BAB I - dmeinnovationproject.com dalam satu jangka masa yang ditetapkan dengan cara automatik. ......

20
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Burger Patty Maker” adalah sistem yang dapat menyediakan output yang direka bagi menghasilkan bentuk nuget, burger dan bebola daging dalam bentuk yang cantik dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan yang diperbuat daripada bahan dan besi yang telah dipilih. Ia merupakan satu

Transcript of BAB I - dmeinnovationproject.com dalam satu jangka masa yang ditetapkan dengan cara automatik. ......

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Burger Patty Maker” adalah sistem yang dapat menyediakan output

yang direka bagi menghasilkan bentuk nuget, burger dan bebola daging

dalam bentuk yang cantik dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan yang

diperbuat daripada bahan dan besi yang telah dipilih. Ia merupakan satu

2

mesin yang mampu menyediakan pelbagai bentuk pada satu mesin yang sama

dalam satu jangka masa yang ditetapkan dengan cara automatik.

Konsep yang kami gunakan lebih mudah dan efektif berbanding

dengan konsep sedia ada di pasaran. Ianya menggunakan motor bagi

menggerakan acuan keluar dan menghasilkan bentuk yang telah ditetapkan.

Kami menggunakan barangan yang sesuai dan berpatutan.

Kami juga berpeluang untuk mencuba mengeluarkan mesin buatan

sendiri yang dijalankan di bengkel POLISAS. Tambahan lagi, pada zaman

sekarang makanan segera atau makanan beku telah menjadi gaya pada masa

kini. Lalu tercetusnya idea untuk membuat mesin pembuat daging segera. Di

makmal JTM juga tidak mempunyai sebuah mesin acuan daging segera

secara automatik dan boleh menghasilkan pelbagai bentuk. Produk ini juga

bertujuan untuk kegunaan pelajar untuk mempelajari cara proses pembuatan

daging makanan segera.

3

1.2 Objektif

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji serta mencipta

sebuah mesin yang boleh menghasilkan pelbagai bentuk melalui satu mesin

yang sama. Berikut juga adalah di antara objektif kami :

1.2.1 Merekabentuk dan membina sistem automatik yang mampu

menghasilkan burger patty, nuget dan bebola daging.

1.2.2 Menguji kemampuan sistem yang dibina dari segi kuantiti dan kualiti.

1.2.3 Menjimatkan masa penghasilan burger patty.

4

1.3 Skop Kajian

Secara amnya, skop kajian ini adalah seperti berikut :

1.3.1 Saiz acuan burger yang dibuat ialah 100 mm, saiz acuan nuget ialah

50 mm dan saiz acuan bebola daging ialah 30mm sahaja.

1.3.2 Acuan burger dapat menghasilkan 2 biji burger manakala acuan nuget

dapat menghasilkan 3 biji nuget dalam satu masa.

1.3.3 Motor yang digunakan ialah motor “alternating current” yang

mempunyai kelajuan maksimum 8000rpm.

5

1.4 Penyataan Masalah

Pernyataan masalah adalah sebuah cara untuk mengenalpasti masalah yang

dihadapi sebelum memulakan sesebuah produk atau projek. Pernyataan masalah

dikumpulkan dan direkodkan bagi mengetahui permasalahan sebenar yang dihadapi.

Kemudian, para pelajar akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian dengan

membina sebuah produk atau projek yang akan memudahkan pernyataan masalah

yang dihadapi.

Antara masalah yang ingin diketengahkan adalah acuan daging yang terdapat

di Polisas adalah kecil dan hanya dapat memuatkan beberapa kilogram daging kisar.

Oleh kerana itu, kami cuba untuk membina acuan daging yang lebih besar dan

sistematik agar dapat menghasilkan daging dengan lebih banyak.

Masalah kedua yang dihadapi adalah acuan daging yang berada di Politeknik

tidak dapat menghasilkan bentuk dan saiz yang ditetapkan didalam silibus mereka..

Ini disebabkan ruang yang kecil dan padat menyebabkan kesusahan yang dihadapi

untuk proses pengacuan daging.

Selain itu, acuan daging yang digunakan pada permulaan adalah dalam

bentuk manual dan menggunakan kekuatan tangan untuk memampatkan daging

tersebut. Tetapi dalam projek atau produk yang dibina ini adalah secara automatik.

Mesin acuan ini juga belum lagi terdapat di Politeknik. Lalu dari kesempatan

tersebut, projek ini dilaksanakan bagi mencipta sebuah mesin acuan daging segera.

6

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Di bahagian kajian literatur ini para pelajar perlu menerangkan segala

teori atau apa-apa penulisan yang berkaitan dengan bidang projek yang dijalankan

seperti jenis, sistem yang ingin digunakan, prinsip kerja, sedikit pengenalan latar

belakang projek dan sebagainya. Ini adalah kerana perlu mendapatkan maklumat

latar serta membantu pelajar dalam mencapai objektif. Ini juga dapat mengelakkan

daripada berlakunya duplikasi terhadap projek yang dilaksanakan.

7

Bab ini membincangkan tentang kajian-kajian yang akan dilakukan untuk

membantu dan membolehkan pelajar memberikan idea-idea baru dalam proses

perlaksanaan projek akhir nanti. Peranannya adalah untuk menerangkan kaedah yang

akan digunakan dalam mereka bentuk dan mengkaji sejauh mana projek ini

ditambahbaikkan dengan projek yang sedia ada di luar sana. Pengetahuan dalam teori

adalah amat memainkan peranan yang penting dan bertindak sebagai panduan dalam

menjalankan sebarang projek.

Bab ini juga membincangkan kajian yang akan dilakukan bagi membantu dalam

memberikan idea untuk proses perlaksanaan projek. Justeru, fungsinya untuk

menerangkan perspektif serta kaedah yang digunakan dalam mereka bentuk dan

mengkaji sejauh mana projek ini dihubungkaitkan dengan projek yang telah sedia

ada. Kefahaman secara kemahiran dan teori amat penting sebagai panduan dalam

menjalankan sebarang projek. Selain itu, bab ini juga menunjukkan konsep dan

kaedah yang telah digunakan dalam menyelesaikan masalah projek.

Dengan adanya penyata permasalahan diatas yang dinyatakan, kami terlebih

dahulu mengkaji dan mempelajari terlebih dahulu konsep-konsep asas sebelum

mengambil jalan penyelesaian.

8

2.2 Bahan-Bahan

2.2.1 Motor AC (alternating current)

Sebuah motor AC motor elektrik didorong oleh arus ulang-alik (AC).

AC motor biasanya terdiri daripada dua bahagian asas, stator pegun di luar

mempunyai gegelung dibekalkan dengan arus untuk menghasilkan medan

magnet berputar, dan pemutar dalam melekat pada aci keluaran menghasilkan

medan magnet berputar kedua. Medan magnet rotor boleh dihasilkan oleh

magnet kekal, keengganan saliency, atau DC atau AC belitan elektrik.

Kurang biasa, motor AC linear beroperasi pada prinsip yang sama

motor berputar tetapi mempunyai bahagian-bahagian bergerak dan tidak

bergerak mereka disusun dalam konfigurasi garisan lurus, menghasilkan

gerakan linear dan bukannya putaran.

Rajah 2.1 Motor AC

9

2.2.2 Perspek

Rajah 2.2 Perspek

Ciri-ciri

i. Tahan lama dan tidak mudah musnah

ii. Mudah terbakar

iii. Mudah pecah dan tergores

iv. Ringan dan ada yang lutsinar

v. Permukaan rata dan licin

Kegunaan

i. Membuat bekas air

ii. Membuat plat nombor dan papan kenyataan

iii. Membuat menutup model

10

2.2.3 Teflon

Analisis ciri-ciri struktur molekul, PTFE adalah bahan yang

mempunyai sifat yang sangat baik.

PTFE mempunyai lima kelebihan utama:

1. Nila hebat kepada suhu tinggi dan rendah. Suhu operasi PTFE adalah-

200-260℃, kadang-kadang ia boleh cepat sampai 300℃, jauh lebih

tinggi daripada plastik lain-lain.

2. Faktor geseran yang rendah. Tidak mudah lekat. PTFE adalah plastik

yang paling kurang daya geseran.

3. Sifat aliran elektrik sangat baik, yang tidak akan berubah dengan

perubahan jika suhu meningkat.

4. Rintangan kimia yang baik dan prestasi penuaan, selain elemen

fluorine logam, natrium dan hampir tidak ada yang boleh mengikis ia

seperti asid kuat, alkali tali, minyak, dan pelarut organik.

5. PTFE mempunyai kekuatan tinggi, tetapi kekuatan tegangan dan

rintangan dan tentangan terhadap rayap

6. Kelebihan utama peralatan masak ini adalah mudah digunakan.

Permukaannya, ringan, daya tahan yang kuat, dan sangat mudah

digunakan untuk memasak. Permukaan nya tidak mudah terlekat

dengan sisa makanan.

11

7. Mudah dibersihkan dengan hanya mengalirkan air diaatas

permukaannya dan sisa kotoran akan hilang.

Rajah 2.3 Teflon

2.2.4 Besi Sudut

Dalam dunia konstruksi besi, tentu ada banyak sekali istilah – istilah

yang digunakan untuk menyebutkan jenis – jenis besi mahupun hal lain yang

berhubungan dengan konstruksi besi. Salah satunya adalah besi siku. Istilah

ini tentu sudah tidak asing lagi dalam konstruksi besi. Istilah besi siku sesuai

12

dengan namanya digunakan untuk menyebut besi yang memiliki bentuk siku

– siku.

Besi siku sebenarnya adalah besi plat yang bentuknya siku atau memiliki

sudut 90 darjah. Panjang besi siku ini biasanya adalah 6 meter. Biasanya, besi

siku digunakan untuk membuat rak besi, rak kasut dan konstruksi besi yang

lain. Besi siku juga memiliki ukuran lebar dan ketebalan yang berbeza

sehingga pelanggan boleh memilih besi sesuai dengan keperluan

Besi siku pada zaman ini sangat banyak dipasaran dan mudah untuk

diperolehi. Seperti disebutkan di atas ukuran besi siku cukup bervariasi iaitu

daripada 2 cm, 3 cm, 4 cm, dan 5 cm. Selain itu ada pula besi siku lubang

iaitu besi dengan bentuk siku namun di sepanjang besi tersebut terdapat

lubang – lubang yang sama besar. Besi siku biasanya juga dikenal dengan

equal angle bar.

Besi siku biasanya digunakan untuk pembuatan rak mahupun

konstruksi besi lainnya. Jenis besi ini banyak digunakan kerana profilnya

yang kukuh dan tahan lama sehingga sesuai untuk keperluan dalam jangka

masa yang panjang kerana boleh bertahan sehingga bertahun – tahun.

Pada zaman ini penggunaan besi siku juga mulai banyak digunakan

untuk membuat khemh perumahan kerana sifatnya yang kukuh dan tahan

lama. Sebenarnya besi siku memang sangat sesuai untuk digunakan dalam

struktur teknik dan pemakaian standard secara umum. Sama seperti besi –

besi lainnya, besi siku juga memiliki kemampuan yang terbatas untuk

menahan beban sehingga besi siku kurang sesuai untuk digunakan dalam

kerja-kerja besi yang terlalu berat. Ukuran besi siku yang pelbagai juga dapat

13

disesuaikan dengan keperluan pelanggan. Walaupun ukurannya bermacam –

macam, biasanya panjangnya sama iaitu 6 meter. Besi siku yang paling kecil

adalah ukuran 20 mm x 20 mm dengan ketebalan 3 mm.

Rajah 2.4 Besi sudut

2.2.5 Suis Had (limit switch)

Dalam bidang kejuruteraan elektrik suis had ialah suis yang

dikendalikan oleh gerakan bahagian mesin atau kehadiran objek. Ia

digunakan untuk mengawal mesin sebagai sebahagian daripada sistem

kawalan, sebagai saling kunci keselamatan, atau untuk mengira objek lulus

mata. Suis had adalah alat elektromekanikal yang terdiri daripada penggerak

mekanikal dikaitkan dengan satu set kenalan. Apabila objek datang ke dalam

14

kenalan dengan penggerak, peranti ini beroperasi kenalan untuk membuat

atau memecahkan sambungan elektrik.

Suis had digunakan dalam pelbagai aplikasi dan persekitaran kerana

kelasakan mereka, kemudahan pemasangan, dan kebolehpercayaan operasi.

Mereka boleh menentukan kehadiran atau ketiadaan, hantaran, kedudukan,

dan akhir perjalanan objek. Mereka mula-mula digunakan untuk menentukan

had perjalanan objek; maka nama "suis had".

Suis had dengan pengendali roller-tuil; ini dipasang pada pintu di

kunci terusan, dan menunjukkan kedudukan pintu kepada sistem kawalan.

Suis had standard adalah komponen kawalan industri dihasilkan dengan

pelbagai jenis operator, termasuk tuil, roller plunger, dan jenis rambut

janggut. Suis had boleh terus mekanikal dikendalikan oleh gerakan tuil

operasi. Suis buluh boleh digunakan untuk menunjukkan kedekatan magnet

dipasang pada beberapa bahagian yang bergerak. suis berdekatan beroperasi

oleh gangguan medan elektromagnet, dengan kapasitan, atau dengan

mengesan medan magnet.

Jarang, satu peranti yang beroperasi akhir seperti lampu atau solenoid

injap akan dikawal secara langsung oleh sesentuh suis had industri, tetapi

lebih biasanya suis had akan berwayar melalui geganti kawalan, litar kawalan

Contactor motor, atau sebagai input kepada pengawal logik boleh atur cara.

Miniature suis snap-tindakan boleh digunakan contohnya seperti

komponen peranti seperti mesin fotokopi, pencetak komputer, puncak boleh

tukar atau ketuhar gelombang mikro untuk memastikan komponen dalaman

berada dalam kedudukan yang betul untuk operasi dan untuk menghalang

15

operasi apabila pintu akses dibuka. Satu set suis had boleh laras dipasang

pada pembuka pintu garaj untuk menutup motor apabila pintu telah mencapai

kedudukan yang dibangkitkan sepenuhnya atau diturunkan sepenuhnya. A

mesin kawalan berangka seperti pelarik akan mempunyai suis had untuk

mengenal pasti had maksimum bagi bahagian-bahagian mesin atau untuk

memberikan titik rujukan terkenal dengan usul tambahan.

Rajah 2.5 Suis had

2.2.6 Butang Kecemasan (emergency button)

Butang kecemasan ditakrifkan sebagai suis kawalan, ia digunakan

untuk memberhentikan mesin apabila berlakunya kemalangan

yang tidak diingini berlaku.

Ciri-ciri:

i. Mudah didapati

16

ii. Ringan

iii. Pelbagai bentuk

iv. Berwarna merah

Kegunaan butang kecemasan didalam projek ini adalah untuk

mengawal dan memberhentikn mesin jika terdapat kemalangan

yang tidak diingini.

Rajah 2.6 Butang kecemasan

2.2.7 Butang Mula Dan Tutup (on off switch)

Butang mula dan butang tutup ialah suis bagi menghidupkan

sesuatu litar dan mematikan sesuatu litar.

Ciri-ciri:

i. Mudah didapati

ii. Ringan

iii. Saiz kecil

Suis buka dan tutup ini dipilih adalah kerana kesesuaiannya

terhadap litar yang telah dirangka.

17

Rajah 2.7 Butang mula dan tutup

2.2.8 Relay

Relay adalah suis elektrik dikendalikan. Banyak geganti

menggunakan elektromagnet untuk mekanikal beroperasi suis, tetapi prinsip-

prinsip operasi yang lain juga digunakan, seperti geganti keadaan pepejal.

Geganti digunakan di mana ia adalah perlu untuk mengawal litar oleh isyarat

berkuasa rendah (dengan pengasingan elektrik lengkap antara kawalan dan

litar terkawal), atau di mana beberapa litar mesti dikawal oleh satu isyarat.

Geganti pertama telah digunakan dalam litar telegraf jarak jauh sebagai

penguat: mereka mengulangi isyarat yang datang dari satu litar dan semula

menyampaikannya di litar lain. Geganti telah digunakan secara meluas dalam

pertukaran telefon dan komputer awal untuk melaksanakan operasi logik.

Sejenis relay yang boleh mengendalikan kuasa tinggi yang diperlukan

untuk terus mengawal motor elektrik atau beban lain dipanggil contactor.

Geganti keadaan pepejal mengawal litar kuasa dengan bahagian yang

18

bergerak, dan bukannya menggunakan peranti semikonduktor untuk

melaksanakan pensuisan. Geganti dengan ciri-ciri operasi ditentukur dan

kadang-kadang pelbagai gegelung operasi digunakan untuk melindungi litar

elektrik dari beban atau kerosakan; dalam sistem kuasa elektrik moden

fungsi-fungsi ini dilakukan oleh instrumen digital masih dipanggil "geganti

pelindung".

Magnetic menghisap Geganti Magnetic geganti menghisap

memerlukan satu nadi kuasa gegelung bergerak kenalan mereka dalam satu

arah, dan satu lagi, nadi diarahkan untuk memindahkan mereka kembali.

denyutan berulang dari input yang sama mempunyai kesan. geganti

menghisap Magnetic berguna dalam aplikasi di mana kuasa terganggu tidak

dapat beralih kenalan.

Geganti menghisap magnet boleh mempunyai gegelung sama ada

tunggal atau dua. Pada peranti satu gegelung, relay akan beroperasi dalam

satu arah apabila kuasa digunakan dengan satu kekutuban, dan akan

menetapkan semula apabila kekutuban akan bertukar. Pada peranti gegelung

dwi, apabila voltan polarisasi digunakan untuk gegelung set semula kenalan

yang akan beralih. AC dikawal geganti selak magnet mempunyai gegelung

tunggal yang menggunakan diod stereng untuk membezakan antara

mengendalikan dan menetapkan semula arahan

19

Rajah 2.8 Relay

20

Rajah 3.1 Carta Alir

Mula

Proses Mereka Cipta

Mengenalpasti Masalah

Perancangan Projek

Pencetusan Idea

Pemilihan Projek

Membuat Lakaran

Pemilihan Bahan

Penyediaan Projek

Analisis projek

Jadual Penilaian

Bermatrik

Tamat

Tidak

Ya

Tidak

Ya

Ya