Nota Titas Bab 5.docx

download Nota Titas Bab 5.docx

of 60

Transcript of Nota Titas Bab 5.docx

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    1/60

    Nota Titas Bab 5.

    Tajuk 5

    Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asiaokoh-tokoh Islamina

    diaepun

    1. Sinopsis

    Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang

    mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun ( Melayu,

    Pengaruh Tamadun Islam di asia dan Eropah. Tokoh-tokoh tamadun islam, isu-isu

    kontemporari, islam hadhari dan proses pembangunan Negara.

    2. Hasil pembelajaranSetelah selesai membaca dan menganalisis modul ini, diharapkan pelajar akan dapat

    2.1. Mengenalpasti tokoh-tokoh yang muncul dalam tamadun Asia (Cina, India dan Jepun ).

    2.2. Menilai dan membanding beza sumbangan tokoh-tokoh kepada Tamadun Asia

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    2/60

    Tokoh-tokoh tamadun Islam4.1. Ibnu Sina ( 1037M )

    Latar Belakang Ibnu Sina

    IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap

    Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yangberbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah

    dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

    Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan

    sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Beliau bermula belajar pada usia 5 tahun.

    Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada

    masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu,

    Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu.

    Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan

    sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia

    dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya

    sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah,

    kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera

    dan kosmologi.

    Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

    Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang

    pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang

    lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah

    dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun

    dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh

    Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku

    karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun FitTibb.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    3/60

    Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi

    Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan

    analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester

    sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan

    adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu

    empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia

    memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart)

    adalah pangeran-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah menteri-nya. Leher

    merupakan jendela-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai markas pusat-

    nya. Limpa dan perut sebagai bumbung sedangkan usus merupakan sistem komunikasi

    dan sistem pembuangan.

    Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah

    mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini

    belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina

    tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies).

    Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam

    semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik

    pada keadaan yang sebenarnya.

    Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)

    Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan

    Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri

    daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu

    perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan

    ubat, diagnosis dan pembedahan.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    4/60

    Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb

    Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah

    menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di

    universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali

    dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi

    (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,

    Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

    Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di

    Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah

    menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K.

    Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

    Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor kerana Ibnu Sina

    telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari

    ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

    Perintis Pengenalan Penyakit Saraf

    Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit

    saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah

    menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga

    dinyatakan keterangan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar

    dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

    Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.

    Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja

    Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya

    adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith",

    puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor

    kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau

    berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor

    lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda

    kembali pulih.

    Penemuan-Penemuan Baru

    Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap

    dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau

    adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    5/60

    Bidang Geografi

    Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana

    sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan

    ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan

    oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious.

    Menurut Ibnu Sina "gunung-ganang yang memang letaknyatinggi iaitu lingkungan mahupun

    lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh

    sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka

    terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."

    Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi

    Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak

    dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu

    pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga

    meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina

    telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan

    yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah

    memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan

    Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalahdaripada :

    1. Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

    2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang

    pembahagian ilmu-ilmu rasional.

    3. Bidang metafizik , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)

    4. Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.

    5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus"

    yakni tentang pemilikan (mimeral).

    6. Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab

    terjadinya huruf.

    7. Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.

    8. Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.

    9. Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics)Buku tentang politik.

    Sumbangan Ibnu Sina

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    6/60

    Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat

    beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan

    psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui

    denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja

    ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih

    dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang

    menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) melaporkan

    bahawa para doktor di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam

    denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :

    a. Kuat atau denyutan yang lemah.

    b. Masa antara denyutan.

    c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

    Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang dokto mungkin mengetahui dengan tepat

    penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.

    Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai

    sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama

    dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak

    nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila

    denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah

    mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan

    keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat

    penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah

    maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan

    bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh

    menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing

    manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai

    kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

    Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan

    termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis

    dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah

    karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance".

    Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah

    pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti

    Eropah hingga ke abad 17 M.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    7/60

    Penutup

    Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428

    H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari

    kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai

    "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan

    sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-

    makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa

    megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    8/60

    4.2 Al-Farabie

    AL-FARABI (950M) TOKOH FALSAFAH

    Digelar Aristotle kedua.

    Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar

    terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh

    dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.

    Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al

    Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij

    di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak

    menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari

    bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.( Ibnu As-Siraj )

    Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan

    perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah

    dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba

    kekurangan.

    Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat

    sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatianuntuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup

    dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada

    tahun 950M (339H).

    Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli

    sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia

    berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

    Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan

    meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai

    kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang

    dikenali sebagai gambus.

    Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan

    yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun,

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    9/60

    keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah.

    Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-

    Kindi dan Ibnu Rusyd.

    Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu

    adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-

    dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang

    kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan

    sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

    Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle

    dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak

    hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia

    juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur

    dalam bahasa Arab.

    Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau

    menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan

    manusia.

    Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripadasains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli

    falsafah yang sempurna.

    Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk

    diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak

    akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana

    keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau

    mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

    Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah

    Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle

    kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada

    kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    10/60

    Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan

    ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di

    dalam sistem sosial sesebuah negara.

    Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului

    zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi

    manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat

    semula jadi tersebut.

    Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam

    karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman

    Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan

    "Kitab al-Jam".

    Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu

    ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al

    Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim

    pada tahun 988M.

    Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan

    teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang

    terpenting dalam bidang berkenaan.

    Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan

    kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun

    kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah

    memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di

    zamannya.

    Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih

    penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan

    kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut

    keperluan anggota tubuh badan.

    Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak

    daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari

    ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    11/60

    dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala

    kemelut yang berlaku pada hari ini.

    4.3. Ibnu Khaldun IBN KHALDUN (1406M)

    PENGASAS ILMU MASYARAKAT ( Kemukakan teori ekonomi Islam )

    Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu

    Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya berasal

    daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL

    Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya,

    pemerintah Tunis pada waktu itu.

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai

    ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa,

    dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd

    Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

    Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana

    buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya,

    sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya

    agungnya, al Muqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi

    relevan dengan masalah ekonomi semasa.

    Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti

    keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), dan

    fairness. Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa

    keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila

    keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.

    Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta

    orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau

    menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain.

    Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi

    kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi,

    seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam

    kategori memiliki harta cara yang tidak betul.

    Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan

    keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab

    tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

    Manusia dan Ekonomi

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    12/60

    Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun

    tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak

    melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi

    (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam

    (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi

    misinya di atas muka bumi ini.

    Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat.

    Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya

    dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    13/60

    Teori Pengeluaran

    Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala

    ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau

    pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau

    menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun

    faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat

    akhir.

    Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu

    untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat

    melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir

    dan cekap. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan

    pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan

    bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang

    dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga

    mengemukakan teori yang sama.

    Teori Nilai, Wang dan Harga

    Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan

    nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu

    barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.

    "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan

    modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan

    melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.

    Teori Pengagihan

    Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau

    upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada

    masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor

    pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.

    Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh

    yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada

    penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme

    permintaan dan penawaran dalam pasaran.

    Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara

    harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    14/60

    4.4. Al-Khawarizmy

    PENGASAS ILMU ALGEBRA

    Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu

    beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi

    telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-

    Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

    Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-

    Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan

    al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau

    di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di

    Baghdad.

    PENDIDIKAN

    Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam

    yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi

    bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan,

    sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah

    menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan

    astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun,

    bekerja di Bayt al-Hikmahdi Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatoryiaitu tempat

    menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin

    perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara

    perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia

    Pelbagai Disiplin.

    Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan

    hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan

    menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada

    zaman sekarang.

    PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

    Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi,

    al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara

    Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia

    dikenali sebagai Aurym atau Augrim. Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya.

    Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    15/60

    1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens

    dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

    2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan

    matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya

    merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan

    yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

    3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam

    sistem nombor pada zaman sekarang.

    Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan

    ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

    Hasil Karya Al-KhawarizmiSepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat

    menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal

    pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara hasil karya yang telah beliau

    hasilkan ialah :

    1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero

    Indorum.

    2. Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai

    bidang.

    3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa

    Latin oleh Prince Boniopagri.

    4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Pada tahun 820M dan ia mengenai

    algebra.

    5. Al-Amal bi Usturlab

    6. Al-Tarikh

    7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    16/60

    Ketokohan al-Khawarizmi

    Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-

    Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun

    bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia

    melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah

    memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor

    ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-

    Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman

    tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.

    Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem

    segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan

    bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor

    juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-

    khawarizmi sendiri.

    Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun

    Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq[pengetahuan tentang bintang-bintang

    yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang

    berkaitan dengan bintang]. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan

    dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi

    pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian. Penggunaan matematik

    dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh

    kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri

    sahaja.

    Peribadi al-Khawarizmi

    Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-

    Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan

    ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan

    pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur. Maka

    temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah

    seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata. al-Khawarizmi mempunyai

    personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains. Setiap apa yang dinyatakan oleh

    penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi

    dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    17/60

    Strategi Pengislaman Sains Matematik

    Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu,

    ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh

    yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut

    undang-undang Islam.

    1. Tauhid

    Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam

    yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol

    kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya

    mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita

    tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

    2. Syariah

    Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.

    Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik

    Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah

    seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk

    memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari

    dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

    3. Akhlak

    Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu

    dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.

    Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah

    penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama

    Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan syaiyah itu dapat memperkukuhkan lagi

    pembinaan akhlak.

    Cabang Matematika

    Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik

    dan lain-lain. GeometriIa merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang

    diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya

    ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa

    berasal daripada perkataan yunani iaitu geo bererti bumi dan metri bererti sukatan. Dari

    segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    18/60

    magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].

    Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains

    dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskinikan kaedah

    sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.Algebra/aljabar merupakan nadi untuk

    matematik algebra. Karya Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan

    Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya

    yang berjudul Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun

    820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

    4.5. HAMKA

    Biografi Ulama (Prof. Dr. HAMKA)

    HAMKA (1908-1981), adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul

    Karim Amrullah. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang

    amat terkenal di alam Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek,

    Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau

    dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau,

    sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

    Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua.

    Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib diPadang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka

    juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal

    seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan

    Ki Bagus Hadikusumo.

    Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing

    Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian

    dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah,

    Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi

    rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari

    tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh

    Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya

    memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin

    Indonesia (Masyumi).

    Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti

    filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam mahupun Barat. Dengan kemahiran

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    19/60

    bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di

    Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan

    Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris

    dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean

    Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran

    dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto,

    Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya

    sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

    Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau

    mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah,

    tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang

    Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan

    pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah

    di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di

    Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada

    tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31

    di Yogyakarta pada tahun 1950.

    Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah.Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai

    ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun

    1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.

    Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota

    partai politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha

    kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di

    dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan

    Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi dan menjadi

    pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh

    pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka

    dipenjarakan oleh Presiden Sukarno karena dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah

    maka beliau mulai menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya.

    Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan

    Nasional, Indonesia, anggota Majelis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga

    Kebudayaan Nasional, Indonesia.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    20/60

    Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan,

    penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah

    akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah.

    Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932,

    beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah

    menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

    Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan

    cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya

    yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura

    termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan

    Merantau ke Deli.

    Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan

    antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar,

    1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelar Datuk

    Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

    Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya

    masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja

    diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malahjasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai

    4.6. Al-Biruni

    Ahli falsafah yang serba boleh.

    Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada

    ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai

    memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.

    Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran

    Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat

    Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran

    berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta

    kecelaruan yang tidak berpanjangan.

    Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada

    persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    21/60

    meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan

    kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan

    yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu

    menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-

    bidang lain.

    Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal

    seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu

    asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam.

    Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara

    China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada

    para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama

    ada di timur ataupun barat.

    Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan

    Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu

    negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu

    Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan ilmu

    alam.

    Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu

    pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi

    semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah

    menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama.

    Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit

    dan bahasa lain di India.

    Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah

    India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan

    dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.

    Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep

    penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti

    dalam agama Kristian.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    22/60

    Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan

    menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu

    dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam

    penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi

    menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang

    mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.

    Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan

    peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad

    dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

    Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al

    Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan

    sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan

    pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains,

    matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat

    diselesaikan sebelum ini.

    Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan

    beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarahIslam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient

    Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan

    baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya Al-Biruni telah

    menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138

    tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-

    Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb,

    tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia

    pada 1048M.

    Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga

    bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang

    falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia

    Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan

    telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu

    menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    23/60

    Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan

    permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal.

    Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih

    muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al

    baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

    Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan

    ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya.

    Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan

    sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya.

    Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah

    bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka

    merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan

    mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.

    Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah

    mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang

    berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu

    sendiri.

    4.7. Al-Ghazali

    Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu

    sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan.

    Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

    Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus,

    Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar

    biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja

    produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam

    yang terulung.

    Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya

    menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan

    ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah

    dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    24/60

    Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada

    ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke

    bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang

    terkenal disana.

    Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau

    telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik,

    akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian

    besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yang menyerang kota

    Baghdad.

    Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua

    Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang-

    Orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan

    seperti Al Munqiz Mim al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah

    (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan

    Pengetahuan), Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah

    (Tujuan Falsafah).

    Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggapsebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali

    sebagai seorang yang memerangi dan bersikap anti falsafah. Pandangan ini berdasarkan

    tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam

    falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu

    adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah.

    Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang anti falsafah tidak dipersetujui

    oleh beberapa orang sarjana.

    Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap

    falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingatkan bahawa

    sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu

    falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari

    kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta

    membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    25/60

    Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau

    merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil

    sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafah

    tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk

    menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.

    Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah

    matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari

    dengan agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama.

    Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu

    pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan

    kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu

    merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.

    Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang

    berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh

    menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai

    perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah

    berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yangterlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang

    berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.

    Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap

    kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah

    Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi jelas terpengaruh

    akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada antara pandangan ahli

    falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyebabkan kesesatan dan

    syirik.

    Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat

    bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap

    perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau

    jasmani.

    Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan

    penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu kalam

    dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan api

    keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi,

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    26/60

    perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran

    tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan

    supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang

    utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata.

    Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan

    kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan

    pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan

    seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan

    hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah

    Yunani.

    Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang

    dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh

    golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu

    sendiri.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    27/60

    4.8. Sheikh Tahir Jalaluddin

    Latarbelakang

    Nama penuhnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad. atau dikenali dengan

    gelaran Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari (9 Disember 1869 - 26

    Oktober 1956), Beliau dilahirkan pada hari Selasa, 4 haribulan Ramadhan, tahun 1286 Hijrah

    bersamaan 7 haribulan Disember 1869 Masehi di Empat Angkat (Ampek Angkek), Ayah

    beliau iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di Sumatera. Di dalam

    masyarakat Minangkabau Syeikh Muhammad lebih dikenali dengan nama Tuanku

    Muhammad atau Tuanku Tjangking.

    Beliau merupakan tokoh bidang Falak Syari di alam Melayu Nusantara yang telah

    memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau ini menerusi pengajaran, penggunaan

    dan penyibaran ilmu tentangnya di kalangan 'alim ulamak yang bertanggungjawab membuat

    taqwim Islam tempatan Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak

    Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Di belakang

    namanya kerap disunting perkataan Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir iaitu bererti beliau

    merupakan keluaran Universiti al-Azhar di Mesir dan seorang ahli Falak yang terkenal.

    Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia dua tahun. Oleh

    kerana Syeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika ditinggalkan oleh ayah dan ibunya, beliau

    telah dipelihara oleh ibu saudara di sebelah pihak ibunya. Menjelang usianya lebih kurang

    sebelas tahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut ilmu di Mekah. Di Mekah

    beliau tinggal bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang menjadi pemimpin Mazhab

    Imam Syafie di Masjid al-Haram.

    Di Makkah

    Syeikh Tahir telah datang ke Makkah pada tahun 1297H (1880 m) bersama datuk

    sepupunya Haji Abdul Rahman. Di Makkah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib di

    dalam pemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran asas

    yang diterimanya di sini ialah mengaji al-Quran dan mentajwidkan Quran daripada Tuan

    Syeikh Abdul Haq. Pelajaran lain berhubung dengan keagamaan dipelajarinya dari SyedUmar Syah, Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya sendiri Syeikh

    Ahmad Khatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh Tahir menetap di Makkah, beliau

    berpeluang mempelajari ilmu-ilmu agama dengan mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaran

    sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir terutama

    berhubung dengan masalah amalan beragama umat Islam yang dikatakan bercampur aduk

    dengan amalan bidaah. Syeikh Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang

    bertauliah bagi masyarakat Jawi di Makkah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan dengan

    Syeikh Ahmad Khatib telah mendorong Syeikh Tahir belajar ilmu agama dengan lebihmendalam lagi dari guru-guru lain di Makkah seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    28/60

    ketokohan beliau dari segi keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi

    kebanggaan kepada masyarakat Melayu Indonesia dan Tanah Melayu.

    Setelah tujuh tahun berada di Makkah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau pulang ke

    tanah airnya, Minangkabau. Pada tahun berikutnya beliau kembali semula ke Makkah untuk

    menyambung pelajarannya. Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada tahun 1306

    H. (1886 M) dengan seorang gadis bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh

    Ismail Al-Khalid Kabul. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka beroleh dua

    orang anak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Makkah ketika Syeikh Tahir berada di

    sana.

    Semenjak beliau tinggal di Makkah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mula

    mendalami ilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan (Ilmu

    ucapan dan keterangan yang fasih), Maani (ilmu makna-meaning), Badi (ilmu boleh

    mengenal pertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undang-undang), Usul

    Fiqh (ilmu mengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui perkataan, perbuatan

    dan kelakuan Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna al-Quran), Hisab (ilmu kira-

    kira), Hisab Bidasab (Ilmu kira-kira sukat menyukat), Hai-ah (ilmu bintang) dan ilmu Falak

    (ilmu membicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang beredar). Berdasarkan ilmu yang

    dipelajarinya itu adalah tidak menghairankan jika dia sangat mahir dalam soal yang

    berhubungan dengan masalah agama Islam.

    Di Tanah Melayu

    Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu menjelang tahun 1899. Dalam

    tahun itu beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Perak dari suku Rawa,

    bernama Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada 28hb September 1899. Didapati

    beliau ini seorang yang tidak mudah berasa senang hati untuk tinggal menetap di satu-satu

    tempat. Semasa beliau menetap di Tanah Melayu, beliau kerap belayar ke wilayah-wilayah

    di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah, melawat sanak saudara, memberi ceramah-

    ceramah agama dan sebagainya.

    Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk Menteri,beliau mula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara keluarganya. Boleh dikatakan

    beliau seorang yang suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M. beliau pernah membuka

    kedai kain di Ipoh. Asas perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua beliau yang dikatakan

    agak `berada juga. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya berjalan setakat setahun

    sahaja. Selepas itu beliau telah belayar lagi ke Kepulauan Indonesia pada tahun 1901

    melalui Tanah Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa, Bima dan Makasar. Dalam

    lawatannya itu ada kemungkinan beliau telah menyebarkan buah fikirannya mengenai ilmu

    agama di tempat-tempat yang di lawatinya.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    29/60

    Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di Johor Baharu

    beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi

    mengajar hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor. Di antara hakim-hakim yang

    mendapat tunjuk ajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin Abdul

    Majid dan lain-lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim tersebut

    berlangsung selama lebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas inilah, Sultan Idris

    (1887-1916) sebagai Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana menghadiri

    kemahkotaan King George pada 22 Jun, 1911.

    Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada hakim-hakim di

    Johor Baharu, dan mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di sekolah Agama

    Johor Baharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir). Ternyata

    kemudian sewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak puashati dengan sistem

    pendidikan dan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama waktu itu. Dalam suratnya kepada

    Yang Di Pertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau menyatakan dukacitanya kerana

    tidak boleh menjalankan peraturan pelajaran yang terlebih berfaedah dan berguna bagi

    kanak-kanak yang belajar. Beliau akhirnya meminta berhenti kerja pada tahun 1916.

    Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta oleh rakan

    seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur

    Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh Abdullah Maghribi.

    Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah jatuh sakit. Di Al-Masyhur

    beliau ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak kepada pelajar-pelajar

    Madrasah itu. Dan menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke Medan dan Deli untuk

    berubat dan melawat tanah tumpah darahnya Minangkabau selama enam bulan.

    Sebagai seorang ahli falak

    Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik di mata masyarakat, beliau

    begitu dihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada di Perak dan juga di

    Johor membuktikan tenaga dan ilmunya mendapat perhatian. Pengetahuannya banyak

    dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakatnya. Beliau sering diberi kepercayaan untukmembantu menyelesaikan masalah hukum agama berdasarkan keilmuannya yang luas baik

    di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung dengan soal keagamaan.

    Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaan

    berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa dan

    berhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang dari penduduk di

    Tanah Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan

    anak bulan Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari, sering kali disiarkan di

    akhbar-akhbar tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil berat tentang amalkebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat mengambil berat tentang

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    30/60

    pentingnya sesebuah masjid itu mempunyai kiblat yang betul dan tepat mengikut hala

    Kaabah di Makkah. Beliau berpendapat bahawa sembahyang tanpa mengadap arah kiblat

    yang tepat adalah tidak sah. Dengan itu beliau merasa bertanggungjawab bagi membetulkan

    kiblat masjid oleh kerana beliau memahami Ilmu Falak.

    Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang Islam,

    Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa kiblat di

    seluruh negeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak

    mihrab masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau menjadi

    pemeriksa kiblat masjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah melaporkan bahawa

    terdapat banyak masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat seperti

    mana yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu di dapati juga masjid-

    masjid di Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan Masjid Sultan di Kampung Gelam,

    Singapura turut tidak mengikut hala kiblat yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan

    dalam hal berkaitan dengan hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk

    menerbitkan dua buah buku. Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal

    Kiblat dengan Logarithma, diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun

    1938. Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi(pendapat kira-kira

    pada takwim tarikh Hijrah dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii).

    Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar sebagai Syeikh

    Tahir Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu beliau pernah menyatakan

    bahawa: Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang perjalana n bulan

    dan matahari. Kenyataan beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda Rasul Allah yang

    mengatakan, sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai matahari dan bulan

    dan naung bagi mendirikan sembahyang. Berdasarkan kepada sabda Nabi itu Syeikh Tahir

    sangat menitikberatkan kepentingan mempelajari Ilmu Falak. Pentingnya pengetahuan ilmu

    Falak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat dengan soal kiblat dalam sembahyang,

    menentukan waktu sembahyang serta menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhan

    dan berhari raya.

    Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau mempunyai

    minat yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau Matematik. Beliau turut mengecam mereka

    yang tidak mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa

    dan berhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk menentukan tarikh

    berpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku cuaca buruk yang tidak

    memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari mula berpuasa dan berhari

    raya. Menurut beliau bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah Hisab untuk

    menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya samalah juga mereka itu seperti manusia yangjahil. Kejahilan mereka menyebabkan mereka hanya mengikut pendapat orang hingga

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    31/60

    menyebabkan berlaku puasa yang terdahulu sehari daripada sepatutnya dalam bulan

    Ramadhan.

    Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah kiblat,

    dan wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal ini beliau mengatakan:

    Tiada boleh `berijtihad pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik matanya dan

    mengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang, matahari dan bulan dan selemah-

    lemahnya angin dan sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar semata-mata

    sangka dengan tidak tanda dan dalil.

    Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan daripada

    mempelajari dalil kiblat demikian juga orang-orang celik yang tidak mampu mempelajarinya.

    Betapa pun mereka harus mengikut petunjuk orang-orang yang arif tentang dalil kiblat.

    Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan di akhbar-akhbar mengenai banyaknya

    masjid-masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak mengikut hala kiblat, akhirnya

    menimbulkan kesedaran orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang ramai juga turut

    mengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan lain-

    lain tidak mengikut hala kiblat yang betul.

    Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka mata masyarakat tentang

    banyak kesilapan arah kiblat yang berlaku di masjid-masjid Tanah Melayu, namun

    pendedahan ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pihak-pihak tertentu.

    Misalnya Syeikh Tahir pernah dibicarakan oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana

    beliau menjalankan penyiasatan arah kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat beliau juga

    pernah ditentang oleh seorang pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak

    penting digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap ke kiri atau kanan

    kiblat.

    Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan kepentingannya

    dalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua dan

    uzur. Kegigihannya menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini amat jelas

    kelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke Bangkok, Thailanduntuk mengajar kira-kira arah kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh Tahir dijemput pula

    oleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada kakitangan jabatan itu.

    Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik dari Kuala Kangsar ke Johor Baharu.

    Hasil karya

    a. Sheikh Tahir Jalaluddin membeni sumbangan bermakna kepada penerbitan majalah "A l -

    Unwat i Al -Wuthuqa.

    b. Beliau juga mengarang kitab " Al-Is lam Wan Nasraniah m aal Ilmi w al Madaniah.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    32/60

    c. Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama " Al-Is lam Wannaddu Ala

    Muntaqidihi.

    Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956.

    4.9. Ibnu Haitham

    Kajian sainsnya sering digunakan oleh Barat. Islam sering kali diberikan gambaran

    sebagai agama yang mundur oleh pihak Barat. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan

    umatnya menuntut dan menguasai pelbagai disiplin ilmu. Kenyataan dan gambaran yang

    diberikan itu bukan sahaja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah yang

    sebenarnya.

    Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan

    sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan,

    kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat

    diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai

    ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat menguasai

    beberapa bidang ilmu secara serentak. Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains

    dan perubatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama,

    falsafah, dan seumpamanya. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham

    atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.

    Di kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu

    Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masihi. Beliau

    memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di

    bandar kelahirannya.Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana,

    beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah

    melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.Kecintaannya kepada

    ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Semasa di sana beliau telah mengambil

    kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil

    serta menyalin buku-buku mengenai Matematik dan Falak. Tujuannya adalah untuk

    mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya di Universiti al-Azhar.Hasil daripada

    usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang Sains, Falak, Mate-

    matik, Geometri, Perubatan dan Falsafah.

    Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam

    bidang pengajian Sains Perubatan di Barat. Malahan kajiannya mengenai perubatan mata

    telah menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata. Ibnu Haitham

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    33/60

    merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai

    cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler

    mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan

    menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai cahaya

    yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Lightdan On

    Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran

    cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan gerhana.Menurut Ibnu

    Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur.

    Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk

    barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti

    bias cahaya dan pembalikan cahaya.

    Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari

    situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk

    menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia.Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu

    Haitham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama

    Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui

    kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Hai-

    tham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung

    secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang

    gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya

    disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita

    tontoni pada masa kini.

    Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik,

    dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan

    ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.Penulisan falsafahnya banyak tertumpu

    kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan

    pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakandalam mengenalinya. Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh

    sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang

    sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti.Bagi Ibnu

    Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-

    tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu

    menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat,

    kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.Ibnu Haitham membuktikan

    pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    34/60

    pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah.

    Antara buku karyanya termasuk:

    a. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu matemetik dan matemetik

    penganalisaannya;

    b. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkibmengenai ilmu geometri;

    c. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyahtentang algebra;

    d. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblahyang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;

    e. M.aqalah fima Tad'u llaihmengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan

    f. Risalah fi Sina'at al-Syi'rmengenai teknik penulisan puisi.

    Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah

    Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan

    ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari

    ini.Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan

    Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat

    patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka

    kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan.Kajian Ibnu Haitham telah

    menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama

    tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalambidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani. Beliau

    meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039 M ketika berusia 74.

    4.9. Ibnu Batuta

    Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: )(dilahirkan Februari 24, 1304; dan meninggal dunia di Fez pada tahun 1369M merupakan

    seorang Berber dari golongan Muslim Sunni. Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika

    usianya 21 tahun. Beliau meninggalkan Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi.

    Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000

    kilometer dan singgah di 44 negara di dua benua Afrika dan Asia. Beliau kembali semula ke

    Morocco semasa pemerintahan Sultan Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh

    Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa. Buku

    tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.

    Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan. Pusingan pertama

    bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah sebelum

    meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    35/60

    bumi Palastin menuju Damsyik dan berjalan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo. Dalam

    perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk

    menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di

    Makkah selama 2 tahun.

    Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat

    Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau kembali ke Oman dan balik

    semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui Hormuz, Siraf,

    Bahrin dan Yamama.

    Pada pusingan kedua pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam, Laut

    yang dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut Marmara serta Dardanela.

    Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki

    serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri sepanjang

    Sungai Danube.

    Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea di

    mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau pernah

    dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga

    seorang sultan. Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Langka, Indonesia dan

    Canton, ibu negara Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera,

    Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan

    darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah

    Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 mesihi.

    Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di

    tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil

    pengembaraannya. Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibnu Juza telah

    menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur. Ibn Juza

    mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355

    masihi.

    Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuatcatatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang

    dilaksanakannya. Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran

    seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum

    penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar

    biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas

    dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

    Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris,

    menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorangpelayar Islam yang agung. Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis pengembaraan dunia

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    36/60

    yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya

    penting dalam dunia Islam

    AKHIR PENGEMBARAAN IBNU BATTUTA

    Pada tahun 1354 Battuta kembali ke tanah kelahirannya dan menetap di kota Fez dan

    berteman baik dengan sultan. Sultan kagum dengan perjalanan Battuta dan meminta Battuta

    menuliskannya ke dalam sebuah buku, yang dikenal berjudul Rihla atau My Travel. Sebuah

    perjalanan yang menarik dan menempuhi perlajanan melebihi 120.000km. Jika bukunya

    berbentuk catatan kehidupan tentunya orang akan lebih mengenal Ibnu Battuta

    dibandingkan dengan Samuel Pepys atau Anne Frank.

    Ia mengakhiri cerita perjalannya dengan sebuah kalimat, Akhirnya aku sampai juga di

    kota Fez. Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis bernama

    Mohad Ibnu Jauzi menuliskan kisah perjalanannya dengan gaya bahasa yang mudah.

    Dalam waktu tiga bulan, buku berjudul Persembahan Seorang pengamat tentang Kota-Kota

    Asing dan Perjalanan yang Mengagumka, diselesaikannya pada 9 Desember 1355 M.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    37/60

    4.10. A-Zarqali

    Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-Zarqali dan lebih dikenali

    sebagai Arzachel di Eropah Latin dan Azarquiel di Andalusia dan Itali. Ia merupakan sarjana

    yang terkenal di Andalusia (sekarang dikenali sebagai Sepanyol) juga dikenali sebagai Al-

    Zarqalluh dan Al-Zarqallah. Dia dilahirkan pada tahun 1029 dan menghembuskan nafas

    terakhirnya pada 1087. Dia hidup disaat-saat kerajaan Islam Andalusia terpisah-pisah dan

    hampir runtuh di tangan tentera Kristian yang cuma diselamatkan oleh Ibn Tashfin dari

    Morocco yang menyeberangi Andalusia memerangi tentera Kristian di Zalaqa pada 1089.

    Sumbangan Ibn Tashfin dan kesinambungan daripada ketumbukan tentera Morocco telah

    meletakkan Andalusia di bawah pemerintahan Islam untuk selama dua abad kemudiannya

    sebelum jatuh kepada Kristian pada pertengahan abad ke tiga belas.

    Kehidupan dan pencapaian Al-Zarqali

    Bidang astronomi dewasa ini dilihat seperti sudah tidak begitu penting sekarang ini

    hanya kerana kita senang mendapatkan kalendar dan masa yang tepat begitu juga untuk

    pergi dari satu tempat ke satu tempat kita disediakan dengan peta yang sangat tepat.

    Sekarang ini kita mungkin tidak perlu tahu mengambil tahu suns passage yang ditandai

    oleh equinoxes (berhubung dengan waktu malam dan siang) dan solstices (berhubung

    dengan hari musim panas dan sejuk) kerana sudah tidak relevan dengan kehidupan moden

    kini. Namun itu sangat berbeza dengan Zaman Pertengahan (Medieval) seluruh kehidupan

    masyarakatnya bergantung penuh kepada astronomi dalam menentukan waktu membajak,

    menanam, menuai termasuklah dalam menentukan soal-soal hari perayaan agama mereka.

    Sebelum membincangkan kenapa sumbangan Al-Zarqali sangat penting kepada

    tamadun Islam kita sebenarnya harus mengetahui bagaimana bidang astronomi sangat

    sinonim dengan agama Islam. Astronomi dan Islam tidak mungin dapat dipisahkan terutama

    dalam soal-soal perkara asas iaitu penentuan bulan hijrah, waktu solat dan arah kiblat.

    Diceritakan oleh Barron Carra de Vaux bahawa beliau juga digelar sebagai Al -

    Nekkach kerana mampu mengukir besi. Beliau mampu menghasilkan pelbagai alat yangdiperbuat daripada besi untuk ahli-ahli astronomi di Toledo pada tahun 1062 walaupun

    beliau bukanlah ahli astronomi, di mana usaha pemantauan astronomi disaat itu dimulakan

    oleh Yahya Bin Abi Mansur. Setelah sekian lama beliau menarik perhatian para ahli

    astronomi yang lain kerana dengan pengetahuan yang sedikit, tidak pernah mempelajari

    sains mahupun buku mengenainya tetapi mampu menyiapkan peralatan astronomi. Dua

    tahun kemudian dia menjadi ahli astronomi dan kemudiannya menjadi ketua kepada

    sesebuah kumpulan ahli astronomi. Namun beliau tetap membuat peralatan untuk ahli

    astronomi yang lain dan telah mula mencipta peralatan astronomi untuk dirinya sendiri.

  • 8/13/2019 Nota Titas Bab 5.docx

    38/60

    Malah beliau turut mengajar gurunya yang kemudiannya menjadi pengikutnya dalam ukuran

    yang telah diciptanya.

    Beliau juga telah membina jam Telado yang amat masyhur dimana Al-Zuhri

    menggambarkan jam tersebut digunakan hingga tahun 1135 hinggalah pada suatu hari Raja

    Alphonso VI cuba untuk mengetahui bagaimana jam tersebut berfungsi dan mengarahkan

    Hamis Bin Zabara menceraikan setiap bahagiannya satu-persatu. Malangnya setelah ia

    diceraikan tiada siapa yang dapat memasangnya semula seperti keadaan asal.

    Mengikut Ahmad Thomson jam ini mempunyai dua bekas air yang mana akan terisi air

    ataupun kosong mengikut keadaan bulan sabit mahupun bulan penuh. Jika bulan penuh

    kedua-dua bekas ini akan penuh dan mula berkurangan selepas 15 haribulan dan akan

    kosong sepenuhnya apabila mencecah ke malam 29.

    Sebenarnya itu bukanlah satu-satunya ciptaan beliau, yang paling menarik perhatian

    ialah ciptaan yang paling canggih dan tepat iaitu astrolabe mendatar. Ci