bab 1-4

34
1.0 PENDAHULUAN a) Pengenalan Kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah kesalahan paling banyak ditemukan semasa penandaan kertas jawapan atau buku latihan dilakukan. Kesalahan-kesalahan ini hampir serupa malah berulang-ulang meskipun telah dijelaskan dan dibaiki berkali- kali. Malah, dalam ruang lingkup yang lebih luas, kesalahan ejaan sebenarnya sesuatu yang lumrah dilakukan tanpa mengira kelompok pengguna. Hal ini amatlah malang kerana bentuk ejaan yang telah disempurnakan sudah diperkenalkan sejak 1972 dan telah diajarkan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Agak mendukacitakan kerana gejala kesalahan ejaan ini seakan tidak ada kesudahan dalam kalangan pengguna bahasa Malaysia . Pada peringkat sekolah rendah,kesalahan ejaan yang sering timbul adalah ejaan perkataan yang mengandungi sama ada 1g atau 2g dan 1k atau 2k. Keadaan ini menyebabkan pengkaji terpanggil untuk memberikan fokus kepada masalah kekeliruan yang dialami oleh pelajar dalam mengeja perkataan berimbuhan

Transcript of bab 1-4

Page 1: bab 1-4

1.0 PENDAHULUAN

a) Pengenalan

Kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah kesalahan paling banyak ditemukan semasa

penandaan kertas jawapan atau buku latihan dilakukan. Kesalahan-kesalahan ini hampir

serupa malah berulang-ulang meskipun telah dijelaskan dan dibaiki berkali-kali. Malah,

dalam ruang lingkup yang lebih luas, kesalahan ejaan sebenarnya sesuatu yang lumrah

dilakukan tanpa mengira kelompok pengguna. Hal ini amatlah malang kerana bentuk ejaan

yang telah disempurnakan sudah diperkenalkan sejak 1972 dan telah diajarkan di sekolah-

sekolah dan institusi pengajian tinggi. Agak mendukacitakan kerana gejala kesalahan ejaan

ini seakan tidak ada kesudahan dalam kalangan pengguna bahasa Malaysia .

Pada peringkat sekolah rendah,kesalahan ejaan yang sering timbul adalah ejaan

perkataan yang mengandungi sama ada 1g atau 2g dan 1k atau 2k. Keadaan ini menyebabkan

pengkaji terpanggil untuk memberikan fokus kepada masalah kekeliruan yang dialami oleh

pelajar dalam mengeja perkataan berimbuhan apitan yang mengandungi kata dasar berakhir

dengan huruf ‘k’ memandangkan kesilapan ini yang paling kerap dilakukan oleh pelajar.

Umum melihat bahawa peranan guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan dapat dilakukan dengan sempurna dan dapat diterima oleh murid amatlah

penting. Kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran perlu digunakan bagi membantu

mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja dan menulis dalam kalangan murid. Oleh

itu, kajian tindakan ini telah dijalankan untuk mengkaji tahap keberkesanan kaedah resepi

Kari Kambing Masak Dalca dan Kek Pisang Kukus terhadap kemahiran mengeja dan

Page 2: bab 1-4

menulis perkataan berimbuhan apitan yang mengandungi kata dasar berakhir huruf ‘k’.

Kaedah ini telah dipilih supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan

menjadi lebih seronok untuk diikuti oleh murid-murid.

b) Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengkaji mengajarkan Bahasa Malaysia di kelas 4 Ceria yang terdiri daripada lapan

orang murid. Ini adalah tahun pertama pengkaji mengajar murid-murid di kelas ini kerana

pengkaji sebenarnya seorang guru Bahasa Inggeris. Atas permintaan pengkaji, bagi

memenuhi keperluan internship dan kajian tindakan ini, pihak pentadbir memberi laluan bagi

mengajarkan bahasa Malaysia di kelas ini. Mereka mempunyai aras kebolehan yang pelbagai

memandangkan di sekolah ini setiap kelas hanya mempunyai satu aliran sahaja kerana

sekolah ini termasuk dalam kelompok Sekolah Kurang Murid. Sebagai langkah permulaan

sebelum memulakan tugas mengajarkan Bahasa Malaysia dalam kelas ini, pengkaji

melakukan tinjauan awal dengan berbual-bual dengan guru Bahasa Malaysia kumpulan

pelajar ini semasa mereka di Tahun 3 . Hasilnya, pengkaji dimaklumkan bahawa dua orang

murid kelas ini masih lagi menghadapi masalah dalam kemahiran menulis. Antara kesalahan

yang lazim dilakukan oleh mereka ialah kesalahan ejaan, tanda baca, menjarakkan perkataan

yang ditulis dalam ayat, penggunaan huruf kecil dan huruf besar dan pengimbuhan kata yang

tidak menepati sistem ejaan yang betul. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai

kemahiran menulis dengan betul dan melakukan kesalahan yang sama berkali-kali.

Ini terbukti melalui pengalaman pengkaji menanda buku latihan karangan murid-murid

yang menemukan menemukan pengkaji dengan masalah yang agak ketara dalam kalangan

Page 3: bab 1-4

separuh daripada murid-murid tersebut . Masalah tersebut merupakan kesalahan dalam

ejaan . Namun begitu, dalam kelas ini, kesalahan yang paling kerap dilakukan adalah

kekeliruan dalam membezakan penggunaan ‘k’ atau ‘kk’ bagi perkataan berimbuhan yang

berakhir dengan huruf ‘k’. Kekeliruan ini bukan sahaja dialami oleh pelajar lemah, malah

oleh pelajar bijak juga .

Melalui pengalaman pengkaji, kekeliruan ejaan ini berpunca daripada lemahnya

penggunaan imbuhan dalam kalangan murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan

murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan sama ada dalam proses pengajaran

dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga berpunca

daripada kurangnya penumpuan pengkaji terhadap kepentingan penguasaan imbuhan dan

bagaimana ejaan sesuatu perkataan tu berubah apabila menerima imbuhan. Dalam pada itu,

sikap ambil mudah murid dan kurangnya tumpuan mereka terhadap pengajaran dan

pembelajaran juga menjadi punca ; lumrah dalam kalangan murid bermasalah dalam

pembelajaran. Sekiranya pengkaji tidak membetulkan keadaan ini, murid tidak dapat

menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas

2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah, Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah satu-satunya pengukur kepada kecemerlangan

sesebuah sekolah. Untuk jangka masa panjang pula, jika tidak diatasi, masalah ini akan

berlanjutan hingga peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

Pengkaji membaca buku Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan

Khas, untuk meneliti masalah ini walaupun mereka bukanlah murid pendidikan khas tetapi

seorang daripada mereka pernah berada dalam kelas pemulihan khas . Pengkaji mengkaji

Page 4: bab 1-4

buku ini untuk melihat sama ada masalah tidak menguasai ejaan yang betul itu ada kaitan

dengan sejarahnya sebagai murid pemulihan khas. Dalam buku itu dinyatakan beberapa

punca murid lemah dalam ejaan iaitu lemah pengamatan visual, tidak dapat membayangkan

bentuk huruf atau perkataan, masalah memori auditori atau visual, lemah analisis

pendengaran dan sebutan huruf yang salah. Daripada pembacaan itu, pengkaji dapati

beberapa orang murid itu mungkin tidak dapat membayangkan perkataan itu kerana mereka

tidak memahami imbuhan itu sendiri .

Pada awalnya, pengkaji memberikan perhatian pada aktiviti menulis dalam proses dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan bimbingan khusus namun

kesalahan yang sama masih berulang yang memperlihatkan betapa ketaranya kekeliruan

mereka dalam mengeja perkataan berimbuhan apitan yang kata dasarnya berakhir dengan

huruf “k”. Contoh kesalahan yang dilakukan ialah :-

Bil Contoh ayat Status

1 Azri tidak ada kelayakan sebagai jurulatih

Azri tidak ada kelayakkan sebagai jurulatih

X

2 Keputusannya yang cemerlang melayakkannya ke MRSM

Keputusannya yang cemerlang melayakannya ke MRSM

X

3 Pembalakan haram menyebabkan banjir di Cameron Highlands.

Pembalakkan haram menyebabkan banjir di Cameron Highlands

X

Hasil soal jawab dengan murid secara rawak , pengkaji mendapati murid tidak dapat

membezakan imbuhan akhiran “-kan: dan “-an” bagi kata dasar yang berakhir dengan huruf

Page 5: bab 1-4

“k” itu . Kebanyakan murid mengatakan bahawa mereka hanya mengeja secara ‘teka-teka’

sahaja menyebabkan mereka melakukan kesilapan dalam mengeja perkataan berimbuhan

apitan ‘meN-….-kan’, ‘di-….-kan , ‘pe-…-an’ dan ’ke…-an’ . Selain itu, mereka juga

mengatakan bahawa mereka mengeja perkataan tersebut berdasarkan bunyinya. Justeru,

terjadilah kesalahan penggunaan 2k pada perkataan yang sepatutnya dieja dengan 1k. Hal ini

terjadi tentulah kerana mereka tidak menguasai penggunaan imbuhan itu dengan baik. Ini

juga berpunca daripada banyaknya cabang daripada proses pengimbuhan yang perlu

dikuasai. Memandangkan dalam bidang penulisan , imbuhan-imbuhan itu tidak dapat

dielakkan penggunaannya oleh sebab kata terbitan sedemikian paling banyak digunakan

dalam bahasa Melayu dan pertuturan seharian yang merujuk kepada golongan kata kerja dan

kata nama, maka amatlah penting bagi pengkaji melakukan sesuatu agar masalah kesilapan

ejaan ini dapat diatasi.

Kesalahan ejaan ini menyebabkan mereka tidak memperoleh gred yang baik dalam

penulisan. Keadaan ini membimbangkan kerana mereka akan menduduki peperiksaan UPSR

dua tahun lagi. Pengkaji sering meminta mereka membuat pembetulan bagi setiap kesalahan

ejaan yang dilakukan, tetapi itu tidak membantu mereka untuk mengingati cara mengeja

perkataan tersebut dengan betul. Dalam masa yang sama , aspek tatabahasa yang melibatkan

imbuhan juga terlalu rencam dan menambah bebanan kepada mereka untuk mengingat semua

hukum tatabahasa yang dipelajari.

Justeru , pengkaji berasakan bahawa masalah kekeliruan ejaan ini perlu diatasi segera

pada peringkat awal lagi agar tidak berlanjutan hingga ke peringkat lebih tinggi .

Page 6: bab 1-4

Lumrahnya , anak-anak kecil memang tidak terdedah kepada bahan bacaan yang berkualiti

yang akan menemukan mereka dengan ejaan-ejaan yang tepat kerana dalam teknologi moden

sekarang ini , ejaan bahasa Melayu itu sendiri sudah dicemari oleh kesalahan ejaan yang

banyak akibat penggunaan singkatan ejaan dalam media sosial yang semakin menguasai

hubungan sosial masa kini .

Sehubungan itu, pengkaji mula mencari jalan penyelesaian yang dapat membantu murid-

murid mengatasi kekeliruan mereka itu. Pada awalnya, pengkaji meminta pelajar menghafal

formula 2KMD dan 1KPK yang bermaksud imbuhan me-…-kan dan di-….-kan apabila

bertemu dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf ‘k’ , maka ejaannya memerlukan dua

‘k’ contohnya :-

Kata dasar Kata terbitan setelah menerima imbuhan me-, atau di-.

Pendek Memendekkan , dipendekkan

Botak Membotakkan,dibotakkan

Namun begitu, formula itu gagal diserap dengan baik oleh murid terutama murid yang

lemah . Mereka mengeluh dan berkata ‘ susahnya cikgu, tak fahamlah’ . Ada juga yang berkata

‘ kejap 1k, kejap 2k…pening betul’. Keadaan ini mendorong pengkaji untuk memikirkan satu

kaedah yang lebih menarik bagi mengukuhkan ingatan mereka. Akhirnya pengkaji beroleh

buah fikiran untuk mereka suatu bentuk mnemonic iaitu ‘Kari Kambing Masak Dalca’ dan

‘Kek Pisang Kukus’.

Page 7: bab 1-4

c) Refleksi Nilai Pendidikan

Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia menjadi mata

pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah rendah dan menengah. Bagi menjamin

keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar perlu

mengetahui teknik yang betul untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.Namun

begitu, Bahasa Malaysia sering dianggap mudah oleh penutur jati sehinggakan terlalu

banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan dilakukan tanpa disedari. Sikap ambil mudah dan

tidak kisah dalam kalangan murid Melayu terhadap Bahasa Malaysia menyebabkan

mereka mengabaikan bahasa Malaysia ini kerana menganggapnya sebagai subjek ‘boleh

lulus’ .

Lebih memburukkan, bahasa Malaysia dirojakkan dengan kewujudan laman

sembang yang memperlihatkan bahasa menjadi tunggang-langgang termasuk ejaan yang

semakin caca-marba sifatnya yang secara tidak langsung mempengaruhi gaya penulisan

pelajar meskipun dalam bahasa persuratan rasmi. Hakikat ini diperkukuhkan menerusi

perbualan dengan rakan-rakan guru penanda kertas Bahasa Malaysia di peringkat UPSR,

PMR/PT3 dan SPM, yang menyatakan bahawa masalah kesalahan ejaan merupakan suatu

perkara yang biasa ditemukan dalam skrip jawapan calon di kesemua tahap peperiksaan.

Justeru, sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak keadaan ini berlarutan yang bukan

sekadar menjejaskan pencapaian pelajar dalam bahasa Malaysia, malah mencacatkan

bahasa itu sendiri.

Page 8: bab 1-4

Imbuhan dalam bahasa Malaysia sama sifatnya dengan imbuhan Bahasa Inggeris

yang disebut sebagai prefix dan suffix, kedua-duanya sering menimbulkan kekeliruan dari

segi peraturan mengeja. Dalam konteks imbuhan apitan ini, pelajar biasanya keliru dalam

mengeja kata terbitan yang terhasil daripada kata dasar yang berakhir dengan huruf ‘k’

kerana mereka tidak menguasai cabang-cabang atau jenis imbuhan itu. Masalah ini akan

berlarutan jika tidak diatasi di peringkat awal .

Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran

dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) dapat membantu

pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan

berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran

hari ini seharusnya tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru

semata-mata.  Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai

aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai

rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran

dan seterusnya secara tidak langsung membantu keberkesanan pembelajaran kepada

pelajar itu sendiri .  

Bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini

kepada para pelajar, maka guru perlu mengetahui teknik yang betul. Guru berperanan

menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauhmana tercapainya objektif

pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian

guru itu sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu

Page 9: bab 1-4

pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan  teknik pengajaran yang

berkesan . Antara   kaedah  dan  teknik  pengajaran  Bahasa Melayu yang dikenal pasti

sesuai untuk menarik minat pelajar ialah penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran, 

kerja kumpulan membina soalan, kaedah hafalan sifir bahasa, aktiviti minda kreatif dan

bimbingan khusus pelajar lemah. Ironinya, ada pendapat dalam kalangan masyarakat

yang mendakwa bahawa pengajaran Bahasa Melayu di sekolah membosankan dan

menyebabkan pelajar lebih menumpukan mata pelajaran yang bersifat teknikal seperti

sains dan matematik. Pandangan seperti ini tentulah menjengkelkan guru-guru bahasa

Malaysia yang seolah-olah dianggap guru subjek picisan.

Seseorang guru yang bertanggungjawab akan sentiasa peka terhadap masalah

yang dihadapi muridnya walaupun masalah tersebut merupakan masalah yang kecil.

Sekiranya masalah-masalah ini tidak diambil perhatian maka murid-murid pemulihan

tersebut akan berterusan membuat kesalahan yang sama. Mungkin terdapat segelintir

guru yang menganggap bahawa penguasaan kemahiran mengeja berimbuhan apitan yang

mengandungi kata dasar berakhir huruf ‘k’ adalah masalah biasa, namun, bagi pengkaji

masalah yang lebih besar mungkin timbul sekiranya masalah yang kecil tidak

diselesaikan terlebih dahulu.

Justeru, kajian ini sangat signifikan dalam mengatasi masalah ini dan dalam masa yang

sama mengubah persepsi masyarakat terhadap bahasa Malaysia dan kaedah

pengajarannya yang dianggap jumud sekaligus mengangkat kembali martabat Bahasa

Malaysia sebagai bahasa ilmu.

Page 10: bab 1-4

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Asas Bahasa Malaysia yang kukuh penting bagi murid-murid meneruskan pendidikan

mereka di sekolah menengah. Sekiranya penguasaan mereka lemah di peringkat sekolah

rendah, maka mereka akan menghadapi masalah ketika di sekolah menengah. Dalam hal ini,

pengkaji hanya memberi fokus kepada kesalahan ejaan untuk imbuhan yang berakhir dengan

huruf ‘k’ walaupun kumpulan murid ini turut menghadapi masalah dalam pengimbuhan itu

sendiri. Pengkaji mendapati masalah ini berlaku kerana pengaruh bahasa dalam perhubungan

maya melalui laman ‘Whatsapp’, ‘WeChat’ dan ‘Facebook’. Selain itu, pengkaji juga

mendapati bahawa faktor guru juga memberi kesan kepada penguasaan murid. Guru biasanya

hanya menerangkan hukum tatabahasa dan memberi latihan-latihan berkaitan hukum itu

tanpa mendedahkan kepada murid tentang kesalahan lazim dalam tatabahasa terutama yang

melibatkan ejaan.

Masalah ini perlu diatasi kerana kegagalan mengeja perkataan dengan tepat yang tidak

diatasi pada peringkat awal akan menyebabkan masalah ini berlarutan hingga ke peringkat

yang lebih tinggi. Kemahiran ejaan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh

murid dan kegagalan menguasainya akan membantutkan proses pembelajaran murid

sekaligus menjejaskan pencapaian mereka dalam kertas penulisan. .Tambahan pula,

kumpulan pelajar ini adalah kumpulan kedua keluaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) yang akan menduduki UPSR dalam format baharu dua tahun dari sekarang.

Page 11: bab 1-4

Kegagalan pengkaji membantu murid mengatasi masalah ini akan memberi masalah pada

penulisan karangan mereka nanti. Sejak beberapa tahun, mata pelajaran Bahasa Malaysia

sering menyumbang 100 peratus kepada pencapaian cemerlang UPSR sekolah ini dan legasi

itu perlu diteruskan. Untuk itu, masalah-masalah dalam penulisan perlu diatasi agar risiko

pemotongan markah dalam penandaan kertas penulisan dapat diminumkan.

Kajian tindakan ini akan membantu murid untuk mengatasi masalah tersebut dan

digunapakai pula oleh guru-guru lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas masing-masing . Pengkaji pula dapat merenung dan membuat pertimbangan terhadap

isu yang dihadapi , mencari punca masalah , merancang kajian, melaksanakannya , membuat

analisis terhadap data yang diperoleh dan membuat refleksi kendiri .

Kesimpulannya, pengkaji terpanggil untuk melakukan kajian tindakan bagi masalah ini

kerana jika tidak atasi , kesannya :-

a) Murid lemah akan terus kekal lemah malahan akan berterusan hingga ke sekolah

menengah

b) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Bahasa Malaysia akan menjadi statik

dan membosankan

c) Peratus murid lemah dalam Bahasa Malaysia akan bertambah

d) Keputusan UPSR bagi mata pelajaran ini akan merosot.

2.2 Tinjauan Masalah

Page 12: bab 1-4

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, pengkaji telah melakukan tinjauan bagi

mengenalpasti punca yang menyebabkan berlakunya kekeliruan ini dengan menggunakan

beberapa instrumen kajian iaitu melalui pemerhatian berstruktur, senarai semak, temu bual

dan analisis dokumen melalui lembaran kerja .

Melalui pemerhatian, pengkaji mengamati tingkah laku peserta berdasarkan kepada

pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Pemerhatian juga dilakukan untuk

mengesan perilaku dan minat murid terhadap tajuk yang akan diajarkan ini di samping

membandingkannya dengan tingkah laku sebelum kaedah ini diperkenalkan. Dalam kajian

ini, pengkaji akan melakukan pemerhatian turut serta secara pemerhatian berstruktur dengan

menggunakan senarai semak. Pemerhatian dilakukan bertunjangkan kepada enam kod yang

telah dikategorikan Dalam proses ini, pengkaji memerhati, mendengar, dan merekodkan

maklumat berdasarkan kod-kod yang telah dikenalpasti .

Oleh sebab pengkaji melakukan pemerhatian secara berstruktur, senarai semak

digunakan. Borang senarai semak ini adalah catatan atau perkara-perkara yang disusun

dengan ruang yang disediakan untuk pengkaji membuat tanda pada perkara yang sesuai

semasa dan selepas pemerhatian. Senarai semak dapat membantu pengkaji mencatat tingkah

laku atau peristiwa yang telah ditentukan terlebih dahulu dan ini menjadikan kajian lebih

terarah. Senarai semak ini kemudiaannya dianalisis menggunakan peratus dan frekuensi.

Page 13: bab 1-4

Selain itu, pengkaji juga menggunakan teknik temu bual iaitu kaedah mengutip data yang

melibatkan interaksi bersemuka antara pengkaji dengan peserta bagi mengumpulkan data .

Melalui temu bual ini, pengkaji bukan sahaja dapat mengumpul maklumat malah dapat juga

meninjau persepsi peserta termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya . Dalam kajian

ini, pengkaji menggunakan temu bual jenis struktur dengan menyediakan soalan-soalan

terlebih dahulu. Dapatan daripada temu bual ini juga dianalisis secara frekuensi dan peratus.

Semakan buku latihan juga dilakukan bagi tujuan yang sama. Buku latihan murid ini

merekodkan latihan-latihan yang diberikan kepada murid sebagai peneguhan selepas

pengajaran dan pembelajaran. Hasil kerja murid disemak untuk menilai tahap perkembangan

murid dalam menguasai ejaan perkataan berimbuhan apitan yang mengandungi kata dasar

berakhir dengan huruf ‘k’. Kaedah ini memudahkan pengkaji untuk melihat pencapaian

murid dari masa ke masa kerana semua latihan terkumpul dalam buku yang sama. Setiap

pembetulan juga dibuat dengan segera pada buku yang sama juga.

2.3 Analisis Masalah

Berdasarkan semua instrumen yang dinyatakan, pengkaji telah dapat menganalisis

masalah tiga orang murid Tahun 4 Ceria ini . Pengkaji menggunakan borang senarai semak

( lampiran 1) semasa pemerhatian berlangsung. Hasil analisis pada borang pemerhatian

tersebut didapati bahawa peserta kurang memberi tumpuan semasa pengajaran dan

pembelajaran berlangsung dengan melakukan aktiviti lain seperti memusing-musing pensel

pada jari, menconteng buku dan termenung.

Page 14: bab 1-4

Melalui semakan buku latihan pula, pengkaji mendapat maklumat yang jelas betapa

seriusnya masalah kekeliruan peserta dalam mengeja perkataan berimbuhan apitan yang

mengandungi kata dasar berakhir huruf ‘k’ ini. Daripada latihan yang diberikan itu, dengan

jelas didapati bahawa tidak kira sama ada semasa mengambil imlak, memangkah pada ejaan

yang betul atau memilih jawapan yang betul pada pilihan jawapan beraneka pilihan, peserta

keliru dalam menentukan ejaan yang tepat. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mengenali

perbezaan antara imbuhan -kan dengan -an. Akibatnya, mereka selalu menggunakan -

an untuk -kan. Kesalahan ini terlalu besar untuk dimaafkan, contohnya: meletakan (untuk

meletakkan). Begitu juga untuk bentuk kata nama terbitan seperti dalam pelantikkan

( pelantikan) dan kerosakkan(untuk kerosakan). Perkara seperti ini patutlah diambil berat dan

dibetulkan.

Sementara itu, melalui temu bual ( lampiran 2 ) pula, pengkaji mendapati bahawa punca

utama yang menyebabkan kekeliruan ini adalah peserta tidak memahami konsep imbuhan

apitan itu sendiri iaitu sama ada perkataan itu adalah kata nama terbitan yang memerlukan

satu ‘k’ atau kata kerja terbitan yang memerlukan dua ‘k’. Agak menyedihkan juga apabila

mereka masih tidak dapat membezakan kata nama dan kata kerja itu sendiri secara dasarnya.

Saya akur bahawa pada usia 10 tahun, sukar bagi mereka untuk menanggapi konsep

tatabahasa yang serumit itu. Selain itu, mereka juga keliru atau dipengaruhi oleh sebutan

perkataan yang menyebabkan mereka salah dalam mengejanya.

2.4 Tinjauan Literatur

Page 15: bab 1-4

Memandangkan imbuhan apitan bagi perkataan yang berakhir dengn huruf ‘k’ ini adalah

cabang daripada pengajaran tatabahasa, maka tidak dapat tidak, aspek kaedah pengajaran

tatabahasa itu sendiri dilihat sebagai penting dan mempunyai pertalian. Menurut Dr Awang

Sariyan ( 2009 ), aspek tatabahasa sering dianggap sebagai subjek atau aspek yang kering

dan kadangkala ‘menakutkan’kerana ia hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa , sama

halnya sepeti Matematik . Oleh itu, ramai yang tidak dapat menguasainya meskipun sudah

mempelajarinya sejak sekolah rendah lagi.

Kajian oleh Dr Awang Sariyan (1983) menunjukkan bahawa kesalahan penggunaan

bahasa Melayu pada peringkat kemahiran bahasa dan tulisan masih berlaku . Antara

kesalahan yang dikesan adalah seperti kesilapan pada ejaan, tanda baca, penggunaan huruf

besar hinggalah kepada kesalahan morfologi, sintaksis yang dinamakan sebagai kesalahan

umum . Nik Safiah Karim ( 2003 ) pula menegaskan bahawa jenis kesalahan yang kerap

dilakukan oleh generasi muda terutama murid-murid sekolah pada semua peringkat adalah

kesalahan ejaan dan tatabahasa. Apel dan Masterson ( 2001 ) pula berpendapat bahawa ejaan

merupakan asas utama kepada pembelajaran bahasa. Pendapat ini turut diperkatakan oleh

Boder ( 1972 ) yang menyatakan bahawa pembaca bukan sahaja melakukan kesalahan

semasa membaca tetapi juga dalam ejaan. Zangwill & Blakemore (1972) yang menyokong

pendapat Boder ini turut berpendapat bahawa pembaca lebih cenderung menghasilkan

kesalahan ejaan dan secara tidak langsung akan menyebabkan kesalahan fonetik turut

berlaku. Banyak kajian tentang kesalahan ejaan telah dijalankan tetapi tidak berfokus kepada

kesalahan ejaan imbuhan apitan ini.

Page 16: bab 1-4

Pengkaji meneliti lagi beberapa buah buku untuk mendalami masalah ini . Khairul Anuar

(1992:77) menjelaskan bahawa kebanyakan kesilapan ejaan pengimbuhan adalah disebabkan

kurang fahaman terhadap aturan sistem pengimbuhan yang betul dalam ejaan. Dalam buku

beliau yang bertajuk Kesalahan Tanda Baca dan Ejaan, Silap Tu!, ada diterangkan bagaimana

kaedah sebenar bagi mengeja kata berimbuhan mengikut sistem ejaan bahasa Melayu

standard. Menurut beliau, masalah ini hanya berlaku dalam kalangan pengguna bahasa yang

belum matang iaitu kanak-kanak kerana mereka masih lagi keliru dengan konsep

pengimbuhan . Kekeliruan ini menyebabkan mereka salah dalam mengeja perkataan

tersebut.

Selain itu, pengkaji turut meneliti buku Pendidikan Disleksia yang ditulis oleh

Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah pada tahun 2010, ejaan ditafsirkan sebagai proses

memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan

bertulis serta berkait rapat dengan kemahiran membaca. Berdasarkan penyataan tersebut,

pengkaji mendapati sasaran kajian yang telah dipilih tidak mempunyai masalah membaca

kerana berupaya melihat huruf-huruf yang telah dijalinkan untuk membentuk sesuatu

perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka apabila diminta

untuk mengeja semula perkataan dan menghubungkaitkan setiap huruf yang terdapat pada

perkataan tersebut, mereka menghadapi kesukaran untuk melaksanakannya. Perkara ini

sekali gus menyebabkan murid tidak dapat menulis perkataan tersebut dengan ejaan yang

betul walaupun telah diberikan penerangan berkali-kali.

Page 17: bab 1-4

Pengkaji turut mencari bahan-bahan dalam bentuk jurnal yang menemukan pengkaji

dengan beberapa jurnal berkaitan masalah ini antaranya oleh Shaifullah bin Hassan Basri

dan YM Tengku Nor Faizul Tengku Embong (2013) , yang menyatakan bahawa kegagalan

murid menguasai imbuhan –kan dan –an sehingga menyebabkan kesalahan dalam mengeja

kata terbitannya berpunca daripada penggunaan teknik yang kurang sesuai untuk

memudahkan murid memahami konsep imbuhan. Jika konsep imbuhan itu telah dikuasai

oleh murid, barulah guru dapat menyelesaikan masalah penguasaan penggunaan imbuhan itu

dan masalah lain termasuk ejaannya . Hasil intervensi beliau telah berjaya meningkatkan

penguasaan dan kefahaman murid tentang dua imbuhan itu yang membantu pula pada

ketepatan ejaan mereka yang sebelum itu keliru sama ada mereka memerlukan satu ‘k’ atau

dua ‘k’ bagi perkataan yang berakhir dengan huruf ‘k’ yang berganding dengan akhiran –kan

dan –an. Teh Nur Idayu binti Abdul Ghaffar (2013) pula menggunakan Modul Eja Seperti

Saya (MESS) dalam mengatasi masalah penguasaan ejaan dalam kalangan murid-muridnya.

Dalam kajian itu, beliau berhadapan dengan murid yang tidak dapat mengeja dengan betul

akibat pengaruh dialek kenegerian.

Muhammad Saiful Aiman bin Ibrahim ( 2014 ) dalam jurnal tindakannya pula

menggunakan Kaedah LATIM ( latih tubi imlak) bagi meningkatkan penguasaan tulisan kata

berimbuhan apitan ‘ men…kan’. Dalam kajiannya, dinyatakan bahawa aspek tatabahasa

merupakan masalah besar dalam kalangan peserta kajiannya. Beliau mendapati bahawa

pesertanya tidak dapat menguasai imbuhan dengan baik sehingga menyebabkan berlaku

kesilapan penggunaan sama ada secara lisan mahupun tulisan. Beliau turut mendapati

bahawa imbuhan apitan ‘men…kan’ ‘di…kan’, peR…kan dan ‘ke…an’ menjadi aspek yang

Page 18: bab 1-4

paling sukar dikuasai oleh pesertanya. Dinyatakan juga bahawa faktor persekitaran, pengaruh

bahasa ibunda dan sikap murid terhadap bahasa Malaysia itu sendiri menjadi masalah yang

menghambat kemajuan pesertanya untuk menguasai bahasa Malaysia dari segi sebutan,

bacaan dan tatabahasa. Berdasarkan pemerhatian beliau, didapati bahawa peserta kajiannya

menghadapi kekeliruan dalam pengimbuhan kerana tidak menguasai aspek itu imbuhan itu

secara mendalam.

Berdasarkan pengalaman Cikgu Hameelah Adnan ( 2006 ) melalui kajian tindakannya

yang bertajuk Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Awalan, Akhiran dan Apitan

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Imlak mendapati seandainya

murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran bahasa, maka ini akan dapat membantu

murid tersebut untuk mencapai pencapaian yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu

apabila berada dalam tahap dua kelak. Ini sekaligus akan dapat membantu murid-murid ini

mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Bagi subjek Bahasa Melayu,

ianya akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa

Melayu Penulisan. Daripada kajian dan pemerhatiannya, beliau mendapati kesalahan yang

didapati adalah dari segi masalah struktur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan ayat. Ini

akhirnya akan memberi kesan terhadap markah penulisan murid serta mempengaruhi maksud

ayat tersebut juga. Kelemahan penggunaan imbuhan dalam kalangan murid ini adalah

disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek

penggunaan imbuhan. Di samping itu, ianya juga turut disebabkan kurangnya penumpuan

guru terhadap kepentingan penguasaan imbuhan dkalangan murid. Melalui kaedah IMLAK

yang diperkenalkan oleh beliau ini bukan sahaja dapat membantu para pelajar untuk

Page 19: bab 1-4

menguasai penggunaan imbuhan, malah juga turut dapat membantu pada guru serta

memberikan idea baru kepada golongan pendidik bagaimana untuk menjadikan sesuatu proses

p&p itu menjadi lebih menarik.

Selanjutnya, pengkaji juga meneliti Teori Pemerolehan Bahasa Mentalis oleh Noam

Choamsky yang menyatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Peranti

Pemerolehan Bahasa yang membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk

menguasai bahasa. Piaget yang juga berfahaman mentalis pula mengatakan bahawa

perkembangan kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya . Oleh itu, guru

perlu mengajar bahasa secara deduktif manakala tatabahasa pula perlu diajar secara langsung

dan berstruktur di samping guru perlu banyak memberi peluang kepada murid untuk berfikir

ketika proses pembelajaran berlaku. Dari aspek memberi latihan pula, guru perlulah memberi

latihan-latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif .

Guru perlu menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan mereka membaiki kesilapan itu

berdasarkan rumus yang telah dipelajari.

Sehubungan itu, pengkaji melakukan imbas kembali terhadap teknik belajar semasa di

alam persekolahan itu penggunaan kaedah mnemonik khususnya dalam mengingat fakta

sejarah. Kaedah mnemonik ini berasal dari istilah Greek yang bermaksud berfikiran

digunakan sebagai alat untuk memudahkan ingatan terhadap sesuatu. Kaedah yang sama

telah digunakan oleh pengkaji untuk mengajarkan hukum ‘Simple Present Tense’ dalam

bahasa Ingggeris dan ini memberi ilham pula kepada pengkaji untuk menggunakan kaedah

yang sama dalam pengajaran bahasa Malaysia ini. Kaedah mnemonik ini telah diakui sebagai

Page 20: bab 1-4

sejenis alat bantu yang boleh digunakan untuk menguatkan daya ingatan. Ini sejajar dengan

pendapat R.M Gagne melalui Teori Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa

rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-

deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan sebelum dihantar kepada

stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem

saraf. Menurutnya, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka

panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baharu bagi

memudahkan proses pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah

mnemonic gentian itiatu menggantikan konsep yang abstrak kepada imej konkrit yang mudah

diingati.

Di samping itu, pengkaji juga membaca tentang Teori Behaviourisme Ian Pavlov yang

berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh

seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada

teori ini, rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.

Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin

kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim

itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil

kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat

diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Oleh itu, rangsangan diperlukan untuk

memperkukuhkan gerak balas terlazim. Memotivasikan murid dengan ganjaran yang sesuai juga

diperlukan supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan

pembelajarannya. Motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang juga perlu

untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Justeru, dalam menjalankan kajian ini, pengkaji

Page 21: bab 1-4

memberikan ganjaran dalam bentuk pemberian bintang pada Carta Saya Bijak Bahasa

( Lampiran 3 ) yang ditampal pada buku latihan murid. Selepas tamat setiap latihan, penerima

bintang diberikan berserta hadiah kecil seperti sebatang pensel mekanikal. Ini bertujuan menarik

minat dan meningkatkan keyakinan diri peserta terhadap keupayaan diri sendiri.

3 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Mempertingkat kemahiran dalam mengeja perkataan berimbuhan apitan yang

mengandungi kata dasar berakhir huruf ‘k’

3.2 Objektif Khusus :-

3.2.1 Menjelaskan punca masalah penguasaan ejaan bagi perkataan berimbuhan apitan

yang mengandungi kata dasar berakhir huruf ‘k’.

3.2.2 Membantu peserta dalam menguasai kemahiran mengeja perkataan berimbuhan

apitan yang mengandungi kata dasar berakhir huruf ‘k’ dengan tepat.

3.3 Soalan Kajian

3.3.1 Apakah punca yang menyebabkan berlakunya masalah penguasaan kemahiran

mengeja perkataan berimbuhan apitan itu dengan tepat?

3.3.2 Adakah kaedah resepi Kari Kambing Masak Dalca dan Kek Pisang Kukus dapat

membantu peserta menguasai kemahiran mengeja perkataan berimbuhan apitan

itu dengan tepat?

Page 22: bab 1-4

4 KUMPULAN SASARAN

4.1 Latar Belakang Sekolah

Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa , sebuah sekolah luar

bandar yang terletak lebih kurang 16 kilometer dari bandar Pontian, Johor. Sekolah ini

merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM ) yang keseluruhan pelajarnya hanya 72 orang

yang rata-ratanya terdiri daripada anak pekebun kecil, pekerja kilang dan peniaga kecil.

Sekolah ini sering mencatat keputusan cemerlang dalam UPSR dengan catatan Gred Purata

Sekolah kurang daripada 2.0 setiap tahun sejak 2009 .

4.2 Latar Belakang Peserta

Kajian ini melibatkan sekumpulan tiga orang murid Tahun 4 . Kesemua murid ini

berbangsa Melayu dan beraras sederhana. Peserta akan dilabel sebagai peserta A,B dan C.

Dua orang adalah peserta lelaki dan seorang peserta perempuan dengan salah seorang

Page 23: bab 1-4

daripadanya iaitu peserta C merupakan bekas pelajar pemulihan khas semasa dalam Tahun 1

hingga 3.