Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

download Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

of 10

Transcript of Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    1/10

    1

    REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

    RBT 3119

    PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

    BAB 1

    PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

    1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

    1.1.1 Definisi Perniagaan

    Aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan

    antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak

    pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.

    1.1.2 Empat Konsep Asas Perniagaan

    1. Barangan dan perkhidmatan

    Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaiandan sebagainya.

    Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberifaedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan,

    insurans, pelancongan dan sebagainya.

    Barangan dan perkhidmatan ini disediakan dan ditawarkan untukmemenuhi kehendak dan keperluan manusia.

    2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan

    Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untukkehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dsb.

    Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhaduntuk kesel;esaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dsb.

    Untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkanbarangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan

    keperluan dan kehendak pelanggan.

    3. Pertukaran nilai

    Merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripadaperniagaan kepada pelanggan.

    Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilaitertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.

    Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    2/10

    2

    4. Keuntungan perniagaan

    Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan. Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau

    perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai

    dan kos-kos lain yang terlibat. Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi

    perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.

    1.2 PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN

    1.2.1 Perniagaan

    Perniagaan bermotifkan keuntungan (lihat definisi perniagaan),contoh perniagaan: Proton, KFC, Petronas dsb.

    Selain keuntungan, objektif lain adalah: Penakatan (survival) - untuk terus beroperasi di pasaran. Pertumbuhan - untuk memajukan/ mengembangkan syarikat seperti

    pembukaan beberapa cawangan.

    Tanggungjawab sosial - komitmen oleh pihak syarikat memberiperhatian kepada keperluan/ kebajikan awam seperti mengawal

    pencemaran persekitaran.

    1.2.2 Bukan Perniagaan

    Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjagakepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.

    Dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu agensi kerajaan danbadan sukarela.

    Agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjagakepentingan dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat, seperti

    hospital, sekolah, bomba dsb.

    Badan sukarela yang ditubuhkan oleh sekumpulan manusia yangbertujuan untuk menjaga kepentingan ahli dan memberi

    perkhidmatan tertentu kepada ahli atau masyarakat umum, seperti

    FOMCA, PEMADAM, Greenpeace dsb.

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    3/10

    3

    1.2.3 Perbezaan antara perniagaan dan bukan perniagaan

    Dimensi Perniagaan Bukan Perniagaan

    Matlamat utama - KeuntunganKebajikan ahli dan

    kesejahteraan awam

    Sumber kewangan

    - keuntungan- modal- pinjaman

    Yuran dan bantuan

    Aktiviti - Jual beli Perkhidmatan masyarakatCukai

    - Dikenakan ataskeuntungan

    Dikecualikan

    1.2.3 Kepentingan bukan perniagaan kepada perniagaan:

    1. Menyediakan kemudahan asas.2. Menyediakan tapak perniagaan.3. Memberi perlindungan dan keselamatan.4. Mengurangkan masalah sosial.5. Menyediakan maklumat-maklumat dan memberi khidmat masyarakat.

    1.2.4 Kepentingan perniagaan kepada bukan perniagaan:

    1.

    Membiayai aktiviti bukan perniagaan seperti cukai, derma.2. Menyediakan barangan dan perkhidmatan.3. Membantu dalam menyediakan infrastruktur awam.4. Menggunakan perkhidmatan bukan perniagaan.

    1.3 PERNIAGAAN DAN UNTUNG

    Untung merupakan hasil bersih daripada aktiviti perniagaan setelah jumlah

    perbelanjaan ditolak daripada jumlah hasil.

    1.3.1 Kepentingan keuntungan kepada perniagaan:

    1. Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan

    menanggung risiko.

    2. Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan perniagaan (survival)

    - pelaburan semula keuntungan.

    3. Tahap keuntungan melambangkan imej/ kecemerlangan syarikat.

    4. Matlamat dan hala tuju-ukuran kepada prestasi perniagaan.

    5. Keyakinan/ dorongan kepada pelabur.6. Menyumbang kepada pembangunan kawasan setempat.

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    4/10

    4

    1.4 PERNIAGAAN DAN EKONOMI

    1.4.1 Kepentingan aktiviti perniagaan terhadap ekonomi:

    1. Mewujudkan peluang perniagaan dan mengurangkan kadarpengangguran.

    2. Memberi pendapatan kepada negara-melalui sebarang cukai perniagaan.3. Mewujudkan dan mengembangkan industri sokongan.4. Mewujudkan penempatan baru atau Bandar baru.5. Menstabilkan harga barang.6. Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur, pengangkutan dan

    perhubungan.

    1.4.2 Keadaan ekonomi yang dapat merangsang perkembangan sesebuah

    perniagaan:1. Ekonomi yang stabil melalui politik dalam Negara yang stabil.2. Sistem kewangan atau perbankkan yang liberal-kemudahan pinjaman

    dengan kadar faedah yang rendah.

    3. kuasa beli pengguna yang tinggi-menjamin permintaan terhadap keluaranperniagaan sentiasa tinggi.

    4. Nilai mata wang yang stabil - tidak perlu menanggung kos yang tinggi bilamengimport barangan daripada luar.

    5. Penawaran pelbagai insentif bagi mempromosikan aktiviti pelaburanseperti taraf perintis.

    1.5 PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT

    1.5.1 Peranan perniagaan terhadap masyarakat;

    1. Menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dankehendak masyarakat.

    2. Memberi pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat denganmenyediakan peluang pekerjaan.

    3. Melibatkan dalam aktiviti sosial seperti derma , penajaan dsb.4. Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perhubungan,

    taman rekreasi dsb.

    5. Menjaga alam sekitar daripada terjejas akibat aktiviti perniagaan.

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    5/10

    5

    1.6 PERNIAGAAN DAN KERAJAAN

    1.6.1 Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan

    1. Mengeluarkan lesen perniagaan- perniagaan beroperasi.2. Menyediakan infrastruktur untuk kemudahan perniagaan - jalan raya,

    pelabuhan dsb.

    3. Menyediakan kawasan industri dan lokasi perniagaan - zon perdagangan,tapak kilang dsb.

    4. Menyediakan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan - MARA,bank pertanian dll.

    5. Menyediakan dasar,peraturan dan prosedur - persaingan yang sihat.6. Menbangunkan teknologi dan penyelidikan - MARDI, SIRIM, universiti.

    1.6.2 Kepentingan perniagaan kepada kerajaan.1. Mendapat cukai-aktiviti pembangunan negara.2. Peluang pekerjaan dan mengurangkan pengganguran.3. Menyediakan barangan dan perkhidmatan kpd kerajaan-kenderaan.4. Menstabilkan dan meningkatkan ekonomi negara.5. Membina imej dan daya saing negara-aktiviti ekspot, barangan berkualiti.

    1.7 FAKTOR PENGELUARAN

    1. Tanah - digunakan untuk tapak perniagaan dan mendapatkan bahan mentah.2. Buruh - individu yang menyumbangkan masa,tenaga dan kemahiran dalam

    aktiviti perniagaan.

    3. Modal - sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menambahkankekayaan dalam aktiviti perniagaan.(wang atau aset).

    4. Keusahawanan - individu yang berani mengambil risiko dan berpandangan jauhdalam perniagaan.

    5. Teknologi - kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikutperkembangan semasa.

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    6/10

    6

    1.7.1 Memenuhi Keperluan Dengan Sumber Terhad

    1. Usahawan perlu mengusai ilmu pengurusan perniagaan supayapengurusan lebih cekap.

    2. Kaedah pengeluaran yang paling cekap- samada memilih kaedahberintensifkan buruh atau berintensifkan modal.

    3. Strategi pemasaran yang sesuai dalam mengagihkan keluaran kepadapengguna berpotensi.

    4. Memberi keutamaan kepada pengeluaran yang dijangka dapatmemberikan pulangan yang banyak.

    5. Menabung untuk kegunaan masa depan.

    1.8 PROSES PERNIAGAAN

    Adalah aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi terhadap input-input

    pengeluaran bagi menghasilkan output untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan

    mendapatkan keuntungan.

    1. Input

    Faktor-faktor pengeluran yang akan digunakan oleh kilang untuk

    mengeluarkan barangan.

    2. Proses tranformasi

    Proses pertukaran dan tambah nilai input organisasi dengan menggunakan

    pengurusan dan teknologi bagi menghasilkan output.

    3. Output

    Barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan/ hasil akhir organisasi.

    Peringkat dalam Proses Perniagaan

    INPUT PROSES TRANSFORMASI OUTPUT

    Contohnya:

    Kilang

    Bahan mentah

    Buruh

    Mesin

    Peralatan

    Proses penukaran

    input kepada output

    Contohnya:

    Kasut

    Tayar

    Pakaian

    Hospital

    Perhotelan

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    7/10

    7

    1.8.1 Terdapat 3 peringkat dalam proses perniagaan:

    1. Membangunkan keluaran Mengenalpasti terhadap keluaran yang akan dikeluarkan. Hendaklah mengambil kira kepuasan dan keperluan pengguna. Terdapat dua kaedah untuk pembangunan keluaran:

    a. Inovasi

    Perubahan keluaranyang sedia ada dari segi penambahan fungsi

    kegunaan,peningkatan mutu keluaran,bentuk keluaran serta

    menambahkan kecekapan dan keberkesanan terhadap sesuatu

    keluaran.

    b. Penciptaan barang baru

    - Melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) menciptabarang baru.

    - Melakukan penyelidikan pemasaran untuk memastikankeluaran memenuhi keperluan pengguna.

    2. Menguruskan permintaan Menarik minat bakal pembeli untuk mencuba dan membeli keluaran. Mewujudkan permintaan terhadap keluaran baru dan mengekalkan

    permintaan keluaran sedia ada.

    Aktiviti yang dilakukan pada peringkat ini:a. membuat penyelidikan pasaran

    b.menjalankan promosi dan pengiklanan

    c.melakukan aktiviti penjualan yang efektif.

    3. Memenuhi pesanan Untuk memastikan pembeli mendapat barangan yang dipesan tepat pada

    masa dan kuantiti serta kualiti yang dijanjikan.

    Merangkumi aktiviti mendapatkan bahan mentah, mengendalikan prosespengeluaran, pemasangan,penyimpanan dan penghantaran barang kepengguna.

    Penjadualan pengeluaran tepat supaya pesanan tak tergendala. Khidmat selepas jualan perlu disediakan. Kaedah pemasangan barangan juga disediakan. Saluran agihan yang sesuai ditentukan.

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    8/10

    8

    1.9 PERNIAGAAN KINI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MASA DEPAN

    1.9.1 Aktiviti perniagaan kini

    1. Berkait rapat dengan perubahan persekitaran perniagaan sepertipenggunaan teknologi moden.

    2. Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah corak komunikasi danhubungan antara perniagaan seperti komunikasi melalui computer dengan

    menggunakan internet lebih cepat dan mudah.

    3. Pencapaian,penghantaran dan penyimpanan maklumat perniagaan lebihcepat, tersusun serta memudahkan usahawan membuat keputusan

    dengan pantas.

    4. Menguruskan sumber kewanagn dengan lebih berkesan seperti prosesmerekod,laporan kewangan,analisis prestasi kewangan dengancekap,pantas dan tepat.

    5. Proses transaksi kewangan lebih licin dan cepat seperti pembayaranterhadap pembelian sumber-sumber dan pembayaran gaji dapat dibuat

    melalui bank dengan cepat.

    6. Aktiviti pasaran lebih meluas dalam memasarkan barangan danperkhidmatan.

    1.9.2 Cabaran Perniagaan Masa Depan

    1. Globalisasi/ Dunia tanpa sempadan Persaingan sengit ( kualiti,harga,penyampaian), mobilitI pekerja/ modal,

    celaru budaya.

    2. Peningkatan Kemajuan Teknologi Perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu

    kemahiran teknologi, perlu modal tinggi.

    3. Peningkatan tanggungjawab soSial Batasan aktiviti komersial, desakan/ tekanan pihak NGO, kerajaan,pihak

    berkepentingan, buruh kanan-kanak, prihatin terhadap OKU.

    4. Peningkatan sistem perniagaan islam (Perbankan Islam) Pematuhan syariah

    5.

    Kewujudan blok-blok perdagangan Ketepuan pasaran, persaingan sengit,batasan perdagangan

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    9/10

    9

    6. Sumber semakin berkurangan Batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi,

    meningkatkan produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan

    sumber)

    7. Perubahan struktur demografi Kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran,memerlukan kemudahan/

    suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa, hayat semakin

    panjang-ramai pekerja yang sudah matang.

    1.10 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

    Persekitaran Umum/ Tidak Langsung

    1. Ekonomi Keadaan/persekitaran ekonomi-melambung atau meleset, kuasa beli, harga

    barangan.

    Kadar pertukaran mata wang menarik Sistem kewangan dan perbankan yang efisien Peniaga yang beretika.

    2. Sosiobudaya Nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat. Budaya unik - kepelbagaian agama, adat resam, perayaan, makanan, pakaian

    dsb.

    Perubahan gaya hidup-gaya hidup moden dan nilai tradisional. Perubahan dan peningkatan nilai sosial-penjagaan kesihatan, hak-hak

    pengguna,alam sekitar dsb.

    3. Politik dan perundangan Tekanan yang berkaitan dengan kuasa dan kerajaan serta penguatkuasaan

    undang-undang dan peraturan.

    Sistem pemerintahan dan gaya kepimpinan. Keselamatan dan keadilan sistem perundangan Kestabilan politik akan menjamin kestabilan ekonomi.

  • 7/30/2019 Bab 1 - Pengenalan Perniagaan Dan Keusahawanan

    10/10

    10

    4. Teknologi Kaedah dalam proses penukaran input kepada output. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan pengurusan operasi,produktiviti,

    kecekapan dan maklum balas pelanggan.

    5. Fizikal Pengagihan produk-pergerakan barangan dan perkhidmatan pengeluar

    kepada pengguna.

    Merujuk kepada kemudahan fizikal (bangunan, jalanraya, perhubungan) SIstem pengangkutan/ perjalanan/ perhubungan SIstem komunikasi (telefon, internet, faks)

    6. Persaingan dan jaringan Persaingan - ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan

    produk yang sama atau pengganti, pada pasaran yang sama dengan produk

    usahawan.

    Jaringan perniagaan - pakatan strategik yang di bentuk oleh perniagaandengan pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk atau

    memasarkanya di pasaran.

    Kelebihan saingan - keupayaan perniagaan mengatasi pesaing mereka denganmenghasilkan barangan atau perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan

    daripada pesaing.

    Persaingan tulen - keadaan pasaran yang terdapat banyak firma pengeluar didalam sesuatu industri yang mengeluarkan produk yang serupa dan tiada

    firma mempunyai kelebihan saingan.

    Persaingan monopolistic - keadaan pasaran yang terdapat ramai pengeluaryang menawarkan produk yang sama dan produk tersebut dilihat oleh

    pembeli berbeza disebabkan oleh aktiviti pemasaran dan keunikan produk

    tersebut.

    Monopoli - merujuk kepada hanya ada satu firma yang menghasilkan produkdan tidak terdapat produk pengganti.