BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari...

37
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Tujuan kertas proposal ini disiapkan adalah untuk menerangkan tentang langkah- langkah dan juga cara yang harus dilakukan untuk memulakan sesuatu projek mengikut tajuk yang dipilih. Selain itu juga, laporan ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan serta merupakan bahan bukti bagi menjayakan projek ini. Laporan juga menunjukan perjalanan kerja yang dilakukan dari permulaan hingga terhasilnya projek ini. Selain itu ia dapat menguji kemampuan dan potensi kami dalam melakukan kerja-kerja seperti, kaedah penyambungan komponen elektronik dan mengubahsuai daripada litar elektronik kepada elektrik. Ia juga menerangkan mengenai keadah kerja, langkah perlaksanaan, perancangan perbelanjaan serta kos anggaran untuk menghasil projek akhir ini. Di dalam laporan ini juga turut disertakan lampiran gambarajah yang berkaitan dengan penghasilan projek. Ia harus dilakukan kerana setiap projek memerlukan langkah yang berhati-hati, secara teliti untuk memastikan sesuatu projek berjalan dengan lancar serta jayanya.

Transcript of BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari...

Page 1: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Tujuan kertas proposal ini disiapkan adalah untuk menerangkan tentang langkah-

langkah dan juga cara yang harus dilakukan untuk memulakan sesuatu projek mengikut

tajuk yang dipilih. Selain itu juga, laporan ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan serta

merupakan bahan bukti bagi menjayakan projek ini.

Laporan juga menunjukan perjalanan kerja yang dilakukan dari permulaan hingga

terhasilnya projek ini. Selain itu ia dapat menguji kemampuan dan potensi kami dalam

melakukan kerja-kerja seperti, kaedah penyambungan komponen elektronik dan

mengubahsuai daripada litar elektronik kepada elektrik. Ia juga menerangkan mengenai

keadah kerja, langkah perlaksanaan, perancangan perbelanjaan serta kos anggaran untuk

menghasil projek akhir ini.

Di dalam laporan ini juga turut disertakan lampiran gambarajah yang berkaitan

dengan penghasilan projek. Ia harus dilakukan kerana setiap projek memerlukan langkah

yang berhati-hati, secara teliti untuk memastikan sesuatu projek berjalan dengan lancar

serta jayanya.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

2

1.2 PENGENALAN KEPADA PROJEK

Pada masa kini, telah banyak ciptaan yang dihasilkan daripada teknologi canggih,

teknologi sedang berkembang dengan pesat di serata dunia. Boleh juga dikatakan,

teknologi yang dihasilkan bukan sahaja dari satu bidang malah dari pelbagai bidang seperti

mekanikal, elektrik dan elektronik. Tiada yang lebih baik apabila ciptaan dan teknologi

yang terhasil ialah ciptaan sendiri. Ini menunjukkan betapa hebatnya teknologi pada zaman

ini sehingga boleh melangkaui kehebatan manusia melakukan kerja ataupun sebarang

tugas.

“Power Pack” adalah satu produk yang di cipta untuk membekalkan kuasa pada

perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC)

kepada arus alternate current (AC).

Page 3: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

3

1.3 OBJEKTIF PROJEK

i. Merekabentuk “Power Pack” dengan penggunaan bateri yang dapat dicas semula.

ii. Merekabentuk “Power Pack” yang tidak menggunakan bahan api.

iii. Merekabentuk “Power Pack” yang tidak menggunakan bahan api.

1.4 SKOP PROJEK

i. Dikhususkan untuk kegunaan persendirian.

ii. Boleh digunakan dalam kadar masa ½ jam.

iii. Dikhususkan untuk pesakit asma dan orang yang uzur.

1.5 PENYATAAN MASALAH

i. Tiada sumber cahaya ketika malam semasa bekalan elektrik tiada.

ii. Khusus semasa waktu kecemasan :

a. Bekalan elektrik terputus.

b. Untuk kegunaan orang yang memerlukan bekalan oksigen yang berterusan

semasa dirumah.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

4

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur adalah untuk mengkaji satu proses yang dilakukan ke atas satu

projek. Sebelum memulakan kerja, banyak perkara atau aspek-aspek yang perlu dititik

berat dan dikaji dengan teliti untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan

selamat. Kajian dibuat termasuklah daripada internet, buku-buku rujukan, pengalaman,

bertanya pada pensyarah dan juga kami bertanya kepada orang yang lebih pakar mengenai

elektronik dan elektrik.

Kami telah membuat kajian dengan mengkaji sistem dan fungsi yang pernah

dihasilkan sebelum ini. Kajian ini termasuklah teknikal dan teori yang berhubung kait

dengan “Power Pack”. Setelah kesemua maklumat diperolehi, maka secara langsungnya

projek dapat berjalan dengan lancar berdasarkan maklumat yang diperolehi. Cara ini adalah

mudah dan berkesan kerana setiap maklumat yang diperolehi dapat dijadikan sebagai

panduan untuk menghasilkan sesuatu rekabentuk.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

5

2.2 KAEDAH REKABENTUK

i. Mengenal pasti masalah yang perlu diselesaikan.

ii. Memahami masalah tersebut.

iii. Memberikan idea-idea yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

iv. Memilih cadangan yang baik.

Terdapat lima langkah yang perlu diberi penekanan oleh setiap pereka bentuk sebelum

sesuatu penciptaan itu dapat dilakukan. Lima langkah tersebut adalah seperti :

i. Mengenal pasti masalah yang wujud.

ii. Membentuk kajian terhadap masalah yang wujud dan terjemahkan kepada bentuk

yang mudah difahami.

iii. Sesuaikan masalah yang sedia ada.

iv. Menggunakan hasil analisa bagi membuat pilihan.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

6

2.3 PERANCANGAN PROJEK

Kami telah membuat perbincangan dan kajian tentang projek ini dengan teliti

supaya alat yang akan kami reka dapat menepati segala kehendak yang telah ditetapkan.

Setelah membuat perbincangan dan kajian, kami memilih untuk membuat projek yang

diberi nama “Power Pack”.

Faktor yang dijadikan pendorong dalam penghasilan projek:

2.4 KELEBIHAN PROJEK

Bil. Item Huraian

1 Pengguna

Mereka sesuatu alat baru yang dapat memudahkan

pengguna untuk menggunakan kuasa elektrik semasa

ketiadaan bekalan elektrik.contohnya:

i. Menghidupkan mesin asma

ii. Penggunaan “Power Pack” yang bertahan selama

½ jam.

2 Proses penghasilan

projek

Mudah untuk mendapatkan komponen, ini kerana

komponen atau bahan yang diperlukan mudah didapati

dipasaran.

Page 7: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

7

i. Ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

ii. Didatangkan dengan sistem pendawaian yang lengkap.

iii. Mudah untuk diselenggara dan servis.

iv. Penggunaan bateri yang boleh dicas semula.

2.5 PEMERIKSAAN BAHAN

Bagi memastikan perjalanan projek berjalan dengan lancar dan berfungsi dengan

baik, kami akan melakukan pemeriksaan dan pengujian ke atas semua peralatan. Ini

bertujuan untuk memastikan bahan tersebut boleh berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Untuk itu, kami akan menyiapkan projek ini dengan sempurna dan tidak menimbulkan

sebarang masalah ketika membuat persembahan kepada penyelia projek dan pegawai

penilai.

2.6 KOMPONEN-KOMPONEN “POWER PACK”

Page 8: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

8

1) Power Inverter (Inverter Kuasa)

a. Resistor (Perintang)

b. Capacitor (Kapasitor)

c. Transistor (Transistor)

d. Integrated Circuit (IC) (Litar Bersepadu)

e. Light Emitting Diode (LED) (Diod Pemancar Cahaya)

f. Buzzer (Pembunyi Isyarat)

g. Switch (Suis)

h. Circuit Board (Papan Litar)

i. Cooler fan (Kipas)

j. Box (Peti)

2) Volt Meter (Meter Voltan)

3) Amp Meter (Meter Amp)

4) Battery Charger (Pengecas Bateri)

a. Transfomer (Pengubah)

b. Capacitor (Kapasitor)

c. LED (Diod Pemancar Cahaya)

5) 3 Pin Plug Sockets (Soket Palam 3 Pin)

1) POWER INVERTER (INVERTER KUASA)

Page 9: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

9

Power Inverter atau inverter kuasa dikenali sebagai power converter yang

mengubah arus dari direct current (DC) to alternating current (AC) secara elektrik. Voltan

masuk, voltan keluar dan frekuensi bergantung kepada rekabentuk power inverter.

Sesetengah aplikasi untuk inverter boleh mengubah arus voltan yang tinggi dengan utiliti

DC kepada kuasa AC dan menerima arus AC daripada punca arus DC seperti bateri.

a) RESISTOR (PERINTANG)

- Resistor adalah komponen elektronik yang berfungsi untuk menghadkan atau

mengawal aliran arus elektrik dalam litar elektronik. Resistor juga boleh digunakan

untuk menyediakan voltan tertentu untuk peranti aktif seperti transistor.

Ohm (V = IR).

Gambarajah 2.1 Resistor (Perintang)

Page 10: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

10

Gambarajah 2.2 Fixed Resistor (Resistor Tetap)

FIXED RESISTOR (RESISTOR TETAP)

- Fixed Resistor mempunyai nilai rintangan ohm yang ditetapkan dan tidak boleh

laras. Fixed Resistor ialah yang paling biasa dan banyak digunakan dalam

komponen-komponen elektronik.Resistor berdaya kecil (di bawah 2 Watt)

diperbuat dari bahan karbon, sedangkan resistor yang bekerja pada daya besar (2

Watt–50Watt ) diperbuat dari kawat nikel.Resistor Carbon memiliki kod warna

yang melingkar seperti cincin pada bentuknya. Warna – warna yang melingkar

tersebut merupakan kod – kod untuk mengetahui nilai resistance pada resistor tanpa

melakukan pengukuran dengan Ohm Meter. Kod warna yang diberikan merupakan

kod warna biasa yang dikeluarkan oleh EIA (Electronic Industries Association).

VARIABLE RESISTOR (RESISTOR TIDAK TETAP)

- Resistor Tidak Tetap menghadkan aliran arus elektrik tanpa mematikan arus

elektrik. Resistor ini membolehkan lebih kawalan ke atas aliran arus dengan

menukar jumlah rintangan. Apabila rintangan menaik di dalam resistor ini, jumlah

arus yang dibenarkan mengalir di dalam litar menurun. Resistor ini mempunyai arus

yang mengalir di dalamnya. Salah satu contoh sederhana untuk resistor itu adalah

LDR (Light Dependent Resistor). Resistor Tidak Tetap ada beberapa jenis sesuai

dengan fungsi penggunaannya, diantaranya ialah Potensiometer, Tripot, LDR, NTC,

PTC.

Page 11: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

11

Gambarajah 2.3 Variable Resistor (Resistor Tidak Tetap)

b) CAPACITOR (KAPASITOR)

- Kapasitor merupakan salah satu komponen elektronik yang sangat penting.

Kapasitor ialah satu komponen elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan

tenaga elektrik. Selain itu, kapasitor juga dapat berfungsi sebagai penapis frekuensi.

Kapasitor memiliki pelbagai ukuran dan bentuk bergantung pada kapasitor dan

faktor lain yang mempengaruhi. Kapasitor juga dikenali sebagai kondenser.

- Fungsi kapasitor ialah untuk menyimpan tenaga elektrik lebih dikenali dengan

kemuatan atau kapasiti. Kapasitor memiliki simbol C (Capasitor) dan fungsi

kapasitor dalam menyimpan tenaga elektrik diwakili simbol F (Farad).

Page 12: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

12

Gambarajah 2.4 Capacitor (Kapasitor)

Fungsi Kapasitor :

1. Sebagai penapis yang biasa digunakan pada sistem radio, TV dan lain-lain. Penapis

pada radio digunakan untuk menapis gangguan-gangguan dari luar.

2. Sebagai coupling (penghubung) penguat dari tingkat rendah ke tingkat yang lebih

tinggi.

3. Pada lampu neon, fungsi kapasitor ialah penjimat tenaga elektrik.

4. Dalam rangkaian antena, fungsi kapasitor ialah penjana frekuensi.

c) TRANSISTOR (TRANSISTOR)

- Transistor ialah alat semikonduktor yang digunakan untuk menguatkan atau

menukar isyarat elektronik dan kuasa elektrik. Ia terdiri daripada bahan

semikonduktor biasanya dengan sekurang-kurangnya tiga terminal untuk

sambungan pada litar luaran.

Page 13: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

13

Gambarajah 2.5 Transistor (Transistor)

d) INTERGRATED CIRCUIT (IC) (LITAR BERSEPADU)

- Integrated Circuit (IC) ialah satu rangkaian elektronik yang dikemaskini menjadi

satu kemasan kecil atau dengan kata lain iaitu beberapa komponen elektronik yang

dijadikan satu bekas sehingga membentuk sebuah komponen.

INTEGRATED CIRCUIT (IC) DAN BENTUKNYA

Integrated Circuit (IC) terbahagi kepada 2 bahagian :

IC Monolitik, iaitu IC yang bersendirian bermaksud dalam satu IC Monolitik ini

hanya menjalankan/mengatur satu blok rangkaian saja dan tidak bergabung dengan

IC yang lain. Umumnya, IC monolitik ini biasanya kebanyakan didapati pada radio

dan televisyen.

Contohnya : IC AN 7812, AN 7805, SN 7400, 7411 dan lain-lain.

IC Hybrid

Iaitu gabungan dari beberapa IC atau dengan kata lain IC yang terkumpul. Dalam satu PCB

(papan rangkaian) Umumya IC Hybrid ini terdapat pada komputer.

Dalam beberapa rangkaian yang besar dapat disepadukan menjadi satu dan dikemaskini

dalam kemasan yang kecil. Sementara satu IC yang kecil dapat membuat ratusan hingga

ribuan komputer. Berikut dibawah ini satu gambar IC yang bentuknya seperti transistor.

Page 14: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

14

Gambarajah 2.6 IC Hybrid ( IC Hibrid)

Bentuk IC yang menyerupai sikat dikenali

menyerupai sikat pada kakinya dan hanya pada satu sisi saja dikenali sebagai IC

SINGLE IN LINE.

Gambarajah 2.6.1 IC Single In Line (1C Baris Garisan)

Bentuk IC yang mempunyai kaki pada dua sisi sahaja atau biasa dikenali sebagai

Dual Line (DIL).

Salah satu contohnya seperti gambar di bawah ini :

Page 15: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

15

Gambarajah 2.6.2 IC Dual Line (IC Dua Baris)

Fungsi IC secara umumnya:

1. Menetapkan voltan input dan output.

2. Sebagai jantung pada suatu rangkaian kerana IC-lah yang mengatur kerja dari

setiap blok rangkaian dengan membahagi tugas blok rangkaian tertentu.

e) LIGHT EMITING DIODE (LED) (PEMANCAR CAHAYA DIOD)

- Lampu LED atau Light Emitting Diode adalah satu lampu penunjuk dalam alat

elektronik yang biasanya memiliki fungsi untuk menunjukkan keadaan dari alat

elektronik tersebut.

- Lampu LED diperbuat dari plastik dan diod semikonduktor yang dapat menyala

apabila voltan rendah mengalir (sekitar 1.5 volt D). Terdapat pelbagai warna dan

bentuk dari lampu LED, sesuai dengan komponen dan fungsinya.

Page 16: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

16

Gambarajah 2.7 Light Emitting Diode (LED) (Pemancar Cahaya Diod)

FUNGSI LAMPU LED

- Light Emitting Diode (LED) merupakan sejenis lampu yang akhir-akhir ini muncul

dalam kehidupan kita. LED dulu umumnya digunakan pada alat seperti PDA dan

komputer. Sebagai pesaing lampu neon, penggunaannya mulai meluas dan biasa

kita temui pada lampu kecemasan dan sebagainya. LED sebagai model lampu masa

depan dianggap dapat menekan pemanasan global kerana keberkesanannya.

Lampu LED sudah digunakan untuk:

- lampu untuk rumah

- lampu untuk jalan

- lalu lintas

- pengiklanan

f) BUZZER (PEMBUNYI ISYARAT)

Page 17: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

17

- Berfungsi sebagai alat output untuk nada dering, loudspeaker, bunyi game, lagu

dan lain-lain.

-

Gambarajah 2.8 Buzzer (Pembunyi Isyarat)

g) SWITCH (SUIS)

- Dalam bidang elektronik, suis merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar

elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan arah aliran dari

satu pengalir ke pengalir yang lain.

Gambarajah 2.9 Switch (Suis)

h) CIRCUIT BOARD (PAPAN LITAR)

Page 18: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

18

- Papan litar ialah suatu komponen penting dalam dunia elektronik hari ini. Berfungsi

untuk menyambung dan menyokong komponen elektronik secara elektrik.

Komponen elektronik dipasang padanya mengikut reka bentuk yang telah

dihasilkan oleh pereka bentuk papan litar. Sambungan kuprum yang direkabentuk

akan menyambungkan kesemua komponen elektronik bagi menghasilkan satu

sistem elektronik, dipanggil pemasangan papan litar tercetak (PCB).

- Papan litar asas mengandungi dua lapisan utama iaitu lapisan penebat elektrik dan

lapisan pengalir. Biasanya bahan penebat yang digunakan ialah gentian kaca yang

lebih dikenali dengan kod FR4. Manakala bahan pengalir utama ialah kuprum.

Gambarajah 2.10 Circuit Board (Papan Litar)

i) COOLER FAN (KIPAS)

- Kipas komputer merujuk kepada sebarang kipas dalam kelonsong komputer

digunakan bagi tujuan menyejukkan, dan mungkin merujuk kepada kipas yang

menarik udara sejuk dari luar ke dalam kelonsong, menyingkir udara panas dari

dalam, atau mengerakkan udara melalui penenggelam haba untuk menyejukkan

komponen tertentu. Kegunaan kipas/atau sebarang perkakasan bagi menyejukkan

komputer kadang kala dikenali sebagai pendinginan aktif.

Page 19: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

19

Gambarajah 2.11 Cooler Fan (Kipas)

j) BOX (PETI)

Gambarajah 2.12 Box (Peti)

Page 20: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

20

2) VOLTMETER (PELARAS SUHU)

- Bertindak balas dengan suhu dan berfungsi untuk mengawal litar atau menyambung

bekalan arus dalam litar. Berfungsi untuk mengekalkan suhu dalam aliran elektrik

“Power Pack”.

- Pengawalan suhu dilakukan dengan memilih suhu tertentu pada butang kendali

suhu.

- Pemilihan suhu yang sesuai dapat mengekalkan sifat bahan serta menjimatkan

penggunaan elektrik.

3) AMP METER (METER AMP)

- Amp meter ialah untuk mengukur arus elektron yang mengalir dalam sebuah litar

dan unitnya ialah (ampere).

Gambarajah 2.13 AMP Meter (Meter AMP)

4) BATERRY CHARGER (PENGECAS BATERI)

Page 21: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

21

Pengecas bateri ialah berfungsi untuk mengecas bateri daripada arus AC kepada DC, bateri

yang mempunyai 12v perlu dicas sehingga 13.5v untuk jangka hayat yang panjang.

a) Transformer (Pengubah)

Transformer ialah komponen yang boleh mengubah arus voltan kepada level yang lain

seperti penukaran arus DC kepada AC.

b) Capacitor (Kapasitor)

- Kapasitor merupakan salah satu komponen elektronik yang sangat penting.

Kapasitor ialah satu komponen elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan

tenaga elektrik. Selain itu, kapasitor juga dapat berfungsi sebagai penapis frekuensi.

Kapasitor memiliki pelbagai ukuran dan bentuk bergantung pada kapasitor dan

faktor lain yang mempengaruhi. Kapasitor juga dikenali sebagai kondensor.

- Fungsi kapasitor ialah untuk menyimpan tenaga elektrik lebih dikenali dengan

kemuatan atau kapasiti. Kapasitor memiliki simbol C (Capasitor) dan fungsi

kapasitor dalam menyimpan tenaga elektrik diwakili simbol F (Farad).

5) 3 PIN SOCKETS PLUG (SOKET PALAM 3 PIN)

Gambarajah 2.14 3 Pin Sockets Plug (Soket Palam 3 Pin)

2.7 PENGENALAN TERHADAP DOMAIN

Page 22: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

22

2.7.1 Idea Awalan

Mencari maklumat dari sumber-sumber tertentu seperti internet, media cetak, dan

sebagainya. Daripada sumber seperti ini, komponen yang terdapat pada projek yang akan

dihasilkan dapat dikenalpasti dan diolah dalam pembentukan projek yang bakal dicipta.

2.7.2 Analisis

Setelah perangkaan projek dibuat,analisis dilakukan untuk mengenalpasti masalah

yang dihadapi, penggunaan alatan dan komponen pada projek serta teknologi yang

digunakan bagi menjalankan projek.

2.7.3 Pelaksanaan

Dalam pelaksanaan projek, beberapa perkara dalam membentuk sesuatu projek

yang teratur dinilai. Antara pelaksanaan yang dilakukan adalah seperti :

i. Rekabentuk projek

ii. Pemasangan komponen dan alatan

iii. Kos pembuatan dan pembelian alatan / komponen

iv. Faktor keselamatan

v. Proses pembinaan

Page 23: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

23

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan satu kaedah pembangunan yang mempunyai penerangan

sistematik berkenaan aliran aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah. Pemilihan metodologi dalam pembangunan projek merupakan aspek terpenting

bagi memastikan projek yang akan dibangunkan dapat dilaksanakan mengikut langkah

secara tersusun dan bersistematik.

Sehubungan dengan itu, metodologi ini akan menerangkan setiap langkah yang

diambil dalam kajian pengubahsuaian ini. Untuk memudahkan pemahaman dan

pelaksanaannya, metodologi projek telah ditunjukkan dalam bentuk carta alir. Metodologi

ini turut menjelaskan prosedur yang akan dibuat bagi memudahkan ujikaji. Selain itu, turut

dimuatkan juga penerangan ringkas tentang proses dan konsep-konsep kajian serta

pendekatan yang digunakan dalam membuat analisis.

Page 24: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

24

3.2 CARTA GANTT

Gambarajah 3.1 Carta Gantt

TAJUK AMALI /

BENGKEL

MINGGU

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

PENDAFTARAN

PELAJAR BARU

C

U

T

I

P

E

R

T

E

N

G

A

H

A

N

S

E

M

E

S

T

E

R

TAKLIMAT

PROJEK DAN

PERBINCANGAN

PROPOSAL

PEMBENTANGAN

CADANGAN

PROJEK

PEMILIHAN

TAJUK PROJEK

PERANCANGAN

PROJEK

PELAKSANAAN

PROJEK

PENULISAN DRAF

LAPORAN

PENULISAN

LAPORAN

PEMBENTANGAN

PROJEK

PENYERAHAN

LAPORAN

PROJEK BERJILID

MINGGU

PEPERIKSAAN

Page 25: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

25

MULA MENGENAL PASTI

MASALAH

OBJEKTIF KAJIAN

MENGUMPUL DATA

MENGENAI PROJEK

MENGHASILKAN PROJEK MENJALANKAN UJIAN

KESIMPULAN DAN

CADANGAN

TAMAT

3.3 CARTA ALIRAN PROSES

Gambarajah 3.2 Carta Aliran Proses

Page 26: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

26

3.4 LUKISAN BERBANTU KOMPUTER

Gambarajah 3.3 Lukisan Berbantu Komputer

3.5 ANGGARAN KOS

Gambarajah 3.4 Anggaran Kos

Page 27: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

27

3.6 LANGKAH UNTUK MNGHASILKAN PROJEK

3.6.1 Sediakan Box (Peti)

Rajah 3.5 Sediakan Box

Page 28: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

28

3.6.2 Membuat Lubang Bahagian Soket Palam 3 Pin

Rajah 3.6 Membuat Lubang Bahagian Soket Palam 3 Pin

Page 29: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

29

3.6.3 Masukkan Bateri

Rajah 3.7 Masukkan Bateri

Page 30: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

30

3.6.4 Masukkan Power Inverter

Rajah 3.8 Masukkan Power Inverter

Page 31: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

31

3.6.5 Masukkan Pengecas Bateri

Rajah 3.10 Masukkan Pengecas Bateri

Page 32: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

32

3.6.6 Membuat Lubang Untuk Bahagian Volt Meter

Rajah 3.11 Membuat Lubang Untuk Bahagian Volt Meter

Page 33: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

33

3.6.7 Membuat Lubang Untuk Bahagian Amp Meter

Rajah 3.12 Membuat Lubang Untuk Bahagian Amp Meter

Page 34: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

34

3.6.8 Membuat Lubang Alur Angin Untuk Cooler Fan (Kipas)

Rajah 3.13 Membuat Lubang Alur Angin Untuk Cooler Fan (Kipas)

Page 35: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

35

3.6.9 Membuat Lubang Untuk Bahagian Soket Pengecas

Rajah 3.13 Membuat Lubang Untuk Bahagian Soket Pengecas

Page 36: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

36

3.6.10 Membuat Lubang Untuk Bahagian Suis Power Inverter Dan

Pengecas Bateri.

Rajah 3.14 Membuat Lubang Untuk Bahagian Suis

Power Inverter Dan Pengecas Bateri

Page 37: BAB 1 PENGENALAN - dmeinnovationproject.com POW…perkakas elektrik. Ianya menggunakan kuasa dari bateri yang berarus direct current (DC) ... Faktor yang dijadikan pendorong dalam

37

3.6.11 “Power Pack” Terhasil

Rajah 3.15 “Power Pack” Terhasil