BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih...

15
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Mesin Pembersih Botol Susu adalah mesin mudah yang boleh digunakan di taska-taska di Malaysia. Ia digunakan dalam usaha untuk meringankan kerja untuk membersih botol susu secara cepat dan cekap dibandingkan dengan cara melakukannya secara manual. Mesin Pembersih Botol Susu ini boleh diubahsuai untuk peralatan industri ringan yang banyak menggunakan botol kitar semula. Antara kegunaannya adalah di taska kanak-kanak dan pembersihan botol. Satu peralatan yang diperlukan untuk meringankan kerja pembersihan botol adalah sebuah Mesin Pembersih Botol Susu. Kerja membersih boleh dimudahkan dengan bantuan pembersih bermotor dan usaha menyahkuman boleh dilakukan dengan menggunakan steamer. Kecekapan Mesin Pembersih Botol Susu bergantung kepada bahan yang digunakan untuk pembinaannya. Pemilihan bahan-bahan secara optima akan meningkatkan kecekapan dan jangka hayat mesin memandangkan mesin ini digunakan di lokasi kerja yang sangat mementingkan kebersihan. Di antara cabaran dalam projek ini ialah untuk mengatasi kriteria kebersihan aras tinggi. Ujilari perlu dilakukan untuk menguji tahap kemampuan Mesin Pembersih Botol Susu ini menjamin kebersihan aras tinggi ini tahap “A”.

Transcript of BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih...

Page 1: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Mesin Pembersih Botol Susu adalah mesin mudah yang boleh digunakan di taska-taska di

Malaysia. Ia digunakan dalam usaha untuk meringankan kerja untuk membersih botol susu

secara cepat dan cekap dibandingkan dengan cara melakukannya secara manual. Mesin

Pembersih Botol Susu ini boleh diubahsuai untuk peralatan industri ringan yang banyak

menggunakan botol kitar semula. Antara kegunaannya adalah di taska kanak-kanak dan

pembersihan botol.

Satu peralatan yang diperlukan untuk meringankan kerja pembersihan botol adalah

sebuah Mesin Pembersih Botol Susu. Kerja membersih boleh dimudahkan dengan bantuan

pembersih bermotor dan usaha menyahkuman boleh dilakukan dengan menggunakan steamer.

Kecekapan Mesin Pembersih Botol Susu bergantung kepada bahan yang digunakan untuk

pembinaannya. Pemilihan bahan-bahan secara optima akan meningkatkan kecekapan dan jangka

hayat mesin memandangkan mesin ini digunakan di lokasi kerja yang sangat mementingkan

kebersihan.

Di antara cabaran dalam projek ini ialah untuk mengatasi kriteria kebersihan aras tinggi.

Ujilari perlu dilakukan untuk menguji tahap kemampuan Mesin Pembersih Botol Susu ini

menjamin kebersihan aras tinggi ini tahap “A”.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

Selain itu, saiz Mesin Pembersih botol yang dibina dan komponen komponennya perlu

dihadkan kepada saiz yang lebih kecil, ringan dan lebih mudah dikendalikan. Rupa-bentuk dan

binaan projek Mesin Pembersih Botol Susu ini ditumpukan kepada keperluan di taska taska

Malaysia. Mesin Pembersih Botol ini perlu direka mesra pengguna termasuklah kebolehannya

digunakan oleh pengguna-pengguna lelaki yang akan menggambil alih kerja penjagaan kanak

kanak di taska nanti apabila kerja di pasaran menjadi runcing.

Input Pelanggan telah dikumpul dan dianalisis yang membawa kepada dapatan ciri-ciri

yang paling penting iaitu kebersihan, ketahanan, kemudahan membersih dan mudah alih. Dari

sini, ia juga telah ditentukan bahawa untuk memenuhi keperluan pelanggan, kuasa motor, berat

keseluruhan dan bahan yang dipilih akan menentukan kos pilhan pelanggan yang perlu

ditekankan dalam reka bentuk yang dibangunkan.

Fasa reka bentuk bermula dengan menentukan pilihan dari cadangan yang berbagai untuk

mencari motor yang terbaik untuk memacu Mesin Pembersih Botol Susu dan cara terbaik untuk

membersih botol susu tanpa banyak menggunakan kuasa manusia. Akhirnya sebulat suara

kumpulan kami memilih Hand Mixer sebagai motor pemacu dan alat steamer baju yang

diubahsuai untuk menjadi alternatif terbaik menyahkuman botol. Seterusnya, kerangka telah

disiapkan untuk membolehkan takungan bahan sabun tanpa masalah kestabilan.

Setelah kerja-kerja reka bentuk siap dan semua bahan yang diperlukan diperolehi,

fabrikasi dan pemasangan telah dilakukan.

Kerja kerja fabrikasi yang terlibat ialah memotong bahan, memasang paip pvc dan

megimpal. Kerja fabrikasi akan disudahi dengan kerja-kerja mengecat dan penampilan projek.

Di sepanjang operasi ini aspek ergonomik dan ekonomi penggunaan bahan ditekankan.

Keupayaan projek bergantung kepada peralatan dan kelengkapan yang telah dibekalkan di

bengkel projek. Bahan-bahan bermotor dibeli di pasaran mengikut kemampuan.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

Operasi seperti memotong logam dilakukan dengan band saw dan grinder cutter dan

kimpalan dilakukan dengan kimpalan TIG dan MIG mengikut kesesuaian. Nat dan bolt

pemasangan dikenalpasti berdasarkan kekuatan yang diperlukan. Akhir fabrikasi untuk

kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin untuk

membantu melindungi daripada unsur-unsur pencemaran.

Melalui ujian, Mesin Pembersih Botol Susu terbukti memenuhi matlamat yang

ditetapkan. Ia berjaya membawa membersih 30 botl susu dalam masa 10 minit. Selain itu,

steamer yang digunakan dengan kaedah yang betul dapat menjamin kebersihan tahap aras A.

Mesin Pembersih Botol Susu mengekalkan keupayaan untuk diubahsuai sekiranya ianya

perlu digunakan di industri kecil seperti industri kitar semula botol dan industri makanan seperti

perusahaan jem dan kicap.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Mesin Pembersih botol susu ini tidak lagi terdapat di pasaran Malaysia Mesin Pembersih

botol susu yang mempunyai ciri ciri automasi untuk membantu operator. Mesin Pembersih Botol

Susu bertujuan membantu menjimatkan tenaga semasa kerja pembersihan botol.

Kajian menyeluruh di internet mendapati pelbagai produk Mesin Pembersih botol sedia ada

seperti jenama Kronos dan seumpamanya di pasaran luar negara, tetapi semua produk-produk ini

masih terdapat kekurangan limitasi saiz yang dicadangkan dalam projek ini. Salah satu produk

yang sedia ada ialah “Powered Buggy” yang memang menggunakan motor tetapi harganya

hampir mencecah US$10,000. Ia dipasarkan lebih untuk segmen industri besar dan bukan untuk

kegunaan taska atau industri perusahaan makanan kecil-kecilan.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

Buat masa ini, masalah pembersihan botol di taska dilakukan secara manual dan mengambil

masa yang agak lama dan kebersihan yang agak meragukan disebabkan kesuntukan masa. Kerja-

kerja pembersihan botol biasanya dilakukan oleh penjaga budak yang perlu meninggalkan

kanak-kanak seketika semasa menyediakan susu. Masa yang digunakan untuk membersih dan

menyediakan susu akan menjadi risiko kepada penjagaan kanak-kanak tersebut. Untuk

menjadikan kerja kerja penjagaan kanak-kanak menarik kepada penjaga budak. Dengan usaha

automasi di taska akan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja penjagaan kanak-kanak

di Malaysia.

1.3 OBJEKTIF

Objektif utama kajian ini adalah untuk merekabentuk sebuah Mesin Pembersih Botol Susu

untuk membersih 20 botol susu dalam masa 10 minit dengan mencapai aras kebersihan tahap A.

Berikut disenaraikan beberapa objektif yang terlibat:

Mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap produk.

Menguji lari dan menganalisa mesin tersebut untuk menambah baik mesin.

Melakukan kajian literatur tentang produk yang dipilih.

1.4 SKOP

Secara umumnya, skop kajian ini adalah:

Page 5: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

Menentukan komponen-komponen bagi rekabentuk sebuah Mesin Pembersih Botol Susu

untuk Susu untuk membersih 30 botol susu dalam masa 10 minit dengan mencapai aras

kebersihan tahap A yang akan diujilari untuk mengenalpasti masalah kendalian kerja

pembersihan botol susu di taska.

Menganalisis dan mengenalpasti dengan terperinci terhadap saiz rekabentuk secara

keseluruhannya. Ianya melibatkan penentuan kuasa yang diperlukan dan spesifikasi komponen

seperti bateri, kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan. Bahan-bahan binaan terdiri dari

pvc,kepingan logam,cat dan perspek.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Mesin Pembersih Botol Susu adalah mesin mudah yang boleh digunakan di taska-taska di

Malaysia. Ia digunakan dalam usaha untuk meringankan kerja untuk membersih botol susu

secara cepat dan cekap dibandingkan dengan cara melakukannya secara manual. Mesin

Pembersih Botol Susu ini boleh diubahsuai untuk peralatan industri ringan yang banyak

menggunakan botol kitar semula. Antara kegunaannya adalah di taska kanak-kanak dan

pembersihan botol.

Satu peralatan yang diperlukan untuk meringankan kerja pembersihan botol adalah

sebuah Mesin Pembersih Botol Susu. Kerja membersih boleh dimudahkan dengan bantuan

pembersih bermotor dan usaha menyahkuman boleh dilakukan dengan menggunakan steamer.

Page 7: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

2.2 JENIS-JENIS ALAT PEMBASMI KUMAN YG TERDAPAT DI PASARAN:

Rajah 2.2.a Gland Electric Bottle Warmer

Direka untuk muat dua botol dalam sekaligus, Gland adalah penggunaan botol dual lebih

panas dengan sistem elektrik berkelajuan tinggi yang bekerja cepat dan cekap. Ia adalah gred

makanan, tidak mempunyai bahan cemar lain, dan mempunyai novel sistem tiga fungsi yang

memanaskan dan memanaskan susu dan botol bayi disterilkan dan aksesori makanan yang lain

dengan cepat. Ini Pemanas warmers tidak melarut nutrien. Ia juga adalah kuasa yang cekap,

mempunyai ciri-ciri pematian automatik untuk keselamatan, dan menawarkan sensing suhu

maju.

Rajah 2.2.b Gland Portable Baby Bottle Warmer

Bagi mereka yang melakukan perjalanan kerap dan mencari pemanas makanan yang

padat dan sesuai untuk perjalanan dan sterilizers stim elektrik, botol bayi mudah alih ini lebih

Page 8: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

panas dan sterilizer oleh Bland adalah antara yang terbaik. Ia mempunyai elemen pemanas maju

yang mengoptimumkan fungsi dan kecekapan; dan panel paparan besar yang memudahkan

penggunaan. Ia juga tahan lama, menawarkan fungsi panas dan pemanasan, dan mempunyai

peringatan suara yang memberitahu anda apabila makanan siap atau apabila proses pensterilan

selesai. Satu model asal akan menggembirakan anda.

Rajah 2.2.c TEG Little Angels Bottle Sterilizer

TEG Little Angels ialah pelbagai fungsi botol bayi tiga dalam satu panas dan sterilizer

dengan auto ciri pematian dipercayai yang meningkatkan keselamatan. Teknologi wap

revolusioner bekerja cepat dan cekap. Ia tidak memerlukan sabun atau bahan kimia untuk

membersihkan, dan mempunyai termostat automatik yang mengawal haba secara automatik

untuk pengalaman pemanasan dan atau pensterilan terbaik. Anda juga mendapat ciri-ciri anti-

kering yang berfungsi dengan baik, pemerah dan cawan kebersihan untuk mengekstrak jus, dan

bina universal yang sesuai dengan beberapa balang dan botol jenama terkenal.

Rajah 2.2.d Wabi Baby Electric Steam Sterilizer and Dryer

Wabi Baby penguap elektrik adalah aksesori bayi maju dan mudah untuk digunakan yang

berfungsi sebagai pengering botol yang cekap. Ia mempunyai dalaman besar yang sesuai

Page 9: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

sehingga lapan bersaiz botol susu bayi standard dalam sekaligus. Ia juga mempunyai sensor

pintar yang meningkatkan fungsinya; kerja-kerja dalam 8-15 minit cepat kitaran; dan

menawarkan tiga pilihan pengeringan (30, 45, dan 60 minit) yang anda boleh mengoptimumkan

untuk memenuhi jenis anda botol atau aksesori. Wabi Baby mudah untuk digunakan dan

mempunyai mengira detik pemasa untuk pengurusan masa yang lebih baik.

Rajah 2.2.e Philips AVENT Classic Plus 3-in-1 Electric Steam Sterilizer

Ia adalah sesuai untuk dibawa melancong. Ia juga mempunyai melengkung berus botol

kepala untuk pembersihan lebih mudah, dan mempunyai sistem yang sasa dan boleh laras yang

membunuh sehingga 99.9% kuman berbahaya menggunakan wap semula jadi.

Rajah 2.2.f Philips AVENT 3-in-1 Electric Steam Sterilizer

3-in-1 Philips AVENT sterilizer akan sesuai dengan sempurna item yang anda ingin

mensteril dan akan mengambil sekurang-kurangnya jumlah ruang dapur. Jangan bimbang sama

Page 10: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

ada anda mempunyai leher luas atau botol leher bayi sempit kerana ia sesuai dengan kedua-dua

sempurna. Ia hanya akan mengambil 6 minit untuk mensterilkan botol anda dan aksesori mereka.

2.2.g Munchkin Steam Guard Electric Sterilizer

Anda pasti akan suka sterilizer wap ini kerana ciri-ciri yang lebih baik. kapasiti besar

yang membolehkan untuk memegang sehingga sembilan botol bayi dan aksesori mereka pada

bila-bila masa. Mudah untuk digunakan dengan kitaran pembersihan bermula hanya dengan

menekan satu butang. Ia sterilizes sepenuhnya dalam masa 6 minit dan secara automatik

menutup selepas proses pensterilan selesai. sterilizer ini akan melindungi bayi anda daripada

99.9 peratus daripada semua bakteria berbahaya.

2.2.h Philips AVENT BPA Free Microwave Steam Sterilizer

Direka untuk menjadi padat dan ringan, sterilizer wap ini menggabungkan kelebihan

pensterilan wap dan kemudahan microwave untuk memberi perlindungan yang terbaik untuk

Page 11: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

bayi anda. Dengan mesin ini, anda boleh mensterilkan enam botol dan aksesori mereka pada

bila-bila. Ia dapat mengekalkan kandungan selama lebih 24 jam.

Rajah 2.2.i The First Years Babypro Sterilizer

Mempunyai Steam Tower Technology, yang secara individu mengarahkan wap di dalam

setiap botol dalam pensteril dan terbina dalam rak pengeringan. Dulang boleh dikeluarkan untuk

berhawa mengeringkan barangan bayi. Ia sterilizes sepenuhnya di dalam kedua-dua luar dan di

dalam botol bayi.

Rajah 2.2.j Tommee Tippee Steam Sterilizer Set

Botol bayi sterilizer ini dilengkapi dengan dua botol 150ml / 5Fl auns, satu penyepit

puting, satu formula dispenser. Ia mempunyai sistem kimia sterilizing percuma yang membunuh

99.9 peratus kuman dan memastikan bahawa kandungan kekal steril sehingga 24 jam. Kali

pensterilan adalah hanya 5 minit.

Page 12: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

Rajah 2.2.k Philips AVENT Electric Steam Sterilizer

Ciri-ciri hebat yang disediakan termasuk tiga dalam satu reka bentuk memegang pelbagai

botol klasik, pam, dan aksesori. sterilizer ini menghapuskan 99.9 peratus daripada bakteria yang

boleh melekat pada bahan-bahan dalam masa 6 minit dan kandungan kekal steril sehingga 24

jam. Ia membersihkan dengan kitaran 6 minit dan mempunyai auto shut off.

Rajah 2.2.l Tommee Tippee 37FHG65 Electronic Steam Sterilizer

Tommee Tippee 37FHG65 merupakan bekas pensterilan wap maju dengan sistem

elektrik yang berkesan yang mensterilkan botol bayi dan beberapa aksesori lain. Ia adalah

mudah untuk digunakan, diperbuat daripada bahan tahan lama dan mempunyai sistem

bebas bahan kimia yang cekap yang bekerja cepat dan cekap. Ia juga mempunyai

penunjuk lampu oren yang mencerminkan status, sebuah badan yang tertutup yang

menyimpan sehingga enam botol, puncak kubah, dan puting steril untuk sehingga 24 jam,

dan sistem elektrik yang berwayar yang merendahkan penggunaan kuasa. Anda juga

Page 13: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

mendapat botol bayi Easi-Vent 150ml, nada teat, berus botol, dan soother tulen 0-3m

dengan setiap pembelian.

Rajah 2.2.m Gland Milk Warmer and Bottle Electric Steam Sterilizer

Gland adalah pemanas susu yang juga bekerja sebagai botol sterilizer elektrik yang

sempurna. Ia tahan lama, mempunyai dalaman yang besar yang boleh memuatkan sehingga

empat botol dalam sekaligus, dan paparan digital yang memudahkan persediaan dan penggunaan.

Oleh kerana kebanyakan penguap yang bermutu tinggi. Ia mempunyai reka bentuk yang indah

dan padat yang tidak mengambil banyak ruang kaunter, dan direka dengan baik sistem elektrik

dan mengukus yang tidak menggunakan sabun, bahan pencuci, dan produk berasaskan kimia

yang lain untuk membersihkan. Anda tidak mempunyai risiko kesihatan bayi anda.

2.5 KESIMPULAN

Kajian literature adalah penting bagi setiap projek yang hendak dibuat. Setiap kajian

meliputi teori, analisis, masalah, perancangan, spesifikasi rekabentuk, dan sebagainya. Kajian ini

adalah berkenaan butir-butir yang perlu diambil kira setelah menjalankan projek.

Kesimpulannya, kajian literature membolehkan para pelajar membuat kajian tentang apa

yang telah dilakukan oleh mereka. Oleh itu, kajian ini boleh diteruskan agar penambahbaikan

pada projek dapat diteruskan serta menghasilkan projek yang lebih baik.

Page 14: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Kes kes keracunan dan kawalan kebersihan di taska-taska Malaysia yang melibatkan

botol susu masih belum dikaji secara meluas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun

banyak desas desus kebimbangan ibu bapa terhadap isu ini menjadikan kajian merekabentuk

sebuah mesin pencuci botol susu untuk taska Malaysia agak mendesak masa ini.

Mesin basuh botol sesuai untuk taska Malaysia sempurna masih belum direka.

Pencapaian ini menjadi matlamat kajian kertas ini perlu dikaji dalam beberapa dimensi dengan

merujuk kepada pandangan ahli kimia, ahli bakteriologi, operator taska, jurutera dan pengusaha

taska sendiri. Kertas kerja ini membincangkan bagaimana kompromi dilaksanakan untuk

mencapai situasi menang menang agar rekabentuk yang ingin dicapai ini relevan diaplikasikan

masa kini.

Faktor utama focus rekabentuk adalah botol dibasuh dengan memuaskan. Mesin ini harus

mencuci botol secara fizikal bersih dan memuaskan di sudut bakteriologi, dan pada masa yang

sama mesti mengendalikan botol itu dengan selamat dan lembut pada semua peringkat. Mesin

Page 15: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com Botol... · kekemasan dan penampilan Mesin Pembersih Botol Susu dicat dengan cat anti toksin ... kekuasaan motor dan ergonomik penggunaan.

mesti ekonomi untuk dibeli, dipasang dan dikendalikan. Akhir sekali ia mesti sesauai menepati

kehendak pengguna dengan keadaan mudah dipasang di ruang terhad di taska dan tiada ancaman

hazad kepada penghuni taska.

3.2 CARTA ALIRAN METODOLOGI

TIDAK

Rajah 3.2 : Carta aliran metodologi

Mula

Penyataan Masalah

Kajian

Idea Reka Bentuk

Modifikasi

Tamat

Pengujian