BAB 1.docx
-
Upload
nur-arif-shah -
Category
Documents
-
view
268 -
download
5
description
Transcript of BAB 1.docx
BAB 1: Muzik dgn pergerakan
DEFINISI MUZIK:
Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada
aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan
kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.
DEFINISI PERGERAKAN
Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “ melakukan”
(learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama
dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya
mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga
(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara
improvisasi kepada muzik.
Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara
Automatis
Spontan
Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun )
melalui postur, gerak isyarat dan pelbagaipergerakan badan
KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk
penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan
mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal
yang bersifat ‘non verbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap
kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam
1
dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat
semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
KEPENTINGAN MUZIK dan PERGERAKAN TERHADAP :
Emosi –
Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan
dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti
dapat menenangkan perasaan kanak-kanak.
Kognitif –
Meningkatkan daya pendengaran
Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.
Kegembiraan - Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk
menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak
muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak.
Fizikal –
Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan
secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar.
Meningkatkan kemahiran motor.
Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan. Keyakinan
diri.
Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam
kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan
diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri.
Kreativiti –
Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai
seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.
2
5 JENIS PERGERAKAN MENGIKUT PERKEMBANGAN DARI MUDAH KE
KOMPLEKS
Gerakan mengikut lirik lagu
Gerakan asas dengan muzik
Interpretasi muzik dengan gerakan
Gerakan bebas dengan muzik
Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema
PENDEKATAN DALCROZE
Irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik Irama dan
pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak Elemen irama
dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakan Kesemua degree dalam
tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami,
dan diekspresikan dengan badan
PENGLIBATAN Eurhythmics memerlukan penglibat individu secara
total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta
emosi diri secara total di mana individu perlu Mendengar Merasai (feel)
Berimaginasi kuat( strong imagination) Menginterpretasi bunyi
Bertindak/respon/bergerak
KECERDASAN MUZIK
Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten,
membezakan antara bunyi dan mencipta muzik . Sensitif dengan bunyi
dipersekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik,
mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.
3
KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan
untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi
pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang
berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-
lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat
mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental.
UMUR PERKEMBANGAN PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK
Umur perkembangan Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula :
bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas
yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi
menjadi aktif ketika muzik dimainkan.
4- 8 bulan
Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati semua bunyi yang
didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap
kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah
sumber muzik.
10-18 bulan
Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik
yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul
daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik
yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan
apabila mendengar muzik yang disukainya.
4
18 bulan – 2 tahun
Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat
kanak-kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran
bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya.
Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio
atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga
memainkan alat muzik.
2 - 3 tahun
Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk ‘menari’ mengikut
muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan,
dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan
muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan
kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam
permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring atau
duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu
masa.
3 1/2- 4 tahun
Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan yang ketara
berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen
yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi
lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan
irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama,
walaupun tidak semuanya tepat.
4 – 5 tahun
Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap
tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan
5
secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap ‘pendengaran aktif’.
Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.
5 – 6 tahun
Keselarasan gerak tari bermula : meningkatkan kawalan motor dan kemampuan
untuk melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai
langkah untuk menari. Kanak-kanak mula boleh melakukan pergerakan tangan
dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan
satu kaki dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga
mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.
UMUR PERKEMBANGAN MENYANYI
Peringkat umur Perkembangan Lahir – 4 bulan
Tangisan pertama bayi adalah ‘muzik’: Tangisan bayi pertama bayi sangat
penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat
membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat,
bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling,
jeritan dan mula ‘bercakap yang bukan-bukan’ mengulangi suara seperti “ba-ba-
ba.”
6 – 18 bulan
Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal lebih jelas : ketika
kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi
aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada
suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan
6
jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not
yang sama.
18 bulan – 3 tahun
Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti
betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak
yang mudah diingat, menggunakan suku kata atau hanya cakap kosong ketika
bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia
sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan
berulang-ulang.
3 ½ - 4 tahun
Ketepatan dalam persamaan ton bermula : sekarang anak mula menyanyi
hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu
sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin
sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.
4 – 5 tahun
Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan peningkatan kawalan
suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta
lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag
lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin
suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan
kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.
7
5 tahun ke atas
Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat :
Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.
UMUR PERKEMBANGAN BERMAIN ALAT MUZIK
Peringkat umur Perkembangan 6 – 9 bulan
Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia : koordinasi
mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasikan benda-benda untuk
mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan
bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda
yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.
18 bulan – 2 tahun
Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi : Anda mungkin
pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan,
mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.
2- 3 ½ tahun
Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak
menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya
mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum,
paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal.
Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan
sebagainya.
8
4- 5 tahun
Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar : Pada tahap
ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh
memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan
muzik atau mencipta lagu sendiri.
MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS
Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak kurang upaya Muzik dan pergerakan
penting untuk semua kanak-kanak termasuklah kanak-kanak kurang upaya.
Guru haruslah membuat pengubahsuaian terhadap aktiviti yang dijalankan.
Membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka sebebas mungkin
dan dapat memberikan pengalaman kepada mereka.
PANDUAN DALAM MERANCANG AKTIVITI MUZIK DAN PERGERAKAN
UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA:
Teknik mengajar yang baik untuk kanak-kanak berkeperluan khas
Guna banyak pendekatan yang berbeza dengan pelbagai media untuk
meningkatkan variasi dan kelajuan.
Guna segmen-segmen kecil.
Membangun keakraban, memberi pengalaman.
Menyediakan pilihan kegiatan yang sesuai.
Cuba melakukan pergerakan yang sukar tapi dapat diikuti oleh kanak-
kanak.
Mengenali perbezaan dalam pemerhatian.
Elakkan rangsangan berlebihan atau aktiviti yang panjang.
Ingat keseimbangan dalam aktiviti.
9
Mengelak daripada melakukan kejutan. Membangun kejayaan kepada
kanak-kanak.
MUZIK DAN GERAKAN UNTUK KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN
KHUSUS KANAK-KANAK KETIDAKUPAYAAN ATAU KEGAGALAN
BELAJAR
Merujuk kepada kecacatan kanak-kanak seperti disleksia, masalah
pendengaran dan masalah penglihatan, gangguan perhatian dan masalah
ingatan dan sebagainya.
Kanak-kanak dengan Attention deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) tidak
boleh duduk atau turut serta dalam kegiatan muzik yang lama dengan ahli
kumpulan lain.
CARA GURU-GURU DAPAT MEMBANTU MEREKA UNTUK FOKUS PADA
GERAKAN MUZIK DAN PERGERAKAN ADALAH:
membawa mereka ke lokasi tertentu dan memuji mereka untuk tetap pada
tugas.
Melakukan muzik dan aktiviti gerakan secara individual.
memberikan headphone untuk kanak-kanak untuk mendengar muzik atau
memperkenalkan mereka kepada komputer animasi dengan iringan muzik
sebagai cara untuk membantu kanak-kanak dalam melakukan pergerakan
dalam muzik.
10
MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL
BAYI (INFANTS)
Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai
jenis bunyi muzik.
Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka
pada waktu itu.
Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik
sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.
Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan
memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar
dan jaga.
Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota
badan mereka, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng
digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka.
Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan
muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat
mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh
menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.
STIMULASI PENDENGARAN BAYI SEJAK LAHIR HINGGA 1 TAHUN
kebanyakkan bayi mula memperbaiki kemampuan mereka untuk
mendengar suara atau bunyi yang berbeza di persekitaran mereka.
Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar
untuk menumpukan perhatian mereka.
Muzik merupakan pengalaman yang tak ternilai sebagai seorang bayi
untuk meningkatkan kemahiran mendengar.
Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila
mendengar muzik.
11
KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS )
Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah
boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik.
Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat,
kerincing, tamburin dan sebagainya.
Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat muzik
tersebut. Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik
sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset
lagu kanak-kanak.
Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi
setiap muzik yang ditunjukkan.
PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK & PERGERAKAN
Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh
kanak-kanak.
Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya
tema “anggota badan”.
Sediakan aktiviti yang fleksibel Memahami keperluan dan kebolehan
kanak-kanak mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka.
Gunakan bahasa yang mudah difahami.
Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik
yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat
merangsang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik.
Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit,
maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor.
12
MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 3 TAHUN
Muzik & Pergerakan Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun telah mengalami
perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang
memberangsangkan.
Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh
diaplikasikan dengan muzik.
Mestilah merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan
permainan alat muzik
Tindak Balas Kanak-kanak Terhadap Bunyi & Pergerakan Akan
menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut mereka,
memusingkan lengan dan menganggukkan kepala dalam keadaan
bertenaga.
Sangat aktif dan menyukai muzik yang rancak.
Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan, menyukai
permainan drama dan khayalan.
Mula minat untuk bermain alat muzik seperti drum, tamborin dan
kayu stick.
Panduan Mengajar Muzik Untuk Kanak-kanak 3 Tahun Muzik yang
dipilih mestilah bersesuai dengan perkembangan mereka.
Mengajar dalam kumpulan yang kecil .
Ketika mengajar muzik, cuba selitkan dengan nyanyian spontan
seketika.
Memperkenalkan alatan muzik satu persatu kanak-kanak dan
membunyikan alat tersebut.
13
MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 4 – 8 TAHUN
(KINDERGARTEN AND EARLY PRIMARY)
Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik
Terdapat beberapa tahap perkembangan kanak-kanak dalam melakukan
pergerakan mengikut muzik
Antaranya ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi
Tahap perkembangan (Low level)
Antara akitiviti yang dilakukan ialah:
Berguling
Meniarap
Mengesot
Berjalan sambil mengheret kaki
Bergerak ke belakang dan depan
Tahap perkembangan (Middle level)
Merangkak
Duduk
mencangkung
Lompat katak
Berjalan dengan empat kaki
Tahap perkembangan (High level)
Langkah seperti raksaksa
Dapat menggunaka tongkat Pogo
Berjalan sambil memegang bendera
Berjalan menggunakan lutut
Dapat melompat dan berlari Berlari dan berhenti
14
PERANAN MUZIK DAN PERGERAKAN
Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi
Pergerakan dapat menggambarkan perwatakan kanak-kanak
Pergerakan juga dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt,
berfantasi)
Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang
mereka lakukan
Mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak, bila kanak-kanak
bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan
Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya
Pergerakan dan muzik sebagai satu permainan
Meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak melalui pergerakan
Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara
spontan
Muzik dan pergerakan dan bahasa seni
Perkembangan bahasa Muzik nyanyian sangat baik untuk
mengembangkan bahasa kanak-kanak
Dapat membantu kanak-kanak memezakan antara perkatan, huruf dan
suku kata
Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan seni kata dalam
lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa Muzik dan
pergerakan merupakan satu cara kanak-kanak meningkatkan
penguasaan bahasa mereka
Muzik dan kemahiran membaca
Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai
perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka
15
Muzik, pergerakan dan matematik
Puzzle dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemhiran
matematik mereka
Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang
Besar dan kecil
Panjang dan pendek
Tinggi dan rendah
Awal dan lambat
Sikit
Banyak
Sekali
Kumpulan dll
Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan
membesar dan mengecilkan badan mereka
KESIMPULAN
Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan
program pra sekolah. Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik
dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi
peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar.
Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan,
keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan
kemahiran muzik.
16
BAB 2: UNSUR-UNSUR PERGERAKAN
UNSUR-UNSUR PERGERAKAN
TUBUH BADAN :
Pergerakan yang dilahirkan oleh bahagian- bahagiananggota badan.
Elemen asas
Gerak laku asas tubuh
Aktiviti gerak laku anggota- anggota tubuh
Aktiviti serta bentuk- bentuk tubuh badan
Lakuan bahagian tubuh badan
fungsi bahagian tubuh badan
- menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul
berat badan
membimbing
- memandu pergerakan dengan cara membuat seluruh badan
atas bahagian anggota lain bergerak mengikut haluan
pergerakan
Aktiviti tubuh badan
Akt lokomotor
Akt bukan lokomotor
Akt manipulatif
Bentuk tubuh badan
Semasa lunjur- lurus dan lebar
Melakukan lengkung- bulat
Badan berpusing- berpintal
Penghasilan bentuk fizikal bergantung kepada keupayaan
menggerakkan bahagian anggota tubuh badan.
17
RUANG :
Penggunaan ruang dalam aktiviti pergerakan.
Menentukan arah pergerakan tubuh badan
Kategori-kategori ruang
Kawasan
Arah
Aras- (atas-bawah), (kiri-kanan), (depan-belakang)
Laluan- lurus, melengkung, zig-zag
Dataran
Ektensi- (besar-kecil), (jauh-dekat)
Dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana
datangnya pergerakan
Jenis-jenis ruang
Ruang peribadi –
Ruang di sekitar diri individu semasa bergerak atau pegun
Ruang umum –
Ruang yg terbentuk mengikut rupa bentuk bilik, dewan atau
garis-garis sempadan.
Penggunaan ruang secara langsung
berbentuk LURUS, TAJAM, HALUS
Penggunaan ruang secara tidak langsung
berbentuk FLEKSIBEL,BERALUN , LEMAH LEMBUT
ARAS
Lokasi pergerakan dan hubungan dengan ruang lantai dan hubungannya
dengan ruang sokongan
3 aras pergerakan: RENDAH, PERTENGAHAN DAN TINGGI
18
MASA
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan.
Masa boleh dalam keadaan cepat atau perlahan, dengan tiba0tiba
atau terkawal.
ARAH
Tubuh boleh digerakkan ke pelbagai arah:
hadapan,
belakang,
merusuk,
melintang,
meninggi dan
merendah atau
mengubah kedudukan badan dari 1 arah ke 1 arah drp posisi asal
Digunakan utk menjelaskan kedudukan tubuh badan semasa melakukan
perubahan arah
mengubah hala kedudukan badan
mengekalkan kedudukan badan yg menghala ke hadapan sambil memusing
muka menghadap ke pelbagai arah
DAYA :
Kualiti pergerakan
PERKAITAN :
Hubungkait bahagian-bahagian anggota badan denganorang lain atau objek-objek
19
BAB 3: JENIS-JENIS PERGERAKAN
DEFINISI PERGERAKKAN LOKOMOTOR
Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia
berubah kedudukan di tempat tersebut.
Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah
kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi.
Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku
berubah kedudukan mengikut pergerakan.
Contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip,
merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR
Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai- bagai
bahagian tubuh badan.
Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga
postur yang baik.
Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan
iaitu ruang, masa, beban dan aliran.
Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik
melalui pergerakan.
Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Membentuk para pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas
serta minda yang cerdas.
20
Pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam
melakukan pelbagai jenis
Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi
melaksanakan pergerakan asas dalam melakukan pelbagai jenis
pergerakan.
DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa
beralih tempat
Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak
menggunakan otot-otot kecil.
Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi
buka-tutup dan pusing putar
Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.
Cth, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan
menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang)
Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam
tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing,
meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik,
menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.
BAB 4: PERGERAKAN KREATIF
21
DEFINISI dan KONSEP PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara
simbolik.
Pergerakan Kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan
deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi.
Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara
simbolik dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang
ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut.
Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang
memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep
pergerakan.
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota
badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan
mempunyai daya ekspresi.
Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea,
perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik
melakukan pergerakan.
Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian,
berpasangan atau berkumpulan.
Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang
berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna.
Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan berunsurkan
pertandingan.
Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi dan
penilaian kendiri.
UNSUR-UNSUR PERGERAKAN KREATIF
22
Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif Kesemua unsur yang
dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat
unsur tersebut itu ialah:
Tubuh badan
Ruang
Masa dan
Daya
CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF
Membentuk personaliti unggul.
Dengan melaksanakan aktiviti yang berunsurkan pergerakan
kreatif, ianya dapat membentuk personaliti yang unggul seperti sifat
berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan, berdisiplin
dan lain-lain lagi.
Ciri seperti ini dapat diketengahkan dalam melakukan aktiviti
pergerakan kreatif.
Keriangan belajar.
Ianya dapat dilihat apabila sesuatu aktiviti dijalankan.
Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dijalankan secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan
antara mereka dalam melaksanakan aktiviti tersebut.
Kita dapat kanak-kanak bebas bergerak mengikut kreativiti masing-
masing.
Berkeupayaan menyelesaikan masalah.
23
Selalunya kanak-kanak menjana idea baru dan kreatif dalam
menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik.
Sebagai contoh dengan mengambil aspek dalam lakonan kanak-
kanak cuba menyelesaikan masalah dari segi aspek kostum dan
persembahan yang berkesan supaya menghasilkan lakonan yang
menarik.
Pemusatan pemerhatian yang menyeluruh iaitu menggunakan
pancaindera.
Pergerakan kreatif ianya melibatkan keseluruhan anggota badan
dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan dalam
perkembangan motor kasar dan motor halus.
TUJUAN PERGERAKAN KREATIF
meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti,
kebebasan dan pengucapan.
Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera.
untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan.
berasa seronok dan riang ketika belajar.
berkomunikasi melalui pergerakan.
bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau
perasaan.
NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF
Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan
Keseronokan dan kepuasan
Kesyukuran
Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi
Menghormati orang lain
Menyedari keperluan orang lain
24
Semangat cintakan keindahan alam sekitar
Bekerjasama dll
FAEDAH PERGERAKAN KREATIF
Antara faedah yang kita peroleh daripada pergerakan kreatif ialah:
Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.
Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia.
Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.
Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh.
Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan
idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi.
Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan
kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan
prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan.
Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek
pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya.
Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang
indah dan seni dalam geraktari.
Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja
dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan
bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.
Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam
mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik dengan
nilai-nilai estetika.
25
BAB 5: PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN MUZIK
DGN PERGERAKAN
Strategi muzik dengan pergerakan dalanm pengajaran dan
pembelajaran
Unsur-unsur pergerakan kreatif
Secara permainan
Pendekatan eklektif
Pendekatan eklektik merupakan gabungan daripada dua pendekatan
lain iaitu pendekatan deduktif dan induktif.
Pendekatan eklektik bermaksud pengajaran disampaikan dengan
menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu
kaedah ke dalam kaedah yang baru.
Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan
kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan
kanak-kanak.
Pendekatan eklektik digunakan apabila sesuatu pengajaran
memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak
hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip
kepada satu teori sahaja.
Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman bahawa kaedah yang
baik diterap dari berbagai-bagai sistem dan pendekatan.
Pendekatan eklektik merupakan satu usaha bagi menyatukan cara
hubungan yang rapat di antara berbagai-bagai pendekatan.
Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi merapatkan ke arah satu
pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut
Cara yang demikian merupakan satu permulaan bagi
menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang
munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran.
26
Walau bagaimanapun penggabungan tidak boleh disamakan dengan
teori eklektik, tetapi di antara satu kaedah dalam teori eklektik adalah
penggabungan.
Pembelajaran secara koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang
memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam
kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin,
1982).
Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan
dalam pergerakan refomasi pendidikan.
Pembelajaran koopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil
supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk
mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran
sosial.
Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar
bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran
(Johnson & Johnson, 1991):
Ciri- ciri pembelajaran kooperatif
Matlamat kumpulan
Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai
kecemerlangan dalam menguasai sesuatu konsep yang di
ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua
bersama ahli di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ini setiap
ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan jelas dalam
usaha kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Interaksi sosial ditekankan.
Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka
dalam kumpulan. Interaksi yang serentak berlangsung pada
masa yang sama untuk setiap kumpulan melalui perbincangan
27
yang akan menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta
mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung
rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu.
Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai
objektif gerak kerja.
Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu
yang ahli sesuatu kumpulan. Setiap ahli mempunyai
tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran
kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling bergantungan
secara positif. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini,
tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk
menyumbang jawapan atau hasil dapatan. Tanggungjawab
individu bermakna setiap pelajar mesti melaksanakan tugas
masing-masing yang diberikan untuk menyumbang kepada
sesuatu projek. Penyertaan pula bermaksud semua pelajar
mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian
dan menyumbang secara bersama.
kelebihan pembelajaran kooperatif
Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan
berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti
berikut :
Membaiki hubungan sosial
Meningkatkan pencapaian
Meningkatkan kemahiran kepimpinan
Meningkatkan kemahiran sosial
Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi
Meningkatkan kemahiran teknologi
Meningkatkan keyakinan diri.
28
Beberapa bentuk pembelajaran kooperatif
1. Kaedah Jigsaw II
Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi 'juru' dalam
sub-unit sesuatu topik.
Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing,
setiap 'juru' mengajarnya pula kepada ahli kumpulan yang lain.
Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku semasa proses ini
membolehkan 'juru' dan ahli sama-sama memikirkan
pembentangan yang diberi, ini meningkatkan pemahaman dan
ingatan.
memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dan
mengajar mereka untuk menjadi 'juru' dan mengajar mereka
yang mempunyai prestasi akademik lebih baik daripadanya,
secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.
2. Kaedah STAD
STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement
Divisions.
Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu
topik.
Kaedah perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw
II atau pendekatan lain.
Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk
menguji pemahaman pelajar.
Setiap pelajar akan mendapat markah individu, peningkatan
kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira
dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata
markah pelajar itu sendiri.
Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk menjadi
markah kumpulan.
29
Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan
peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling
bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum.
3. TAI
TAI (Team Assisted Individualization) dibentuk
menggabungkan antara motivasi dan insentif kepada
kumpulan.
Program yang diberikan mestilah bersesuaian dengan
kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar.
Pelajar dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar
yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza.
Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan
bertukar-tukar helaian jawapan kerja yang telah dibuat.
Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan rakan-rakan
dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap
unit. Skor mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan
dijumlahkan , kumpulan yang melebihi skor yang ditetapkan
akan diberikan sijil.
Beberapa strategi meningkatkan keberkesanan pembelajaran
kooperatif
Pembahagian kumpulan yang membolehkan ahli-ahli dalam
kumpulan bekerja dengan berkesan bersama-sama. Faktor yang
paling utama di sini ialah bilangan ahli dalam kumpulan. Kumpulan
kecil mengandungi tiga atau empat ahli didapati paling efektif.
Kumpulan yang terlalu besar kurang efektif kerana pembabitan ahli
kumpulan cenderung menjadi tidak sama rata. Disamping itu,
pembentukan kumpulan sebaiknya dilakukan oleh guru bagi
mengelakkan pelajar berkumpul sesama 'klik' mereka sahaja.
30
Tugasan perlu distruktur sebegitu rupa supaya ahli kumpulan
saling bergantung untuk mencapai objektif yang ditentukan.
Elakkan memberi tugasan yang boleh diselesaikan tanpa perlu
pembabitan setiap ahli kumpulan. Ini boleh menyebabkanada ahli
kumpulan yang 'lepas tangan' ataupun dipinggirkan oleh orang
lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman pembelajaran sepenuhnya
tidak dapat dicapai.
Jadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua
tahap individu dan kumpulan. Satu cara ialah melalui pemberian
markah. Setiap pelajar mendapat markah individu dan markah
kumpulan bergantung kepada markah individu. Dengan cara itu
setiap pelajar mempunyai motivasi untuk melakukan yang terbaik
untuk diri sendiri dan juga kumpulan.
Berikan garispanduan tingkahlaku dan kemahiran
berkomunikasi kepada pelajar. Guru perlu menjelaskan kepada
pelajar apakah tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar semasa
pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga perlu meberikan asas
kemahiran komunikasi misalnya bagaimana menyuarakan
pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat.
Pastikan jenis dan amaun interaksi antara pelajar
berpatutan. Guru perlu mengawasi interaksi yang berlaku semasa
pelajar menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas.
Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan
tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli
kumpulan dan tidak meminggirkan mana-mana ahli kumpulan.
Perbincangan dan keputusan juga tidak dimonopoli oleh ahli
kumpulan tertentu sahaja.
31
PENGLIBATAN INDIVIDU
Mendengar
Merasai (feel)
Berimiginasi kuat
Menginterpretasikan bunyi
Meneroka
BAB 6: MENGAPLIKASIKAN KONSEP MUZIK MELALUI AKTIVITI PERGERAKAN
Aplikasi Konsep muzik dalam pergerakan
Irama
menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama laguyang
mudah sambil menyanyi.
Meter dan tekanan gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter triple.
Skip, bergalop dan hayun untuk compound meter ( 6 )8
Melodi
guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila
masanya bunyi (pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan yang
sama.
Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendahdalam melodi yang
mempunyai renj yang lebih luas, juga dapat menunjukkan kontur melodi
menggunakan tangan atau kedudukan badan dalam pergerakan kreatif.
32
Bentuk
pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa.
Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkanpertukaran
arah pada sesuatu frasa lagu.
Harmoni
dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat
diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.
Ekspresi
pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit,bila
muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat
untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakanbadan atau mimik muka
untuk menunjukkan mud.
Warna Ton
pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet.
Jalinan
pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk atau
fomasi.
Kriteria pemilihan jenis pergerakan berdasarkan konsep muzik
1.ajar lagu dan lirik dahulu sebelum membuat pergerakan atau permainan.
2.berbincang mengenai formasi atau pergerakan yang dikehendaki.
3.buat demonstrasi untuk lebih kefahaman
4.jika murid di luar kawalan, hentikan aktiviti. Beritahu mengapa – terangkan
bahawa pergerakan memerlukan disiplin.
33
BAB 7: INTEGRASI MUZIK DENGAN PERGERAKAN DALAM PRASEKOLAH
Integrasi apresiasi muzik dgn pergerakan dalam mata pelajaran prasekolah
Matematik sains Bahasa Kemahiran sosial Kemahiran fizikal
Apresiasi muzik dgn pergerakan dalam nyanyian
Pergerakan asas Mengikut lirik lagu Pergerakan berpandu Pergerakan bertema
Penghayatan pergerakan dengan lagu Hubungan pergerakan dengan muzik
dan lagu
Konsep koreografer
Koreografi (atau "rancangan tari", berasal daripada bahasa Greek
disebut juga sebagai reka tari merupakan seni membuat/merancang
struktur sehingga menjadi suatu pola gerakan.
Istilah reka tari boleh juga bererti panduan atau sambungan struktur
pergerakan.
Hasil suatu pola gerakan terstruktur itu disebut pula sebagai
koreografi.
Orang yang merancang koreografi disebut
sebagai koreografer atau pereka tari.
34
BAB 8:MUZIK DENGAN PERGERAKAN DALAM CABANG SENI LAIN
PUISI
Pengenalan Peranan muzik dengan pergerakan dalam aktiviti deklamasi puisi tradisional &
moden
DRAMA DAN PENTOMIN
Maksud Drama
Drama berarti perbuatan, tindakan. Berasal dari bahasa Yunani “draomai”
yang berarti berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya. Drama adalah
hidup yang dilukiskan dengan gerak. Konflik dari sifat manusia merupakan
sumber pokok drama
Maksud Pentonim
Pertunjukan drama tanpa kata-kata yg dimainkan dng gerak dan
ekspresi wajah (biasanya diiringi muZik)\
Peranan muzik dengan pergerakan dalam drama dan pentomin.
Aktiviti-aktiviti pergerakan muzikal terarah
Teater kanak2 boleh digunakan dalam pnp (Persembahan drama
boneka)
i. Pernataan bunyi
Bunyi yang dipelajari boleh diadaptasi dalam drama dan tarian
Alat/ bahan genderang seperti tin kosong, buluh
Bunyi rakaman alam sekitar seperti air terjun, burung, cengkerik
ii. Tata hias
Meningkatkan kualiti persembahan
35
Menarik dan dapat menarik minat murid.
Guru menjelaskan fungsi prob kepada murid
Guru bersama murid akan bergandingan untuk menyiapkan
prob
iii. Pakaian dan kostum
Pastikan watak dilakonkan dengan baik
Amat digemari oleh kanak-kanak
Guru membimbing murid untuk menyolek
iv. Tata cahaya
Penggunaan lampu yang dapat menaikan lagi suasana lakonan
DRAMATARI
Definisi Dramatari
Drama tari atau yang biasa disebut dengan sendratari adalah salah
satu bentuk tari dramatik yang ada di Indonesia.
Menurut Soedarsono (1978: 16) drama tari adalah tari yang
bercerita , baik tari itu dilakukan oleh seorang penari maupun oleh
beberapa orang penari, sedangkan tari non dramatik adalah tari
yang tidak bercerita.
Tari dramatik yang ada di Malaysia ialah mengambil cerita dari
kitab Ramayana dan kitab Mahabharata
Ciri khas yang terdapat dalam sendratari terletak pada media
pengutaraan ceritanya yang menggunakan tari dan musik
(gamelan) tanpa ada dialog atau antawecana (Soedarsono,1970:
3).
Sebagai media pengutaraan maksud dari cerita, gerak dan
suasana dramatari maka kedudukan atau keberadaan iringan
sangat diperlukan. Peranan muzik dengan pergerakan dalam
dramatari
36