201 - 249 Latihan Industri

download 201 - 249  Latihan Industri

of 48

Transcript of 201 - 249 Latihan Industri

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA

LATIHAN INDUSTRI

201

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATIHAN INDUSTRIFAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA1. PENGENALAN

Latihan Industri FSKTM merupakan satu program latihan yang diwajibkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan dan membuka minda pelajar mengenai operasi dan aktiviti sebenar di tempat kerja. Melalui Latihan Industri, pelajar dapat melihat bagaimana konsep-konsep sains komputer dan teknologi maklumat yang dipelajari di universiti boleh dipraktikkan di dalam proses pembangunan dan pengurusan harian sesebuah organisasi. Ia juga akan mengembangkan dan mempertingkatkan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar terutamanya di bawah bimbingan professional dari industri dan Universiti. Sehubungan dengan itu, Latihan Industri memainkan peranan sebagai titik persediaan bagi membolehkan seseorang pelajar itu mencebur diri dalam sesuatu profesion yang berkaitan dengan bidang yang dipilih. Buku panduan ini dihasilkan dengan tujuan untuk menjadi rujukan dan panduan kepada Jawatankuasa Latihan Industri, organisasi/syarikat, penyelia syarikat, penyelia Fakulti dan pelajar. Ianya menyediakan garis panduan berkaitan dengan fungsi atau peranan yang perlu dimainkan oleh kesemua pihak yang terlibat dengan Latihan Industri, skop latihan yang diperlukan serta cara penilaian yang dilaksanakan. 2. DEFINISI LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri ialah latihan yang dilalui oleh pelajar di organisasi/syarikat yang berkaitan dengan bidang sains komputer dan teknologi maklumat dalam jangkamasa yang ditetapkan untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di Universiti. 3. MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI

Matlamat Latihan Industri ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di organisasi/syarikat yang berkaitan selaras dengan hasrat Fakulti melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan semasa negara.

203

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

4.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI a. Membentuk pelajar menjadi seorang graduan cemerlang yang sentiasa berfikiran terbuka, berinovasi, bijak berkomunikasi dan berdaya-saing, Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar proses pengoperasian, pembangunan dan pengurusan di tempat kerja, Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri sebagai ahli projek di dalam menyiapkan sesuatu tugasan atau pembangunan projek di dalam jangka waktu yang telah ditetapkan, Memberi pengalaman kepada pelajar mempelajari teknik menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bekerja dan mampu menyumbang buah fikiran yang bermutu kepada organisasi, Membolehkan pelajar dan Universiti mendapat pendedahan kepada sistem dan teknologi terkini yang sedang digunakan oleh organisasi luar, Memberi peluang kepada organisasi dan industri melatih serta mengenalpasti kewibawaan bakal graduan universiti tempatan, Mendapat maklum balas untuk pemantauan kualiti kursus di Fakulti, dan Memotivasikan pelajar untuk memperbaiki pencapaian akademik selepas menjalani Latihan Industri.

b. c.

d.

e.

f. g. h.

5.

PERLAKSANAAN

5.1 Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Jawatankuasa Latihan Industri FSKTM dilantik oleh Dekan untuk satu tempoh tertentu. Ianya terdiri daripada beberapa orang wakil dari setiap jabatan di Fakulti dan diketuai oleh seorang Penyelaras. Tugas Jawatankuasa Latihan Industri FSKTM ialah untuk : a. b. c. d. e. Merancang, melaksana dan menyelaras program Latihan Industri. Menyediakan garis panduan dan maklumat berkaitan melalui laman web Menyelaraskan program Latihan Industri di Fakulti dengan Unit Latihan Industri Universiti Malaya. Menyiapkan skop latihan atau bidang tugas Latihan Industri untuk panduan pelajar dan makluman majikan serta penyelia. Memaklumkan kepada ULIP cara penempatan pelajar bagi Latihan Industri adalah mengikut prosedur 2b.

204

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

f. g. h. i. j. k.

Mengenalpasti pelajar yang akan menjalani Latihan Industri dan memastikan mereka mendaftar. Menghantar Borang 2b kepada ULIP sebulan sebelum Latihan Industri bermula. Memastikan syarat Latihan Industri yang ditetapkan dalam kurikulum dipatuhi. Memberi taklimat kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Industri. Mengenalpasti/memperakukan organisasi yang sesuai untuk penempatan pelajar. Memastikan pelajar menghantar Borang 1 (Lampiran I), resume (Lampiran II) dan keputusan peperiksaan kepada Jawatankuasa Latihan Industri FSKTM. Memastikan pelajar mendapat insurans (Lampiran III), borang pengesahan Latihan Industri (Lampiran IV), borang penilaian kendiri (Lampiran V) dan surat pengesahan (Lampiran VI) dari ULIP. Mengiklan, mempromosi dan menggalakkan pelajar menghadiri program persediaan yang dikendalikan oleh ULIP. Menghantar dan memantau pelajar di organisasi/syarikat semasa menjalani Latihan Industri. Melantik pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat sebagai Penyelia Fakulti untuk menyelia setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri. Memberi perhatian terhadap kebajikan pelajar semasa menjalani Latihan Industri. Membina dan mengemaskini kaedah penilaian. Mengagih pensyarah fakulti sebagai penyelia kepada pelajar. Mengumpul, menyemak, menyelaras serta mengemukakan keputusan Latihan Industri pelajar kepada Timbalan Dekan (Akademik). Menerima serta menganalisis maklumbalas daripada penyelia di organisasi/syarikat.

l.

m. n. o.

p. q. r. s. t.

5.2 Waktu Latihan Industri Pelajar yang layak diwajibkan menjalani Latihan Industri pada TAHAP 2 SEMESTER 2 mulai bulan Febuari selama tempoh yang dinyatakan di bawah bagi ambilan yang berkenaan.

205

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Ambilan 1998/1999 1999/2000 2000/2001* 2001/2002 2002/2003 2003/2004 dan seterusnya

Kod WXES2190 WXES2190 WXES2191

Jam Kredit 9 9 10

Tempoh (Minggu) 18 18 20

WXES2192

8

16

* Pelajar ambilan 2000/2001 dikehendaki menjalani Latihan Industri di akhir pengajian

Dalam kes-kes tertentu, Dekan boleh memperakukan pelajar untuk memulakan Latihan Industri pada waktu-waktu selain daripada bulan Febuari. 5.3 Kelayakan Pelajar Latihan Industri diwajibkan kepada semua pelajar tahap 2 yang telah disenaraikan layak ke semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat sebagai salah satu keperluan pengijazahan Ijazah Sarjana Muda mereka. Pelajar-pelajar: a. b. c. d. Wajib lulus sekurang-kurangnya gred C bagi kesemua kursus teras wajib fakulti tahap 1, Telah mengambil kesemua kursus teras wajib fakulti tahap 2, Wajib menjalani Latihan Industri sebelum mendaftar untuk Projek Ilmiah Tahap Akhir 1, Latihan Industri akan diambilkira dalam pengiraan jumlah jam kredit maksimum yang boleh diambil oleh seseorang pelajar. Justeru itu : i. ii. Pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya PNG 2.5 dan ke atas, dibenarkan mendaftar untuk 4 subjek dan Latihan Industri, Pelajar yang memperolehi PNG tidak kurang dari 2.0 tetapi tidak melebihi 2.5, dibenarkan mendaftar untuk 3 subjek dan Latihan Industri, dan Pelajar di bawah pemerhatian, dibenar mengambil 2 subjek dan Latihan Industri.

iii. e.

Tidak dibenarkan menangguh Latihan Industri ke semester terakhir tempoh pengajian mereka jika mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

206

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

5.4 Jenis Organisasi/Syarikat Sebagai langkah untuk memastikan organisasi/syarikat yang menawarkan Latihan Industri berupaya memberi latihan yang bersesuaian dengan bidang sains komputer dan teknologi maklumat, Fakulti telah menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh mana-mana organisasi/syarikat yang berminat, iaitu : a. Mana-mana organisasi/syarikat di luar Universiti Malaya yang fungsi organisasinya adalah berkaitan dengan sektor teknologi maklumat (pembangunan sistem atau alatan dan rangkaian teknologi maklumat) Organisasi di dalam Universiti Malaya yang dibenarkan ialah mana-mana unit atau pusat pentadbiran selain daripada fakulti-fakulti, dan berkaitan dengan pembangunan sektor teknologi maklumat. Bagi organisasi/syarikat yang beroperasi di luar negara, seperti negara ASEAN, perlu mendapat kebenaran Dekan terlebih dahulu tetapi ianya tidak digalakkan. Organisasi/syarikat tidak wajib menyediakan elaun atau saguhati kepada pelajar Organisasi/syarikat mesti menawarkan waktu kerja dan suasana kerja yang formal sahaja. Kerja malam, teleworking, virtual office dan sebagainya, tidak dibenarkan. Organisasi/syarikat menawarkan Latihan Industri yang berorientasikan pengaturcaraan, pengendalian sistem rangkaian, merekabentuk dan membangunkan sistem dan seumpamanya sahaja. Kerja-kerja yang hanya menjurus kepada penjualan, pentadbiran, pengajaran dan seumpamanya, tidak dibenarkan. Beberapa organisasi/syarikat telah mengesahkan kesanggupan untuk menerima pelajar bagi Latihan Industri. Nama dan alamat organisasi / syarikat ini akan diumumkan kepada pelajar melalui notis di papan kenyataan, papan notis elektronik dan laman Web Latihan Industri.

b.

c.

d. e.

f.

g.

5.5 Skop Latihan Organisasi/syarikat yang menawarkan Latihan Industri kepada pelajar mestilah berupaya untuk melatih mereka dalam aspek sains komputer dan teknologi maklumat secara praktikal. Bidang tugas yang disyorkan adalah : a. b. Menjadi ahli projek pembangunan sistem, menjalankan kajian kesesuaian, analisis, rekabentuk, pemasangan, senggaraan dan penilaian. Melakukan penyelesaian masalah dan pengaturcaraan dalam pembinaan sistem pengurusan maklumat, capaian web, kawalan sistem rangkaian dan penyelidikan serta pembangunan.

207

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

c.

Menjalankan analisis, rekabentuk dan implementasi menggunakan peralatan dan teknologi terkini untuk tujuan peningkatan kualiti dan produktiviti.

Di samping itu juga, organisasi/syarikat mempunyai tanggungjawab untuk memberi peluang bagi pelajar mendapatkan pengalaman menjadi kakitangan cemerlang serta berupaya untuk : a. b. c. 5.6 a. Berkomunikasi dengan baik serta berhemah, Berdikari, dan Berinovasi Peranan Pelajar Mengenalpasti dan memohon terus kepada organisasi/syarikat yang bersesuaian bagi mendapatkan tempat latihan dan memaklumkan kepada Jawatankuasa Latihan Industri untuk diperakukan. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Latihan Industri jika gagal mendapat tempat latihan dan bersedia menerima tempat latihan industri yang ditentukan oleh Jawatankuasa Latihan Industri. Menghadiri taklimat mengenai Latihan Industri. Menghadiri satu bengkel dan satu ceramah korporat anjuran ULIP sebelum ke Latihan Industri. Menghantar Borang 1, resume dan keputusan peperiksaan kepada Jawatankuasa Latihan Industri FSKTM. Memilih satu tempat Latihan Industri sahaja. Mendapatkan insurans, Borang Pengesahan Latihan Industri, Borang Penilaian Kendiri dan surat pengesahan dari ULIP. Mengemaskini dan memulangkan Borang LI1 (Lampiran VII) ke Unit LI dalam tempoh 1 bulan setelah berada di tempat Latihan Industri. Menghantar Borang Penilaian Kendiri ke ULIP selepas tamat Latihan Industri. Mematuhi skop latihan yang dikehendaki. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditentukan oleh organisasi/syarikat di bawah penyeliaan seorang Penyelia Syarikat. Mematuhi segala peraturan di organisasi/syarikat selagi tidak bercanggah dengan peraturan Universiti. Sentiasa bersikap positif seta memberi sumbangan yang terbaik bagi membuktikan yang mereka adalah aset kepada organisasi/syarikat.

b.

c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m.

208

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

n. o. p.

Menjaga nama baik Universiti. Menghubungi Penyelia Fakulti dengan segera sekiranya menghadapi sebarang masalah. Membuat catatan aktiviti yang dilaksanakan di dalam buku log, menulis laporan Latihan Industri dan melaksanakan tugas lain sebagaimana yang diarahkan. Berada di tempat latihan dan membuat pembentangan tidak formal atau demonstrasi sistem/alatan yang telah digunakan/dipelajari semasa lawatan Penyelia Fakulti. Menunjukkan buku log untuk disemak oleh Penyelia Fakulti semasa lawatan. Menghubungi Penyelia Fakulti yang dilantik terutamanya ketika proses lawatan yang bakal diadakan. Nama Penyelia Fakulti akan diumumkan melalui laman Web Latihan Industri dalam masa sebulan sebelum tarikh lawatan.

q.

r. s.

5.7 Peranan Penyelia Fakulti a. b. c. Memastikan pelajar menjalani Latihan Industri selaras dengan objektif yang ditetapkan. Menetapkan jadual lawatan berpandukan kepada kalendar Latihan Industri untuk semester berkenaan. Melakukan lawatan ke organisasi/syarikat untuk membuat penyelarasan bidang tugas, memberi bimbingan, penyeliaan dan membuat penilaian dengan menggunakan Borang Penilaian Penyelia Fakulti (LI4) (Lampiran VII) ke atas pelajar serta berjumpa dengan penyelia organisasi/syarikat. Membantu menyelesaikan masalah pelajar yang berkaitan dengan bidang tugas. Meneliti buku log pelajar semasa lawatan. Menyemak serta menilai laporan pelajar. Mengagihkan dan mendapatkan kembali Borang Penilaian Penyelia Syarikat (LI3)(Lampiran VII). Menyelaraskan pemarkahan serta menyerahkan Borang Pemarkahan (LI5) (Lampiran VII) kepada Jawatankuasa Latihan Industri. Menyiapkan laporan penyeliaan dan penilaian serta memberi saranan untuk memperbaiki program Latihan Industri akan datang.

d. e. f. g. h. i.

209

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

5.8 Peranan Organisasi/Syarilat a. b. c. d. e. f. g. Mengenalpasti jumlah pelajar yang diperlukan, pengkhususan, serta spesifikasi kerja. Melantik mana-mana pegawainya sebagai Penyelia Syarikat kepada pelajar sepanjang tempoh pelajar menjalani Latiha Industri, Menentukan kerja pelajar mengikut skop latihan yang dicadangkan oleh Universiti. Memberi pendedahan yang sesuai supaya pelajar mendapat pengalaman berguna. Menyediakan kemudahan yang berkaitan dengan tugas yang diberikan kepada pelajar. Mempertimbangkan pemberian elaun yang berpatutan kepada pelajar yang menjalani Latihan Industri Memberi maklumbalas kepada Jawatankuasa latihan Industri mengenai latihan yang telah diberikan.

5.9 Peranan Penyelia Syarikat a. b. Menyelia pelajar sepanjang tempoh Latihan Industri, Berjumpa dengan Penyelia Fakulti serta membuat laporan penilaian pelajar dengan menggunakan Borang Penilaian Penyelia Syarikat (LI3) pada akhir tempoh Latihan Industri serta mengemukakannya kepada Fakulti. Meneliti serta menandatangani Buku Log setiap penghujung bulan atau pada jangka masa yang telah dipersetujui oleh Penyelia berkenaan. Menyemak laporan pelajar sebelum ianya diserahkan kepada Fakulti.

c. d.

210

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

5.10

Proses Penempatan Pelajar The Industrial Training Committee will provide a briefing on Industrial Training to the students Student are required to attend one corporate seminar and one workshop held by CITRA Student will take the confirmation form from the Faculty Student apply for Industrial Training placement on their own

Student inform Faculty their Industrial Training place or if they are unable to get any placement then they should inform about the status The Industrial Training Committee will select the place if the student get more than one placement offer Student registers for Industrial Training at the beginning of the semester Student registers online via the FCSIT Industrial Training website Student obtain insurance policy and self evaluation form from CITRA Student start Industrial Training (report company suitability within 2 weeks) Supervisor visit the student (Week 1016) Student complete the Industrial Training Student submit self evaluation form to CITRA Student send report the Faculty Supervisor in three weeks time after their Industrial Training Completion

211

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

6.

PENILAIAN

6.1 Tujuan Penilaian Tujuan penilaian ialah untuk : a. b. c. Mengukur prestasi kerja/ latihan dan mutu penghasilan pelajar, Menilai perkembangan sahsiah pelajar, dan Membimbing pelajar.

6.2 Kriteria Penilaian Pelajar a. Penilaian prestasi kerja meliputi aspek: i. ii. iii. iv. v. vi. Pengetahuan mengenai kerja dan keseluruhan kerja Mutu proses kerja. Ketetapan masa menghasilkan kerja Kualiti kerja Kuantiti kerja Daya usaha

vii. Daya kreatif dan inovasi viii. Pengetahuan mengenai syarikat dan pengetahuan am ix. x. b. Penyediaan Buku Log Persembahan di syarikat

Penilaian perwatakan pelajar meliputi aspek: i. ii. iii. iv. v. vi. Dedikasi Kerjasama Disiplin Dayasaing Tanggungjawab Kesediaan mendengar

vii. Komunikasi viii. Interaksi ix. x. xi. xii. Kejujuran dan keikhlasan Kebolehan membuat keputusan Berdikari Pakaian

212

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

6.3 Kaedah Penilaian Penilaian dilakukan pada 2 peringkat iaitu di organisasi/syarikat dan melalui penyediaan sebuah laporan. Kesemua penilaian dilakukan dengan menggunakan borang penilaian (Lampiran VII) yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Latihan Industri. Pengagihan markah bagi keseluruhan Latihan Industri ialah : a. b. c. 30% - Penilaian Penyelia Fakulti Borang LI2 30% - Penilaian Penyelia Syarikat Borang LI3 40% - Penilaian Laporan oleh Penyelia Fakulti Borang LI4

6.4 Penentuan Keputusan Pelajar a. b. c. GAGAL atau LULUS (tanpa gred) sahaja yang akan dicatat dalam transkrip. Tidak dikira di dalam pengiraan PNGK tetapi WAJIB LULUS. Wajib lulus kedua-dua bahagian yang dinilai, iaitu : i. ii. d. i. ii. iii. Di tempat latihan - 60% Laporan - 40% Bertukar-tukar tempat Latihan Industri tanpa mendapat kelulusan Penyelaras Jawatankuasa Latihan Industri Tidak menjalani Latihan Industri dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tidak berada di organisasi/syarikat ketika lawatan Penyelia Fakulti tanpa sebab yang munasabah setelah temujanji dibuat dan dimaklumkan kepada pelajar Tidak menghantar laporan pada tarikh yang telah ditetapkan Diadukan mempunyai masalah disiplin di organisasi/syarikat seperti kedatangan yang kurang memuaskan, bersikap sambil-lewa, tidak melapor diri dan sebagainya. Perkara ini akan disiasat dan sekiranya benar, akan di anggap GAGAL.

Pelajar akan dikira GAGAL jika:

iv. v.

7. a.

PENYEDIAAN BUKU LOG Setiap pelajar diwajibkan menyediakan sebuah buku log mengikut format yang disediakan untuk mencatat segala aktiviti dan kegiatan harian di organisasi/syarikat. Buku log tidak semestinya sebuah buku.

b.

213

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

c.

Buku log hendaklah disediakan dalam bentuk helaian kertas seperti format di bawah dengan mencatatkan tarikh dan aktiviti harian. TARIKH AKTIVITI KOMEN PENYELIA SYARIKAT

d.

Pastikan Penyelia Syarikat meneliti serta menandatangani buku log ini setiap penghujung bulan atau pada jangka masa yang telah dipersetujui oleh Penyelia berkenaan. Buku log juga wajib ditunjukkan kepada Penyelia Fakulti yang membuat lawatan. PENYEDIAAN LAPORAN Laporan hendaklah disediakan mengikut format yang telah ditetapkan. Sila rujuk kepada laman Web Latihan Industri untuk mendapatkan panduan menulis laporan (Lampiran VIII). Laporan perlu disemak oleh Penyelia Syarikat untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum diserahkan kepada Penyelia Fakulti Laporan hendaklah diserahkan kepada Penyelia Fakulti tiga minggu selepas tamat Latihan Industri. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada Penyelia Fakulti dan satu salinan lagi kepada organisasi/syarikat melalui Penyelia Syarikat.

e.

8. a.

b. c. d.

9. PENUTUP Melalui program Latihan Industri, pihak Fakulti dan Universiti amat berharap agar pelajar-pelajar dapat memanfaatkan peluang yang disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya.

214

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Borang 1A Latihan Industri Sarjana Muda FSKTM UM FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA

PENGESAHAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI : SESINama Pelajar : No. Kad Matrik Pelajar : Email Pelajar : Tarikh Mula dan Akhir Latihan : Nama Syarikat/Organisasi : Alamat : No. Telefon : sehingga

Penyelia Latihan Di Syarikat : Pangkat : Tandatangan Pelajar : No. Telefon : Tarikh :

Pelajar diwajibkan mengembalikan borang ini bersama salinan surat tawaran kepada alamat yang tertera di bawah dengan seberapa segera. Kegagalan membuat demikian akan menjejaskan program Latihan Industri pelajar dan pelajar akan dianggap sebagai tidak hadir di tempat latihan yang diperuntukkan. * Sila kembalikan borang ini kepada : Pejabat Am Annexe Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat Universiti Malaya Borang ini mesti dihantar selewat-lewatnya seminggu setelah memulakan Latihan Industri di Syarikat yang berkenaan.

215

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

LAMPIRAN 10.2 Resume : Format & Panduan

216

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

FORMAT RESUMENama Pemohon :

Alamat Penuh Pemohon : No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir dan Umur No. Telefon E-mel Objektif Kerjaya Nyatakan objektif kerjaya Rumusan Kelayakan Nyatakan apa yang dapat anda berikan dalam konteks jawatan yang dipohon. Pengalaman Kerja Pengalaman kerja pertama (nyatakan nama jawatan atau pengalaman kerja anda dan tempohnya). Huraikan pengalaman kerja yang dapat membantu anda dalam kerja yang dipohon. : : : :

Kemahiran Yang Berkaitan Nyatakan kemahiran yang berkaitan dengan jenis kerja yang dipohon seperti kemahiran menggunakan komputer, menaip, menjual barangan dan memberi perkhidmatan. Latar Belakang Pendidikan Senaraikan pengalaman pendidikan anda. Rujukan Senaraikan nama dan alamat orang yang boleh dirujuk tentang diri anda.

217

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

PANDUAN MENULIS RESUMEButiran Diri Gunakan kertas putih Tuliskan nama, alamat, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, umur, nombor telefon serta e-mel anda.

Pengalaman Kerja Senaraikan pengalaman kerja anda yang terbaru. Masukkan semua jenis pengalaman dan jawatan yang disandang. Untuk setiap pengalaman kerja, nyatakan nama jawatan dan tempoh, nama majikan dan tanggungjawab anda. Susun pengalaman tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan.

Pendidikan Senaraikan nama dan alamat sekolah dan institusi pengajian anda. Nyatakan tahun dan tempoh pengajian anda. Senaraikan kursus yang telah diikuti yang dapat menyokong permohonan anda.

Kemahiran, Kegiatan, Anugerah dan Minat Senaraikan kemahiran seperti menaip, bertutur dalam bahasa asing dan menggunakan komputer yang berkaitan dengan permohonan kerja anda. Senaraikan kegiatan sekolah atau khidmat masyarakat yang anda sertai. Senaraikan anugerah sijil atau surat kepujian yang diperoleh. Nyatakan hobi anda. Kemahiran tambahan lesen memandu mampu bertutur pelbagai bahasa

Rujukan Berikan nama dan alamat orang yang dapat memberi maklumat tentang latar belakang anda. Sebagai rujukan, anda boleh menyenaraikan nama majikan terdahulu, nama guru dan nama rakan yang mengenali anda.

218

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.3 Insurans (ULIP)

219

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

220

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.4 Borang Pengesahan Penempatan Latihan Industri (ULIP)

221

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

222

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

223

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

224

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.5 Borang Penilaian Kendiri (ULIP)

225

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

226

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kepada Pelajar: Ini merupakan satu kajian untuk meninjau pndapat serta maklum balas tentang penempatan anda di Organisasi industri dan kualiti perkhidmatan Unit Latihan Industri Pelajar di Universiti Malaya. Maklum balas daripada anda semua sangatlah pentingbagi mempertimbangkan lagi usaha untuk menyediakan pelajar, pelatih dan perkhidmatan yang lebih berkualiti pada masa yang akan dating. Adalah diharapkan agar anda semua dapat memberi kerjasama dengan menjawab semua item seikhlas mungkin. Semua maklumat yang anda beri adalah dirahsiakan. Sekian terima kasih.

Bahagian I Maklumat latar belakang organisasi dan pelajar pelatih. Isikan maklumat di ruangan yang disediakan atau tandakan dengan di kotak yang disediakan. 1. 2. 3. 4. Nama Pelajar : Fakulti : Tempoh masa latihan : Nama organisasi dan jabatan penempatan pelajar :

5.

Adakah latihan industri ini wajib bagi diri anda: a. Wajib b. Tidak wajib

6.

Berapa lama penempatan latihan industri yang anda perlukan? a. Tiga (3) Bulan b. Lima (5) Bulan

7.

Adakah anda memerlukan seorang penyelia dari Universiti Malaya? a. Diperlukan b. Tidak diperlukan

8.

Jika diperlukan, berapa kali anda mahu diselia oleh penyelia dari Universiti Malaya? a. b. c. d. Sekali Dua (2) Kali Tiga (3) Kali Lebih dari Tiga Kali 227

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Bahagian II Pelajar pelatih adalah diminta untuk membuat penilaian kendiri tentang pengalaman semasa latihan industri. Sila bulatkan nombor yang berkaitan yang setentang dengan setiap pernyataan. Sila gunakan skala yang berikut dalam membuat penilaian. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Sangat Tidak Puas Hati Tidak Puas Hati Puas Hati Sangat Puas Hati 1234 1234 1234 1234 1234 1234 1234 1234

Kehadiran yang menepati waktu (punctuality) Kebolehan untuk melaksanakan tugas/projek (Abllity to perform task/project) Berinisiatif/ berkesanggupan untuk belajar (Initiative/willingness to learn) Kesanggupan untuk menerima tanggungjawab (Willingness to accept responsibility) Minat terhadap tugas/ projek yang diberikan (Interest toward the task/project given) Komitmen terhadap tugas/ projek yang diberikan (Commitment towards the task/ project given) Perhubungan dengan pekerja lain dalam organisasi anda (Getting along with other personnel in your organization) Kebolehan dalam komunikasi/ menyampai maklumat dengan tepat (Ability to communicate/present information accurately) Memenuhi tata cara dan peraturan (Observation of rules and regulation)

9.

1234 1234

10. Kekemasan diri dan cara berpakaian (Neatness and dress code)

228

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahagian III Nyatakan tahap persetujuan anda terhadap pernyataan yang diberikan dengan menggunakan skala berikut dengan mengisikan nombor yang berkaitan di pangkal setiap pernyataan. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju

Saya telah bersedia untuk menjalani latihan industri di organisasi yang dipilih. Saya rasakan terdapat kekurangan dari segi pengetahuan semasa menjalani latihan . (Nyatakan ) Saya rasakan terdapat kekurangan kemahiran dalam diri saya semasa menjalani latihan industri. (Nyatakan ) Ada kursus-kursus tambahan yang perlu di masukkan dalam kurikulum saya di Universiti Malaya. (Nyatakan Nama Kursus itu ) Saya berpuas hati dengan mutu penyeliaan yang diberikan oleh penyelia dari Universiti Malaya. Saya berpuas hati dengan mutu penyeliaan yang diberikan oleh penyelia dari Organisasi di penempatan saya. Saya berpuas hati dengan kualiti pengalaman yang didapati dari program latihan industri ini. Saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Latihan Industri Pelajar, Universiti Malaya. Saya akan meyertai kursus berterusan yang disediakan oleh Unit Latihan Industri tentang pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja.

10. Sila beri cadangan bagaimana program latihan industri pelajar di organisasi dapat dipertingkatkan pada masa hadapan. Terima kasih kerana kesudian anda untuk menjawab soal selidik ini.

229

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

LAMPIRAN 10.6 Surat Pengesahan (FSKTM)

230

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Industrial Training Committee Faculty of Computer Science & Information Technology University of Malaya 50603 KUALA LUMPUR

I (name) hereby declare myself that the company I will be going for industrial training is not owned by my relatives and/or the department where I am placed is not under their administration.

Date:

Signature Full Name Matrics Number

: : :

Department :

231

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

232

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.7 Borang LI1 LI4 (FSKTM)

233

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

234

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Latihan Industri Sarjana Muda : FSKTM, UM FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLULMAT UNIVERSITI MALAYA PENILAIAN SEMASA LATIHAN OLEH PENSYARAH : SESI Nama Pelajar : Nama Penyelia / Pensyarah : Syarikat / Organisasi Yang Dilawati : Penyelia Latihan Yang Dihubungi : Pangkat : Taikh Lawatan : Masa :

LI2

Sila berikan penilaian yang berikut bagi soalan 1 dan 2 : 5 Amat Baik 4 Baik 3 Memuaskan 1-2 Kurang Memuaskan 1. Prestasi Kerja I. Pengetahuan mengenai kerja Kedalaman pengetahuan tentang bidang tugas yang diceburi Kuantiti kerja Jumlah kerja yang dibuat berbanding dengan tempoh kerja sepanjang pelajar tersebut berada di syarikat/ organisasi berkenaan. Pengetahuan mengenai syarikat Kebolehan memberi gambaran struktur organisasi syarikat, jenis perniagaan syarikat, pelanggan syarikat dll mengenai syarikat. Pengetahuan mengenai keseluruhan kerja Kebolehan memberi gambaran secara ringkas tentang keseluruhan projek yang diceburi serta kedudukan atau fungsi beliau di dalam projek.

(

)

II.

(

)

III.

(

)

IV.

(

)

235

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

IV.

Pengetahuan am Kebolehan memberi gambaran mengenai perkara-perkara lain yang dipelajari semasa latihan yang bukan menjurus kepada bidang teknikal sahaja. Penyediaan Buku Log Menunjukkan sikap teratur dalam menyiapkan buku log.

( (

) )

VI.

VII. Persembahan di Syarikat Kebolehan untuk mengadakan persembahan mengenai tugasan Syarikat. 2. Perwatakan Pelajar I. Komunikasi Kebolehan menyempaikan maksud, buah fikiran dan memberi maklumat dengan jelas dan teratur. Interaksi Kebolehan berinteraksi bersama pensyarah yang membuat lawatan secara professional. Pakaian Memakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan dan suasana kerja. Berdikari Membuktikan ada kerja-kerja penyelesaian yang tidak dibantu oleh sesiapa pun. Bukti fizikal mestilah mendapat pengesahan pensyarah.

(

)

(

)

II.

(

)

III.

(

)

IV.

(

)

3.

Ulasan keseluruhan oleh pensyarah :

JUMLAH :

55

X 30% =

Tandatangan Penyarah : 236

Tarikh :

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Latihan Industri Sarjana Muda : FSKTM, UM FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLULMAT UNIVERSITI MALAYA PENILAIAN SEMASA LATIHAN PENYELIA : SESI ________ Nama Pelajar : Nama Penyelia / Pensyarah : Syarikat / Organisasi Yang Dilawati : Penyelia Latihan Yang Dihubungi : Pangkat : Taikh Lawatan: Masa :

LI3

Sila berikan penilaian yang berikut bagi soalan 1 dan 2 : 5 Amat Baik 4 Baik 2 Memuaskan 1-2 Kurang Memuaskan 1. Prestasi Kerja I. Pengetahuan mengenai kerja Kedalaman pengetahuan tentang bidang tugas yang diceburi Mutu proses kerja Ketelitian, ketepatan dan kecekapan kerja. Ketepatan masa menghasilkan kerja Melaksanakan kerja dalam jangka masa yang telah ditetapkan Kualiti kerja Mutu hasil kerja dinilai dari segi kebolehan siswa menghasilkan kerja yang sesuai dengan piawaian profesion berkaitan pada tahap tertentu.

( (

) )

II. III.

(

)

IV.

(

)

237

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

V.

Dayausaha Kebolehan bertindak sendiri unuk menjalankan tugas dan menyelesaikan masalah. Daya kreatif dan inovasi Kebolehan mengeluarkan idea baru dan membuat pembaharuan serta perubahan dalam menjalankan tugas.

(

)

VI.

( (

) )

VII. Penyediaan buku log Menunjukkan sikap teratur dalam menyimpan buku log 2. Perwatakan Pelajar I. II. Dedikasi Sikap positif dan kesungguhan dalam menjalankan tugas. Kerjasama Sikap mahu melibatkan diri dengan kakitangan lain dalam menjalankan tugas. Disiplin Kesediaan pelajar mematuhi peraturan yagn telah ditetapkan oleh syarikat/organisasi. Dayasaing Usaha untuk menghasilkan kerja terbaik dari segi kualiti, kuantiti dan masa ke semasa. Tanggungjawab Kesediaan menerima dan melaksanakan tanggungjawab. Kesediaan mendengar Kesediaan mendengar dan menerima pandangan serta nasihat orang lain. Komunikasi Kebolehan menyampaikan maksud, buah fikiran dan memberi maklumat dengan jelas dan teratur.

(

)

(

)

III.

(

)

IV.

( (

) )

V. VI.

(

)

IV.

(

) )

VIII. Interaksi Kebolehan berinteraksi dengan penyelia secara professional. ( IX. Kejujuran dan keikhlasan Sifat jujur, iklas, amanah, timbang rasa dan adil dalam menjalankan tugas.

(

)

238

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

X.

Kebolehan membuat keputusan Keupayaan membuat keputusan dengan tepat dan dalam tempoh yang dikehendaki. Pakaian Memakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan dan suasana kerja.

(

)

XI.

(

)

3.

Senarai kerja yang telah diberikan : i. ii. iii. iv.

4.

Senaraikerja yang telah dilaksanakan : i. ii. iii. iv.

5.

Ulasan keseluruhan oleh penyelia syarikat :

JUMLAH :

90

X 30% =

Tandatangan Penyelia :

Tarikh :

239

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

Latihan Industri Sarjana Muda : FSKTM, UM FAKULTI SAINS KOMPUTER & TEKNOLOGI MAKLULMAT UNIVERSITI MALAYA PENILAIAN SEMASA LATIHAN OLEH PENSYARAH : SESI Nama Pelajar : Nama Pensyarah : Sila tandakan 1. bagi pemilihan markah yang bersesuaian.

LI4

Abstrak laporan yang disediakan adalah : Amat jelas dan menyeluruh Jelas dan mencukupi Jelas tetapi tidak mencukupi Kurang jelas dan tidak mencukupi Tiada langsung 8-9-10 6-7 4-5 1-2-3 0

2.

Pengenalan kepada syarikat/organisasi telah dinyatakan dengan: Amat jelas dan menyeluruh Jelas dan mencukupi Jelas tetapi tidak mencukupi Kurang jelas dan tidak mencukupi Tiada langsung 8-9-10 6-7 4-5 1-2-3 0

3.

Peranan yang dimainkan oleh pelajar dalam sesuatu projek itu telah dapat disampaikan kepada pembaca dengan : Amat jelas dan menyeluruh Jelas dan mencukupi Jelas tetapi tidak mencukupi Kurang jelas dan tidak mencukupi Tiada langsung 8-9-10 6-7 4-5 1-2-3 0

4.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa bertugas telah dapat dibentangkan dengan : Amat jelas dan menyeluruh Jelas dan mencukupi Jelas tetapi tidak mencukupi Kurang jelas dan tidak mencukupi Tiada langsung 8-9-10 6-7 4-5 1-2-3 0

240

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

5.

Pelajar telah berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan: Baik Memuaskan Sederhana Tidak memuaskan Tiada langsung 8-9-10 6-7 4-5 1-2-3 0

6.

Format dan persembahan gambarajah serta hubungan dengan teks telah dilakukan dengan : Baik Memuaskan Sederhana Tidak memuaskan Tiada langsung 8-9-10 6-7 4-5 1-2-3 0

7.

Mutu laporan dari segi kelengkapan, kekemasan dan bahasa adalah : Baik Memuaskan Sederhana Tidak memuaskan Tiada langsung 8-9-10 6-7 4-5 1-2-3 0

8.

Kesimpulan yang dibentangkan adalah : Amat jelas dan menyeluruh Jelas dan mencukupi Jelas tetapi tidak mencukupi Kurang jelas dan tidak mencukupi Tiada langsung 8-9-10 6-7 4-5 1-2-3 0

9.

Ulasan keseluruhan :

10. Berasaskan kepada penilaian yang telah dibuat, laporan ini diterima sebagai memuaskan/tidak memuaskan :

241

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

11. Sekiranya tidak memuaskan, hendaklah diperbuatkan dalam perkaraperkara berikut : i. ii. iii. iv.

JUMLAH :

80

X 40% =

Tandatangan Penyarah :

Tarikh :

242

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAMPIRAN 10.8 GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (FSKTM)

243

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA GARIS PANDUAN MENULIS LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 PENGENALAN Garis panduan ini disediakan untuk membantu pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri menyediakan Laporan Latihan Industri (LLI). 2.0 2.1 2.2 FORMAT MUKA SURAT Laporan hendaklah ditaip diatas kertas berukuran A4 pada sebelah muka sahaja dengan jarak 1.5 barisan. Bagi setiap mukasurat, ruang tepi seperti yang ditunjukkan di bawah hendaklah digunakan dalam penulisan laporan. Margin kiri (4 cm), margin kanan, atas dan bawah (2.5 cm).

2.3 2.4

Setiap mukasurat hendaklah dinomborkan di tengah-tengah bahagian tepi bawah mukasurat, 25 mm di atas pinggir kertas. Saiz huruf Sebarang saiz atau taip boleh digunakan tetapi hendaklah mudah dibaca dan diseragamkan bagi keseluruhannya. Jenis taip yang digunakan untuk carta, graf, jadual dan yang seumpama dengannya boleh berubah mengikut keperluan format dan ruang.

244

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

2.5

Bahan ilustrasi ilustrasi asal diutamakan tetapi jika saiznya lebih besar daripada saiz A4, salinan kecil boleh juga diterima. Gambar hitam putih, warna atau salinan fotostat juga diterima. Setiap laporan mestilah mengandungi : a. Mukasurat tajuk b. Satu muka abstrak memberi ringkasan mengenai latihan dan kesimpulan kesimpulan penting yang didapati oleh pelajar dengan menggunakan tidak lebih dari 200 patah perkataan. c. Mukasurat penghargaan mengandungi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjalani Latihan Industri. d. Senarai jadual. e. Senarai rajah. f. Pengenalan mengandungi pengenalan ringkas mengenai organisasi/ssyarikat tempat latihan, termasuk aktivitinya, bilangan kakitangan, struktur organisasi dan sebagainya. Tulis secara ringkas aturcara latihan yang telah dirancang oleh organisasi/syarikat.

2.6

g. Laporan penuh dipecahkan kepada beberapa bahagian kecilsupaya ianya meliputi semua perkara yang dilakukan oleh pelajar semasa latihan serta jenis masalah yang timbul. Antara isi-isi yang boleh di muatkan dalam setiap latihan yang diikuti termasuklah: i. Jenis kerja yang dibuat sama ada rekabentuk, analisis, penyediaan, penyelenggaraan, baik pulih, pembangunan perisian komputer dll Kaitan kerja yang dibuaut dengan kursus sains komputer dan teknologi maklumat yang diikuti. Perkara-perkara yang dipelajari dari penyelia, pekerja-pekerja dan bahan rujukan semasa menjalani kerja tersebut. Perkakasan dan kelengkapan peralatan yang digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan serta jumlah dan kategori pekerja yang sama-sama menjayakan tugas yang diarahkan. Jangka masa yang diberikan bagi menyiapkan semua kerja termasuklah penyediaan lukisan dan laporan yang berkaitan. Pengetahuan teori dan amali dari kursus sains komputer dan teknologi maklumat yang digunakan dalam kerja. Masalah-masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan kerja dan cerapan umum tentang kecekapan dan pengurusan perlaksanaan kerja. Kesimpulan dan ulasan-ulasan membina tentang prestasi keseluruhan kerja. 245

ii. iii. iv.

v. vi. vii.

viii.

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

h.

Kesimpulan dan cadangan meringkaskan pengalaman dan pengajaran yang diperolehi, masalah yang dihadapi serta penyelesaiannya, memberi pendapat serta cadangan untuk memperbaiki latihan pada masa akan datang Rujukan satu senarai tepat bahan-bahan yang dipetik hendaklah dibuat untuk membolehkan orang lain mencarinya. Semua pengarang yang dipetik hendaklah disenaraikan. Hanya rujukan yang telah dibaca sendiri oleh penulis boleh dipetik. Sila lihat bahagian 9.0 untuk cara memetik rujukan tersebut. Lampiran sekirannya ada, hendaklah diletakkan di bahagian akhir laporan dan rujukan dibuat terhadap lampiran di dalam laporan. Lampiran mestilah benar-benar berkait secara langsung dengan latihan yang diikuti. Setiap gambarajah, carta dan gambar foto hendahlah mempunyai tajuk atau keterangan yang tersendiri. Penghargaan hendaklah ditulis jika perlu, dibawah gambarajah, carta atau gambar foto yang berkenaan. Gambarajah aliran data hendaklah menggunakan pendekatan Gane dan Sarson. Bahagian awalan (b e) pada amnya dinomborkan dengan huruf kecil Rumawi (I,ii,iii dsbnya)

i.

j.

k.

l.

3.0 3.1 3.2 3.3

KULIT LAPORAN Laporan hedaklah dijilid dengan menggunakan kulit yang dilampirkan. Tajuk yang sesuai dalam Bahasa Melayu hendaklah ditulis pada mukasurat pertama. Laporan Latiahn Industri hendaklah dijilid dengan comb binding. Apabila menjilid laporan, satu halaman kosong hendaklah dikembarkn ebelum kulit belakang. Pelajar dikehendaki menggunakan warna hitam untuk gegelung pengikat laporan. JUMLAH NASKAH

4.0

Setiap pelajar perlu menyerahkan satu naskah laporan kepada Penyelia Fakulti dan satu naskah lagi kepada organisasi/syarikat melalui Penyelai Syarikat. 5.0 CARA MENYERAHKAN LAPORAN

Naskah asal yang telah lengkap seperti di atas hendaklah diserahkan kepada Penyelia Fakulti dalam masa selewat-lewatnya tiga minggu selepas tamat Latihan Industri. 246

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

6.0

BAHASA

Laporan boleh ditulis sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris keseluruhannya. Ianya hendaklah ditulis dalam bahasa yang baik dan mudah difahami. 7.0 7.1 LAPORAN YANG LEWAT DIHANTAR Penangguhan untuk menyerahkan laporan tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan yang sangat-sangat luar biasa di mana kebenaran daripada Dekan diperlukan. Pelajar yang gagal menyempurnakan laporan atau gagal menyerahkan laporan dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap gagal dalam kursus Latihan Industri bagi semester berkenaan. MAKLUMAT LAIN MENGENAI PENULISAN LAPORAN Laporan Latihan Industri hendaklah ditulis mengikut jenis golongan pembacanya. Ianya hendaklah berupa persembahan yang lojjik dengan hujah-hujah bernas untuk meyakinkan pembaca kepada kesimpulankesimpulan dalam laporan. Semua kenyataan hendaklah wajar dengan merujuk kepada kajian lampau yang boleh dipercayai atau kepada keputusan-keputusan laporan Latihan Industri yang boleh dipercayai. Hanya kenyataan mengenai perkara-perkara yang diketahui umum sahaja tidak memerlukan tindakan ini. Penulis hendaklah berupaya mempertahankan semua kenyataannya dengan merujuk kepada kajian-kajian yang boleh dipercayai atau keputusan kajian sendiri. Simbol atau system penamaan khas yang digunakan dengan luasnya di dalam teks hendaklah dihuraikan. Simbol dan singkatan hendaklah seperti yang disyorkan oleh piawaian berkenaan atau yang lazim digunakan dalam bidang computer. Jadual data atau keputusan setiap jadual hendaklah dirujuk dan dihuraikan dalam teks. i. ii. Setap jadual hendaklah mempunyai tajuk dan nombor jadual yang diletakkan ditengah pada bahagian atas jadual. Lajur-lajur hendaklah mempunyai tajuk yang sesuai

7.2

8.0 8.1

8.2

8.3

8.4

III. Lajur-lajur boleh diberikan nombor sahaja jika tajuknya terlalu kompleks dan penghuraian mengenainya diberikan di dalam teks IV. Nota-nota tambahan hendaklah disediakan jika perlu 247

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DAN SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT 2007/2008

V. Jadual sebaik-baiknya dibentangkan dengan bahagian atasnya pada kepala mukasurat. Jika lajur menghendaki jadual dibaca pada sisi mukasurat,maka bahagian jadual hendaklah disebelah kiri muka surat. 9.0 9.1 KAEDAH MEMETIK DAN MENYENARAIKAN RUJUKAN Gunakan Author-Date System yang diamalkan dalam The Chicago Manual of Style untuk memetik dan menyenaraikan rujukan dalam senarai rujukan atau senarai bibiografi. Contoh Dalam teks Dalam senarai rujukan Kaedah ini diperkenalkan oleh Boehm (1984) Boehm, J.H. 1984. Cost estimation models in software engineering. IEEE Trans on Software Engineering, 8 (9) : 40-41.

Dalam senarai rujukan atau senarai bibliografi, cara yang diutamakan ialah bagi rujukan disenaraikan menikut susunan abjad berpandukan kepada nama keluarga pengarang dan bagi seseorang pengarang, mengikut tahun penerbitan. Jika terdapat lebih dari satu penerbitan dalam tahun yang sama oleh pengarang yang sama dipetik, maka huruf kecil ditambah selepas tahun. Contoh Bungey (20002a), Bungey (2002b).

Jika rujukan melibatkan dua orang pengarang, kedua-dua nama pengarang perlu ditulis. Contoh Dalam teks Dalam senarai rujukan Ini telah dibukti oleh Craton and Saunders (1992). Craton, M. and G. Saunders. 1992. Islanders in the sream: a history of the Bahamian people. Athens: Univesity of Georgia Press.

Jika ianya mlibatkan 3 atau lebih pengarang, gunakan nama pengarang pertama dan perkataan et al. Contoh Dalam teks Dalam senarai rujukan 9.2 Kajian ini mendapati bahawa kadah yang digunakan sama dengan Medhurst et al. (1990) Medhurst, Martin J.,et al. 1990. Cold Warehetoric : strategy, metaphor, and ideology. New York: Greenwood.

Contoh berikut menunjukkan butir-butir yang diperlukan bagi setiap jenis penerbitan.

248

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Artikel dalam Jurnal Chu, K.H.,& Mohd Ali Hashim. 1995. Simulated counter0current adsorption processes : A comparison of modeling strategies. Chemical Engineering Journal, 56 : 59-65. Buku Wainwright, M. 1992. An introduction to fungal biotechnology. New York : J. Wiley Chiam, T.C & Ahmad Abdul Majid. 1990. Kaedah beragka. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia. Malaysia. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 1990. Industrial technology development: a national plan of action. Kuala Lumpur : Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Bab dalam buku Damodararao, T., & Sastry, C. A. 1996. Water extraction from sea water aquilfer. In: C. A. Sastry (Ed.), Water Treatment Plants (pp. 437-444). New Delhi : Narosa Publishing House. Kertas persidangan/seminar Jaynes, E. T. 1985. Microscopic prediction. In: H. Hanken (Ed.), Complex Systems, Operational Approaches In Neuobiology, Phsics, And Computers: Proceedings of The Iternational Sysmposium On Synergetics At Schloss Elmau, Bavaria, May 6-11, 1985, (pp. 254-269) Berlin : Springer-Verlag. Kuo, C. an P. Sayer. Software engineering education . 1989. Paper presented at The World Conference on Education, Cologne, Germany, 16-19 April 1989. Kertas projek / Disertasi / Tesis Marques, J.L.G. 1989. A reverse enginering tool under UNIX. Tesis PhD, Rice University, Housto, Txas, USA. Sumber Internet Jenson Alison S. Audince and Web Design. (1999) http://www.daywebdesign.com.ir/paper/audience.html (21 January 2000) LeMaster, John, Biological Weapons. World Events Online. 3 January 1998. [email protected] (3 January 1998) World Health Organization. Prevention of Noise-Induced Hearing Loss. 1997.http://www.who.int/pbd/pdh/Docs/NOISE_Cover_sum.html (19 November 2000)

249