliti Diri

    Komunikasi Berkesan

    - Ujian Pendengaran

    - Ujian Pemahaman

    - Ujian Komunikasi

    - Teknik Pengucapan Awam

    - Komunikasi Korporat

    Grooming

    - Etika Berpakaian

    - Etika Komunikasi

    - Etika Professional

    Pengurusan Masa

    - Pengenalan Pengurusan Masa

    - Tatacara Pengurusan Masa Sebenar

    - F.O.K.U.S

  • 12

    Pengurusan Stress

    - Pengurusan Stress

    - Pendekatan psikologi

    - Pendekatan Kerohanian

    - Kawalan Pengurusan Stress

    Kepimpinan dalam pasukan

    - Merancang dan melaksanakan aktiviti secara terancang

    - Menekankan konsep Management by Objective dan Management by Target

    - Membina sesebuah organisasi yang mantap

    - Bertanggungjawab dalam setiap tugasan

    - Membina keterampilan seorang pemimpin

    - Menerapkan konsep 1Malaysia dalam pasukan

    - Berupaya memberi pendapat yang membina dalam pasukan

    - Mengeratkan ukhuwah sesama ahli pasukan

    - Berlapang dada dan berfikiran terbuka apabila menerima teguran dan bantahan

    Motivasi

    - Mengupas persoalan hidup yang sentiasa bermain di fikiran setiap manusia.

    - Memberi tip bagaimana mempertingkatkan motivasi

    - Menyedarkan fungsi motivasi dalam perjalanan hidup manusia

    - Memberi ruang untuk pelajar mencari alternatif untuk meluahkan masalah

    - Menyediakan satu platform untuk mencari pembimbing dikalangan mereka yang tidak

    dikenali

    Khemah ibadah

    - Menerangkan konsep ibadah yang sebenar

    - Mengupas falsafah ibadah

    - Menerapkan asas fardhu ain

    - Memberi kesedaran betapa pentingnya fungsi ibadah dalam kehidupan seharian

    - Menerapkan unsur akidah sebagai pemantapan rohani

  • 13

    Motivasi Pemulihan Akhlak

    - Memberi ruang untuk peserta meluahkan perasaan

    - Menyediakan masa dan tempat untuk peserta menceritakan masalah

    - Mengubah corak pemikiran para peserta

    - Mengenal pasti masalah sebenar peserta sehingga mereka melakukan kesalahan

    disiplin.

    - Untuk menerapkan nilai-nilai murni kedalam diri peserta.

    Jati Diri

    - Membina potensi diri melalui Working Class Theory

    - Memperkenalkan konsep Push Down and Tee Up

    Smart Solat

    - Mengupas falsafah solat menurut wahyu dan sains

    - Memastikan peserta dapat menyebut setiap bacaan dalam sembahyang dengan betul

    - Mengupas segala permasalahan solat

    - Memberi pengetahuan tentang amalan solat solat sunat

    - Memberi penekanan kepada zikir dan doa selepas solat fardhu

    Practical self defend

    - Persiapan menghadapi hidup di masa hadapan.

    - Berani berhadapan dengan musuh yang mengganggu

    - Menanamkan keyakinan diri supaya tidak mudah panik menghadapi situasi genting.

    - Memberi pengdedahan cara untuk mempertahankan diri.

    Mind power

    - Membantu menyelesaikan masalah kehidupan

    - Menunjukan cara mengeluarkan tenaga dalaman.

    - Working Class Theory

  • 14

    Program kefasilitatoran

    - Meperkenalkan asas kefasilitatoran

    - Melahirkan fasilitator yang mahir dalam indoor dan outdoor.

    - Melahirkan fasilitator yang mampu berhadapan dengan apa jua masalah

    - Membentuk fasilitator yang mampu membuat kerja-kerja dalam pengurusan program.

    - Membentuk fasilitator yang kuat pegangan dalam hidup dan agama

    Unit Beruniform

    - Memberi pendedahan kepada ilmu yang berkaitan dengan unit beruniform

    - Melahirkan pasukan unit beruniform yang mampu mengelolakan program sendiri

    - Membentuk satu pasukan unit beruniform yang bertanggungjawab

    - Membentuk satu pasukan unit beruniform yang taat dan patuh dengan arahan

    - Melahirkan peserta yang mempunyai ketahanan diri yang kuat

  • 15

    PROGRAM MOTIVASI SCORE-A

    SCORE-A PROGRAMME adalah satu kaedah pembelajaran output

    interakt if berpandukan sukatan pelajaran Malaysia yang mana telah

    terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi

    peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A

    Dengan kerjasama Kementer ian Pelajaran Malaysia, p rogram ini

    telah di lancarkan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Ser i

    Hishamuddin bin Tun Hussein di Johor Bahru pada 23 Mac 2006 yang

    lalu.Program ini mendapat l iputan meluas melalui media cetak dan

    media elektronik. Antara objekt if program ini adalah sepert i berikut: -

    Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah pembelajaran secara

    interaktif melalui Score-A.

    Membantu ibubapa memantau perkembangan anak melalui online atau sms

    walaupun sibuk dengan kerja.

    Dengan adanya e-report card ibubapa boleh mengesan perkembangan atau

    kelemahan anak-anak mereka lebih awal lagi.

    Membantu sekolah bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan

    terutamanya pelajar di tahap sederhana.

    Membantu pihak sekolah memaksimumkan penggunaan dan kemudahan

    Makmal Komputer Sekolah serta Pusat Akses yang diperuntukan oleh kerajaan

    sesuai dengan Perluasan Sekolah Bestari.

    Menawarkan pakej Score-A kepada mana-mana individu dan ibubapa yang

    berminat, yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di antara Tahun 1

    hingga Tingkatan 5.

    Bertindak sebagai perunding perniagaan kepada mana-mana badan berkanun,

    pusat pembelajaran bertauliah, mahupun syarikat dan institusi untuk mengumpul

    dana melalui peluang perniagaan bersama pendidikan.

  • 16

  • 17

    PENYERTAAN

    Azzahra Professional amat prihatin dalam membantu pihak istitusi dalam

    mencapai kecemerlangan melalui objektif dan matlamat yang disasarkan. Kami

    menyediakan pakej program yang merangkumi pelbagai skop selaras dengan keperluan

    institusi dalam mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Melalui pendekatan terkini serta

    penyusunan program yang berkesan, kami yakin dapat membantu membina generasi

    rakyat 1Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

    PEMBANGUNAN

    PELAJAR

    PEMBANGUNAN

    REMAJA / IBUBAPA

    LATIHAN KORPORAT /

    PROFESIONAL

    Program Motivasi Halatuju

    Pelajar

    Program Pembangunan

    Insaniah, Program Jatidiri,

    Program Pembangunan

    Insaniah

    Program Kepimpinan

    Pelajar, Pengawas dll

    Program Ummiku Sayang,

    Keibubapaan

    Pengurusan Etika, Masa,

    Stress, Profesional

    Perkhemahan Unit

    Beruniform

    Perkhemahan Remaja

    Islam

    Program Pengukuhan

    Organisasi dan Matlamat

    Khemah Ibadah, Kem

    Kefahaman Islam

    Kursus Bimbingan Kerjaya,

    Teknik Berpidato

    Program Jatidiri Pekerja

    dan Profesional

    Motivasi Pemulihan Akhlak Kursus Asas Fasilitator Pengurusan Pusaka Islam

    Klinik UPSR, PMR, SPM Ekspedisi Ikhtiar Hidup Ekspedisi Ikhtiar Hidup

    Program Score A Program Keusahawanan Kembara Sufi

    Modul Khas Pelanggan Modul Khas Pelanggan Modul Khas Pelanggan

    TEMPOH TEMPOH TEMPOH

    1 Slot 1 Slot 1 Slot

    Sehari Sehari Sehari

    2 Hari 1 Malam 2 Hari 1 Malam 2 Hari 1 Malam

    3 Hari 2 Malam 3 Hari 2 Malam 3 Hari 2 Malam

    AZZAHRA PROFESSIONAL turut memberikan insentif kepada pihak pihak

    yang mengendalikan program di atas kesediaan ahli ahli mereka untuk

    mengikuti program motivasi yang dijalankan.

    Tawaran hebat menanti kepada Perintis Program Motivasi Azzahra

  • 18

    Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat berbagai bangsa dan

    agama. Selain dijalankan di Kem Sri Raudah yang terletak di Batu Gombak,

    penyertaan juga terbuka kepada semua pihak sekiranya inginkan kelainan seperti di

    sekolah, kompleks dewan, masjid, hotel hotel, resort, pusat peranginan dan

    perlancongan ataupun mana mana tempat yang difikirkan sesuai dengan kehendak

    program dan peserta. AZZAHRA PROFESSIONAL berbesar hati untuk menyediakan

    proposal berdasarkan kepada keperluan organisasi pihak tuan/puan.

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:-

    EN. MUHAMMAD IMRAN BIN MOKHTAR

    PENYELARAS PROGRAM

    AzZAHRA PROFESSIONAL

    Tel : 017-3727486 / 06-4810458 (faks)

    Email : [email protected]

    ..sekian.................

  • 19

    TAKLIMAT SCORE-A SEMINAR SMART

    SOLAT PELAJAR PEREMPUAN

    PROGRAM KELUARGA SAKINAH

    SEMINAR KEUSAHAWANAN

  • 20

    GERAK GEMPUR PEPERIKSAAN KLINIK UPSR, PMR, SPM

    PROGRAM MOTIVASI ANAK SOLEH SIMPOSIUM PELAJAR

    KEM JEJAK PEMIMPIN