BAB 15

36
BAB 15 PROGRAM BACAAN NILAM 15.1 KONSEP PROGRAM NILAM 15.1.1 Latar belakang Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah. A. Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan ada perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.

description

Fail Kuasa PSS

Transcript of BAB 15

BAB 15

BAB 15

PROGRAM BACAAN NILAM15.1 KONSEP PROGRAM NILAM15.1.1 Latar belakang

Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah. A. Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (melalui Frank Small

& Associates) menunjukkan ada perbezaan ketara antara kadar

literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93%

manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia

membaca dua buah buku setahun.

B. Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap lima tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84%.

Pada masa ini terdapat pelbagai aktiviti atau projek-projek galakan membaca yang telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, sama ada aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu diteruskan.

15.1.2 Rasional

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai galakan program membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pendidikan perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.15.1.3 Matlamat

Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

15.1.4 Objektif

A. Menanam minat suka membaca di kalangan murid-murid.

B. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi

menyemai tabiat membaca.15.1.5 Asas Pertimbangan

Menyedari hakikat bahawa masih terdapat ruang yang perlu diisi bagi pelaksanaan program perkara-perkara berikut menjadi asas pertimbangan.

A. Keupayaan membaca seseorang bermula sejak dilahirkan. Kanak-kanak terus berusaha mempelajari dunia dan alam sekeliling ini melalui pancainderanya. Mereka perlu menikmati keseronokkan menerusi bahan yang dibaca. Ini dapat menggalakkan, menggerakkan serta mendorong mereka mencari lebih banyak bahan dalam pelbagai bidang merangsangkan pemikiran dan seterusnya membawa mereka ke arah kematangan membaca. Faktor semulajadi yang ada pada kanak-kanak ialah sifat ingin tahu tentang persekitaran dan dunia amnya.B. Melalui satu kajian kes yang dijalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan November 1997, didapati bahawa amalan membaca di kalangan pelajar masih di tahap yang rendah. Tinjauan yang dijalankan di lapan buah sekolah di negeri Selangor dan Perak itu mendapati bahawa antara sebab utama murid-murid tidak banyak membaca adalah tidak ada masa, bahkan bacaan tidak menarik, tiada galakan dan lain-lain.C. Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia menyatakan bahawa keutamaan bagi pelajar membaca ialah untuk belajar dan sangat sedikit untuk bacaan senggang. Kajian tersebut membuktikan sikap anggota masyarakat sendiri yang tidak mendorong kepada pembacaan senggang. Ibu bapa hanya mementingkan pembacaan untuk kecemerlangan peperiksaan. Ini mengakibatkan murid kurang gemar membaca kerana ia membosankan, tidak faham seterusnya menjadi malas untuk membaca. Dalam konteks ini ibu bapa seharusnya menjadi pendorong utama dalam memupuk dan menyuburkan budaya suka membaca.D. Budaya suka membaca merupakan satu keadaan di mana wujudnya sebuah masyarakat yang mencapai satu tahap amalan dan minat membaca yang sejati. Ia boleh menghidupkan masyarakat sebagai suatu golongan aktif yang padu dari segi personaliti dan rohani serta maju dan matang dari segi mental dan fizikal. 15.1.6 Pendekatan

Berdasarkan pertimbangan di atas pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang berterusan. Perkara-perkara utama adalah sebagaimana gambarajah berikut.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

AKTIVITI

KUMPULAN SASAR

MASA BAHAN

PENGLIBATAN IBU BAPA

Rajah 1 : Pendekatan Program15.1.7 Model Program NILAMNILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca. NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah - masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca seperti dalam rajah 2 : Model Program NILAM.

TABIAT MEMBACA

GANJARAN /

PENGIKTIRAFAN

PENILAIAN

KAWALAN

REKOD BACAAN

PELAKSANAAN

AKTIVITI

RAKAN PEMBACA

JAUHARI

PROGRAM NILAM

(Nadi Ilmu Amalan Membaca)

Rajah 2 : Model Program NILAM

15.1.8 Tahap Program NILAMProgram NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untukmembina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu percambahan penyertaan murid dan percambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP). A. Tahap Pertama - JAUHARI

a. Membina kemahiran dan menanam minat membaca.b. Wajib kepada semua murid yang telah menguasai kemahiran asas membaca 18 X 3 = 54

c. Buku adalah dipinjam dari PSS, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, pinjaman daripada kawan dan hak persendirian.

d. Kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti SR 1 dan SM 1. JADUAL SR 1

SEKOLAH RENDAH

TahunAsasSederhanaTinggiTertinggi

19X1=918X1=1818X1 =2718X2=36

218X1=1818X2=3618X3=5418X4=72

318X1=1818X2=3618X3=5418X4=72

418X1=1818X2=3618X3=5418X4=72

518X1=1818X2=3618X3=5418X4=72

618X1/2=918X1=1818X 1 =2718X2=36

JUMLAH 90 180 270 360

JADUAL SM 2

SEKOLAH MENENGAH

TingkatanAsasSederhanaTinggiTertinggi

19X1=918X2=3618x3=5418X2=36

218X1=1818X2=3618X3=5418X4=72

318X1/2=1818X1=1818X1 =2718X2=36

4 18X1=1818X2=3618X3=5418X4=72

518X1/2=918X1=1818X1 =2718X2=36

JUMLAH 72 144 216 288

18 = pinjaman buku 2 minggu sekali bagi 36 minggu dalam setahun. Jumlah 36

minggu setahun ialah seminggu persekolahan tidak mengambil kira minggu

aktiviti sukan dan peperiksaan.

Nota : Murid tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5 dianggap mempunyai 6

bulan pertama untuk menyertai program ini. Aktiviti diperlahankan pada 6 bulan kedua.

B. Tahap Kedua RAKAN PEMBACA

a. Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca.

b. Telah melepasi tahap satu dan telah membaca 100 buah buku.

c. Markah direkod dalam buku khas. Format dicadangkan seperti di

lampiran.

d. Cara pelaksanaan RAKAN PEMBACA:i. Proses di Tahap RAKAN PEMBACA ini ialah pelajar menerima panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan

untuk mereka. Dicadangkan 10 orang pelajar yang

berkebolehan dibimbing oleh seorang guru.ii. Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan meminjam buku dari Pusat Sumber Sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku ini akan dipinjam dan dibaca oleh rakan, keluarga dan jiran.

e. Pengiraan markah berdasarkan aktiviti yang dicadangkan

seperti ;

i. Bercerita

ii. Membaca bersama

iii. Bicara buku.

iv. Meminjam buku.

f. Cadangan markah bagi aktiviti seperti di atas ialah ;

i. Bercerita 1 sesi X jumlah pendengar.

ii. Membaca bersama 1 sesi X jumlah pembaca.

iii. Bicara buku 1 sesi X jumlah pendengar

iv. Meminjam buku 1 sesi X jumlah peminjamg. Contoh kiraan markah.

i. Bercerita 1 sesi X 5 jumlah pendengar = 5 markah

ii. Membaca bersama 1 sesi X 3 jumlah pembaca = 3 markah

iii. Bicara buku 1 sesi X 5 jumlah pendengar = 5 markah

iv. Meminjam buku 1 sesi X 5 jumlah peminjam = 5 markah JUMLAH = 18 markah15.1.9 Sistem Ganjaran

A. Sistem Ganjaran - JAUHARI

Berdasarkan kadar bacaan tersebut setelah tamat persekolahan rendah

dan menengah murid diberi ganjaran atau pengiktirafan sejajar dengan

pencapaian mereka. Pengiktirafan ini diterakan dalam Buku Rekod

Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah. Pengiktirafan ini boleh digunakan sebagai kriteria pemilihan ke sekolah

kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspress atau temuduga untuk penajaan. Cadangan pengiktirafan adalah seperti berikut dengan mengambil kira kemampuan purata murid setelah 6 tahun dan 5 tahun bersekolah.Sekolah Rendah

Jumlah Bacaan/ BukuPengiktirafan

90 -179Gangsa

180 269Perak

270 -359Emas

360 ke atasNilam

JADUAL SR 2 Sekolah Menengah

Jumlah Bacaan/ BukuPengiktirafan

72-143Gangsa

144 -215Perak

216 287Emas

288 ke atasNILAM

JADUAL SM 2B. Sistem Ganjaran RP Segala aktivit RP yang dijalankan oleh murid direkodkan dalam buku khas,

disemak oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang

diberi adalah seperti berikut : Markah Pengiktirafan

100 199 Gangsa

200 299 Perak

300 399 Emas

400 ke atas NILAM

JADUAL GANJARAN RP

15.1.10 Pengiktirafan

Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumi tentang klasifikasi pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca sepanjang hayat.Contoh Catatan

Nota: Semua markah dan gred yang dipaparkan adalah sebagai contoh yang boleh diubahsuai mengikut kewajarannya.15.2 Strategi Pelaksanaan Program NILAM15.2.1 PengenalanA. Program ini merupakan program yang berterusan sepanjang tahun dimulakan dengan Tahun 1 pada tahun 1998. Tahun berikutnya, Tahun 1 dan 2 serta Tingkatan 1 akan mengikuti program ini dan tahun 2000 penglibatannya tertumpu kepada murid-murid Tahun 1,2 dan 3. Begitulah seterusnya sehingga tahun 2003 penglibatan meliputi kesemua murid sekolah rendah dan menengah.B. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini tidak terasing daripada proses pengajaran dan pembelajaran malah boleh diserap dan disepadu dalam semua bentuk aktiviti mengikut kesesuaian. Pelaksanaan program ini tidak bertujuan menambahkan beban guru malah menjadi pemangkin dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga boleh menyumbang ke arah pencapaian akademik yang cemerlang serta membina masyarakat berbudaya membaca.

C. Pelbagai aktiviti galakan membaca telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah. Pihak sekolah boleh mengubahsuai aktiviti tersebut mengikut persekitaran dan tahap kemampuan murid atau membentuk aktiviti lain melalui daya kreativiti dan inovasi guru-guru.

15.2.2 Pelaksanaan

Program NILAM yang dilaksanakan di sekolah memerlukan satu strategi yang berkesan. Langkah-langkah berikut perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk semua warga sekolah memahami dan menghayati program ini.

A. Taklimat Pengetua / Guru Besar

Sebagai pentadbir sekolah, Guru Besar atau Pengetua harus memahami konsep dan matlamat program untuk dijelaskan kepada warga sekolahnya. Perkara perkara yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :

a. Latarbelakang gerakan membaca

b. Apa itu NILAM

c. Tujuan NILAM

d. Aktiviti asas NILAMe. Tahap pertama NILAM

f. Sistem kawalan

g. Sistem ganjaran

B. Mesyuarat Guru

Kefahaman guru-guru terhadap program membolehkan mereka merangka beberapa strategi pelaksanaan yang berkesan. Strategi yang dimaksudkan ialah :

a. i. Menyediakan carta organisasi bagi menentukan peranan guru PSS, kelas dan mata pelajaran. ii. Menyediakan senarai tugas/ peglibatan semua staf. b. Menentukan dan menyusun jadual pelaksanaan. c. Menentukan bahan mencukupi. d. Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi :

i. Pengumpulan data

ii. Pengesahan

iii. Pengawalan

iv. Penilaian

C. Pengesanan dan Penilaian Program

Keberkesanan program oleh pihak pentadbir ditentukan melalui

perkara perkara berikut:a. Memastikan pengumpulan data dilaksanakan dalam masa yang

ditentukan.

b. Menentukan program ini berjalan lancar di semua kelas.

c. Membuat perjumpaan dengan guru-guru dan membincangkan

masalah pelaksanaannya.

d. Mengambil tindakan mengatasi masalah.

e. Menentukan insentif-insentif kepada murid-murid peringkat

sekolah.

f. Mengumpul dan menyimpan data untuk diserahkan kepada guru

penyelaras program.

g. Mengagihkan fail-fail rekod bacaan kepada guru berkenaan pada

tahun yang berikutnya.15.2.3 Bahan

Pelaksanaan program memerlukan pengumpulan buku-buku.

A. Penyediaan bahan yang mencukupi adalah penting untuk keberkesanan dan kejayaan program. Bahan utama yang diperlukan ialah buku bacaan dan buku panduan.

a. Buku Bacaan

Buku-buku pusat sumber yang sedia ada. Koleksi ini perlu ditambah sepanjang tahun. Buku juga boleh diperolehi daripada Perpustakaan Awam, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Desa dan lain-lain.b. Rekod Bacaan

Setiap buku yang dibaca mesti direkodkan dalam rekod bacaan.

Terdapat pelbagai jenis rekod bacaan disediakan sebagai panduan

Rekod bacaan perlu diedarkan melalui PSS.

c. Bahan Panduan

Video latihan dan buku panduan disediakan bagi membantu guru-

guru menjalankan projek ini. Pihak sekolah boleh mengolah semula cadangan aktiviti mengikut kesesuaian murid atau membentuk aktiviti lain atas daya usaha dan kreativiti para guru.B. Penggredan Buku

Penggredan bertujuan menetukan kesesuaian buku dengan tahap kebolehan membaca murid-murid. Proses penggredan buku dijalankan seperti berikut.

a. Jawatankuasa Kerja menentukan kriteria menggred buku . Di antara

perkara yang diambil kira ialah kesukaran perkataan yang digunakan

bidang ilmu dan muka surat. Penggeredan berbeza diantara buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.b. Buku yang digredkan perlu ditentukan cara mengenalinya. Cara yang

mudah ialah dengan melekatkan tanda warna mengikut warna yang ditentukan oleh pihak sekolah. Tanda warna dilekatkan di kulit dan di kad pinjaman.

15.2.4 Peranan

Setiap staf sekolah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan program NILAM. Setiap individu mempunyai peranan tertentu.

A. Penasihat NILAM ( Pengetua / Guru Besar )

a. memahami konsep dan matlamat program NILAM.

b. Mendapat nasihat daripada PKG, PPD, JPS,PSPN dan BTP jika perlu.

c. Membincang status pelaksanaan NILAM dalam mesyuarat pentadbir , guru kurikulum dan sebagainya.

d. Pemantauan secara keseluruhan pelaksanaan program NILAM di sekolah.

e. Melantik ahli panel yang proaktif.

f. Meluluskan peruntukan kewangan yang diperlukan.

B. Pengerusi NILAM ( Guru Penolong Kanan )

a. memahami dasar dan matlamat program NILAM.

b. Mempengerusikan setiap mesyuarat NILAM.

c. Memastikan pelaksanaan program NILAM berjalan lancer melalui penyeliaan, perjumpaan dengan guru,temubual dan laporan pelaksanaan.

d. Memberi taklimat kepada ibu bapa.

e. Mengenalpasti masalah, kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan susulan.

f. Mengenalpasti guru yang menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan.

C. Naib Pengerusi Nilam (GPK HEM