Bab 1

Click here to load reader

download Bab 1

of 13

Transcript of Bab 1

SPL 2034 OPERASI AGENSI PELANCONGAN

PUAN NOR AZLINA BINTI MOHD MIZUANSPL 2034 OPERASI AGENSI PELANCONGAN

BAB 1PENGENALAN

1.1 SEJARAH AGENSI PELANCONGANSyarikat dari British adalah pelopor kepada penubuhan agensi pelancongan.Bermula pada tahun 1758 dan hanya disertai oleh golongan kaya sahaja sebagai pelanggan.Ketika ini, kebanyakan syarikat yang mengendalikan prkhidmatan tersebut belum lagi dikenali sebagai agensi pelancongan tetapi sebaliknya merupakan sebuah bank berkelas atasan yang mempunyai cabang perniagaan mengendalikan urusan pelancongan kepada pelanggan mereka secara tidak langsung.

SEJARAH AGENSI PELANCONGANPada kurun ke-18, seorang lelaki bernama THOMAS COOK telah menubuhkan sebuah syarikat yang dianggotai oleh ahli keluarganya bernama Thomas Cook Group Ltd.Thomas Cook memulakan perniagaan dengan menawarkan khidmat penempahan bilik hotel, tiket keretapi sehinggalah urusan perjalanan sekitar Eropah dan Amerika Utara.Pada tahun 1841, Thomas cook telah menjadi syarikat pelancongan pertama di dunia yang menawarkan pakej pelancongan yang lengkap kepada pelanggannya.Pada awal 1870an, syarikat Thomas Cook mula menawarkan prkhidmatan cruise.

SEJARAH AGENSI PELANCONGANPada tahun 1911, Syarikat Thomas Cook mula mengendalikan urusan penempahan tiket kapal terbang.Pada tahun 1988, Thomas Cook Group Ltd telah bertukar nama kepada Thomas Cook Travel.Pada tahun 1994, Thomas Cook Travel adalah agensi pelancongan yang tertua di dunia dan ke3 terbesar di United States dengan 500 cawangan dan mempunyai 3000 ribu kakitangan.Bermula dengan perkhidmatan dari Thomas Cook inilah maka semakin banyak agensi pelancongan ditubuhkan di seluruh dunia.

1.2 FUNGSI DAN PERANAN AGENSI PELANCONGAN

Menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menarik.Menguruskan penempahan bilik hotel, tiket penerbangan, kereta sewa, tiket cruise dan sebagainya.Sebagai orang tengah antara pembekal dan pelancong.Menguruskan urusan perjalanan pelancong ke sesuatu tempat.Menyediakan khidmat nasihat berkaitan pelancongan.Menyediakan maklumat-maklumat berkaitan pelancongan.

FUNGSI AGENSI PELANCONGAN KEPADA INDUSTRI PELANCONGAN

PRIMARY SUPPLIERS

AIRLINE CRUISE SHIP BUS HOTELS RESTAURANTS RESORTS ETC

INTERMEDIARIES

TRAVEL AGENCY WHOLESALERS

TOURIST

1.3 ISTILAH - ISTILAHTOUR - lawatan ke sesuatu tempat menarik TOUR PACKAGES - pakej-pakej pelancongan yang merangkumi penginapan, pengangkutan, tempat menarik dan sebagainya.TOUR COORDINATOR - orang yang merancang sesuatu pakej pelancongan sebelum pakej tersebut dijual kepada pelancong.SUPPLIER - pembekal pelancongan yang terlibat dengan agensi pelancongan seperti syarikat penerbangan dan hotel.SEAT IN COACH (SIC) - lawatan berkumpulan yang menggunakan bas yang sama.

Bentuk & kategori pelancongan :-LAWATAN DOMESTIK - lawatan yang dilakukan di dalam negara sahaja.INBOUND TOUR - lawatan yang dilakukan di dalam negara sahaja. Contohnya :- pelancong Malaysia melakukan lawatan di Kuala Terengganu.OUTBOUND TOUR - Lawatan yang dilakukan ke luar negara. Contohnya :- Pelancong Malaysia melakukan lawatan ke Australia.GROUND TOUR - pelancong membeli pakej pelancongan untuk land arrangement sahaja.

JENIS - JENIS PELANCONGADVENTURE TOURIST - Pelancong yang gemarkan aktiviti lasak dengan kemudahan yang paling minima.Contoh :- Taman Negara Pahang.RELIGIOUS TOURIST - pelancong yang melancong ke sesuatu tempat atas tujuan keagamaan. Contoh :- Mekah (pilgrimage), Jerusalem, Batu caves.LEISURE & HOLIDAY TOURIST - pelancong yang bersiar-siarYOUTH TRAVELLER - Pelancong remaja yang berusia sekitar 18 tahun hingga 29 tahun.

VISIT FRIENDS & RELATIVES TRAVELER (VFR) - pelancong yang melancong ke sesuatu tempat dengan tujuan untuk mengunjungi rakan dan saudara mara.BUSINESS TRAVELLER - Pelancong yang pergi ke sesuatu tempat atas urusan perniagaan. EXCURSIONIST - Pelancong yang pergi ke sesuatu tempat dan kembali semula ke tempat asal mereka tanpa menginap atau pergi-balik pada hari yang sama.FREE INDEPENDENT TRAVELLER (FIT) - Lawatan oleh seorang pelancong atau sekumpulan kecil pelancong ke sesuatu tempat dalam bentuk free & easy tetapi kemudahan penginapan diaturkan oleh agensi pelancongan.

GROUP INDEPENDENT TRAVELLER (GIT) - Sekumpulan pelancong yang membeli pakej pelancongan free & easy.M.I.C.E TRAVELLER - Pelancong yang pergi ke sesuatu tempat atas urusan mesyuarat, konferens, insentif syarikat atau pun persidangan.SENIOR TRAVELLER - pelancong warga emas yang berusia 50 tahun ke atas.LEISURE TRAVELLER - pelancong yang melancong ke sesuatu tempat untuk tujuan riadah dan rekreasi.

INCENTIVE TRAVEL - program lawatan yang dianjurkan sebagai penghargaan atas kemajuan prestasi dalam sesebuah syarikat.INCLUSIVE TOUR - program lawatan yang lengkap dengan tiket penerbangan, penginapan, tempat tarikan dan sebagainya.RETAIL AGENT - agen pelanconganRETAILER - agen pelancongan yang menjual produk pelancongan secara terus kepada pelancong.