Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat...

16
PENGENALAN Pernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal isteri dan saksi. Timbul persoalan, kenapa mereka mesti ada dalam majlis akad nikah tersebut? Untuk menjawabnya, kita mesti memahami konsep asas perkahwinan dalam Islam. Justeru, dalam topik ini kita akan mulakan dengan membincangkan beberapa asas pemilihan calon bakal suami dan isteri. Setelah itu, kita akan meneliti aspek keharusan dalam melihat calon bakal isteri semasa peminangan. Kemudian, kita akan membincangkan maksud, dalil, hukum dan hikmat perkahwinan dalam Islam. Topik ini akan diakhiri dengan perbincangan tentang rukun serta syarat perkahwinan. Anda pasti akan boleh menjawab persoalan di atas apabila tamat mempelajari topik ini. Topik Topik 5 5 Pengenalan Munakahat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat : 1. Menyebut asas pemilihan calon bakal suami dan isteri; 2. Menyatakan aspek keharusan dalam melihat bakal isteri; 3. Menyebut maksud, dalil dan hikmat perkahwinan; 4. Membezakan hukum-hukum dalam perkahwinan; dan 5. Menyenaraikan rukun dan syarat bagi setiap rukun perkahwinan.

Transcript of Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat...

Page 1: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

PENGENALANPernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal isteri dan saksi. Timbul persoalan, kenapa mereka mesti ada dalam majlis akad nikah tersebut? Untuk menjawabnya, kita mesti memahami konsep asas perkahwinan dalam Islam. Justeru, dalam topik ini kita akan mulakan dengan membincangkan beberapa asas pemilihan calon bakal suami dan isteri. Setelah itu, kita akan meneliti aspek keharusan dalam melihat calon bakal isteri semasa peminangan. Kemudian, kita akan membincangkan maksud, dalil, hukum dan hikmat perkahwinan dalam Islam. Topik ini akan diakhiri dengan perbincangan tentang rukun serta syarat perkahwinan. Anda pasti akan boleh menjawab persoalan di atas apabila tamat mempelajari topik ini.

TopikTopik 55Pengenalan Munakahat

HASIL Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat :1. Menyebut asas pemilihan calon bakal suami dan isteri;2. Menyatakan aspek keharusan dalam melihat bakal isteri;3. Menyebut maksud, dalil dan hikmat perkahwinan;4. Membezakan hukum-hukum dalam perkahwinan; dan5. Menyenaraikan rukun dan syarat bagi setiap rukun

perkahwinan.

Page 2: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

MUKADDIMAH PERKAHWINAN

Munakahat adalah istilah daripada Bahasa Arab. Ia bermaksud pernikahan atau perkahwinan dalam masyarakat kita. Syariat munakahat merupakan salah satu lambang Islam, agama yang lengkap bagi seluruh kehidupan manusia. Islam hadir untuk menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan akal manusia. Melalui penjagaan keturunan, Islam menetapkan syariat perkahwinan. Ini bagi memenuhi kehendak naluri nafsu dan kasih sayang manusia di samping mengelakkan perlakuan sumbang seperti zina.

2

AKTIVITI 5.1

Apakah perbezaan antara nikah dengan kahwin?Ceritakan pengalaman anda semasa satu majlis akad nikah anda sendiri atau akad nikah sahabat-sahabat yang pernah anda hadiri.

5.1

Rajah 5.1 : Majlis Akad Nikah[Sumber: Wikipedia Ensiklopedia Bebas

http://ms.wikipedia.org/wiki/Imej:Semenyih_akad_nikah.jpg]

Page 3: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

Firman Allah SWT :

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan dan rahmatNya, (Allah) menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum : 21)

Malah, Islam telah menggariskan suatu panduan khas dalam kita mendirikan perkahwinan. Ia bermula daripada aspek memilih calon bakal suami isteri, meminang dan berkahwin hinggalah persoalan perceraian dan nafkah.

Justeru, setiap calon suami atau isteri perlulah mengambil beberapa langkah sebelum diadakan sebarang ikatan perkahwinan. Ini bagi memenuhi tuntutan dan matlamat perkahwinan bagi mendapat keredhaan Allah. Antara langkah yang perlu diambil adalah :

(a) Memilih bakal suami dan isteri yang memenuhi sifat yang dituntut dalam Islam;

(b) Melihat bakal isteri; dan(c) Meminang.

5.1.1 Asas Pemilihan Bakal Suami dan IsteriSebagai suami, kita diberi kebebasan untuk memilih calon isteri. Namun, Islam menganjurkan kita agar memilih calon isteri yang mempunyai sifat-sifat baik. Ini kerana kebahagiaan rumah tangga dan kelahiran anak yang solih terletak pada asas pemilihan bakal calon isteri atau suami. Ini bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Menurut al-Khin (1987), sifat yang baik bagi calon suami dan isteri adalah :

(a) Beragama dan berakhlak mulia;(b) Berketurunan baik;(c) Bukan kaum kerabat dan saudara terdekat;(d) Sekufu; dan(e) Perawan (masih dara).

3

Page 4: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

Bagi suami, sebaiknya dipilih daripada kalangan mereka yang bertanggung jawab, rajin berusaha dan berilmu agama bagi membimbing isteri serta anak-anak. Calon isteri pula sebaiknya mereka yang masih dara, subur dan memiliki harta serta rupa paras yang cantik.

Islam menitik beratkan calon suami dan isteri mestilah seorang yang beragama supaya dapat menjamin kebahagiaan hidup sepanjang hayat. Di samping itu, rumah tangga yang dibina memperolehi ketenangan serta mendapat keredaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda :

“Wanita dikahwini kerana empat sifat, kerana hartanya; keturunannya; kecantikkannya; dan agamanya. Pilihlah yang beragama, bahagialah kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Perkahwinan kerana pangkat, kekayaan atau rupa semata-mata tidak bernilai jika tidak disertai dengan asas asas agama. Rumah tangga mungkin runtuh jika pangkat dan kekayaan sudah tiada. Rumah tangga juga mungkin goyang jika rupa paras sudah berkedut dan usia telah lanjut.

Justeru, asas utama dalam pemilihan calon suami isteri adalah seorang yang mempunyai kekuatan agama dan akhlak yang tinggi. Ciri suami isteri solih seperti inilah yang sangat disukai Allah. FirmanNya :

“Wanita yang solih ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).” (Al-Nisa’ : 34)

Terdapat beberapa golongan perempuan yang haram dikahwini, sama ada haram selama-lamanya atau haram sementara. Perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya adalah disebabkan faktor keturunan, penyusuan dan persemendaan. Rajah 5.2 berikut menjelaskan golongan perempuan yang haram dikahwini tersebut.

4

Page 5: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

Bezakan antara hukum wajib dan makruh dalam perkahwinan.Senaraikan lima hikmah perkahwinan kepada Islam.Nyatakan dua golongan perempuan yang haram dikahwini sementara.

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

Rajah 5.2: Perempuan yang haram dikahwini

5

SEMAK KENDIRI 5.1

Perempuan Yang Haram Dikahwini

Keturunan

Ibu, nenek hingga ke atas

Anak perempuan, cucu hingga ke bawah

Adik-beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu

Emak saudara sebelah bapa atau sebelah ibu hingga ke atas

Anak saudara daripada adik-beradik seibu sebapa, seibu hingga ke bawah

Persemendaan

Ibu susuan hingga ke atas

Anak susuan hingga ke bawah

Adik-beradik susuan

Emak saudara susuan sebelah ibu susuan atau suaminya

Anak saudara daripada adik-beradik susuan hingga ke bawah

Ibu tiri hingga ke atas

Menantu perempuan hingga ke bawah

Ibu mertua hingga ke atas

Anak tiri dan ke bawah jika disetubuhi ibunya (isteri)

Perempuan yang tidak beragama Samawi

Perempuan yang masih bersuami

Perempuan yang masih dalam iddah

Perempuan yang ditalak tiga

Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan

Mengumpul isteri dengan mahramnya dalam satu masa

Perempuan kelima bagi lelaki yang telah beristeri empat

Haram Selama-lamanya

Penyusuan

Haram Sementara

Page 6: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

5.1.2 Aspek Keharusan Melihat Bakal IsteriIslam menekankan batasan dan adab pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Namun, Islam mengharuskan seseorang lelaki yang berniat mengahwini seorang perempuan supaya melihat perempuan itu sendiri. Ini dilakukan untuk mengelakkan sebarang kekecewaan dan memupuk kasih sayang selepas perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW kepada Mughirah bin Syu’bah ketika beliau hendak meminang seorang perempuan :

“Lihatlah kepadanya (perempuan), ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.” (Riwayat al-Tirmidhi, Al-Nasai’e dan Ibn Majah)

Sesetengah ulamak meletakkan hukum melihat tunang bukan sahaja suatu keharusan, malah ia dianggap sesuatu yang sunat dilakukan sebelum ke alam perkahwinan. (Al-Khusht, t.t)

Islam membenarkan perempuan itu dilihat beberapa kali. Malah, kita disaran tidak memberitahu perempuan itu bagi mengelakkan dia berhias terlebih dahulu. Jika berhias, tentulah berlawanan dengan tujuan melihat perempuan tersebut. Abu Humaid RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Jika sesiapa antara kamu meminang seorang perempuan, dia tidaklah berdosa jika melihat kepadanya (perempuan) untuk meminangnya, sekalipun perempuan itu tidak mengetahui (hal itu)”. (Riwayat Ahmad)

Walaupun Islam membenarkan lelaki melihat seorang perempuan untuk dikahwininya, namun mereka dibenarkan melihat muka dan tapak tangannya sahaja. Menurut al-Khin (1988), muka biasanya melambangkan kecantikan dan tapak tangan melambangkan kesuburan serta kelembutan.

5.1.3 MeminangMeminang adalah lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya. Meminang merupakan tanda persetujuan kita terhadap seorang perempuan yang kita sukai dan hendak dijadikan isteri.

6

Page 7: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

(a) Sila dapatkan maklumat tambahan berkaitan konsep pertunangan melalui laman web :

http://cybermosque.mpsj.gov.my/pinang.html(b) Bagaimanakah keadaan pergaulan lelaki dan

perempuan yang masih dalam tempoh pertunangan di tempat anda?

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

Peminangan boleh berlaku dengan lafaz yang terang (soreh) seperti perkataan ‘meminang’ atau ‘melamar’. Ia juga boleh berlaku dengan perkataan kiasan (kinayah) seperti ‘menyunting’.

Namun, bukan semua perempuan boleh kita pinang. Terdapat beberapa perempuan yang haram kita pinang, iaitu :

(a) Isteri orang;(b) Mahram kepada lelaki;(c) Perempuan yang berada dalam tempoh iddah;(d) Perempuan yang haram dikahwini; dan(e) Perempuan yang telah dipinang orang.

Walaupun seorang lelaki dan perempuan telah bertunang, mereka masih bukan suami isteri. Oleh itu, perhubungan dan pergaulan mereka masih sebagai ajnabi. Mereka haram bersetubuh, bergaul bebas dan berdua-duaan tanpa mahram. Malah, mereka mesti menjaga aurat dan tidak boleh melihat aurat pasangan masing-masing. Ibn Abbas RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bersabda :

“Janganlah seseorang kamu berkhalwat dengan seorang wanita melainkan bersama-sama mahram.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7

SEMAK KENDIRI 5.2

Page 8: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

PERKAHWINAN

5.2.1 Pengertian PerkahwinanMenurut fitrah, manusia memerlukan pasangan dalam hidupnya. Manusia juga memerlukan hidup berkeluarga dan seterusnya memperolehi zuriat untuk mengambung keturunan. Justeru, Allah SWT mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi semua fitrah manusia ini.

Perkahwinan atau nikah dari segi bahasa adalah bercantum dan himpun. Kadang-kadang perkataan nikah digunakan dengan maksud akad atau persetubuhan. (Al-Husayni, 1992)

Dari segi syarak, nikah atau perkahwinan adalah akad yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain bermakna nikah.

5.2.2 Dalil PerkahwinanPerkahwinan disyariatkan berlandaskan dalil al-Quran, hadith serta ijmak para ulamak.

(a) Dalil al-Quran :Firman Allah :

“Kahwinilah perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat, tetapi jika tidak dapat berlaku adil hendaklah (berkahwin) seorang sahaja” (Surah al-Nisa’ : 3)

(b) Dalil Hadith :Sabda Rasulullah SAW :“Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu hendaklah ia kahwin, kerana (kahwin) akan menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah ia berpuasa, sesungguhnya ia (puasa) adalah pendinding.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(c) Ijmak Ulamak :

8

5.2

Page 9: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

Semua ulama di sepanjang zaman telah bersepakat bahawa perkahwinan merupakan syariat Islam.

5.2.3 Hukum PerkahwinanHukum asal bagi perkahwinan adalah harus. Namun hukum ini boleh bertukar kepada wajib, sunat, haram dan makruh mengikut situasi seseorang. Jadual 5.1 berikut adalah hukum perkahwinan serta situasinya.

Jadual 5.1: Hukum Perkahwinan

Hukum Situasi

HarusOrang yang tiada sebab mendesak untuk kahwin dan tiada perkara yang mengharamkan untuk dia berkahwin

Wajib Orang yang mampu beri nafkah zahir dan batin dan dikuatiri terjerumus kepada zina jika tidak berkahwin

SunatOrang yang mampu beri nafkah zahir dan batin, namun tidak dikuatiri terjerumus kepada zina jika tidak berkahwin

HaramOrang yang tidak mampu beri nafkah zahir dan batin serta diyakini melakukan kezaliman terhadap pasangannya

Makruh Orang yang tidak mampu beri nafkah zahir dan batin tetapi berkeinginan untuk berkahwin

5.2.4 Hikmah PerkahwinanPerkahwinan mempunyai banyak hikmah kepada Islam dan ummah. Kelebihannya banyak disebutkan dalam ayat al-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Antara kelebihannya adalah :

(a)Memenuhi fitrah dan dan naluri manusiaSetiap manusia, sama ada lelaki atau perempuan mempunyai naluri dan fitrah seksual. Oleh itu, Islam menjadikan

9

Page 10: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

perkahwinan sebagai jalan terbaik menyalurkan tuntutan tersebut. Malah, Islam tidak menggalakkan umatnya membujang dan hidup bersendirian. Abu Samrah RA berkata, “Nabi SAW melarang hidup membujang.” (Riwayat al-Tarmidhi)

(b) Menjauhi diri daripada maksiat dan perkara haramMelalui perkahwinan, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan maksiat dan perzinaan. Keperluan nafsu akan dapat disalurkan melalui jalan yang betul dan bukannya dengan cara yang haram. Sabda Rasulullah SAW :

“Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang (untuk meminang), hendaklah kamu mengahwinkannya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan timbul fitnah dan kerosakkan di atas bumi.” (Riwayat al-Tarmidhi)

(c)Memupuk kasih sayang dan memberi ketenteraman jiwaPerkahwinan akan memupuk kasih sayang antara lelaki dan perempuan melalui jalan yang betul. Ini secara langsung memberi ketenangan jiwa dalam kehidupan suami isteri. Firman Allah :

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan dan rahmatNya, (Allah) menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum : 21)

(d) Mendapat zuriat yang sah, salih dan meramaikan umatMelalui perkahwinan, kita akan mendapat zuriat yang sah mengikut hukum syarak. Ini merupakan permulaan yang baik bagi melahirkan ramai anak yang solih serta remaja yang berbakti kepada ummah. Sabda Rasulullah SAW :

“Kahwinilah perempuan yang mampu melahirkan ramai anak, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

(e)Mengikut sunnah para rasulPerkahwinan merupakan sunnah para nabi dan rasul. Dengan berkahwin, kita sudah memenuhi dan mendapat pahala sunnah. Sabda Rasulullah SAW :

10

Page 11: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

“Empat perkara yang merupakan sunnah rasul-rasul, iaitu malu, memakai wangian, bersugi dan berkahwin.” (Riwayat al-Tarmidhi)

RUKUN NIKAH DAN SYARAT-SYARATNYA

Rukun nikah adalah seperti berikut :(a) Bakal suami(b) Bakal isteri(c) Wali(d) Dua orang saksi(e) Ijab dan qabul

Setiap rukun nikah tersebut mempunyai syarat-syarat tertentu. Di bawah ini kita akan membincangkan syarat bagi setiap rukun tersebut.

5.3.1 Bakal Suami / IsteriLelaki dan perempuan yang ingin berkahwin mesti memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di bawah.

(a) Syarat bakal suami :(i) Islam;(ii) Lelaki;(iii) Tidak beristeri lebih empat dalam satu masa;(iv) Bukan dalam ihram haji atau umrah; dan

11

5.3

AKTIVITI 5.2Jika anda telah berkahwin, apakah asas dan sifat pasangan anda hingga anda jatuh hati padanya?Anda bersetuju ‘Cinta sebelum kahwin’ atau ‘Cinta selepas kahwin’. Bincangkan.

Page 12: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

(v) Bukan mahram kepada perempuan yang ingin dikahwini.

(b) Syarat bakal isteri :(i) Islam atau ahli kitab;(ii) Perempuan;(iii) Bukan isteri orang;(iv) Bukan dalam ihram haji atau umrah;(v) Bukan dalam tempoh iddah raj’ie; dan(vi) Bukan mahram kepada lelaki yang ingin dikahwini.

5.3.2 WaliWali nikah adalah orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan. Terdapat beberapa syarat menjadi seorang wali dalam perkahwinan, iaitu :

(a) Islam;(b) Lelaki;(c) Baligh;(d) Berakal;(e) Merdeka;(f) Tidak dalam ihram haji; dan(g) Tidak terhalang daripada membelanjakan hartanya.

Wali nikah terbahagi kepada dua :(a) Wali Nasab, iaitu mereka yang berkuasa mengahwinkan

seseorang perempuan mengikut keturunan. Terbahagi kepada dua, wali mujbir dan wali bukan mujbir; dan

(b) Wali Hakim, iaitu mereka yang diberi kuasa oleh pemerintah untuk mengahwinkan perempuan yang tiada wali atau walinya hilang kelayakkan.

Rajah 5.3 di bawah menunjukkan pembahagian wali dalam perkahwinan.

12

WALI

Nasab Hakim

Mujbir Bukan Mujbir

Page 13: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

Rajah 5.3: Pembahagian Wali

Jika seorang perempuan ingin berkahwin, beliau mesti mengambil wali nasab mengikut susunan keutamaan. Jika wali nasab tiada langsung atau tidak memenuhi syarat, barulah boleh berpindah kepada wali hakim.

Susunan wali nasab mengikut keutamaan adalah seperti berikut : Bapa; Datuk; Saudara lelaki seibu sebapa; Saudara lelaki sebapa; Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa

hingga ke atas; Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki sebapa hingga ke

atas; Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas; Bapa saudara sebapa hingga ke atas; Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa (sepupu); dan Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu).

Bapa dan datuk adalah wali mujbir, sementara bakinya adalah wali bukan mujbir. Wali mujbir merupakan mereka yang boleh mengahwinkan anak gadis tanpa persetujuannya. Namun, kuasa mereka bukanlah mutlak. Ini kerana terdapat syarat seorang wali mujbir yang ingin mengahwinkan anaknya, iaitu :

(a) Anak itu masih gadis, bukannya seorang janda;(b) Bakal suami sekufu dengan anaknya, iaitu setaraf dari segi

keturunan, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya;(c) Bakal suami bukan daripada orang yang sukar untuk bergaul

seperti lelaki buta atau uzur;(d) Tiada permusuhan yang jelas antara wali mujbir dengan anak

gadisnya; dan(e) Tiada permusuhan antara anak gadis dengan bakal suaminya;

Jika wali mujbir melanggar syarat-syarat tersebut, hukum perkahwinan adalah sah. Namun, perbuatan wali tersebut adalah haram dan berdosa. (Al-Syarbini, 1978)

Wali nasab adalah berbeza dengan wali hakim. Jadual 5.2 berikut menjelaskan perbezaan tersebut :

Jadual 5.2: Perbezaan Wali Nasab dan Wali Hakim

13

Page 14: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

Wali Nasab Dari segi Wali HakimOrang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan mengikut keturunan.

MaksudOrang yang diberi kuasa oleh pemerintah untuk mengahwinkan perempuan yang tiada wali.

Bapa dan datuk Contoh Kadi dan imamWali mujbir boleh memaksa gadis untuk berkahwin

Kuasa Tidak boleh paksa sesiapa untuk berkahwin

Seperti yang disebutkan di atas, kuasa mengahwinkan seorang perempuan boleh berpindah kepada wali hakim dengan beberapa sebab. Berikut adalah sebabnya :

(a) Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan;(b) Wali tidak dapat dikesan atau tidak diketahui hidup atau mati;(c) Wali tinggal jauh lebih dua marhalah dan tidak dapat

dihubungi;(d) Wali dalam tahanan;(e) Wali dalam ihram haji atau umrah;(f) Wali enggan mewalikan perempuan itu tanpa sebab yang

munasabah mengikut hukum syarak.

5.3.3 SaksiPerkahwinan memerlukan dua orang saksi yang melihat akad nikah itu berlangsung. Saksi diperlukan untuk menjamin sesuatu perkahwinan itu sah dan dapat mengelak daripada berlaku fitnah. Mereka boleh memberi keterangan sekiranya berlaku pertikaian berhubung dengan kesahan majlis akad nikah tersebut.

Seseorang yang ingin menjadi saksi mesti memenuhi beberapa syarat, iaitu :

(a) Islam;

14

AKTIVITI 5.3(a) Siapakah wali perkahwinan anda atau perkahwinan

keluarga anda yang terdekat? (b) Pernahkah anda melihat majlis perkahwinan yang

melibatkan wali hakim? Jika pernah, sila ceritakan.

Page 15: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

(a) Sila dapatkan maklumat tambahan berkaitan ijab dan qabul ini melalui laman web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Akad_nikah

(b) Kenapakah ada di kalangan pengantin lelaki yang banyak mengucapkan qabul semasa akad nikah?

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

(b) Lelaki;(c) Baligh;(d) Berakal;(e) Adil, iaitu tidak melakukan dosa besar;(f) Sempurna pancaindera, iaitu tidak buta, pekak atau bisu; dan(g) Memahami lafaz ijab dan qabul.

5.3.4 Ijab dan QabulIjab dan Qabul adalah akad nikah. Perkahwinan dianggap sah apabila diakadkan oleh wali atau wakilnya dan dipersetujui oleh bakal suami atau wakilnya.

Ijab adalah lafaz yang diucapkan oleh wali. Contohnya wali atau wakil wali berkata, ‘Aku nikahkan engkau dengan anakku Wafa binti Wafi dengan maskahwin RM100 tunai’. Qabul pula adalah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami. Contohnya ia berkata, ‘Aku terima nikah Wafa binti Wafi dengan maskahwin RM100 tunai’

Ijab biasanya mendahuli qabul. Namun, sah akad jika menyebut qabul dahulu. Ijab dan qabul mempunyai syarat-syarat tertentu, iaitu :

(a) Ijab dilafazkan oleh wali atau wakilnya, sementara qabul dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya;

(b) Lafaz ijab dan qabul mestilah disebut dengan jelas;(c) Ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis;(d) Ijab dan qabul tidak diselangi diam yang lama atau perkataan

yang tidak berkaitan;(e) Ijab dan qabul tidak disertai dengan lafaz taklik seperti ’Aku

terima nikah jika aku mendapat pekerjaan;(f) Ijab dan qabul tidak dibataskan dengan tempoh masa; dan(g) Bahasa yang digunakan jelas difahami oleh wali, suami dan dua

orang saksi;

15

SEMAK KENDIRI 5.3

Page 16: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

• Asas pemilihan bakal calon suami dan isteri mestilah di kalangan yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

• Lelaki diharuskan melihat muka dan tapak tangan isterinya sebelum bertunang dan berkahwin.

• Meminang adalah lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.

• Lelaki dan perempuan yang bertunang mempunyai batasan aurat dan pergaulan seperti orang lain yang ajnabi.

• Perkahwinan adalah akad yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain bermakna nikah

• Hukum asal perkahwinan adalah harus, tetapi berubah kepada wajib, sunat, haram atau makruh mengikut situasi.

• Perkahwinan merupakan syariat Islam yang mempunyai banyak dalil dan hikmah kelebihannya.

• Rukun nikah adalah calon suami, calon isteri, wali, dua orang saksi dan ijab serta qabul.

• Setiap rukun nikah mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri bagi melayakkan lelaki dan perempuan bergelar suami isteri.

Memilih calon suami isteriPerempuan yang haram dikahwiniMelihat calon isteriMaksud meminangBatasan semasa pertunanganMaksud perkahwinanDalil perkahwinanHukum perkahwinan

Hikmah perkahwinan Rukun nikah Syarat suami dan isteriSyarat waliWali nasab dan hakimWali mujbirSyarat saksiSyarat ijab dan qabul

16

SEMAK KENDIRI 1.5

Page 17: Bab 1 file · Web viewengenalan. P. ernahkah anda melihat majlis akad nikah? Siapakah yang terlibat semasa akad nikah sedang dilakukan? Tentu anda melihat antaranya bakal suami, bakal

TOPIK 5 PENGENALAN MUNAKAHAT

• Abu Bakar al-Jaza’ri. (1994). Minhaj al-Muslim. Madinah : Maktabah al-Ulum wa al-Hikam.

• ‘Ali As’ad. (1988). Fath al-Mu’in. Klang : Klang Book Centre.

• Haron Din. (1988). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur : Percetakan Watan.

• Muhammad Uthman al-Khusht. (t.t). Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah. Kaherah : Maktabat al-Quran.

• Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Shurbaji. (1987). Al-Fiqh al-Manhaji. Damsyik : Matba’ah al-Sobah.

• Al-Sayyid Sabiq. (1983). Fiqh al-Sunnah. Beirut : Dar al-Fikr.

• Taqiuddin al-Husaini. (1992). Kifayah al-Akhyar fi Hal Ghayah al-Ikhtisar. Beirut : Dar al-Khair.

17