BAB 1- Pengenalan Laporan Latihan Industri

download BAB 1- Pengenalan Laporan Latihan Industri

of 6

Transcript of BAB 1- Pengenalan Laporan Latihan Industri

  • 7/30/2019 BAB 1- Pengenalan Laporan Latihan Industri

    1/6

    1

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pengenalan Latihan IndustriLatihan industri adalah satu syarat wajib untuk diambil bagi pelajar Politeknik

    iaitu semester tiga bagi pelajar kursus Sijil dan semester empat bagi pelajar

    kursus Diploma sebelum diberikan peranugerahan Sijil atau Diploma sesuatu

    jurusan yang diambil oleh pelajar berkenaan oleh pihak Politeknik. Para pelajar

    akan menjalani latihan industri selama enam bulan bersamaan dengan satu

    semester di sebuah syarikat atau kilang yang dipilih oleh pelajar tersebut

    sebelum menjalani latihan industri. Dalam tempoh enam bulan tersebut, pelajar

    dikehendaki mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat

    berkenaan. Setiap pelajar yang menjalani latihan industri di sesebuah syarikat

    harus menjaga tingkahlaku dan tatatertib sebagai seorang pelajar kerana setiap

    pelajar yang menjalani latihan industri akan membawa imej dan nama Institut

    Pengajian Tinggi dimana pelajar tersebut menuntut ilmu.

    Selain itu, latihan industri amat perlu bagi setiap pelajar Institut Pengajian

    Tinggi sebagai pendedahan awal kepada para pelajar sebelum memasuki alam

    pekerjaan yang sebenar sebelum menamatkan pengajian. Setiap pelajar

    seharusnya perlu memilih sesuatu tempat untuk menjalani latihan industri yang

    sesuai dengan kos kursus yang diambil semasa di Institut Pengajian Tinggi bagi

    memastikan kelangsungan ilmu yang berkaitan dapat diperolehi.

  • 7/30/2019 BAB 1- Pengenalan Laporan Latihan Industri

    2/6

    2

    Selain itu juga, sepanjang tempoh pelajar menjalani latihan industri, para pelajar

    dapat mempraktikkan ilmu yang di pelajari semasa di Politeknik pada syarikat

    tersebut serta dapat mempelajari ilmu ilmu baru yang akan diperolehi semasa

    menjalani latihan industi selama satu semester.

    Pelajar yang menjalani latihan industri perlu membuat Laporan Harian dan

    Mingguan berkaitan dengan aktiviti yang di lakukan di tempat kerja dan perlu

    menyerahkan kepada pegawai yang meyelia pelajar tersebut untuk diperiksa dan

    ditandatangani. Selain itu juga, pensyarah daripada Politeknik juga akan

    melakukan pemantauan ke tempat pelajar yang sedang menjalani latihan industri

    untuk melihat prestasi dan perkembangan semasa tentang pelajar tersebut.

    Latihan industri juga dapat memupuk semangat kerjasama kerja secara

    berpasukan pada setiap pelajar dan para pelajar yang menjalani latihan industri

    akan di bimbingi oleh pekerja pekerja yang berkemahiran tinggi dan

    mempunyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang. Hal ini akan

    memberikan impak penambahbaikan yang positif pada diri pelajar seterusnya

    akan menghasilkan pelajar yang berkemahiran, produktif dan kebolehpasaran

    yang tinggi di dalam mahupun di luar negara.

  • 7/30/2019 BAB 1- Pengenalan Laporan Latihan Industri

    3/6

    3

    1.2 Objektif Latihan IndustriLatihan Industri ini dirangka oleh pihak Politeknik dan dijadikan syarat wajib

    bagi pelajar untuk menjalaninya kerana melihat ia merupakan satu perkara yang

    boleh mendatangkan kebaikan kepada para pelajar. Antara objektif Latihan

    Industri secara amnya yang boleh diketahui ialah:-

    a) Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang bakalditempuh.

    b) Meluaskan dan menambahbaiki ilmu teori dan teknikal yang dimilikipelajar.

    c) Membolehkan pelajar mengaitkan teori dan teknikal yang dipelajari diPoliteknik dengan aspekaspek praktikal di firma di tempat pelajar

    menjalani Latihan Industri.

    d) Dapat menerapkan kebolehan kerja secara berpasukan dan dapat melatihdiri para pelajar untuk mempelajari cara berkomunikasi dengan majikan

    atau orang atasan dengan tatacara yang betul.

    e) Dapat menerapkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinantinggi terhadap kerja yang diberikan oleh majikan untuk diselesaikan

    dalam masa yang ditetapkan serta sikap ini akan menjadi sebatian dalam

    diri pelajar.

    f) Melatih pelajar supaya dapat mempelajari cara untuk menyediakanlaporan rasmi dan catatan ringkas secara teknikal supaya pelajar tidak

    berasa janggal ketika dikehendaki membuat laporan rasmi ketika di alam

    pekerjaan nanti.

  • 7/30/2019 BAB 1- Pengenalan Laporan Latihan Industri

    4/6

    4

    1.3 Objektif Laporan Latihan IndustriSetiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah Laporan Akhir Latihan Industri

    yang lengkap mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik

    Ibrahim Sultan. Setiap pelajar hendaklah menyediakan laporan mengenai aktiviti

    yang telah diikuti sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri.

    Salah satu objektif Laporan Latihan Industri adalah untuk melatih para pelajar

    supaya mampu menghasilkan sebuah laporan lengkap dengan mengikuti semua

    syarat

    syarat yang telah ditetapkan dan memenuhi kehendak sesebuah industri.

    Selain daripada itu, laporan ini akan menjadi bukti di mana para pelajar telah

    menjalani Latihan Industri dengan jayanya.

    Antara objektifobjektif lain Laporan Latihan Industri ini adalah :-

    a) Menguji kemampuan pelajar untuk mendokumentasikan segala aktivitikerja harian sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di sesebuah

    firma.

    b) Membiasakan diri pelajar untuk menyediakan laporan rasmi dan secaratidak langsung pelajar lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan

    setelah tamat pembelajaran.

    c) Membantu para pelajar supaya berkeyakinan tinggi untuk berkomunikasidan berhadapan dengan majikan bagi mendapatkan

    maklumat - maklumat yang berkaitan dengan Laporan Latihan Industri.

    d) Mendisplinkan para pelajar untuk bijak menguruskan masa untukmembuat Laporan Latihan Industri pada masa yang ditetapkan.

  • 7/30/2019 BAB 1- Pengenalan Laporan Latihan Industri

    5/6

    5

    1.4 Kepentingan Latihan IndustriLatihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang

    kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran

    yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai

    perspektif dan secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang

    sedia ada yang terdapat di dalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping

    mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja

    yang di lalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk

    menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi

    kelak.

    Selain itu, Latihan Industri ini juga akan mengurangkan rasa gementar dan rasa

    janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal

    merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian

    masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu

    pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung, ia dapat

    memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan sebenarnya

    adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika

    pembelajaran.

  • 7/30/2019 BAB 1- Pengenalan Laporan Latihan Industri

    6/6

    6

    Dari sudut lain pula, Latihan Industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar

    untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak

    dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu

    yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja

    yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk

    bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

    Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat

    besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi

    semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang.

    Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh

    tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk

    meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang

    pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.