BAB 1

20
WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN BAB 1 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN 1.1 WANG - sebarang benda(komoditi) yang boleh diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan CIRI-CIRI WANG (i) Diterima umum - sebagai alat perantaraan pertukaran Contoh : Emas dapat diterima oleh semua orang dan dengan itu emas boleh dijadikan wang (ii) Penawaran terhad - tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan nilainya Contoh : emas, berlian dan perak boleh dijadikan wang kerana sukar diperoleh (iii) Kestabilan nilai - nilainya tidak mudah berubah untuk jangka masa pendek atau panjang Contoh : emas dan perak mempunyai nilai yang stabil walaupun telah diurus niaga sejak berabad-abad dahulu (iv) Tahan lama - tahan lama dan tidak mudah rosak Contoh : Bahan yang digunakan mestilah berkualiti dan materialnya adalah kukuh. (v) Mudah dibawa - mestilah bersaiz kecil dan ringan Contoh : kertas dan logam yang dikecilkan saiznya seperti wang kertas dan duit syiling (v) Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil - membolehkan urus niaga dijalankan dengan mudah dan tepat Contoh : Untuk membeli kasut berharga RM69.99. JENIS-JENIS WANG 1

description

nota

Transcript of BAB 1

BAB 1 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

PAGE 12WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

BAB 1 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN1.1WANG

- sebarang benda(komoditi) yang boleh diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran

barang dan perkhidmatan

CIRI-CIRI WANG(i)Diterima umum

- sebagai alat perantaraan pertukaran

Contoh :Emas dapat diterima oleh semua orang dan dengan itu emas boleh dijadikan wang

(ii)Penawaran terhad

- tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan nilainya

Contoh : emas, berlian dan perak boleh dijadikan wang kerana sukar diperoleh(iii)Kestabilan nilai

- nilainya tidak mudah berubah untuk jangka masa pendek atau panjang

Contoh :emas dan perak mempunyai nilai yang stabil walaupun telah diurus niaga

sejak berabad-abad dahulu

(iv)Tahan lama

- tahan lama dan tidak mudah rosak

Contoh : Bahan yang digunakan mestilah berkualiti dan materialnya adalah kukuh.

(v)Mudah dibawa

- mestilah bersaiz kecil dan ringan

Contoh : kertas dan logam yang dikecilkan saiznya seperti wang kertas dan duit syiling

(v)Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil

- membolehkan urus niaga dijalankan dengan mudah dan tepat

Contoh : Untuk membeli kasut berharga RM69.99.

JENIS-JENIS WANG

- wang diklasifikasikan kepada tiga jenis :

(i)Duit syiling - Malaysia mengeluarkan duit syiling yang mempunyai nilai muka yang kecil

seperti 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit syiling nilai muka tinggi juga dikeluarkan

seperti RM5.00, RM10.00, RM250.00 dll tetapi bukan untuk dijual. Hanya untuk kenang-

kenangan.

(ii)Wang kertas - kuantiti wang yang dikeluarkan bergantung kepada rizab antarabangsa iaitu

jumlah emas dan pertukaran asing yang dimiliki oleh negara tersebut.

Nilai wang kertas yang dikeluarkan di Malaysia ialah RM1.00, RM5.00, RM10.00, RM50.00,

dan RM100.00

- wang kertas dan duit syiling dikenali sebagai wang tanda kerana nilai mukanya lebih tinggi daripada

nilai bahan sebenar.

- ia adalah wang sah dan mesti diterima umum secara menyeluruh.

(iii)Deposit semasa - hanya ditawarkan oleh bank perdagangan sahaja. Pelanggan yang

mempunyai deposit semasa diberi kemudahan menggunakan cek. Pemegang akaun semasa

boleh membuat pembayaran wang pada bila-bila masa. Tetapi deposit semasa bukan wang sah.

- wang sah ialah wang yang wajib diterima umum untuk sebarang pembayaran.- Tetapi bukan semua pihak menerima deposit semasa /cek sebagai alat pembayaran.FUNGSI-FUNGSI WANG

(i)Alat perantaraan pertukaran

- wang boleh diterima umum sebagai suatu komoditi perantaraan pertukaran

Contoh : Salim membeli sepasang kasut dan membayarnya dengan wang

- dapat mengatasi masalah kemahuan serentak dalam sistem barter(ii)Alat ukuran nilai

- wang dapat mengukur/menilai sesuatu barang itu dalam bentuk harga

Contoh : Harga baju RM45.00 sepasang

- dapat mengatasi masalah penentuan kadar pertukaran dalam sistem barter(iii)Alat simpanan nilai

- sifatnya yang tahan lama dan tidak mudah rosak

Contoh : Wang RM5 000 disimpan dalam bank tetap bernilai RM5 000 pada bulan berikutnya

- dapat mengatasi masalah penyimpanan(iv)Alat bayaran tertunda

- membolehkan sesuatu pembayaran dilakukan secara ansuran

- pembeli boleh membeli pada masa sekarang dan membuat bayaran pada masa depan.

Contoh : Membeli mesin basuh dan membayar ansuran RM75 sebulan.Sistem barter- pertukaran barang dengan barang

- perlukan kemahuan serentak iaitu ada dua pihak yang mempunyai kemahuan yang saling melengkapi

Kebaikan Sistem Wang Berbanding dengan Sistem Barter

SISTEM WANGASPEKSISTEM BARTER

Dapat menyelesaikan masalah kehendak serentakBarang dan perkhidmatan boleh diperoleh menggunakan wangPerantaraan pertukaranPertukaran hanya boleh belaku antara individu yang saling mengkehendaki barang yang dimilikiUrus niaga memerlukan banyak masa dan tenaga

Memberikan ukuran seragam bagi nilai barang dalam sebutan hargaMempunyai ukuran nilaiSukar untuk menilai kerana barangan dinilai dalam unit kuantiti barang lain

Sifat tahan lama dan nilainya stabilPenyimpan nilai yang baikBarang tidak tahan lama akan mengalami kemerosotan nilai, oleh itu tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik

Nilai yang stabil membolehkan barangan dibeli dengan bayaran secara ansuranBayaran tertundaBarangan tanpa nilai yang stabil menyukarkan bayaran tertunda kerana nilai pembayaran pada masa hadapan mungkin berbeza dengan nilai yang dipersetujui

1.2 BANKJENIS-JENIS BANKBANK PERDAGANGAN- merupakan milikan swasta dan aktivitinya bermatlamatkan keuntungan- terdapat dua jenis skim perbankan iaitu :-

(i)Skim Perbankan Konvensional

- urus niaga berasaskan kepada kadar faedah yang berubah-ubah mengikut keadaan pasaran

- dikawal oleh Akta Perbankan dan Institusi Kewangan(BAFIA) 1989

- terdapat juga bank-bank konvensional yang menjalankan Skim Perbankan Islam

Contoh : Bumiputra-Commerce, Public Bank, Maybank dll

(ii)Skim Perbankan Islam

- untuk menjalankan urusan bank mengikut syariat Islam

- tidak mengenakan kadar faedah dalam urus niaga

- berasaskan kadar keuntungan

- Bank Islam salah satu daripada bank perdagangan tetapi mengamalkan Skim Perbankan

Islam sepenuhnya

- ia tidak menawarkan deposit tetapmengamalkan Skim Perbankan

Islam sepenuhnya

- ia tidak menawarkan deposit tetap kerana menjanjikan kadar pulangan yang tetap kepada

pendeposit

- sedangkan deposit tersebut digunakan untuk pelaburan dan hasilnya tidak diketahui semasa

deposit dibuat

Contoh Bank Islam :BANK ISLAM MALAYSIA, BANK MUAMALAT MALAYSIA

BERHAD

SYARIKAT KEWANGAN- sebuah institusi yang menjalankan operasi penerimaan deposit tabungan dan depsosit tetap- juga memberi pinjaman, perniagaan gadaian dan sewa beli\- operasinya tertakluk kepada Akta Institus Perbankan dan Kewangan (BAFIA) 1989- terdapat 11 buah syarikat kewangan di Malaysia iaitu :

i.Alliance Finance Berhad

vii.Hong Leong Finance Berhad

ii.AmFinance Berhad

viii.Kewangan Bersatu Berhad

iii.Affin-ACF Finance Berhad

ix.Maybank Finance Berhad

iv.Bumiputra-Commerce Finance Berhad

x.Public Finance Berhad

v.RHB Delta Finance Berhad

xi.Southern Finance Berhad

vi.EON Finance Berhad

BANK SAUDAGAR- ialah institusi perbankan yang mengkhusus dalam penyediaan perkhidmatan kepada syarikat korporat

- ditubuh di bawah Akta Bank 1973

- tujuan untuk memberi perkhidmatan perbankan kepada syarikat korporat

- pelanggan terdiri drp. badan-badan perniagaan seperti syarikat awam berhad dan syarikat sendirian berhad

- terdapat empat perkhidmatan berdasarkan upah bank saudagar ialah :

(i)Memberi perkhidmatan rundingan korporat

(ii)Menguruskan pinjaman bersindiket

(iii)Menanggung jamin terbitan syer

(iv)Khidmat pengurusan berportfolio

Contoh Bank Saudagar :

Affin Merchant Berhad

Alliance Bank Malaysia Berhad

AmMerchant Bank Berhad

Aseamnamkers Malaysia Berhad

Commerce International Merchant Bankers Berhad Malaysia International Merchant Bankers Berhad Southern Investment Bank Berhad

Public Merchant Bank Berhad

RHB Sakura Merchant Bankers Berhad

BANK PUSAT- ialah Bank Negara Malaysia(BNM)

- mula beroperasi 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Negara Malaysia 1958

- dua matlamat utama penubuhan BNM adalah :-

(i)Untuk memastikan kestabilan kewangan dan struktur ekonomi negara

(ii)Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan

- ia berteraskan kepentingan negara dan bukan bermotifkan keuntungan

FUNGSI BANK PERDAGANGAN

- Fungsi utama bank perdagangan ialah :-

(i)Menerima simpanan atau deposit

- terdapat tiga jenis deposit yang diterima oleh bank perdagangan iaitu :Jenis DepositHuraian

Deposit tabungan membolehkan pelanggan mengeluarkan wang pada bila-bila masa memberi kadar faedah yang lebih rendah daripada deposit tetap

Deposit semasa membenarkan pelanggan membuat pembayaran menggunakan cek tidak memberi kadar faedah

pelanggan dikenakan caj perkhidmatan

penyata akan dihantar setiap bulan kepada pelanggan

Deposit tetap simpanan untuk tempoh tertentu sama ada 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan dan sebagainya memberi kadar faedah lebih tinggi

semakin lama menyimpan, semakin tinggi kadar faedahnya

pengeluaran deposit sebelum tempoh matang akan mengurangkan faedah yang akan diterima.

(ii)Memberi pinjaman

- terdapat tiga kaedah utama dalam penyediaan pinjaman iaitu :

Jenis PinjamanHuraian

Kemudahan Overdraf kebenaran mengeluarkan wang lebih daripada baki di dalam akaun semasa hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang mempunyai deposit semasa sahaja perlu memohon dan mendapat kelulusan daripada pihak bank

kadar faedah hanya dikira ke atas jumlah pengeluaran lebihan wang berasaskan kadar faedah harian

maka jumlah kadar faedahnya tinggi

Contoh :

Encik Hairi mempunyai deposit semasa bernilai

RM10 000. Bank telah meluluskan permohonan overdrafnya sebanyak RM5 000. Jika beliau mengeluarkan cek bernilai RM12 000, maka beliau telah menggunakan overdraf sebanyak RM2 000.

Pinjaman pinjaman bercagar pinjaman untuk membeli harta tetap spt. rumah, tanah dengan mencagarkan aset tetap kepada bank merupakan pinjaman jangka panjang tempoh bayar balik melebihi lima tahun pinjaman persendirian

pinjaman yang diberikan kepada individu dalam tempoh enam bulan hingga tiga tahun tidak memerlukan cagaran pinjaman diberi berasaskan kepada maklumat peribadi dan pendapatan pemohon, keupayaan bayar balik dan tujuan pinjaman kad kredit

membayar harga sesuatu barang secara kredit dengan kad kreditnya bank akan membuat pembayaran bagi pihak pemegang kad kredit

bank akan menuntut bayaran daripada pemilik kad kredit sama ada secara sekali gus atau secara ansuran bulanan

Mendiskaunkan bil pertukaran menunaikan bil di kaunter bank perdagangan pada kadar yang lebih rendah daripada nilai muka bil pertukaran bank akan membuat pembayaran kepada pemiutang pada kadar yang lebih rendah berbanding nilai muka bil tersebut

pengurangan nilai ini merupakan caj yang dikenakan oleh bank untuk kemudahan tersebut dan merupakan keuntungan bank

Contoh :

Seorang pengeksport mempunyai bil pertukaran bernilai muka RM15 000. Bayaran untuk bil ini hanya diterima dalam masa tiga bulan. Sekiranya pengeksport perlukan pinjaman, dia boleh menunaikan bil ini dikaunter bank perdagangan

Bank hanya memberi wang sebanyak RM14 000. Bank akan menuntut pembayaran daripada pengeluar bil.

(iii)Membuat dan Menerima Bayaran

Sistem CekJenis PembayaranHuraian

Sistem cek hanya pemilik akaun semasa boleh menggunakan cek pihak yang menerima cek boleh tunaikan cek di kaunter bank

bank perdagangan akan mendebitkan amaun cek tersebut daripada akaun pemilik cek

semua pihak boleh menerima pembayaran menerusi cek

Arahan Kepada Bankbank perdagangan bertindak sebagai agen pembayaran wang mengikut arahan pelanggan menerusi :

(i) Perintah sedia ada pemegang akaun semasa mengarahkan pihak bank membuat pembayaran secara tetap dan berulang pada tarikh dan jumlah yang tetap kepada pihak ketiga untuk menjelaskan sewa rumah, premium insurans,ansuran kereta, pinjaman perumahan(ii) Pindahan kredit

bayaran terus ke akaun penerima di mana-mana bank oleh pemegang akaun semasa atau tabungan lazimnya untuk pembayaran gaji di mana majikan hanya menulis sekeping cek dengan jumlah tertentu kepada pihak bank

bank akan kreditkan pembayaran ke dalam akaun setiap pekerjanya mengikut jumlah yang telah diarahkan oleh majikan

(iii) Debit langsung

pemegang akaun simpanan mengarahkan bank melakukan pembayaran secara berualng tetapi jumlah bagi setiap pembayaran berbeza

untuk menjelaskan bil setempat, bil kad debit

(iv) Draf bank

cek yang dikeluarkan oleh bank perdagangan apabila diminta oleh pelanggan

cara kiriman wang dalam dan ke luar negara

untuk menjelaskam pembayaran kepada pihak ketiga

untuk membuat pembayaran bagi memohon, melanggan terbitan saham baru

(v) Kad kredit pemilik kad kredit boleh membuat pembayaran secara kredit tanpa membayar tunai

bank akan membiayai terlebih dahulu dan pemegang kad akan membayar kepada bank

dikenakan bayaran tahunan

kadar faedah dikenakan atas baki kredit yang tidak dijelaskan(vi) Kad juruwang elektronik(ATM), teleperbankan dan Internet membolehkan pelanggan menjalankan pelbagai urusan perbankan secara elektronik seperti mengeluarkan wang, membuat pindahan wang dan menyemak baki akaun pada bila-bila masa

boleh juga digunakan untuk membeli barangan dan menjelaskan pembayaran bil

Contoh : pembayaran balik pinjaman, pembelian tiket kapal terbang yang boleh

dibuat melalui Internet

(iv)Mengurus Pertukaran Asing

- Menjual mata wang asing kepada pengimport dan pihak yang memerlukan

Contoh : Penduduk tempatan yang melancong ke luar negara

- Membeli mata wang asing daripada individu dan daripada pihak yang ingin menukarkan mata

wang luar dengan Ringgit Malaysia

- beri keuntungan kepada pihak bank kerana bank beli pada harga rendah dan menjualnya pada

harga tinggi dan juga mengenakan komisen

(v)Perkhidmatan-perkhidmatan Lain

Perkhidmatan LainHuraian

Peti Simpanan Keselamatan menyewakan peti simpanan keselamatan kepada orang ramai digunakan untuk menyimpan dokumen penting seperti sijil saham dan barang berharga seperti barang kemas

Naasihat dan Perundingan menawarkan perkhidmatan perundingan pelaburan dan urusan perniagaan

Pemegang Amanah bertindak sebagai pemegang amanah untuk menguruskan wang dan harta individu/firma mengikut arahan pelanggan

Mengeluarkan Cek Kembara cek dalam nilai mata wang asing dan boleh ditunaikan di negara berkenaan digunakan oleh pelancong yang ingin ke luar negara

KONSEP SKIM PERBANKAN ISLAM(SPI)HURAIANKONSEP

(a) amanah yang diserahkan kepada pihak bank untuk disimpan dengan selamat

pihak bank boleh memberikan pulangan mengikut budi bicaranya

terdapat dua jenis akaun iaitu :

(i) akaun semasa (ii) akaun tabunganWADIAH

(b) merujuk kepada perjanjian perkongsian untung yang dibuat antara dua pihak, iaitu pihak yang membuat tabungan(pemilik modal) dan pihak yang akan membuat pelaburan (bank)

keuntungan akan dikongsi mengikut kadar yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak pada peringkat awalnya

kerugian ditanggung oleh pemilik modal kecuali kerugian tersebut disebabkan oleh pihak bank

perkhidmatan yang berlandaskan prinsip ini ialah Akaun Pelaburan Am, Akaun Pelaburan Istimewa, Surat Pembiayaan Kredit dan Pembiayaan Modal KerjaMUDHARABAH

(c) penjualan barang yang melebihi harga belian kerana ditambah dengan margin untung

harga, margin untung dan semua kos yang terlibat perlu dinyatakan semasa perjanjian jual beli dilakukan

Contoh : Skim Pembiayaan Semula Kredit Eksport, Surat

Kemudahan KreditMURABAHAH

(d) pembiayaan perniagaan secara usaha sama dan untung atau rugi akan dikongsi bersama pada nisbah yang ditetapkanMUSYARAKAH

(e) penjualan semula sesuatu barang pada harga yang lebih tinggi tetapi pembayaran dilakukan secara ansuran

biasanya digunakan untuk pembelian aset seperti rumah, kilang dan peralatan, kenderaan bermotor, saham dan hartanahBAI BITHAMAN AJIL

(f) harta yang disewakan boleh dipindah milik secara kekal

sewa yang dibayar selama tempoh sewaan dikira sebagai sebahagian daripada harga untuk memiliki aset yang disewakanBAI AT TAKJIRI

FUNGSI BANK PUSAT1Mengeluarkan mata wang

- mengeluarkan duit syiling dan wang kertas untuk pastikan jumlah penawaran wang sentiasa

mencukupi dan sesuai dengan keperluan ekonomi semasa

2.Mengawal kestabilan nilai mata wang

- merupakan badan rasmi bertanggungjawab mengawal kestabilan mata wang negara

- kawal melalui beberapa cara iaitu :

(i)Mewujudkan sandaran minimum

- iaitu sebanyak 80.59% untuk setiap unit mata wang dalam bentuk rizab antarabangsa

- ia terdiri daripada stok emas, pertukaran asing, hak pengeluaran istimewa Tabung Kewangan

Antarabangsa(IMF) dan kedudukan rizab di IMF.

(ii)campur tangan dalam pasaran pertukaran asing

- bertindak membeli dan menjual pertukaran asing bagi mempengaruhi nilai Ringgit Malaysia

di pasaran pertukaran asing

Contoh : Jika nilai RM adalah rendah berbanding Dolar Singapura

- maka bank pusat akan menjual Dolar Singapura

(iii)Mengawal inflasi

- akan menyebabkan kuasa beli wang jatuh

- lebih banyak wang diperlukan untuk membeli barangan dalam jumlah yang sama

- kesannya ialah nilai wang terjejas dan akibatnya orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap

wang

- bank pusat akan mengawalnya dengan menggunakan alat-alat kewangan3.Jurubank kepada kerajaan

- menyediakan perkhidmatan kewangan kepada kerajaan

- ia mentadbir akaun kerajaan dengan membuat dan menerima pembayaran bagi pihak kerajaan

serta menguruskan sumber dan pembayaran hutang Negara

4.Jurubank kepada bank perdagangan

- menyimpan dan mengawal rizab tunai dan rizab berkanun bank-bank perdagangan

- menyediakan rumah penjelasan cek serta menjadi sumber pinjaman terakhir jika bank perdagangan

mengalami masalah kewangan

CARA BANK PUSAT MENGAWAL INFLASI DAN KEMELESETAN EKONOMI

Istilah-istilah penting

HURAIANISTILAH

a- berlaku apabila tingkat harga umum mengalami kenaikan secara berterusan dan tidak terhadINFLASI

b- berlaku apabila keluaran negara menurun secara berterusan dan kadar pengangguran meningkat untuk suatu jangka masa panjangDEFLASI

c- sejumlah wang tunai yang perlu dikekalkan di bank perdaganganRIZAB TUNAI

d- simpanan wajib bank perdagangan di bank pusatRIZAB BERKANUN

e- kos ke atas pinjamanKADAR FAEDAH

f- sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam wang daripada orang ramaiSURAT JAMINAN KERAJAAN

g- peraturan pembiayaan sewa beli dari segi pembiayaan maksimum dan tempoh bayar balik pinjamanSYARAT SEWA BELI

ALAT-ALAT KEWANGANINFLASIKEMELESETAN

SURAT JAMINAN KERAJAANMENJUALMEMBELI

RIZAB TUNAIMENAIKKANMENURUNKAN

RIZAB BERKANUNMENAIKKANMENURUNKAN

KADAR FAEDAHMENAIKKANMENURUNKAN

KAWALAN SYARAT SEWA BELIMENGETATKANMELONGGARKAN

Contoh :Bagaimanakah bank pusat mengawal inflasi?

- Menjual surat jaminan kerajaan

- penawaran wang dalam pasaran akan berkurang

- kuasa beli masyarakat akan jatuh

- maka permintaan terhadap barangan akan berkurang

- Menaikkan kadar faedah

- kos pinjaman meningkat

- jumlah pinjaman berkurangan

- jumlah simpanan/tabungan meningkat

- penawaran wang dalam pasaran akan berkurang

- kuasa beli masyarakat akan jatuh

- maka permintaan terhadap barangan akan berkurang

- Menaikkan kadar rizab tunai

- keupayaan ciptaan kredit bank perdagangan jatuh

- pinjaman jatuh

- penawaran wang dalam pasaran akan berkurang

- kuasa beli masyarakat akan jatuh

- maka permintaan terhadap barangan akan berkurang

- Menaikkan kadar rizab berkanun

- kemampuan bank memberi pinjaman berkurang

- jumlah pinjaman akan berkurang

- penawaran wang dalam pasaran akan berkurang

- kuasa beli masyarakat akan jatuh

- maka permintaan terhadap barangan akan berkurang

- Mengetatkan syarat sewa beli

- pinjaman maksimum dikurangkan/pendekkan tempoh bayar balik

- ansuran bulanan akan meningkat

- jumlah pinjaman akan berkurang

- penawaran wang dalam pasaran akan berkurang

- kuasa beli masyarakat akan jatuh

- maka permintaan terhadap barangan akan berkurang1.3INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK

- terdapat 4 kategori iaitu :

(a)Syarikat insurans

(b)Bank Simpanan Nasional(BSN)

(c)Lembaga Tabunh Haji(LTH)

(d)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)

SYARIKAT INSURANS- terdapat dua jenis iaitu :-

(a)Syarikat insurans konvensional

- tertakluk kepada Akta Insurans 1963

- dikawal oleh Pengarah Insurans dan Takaful, Bank Negara Malaysia

- tawarkan perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan atau bencana ke atas individu,

firma atau organisasi

- terbahagi kepada dua jenis iaitu :

(i)insurans nyawa - seperti kematian dan kemalangan atau kehilangan keupayaan

(ii)insurans am - kerugian akibat kebakaran, kecurian dan sebagainya

(b)Syarikat takaful

- berlandaskan syariat Islam

- tertakluk kepada Akta Takaful 1984

- dikawal oleh Lembaga Pengawasan Syariah

- terdapat dua jenis produk iaitu :

(i)takaful am - perlindungan daripada risiko kebakaran, kehilangan atau kerossakan

harta benda

(ii)takaful keluarga - melindungi sidiinsurans daripada kematian atau masalah kesihatan

atau kemalangan yang mungkin berlaku

- beroperasi berlandaskan tiga prinsip iaitu :

(a)Takaful (saling menjamin)

- setiap peserta saling menjamin antara satu sama lain daripada sebarang risiko

- jika ada pihak ditimpa risiko, ia akan dibayar ganti rugi daripada dana yang dikumpulkan

(b)Mudharabah (perkongsian untung)

- sebahagian daripada caruman dilaburkan dan hasil pelaburan dikongsi pada kadar yang telah

ditetapkan

(c)Tabarru (derma)

- setiap peserta bersetuju untuk mendermakan sebahagian daripada carumannya bagi membantu

pihak yang ditimpa risiko.

Bank Simpanan Nasional (BSN)- ditubuhkan pada 1 Disember 1974

- di bawah Akta Parlimen

- terletak di bawah pengawasan Kementerian Kewangan Malaysia.

- tujuan utama penubuhan ialah untuk menggalakkan tabungan khususnya di kalangan golongan yang

berpendapatan rendah dan sederhana

- disyaratkan melabur 70% daripada depositnya dalam sekuriti kerajaan

- tawarkan perkhidmatan seperti :-

(i)menerima deposit - iaitu tabungan dan tetap

(iii)menjual amanah saham

(ii)membeli SJK

(iv)Skim Sijil Simpanan PremiumLembaga Tabung Haji(LTH)

- ditubuhkan pada Novemver 1962 dan mula beroperasi pada September 1963

- dikawal oleh Akta Lembaga Tabunh Haji 1995

- pengasasnya ialah Profesor DiRaja Ungku Aziz

- tujuan utama penubuhan ialah untuk :

(i)membolehkan orang Islam menabung secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan

menunaikan\fardu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat

(ii)membolehkan orang Islam mengambil bahagian yang lebih berkesan dalam bidang penanaman

modal melalui cara yang halal di sisi Islam

(iii)memberi perlindungan dan kebajikan untuk jemaah haji melaksanakan fardu haji dengan

menyediakan pelbagai kemudahan

- ia menerima deposit daripada bakal haji dan bertanggungjawab menguruskan deposit ini

- melabur dalam sekuriti kerajaan dan saham korporat yang menghasilkan keuntungan serta berlandaskan hukum syarak

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

- merupakan institusi tabungan terbesar

- tertakluk kepada Akta KWSP 1991

- tujuan utama penubuhan ialah untuk menyediakan jaminan sosial kepada ahlinya dalam bentuk faedah selepas persaraan

- semua pekerja di Malaysia diwajibkan menjadi ahli KWSP dan mencarum sebahagian daripada pendapatan mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan

- mulai Jun 2003 kadar yang ditetapkan ialah :

(a)pekerja 9% - caruman pekerja dibahagikan kepada 3 akaun iaitu :

(a)Akaun 1 - simpanan

(c)Akaun 3 - Kesihatan

(b)Akaun 2 - perumahan

(ii)majikan 11%- melabur 70% daripada jumlah pelaburan dengan membeli Surat Jaminan KerajaanFUNGSI INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK(A)MENERIMA DEPOSIT

(i)Akaun tabungan- BSN terima deposit - akaun simpanan dan akaun simpanan tetap (bawah Skim Perbankan

Konvensional)

- sediakan akaun pelaburan am dan akaun simpanan Wadiah (bawah SP Islam)

(ii)Premium

- syarikat insurans terima deposit dalam bentuk bayaran premium daripada sidiinsurans secara

tetap untuk jangka masa tertentu

- syarikat takaful terima deposit dalam bentuk sumbangan daripada peserta

(iii)Simpanan di LTH

- terima deposit melalui tabungan tetapi hanya di kalangan umat Islam sahaja

(iv)Caruman pekerja

- KWSP terima deposit berbentuk caruman bulanan daripada pekerja dan majikan

- tabungan ini diberi dividend an boleh dikeluarkan apabila mencapai tahp umur tertentu atau

untuk kegunaan terttentu seperti membeli aset tetap

(B)MENGGALAKKAN TABUNGAN

(i)Menyediakan perkhidmatan simpanan wang terjamin

- BSN, LTH dan KWSP sediakan perkhidmatan ini dan ia dijamin oleh kerajaan

- maka masyarakat berasa yakin untuk menabung

(ii)Menawarkan pulangan yang menguntungkan

- Institusi Kew Bukan Bank bantu galakkan tabungan dan tawarkan pulangan kepada tabungan pendeposit

- BSN - beri faedah dan dividen

- LTH - beri dividen

(iii)Memudahkan pengeluaran dan pembayaran dibuat

- Institusi Kew Bukan Bank benarkan tabungan pendeposit dikeluarkan apabila diperlukan

- boleh lakukan pengeluaran bila-bila masa (seperti BSN, LTH)

- boleh lakukan pembayaran menerusi teleperbankan seperti perintah sedia ada dan debit

langsung

(iv)Menyediakan bilangan cawangan yang banyak di seluruh Negara

- semua IKBB mempunyai cawangan yang banyak di seluruh Negara

- ini mudahkan masyarakat berurusan dengan IKBB

(v)Memberi perlindungan hayat dan harta benda

- syarikat insurans dan takaful tawarkan perlindungan hayat dan harta benda

- pampas an akan dibayar jika berlaku risiko yang diinsuranskan

- ini menggalakkan masyarakat menabung

(C)MENGGALAKKAN PELABURAN

(i)Menyediakan pinjaman kepada masyarkat

- sediakan sumbangan pinjaman kepada masyarakat utk melakukan pelaburan

Contoh :BSN - sediakan pinjaman sewa beli, pinjaman perumahan, skim pinjaman mikro

kredit

Syarikat insurans - tawarkan pinjaman perumahan

(ii)Melaksanakan pelbagai projek pelaburan

- laksanakan projek pelaburan untuk tingkatkan pelaburan

Contoh :LTH dan syarikat takaful - lakukan pelaburan dalam bidang hartanah, pembinaan

dan perladangan

BSN - labur dalam bidang insfrastruktur dan hartanah

(iii)Menyalurkan tabungan untuk pelaburan

- salurkan tabungan untuk pembiayaan pelaburan kerajaan dan sector swasta

Contoh : LTH dan syarikat takaful - melabur dalam sijil pelaburan

KWSP dan syarikat insurans - membeli SJK dan bil perbendaharaan

BSN - melanggan SJK

(D)SUMBER KEWANGAN KEPADA PASARAN MODAL NEGARA

- IKBB kumpul dana untuk kegunaan modal negara untuk jangka pendek dan jangka panjang

- ini dapat kurangkan pergantungan negara kepada sumber kewangan antarabangsa

SUMBANGAN IKBB TERHADAP EKONOMI NEGARA MALAYSIA(a)Menggalakkan pelaburan

- menyebabkan perbelanjaan masyarakat meningkat

- menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara

(b)Menggembleng tabungan

- terdapat dua jenis dana iaitu :-

(i)dana jangka panjang

(ii)dana jangka pendek

- kedua-dua dana ini digunakan untuk membiayai projek pembangunan yang dijalankan oleh individu,

firma dan kerajaan

- salurkan dana dalam bentuk pinjaman jangka pendek dan jangka panjang

(c)Meningkatkan guna tenaga

- menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk

- meyerap tenaga buruh menerusi projek pelaburan

(d)Mengurangkan pinjaman luar negara

- kerajaan tidak perlu bergantung kepada hutang luar Negara

- ini mengurangkan pengaliran mata wang ke luar negara

- dan seterusnya menjamin kestabilan mata wang(e)Kestabilan ekonomi

- bantu kerajaan mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi dengan menyertai pasaran SJK

- membeli SJK semasa inflasi dan menjual SJK semasa kemelesetan ekonomi