Bab 0 pengenalan dan keterangan kajian

5
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesannya terhadap penghuninya. Tajuk Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. Isu Bilangan penduduk di Malaysia semakin bertambah selaras dengan perkembangan sihat ekonominya. Antara faktor pertambahan penduduk adalah disebabkan penghijrahan, kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah 1 . Disamping juga disebabkan oleh taraf kesihatan penduduk yang semakin baik. Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghadapi masalah pertambahan penduduk yang ketara kerana kedua-dua tempat ini telah menjadi pusat ekonomi terpenting di Malaysia. Maka oleh yang demikian masalah penempatan telah menjadi isu yang besar kepada kerajaan. Pertambahan kawasan setinggan walaupun di acap kali dimusnahkan muncul kembali disebabkan oleh permintaan rumah yang tinggi. Nilai tanah yang telah melambung tinggi dewasa ini telah menyebabkan pembinaan rumah kos rendah jenis teres tidak lagi sesuai dan memakan kos yang terlalu tinggi. Jalan keluar bagi permasaalahan ini adalah dengan membina rumah kos rendah jenis pangsa. Justeru itu impak dari pembinaan rumah jenis ini sedikit sebanyak telah mencorakkan sosial 1 Utusan Malaysia, Taraf Kesihatan Masyarakat Malaysia Meningkat, Muka Surat 3, 28/9/2006 1

Transcript of Bab 0 pengenalan dan keterangan kajian

Page 1: Bab 0 pengenalan dan keterangan kajian

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesannya terhadap penghuninya.

Tajuk

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos

rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.

Isu

Bilangan penduduk di Malaysia semakin bertambah selaras dengan

perkembangan sihat ekonominya. Antara faktor pertambahan penduduk adalah

disebabkan penghijrahan, kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah1.

Disamping juga disebabkan oleh taraf kesihatan penduduk yang semakin baik.

Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghadapi masalah

pertambahan penduduk yang ketara kerana kedua-dua tempat ini telah menjadi pusat

ekonomi terpenting di Malaysia. Maka oleh yang demikian masalah penempatan telah

menjadi isu yang besar kepada kerajaan. Pertambahan kawasan setinggan walaupun di

acap kali dimusnahkan muncul kembali disebabkan oleh permintaan rumah yang tinggi.

Nilai tanah yang telah melambung tinggi dewasa ini telah menyebabkan

pembinaan rumah kos rendah jenis teres tidak lagi sesuai dan memakan kos yang terlalu

tinggi. Jalan keluar bagi permasaalahan ini adalah dengan membina rumah kos rendah

jenis pangsa. Justeru itu impak dari pembinaan rumah jenis ini sedikit sebanyak telah

mencorakkan sosial dan budaya generasi baru Malaysia. Terdapat banyak isu dan

masalah yang diutarakan oleh para penghuni rumah kos rendah yang perlu diberikan

perhatian oleh pihak berkuasa dan arkitek.

Pemasaalahan

Permasaalahan yang timbul di dalam pembinaan rumah kos rendah jenis pangsa adalah:

1. Masalah masyarakat Melayu menyesuaikan aktiviti harian dan kemasyarakatan

yang bersifat kehidupan hariannya dengan kehidupan di rumah pangsa kos

rendah.

2. Masalah kemudahan yang dapat memenuhi kehendak asas masyarakat majmuk

yang mendiami penempatan tersebut.

1 Utusan Malaysia, Taraf Kesihatan Masyarakat Malaysia Meningkat, Muka Surat 3, 28/9/2006

1

Page 2: Bab 0 pengenalan dan keterangan kajian

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesannya terhadap penghuninya.

3. Rekabentuk yang tidak mesra pengguna dan masyarakat. Contohnya pembinaan

Ruang udara (air well) dan rekabentuk koridor yang merbahaya kepada kanak-

kanak.

4. Mentaliti kelas dua penduduk sepeti vandalism, membuang sampah merata-rata

dan lain-lain lagi.

5. Rekabentuk dan kesannya terhadap sosial dan budaya penghuni

6. Rekabentuk yang tidak dapat memberikan jaminan keselamatan kepada penghuni

dari bencana dan jenayah.

Matlamat dan Objektif Penyelidikan

Bagi mencapai matlamat dalam penyelidika terhadap keselesaan dan praktikaliti

rekabentuk rumah pangsa kos rendah di Malaysia dan inpaknya terhadap generasi baru di

Malaysia, pembacaan ilmiah kajian sedia ada dan kajian terhadap beberapa kawasan

penampatan rumah pangsa kos rendah sedia ada di kawasan Lembah Kelang telah

dilakukan. Maka dapat digariskan metlamat dan objektif penyelidikan ini adalah seperti

berikut.

1. Mengkaji, mengenalpasti permasaalahan yang di alami oleh penghuni untuk

menyesuaikan aktiviti harian mereka dengan kehidupan di rumah pangsa kos

rendah

2. Mengkaji & mengenalpasti permasalahan rekabentuk senibina dan perancangan

yang dihadapi oleh penghuni rumah pangsa kos rendah.

Skop Kajian

Kajian dijalankan berdaskan tajuk diatas dan dijalankan di Kawasan Lembah

Klang, iaitu kawansan yang meliputi Kuala Lumpur dan kawasan sekitar 40km darinya

seperti Klang, Shah Alam, Kajang dan Bangi. Skop kajian ditumpukan ke kawasan ini

adalah kerana isi-isu pemasalahan penghuni rumah pangsa kos rendah lebih ketara dan

ditambah pula dengan bilangan rumah jenis ini yang banyak. Kajian dikawasan ini juga

dijalankan kerana penghuni yang tinggal dikawasa ini datang dari pelbagai latarbelakang

dan bidang pekerjaan.

2

Page 3: Bab 0 pengenalan dan keterangan kajian

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesannya terhadap penghuninya.

Kaedah / Methodology

Untuk mencapai objektif kajian yang dijalankan, dua fasa penyelidikan telah dilakukan.

Fasa tersebut adalah seperti berikut:

Fasa 1

Sumber primer digunakan untuk menjelaskan dua objekyif penyelidikan yang hendak

disampaikan. Antara sumber primer yang digunakan adalah kajian secara langsung

terhadap rumah pangsa kos rendah yang terdapat di Lembah Kelang dan pendapatkan

maklumbalas daripada respondent yang terdiri daripada penghuninya. Sumber sekunder

juga diambil kira iaitu dari pembacaan ilmiah dari suber rujukan buku dan laman web

dalam dan luar negara.

Antara langkah kajian yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti beberapa projek rumah pangsa kos rendah yang terdapat di

Lembah Kelang untuk dijadikan tapak kajian.

2. Mencatat dan mengkaji isu-isu yang timbul berdasarkan maklumbalas daripada

boring soal selidik yang diedarkan kepada penghuni rumah kos rendah tersebut.

Data juga dilumpulkan dari data kajian yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa

Tempatan dan badan kerajaan yang lain.

3. Menjalankan kajian ilmiah berdasarkan sumber-sumber lain seperti buku dan

majalah.

Fasa 2Berdasarkan fasa 1 di atas, langkah langkah berikut dijalankan:

1. Mengumpulkan data dari sumber pelbagai bidang seperti sosiologi manusia dan

senibina. Data seperti ini boleh diperolehi daripada kertas kerja, seminar seminar

dan laman web, majalah dan buku-buku ilmiah.

2. Mendapatkan nasihat dan pandangan daripada orang professional seperti jurutera,

arkitek dan jurukur bahan mengenai pelagai topik yang berkaitan dengan tajuk

kajian

3